SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
1
Wasiat & Hibah
Sebagai Alternatif
Penyelesaian
Pusaka
Oleh:
RAFIE BIN OMAR
PENGURUS BESAR
JUALAN & PEMASARAN
30 MAC 2005
Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil
@ Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
2
PENGENALAN
• Akta Wasiat 1959 [Akta 346]
• Enakmen Wasiat Islam (Selangor) 1999
• Undang-undang Syariah
• Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
[Akta 532]
Sek. 11: boleh dilantik sebagai pemegang amanah, wasi
pentadbir, penjaga, sahabat wakil, ejen, penerima dsb.
Sek. 12: boleh dilantik sebagai pemegang amanah atau wasi.
Sek. 13: atas permohonannya sendiri atau permohonan orang
lain, boleh diberi probet atau suratkuasa mentadbir.
Sek. 14: dilantik sebagai ganti wasi, pemegang amanah atau
pentadbir yang sedia ada.
Sek. 15: boleh diberi suratkuasa apabila pempetisyen gagal
mengambilnya.
Sek. 16: boleh mengambil milik harta untuk simpanan selamat
sehingga SKM dikeluarkan.
3
APA ITU WASIAT?
Wasiat adalah satu dokumen yang mempunyai
kuatkuasa undang-undang yang
membolehkan seseorang menentukan cara
bagaimana harta bendanya dibahagi setelah
berlaku kematian.
PEWASIAT = orang yang membuat wasiat.
BENEFISIARI= orang /pihak yang dinamakan
dalam wasiat yang akan
menerima harta pusaka.
WASI = orang atau pihak yang dilantik
untuk melaksana dan
menyempurnakan wasiat.
4
APA ITU WASIAT?
Konsep Wasiat
Dokumen
menetapkan hasrat
Bagaimana pusaka ditadbir
dan dibahagikan
Menetapkan Wasi
AKTA WASIAT
1959
Iqrar yang dibuat
semasa hidup
tentang harta dan
manfaat
dilaksanakan untuk
tujuan kebajikan atau
dibenarkan syarak
ENAKMEN WASIAT
ORANG ISLAM
(SELANGOR) 1999
selepas kematian
pewasiat
Selepas Kematian
5
JIKA TIADA WASIAT ?
Jika orang bukan Islam meninggal
dunia tanpa wasiat harta bendanya
akan dibahagi mengikut Akta
Pembahagian 1958. Akta tersebut
memperuntukkan bahagian yang
akan diterima oleh waris yang
ditinggalkan. Seorang Pentadbir
perlu dilantik bagi mentadbir harta
pusaka si mati.
Bagi orang Islam pembahagian
dibuat mengikut Faraid.
6
SIAPA BOLEH BUAT WASIAT?
Orang Islam dan orang bukan Islam
boleh membuat wasiat.
Bagi orang Islam, wasiat boleh dibuat
hanya untuk 1/3 daripada harta yang
ada dan kepada bukan waris. Baki
2/3 lagi hendaklah dibahagikan
mengikut Faraid.
Bagi orang bukan Islam, keseluruhan
hartanya boleh dibahagikan melalui
wasiat dan keinginannya sendiri.
7
SIAPA BOLEH BUAT WASIAT? – samb.
Wasiat membolehkan:
1. Wasi ditentukan sendiri untuk melaksanakan hasrat
Pewasiat.
2. menentukan harta Pewasiat diberikan kepada orang
yang ditentukan samada ahli keluarga atau pihak
lain.
3. menentukan isteri, suami, anak atau tanggungan lain
dijaga kepentingan mereka sehingga masa yang
ditentukan dalam wasiat.
4. menyelamatkan ahli keluarga daripada duka dan
mengalami kesusahan kerana masa depan mereka
telah ditentukan dan dijamin dengan warisan yang
ditinggalkan.
5. melantik Penjaga bagi anak-anak di bawah umur
yang memerlukan jagaan orang yang dipercayai.
8
CARA MENYEDIAKAN WASIAT
ARB memberi perkhidmatan dalam:
1. menyediakan wasiat;
2. menyimpan; dan
3. melaksanakan wasiat.
• Jika pelanggan telah membuat wasiat
sendiri, ARB memberi perkhidmatan untuk
menyimpan selamat wasiat berkenaan.
• Wasiat yang disedia dan disimpan dengan
ARB akan disemak setiap enam bulan sekali
bagi membolehkan perubahan dibuat oleh
Pewasiat.
• Wasiat baru boleh dibuat bagi menggantikan
atau membatalkan wasiat terdahulu.
9
PENYEDIAAN WASIAT
Bagi memastikan wasiat yang dibuat
mempunyai kuatkuasa undang-undang
keperluan-keperluan berikut hendaklah
dipatuhi:-
1. bertulis;
2. pembuat wasiat berumur 18 tahun ke atas;
3. dua orang saksi hendaklah hadir sama,
bukan benefisiari atau suami/isteri kepada
benefisiari yang dinamakan dalam wasiat;
4. ditandatangani; dan
5. bertarikh.
10
