SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
4763135-5461001.0PENGENALAN
Organisasi merupakan satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu yang melibatkan kepentingan bersama dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama.
Sistem maklumat merupakan gabungan sumber dari institusi, perkakasan, perisian, rangkaian komunikasi dan data yang mengumpul, menukar dan menyebarkan maklumat di dalam suatu organisasi. Sistem maklumat berasaskan komputer (CBIS) terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Sistem Maklumat Transaksi, Sistem Maklumat Pengurusan, Sistem Bantuan Keputusan, Sistem Maklumat Eksekutif, Sistem Automasi Pejabat dan Sistem Pakar.
Penggunaan ICT (Information and Communication Technology) di dalam pengurusan organisasi membantu dalam menguruskan organisasi dengan berkesan. Pengurusan sistem maklumat yang efektif amat penting bagi memastikan perjalanan pengurusan sesuatu maklumat lancar. Pengurusan maklumat melibatkan banyak pihak seperti staf, pembekal dan pengguna. Pengurusan maklumat yang berkesan akan melicinkan pengurusan pentadbiran.
Kumpulan kami telah memilih organisasi Tenaga Nasional Berhad yang terletak di Jalan Lahat, Ipoh untuk mendapatkan maklumat kajian mengenai sistem maklumat di dalam organisasi tersebut. Pengumpulan maklumat ini telah dibantu oleh beberapa staf syarikat yang terlibat dalam pengurusan sistem maklumat di organisasi tersebut.
,[object Object],Terdapat dua objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
,[object Object]
Memilih satu sistem maklumat secara khusus untuk menerangkan mengenai fungsinya, masalah sistem maklumat yang dihadapi, integrasi dengan sistem maklumat yang lain dalam organisasi dan kebaikan sistem maklumat tersebut. 1.2PERNYATAAN MASALAH
Syarikat TNB merupakan syarikat pembekal tenaga elektrik yang terbesar di Malaysia dan juga di Asia. Sistem yang digunakan semestinya sistem yang terbaik untuk meletakkan syarikat tersebut sehingga ke tahap ini. Sistem yang dikaji adalah merupakan sistem yang melibatkan pengguna luaran dan juga pengguna dalaman. Sistem ini digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah bagi pengguna. Masalah yang dihadapi yang boleh diselesaikan adalah :
,[object Object]
Mengira kadar penggunaan tenaga elektrik serta kadar pembayaran dengan lebih tepat kepada semua pengguna.2.0Latar Belakang Organisasi
Pada tanggal 4 Mei 1988, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengumumkan keputusan kerajaan pada dasar penswastaan. Dua undang-undang telah disahkan untuk menggantikan Electricity Act yang sedia ada serta menyediakan pembentukan sebuah syarikat baru. Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditubuhkan pada 1 September 1990 oleh Syarikat Electricity Supply Successor Company Act, untuk menggantikan National Electricity Board  (NEB) dari Syarikat Malaya. Datuk Hj. Ibak bin Abu Hussein merupakan Timbalan Pengerusi dan juga Pengurus Besar bagi syarikat NEB telah dilantik sebagai Managing Director pertama TNB setelah penubuhannya pada tahun 1990.
4754880-1597660
Tenaga Nasional Berhad adalah merupakan sebuah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah berjumlah melebihi RM 60.0 billion. Manakala bilangan pelanggan pula adalah lebih daripada 6 juta akaun di sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perniagaan syarikat ini adalah berteraskan penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga merupakan pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian elektrik yang dibekalkan ini terdiri dari talian 132kV, 275kV dan 500kV yang khusus untuk beberapa kelas pengguna yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat sendiri.
TNB salah satu syarikat utiliti elektrik terbesar di Asia. Walau bagaimanapun, TNB bukan sahaja memberi khidmat tenaga elektrik, tetapi melalui anak syarikat, TNB juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. Selain itu, TNB juga merupakan pemilik sebuah universiti swasta iaitu Universiti Tenaga Nasional.
Kajian ini telah dilakukan di salah satu cawangan TNB di Perak iaitu di Ipoh. TNB Ipoh ini terletak di Jalan Lahat, Ipoh Perak. Di kawasan negeri Perak sahaja, syarikat TNB mempunyai 6 pengurus kawasan yang menjaga operasi di setiap kawasan dan 9 pengurus cawangan. Di dalam bahagian cawangan pula, terdapat 3 pengurus cawangan kecil yang mengurus dan mengendalikan bahagian masing-masing. Dalam setiap negeri pula, terdapat satu pejabat besar yang menguruskan kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan yang kecil yang diurus dan ditadbir oleh seorang pengurus negeri.
4754880-5461002.1 Visi
Untuk Menjadi Di Antara Perbadanan Pimpinan Yang Terkemuka Dalam Tenaga Dan Berhubungan Dengan Perniagaan Global.
2.2 Misi
Kami Komited untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam Produk Dan Perkhidmatan Kami
2.3 Moto
Perak Sentiasa Bersinar
2.4 Carta Organisasi
(Rujuk Lampiran 1)
4781550-5473703.0PENGURUSAN MAKLUMAT DI ORGANISASI
Pengurusan maklumat amat penting bagi memastikan data mudah disimpan, diproses dan dicapai secara sistematik. Bagi memastikan pengurusan maklumat dapat dijalankan dengan lebih efektif, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggunakan beberapa sistem maklumat bagi  memudahkan pengurusannya. Sistem maklumat ini terdiri daripada sistem maklumat standalone dan online. Sistem maklumat ini terdiri daripada sistem maklumat yang melibatkan kakitangan syarikat itu sendiri, pembekal dan juga pengguna. Tidak semua pekerja boleh menggunakan setiap sistem Terdapat pekerja-pekerja tertentu yang mempunyai kata laluan untuk mengakses sesuatu sistem maklumat tersebut.
