Advertisement

Skrip contoh kik e-wave projek mpld

Librarian at Universiti Teknologi MARA
Dec. 30, 2020
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Advertisement
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Advertisement
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Advertisement
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Skrip contoh  kik e-wave projek mpld
Upcoming SlideShare
kertas kerja konvokesyen 2022.docxkertas kerja konvokesyen 2022.docx
Loading in ... 3
1 of 19
Advertisement

More Related Content

Advertisement
Advertisement

Skrip contoh kik e-wave projek mpld

  1. HAMID Bismillah Hirrohman Nirohim.... Yang Berbahagia Panel Hakim yang arif lagi bijaksana, Ketua-ketua Jabatan, tetamu-tetamu kehormat, rakan-rakan KIK dan seterusnya tuan/ puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan salam sejahtera. e-WAVE dari Bahagian Sistem Dan Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Abdul Razak terdiri dari 8 orang ahli telah ditubuhkan pada 4 Mac 2005. Sehingga kini, e-WAVE telah berjaya menghasilkan 3 projek yang mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat UiTM, IPTA, Kebangsaan dan akan ke peringkat Perpustakaan SeMalaysia pada 3 November dan peringkat antarabangsa di Korea pada 9 Disember 2008. 1/ 35 SKRIP CONTOH -KIK e-Wave projek MPLD berdasakan slaid di https://www2.slideshare.net/faizar/contoh-kik-ewave-peringkat-uitm-2008
  2. AZIZI e-WAVE telah mengadakan mesyuarat rasmi sebanyak 8 kali dengan keseluruhan peratusan kehadiran adalah 100 PERATUS. Tugasan sesama ahli diagihkan melalui Matrik Tugasan seperti yang telah ditetapkan. Berikut ialah penilaian pencapaian ahli kumpulan sebelum projek dilaksanakan berdasarkan kriteria yang telah dikenalpasti. Berdasarkan jadual sebelum serta Carta Radar purata kefahaman ahli terhadap ICC adalah pada tahap 70 peratus. Analisa SWOT digunakan untuk menilai kekuatan dan kelemahan kumpulan. Kitaran PDCA pula sebagai modus operandi manakala perancangan projek dibuat melalui Carta Perbatuan bermula dari minggu ke 2 Januari hingga akhir Jun 2008. MAYA Terdapat 10 masalah yang dikenalpasti melalui percambahan fikiran. Antara masalah tersebut adalah : 1. Kelewatan menyediakan jadual aduan penyelenggaraan ICT kepada juruteknik komputer. 2. Kutipan hasil cetakan laserjet di pusat IT tidak mencapai nilai sebenar. 3. Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Terhad Di Waktu Puncak. Dan seterusnya masalah-masalah lain seperti dilayar. 2/ 35 3/ 35
  3. AZMIR Untuk menyenarai pendekkan masalah... e-Wave menggunakan Jadual Matrik Analisa Data dengan Skala Undian dengan melihat kepada Kepentingan dan Kemampuan kumpulan. Bagi menentukan masalah Paling Utama, Verifikasi Masalah telah dilakukan dengan mengedarkan borang Soal Selidik kepada 50 Responden pada 14 hingga 16 Januari 2008. Lembaran semakan yang dipaparkan menunjukkan masalah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Terhad Di Waktu Puncak memperolehi kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 29 kekerapan atau 58 peratus berbanding masalah-masalah lain. Kedudukan ini juga boleh dilihat di Carta Bar. HAMID Berikut adalah tajuk masalah yang dipilih. Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri atau lebih dikenali dengan MPLD bermaksud Kemudahan mesin yang berfungsi untuk membuat pinjaman bahan-bahan perpustakaan secara layan diri oleh warga UiTM Shah Alam Terhad... membawa maksud P.T.A.R 1 hanya mempunyai 1 unit MPLD sahaja. Pelanggan tiada pilihan dan perlu menunggu giliran untuk membuat proses pinjaman secara layan diri. Manakala Waktu Puncak pula bermaksud... Suatu jangka waktu paling sibuk semasa Pelanggan membuat proses pinjaman iaitu antara jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang 4/ 35 5/ 35