PEMBATALAN/PINDAAN WASIAT
1. Keadaan berubah dan timbul keperluan
untuk mengubah atau membatal serta
menggantikan wasiat yang dibuat
terdahulu.
2. Jika peruntukan dalam wasiat hendak
diubah, dokumen yang disebut sebagai
kodisil akan dibaca bersama dengan
wasiat.
3. Lebih wajar dan memudahkan bagi
membatalkan dan membuat wasiat baru.
11
WASIAT DISIMPAN SELAMAT
1. ARB menyimpan wasiat dengan selamat
bagi menjamin tahap kerahsiaannya
terkawal ketat dan untuk
mengelakkannya daripada pemalsuan
dan pemindaan.
2. Wasiat akan disimpan di dalam kabinet
besi yang diletakkan di dalam Bilik Kebal
(“Strong Room”) di Cawangan Utama.
12
WASIAT DILAKSANAKAN
1. Selepas kematian Pewasiat, Wasi yang
dinamakan dalam wasiat perlu membuat
permohonan untuk mengeluarkan Geran
Probet daripada Mahkamah Tinggi.
2. Setelah geran probet dikeluarkan barulah
wasiat boleh dilaksanakan.
3. ARB sebagai wasi akan mengambil tindakan
untuk menjaga dengan selamat harta pusaka
simati sehingga Geran Probet dikeluarkan.
4. Setelah Geran Probet dikeluarkan, harta
pusaka simati akan dikumpulkan, hutangnya
dibayar dan pembahagian akan dibuat
mengikut wasiat dan arahan dalam wasiat
dilaksanakan.
13
WASIAT BOLEH MENJADI TIDAK SAH
Wasiat boleh menjadi tidak sah kerana
beberapa sebab termasuk:-
1. Pelaksanaan yang tidak betul
2. Pewasiat tidak sihat akal dan tidak
berkemampuan memahami apa yang
dibuat semasa wasiat dilaksanakan
3. Wasiat dibuat secara paksa, atau di bawah
pengaruh orang lain.
14
ARB SEBAGAI WASI
1. Tugas dan kewajipan wasi memerlukan
kefahaman mendalam dari segi undang-
undang, perakaunan dsb.
2. Wasiat disediakan secara professional dan
peruntukan dibuat mengikut hasrat Pewasiat.
Khidmat nasihat diberikan sebelum wasiat
disediakan.
3. Wasi yang dinamakan melaksanakan tugas
apabila sampai masanya. Wasi individu boleh
jatuh sakit, berhijrah ke tempat lain atau
meninggal dunia sebelum sempat
melaksanakan tugasnya.
4. ARB sentiasa sedia melaksanakan tugas
apabila tiba masanya.
15
5. Kepentingan Pewasiat dan Benefisiari
dipelihara kerana ARB bersifat berkecuali.
Wasi individu berhadapan dengan tekanan
yang membawa kepada ketidakadilan dan
menimbulkan konflik di antara
Benefisiari.
6. ARB mempunyai pengalaman luas dan
dapat memberi perkhidmatan terbaik
berkaitan wasiat.
7. Wasiat yang disediakan adalah sulit dan
dijamin kerahsiaan dan keselamatannya.
ARB SEBAGAI WASI . . . sambungan
16
FEE WASIAT
A. Penyediaan dan Penulisan Wasiat
Jenis wasiat (termasuk Bil Penulisan
13 klausa standard(ks) klausa wasiat
Asas 1 (1 – 3 klausa + 13 ks) 16 RM 200
Asas 2 (4 – 6 klausa +13 ks) 19 RM 300
Pertengahan 1 (7 – 9 klausa +13ks) 22 RM 400
Pertengahan 2 (10 – 12 klausa +13ks) 25 RM 500
Komprehensif 1 (13 – 15 klausa +13ks) 28 RM 600
Komprehensif 2 (16 – 18 klausa +13ks) 31 RM 700
Komprehensif 3 (19 – 21 klausa +13ks) 34 RM 800
Eksklusif 1 (22 – 24 klausa +13ks) 37 RM 900
Eksklusif 2 (25 klausa dan keatas + 13 ks) >37 RM 1000
B. Penyimpanan
Tahunan Seumur Hidup
RM60.00 jika ARB sebagai wasi RM300.00 jika ARB sebagai wasi
RM80.00 jika ARB bukan wasi RM600.00 jika ARB bukan wasi
17
WASIAT ISLAM & WARIS
•Sah Wasiat yang dibuat untuk
ahli waris samada lebih 1/3 atau
tidak jika diluluskan oleh semua
ahli waris;
•Sah Wasiat yang dibuat untuk
bukan waris melebihi 1/3 jika
diluluskan oleh semua ahli waris
.....Kelulusan/Persetujuan waris
yang diambil kira ialah selepas
kematian Pewasiat.....
18
WASIAT ISLAM
•Pewasiat boleh menarik balik
wasiatnya dengan melakukan
sesuatu perbuatan (secara nyata)
atau keadaan yang menunjukkan
niatnya (tersirat)
•Pewasiat boleh menarik balik
wasiatnya dengan menjalankan
urusniaga berkaitan harta yang
diwasiatkan atau melupuskan
hartanya sehingga habis sama
sekali
19
WASIAT ISLAM DAN HIBAH
PEMBAHAGIAN HARTA MELALUI WASIAT
Antara syarat penting wasiat ialah tidak boleh dibuat