Semasa sesi temuramah yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang sistem syarikat tersebut,kami telah memperoleh senarai sistem yang digunakan oleh syarikat tesebut. Berikut  adalah senarai sistem maklumat yang digunakan di TNB Ipoh:
,[object Object]
Sistem Kejuruteraan
Sistem Pentadbiran (EHRMS)
Sistem Pentadbiran Kewangan (ERMS)
Sistem Perkhidmatan Pengguna (PPP)
Sistem Kenderaan (PERFECTO)Di antara senarai sistem maklumat yang digunakan di TNB, kami sekumpulan telah sepakat untuk memilih Sistem Perkhidmatan Pengguna (PPP) atau dikenali sebagai eCIBS (Enhanced Customer Information Billing System) sebagai sistem maklumat yang dikaji secara lebih mendalam lagi mengenai fungsinya, integrasi dengan sistem maklumat yang lain dalam organisasi dan kebaikan sistem maklumat tersebut. Kami memilih Sistem Perkhidmatan Pengguna (PPP) ini kerana sistem ini melibatkan pekerja dalaman dan juga pengguna.
3.1Sistem Perkhidmatan Pengguna (PPP)
Sistem Perkhidmatan Pengguna (PPP) atau lebih dikenali sebagai eCIBS (Enhanced Customer Information Billing System) adalah sistem yang bagus dan penting dalam organisasi TNB. Sistem ini bukan sahaja melibatkan pengguna luaran, malah melibatkan pengguna dalaman. Bermula daripada seseorang pemohon memohon bekalan elektrik sehinggalah mendapat bekalan elektrik. Selain itu juga, sistem ini juga penting dalam pengiraan jumlah penggunaan tenaga elektrik serta pengira jumlah pembayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan.
4762500-1861820
eCIBS (Enhanced Customer Information Billing System) TNB ini merupakan suatu sistem yang dikendalikan secara atas talian (online). Sistem ini boleh dicapai di mana-mana sahaja selagi mempunyai talian internet. Sistem ini boleh diakses oleh mana-mana cawangan tetapi tidak boleh diubah kerana bagi sistem ini, hanya kakitangan yang mempunyai kata laluan sahaja yang boleh mengubah sebarang data yang dikehendaki. Kakitangan yang boleh mengakses adalah seperti kerani kaunter dan juga kerani kawalan kredit.
Kakitangan syarikat boleh menyemak akaun pengguna melalui sistem ini menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pengguna yang telah ditetapkan. Di antara maklumat yang disimpan di dalam sistem ini adalah seperti nombor tiang lampu, cagaran yang diberi, tunggakan dan banyak lagi. Selain itu, sistem ini juga menerima sebarang aduan tentang perkhidmatan yang diberi sama ada daripada pengguna individu, dari akhbar dan juga dari pemimpin.
3.1.1Fungsi Sistem
Terdapat beberapa fungsi eCIBS atau Sistem Perkhidmatan Pengguna (PPP) TNB ini. Di antara fungsi-fungsi utama sistem ini digunakan ialah memasukkan maklumat pengguna apabila pengguna sudah mendaftar, pembayaran bil elektrik di kaunter pembayaran dan juga secara online, pengiraan kadar penggunaan tenaga elektrik, pengiraan jumlah bil yang perlu dibayar oleh pengguna, pemberian rebat sebanyak 5% pada hujung tahun serta menerima sebarang aduan berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
eCIBS adalah satu sistem yang dikendalikan secara online yang boleh digunakan di seluruh Malaysia. Jadi, sistem ini boleh diakses di mana-mana untuk mendapatkan maklumat semua pengguna di Malaysia. Contohnya maklumat pengguna keseluruhan negeri Perak boleh diakses dari negeri Johor. Selain itu, sistem ini turut digunakan dalam proses pembayaran bil. Sekiranya terdapat sebarang pengiraan kadar daripada meter reader, atau salah pengiraan dari segi jumlah bil yang perlu dibayar, sistem ini akan mendebitkan atau mengkredit semula pada bil pengguna bulan yang berikutnya.
4743450-1861820
Dalam eCIBS juga, terdapat sistem aduan sistem yang berfungsi untuk menerima aduan-aduan daripada pemimpin, pelanggan dan juga dari pihak akhbar. Setiap aduan yang diterima sama ada secara emel, surat, panggilan telefon mahu pun melalui akhbar akan direkodkan di dalam sistem untuk penambahbaikan dan juga semakan pada setiap hujung tahun. Terdapat kakitangan yang bertanggungjawab membalas setiap aduan yang diterima sama ada secara emel, surat, panggilan telefon dan macam-macam lagi. Biasanya terdapat kerani yang akan sentiasa peka dengan sebarang aduan khususnya secara online. Sekiranya terdapat aduan, maka kerani tersebut akan menghubungkannya kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengendalikan aduan tersebut.
Bagi aduan melalui pihak akhbar pula, terdapat satu unit khas yang mengendalikan  aduan  melalui akhbar ini. Unit khas ini akan membaca aduan pelanggan dan merekodkan ke dalam sistem. Unit khas ini juga akan menjawab segala aduan tersebut melalui akhbar yang sama juga. Sistem ini mengaplikasikan CRM (Customer Relationship Management) dalam kategori customer facing applications di mana pelanggan boleh berinteraksi dengan organisasi samaada di atas talian, panggilan telefon, surat ataupun akhbar. Selain itu, sistem ini juga mengandungi Sistem Transaksi yang berperanan seperti berikut :
,[object Object]
Bil dan meter
Transaksi pembayaran
Temporary logout
Pembatalan diterima