  4. AZIZI Keperluan untuk menambah kemudahan MPLD ini bertepatan dengan Piagam Pelanggan P.T.A.R perkara 5 yang menjelaskan Proses Pinjaman buku mestilah dapat dilakukan dalam masa 5 saat untuk setiap buku. Hadirin yang dihormati sekalian, PTAR sentiasa komited dalam penyediaan prasarana demi memenuhi permintaan dan juga kepuasan hati pelanggan. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh P.T.A.R antaranya ialah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri. MAYA MPLD merupakan satu kaedah pinjaman buku secara layan diri yang disediakan oleh perpustakaan bagi memudah dan mempercepatkan urusan pinjaman oleh pelanggan perpustakaan. Dengan menggunakan MPLD ini, pelanggan tidak perlu berurusan melalui kaunter dan hanya perlu mempunyai kad matriks untuk menggunakan MPLD. Pelanggan juga akan diajar untuk membaca arahan yang terdapat di skrin MPLD. Sekeping resit yang menyenaraikan judul-judul buku yang dipinjam beserta tarikh pemulangan akan dicetak oleh MPLD. Resit ini perlu disimpan oleh pelanggan sebagai rujukan. Staf kaunter akan membantu sekiranya pelanggan mengalami masalah ketika menggunakan MPLD. 6/ 35 7/ 35
  5. AZMIR Dengan pertambahan jumlah pelajar yang akan mencecah 200 ribu pada tahun 2010 nanti... 1 unit MPLD didapati tidak lagi mencukupi untuk menampung pelajar membuat pinjaman buku terutamanya di waktu puncak iaitu pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Kajian mendapati waktu rehat pelajar sekitar jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Oleh itu, dalam tempoh 1 jam awal tersebut maka berpusu-pusu pelajar datang ke perpustakaan untuk meminjam buku. Maka disini berlakulah kesesakan dan pelajar terpaksa beratur panjang untuk menggunakan kemudahan MPLD. Tertera dilayar adalah terma yang digunapakai bagi panduan serta rujukan di dalam keseluruhan pembentangan projek kami . HAMID E-Wave telah melihat bahawa 1 unit MPLD didapati tidak lagi relevan untuk menampung pertambahan jumlah pinjaman buku jika dilihat pada statistik pinjaman buku 2007 sebanyak 88,517 naskah. E-Wave memfokuskan implikasi projek ini dari aspek kebaikan dan keburukan terhadap Staf, Pelanggan serta Jabatan. E-Wave menggunakan kaedah analisis 5W 1H untuk menjelaskan lagi masalah yang dihadapi. 8/ 35 9/ 35
  6. MAYA WHAT? .... Apa masalahnya? AZIZI Pelajar menunggu giliran semasa hendak membuat pinjaman buku kerana jumlah MPLD yang terhad MAYA WHERE? .... Dimana ianya berlaku? AZIZI Perpustakaan Tun Abdul Razak1 UiTM, Shah Alam MAYA WHY.... Mengapa ianya berlaku? AZIZI Pelajar menggunakan kesempatan waktu tiada kelas iaitu dari jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang untuk membuat pinjaman buku dengan menggunakan hanya 1 unit MPLD MAYA WHO?.... Siapa yang Terlibat Melakukannya? AZIZI PELANGGAN iaitu Pelajar yang menggunakan kemudahan Perpustakaan apabila hendak meminjam buku 10/ 35 11/ 35
  7. MAYA When?... Bila ianya berlaku? AZIZI Setiap kali pelajar ingin membuat pinjaman buku di waktu puncak di antara jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. MAYA HOW?.... Bagaimana ianya Berlaku? AZIZI Pelajar tiada pilihan kerana PTAR 1 mempunyai 1 unit mesin sahaja. Situasi ini tidak melibatkan pensyarah dan staf kerana mereka akan menggunakan masa lain untuk datang ke perpustakaan. AZMIR Dilayar adalah Carta Alir Proses Pinjaman Buku Menggunakan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri. e-WAVE telah memberi fokus kepada pengumpulan data yang diperolehi dari Sistem ILMU dalam tempoh lima hari bermula dari 28 Januari hingga 1 Februari 2008. Hasil dari statistik tersebut didapati jumlah pinjaman dalam tempoh waktu puncak hanya 368 naskah. Ini bermakna dalam tempoh 1 jam purata sehari di waktu puncak hanya 74 naskah sahaja buku dapat dipinjam. 12/ 35 13/ 35
