SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
LATIHAN 1
Bercuti bersama-sama keluarga
Pada cuti sekolah yang lalu, aku berasa sungguh gembira kerana berpeluang
menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Kami sekeluarga bercuti di kampung
kelahiran ayah, iaitu di Kampung Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi.
Kokokan ayam telah mengejutkan aku daripada tidur pagi itu. Selepas
bersarapan, aku duduk di serambi rumah yang menghadap pantai. Aku melihat laut
yang terbentang luas di hadapanku.
Pada hari itu, aku bersama-sama keluarga melawat tempat-tempat yang
menarik di Langkawi. Antara tempat yang kami lawati ialah Dataran Lang dan
Makam Mahsuri. Walaupun masing-masing sudah kepenatan, tetapi saat-saat
bersama tidak dapat dilupakan.
Apabila hari hampir senja, aku dan keluarga mengambil angin di tepi pantai.
Kelihatan burung berterbangan pulang ke sarang. Aku dapat melihat betapa
indahnya pemandangan apabila matahari hampir terbenam. Aku sungguh kagum
melihat kebesaran Tuhan.
Selepas bersolat maghrib, aku membantu ibu dan nenek menghidangkan
makan malam. Pada malam itu, nenek memasak lauk-pauk kegemaran kami
sekeluarga. Kecur air liurku apabila melihat kari ikan sembilang, pajeri nanas, ikan
bakar cecah air asam, sambal petai udang, dan ulam-ulaman terhidang di atas
meja.
Pada keesokan harinya, aku bersama-sama keluarga bertolak pulang dengan
perasaan sedih. Nenek menangis kerana tidak dapat menahan hiba di hatinya.
Ayah berjanji akan membawa kami mengunjungi nenek pada cuti persekolahan
yang akan datang.
LATIHAN 2