More Related Content

What's hot

Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
Bie Judith

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
ZAFANA

Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Slumber Je

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
ali ahmad

Penilaian prestasi 2 bentang
Penilaian prestasi 2 bentangPenilaian prestasi 2 bentang
Penilaian prestasi 2 bentang
Khairul Azli

What's hot (20)

KONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGAKONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGA

Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)

Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8

Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk

PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdfPTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf
PTM - PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF.pdf

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

Litar siri dan selari
Litar siri dan selariLitar siri dan selari
Litar siri dan selari

Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009

Kawalan Dalaman
Kawalan DalamanKawalan Dalaman
Kawalan Dalaman

Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia

Tajuk 9 pembangunan pekerja
Tajuk 9 pembangunan pekerjaTajuk 9 pembangunan pekerja
Tajuk 9 pembangunan pekerja

DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Definisi pelanggan
Definisi pelangganDefinisi pelanggan
Definisi pelanggan

Penilaian prestasi 2 bentang
Penilaian prestasi 2 bentangPenilaian prestasi 2 bentang
Penilaian prestasi 2 bentang

E folio peradaban dan etika
E folio peradaban dan etikaE folio peradaban dan etika
E folio peradaban dan etika

13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969

GLOBALISASI
GLOBALISASIGLOBALISASI
GLOBALISASI

Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)

Kv = visi misi hasil pembelajaran
Kv = visi misi  hasil pembelajaranKv = visi misi  hasil pembelajaran
Kv = visi misi hasil pembelajaran