kepada waris yang berhak kepada pusaka, wasiat tidak
boleh melebihi satu pertiga daripada harta peninggalan
simati, dan wasiat tidak boleh dibuat bagi tujuan yang
dilarang oleh Syarak.
Rasionalnya ialah waris mendapat bahagian pusaka
secara Faraid. Pemberian melalui wasiat kepada waris
yang berhak pusaka akan menggangu imbangan
bahagian yang telah ditetapkan oleh Syarak.
PEMBAHAGIAN HARTA MELALUI HIBAH
Pembahagian harta secara Hibah tidak perlu mengikut
Faraid. Pembahagian lebih dari 1/3 dan kepada waris
sendiri dibenarkan. Penghibah boleh menentukan sendiri
siapa yang layak menerima harta hibah tersebut. Apa
yang perlu ditentukan ialah keadilan semasa membuat
pengagihan harta.
20
TUNTUTAN SUPAYA BUAT WASIAT
Allah Ta’ala berfirman, maksudnya:
“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda2
maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan
kaum kerabatnya secara makruf, ini adalah kewajiban atas orang-orang yang
bertaqwa. Maka barangsaipa yang mengubah wasiat itu setelah ia mendengarnya
maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang yang mengubahnya. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Akan tetapi barangsiapa khuatir
terhadap orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia
mendamaikan antara mereka, maka tiadalah dosa baginya, Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” . (Al-Baqarah: 180-182)
“Dan orang2 yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri,
hendaklah berwasiat untuk isteri2nya, iaitu diberi nafkah hingga setahun lamanya
dengan tidak disuruh pindah dari rumahnya. Akan tetapi jika mereka pindah
sendiri maka tiada dosa bagimu (wali atau waris bagi yang meninggal)
membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 240)
Surah An Nisa ayat 11-12 = “Ayat Mawarith”
Surah Al Maidah ayat 105 = “persaksian”
21
TUNTUTAN SUPAYA BUAT WASIAT
SURAH AL-MAIDAH: Ayat 106
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
salah seorang daripada kamu hampir mati,
ketika ia mahu berwasiat, hendaklah
wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang
yang adil di antara kamu atau dua orang
yang lain yang bukan seagama dengan
kamu, jika kamu di dalam pelayaran di muka
bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang
membawa maut . . . .”
22
WASIAT ISLAM
FAEDAH WASIAT ISLAM ARB
• cepatkan pentadbiran pusaka
• mengurangkan pertikaian waris
• Wasi ditentukan dan dilantik
• pembahagian ditentukan sendiri
• harta terpelihara=tidak terjual/tergadai
• ARB = menjamin kesaksamaan dan
memelihara hak antara waris
23
DEFINISI:
Memberi milik harta yang dipunyai oleh Penghibah
ketika masih hidup secara sukarela tanpa balasan
HUKUM: Sunat
CIRI-CIRI PRODUK
Penghibah:
1. Ada kapasiti untuk memiliki harta
2. Tuanpunya berdaftar harta
3. Sempurna akal, rela hati & tanpa paksaan
Penerima Hibah:
1. Ada kapasiti untuk memiliki harta
2. Jika kanak-kanak, Penjaga dilantik
AMANAH HIBAH ARB
24
AMANAH HIBAH ARB
KAEDAH PERLAKSANAAN
PENGHIBAH
PINDAHMILIK
PENERIMA
HIBAH
1
PENGHIBAH
SURATIKATAN
AMANAH
PEMEGANG
AMANAH
PENERIMA
HIBAH
hibah biasa
Amanah Hibah ARB
2
25
AMANAH HIBAH ARB
CIRI-CIRI PRODUK
Penghibah masih boleh nikmati faedah harta
dengan syarat ada persetujuan selepas ‘Sighah’
Boleh ditarikbalik jika dibuat oleh
ibu/bapa/datuk/nenek kepada anak/cucu
Sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia
terdahulu daripada Penghibah, harta menjadi
harta pusaka Penerima Hibah
Sunat disamaratakan di kalangan anak lelaki
dan anak perempuan; juga disamaratakan antara
kedua ibubapa dan saudara mara yang lain
26
AMANAH HIBAH ARB
FAEDAH/KEBAIKAN:
1. Cepatkan pembahagian - jimat kos dan masa
2. Meminimumkan kesusahan waris
3. Pemegang Amanah dilantik terlebih dahulu
4. Hal-ehwal kewangan dan pindahmilik harta
dilaksanakan dengan sulit & persendirian
5. Meminimumkan impak faraid