Zakwan dinobatkan sebagai Murid Cemerlang Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri
pada tahun 2011. Dia sentiasa mendapat keputusan yang baik dalam setiap
peperiksaan. Selain itu, Zakwan juga sering membantu rakan-rakannya yang
menghadapi masalah dalam pelajaran. Segala pengetahuan dan ilmu yang
dimilikinya sentiasa dikongsi bersama rakan-rakannya.
Di samping itu, Zakwan juga memiliki akhlak yang baik. Dia sentiasa
menyanjungi guru-gurunya. Zakwan juga murid yang mempunyai disiplin yang
tinggi. Dia sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
Zakwan juga murid yang rajin berusaha. Dia akan bertanya kepada gurugurunya tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Dia juga pandai
membahagikan masa antara pelajaran dan kokurikulum. Oleh sebab itu, dia
berjaya merangkul Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
LATIHAN 3
Pada hari Ahad itu, ibu dan ayah Salina akan mengadakan kenduri
kesyukuran bersempena dengan kejayaan cemerlang kakak Salina, Suhaina dalam
peperiksaan UPSR. Pada pagi itu, Salina membantu ibu dan ayahnya mengemas
rumah. Suhaina dan Salina menyapu sampah dan menghamparkan permaidani di
ruang tamu.
Salina juga rajin membantu ibunya memasak di dapur. Jiran-jiran juga
datang membantu untuk meringankan kerja mereka. Mereka saling bekerjasama
menyiapkan makanan yang akan dihidangkan pada hari itu. Ibu Salina memasak
rendang daging, jelatah, ayam goreng berempah, pulut kuning dan nasi minyak.
Ayah Salina pula menyambut kedatangan saudara-mara dan jiran tetangga
yang datang berkunjung ke rumah mereka. Tetamu yang hadir dilayan dengan
mesra. Para tetamu menjamu selera di bawah khemah yang disediakan. Sebelum
pulang, para tetamu mengucapkan terima aksih kepada Salina dan keluarganya.
LATIHAN 4
Pada suatu petang, Rudi dan Zaki telah datang ke rumah Irman. Mereka
mengajak Irman melastik burung dan mandi di kawasan air terjun yang terdapat
di dalam hutan.
Apabila sampai di hutan itu, mereka mula melastik burung. Oleh sebab
terlalu gembira, mereka tidak sedar sudah berada jauh di dalam hutan. Setibanya
di kawasan air terjun, mereka mengambil keputusan untuk mandi sebelum pulang.
Mereka mandi –manda dengan riang sehingga hari senja. Mereka pun
bersiap-siap untuk pulang. Hampir setengah jam mencari jalan tetapi mereka
gagal mencari jalan keluar. Mereka telah tersesat di dalam hutan dan hampir
berputus asa.
Tiba-tiba, mereka ternampak cahaya api di kaki sebuah bukit. Tanpa
membuang masa , mereka terus menuju ke arah cahaya api tersebut. Ruparupanya, cahaya itu datang dari perkampungan orang asli.
Mereka segera berjumpa dengan seorang pemuda orang asli bernama Apai
Saloi. Rudi menceritakan hal yang telah berlaku. Keesokan harinya, Apoi Saloi
telah menghantar mereka keluar dari hutan itu. Mereka juga dinasihati supaya
tidak melastik burung lagi.
Mereka mengucapkan terima kasih kepada Apai Saloi. Sejak peristiwa itu,
mereka tidak pergi melastik burung lagi. Mereka bersyukur kerana pulang dalam
keadaan selamat.
LATIHAN 5
Fazira murid Tahun Empat Bestari Sekolah Kebangsaan Mutiara. Dia
melibatkan diri dalam sukan badminton di sekolah sejak tahun tiga lagi. Pada
mulanya, dia berasa bimbang untuk menceburi sukan itu. Namun, galakan daripada
kedua-dua orang ibu bapanya membuatkan Fazira lebih bersemangat menceburi
sukan badminton itu. Kedua-dua orang ibu bapanya sering memberikan nasihat dan
perangsang buat Fazira.
Walaupun Fazira aktif bersukan, namun dia tidak pernah mengabaikan
pelajarannya. Fazira berlatih dengan bersungguh-sungguh sehingga terpilih untuk
mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat daerah.
Fazira mahu menjadi pemain badminton yang handal. Hasil usaha yang gigih
itu, akhirnya dia berjaya bergelar juara. Fazira mencium pingat emas yang baru
sahaja dimenanginya. Dia berasa sangat gembira.
LATIHAN 6
Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikuti lawatan ke Pusat Sains
Negara. Sebelum bertolak, kami diminta berkumpul di perkarangan sekolah. Tidak
lama kemudian, bas yang akan membawa kami pun sampai. Kami berbaris ketika
menaiki bas tersebut. Semasa di dalam bas, Cikgu Rani selaku guru pengiring
memberikan taklimat rimgkas tentang aktiviti yang akan kami lakukan. Kami
mendengar taklimat itu dengan penuh perhatian.
Kami tiba di Pusat Sains Negara pada pukul 10.00 pagi. Kami disambut
dengan mesra oleh pegawai yang bertugas. Selepas itu, kami dibawa ke pameran
hutan hujan tropika. Cikgu Rani menasihatkan kami supaya tidak tergopoh-gopoh
kerana suasana di dalam hutan itu gelap. Kami turut dibawa ke tapak kajian
arkeologi dan memasuki akuarium di dalam terowong.
Sebelum bertolak pulang, kami menerima cenderamata daripada pihak
pengurusan Pusat Sains Negara. Kami mengucapkan terima kasih apabila
menerima cenderamata tersebut.
Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan di atas.
Kata kerja

Kata kerja
Aktiviti 2
Latihan 1

Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
Latihan 2

Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
Latihan 3

Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
Latihan 4

Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
Latihan 5

Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
Aktiviti 2
SILANG BAHASA
Aktiviti 3
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
Latihan 1
menyemak

meliputi

menanak

menyedut

mengintai

menghiris

1. Setelah selesai ______________ nasi , Rita menggoreng ikan.
2. Musa ___________________ pemburu itu dari celah-celah semak.
3. Adam _________________