Similar to Tnb r report

Topik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTopik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
TAN KEW

kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-sehariankepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
ainzd78

Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusanBab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
armanisenin

2. ict in daily life
2. ict in daily life2. ict in daily life
2. ict in daily life
Siti Muhammed

Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
JASONYAPMUNHONG

Similar to Tnb r report (20)

Topik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTopik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagang

Wany
WanyWany
Wany

Buku Panduan Pembangunan Sistem Paparan Maklumat
Buku Panduan Pembangunan Sistem Paparan MaklumatBuku Panduan Pembangunan Sistem Paparan Maklumat
Buku Panduan Pembangunan Sistem Paparan Maklumat

Chapter 2 global e business and collaboration MIS
Chapter 2 global e business and collaboration MISChapter 2 global e business and collaboration MIS
Chapter 2 global e business and collaboration MIS

kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-sehariankepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian

Chapter 13 building information system MIS
Chapter 13 building information system MISChapter 13 building information system MIS
Chapter 13 building information system MIS

Skrip contoh kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpldSkrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh kik e-wave projek mpld

OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Pinjaman (Malay) V1R2

OfficeCentral Pengurusan KPI (Malay) V12R
OfficeCentral  Pengurusan KPI (Malay) V12ROfficeCentral  Pengurusan KPI (Malay) V12R
OfficeCentral Pengurusan KPI (Malay) V12R

Chapter 3 organization and information systems MIS
Chapter 3 organization and information systems MISChapter 3 organization and information systems MIS
Chapter 3 organization and information systems MIS

Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusanBab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan

2. ict in daily life
2. ict in daily life2. ict in daily life
2. ict in daily life

Logimedika [compatibility mode]
Logimedika [compatibility mode]Logimedika [compatibility mode]
Logimedika [compatibility mode]

Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_maklumaKepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_makluma

jawapan
jawapanjawapan
jawapan

Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik

BAGAIMANAKAH MEMPERKUKUHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PENDIDIKAN (EMIS) DARI...
BAGAIMANAKAH MEMPERKUKUHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PENDIDIKAN (EMIS) DARI...BAGAIMANAKAH MEMPERKUKUHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PENDIDIKAN (EMIS) DARI...
BAGAIMANAKAH MEMPERKUKUHKAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PENDIDIKAN (EMIS) DARI...

E-Government_Systems_Interoperability_Framework
E-Government_Systems_Interoperability_FrameworkE-Government_Systems_Interoperability_Framework
E-Government_Systems_Interoperability_Framework

LMCP1532: Tugasan 3
LMCP1532: Tugasan 3LMCP1532: Tugasan 3
LMCP1532: Tugasan 3

OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2
OfficeCentral Pengurusan Bajet (Malay) V1R2