More Related Content

What's hot (20)

Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
Jual beli salam
Jual beli salamJual beli salam
Jual beli salam
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
 
A’ul, rad dan tashiih
A’ul, rad dan tashiihA’ul, rad dan tashiih
A’ul, rad dan tashiih
 
MUDHARABAH
MUDHARABAHMUDHARABAH
MUDHARABAH
 
BAY' AL-SALAM
BAY' AL-SALAMBAY' AL-SALAM
BAY' AL-SALAM
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinah
 
Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)
 
shirkah dan mudharabah
shirkah dan mudharabah shirkah dan mudharabah
shirkah dan mudharabah
 
Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
 
Jenayah minum arak
Jenayah minum arakJenayah minum arak
Jenayah minum arak
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
Asabah
AsabahAsabah
Asabah
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 

Similar to Wasiat dan Hibah

Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)surrenderyourthrone
 
24 04 17_slide minggu 10 - syi34102
24 04 17_slide minggu 10 - syi3410224 04 17_slide minggu 10 - syi34102
24 04 17_slide minggu 10 - syi34102abuhannan78
 
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah PusakaPanduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah PusakaJuahir Jaafar
 
pentadbiran-harta-pusaka
 pentadbiran-harta-pusaka pentadbiran-harta-pusaka
pentadbiran-harta-pusakaZamree Zakaria
 
WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA
WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA
WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA Johan Setiawan
 
Skim Wasiat Arb [25022008]
Skim Wasiat Arb [25022008]Skim Wasiat Arb [25022008]
Skim Wasiat Arb [25022008]izaman
 
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptxHIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptxAbulFikar2
 
PROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptx
PROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptxPROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptx
PROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptximamsyafii992277
 
Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaAlip Pg
 
Islamic estate planning client presentation (em)
Islamic estate planning client presentation (em)Islamic estate planning client presentation (em)
Islamic estate planning client presentation (em)Teddy Chua
 
1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx
1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx
1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptxSallamSulaiman
 
Hukum Waris by I Gede Auditta
Hukum Waris by I Gede AudittaHukum Waris by I Gede Auditta
Hukum Waris by I Gede AudittaI Gede Auditta
 
Hukum waris islam 1 abdul ghofur anshori
Hukum waris islam 1   abdul ghofur anshoriHukum waris islam 1   abdul ghofur anshori
Hukum waris islam 1 abdul ghofur anshorijonatanwardian
 
Kel.9 al wakalah
Kel.9 al wakalahKel.9 al wakalah
Kel.9 al wakalahMulyanah
 
PANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdf
PANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdfPANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdf
PANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdfSetiono Winardi
 