minuman kotak

itu dengan menggunakan

penyedut minuman.
4. Azlina sedang membantu ibunya ________________ bawang.
5. Kabus tebal _________________ puncak bangunan tinggi itu.
6. Cikgu Weng Hwa meminta semua murid ______________ jawapan mereka.
Latihan 2
1. Ibu memarahi adik kerana adik telah ________________ pasu bunganya
dengan sengaja.
A. memecahkan
B. menyimpan
C. meletakkan
D. membawa
2. Makanan yang terhidang di atas meja itu _______________ oleh ibu saya.
A. direneh
B. direbus
C. dimasak
D. dikukus
3. Pada setiap petang, kakak ______________ daun yang berguguran di
halaman rumah.
A. mengelap
B. menjirus
C. mengilap
D. menyapu
4. Azman _____________ sup itu dengan berhati-hati kerana sup itu panas.
A. mengunyah
B. menghirup
C. menggigit
D. menyudu
5. Monyet itu _______________ pada dahan pokok rambutan yang berbuah
lebat.
A. melompat
B. berjalan
C. bergayut
D. berlari
latihan

Siapa

Buat

apa
Di mana

Keterangan
Alasan

Masa

More Related Content

What's hot

Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bmamoi286
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bmamoi286
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluargaNarol Idris
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)wykheng
 
Inggit oktaviani
Inggit oktavianiInggit oktaviani
Inggit oktavianiWarnet Raha
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatLim Moi
 
Fokus utama bahasa melayu penulisan sjk
Fokus utama bahasa melayu penulisan sjkFokus utama bahasa melayu penulisan sjk
Fokus utama bahasa melayu penulisan sjkShankal Kashan
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 

What's hot (15)

Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Artika
ArtikaArtika
Artika
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bm
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bm
 
Koswer Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Koswer Pendidikan Sivik & KewarganegaraanKoswer Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Koswer Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Inggit oktaviani
Inggit oktavianiInggit oktaviani
Inggit oktaviani
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 
Fokus utama bahasa melayu penulisan sjk
Fokus utama bahasa melayu penulisan sjkFokus utama bahasa melayu penulisan sjk
Fokus utama bahasa melayu penulisan sjk
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 

Similar to Intervensi bm

Similar to Intervensi bm (20)

Bahan bm th 4
Bahan bm th 4Bahan bm th 4
Bahan bm th 4
 
3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c
 
Hasil kerja murid thn 5s
Hasil kerja murid thn 5sHasil kerja murid thn 5s
Hasil kerja murid thn 5s
 
Tulisan softskill ke 2
Tulisan softskill ke 2Tulisan softskill ke 2
Tulisan softskill ke 2
 
Balik ke kampung
Balik ke kampungBalik ke kampung
Balik ke kampung
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
Lembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn cLembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn c
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
surat kiriman tidak rasmi 1.docx
surat kiriman tidak rasmi 1.docxsurat kiriman tidak rasmi 1.docx
surat kiriman tidak rasmi 1.docx
 
Karangan Berkelah.pptx
Karangan Berkelah.pptxKarangan Berkelah.pptx
Karangan Berkelah.pptx
 
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Nusa tenggara timur (ntt)
Nusa tenggara timur (ntt)Nusa tenggara timur (ntt)
Nusa tenggara timur (ntt)
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
 
Cerita rakyat
Cerita rakyatCerita rakyat
Cerita rakyat
 
Pelaksanaan program
Pelaksanaan programPelaksanaan program
Pelaksanaan program
 
Paragraf narasi dan eksposisi
Paragraf narasi dan eksposisiParagraf narasi dan eksposisi
Paragraf narasi dan eksposisi
 
Bin7 bab6
Bin7 bab6Bin7 bab6
Bin7 bab6
 
Bab iv kkn hasil kegiatan
Bab iv kkn hasil kegiatanBab iv kkn hasil kegiatan
Bab iv kkn hasil kegiatan
 