Tnb r report

• 1.
• 2.
• 3.
• 8.
• 14. Menukar kata laluan4762500-5473703.1.2Integrasi Dengan Sistem Maklumat Yang Lain
Sistem eCIBS ini bukan sahaja sistem online yang boleh digunakan dimana-mana sahaja oleh kakitangan TNB, malah sistem ini juga telah di integrasi dengan sistem-sistem lain yang mempunyai kepentingannya tersendiri.
Sistem ini mempunyai hubungan dengan sistem pembayaran di kaunter pembayaran. Apabila kerani pembayaran memasukkan data bahawa pengguna telah membayar bil, secara automatik sistem akan mengesan dan mengemaskini akaun pengguna tersebut. Dengan capaian yang cepat dan mudah ini, kakitangan dapat menjimatkan masa untuk memasukkan data yang sama ke dalam sistem yang berlainan.
Selain itu, sistem eCIBS ini turut mempunyai hubungan dengan beberapa bank tempatan iaitu Maybank dan juga CIMB bank. Hubungan yang diwujudkan ini adalah untuk memudahkan pengguna membayar bil mereka secara online. Maybank2U.com telah menawarkan perkhidmatan pembayaran bil secara online. Dengan itu, sistem Maybank dan sistem yang digunakan di TNB ini mempunyai hubungan agar pembayaran bil secara online ini dapat dikenalpasti dan dapat mengemaskini akaun pengguna yang membayar menggunakan online. Begitu juga dengan CIMB bank yang mempunyai perkhidmatan pembayaran bil secara online menggunakan CIMB-clicks. Pembayaran bil akan ditolak melalui akaun pengguna dalam mana-mana bank yang digunakan untuk membuat pembayaran. Sistem ini juga mengaplikasikan TPS (Transaction Processing System).
Di samping itu, eCIBS juga mempunyai hubungan atau link dengan akauntan negara. Namun pihak akauntan negara hanya boleh memasuki eCIBS dan mencetak bil sahaja. Pihak akauntan negara tidak berkuasa untuk mengubah sebarang data di dalam sistem ini. Seterusnya system ini berhubung dengan HHC (Held Hand Computer) yang merupakan pembaca meter yang dibawa oleh pekerja TNB yang ditugaskan untuk membaca bacaan meter elektrik dari rumah ke rumah.
4781550-5473703.1.3Faedah Sistem Maklumat Kepada Organisasi
Pada pelanggan yang telah mendaftar dan menggunakan elektrik, CIBS menyediakan rebat sebanyak 5% apabila hujung tahun dari deposit yang disimpan secara tunai jika pelanggan tidak mempunyai tunggakan pembayaran pada setiap bulan. Jika pengiraan meter reader salah atau tersalah charge, sistem ini akan mendebitkan atau mengkredit semula pada bil pengguna pada bulan yang berikutnya. Ini adalah di antara faedah sistem eCIBS kepada para pelanggan syarikat ini.
Faedah sistem eCIBS ini kepada organisasi pula adalah dari segi menjimatkan masa kakitangan untuk memasukkan data yang sama ke dalam sistem yang berlainan. Dengan adanya data pengguna di dalam eCIBS ini, sistem-sistem lain boleh memperoleh data yang sama dengan mengintegrasi kepada eCIBS.
Selain itu, eCIBS ini juga dapat membantu syarikat dari segi penambahbaikan sekiranya ada sebarang permasalahan yang terjadi dengan adanya sistem aduan. Segala aduan atau komen akan dinilai dan diambil kira agar dapat diperbaiki dan secara tidak langsung akan menaik taraf perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
3.1.4Proses Pemerolehan Sistem
Sebelum TNB Ipoh menggunakan sistem eCIBS, mereka telah menggunakan suatu sistem tempatan yang telah dibangunkan oleh sekumpulan pekerja iaitu Customer Application Program Package (CAPP) terlebih dahulu sehingga tahun 1994. CAPP adalah hasil daripada inovasi anggota kerja TNB sendiri yang mempunyai kemahiran dalam membangunkan sistem. CAPP adalah merupakan salah satu sistem standalone.
CAPP dikatakan tidak mempunyai sebarang permasalahan ketika penggunaannya. Tetapi masalah sistem CAPP ini ialah sistem ini tidak diiktiraf oleh pengurusan tertinggi kerana ia dikatakan tidak setaraf dengan sistem yang digunakan oleh pengurusan negeri dan dunia kerana ketika itu perniagaan telah dipengaruhi oleh vandor dari Jerman yang mempromosi sistem mereka yang dikatakan lebih baik dan bagus. Jadi, untuk bersaing dengan negara lain, pihak TNB telah membeli eCIBS ini dari pada vandor dari Jerman.
4772025-1073150
eCIBS mula digunakan pada tahun 1995. Sistem ini diimport daripada Jerman. Pada mulanya sistem ini tidak boleh digunakan di Malaysia kerana tidak sesuai. Cara yang digunakan berbeza dan sistem yang diperkenalkan juga adalah berlainan dengan sistem yang pernah digunapakai sebelum ini. Selepas itu, sistem ini telah diubahsuai atau upgrade serta ditukar (convert) mengikut kesesuaian di Malaysia dan barulah boleh digunakan di Malaysia. Segala data diperoleh daripada CAPP setelah digabungkan (merge) dengan bahagian CAPP yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diingini.