  8. HAMID e-WAVE telah menetapkan sasaran projek sebanyak 100 peratus untuk Meningkatkan Jumlah Pinjaman Buku di waktu puncak dari purata 74 naskah Kepada 148 Naskah. Antara Asas Penetapan Sasaran Projek ini ialah Arahan dari pihak pengurusan untuk meningkatkan jumlah pinjaman buku dan disokong oleh Kepakaran ahli kumpulan dalam bidang teknikal dan sistem maklumat. Objektif projek adalah untuk Mengelakkan kesesakan di MPLD, membantu Pengurusan menjimatkan wang, Menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan layan diri dan seterusnya Membantu menaikkan imej jabatan. AZIZI Manakala Tema Projek Kumpulan e-WAVE ialah CEPAT, SISTEMATIK DAN INOVASI. Kelulusan pemilihan tajuk telah diperolehi pada 18 Januari 2008 dengan tajuk MENAMBAH KEMUDAHAN MESIN PINJAMAN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN dan P.T.A.R 1 dijadikan lokasi kajian kes. e-WAVE melalui brainstorming telah menghasilkan senarai punca- punca masalah dengan memfokuskan kepada empat faktor iaitu MANUSIA, KAEDAH, MESIN, dan TEMPAT. Untuk mengenalpasti sebab-sebab yang mungkin, e-WAVE memperjelaskannya melalui Rajah Sebab Akibat 1. 14/ 35 15/ 35
  9. MAYA Paparan di layar menunjukkan analisa punca masalah... Dibawah faktor KAEDAH... setelah dianalisa didapati punca Kaunter sibuk dengan pelbagai perkhidmatan, menguruskan urusan denda, penahanan transkrip dan juga pendaftaran pelajar baru telah diterima oleh kumpulan untuk diselesaikan. Seterusnya dibawah faktor KAEDAH... Setelah dibuat analisa didapati pengguna lebih suka perkhidmatan layan diri kerana ringkas, mudah, berkesan dan cepat. Dibawah faktor MESIN... terdapat 3 punca masalah yang dikenalpasti iaitu Mesin kerap rosak, Mesin Mahal dan Kos penyelenggaraan yang tinggi. Punca-punca tersebut telah menyumbang kepada permasalahan kerana memerlukan kos yang tinggi untuk membeli mesin dan alat ganti perlu diimpot dari luar negara serta terpaksa bergantung pada vendor sepenuhnya. AZMIR Ini dapat dilihat pada Rajah Sebab Akibat 2.. iaitu 5 punca masalah telah diterima, manakala 4 telah ditolak iaitu 2 dibawah faktor manusia, 1 dibawah faktor mesin & 1 dibawah faktor tempat. Dan diperjelaskan lagi melalui Rajah Sebab Akibat 3. Seterusnya Kumpulan membuat kutipan data dengan mengedarkan borang Soal selidik kepada 50 responden dikalangan staf pada 11 hingga 15 Februari 2008. Didapati punca paling mungkin MESIN MAHAL memperolehi sebanyak 24 kekerapan dengan peratusan kekerapan tertinggi sebanyak 48 peratus dan seterusnya MESIN KERAP ROSAK, PENYELENGGARAAN TINGGI, PERMINTAAN TINGGI TERHADAP PERKHIDMATAN LAYAN DIRI dan KAUNTER SIBUK mengakibatkan KEMUDAHAN MPLD TERHAD DI WAKTU PUNCAK . Ini juga boleh dilihat di Graf Pareto sebagaimana yang dipaparkan. 16/ 35 17/ 35