Intervensi bm

  • 1. LATIHAN 1 Bercuti bersama-sama keluarga Pada cuti sekolah yang lalu, aku berasa sungguh gembira kerana berpeluang menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Kami sekeluarga bercuti di kampung kelahiran ayah, iaitu di Kampung Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi. Kokokan ayam telah mengejutkan aku daripada tidur pagi itu. Selepas bersarapan, aku duduk di serambi rumah yang menghadap pantai. Aku melihat laut yang terbentang luas di hadapanku. Pada hari itu, aku bersama-sama keluarga melawat tempat-tempat yang menarik di Langkawi. Antara tempat yang kami lawati ialah Dataran Lang dan Makam Mahsuri. Walaupun masing-masing sudah kepenatan, tetapi saat-saat bersama tidak dapat dilupakan. Apabila hari hampir senja, aku dan keluarga mengambil angin di tepi pantai. Kelihatan burung berterbangan pulang ke sarang. Aku dapat melihat betapa indahnya pemandangan apabila matahari hampir terbenam. Aku sungguh kagum melihat kebesaran Tuhan. Selepas bersolat maghrib, aku membantu ibu dan nenek menghidangkan makan malam. Pada malam itu, nenek memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Kecur air liurku apabila melihat kari ikan sembilang, pajeri nanas, ikan bakar cecah air asam, sambal petai udang, dan ulam-ulaman terhidang di atas meja. Pada keesokan harinya, aku bersama-sama keluarga bertolak pulang dengan perasaan sedih. Nenek menangis kerana tidak dapat menahan hiba di hatinya. Ayah berjanji akan membawa kami mengunjungi nenek pada cuti persekolahan yang akan datang.
  • 2. LATIHAN 2 Zakwan dinobatkan sebagai Murid Cemerlang Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri pada tahun 2011. Dia sentiasa mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Selain itu, Zakwan juga sering membantu rakan-rakannya yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Segala pengetahuan dan ilmu yang dimilikinya sentiasa dikongsi bersama rakan-rakannya. Di samping itu, Zakwan juga memiliki akhlak yang baik. Dia sentiasa menyanjungi guru-gurunya. Zakwan juga murid yang mempunyai disiplin yang tinggi. Dia sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Zakwan juga murid yang rajin berusaha. Dia akan bertanya kepada gurugurunya tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Dia juga pandai membahagikan masa antara pelajaran dan kokurikulum. Oleh sebab itu, dia berjaya merangkul Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
  • 3. LATIHAN 3 Pada hari Ahad itu, ibu dan ayah Salina akan mengadakan kenduri kesyukuran bersempena dengan kejayaan cemerlang kakak Salina, Suhaina dalam peperiksaan UPSR. Pada pagi itu, Salina membantu ibu dan ayahnya mengemas rumah. Suhaina dan Salina menyapu sampah dan menghamparkan permaidani di ruang tamu. Salina juga rajin membantu ibunya memasak di dapur. Jiran-jiran juga datang membantu untuk meringankan kerja mereka. Mereka saling bekerjasama menyiapkan makanan yang akan dihidangkan pada hari itu. Ibu Salina memasak rendang daging, jelatah, ayam goreng berempah, pulut kuning dan nasi minyak. Ayah Salina pula menyambut kedatangan saudara-mara dan jiran tetangga yang datang berkunjung ke rumah mereka. Tetamu yang hadir dilayan dengan mesra. Para tetamu menjamu selera di bawah khemah yang disediakan. Sebelum pulang, para tetamu mengucapkan terima aksih kepada Salina dan keluarganya.
  • 4. LATIHAN 4 Pada suatu petang, Rudi dan Zaki telah datang ke rumah Irman. Mereka mengajak Irman melastik burung dan mandi di kawasan air terjun yang terdapat di dalam hutan. Apabila sampai di hutan itu, mereka mula melastik burung. Oleh sebab terlalu gembira, mereka tidak sedar sudah berada jauh di dalam hutan. Setibanya di kawasan air terjun, mereka mengambil keputusan untuk mandi sebelum pulang. Mereka mandi –manda dengan riang sehingga hari senja. Mereka pun bersiap-siap untuk pulang. Hampir setengah jam mencari jalan tetapi mereka gagal mencari jalan keluar. Mereka telah tersesat di dalam hutan dan hampir berputus asa. Tiba-tiba, mereka ternampak cahaya api di kaki sebuah bukit. Tanpa membuang masa , mereka terus menuju ke arah cahaya api tersebut. Ruparupanya, cahaya itu datang dari perkampungan orang asli. Mereka segera berjumpa dengan seorang pemuda orang asli bernama Apai Saloi. Rudi menceritakan hal yang telah berlaku. Keesokan harinya, Apoi Saloi telah menghantar mereka keluar dari hutan itu. Mereka juga dinasihati supaya tidak melastik burung lagi. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Apai Saloi. Sejak peristiwa itu, mereka tidak pergi melastik burung lagi. Mereka bersyukur kerana pulang dalam keadaan selamat.
