SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Sinopsis Tirani karya Beb Sabariah
Oleh: Rosani Hiplee
Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan penceritaannya
tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat
khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih
watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia.
Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam
skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan
kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan persoalan
seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti
pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan istilah saintifik yang sesuai.
Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru
pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.
Watak dan Perwatakan
Malah watak dan perwatakan (walaupun sekadar watak sampingan) turut digarap dengan pelbagai urna
bangsa, selari dengan jalan cerita yang banyak menyorot dalam industri pelancongan antara Sarawak
(Tajau Emas), Singapura (Flamingo Resort), dan berakhir di Kuala Lumpur (Calet Aya-Sajinah). Selain
itu, Tirani juga seperti mencitrakan jati diri kewanitaan yang mahu diungguli pengarangnya menerusi
watak Waheeda.
Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Waheeda, wanita terpelajar dan tersenarai dalam
kelompok wanita korporat masih diasak rasa tidak wajar akan fizikalnya yang yang bermata kuyu dan
berhidung pesek. Imbasan digunjing rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak sering menghantui
emosinya. Tetapi keyakinan bahawa setiap kekurangan itu harus ditangani dengan wajar selalu
dipupuknya dalam diri sehingga beroleh kejayaan yang lain.
“Kekurangan yang disedari secara bijaksana dapat menjadi pendorong yang tidak terduga.” Tiba-tiba
Waheeda menyuarakan satu ungkapan kata-kata hikmat daripada diari Muslimah miliknya, yang sering
ditatap, disimpan dan menjadi perangsang kepadanya.
Keterujaannya mahu menjadi wannita tercantik dan sempurna melalui proses pembedahan plastik
sentiasa meluap-luap. Tetapi halangan kedua orang tuanya kerana bimbang menyanggah tuntutan
agama sentiasa menunda niatnya. Oleh itu, novel Tirani dikesani masih tegar kepada kekuatan dan
kebenaran agama Islam yang syumul dalam setiap rungkaian komplikasi watak-wataknya.
Tirani sebuah novel yang benar-benar mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis dalam
mempersoalkan makna sebenar kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban naluri wang
mahu memiliki segala kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah kebahagiaan. Kecantikan
wanita mudah menggugah naluri lelaki, malah mengalpakan dirinya. Lantaran itu, persahabatan
Waheeda dengan Bazilah tergugat apabila Dr. Zahid mula prihatin terhadap Waheeda.
“Betullah kecantikan itu tirani. Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih tertarik pada kecantikan
daripada kebijaksanaan”, Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak dan kesal dengan sikap
lelaki, apatah lagi jika yang bermata keranjang.
Begitulah takdir hidup Waheeda, walaupun berjaya "menipu” atau mengubah asal kejadian diri tetapi
kuasa Yang Maha Pencipta (Allah) sukar dibatasi. Rumah tangga yang dibina atas dasar saling mencintai
nyata mudah tergugah kerana cemburu akan suaminya, Zahid, dan akhirnya menemui kehancuran
selepas kelahiran anak pertama (Izzati) mereka.
Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya yang
bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan diri pengarang
yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan bahawa pengarang banyak
mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik dalam Tirani.
Tema dan Persoalan
Tema dan persoalan yang digarap lebih menyeluruh kepada pergolakan dalam diri, terutama perspektif
naluri kewanitaan. Hal ini cukup terkesan dalam watak Waheeda, Raidah (ibu Waheeda) dan Bazilah
(rakan baik Waheeda). Watak dan perwatakannya juga sesuai dengan jalinan penceritaan sehingga ia
berupaya memberi kesan rasa dan pemikiran yang telus dalam pembacaan.
Gaya Bahasa
Gaya bahasanya biasa tetapi tetap mempunyai nilai-nilai kontemporari. Pemakaian istilah saintifik dan
susuk frasa daerah turut terjalin dalam sintaksisnya. Paling ketara dengan penggunaan istilah dan susuk
frasa seperti rinoplasti, blefaroplasti, rhytidectomy, lidocaine, ketupat leas, ketupat periuk kera, bubur
pedas, pansuh manok, mereya, tekol, tajau, jong sarat dan banyak lagi.Penyerapan istilah dan frasa
tersebut memaknakan lagi olahan penceritaan, terutama tentang pemvisualan latar budaya dan resam.
Pelukisan flora yang pelbagai turut melatari beberapa bahagian plot penceritaan dalan Tirani. Misalnya,
ru laut (casuarinas), purple bauhinia, weeping willow, orkid merah jambu, Vanda Miss Joaquim dan lain-
lain.
Keseluruhan naskah Tirani nyata berupaya memberi urna dalam memaknakan kehidupan yang akrab
dengan budaya dan resam setempat menerusi proses kreatif prosa yang penuh estetika. Pengarang
sesekali bijak bertamsil tentang keindahan alam.
Membaca naskah Tirani persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu mencapai kecantikan
(kesempurnaan) menyeluruh dalam hidupnya. Wanita yang sentiasa gigih menongkah arus modenisasi
dan futuristik. Malah tetap bertekad memelihara dan melindungi segala peradaban dan susila budaya
bangsanya walau berada di mana sahaja. Pengarang mengaspirasikan suatu nilai yang cukup murni dan
berjiwa dalam Tirani, khusus kepada kaum wanita masa kini.

More Related Content

Viewers also liked

Novel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta minda
Novel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta mindaNovel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta minda
Novel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta mindaMuhammad Fareez Iqmal
 
Novel tirani (1)
Novel tirani (1)Novel tirani (1)
Novel tirani (1)Nureen Rinn
 
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5Zaim Nur
 
Tirani bab 2
Tirani bab 2Tirani bab 2
Tirani bab 2lailaan
 
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta AlirSinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta AlirNur Nashwa Alia binti Khairudin
 
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut babNovel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut babzalika1962
 
kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)Azaman Muhammad
 
Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Hidayati Husain
 
MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4AFIQAH
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHanuar2u
 
FEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAM
FEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAMFEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAM
FEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAManuar2u
 
Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hana Roxstar
 

Viewers also liked (20)

Novel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta minda
Novel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta mindaNovel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta minda
Novel FORM5 komsas TIRANI (Beb Sabariah) peta minda
 
Sinopsis tirani
Sinopsis tiraniSinopsis tirani
Sinopsis tirani
 
Novel tirani (1)
Novel tirani (1)Novel tirani (1)
Novel tirani (1)
 
Contoh i think Tingkatan 5
Contoh i think Tingkatan 5Contoh i think Tingkatan 5
Contoh i think Tingkatan 5
 
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
 
Tirani bab 2
Tirani bab 2Tirani bab 2
Tirani bab 2
 
Panduan Menjawab Novel
Panduan Menjawab NovelPanduan Menjawab Novel
Panduan Menjawab Novel
 
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta AlirSinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
 
Sinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang geloraSinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang gelora
 
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut babNovel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
 
kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)
 
Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9
 
MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
 
FEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAM
FEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAMFEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAM
FEQAH 1 SEM 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAM
 
Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi
 
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
 
Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)
 
Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5
 
Gerhana manusia
Gerhana manusiaGerhana manusia
Gerhana manusia
 

Similar to Sinopsis tirani karya beb sabariah

Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinRozaiman Makmun
 
Sastra tradisional ppt
Sastra tradisional pptSastra tradisional ppt
Sastra tradisional pptrizka_pratiwi
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamalebda wisesa
 
Sastra Tradisional
Sastra TradisionalSastra Tradisional
Sastra Tradisionalnabiladidaya
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamalebda wisesa
 
Tradisi Manusia Sebelum Mengenal Tulisan
Tradisi Manusia Sebelum Mengenal TulisanTradisi Manusia Sebelum Mengenal Tulisan
Tradisi Manusia Sebelum Mengenal TulisanWiyanto Hardjono
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANJoseviraLintang
 

Similar to Sinopsis tirani karya beb sabariah (8)

Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin
 
Sastra tradisional ppt
Sastra tradisional pptSastra tradisional ppt
Sastra tradisional ppt
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lama
 
Sastra Tradisional
Sastra TradisionalSastra Tradisional
Sastra Tradisional
 
Jenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lamaJenis karya sastra melayu lama
Jenis karya sastra melayu lama
 
Tradisi Manusia Sebelum Mengenal Tulisan
Tradisi Manusia Sebelum Mengenal TulisanTradisi Manusia Sebelum Mengenal Tulisan
Tradisi Manusia Sebelum Mengenal Tulisan
 
Modul pkp 3117
Modul pkp 3117Modul pkp 3117
Modul pkp 3117
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 

More from Twin Sis

Tutorial cara-memulai-padlet
Tutorial cara-memulai-padletTutorial cara-memulai-padlet
Tutorial cara-memulai-padletTwin Sis
 
Soalan akhir tahun tmk t6
Soalan akhir tahun tmk t6Soalan akhir tahun tmk t6
Soalan akhir tahun tmk t6Twin Sis
 
Peranan ibu bapa sangat penting
Peranan ibu bapa sangat pentingPeranan ibu bapa sangat penting
Peranan ibu bapa sangat pentingTwin Sis
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan latTwin Sis
 
Document (29)
Document (29)Document (29)
Document (29)Twin Sis
 
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata gandaTwin Sis
 

More from Twin Sis (6)

Tutorial cara-memulai-padlet
Tutorial cara-memulai-padletTutorial cara-memulai-padlet
Tutorial cara-memulai-padlet
 
Soalan akhir tahun tmk t6
Soalan akhir tahun tmk t6Soalan akhir tahun tmk t6
Soalan akhir tahun tmk t6
 
Peranan ibu bapa sangat penting
Peranan ibu bapa sangat pentingPeranan ibu bapa sangat penting
Peranan ibu bapa sangat penting
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan lat
 
Document (29)
Document (29)Document (29)
Document (29)
 
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
 

Recently uploaded

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 

Recently uploaded (20)

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

Sinopsis tirani karya beb sabariah

  • 1. Sinopsis Tirani karya Beb Sabariah Oleh: Rosani Hiplee Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia. Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan istilah saintifik yang sesuai. Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat. Watak dan Perwatakan Malah watak dan perwatakan (walaupun sekadar watak sampingan) turut digarap dengan pelbagai urna bangsa, selari dengan jalan cerita yang banyak menyorot dalam industri pelancongan antara Sarawak (Tajau Emas), Singapura (Flamingo Resort), dan berakhir di Kuala Lumpur (Calet Aya-Sajinah). Selain itu, Tirani juga seperti mencitrakan jati diri kewanitaan yang mahu diungguli pengarangnya menerusi watak Waheeda. Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Waheeda, wanita terpelajar dan tersenarai dalam kelompok wanita korporat masih diasak rasa tidak wajar akan fizikalnya yang yang bermata kuyu dan berhidung pesek. Imbasan digunjing rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak sering menghantui emosinya. Tetapi keyakinan bahawa setiap kekurangan itu harus ditangani dengan wajar selalu dipupuknya dalam diri sehingga beroleh kejayaan yang lain. “Kekurangan yang disedari secara bijaksana dapat menjadi pendorong yang tidak terduga.” Tiba-tiba Waheeda menyuarakan satu ungkapan kata-kata hikmat daripada diari Muslimah miliknya, yang sering ditatap, disimpan dan menjadi perangsang kepadanya. Keterujaannya mahu menjadi wannita tercantik dan sempurna melalui proses pembedahan plastik sentiasa meluap-luap. Tetapi halangan kedua orang tuanya kerana bimbang menyanggah tuntutan agama sentiasa menunda niatnya. Oleh itu, novel Tirani dikesani masih tegar kepada kekuatan dan kebenaran agama Islam yang syumul dalam setiap rungkaian komplikasi watak-wataknya. Tirani sebuah novel yang benar-benar mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis dalam mempersoalkan makna sebenar kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban naluri wang mahu memiliki segala kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah kebahagiaan. Kecantikan wanita mudah menggugah naluri lelaki, malah mengalpakan dirinya. Lantaran itu, persahabatan Waheeda dengan Bazilah tergugat apabila Dr. Zahid mula prihatin terhadap Waheeda.
  • 2. “Betullah kecantikan itu tirani. Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih tertarik pada kecantikan daripada kebijaksanaan”, Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak dan kesal dengan sikap lelaki, apatah lagi jika yang bermata keranjang. Begitulah takdir hidup Waheeda, walaupun berjaya "menipu” atau mengubah asal kejadian diri tetapi kuasa Yang Maha Pencipta (Allah) sukar dibatasi. Rumah tangga yang dibina atas dasar saling mencintai nyata mudah tergugah kerana cemburu akan suaminya, Zahid, dan akhirnya menemui kehancuran selepas kelahiran anak pertama (Izzati) mereka. Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya yang bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan diri pengarang yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan bahawa pengarang banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik dalam Tirani. Tema dan Persoalan Tema dan persoalan yang digarap lebih menyeluruh kepada pergolakan dalam diri, terutama perspektif naluri kewanitaan. Hal ini cukup terkesan dalam watak Waheeda, Raidah (ibu Waheeda) dan Bazilah (rakan baik Waheeda). Watak dan perwatakannya juga sesuai dengan jalinan penceritaan sehingga ia berupaya memberi kesan rasa dan pemikiran yang telus dalam pembacaan. Gaya Bahasa Gaya bahasanya biasa tetapi tetap mempunyai nilai-nilai kontemporari. Pemakaian istilah saintifik dan susuk frasa daerah turut terjalin dalam sintaksisnya. Paling ketara dengan penggunaan istilah dan susuk frasa seperti rinoplasti, blefaroplasti, rhytidectomy, lidocaine, ketupat leas, ketupat periuk kera, bubur pedas, pansuh manok, mereya, tekol, tajau, jong sarat dan banyak lagi.Penyerapan istilah dan frasa tersebut memaknakan lagi olahan penceritaan, terutama tentang pemvisualan latar budaya dan resam. Pelukisan flora yang pelbagai turut melatari beberapa bahagian plot penceritaan dalan Tirani. Misalnya, ru laut (casuarinas), purple bauhinia, weeping willow, orkid merah jambu, Vanda Miss Joaquim dan lain- lain. Keseluruhan naskah Tirani nyata berupaya memberi urna dalam memaknakan kehidupan yang akrab dengan budaya dan resam setempat menerusi proses kreatif prosa yang penuh estetika. Pengarang sesekali bijak bertamsil tentang keindahan alam. Membaca naskah Tirani persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu mencapai kecantikan (kesempurnaan) menyeluruh dalam hidupnya. Wanita yang sentiasa gigih menongkah arus modenisasi dan futuristik. Malah tetap bertekad memelihara dan melindungi segala peradaban dan susila budaya bangsanya walau berada di mana sahaja. Pengarang mengaspirasikan suatu nilai yang cukup murni dan berjiwa dalam Tirani, khusus kepada kaum wanita masa kini.