  10. HAMID Bagi menyokong bahawa Mesin Mahal adalah faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan tersebut maka e-WAVE telah melakukan Benchmarking dengan beberapa IPTA lain. Hasil Sumber Benchmarking yang diperolehi melalui e-mail dan lawatan didapati purata harga kesemua Mesin Pinjaman Layan Diri melebihi RM100 ribu. Manakala 1 unit MPLD di P.T.A.R 1 pula berharga RM 142,557. Semestinya ini membebankan PTAR dari segi kewangan untuk menambah mesin yang sedia ada bagi memberi keselesaan perkhidmatan kepada pelanggan. AZIZI Melalui kaedah brainstorming, kumpulan telah mengenalpasti cadangan penyelesaiannya dan telah dianalisa kebaikan serta keburukannya. Cadangan penyelesaian pertama ialah mencipta MPLD. Kebaikan kepada cadangan tersebut... menjimatkan kos pembelian dan penyelenggaraan. Kumpulan telah menerima cadangan yang telah dikemukakan oleh En. Ahmad Nazri ini. Cadangan kedua ialah Menambah bilangan MPLD mengikut ciptaan kumpulan. Kebaikannya Mudah diuruskan, Jauh lebih murah dan memenuhi Spesifikasi jabatan manakala keburukannya tiada. 18/ 35 19/ 35
  11. MAYA Kesimpulannya, kumpulan telah menerima cadangan yang telah dikemukakan oleh Tn. Hj. Azizi. Cadangan Ketiga... ialah Menggunakan kepakaran ahli untuk membuat pembaikan kerosakan. Kebaikannya, tidak memerlukan kos yang tinggi manakala keburukan kepada cadangan tersebut tiada. e-WAVE telah memperincikan setiap cadangan yang dikemukakan melalui Rajah Pokok sebagaimana yang tertera di layar. Kumpulan telah membuat permohonan kelulusan cadangan penyelesaian kepada Ketua Pustakawan dan mendapat kelulusan untuk meneruskan cadangan tersebut pada 4 Februari 2008. Jadual 5W 1H digunakan bagi menjelaskan lagi Perlaksanaan Cadangan Penyelasaian. AZMIR Pelan Tindakan bagi melaksanakan Cadangan Penyelesaian telah dilaksanakan dalam tempoh 14 minggu bermula Februari hingga Mei 2008. Tugasan untuk mencipta mesin telah dimulakan dengan mengenalpasti permasalahan mesin yang sedia ada iaitu: 1. Harga mesin mahal.. 2. Kos penyelenggaraan tinggi .. dimana penukaran barcode scanner satu unit berharga RM13,365.88 3. Tidak semua kad matriks boleh diimbas oleh Barcode scanner .. 4. Pengaksesan kepada pangkalan data tidak secara terus. 5. Sistem Operasi tidak ‘up-to-date’ – sistem menggunakan Windows 2000 21/ 35 20/ 35
  12. HAMID SASARAN HASIL INOVASI KUMPULAN Sekurang-kurangnya menyamai fungsi mesin sedia ada. Kumpulan juga telah mengenalpasti peralatan yang diperlukan untuk membuat Mesin ciptaan kumpulan. Peralatan-peralatan yang diperlukan ialah: Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Layar Sentuh Pencetak Resit Sensi tizer Pengimbas Kod Palang dan Slot Kad Matrik Seterusnya adalah proses pengukuran saiz peralatan. AZIZI Di layar adalah Prototaip MPLD yang kami namakan MPLD0801. HASIL PERCAMBAHAN FIKIRAN dimana PRO kepada cadangan prototaip ini, mudah dibawa ke mana-mana dan bersaiz kecil. Manakala KONTRA: Perlukan meja sebagai sokongan. TINDAKAN PEMBETULAN dilakukan dengan menghasilkan prototaip MPLD yang mempunyai kaki. Berikut.. adalah Prototaip MPLD kedua yang dinamakan MPLD0802 Ujicuba terus dilakukan dengan Membuat penambahbaikan kepada prototaip MPLD0802. 23/ 35 22/ 35
  13. MAYA PRO kepada ujicuba tersebut mendapati Kedudukan lebih stabil dan mempunyai ketinggian yang bersesuaian manakala KONTRANYA ialah menghadapi masalah untuk mengubah kedudukan kerana berat serta tiada roda. TINDAKAN PEMBETULAN terus dilakukan dengan Meletakkan roda pada MPLD0802 seperti rajah prototaip 3 agar mudah di ubah kedudukannya dan selesa apabila ditolak. Juga dibuat penambahbaikan dengan meletakkan kipas untuk menyerap haba panas serta meletakkan pemegang supaya mudah untuk diangkat dan mudah untuk dipisahkan. AZMIR Tertera dilayar adalah lakaran keseluruhan MPLD0802... Sketchmatic Diagrams setiap bahagian iaitu Bahagian disebelah Luar..., Dalam..., Sisi.... dan bahagian bawah. Ini pula adalah proses membuat Casing oleh Vendor yang dilantik dimana tempoh siap casing adalah selama tiga minggu. Beginilah rupa Casing yang telah siap tanpa komponen. Seterusnya proses pemasangan komponen oleh ahli kumpulan iaitu Hj. Rosli Mohamad membuat pendawaian elektrik dan pemasangan komponen ICT. 24/ 35 25/ 35