Similar to Wasiat dan Hibah (20)

Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
 
reto sako wie
reto sako wiereto sako wie
reto sako wie
 
24 04 17_slide minggu 10 - syi34102
24 04 17_slide minggu 10 - syi3410224 04 17_slide minggu 10 - syi34102
24 04 17_slide minggu 10 - syi34102
 
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah PusakaPanduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
 
TAZKIRAH FARAID.pptx
TAZKIRAH FARAID.pptxTAZKIRAH FARAID.pptx
TAZKIRAH FARAID.pptx
 
pentadbiran-harta-pusaka
 pentadbiran-harta-pusaka pentadbiran-harta-pusaka
pentadbiran-harta-pusaka
 
WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA
WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA
WAKAF KLS 10 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SMA
 
Waris wasiat
Waris wasiatWaris wasiat
Waris wasiat
 
Skim Wasiat Arb [25022008]
Skim Wasiat Arb [25022008]Skim Wasiat Arb [25022008]
Skim Wasiat Arb [25022008]
 
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptxHIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
 
Pendaftaran Wakaf.pptx
Pendaftaran Wakaf.pptxPendaftaran Wakaf.pptx
Pendaftaran Wakaf.pptx
 
PROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptx
PROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptxPROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptx
PROBLEMATIKA WAKAF DAN RUISLAG.pptx
 
Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusaka
 
Islamic estate planning client presentation (em)
Islamic estate planning client presentation (em)Islamic estate planning client presentation (em)
Islamic estate planning client presentation (em)
 
1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx
1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx
1. Intro BMA.11.07.23-Contracts classifications.pptx
 
Hukum Waris by I Gede Auditta
Hukum Waris by I Gede AudittaHukum Waris by I Gede Auditta
Hukum Waris by I Gede Auditta
 
Hukum waris islam 1 abdul ghofur anshori
Hukum waris islam 1   abdul ghofur anshoriHukum waris islam 1   abdul ghofur anshori
Hukum waris islam 1 abdul ghofur anshori
 
Kel.9 al wakalah
Kel.9 al wakalahKel.9 al wakalah
Kel.9 al wakalah
 
PANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdf
PANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdfPANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdf
PANDUAN WAKAF-LEVEL01.pdf
 
HUKUM_WARIS.ppt
HUKUM_WARIS.pptHUKUM_WARIS.ppt
HUKUM_WARIS.ppt
 

More from surrenderyourthrone

LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERsurrenderyourthrone
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIAsurrenderyourthrone
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...surrenderyourthrone
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...surrenderyourthrone
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILsurrenderyourthrone
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysiasurrenderyourthrone
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAsurrenderyourthrone
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHsurrenderyourthrone
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSsurrenderyourthrone
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...surrenderyourthrone
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...surrenderyourthrone
 

More from surrenderyourthrone (20)

BURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOFBURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOF
 
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
 
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICEPRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
 
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIORAGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
 
Capital and Corporal Punishment
Capital and Corporal PunishmentCapital and Corporal Punishment
Capital and Corporal Punishment
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
 
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHICPERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
 
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGECONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
 
CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysia
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 