eCIBS ini menggunakan nombor siri sebagai nombor pengguna yang mana nombor ini berturutan di antara satu sama lain berbanding dengan CAPP yang mempunyai nombor akaun pengguna sebanyak 12-digit. 4 digit untuk pengenalan stesen, 2 digit seterusnya untuk pengenalan daerah, 2 digit berikutnya untuk pengenalan kawasan dan 4 digit terakhir untuk lokasi.
Setakat penggunaan eCIBS sehingga pada hari ini, sistem ini belum mengalami masalah besar seperti dicerobohi oleh hackers dan tiada masalah dengan Y2K. Masalah yang biasa dihadapi adalah seperti tidak boleh log masuk. Tetapi dapat diselesaikan oleh bahagian ICT. Jika terdapat sebarang masalah pada sistem yang tidak dapat dibaiki oleh bahagian ICT, pekerja akan membuat panggilan ke ibu pejabat Kuala Lumpur. Pekerja dari ibu pejabat akan datang dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi sehingga selesai.
3.2Implementasi
Sistem eCIBS paling mudah untuk dilihat penggunaannya dari segi pengguna memohon untuk bekalan elektrik. Pemohon perlu mengisi borang yang tertentu untuk memohon. Seterusnya kakitangan akan memasukkan data-data ke dalam eCIBS. eCIBS ini akan menjana nombor pengguna pemohon tersebut dan membuka akaun untuk pemohon. Kemudian pemohon perlu menunggu untuk pekerja memasang kabel dan seterusnya penyambungan elektrik ke rumahnya.
4752975-1073150
Apabila telah genap sebulan, terdapat pekerja yang akan datang dari rumah ke rumah untuk mengira kadar penggunaan tenaga elektrik serta pengiraan jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna. Pekerja tersebut akan membawa alatan tangan yang dikenali sebagai Held Hand Computer (HHC). Pekerja TNB tersebut akan menekan nombor meter di rumah dan mengambil bacaan kadar elektrik terkini. Data-data yang diperoleh akan disimpan di dalam HHC tersebut. Seterusnya HHC tersebut akan memproses data yang dimasukkan seperti mengira jumlah kadar penggunaan elektrik bagi rumah tersebut, mengira jumlah yang perlu dibayar serta mencetak bil. Apabila selesai, pekerja tersebut akan pulang ke pejabat dan akan memuat turun data yang tersimpan terus ke dalam eCIBS. eCIBS ini akan mengesan dan akan mengemaskini secara automatik akaun pengguna berdasarkan maklumat terbaru yang diperoleh melalui HHC tersebut.
Bagi mengira jumlah penggunaan bagi pengguna kuasa besar seperti kilang-kilang, pekerja TNB tidak pergi ke kilang membawa HHC kerana dikhuatiri merbahaya, tetapi menggunakan sistem yang lebih efisien. Sistem tersebut menggunakan satelit untuk mengetahui kadar penggunaan tenaga elektrik di kilang. Apabila telah memperoleh kadar pengunaan tersebut, data akan terus masuk ke eCIBS. Ini terjadi kerana dengan adanya integrasi eCIBS dengan sistem perhubungan satelit. Integrasi ini membolehkan eCIBS mengetahui data-data pengguna yang mempunyai jarak yang jauh.
4.0REFLEKSI
Hasil kajian yang telah dilakukan di organisasi atau syarikat TNB ini telah memberi pengalaman bermakna sepanjang kami bersama-sama dengan staf syarikat tersebut untuk mengumpulkan data yang diingini. Kerjasama yang diberi oleh kakitangan TNB amat dihargai kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.
4762500-547370 Dengan adanya setiap sistem, ia membantu pengurusan syarikat dari pelbagai aspek. Antaranya aspek maklumat staf, pengguna, perkhidmatan, pengurusan dan lain-lain. Di samping itu, kemahiran juga diperlukan pada kakitangan, terutamanya kakitangan yang bertanggungjawab terhadap sesuatu sistem. Kakitangan tersebut haruslah mahir dalam penggunaan sistem yang ditetapkan agar tidak mengganggu urusan seharian syarikat ini. Berdasarkan temuramah daripada para staf yang terlibat ini, mereka mengatakan bahawa setiap kakitangan baru yang menggunakan sistem, akan diberi latihan dan kursus penggunaan sistem tersebut. Kakitangan juga akan dibekalkan dengan modul panduan pengguna sistem yang akan digunakan.
Secara keseluruhannya, teknologi telah membantu para staf dalam melakukan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan. Oleh itu, persediaan dari segi mental, intelektualan dan fizikal adalah amat dititik beratkan untuk menjadikan sesuatu tugasan itu sebagai satu kerja yang tidak membebankan dan memudahkan pelaksanaan tugasan tersebut.