  14. HAMID Seterusnya Kerja-Kerja Kemasan telah dilakukan iaitu Menebuk lubang Untuk Mengaktifkan ‘Sensitizer’, Ruang Untuk Melaras Alat Pengimbas Kod Palang, Memasang Pemegang ‘Holder’ Dan Seterusnya Memasang Frame Slot Untuk Notis Penggunaan Mesin. Setelah kerja-kerja diperingkat pemasangan komponen, pendawaian elektrik dan proses kemasan selesai... barulah Proses Ujilari Sistem dapat dilakukan. Berikut adalah paparan antaramuka sistem pinjaman buku dengan menggunakan Sistem ILMU iaitu Sistem Pengurusan Perpustakaan yang sedia ada. Hasil Ujilari Sistem didapati e-WAVE BERJAYA menghasilkan MPLD yang kami namakan WAVE SELF. AZIZI e-WAVE sekali lagi telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 responden bermula pada 24 hingga 28 Mac 2008 untuk melihat penurunan punca-punca masalah. Hasil kutipan data tersebut merumuskan punca paling mungkin masalah telah diselesaikan 100 PERATUS .. dan boleh dilihat melalui Graf Pareto perbandingan Sebelum dan selepas pembaikan. 26/ 35 27/ 35
  15. MAYA MPLD dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti Penyelenggaraan dilakukan secara ‘inhouse’, Mesra pengguna, Antaramuka yang mudah dikendalikan, Pengaksesan terus ke pangkalan data, Mudah alih, Alat ganti mudah didapati dan yang paling penting Tidak perlu lagi bergantung pada vendor. Berikut adalah perbandingan mesin sedia ada dan MPLD inovasi kumpulan Dilayar adalah kaedah alternatif PDPC sebagai backup sistem sekiranya berlaku sebarang masalah pada MPLD. AZMIR e-WAVE telah melaksanakan cadangan penyelesaian dengan meletakkan tambahan 1 unit MPLD Ciptaan Kumpulan di P.T.A.R 1. Data telah diambil pada 24 hingga 28 Mac 2008 dari jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang untuk melihat jumlah peningkatan pinjaman buku. Hasil dari kutipan data tersebut didapati Purata Naskah Buku Yang Dipinjam Di Waktu Puncak Dengan Menggunakan 1 unit MPLD sedia ada dengan tambahan MPLD inovasi kumpulan ialah 917 naskah. Ini bermakna purata dalam seJAM sebanyak 183 NASKAH buku dapat dipinjam. Ini jelas menunjukkan bahawa Kumpulan telah BERJAYA mencapai sasaran yang ditetapkan dan boleh dilihat di carta bar perbandingan. Hadirin yang dihormati sekalian.. Berikut adalah rakaman Video dari Pengurusan P.T.A.R yang menyokong penuh projek ini supaya dapat diperluaskan ke seluruh Cawangan. 29/ 35 28/ 35
  16. HAMID e-WAVE akan membuat permohonan penyeragaman secara rasmi untuk meneruskan projek yang berimpak tinggi ini... sebaik sahaja Pekeliling Naib Canselor Bil.18 Tahun 2008 mengenai arahan perbelanjaan secara berhemat dikaji semula. Dipaparkan dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan berhemat dan kepentingan inovasi dalam meningkatkan produktiviti negara. AZIZI Berikut adalah Pengiraan Kos Projek Membina 1 unit MPLD yang dibangunkan oleh kumpulan: berjumlah RM 2,400. Kos Pembelian Peralatan pula sebanyak RM 13,793. Perbelanjaan Projek sebanyak RM 450. Jumlah keseluruhan kos bagi 1 Unit mesin adalah RM 16,643. 31/ 35 30/ 35