Wasiat dan Hibah

  • 1. 1 Wasiat & Hibah Sebagai Alternatif Penyelesaian Pusaka Oleh: RAFIE BIN OMAR PENGURUS BESAR JUALAN & PEMASARAN 30 MAC 2005 Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil @ Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
  • 2. 2 PENGENALAN • Akta Wasiat 1959 [Akta 346] • Enakmen Wasiat Islam (Selangor) 1999 • Undang-undang Syariah • Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532] Sek. 11: boleh dilantik sebagai pemegang amanah, wasi pentadbir, penjaga, sahabat wakil, ejen, penerima dsb. Sek. 12: boleh dilantik sebagai pemegang amanah atau wasi. Sek. 13: atas permohonannya sendiri atau permohonan orang lain, boleh diberi probet atau suratkuasa mentadbir. Sek. 14: dilantik sebagai ganti wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang sedia ada. Sek. 15: boleh diberi suratkuasa apabila pempetisyen gagal mengambilnya. Sek. 16: boleh mengambil milik harta untuk simpanan selamat sehingga SKM dikeluarkan.
  • 3. 3 APA ITU WASIAT? Wasiat adalah satu dokumen yang mempunyai kuatkuasa undang-undang yang membolehkan seseorang menentukan cara bagaimana harta bendanya dibahagi setelah berlaku kematian. PEWASIAT = orang yang membuat wasiat. BENEFISIARI= orang /pihak yang dinamakan dalam wasiat yang akan menerima harta pusaka. WASI = orang atau pihak yang dilantik untuk melaksana dan menyempurnakan wasiat.
  • 4. 4 APA ITU WASIAT? Konsep Wasiat Dokumen menetapkan hasrat Bagaimana pusaka ditadbir dan dibahagikan Menetapkan Wasi AKTA WASIAT 1959 Iqrar yang dibuat semasa hidup tentang harta dan manfaat dilaksanakan untuk tujuan kebajikan atau dibenarkan syarak ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999 selepas kematian pewasiat Selepas Kematian
  • 5. 5 JIKA TIADA WASIAT ? Jika orang bukan Islam meninggal dunia tanpa wasiat harta bendanya akan dibahagi mengikut Akta Pembahagian 1958. Akta tersebut memperuntukkan bahagian yang akan diterima oleh waris yang ditinggalkan. Seorang Pentadbir perlu dilantik bagi mentadbir harta pusaka si mati. Bagi orang Islam pembahagian dibuat mengikut Faraid.
  • 6. 6 SIAPA BOLEH BUAT WASIAT? Orang Islam dan orang bukan Islam boleh membuat wasiat. Bagi orang Islam, wasiat boleh dibuat hanya untuk 1/3 daripada harta yang ada dan kepada bukan waris. Baki 2/3 lagi hendaklah dibahagikan mengikut Faraid. Bagi orang bukan Islam, keseluruhan hartanya boleh dibahagikan melalui wasiat dan keinginannya sendiri.
  • 7. 7 SIAPA BOLEH BUAT WASIAT? – samb. Wasiat membolehkan: 1. Wasi ditentukan sendiri untuk melaksanakan hasrat Pewasiat. 2. menentukan harta Pewasiat diberikan kepada orang yang ditentukan samada ahli keluarga atau pihak lain. 3. menentukan isteri, suami, anak atau tanggungan lain dijaga kepentingan mereka sehingga masa yang ditentukan dalam wasiat. 4. menyelamatkan ahli keluarga daripada duka dan mengalami kesusahan kerana masa depan mereka telah ditentukan dan dijamin dengan warisan yang ditinggalkan. 5. melantik Penjaga bagi anak-anak di bawah umur yang memerlukan jagaan orang yang dipercayai.
  • 8. 8 CARA MENYEDIAKAN WASIAT ARB memberi perkhidmatan dalam: 1. menyediakan wasiat; 2. menyimpan; dan 3. melaksanakan wasiat. • Jika pelanggan telah membuat wasiat sendiri, ARB memberi perkhidmatan untuk menyimpan selamat wasiat berkenaan. • Wasiat yang disedia dan disimpan dengan ARB akan disemak setiap enam bulan sekali bagi membolehkan perubahan dibuat oleh Pewasiat. • Wasiat baru boleh dibuat bagi menggantikan atau membatalkan wasiat terdahulu.
  • 9. 9 PENYEDIAAN WASIAT Bagi memastikan wasiat yang dibuat mempunyai kuatkuasa undang-undang keperluan-keperluan berikut hendaklah dipatuhi:- 1. bertulis; 2. pembuat wasiat berumur 18 tahun ke atas; 3. dua orang saksi hendaklah hadir sama, bukan benefisiari atau suami/isteri kepada benefisiari yang dinamakan dalam wasiat; 4. ditandatangani; dan 5. bertarikh.