  • 5. LATIHAN 5 Fazira murid Tahun Empat Bestari Sekolah Kebangsaan Mutiara. Dia melibatkan diri dalam sukan badminton di sekolah sejak tahun tiga lagi. Pada mulanya, dia berasa bimbang untuk menceburi sukan itu. Namun, galakan daripada kedua-dua orang ibu bapanya membuatkan Fazira lebih bersemangat menceburi sukan badminton itu. Kedua-dua orang ibu bapanya sering memberikan nasihat dan perangsang buat Fazira. Walaupun Fazira aktif bersukan, namun dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Fazira berlatih dengan bersungguh-sungguh sehingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat daerah. Fazira mahu menjadi pemain badminton yang handal. Hasil usaha yang gigih itu, akhirnya dia berjaya bergelar juara. Fazira mencium pingat emas yang baru sahaja dimenanginya. Dia berasa sangat gembira.
  • 6. LATIHAN 6 Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara. Sebelum bertolak, kami diminta berkumpul di perkarangan sekolah. Tidak lama kemudian, bas yang akan membawa kami pun sampai. Kami berbaris ketika menaiki bas tersebut. Semasa di dalam bas, Cikgu Rani selaku guru pengiring memberikan taklimat rimgkas tentang aktiviti yang akan kami lakukan. Kami mendengar taklimat itu dengan penuh perhatian. Kami tiba di Pusat Sains Negara pada pukul 10.00 pagi. Kami disambut dengan mesra oleh pegawai yang bertugas. Selepas itu, kami dibawa ke pameran hutan hujan tropika. Cikgu Rani menasihatkan kami supaya tidak tergopoh-gopoh kerana suasana di dalam hutan itu gelap. Kami turut dibawa ke tapak kajian arkeologi dan memasuki akuarium di dalam terowong. Sebelum bertolak pulang, kami menerima cenderamata daripada pihak pengurusan Pusat Sains Negara. Kami mengucapkan terima kasih apabila menerima cenderamata tersebut.
  • 7. Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan di atas. Kata kerja Kata kerja
  • 8. Aktiviti 2 Latihan 1 Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
  • 9. Latihan 2 Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
  • 10. Latihan 3 Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
  • 11. Latihan 4 Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
  • 12. Latihan 5 Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar
  • 14. Aktiviti 3 Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai. Latihan 1 menyemak meliputi menanak menyedut mengintai menghiris 1. Setelah selesai ______________ nasi , Rita menggoreng ikan. 2. Musa ___________________ pemburu itu dari celah-celah semak. 3. Adam _________________ minuman kotak itu dengan menggunakan penyedut minuman. 4. Azlina sedang membantu ibunya ________________ bawang. 5. Kabus tebal _________________ puncak bangunan tinggi itu. 6. Cikgu Weng Hwa meminta semua murid ______________ jawapan mereka.
  • 15. Latihan 2 1. Ibu memarahi adik kerana adik telah ________________ pasu bunganya dengan sengaja. A. memecahkan B. menyimpan C. meletakkan D. membawa 2. Makanan yang terhidang di atas meja itu _______________ oleh ibu saya. A. direneh B. direbus C. dimasak D. dikukus 3. Pada setiap petang, kakak ______________ daun yang berguguran di halaman rumah. A. mengelap B. menjirus C. mengilap D. menyapu 4. Azman _____________ sup itu dengan berhati-hati kerana sup itu panas. A. mengunyah B. menghirup C. menggigit D. menyudu 5. Monyet itu _______________ pada dahan pokok rambutan yang berbuah lebat. A. melompat B. berjalan C. bergayut D. berlari
  • 16.