  17. AZMIR Kumpulan telah membuat perbandingan Kos pembelian MPLD yang telah dibeli oleh Perpustakaan sebanyak 6 unit berjumlah RM 813,110. Sekiranya 6 unit mesin sedia ada ini di buat mengikut kos yang dibina oleh kumpulan, jumlah kos yang diperlukan hanya RM 99,858. Ini bermakna e-WAVE telah dapat menjimatkan Kos sebanyak RM 713,252. HAMID Bagi membuktikan kos yang diperlukan oleh pembekal luar untuk harga 1 unit MPLD, layar menunjukkan Pesanan Jabatan bagi tahun 2001 dan... 2006 Kumpulan telah membuat perbandingan kos dengan Syarikat Luar dan didapati kumpulan berjaya menjimatkan wang sebanyak RM 125 ribu,914 bagi 1 unit mesin. Dilayar menunjukkan pengiraan kos jika Perpustakaan membeli 1 unit MPLD daripada syarikat luar bagi 12 Perpustakaan Cawangan dan 8 Perpustakaan Fakulti. Kos yang diperlukan ialah sebanyak RM 2 juta,639 ribu,980. Jika nilai tadi dibandingkan dengan kos yang di bangunkan oleh kumpulan, penjimatan Wang Jabatan adalah sebanyak RM 2 juta,307 ribu,120. 33/ 35 32/ 35
  18. MAYA Sebuah syarikat pembekal peralatan ICT iaitu WAVE TECH Sdn. Bhd. telah menguji cuba Mesin yang dicipta oleh kumpulan . Didapati Mesin ini menepati spesifikasi sebagai sebuah produk MPLD yang berpotensi untuk dikomersilkan. Dipaparkan borang Kepuasan Hati Pelanggan yang berpuas hati terhadap Kemudahan MPLD di PTAR. Sumbangan projek kepada Jabatan adalah... Hasil Inovasi ini berjaya meningkatkan produktiviti staf dan mempercepatkan proses kerja. e-WAVE sentiasa berusaha memberi tumpuan kepada pelanggan dengan berpandukan kaedah yang dipaparkan bagi memastikan kepuasan hati pelanggan. HAMID Berikut ialah pencapaian ahli kumpulan sebelum dan selepas pelaksanaan projek, .. carta radar dan didapati terdapat peningkatan sebanyak 5 hingga 15 peratus. Cadangan pembangunan kumpulan adalah seperti dilayar. Sekarang marilah kita saksikan rakaman ucapan Ketua Pustakawan terhadap hasil Inovasi e-WAVE. ........................................................................................................................ Sebelum kami akhiri persembahan ini, marilah kita saksikan DEMO Penggunaan MPLD yang dinamakan WAVE SELF SEKIAN TERIMA KASIH 34/ 35 35/ 35
  19. KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM KALI KE 13 2 00 8 KONVENSYENKONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM KALI KE 13 2 00 8PERINGKAT UiTM KALI KE 13 2 00 8 e-W AVE Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA 40 450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA ee--W AVEW AVE Bahagian Sistem & Teknologi MaklumatBahagian Sistem & Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Abdul RazakPerpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARAUniversiti Teknologi MARA 40 450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA40 450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA TAJUK PROJEK: M ENAM BAH KEM UDAHAN PINJAM AN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN TAJUK PROJEK:TAJUK PROJEK: M ENAM BAH KEM UDAHAN PINJAM AN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM KALI KE 13 2 00 8 KONVENSYENKONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM KALI KE 13 2 00 8PERINGKAT UiTM KALI KE 13 2 00 8 e-W AVE Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA 40 450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA ee--W AVEW AVE Bahagian Sistem & Teknologi MaklumatBahagian Sistem & Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Abdul RazakPerpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARAUniversiti Teknologi MARA 40 450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA40 450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA TAJUK PROJEK: M ENAM BAH KEM UDAHAN PINJAM AN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN TAJUK PROJEK:TAJUK PROJEK: M ENAM BAH KEM UDAHAN PINJAM AN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN
Advertisement