  • 10. 10 PEMBATALAN/PINDAAN WASIAT 1. Keadaan berubah dan timbul keperluan untuk mengubah atau membatal serta menggantikan wasiat yang dibuat terdahulu. 2. Jika peruntukan dalam wasiat hendak diubah, dokumen yang disebut sebagai kodisil akan dibaca bersama dengan wasiat. 3. Lebih wajar dan memudahkan bagi membatalkan dan membuat wasiat baru.
  • 11. 11 WASIAT DISIMPAN SELAMAT 1. ARB menyimpan wasiat dengan selamat bagi menjamin tahap kerahsiaannya terkawal ketat dan untuk mengelakkannya daripada pemalsuan dan pemindaan. 2. Wasiat akan disimpan di dalam kabinet besi yang diletakkan di dalam Bilik Kebal (“Strong Room”) di Cawangan Utama.
  • 12. 12 WASIAT DILAKSANAKAN 1. Selepas kematian Pewasiat, Wasi yang dinamakan dalam wasiat perlu membuat permohonan untuk mengeluarkan Geran Probet daripada Mahkamah Tinggi. 2. Setelah geran probet dikeluarkan barulah wasiat boleh dilaksanakan. 3. ARB sebagai wasi akan mengambil tindakan untuk menjaga dengan selamat harta pusaka simati sehingga Geran Probet dikeluarkan. 4. Setelah Geran Probet dikeluarkan, harta pusaka simati akan dikumpulkan, hutangnya dibayar dan pembahagian akan dibuat mengikut wasiat dan arahan dalam wasiat dilaksanakan.
  • 13. 13 WASIAT BOLEH MENJADI TIDAK SAH Wasiat boleh menjadi tidak sah kerana beberapa sebab termasuk:- 1. Pelaksanaan yang tidak betul 2. Pewasiat tidak sihat akal dan tidak berkemampuan memahami apa yang dibuat semasa wasiat dilaksanakan 3. Wasiat dibuat secara paksa, atau di bawah pengaruh orang lain.
  • 14. 14 ARB SEBAGAI WASI 1. Tugas dan kewajipan wasi memerlukan kefahaman mendalam dari segi undang- undang, perakaunan dsb. 2. Wasiat disediakan secara professional dan peruntukan dibuat mengikut hasrat Pewasiat. Khidmat nasihat diberikan sebelum wasiat disediakan. 3. Wasi yang dinamakan melaksanakan tugas apabila sampai masanya. Wasi individu boleh jatuh sakit, berhijrah ke tempat lain atau meninggal dunia sebelum sempat melaksanakan tugasnya. 4. ARB sentiasa sedia melaksanakan tugas apabila tiba masanya.
  • 15. 15 5. Kepentingan Pewasiat dan Benefisiari dipelihara kerana ARB bersifat berkecuali. Wasi individu berhadapan dengan tekanan yang membawa kepada ketidakadilan dan menimbulkan konflik di antara Benefisiari. 6. ARB mempunyai pengalaman luas dan dapat memberi perkhidmatan terbaik berkaitan wasiat. 7. Wasiat yang disediakan adalah sulit dan dijamin kerahsiaan dan keselamatannya. ARB SEBAGAI WASI . . . sambungan
  • 16. 16 FEE WASIAT A. Penyediaan dan Penulisan Wasiat Jenis wasiat (termasuk Bil Penulisan 13 klausa standard(ks) klausa wasiat Asas 1 (1 – 3 klausa + 13 ks) 16 RM 200 Asas 2 (4 – 6 klausa +13 ks) 19 RM 300 Pertengahan 1 (7 – 9 klausa +13ks) 22 RM 400 Pertengahan 2 (10 – 12 klausa +13ks) 25 RM 500 Komprehensif 1 (13 – 15 klausa +13ks) 28 RM 600 Komprehensif 2 (16 – 18 klausa +13ks) 31 RM 700 Komprehensif 3 (19 – 21 klausa +13ks) 34 RM 800 Eksklusif 1 (22 – 24 klausa +13ks) 37 RM 900 Eksklusif 2 (25 klausa dan keatas + 13 ks) >37 RM 1000 B. Penyimpanan Tahunan Seumur Hidup RM60.00 jika ARB sebagai wasi RM300.00 jika ARB sebagai wasi RM80.00 jika ARB bukan wasi RM600.00 jika ARB bukan wasi
  • 17. 17 WASIAT ISLAM & WARIS •Sah Wasiat yang dibuat untuk ahli waris samada lebih 1/3 atau tidak jika diluluskan oleh semua ahli waris; •Sah Wasiat yang dibuat untuk bukan waris melebihi 1/3 jika diluluskan oleh semua ahli waris .....Kelulusan/Persetujuan waris yang diambil kira ialah selepas kematian Pewasiat.....
  • 18. 18 WASIAT ISLAM •Pewasiat boleh menarik balik wasiatnya dengan melakukan sesuatu perbuatan (secara nyata) atau keadaan yang menunjukkan niatnya (tersirat) •Pewasiat boleh menarik balik wasiatnya dengan menjalankan urusniaga berkaitan harta yang diwasiatkan atau melupuskan hartanya sehingga habis sama sekali
