Waris mewarisi 3 lot tanah di Kubang Pasu, Kedah yang terdiri daripada 2 lot untuk bangunan dan 1 lot pertanian. Waris berhasrat membangunkan ketiga-tiga lot untuk pembangunan bercampur tetapi tanah-tanah tersebut dikaveatkan oleh bank. Oleh itu, langkah pertama ialah membatalkan kaveat, mengubah status tanah pertanian kepada pembangunan, menyatukan tanah-tanah dan mencadangkan bentuk
1. Pengenalan
“Anda merupakan waris tunggal terhadap 3 lot tanah (Lot 1, Lot 2 dan Lot 3) yang berada di
dalam Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Keluasan Lot 1 ialah 10 ekar, Lot 2 15 ekar dan Lot 3
seluas 20.5 ekar. Lot 1 dan Lot 2 adalah gunatanah bangunan. Manakala Lot 3 pula kategori
gunatanahnya adalah pertanian. Anda bercadang untuk membangunkan ketiga-tiga lot tanah
tersebut dengan pembangunan bercampur. Sila cadangkan apakah bentuk pembangunan
bercampur yang bersesuaian serta huraikan proses pembangunan tanah yang terlibat sehinggalah
tanah yang dicadangkan itu berjaya mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak
Berkuasa Tempatan. Namun, anda harus ingat bahawa kesemua lot tanah berkenaan telah
dikaveatkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kuala Lumpur. Untuk makluman anda,
segala pinjaman yang dibuat dengan pihak BIMB telah diselesaikan oleh pemilik terdahulu”.
Berdasarkan kes di atas, kumpulan kami akan menerangkan setiap tindakan yang perlu diambil
bagi menjayakan pembangunan yang bakal dijalankan. Oleh itu, kami akan memulakannya
dengan membuat pembatalan kaveat. Hal ini kerana berdasarkan kes tersebut, segala pinjaman
yang dibuat oleh pemilik asal telah pun diselesaikan dengan pihak BIMB. Oleh itu, pembatalan
kaveat perlu dilakukan bagi membebaskan tanah tersebut daripada pengkaveat.
Selepas pembatalan kaveat dibuat, kumpulan kami akan menerangkan mengenai proses
tukar syarat tanah daripada lot pertanian kepada pembangunan. Hal ini kerana, kes tersebut
meminta supaya kesemua lot digunakan untuk pembangunan. Disamping itu, penyatuan tanah
juga akan dilakukan bagi memudahkan proses pembangunan. Kes ini juga meminta kami
memcadangkan bentuk pembangunan bercampur yang akan dibangunkan di tanah tersebut dan
seterusnya menerangkan proses pembangunan tanah dengan terperinci sehinggalah kelulusan
merancang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan.