Rembau merupakan tempat berkumpulnya orang-orang Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di Negeri Sembilan. Nama Rembau berasal dari sebatang pokok Merbau besar yang sukar ditebang dan hanya tumbang setelah mendapat izin dari penunggu Gunung Datok. Kampung asal dibangunkan di kawasan pokok Merbau tua itu ditebang dan dinamakan Kampung Merbau, yang kemudian disingkat men
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Sejarah rembau
1. Sejarah Rembau
REMBAU merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang banyak menyimpan sejarah
kedatangan orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan. Malah Rembau menjadi tempat
berkumpulnya orang-orang Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di tanah
melayu.
Nama Rembau diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau. Kisah bermula
apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok Merbau yang amat besar dan tinggi
menjulang. Pokok tersebut tumbuh di kaki Gunung Datok. Adapun Gunung Datok itu banyak
menyimpan kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu aktiviti
mendaki gunung.
Nama Rembau bermula dari peristiwa sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin
Sekudai hendak membuat penempatan baru dikaki Gunung Datok. Semasa membuat kerja
menebas dan menebang dalam usaha membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa
sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang. Setelah bebincang akhirnya mereka
membuat keputusan menebang pokok Merbau itu kerana kawasan tersebut hendak dijadikan
tempat kediaman. Mereka bimbang pokok yang besar itu akan membahayakan keselamatan
mereka.
Maka mereka pun menebang pokok Merbau tersebut secara bergilir-gilir dengan
menggunakan kapak dan beliung. Mereka berkerja siang dan malam selama tujuh hari tujuh
malam. Tetapi apa yang menghairankan mereka ialah pokok tersebut masih juga tidak mahu
tumbang.
Setelah genap tujuh hari tujuh malam mereka berusaha untuk menumbangkan pokok Merbau
tersebut tetapi masih tidak berjaya, akhirnya mereka mengadukan perkara itu kepada seorang
Bomoh yang paling handal di kalangan mereka. Dan setelah bomoh itu melihat pokok
tersebut maka bomoh itu menyuruh orang-orang asli itu mendaki Gunung Datok hingga
sampai ke kemuncak. Kemudian mereka hendaklah meminta izin dari penunggu Gunung
tersebut untuk menebang pokok Merbau tua itu.
Esoknya beberapa orang asli mendaki Gunung Datok dengan membawa pelbagai
persembahan untuk diberikan kepada penunggu yang dipercayai berada di puncak gunung
tersebut. Setelah sampai di puncak Gunung Datuk, mereka pun menyeru nama penunggu
gunung itu sambil meminta kebenaran untuk menebang pokok Merbau tua yang tumbuh di
kaki gunung itu. Setelah selesai mereka pun pulang ke rumah masing-masing.
Pada malamnya turunlah hujan lebat bersama ribut kencang. Dan pada keesokan paginya
mereka beramai-ramai keluar dari rumah masing-masing menuju ke pokok Merbau tua itu
untuk meneruskan kerja penebangan.
2. Tetapi alangkah terperanjatnya mereka bila melihat pokok Merbau tua yang amat besar dan
tinggi itu sudah pun tumbang menyembah bumi. Mereka amat hairan melihat pangkal pokok
yang begitu besar dan untuk mengukur lebarnya mereka duduk bersila di perdu pokok itu.
Kabarnya setelah 40 orang duduk bersila barulah penuh pangkal pokok Merbau yang ditebang
itu.
Mereka menjamu selera sambil bersuka ria menandakan sudah berjaya menumbangkan pokok
yang paling besar itu. Sebahagian dari mereka menyusuri batang pokok itu untuk mencari
pucuknya. Kabarnya pucuk pokok Merbau yang tumbang itu sampai ke sebuah sungai lalu
Sungai itu dinamakan Sungai Ujung.
Dan kawasan pangkal pokok itu mereka namakan Kampung Merbau Tua. Untuk
meringkaskan sebutan mereka sebut " Kampung Merbau" sahaja dan akhirnya bertukar
menjadi Rembau sahaja. Menurut ceritanya, sekumpulan orang-orang Minangkabau yang
datang dari Pagar Ruyung Sumatera Barat telah datang ke Rembau dengan tujuan
mengembangkan agama Islam di samping berniaga.
Oleh kerana orang-orang asli disitu menyambut kedatangan mereka dengan baik lalu mereka
mengambil keputusan untuk menetap di situ malah ramai yang berkahwin dengan penduduk
tempatan. Datok Lela Balang iaitu ketua orang-orang Minangkabau telah membuka sebuah
penempatan baru berhampiran kampung Merbau Tua dan kampung yang baru dibuka itu
dinamakan kampung kota. Kampung tersebut masih ada hingga sekarang.
Adik Datok Lela Balang pula membuka sebuah penempatan lagi lalu dinamakan Kampung
Padang Lekuk. Sejak itu semakin ramailah orang-orang Minangkabau datang ke Rembau dan
orang-orang asli pula meninggalkan tempat itu untuk membuat penempatan baru.
Menurut ceritanya lagi, Raja Melewar dari Pagar Ruyung Minangkabau datang ke Negeri
Sembilan melalui Sungai Rembau lalu bersemayam di Kampung Penajis, tidak jauh dari
Kampung Kota. Kemudian baginda mendirikan sebuah istana lalu dinamakan Kampung
Istana Raja.
Apabila istana itu terbakar maka didirikan sebuah istana baru di Seri Menanti. Dan hingga
sekarang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilkan bersemayam di Istana Besar Seri Menanti.
Adapun nama-nama kampung seperti kampung Kota, kampung Penajis, kampung Istana Raja
dan kampung Sawah Raja masih kekal namanya sehingga sekarang.