  • 19. 19 WASIAT ISLAM DAN HIBAH PEMBAHAGIAN HARTA MELALUI WASIAT Antara syarat penting wasiat ialah tidak boleh dibuat kepada waris yang berhak kepada pusaka, wasiat tidak boleh melebihi satu pertiga daripada harta peninggalan simati, dan wasiat tidak boleh dibuat bagi tujuan yang dilarang oleh Syarak. Rasionalnya ialah waris mendapat bahagian pusaka secara Faraid. Pemberian melalui wasiat kepada waris yang berhak pusaka akan menggangu imbangan bahagian yang telah ditetapkan oleh Syarak. PEMBAHAGIAN HARTA MELALUI HIBAH Pembahagian harta secara Hibah tidak perlu mengikut Faraid. Pembahagian lebih dari 1/3 dan kepada waris sendiri dibenarkan. Penghibah boleh menentukan sendiri siapa yang layak menerima harta hibah tersebut. Apa yang perlu ditentukan ialah keadilan semasa membuat pengagihan harta.
  • 20. 20 TUNTUTAN SUPAYA BUAT WASIAT Allah Ta’ala berfirman, maksudnya: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda2 maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan kaum kerabatnya secara makruf, ini adalah kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa. Maka barangsaipa yang mengubah wasiat itu setelah ia mendengarnya maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Akan tetapi barangsiapa khuatir terhadap orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan antara mereka, maka tiadalah dosa baginya, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” . (Al-Baqarah: 180-182) “Dan orang2 yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri2nya, iaitu diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari rumahnya. Akan tetapi jika mereka pindah sendiri maka tiada dosa bagimu (wali atau waris bagi yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 240) Surah An Nisa ayat 11-12 = “Ayat Mawarith” Surah Al Maidah ayat 105 = “persaksian”
  • 21. 21 TUNTUTAN SUPAYA BUAT WASIAT SURAH AL-MAIDAH: Ayat 106 “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang daripada kamu hampir mati, ketika ia mahu berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang lain yang bukan seagama dengan kamu, jika kamu di dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut . . . .”
  • 22. 22 WASIAT ISLAM FAEDAH WASIAT ISLAM ARB • cepatkan pentadbiran pusaka • mengurangkan pertikaian waris • Wasi ditentukan dan dilantik • pembahagian ditentukan sendiri • harta terpelihara=tidak terjual/tergadai • ARB = menjamin kesaksamaan dan memelihara hak antara waris
  • 23. 23 DEFINISI: Memberi milik harta yang dipunyai oleh Penghibah ketika masih hidup secara sukarela tanpa balasan HUKUM: Sunat CIRI-CIRI PRODUK Penghibah: 1. Ada kapasiti untuk memiliki harta 2. Tuanpunya berdaftar harta 3. Sempurna akal, rela hati & tanpa paksaan Penerima Hibah: 1. Ada kapasiti untuk memiliki harta 2. Jika kanak-kanak, Penjaga dilantik AMANAH HIBAH ARB
  • 24. 24 AMANAH HIBAH ARB KAEDAH PERLAKSANAAN PENGHIBAH PINDAHMILIK PENERIMA HIBAH 1 PENGHIBAH SURATIKATAN AMANAH PEMEGANG AMANAH PENERIMA HIBAH hibah biasa Amanah Hibah ARB 2
  • 25. 25 AMANAH HIBAH ARB CIRI-CIRI PRODUK Penghibah masih boleh nikmati faedah harta dengan syarat ada persetujuan selepas ‘Sighah’ Boleh ditarikbalik jika dibuat oleh ibu/bapa/datuk/nenek kepada anak/cucu Sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia terdahulu daripada Penghibah, harta menjadi harta pusaka Penerima Hibah Sunat disamaratakan di kalangan anak lelaki dan anak perempuan; juga disamaratakan antara kedua ibubapa dan saudara mara yang lain
  • 26. 26 AMANAH HIBAH ARB FAEDAH/KEBAIKAN: 1. Cepatkan pembahagian - jimat kos dan masa 2. Meminimumkan kesusahan waris 3. Pemegang Amanah dilantik terlebih dahulu 4. Hal-ehwal kewangan dan pindahmilik harta dilaksanakan dengan sulit & persendirian 5. Meminimumkan impak faraid