Keluarga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak. Keluarga merupakan asas masyarakat dimana terjalin interaksi antara ahli-ahlinya. Pembangunan institusi keluarga penting bagi pembangunan negara.
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Unit 7 sejarah kita
1. DEFINISI KELUARGA
KELUARGA boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan
manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan
warga (kulawarga) yang bererti "anggota","kelompok kerabat".
Manakala, menurut Kamus Dewan pula keluarga ialah seisi
rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau
bersama anak-anak. Keluarga juga merupakan asas sesebuah
masyarakat yang di dalamnya terjalin interaksi dari segi kognitif
atau efektif antara ahli keluarga. Pembangunan dan
pembentukan sesebuah institusi kekeluargaan dalam sesuatu
masyarakat itu akan menjadi faktor penentu dalam
pembangunan sesebuah negara.
Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya
bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga
yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya
bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih
sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak
dapat diganti dengan wang ringgit.
2. CARA MENGENANG JASA IBU BAPA
Antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mengenang jasa ibu
bapa seperti berikut:
1.Bagi menampung keperluan harian mereka, kita mesti sentiasa
berusaha untuk memperuntukkan sebahagian daripada gaji atau
pendapatan bulanan kita kepada mereka, ini bertujuan untuk
meringgankan lagi beban perbelanjaan mereka.
2. Tentukan kesihatan yang terkawal dan baik terhadap kedua ibu
bapa.
3.Berusaha memberi keselesaan yang sewajarnya kepada mereka.
Bagi menguruskan kehidupan yang baik kepada mereka dengan
menyediakan pembantu (bagi yang mampu).
4. Mengelakkan mereka merasa bosan sepanjang menjalani hidup di
usia tua, kita seharusnya sentiasa membawa mereka pergi bersiar-
siar.
5. Menghulur sumbangan memenuhi tuntutan ibadah ibu bapa yang
belum tertunai seperti menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu
menunaikan Fardu Haji ke Makkah, tunjukkan bahawa diri kita orang
yang pertama memberi bantuan seperti ini kepada mereka.
6.Teruskan amalan baik yang pernah mereka lakukan semasa hidup
di dunia.
7.Memanfaatkan harta tinggalan mereka ke jalan yang sebaik-
baiknya.
8.Berdoa kepada mereka, dengan memohon agar dipanjangkan usia
andainya mereka masih ada lagi.
9.Kepada ibu bapa yang sudah tiada, kita hendaklah sentiasa
mendoakan agar roh mereka supaya diletakkan dalam golongan
orang yang dikasihi.
3. Soalan Latihan 1 : Bulatkan pilihan jawapan yang betul
1) Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti?
a) Kogawata
b) Kulawarga
c) Gamabunta
d) Ularamanda
2) Apakah peranan individu terhadap sesebuah institusi keluarga?
a) Memusnahkan keluarga
b) Menjaga imej dan maruah kelurga
c) Memporak-perandakan keluarga
d) Memalukan keluarga.
3) Apakah peranan bapa dalam sebuah keluarga?
a) Menjadi pemimpin dan ketua keluarga
b) Menyeksa kelurga
c) Menyusahkan kelurga
d) Memusnahkan imej keluarga
4) Apakah peranan ibu dalam sesebuah keluarga?
a) Memberi kasih sayang kepada anak-anak
b) Duduk sahaja
c) Tidur sahaja
d) Makan sahaja
5) Apakah peranan anak dalam sesebuah keluarga?
a) Baring sahaja
b) Sentiasa menolong ibu bapa
c) Memburukkan nama keluarga
d) Makan sahaja
6) Apakah langkah ibu bapa untuk membina kelurga bahagia?
a) Memberi didikan agama yang cukup
b) Memberikan ajaran sesat
c) Membuang masa
d) Membazir makanan.
7) Apakah langkah anak untuk membina kelurga bahagia?
a) Menuruti ajaran ibu bapa
b) Menuruti ajaran sesat
c) Tidur selalu
d) Tidak menjaga kesihatan
8) Apakah langkah sekolah untuk membina kelurga bahagia?
a) Mendenda pelajar selalu
b) Memukul pelajar
c) Menghina pelajar
d) Menanamkan nilai kasih sayang
4. 9) Apakah langkah kerajaan untuk membina kelurga bahagia?
a) Mengadakan kempen kesedaran
b) Menyusahkan rakyat
c) Menindas Rakyat
d) Merampas harta rakyat
10) Bagaimanakah cara mengenang jasa ibu bapa?
a) Meninggalkan ibu bapa dirumah orang tua
b) Mengabaikan ibu bapa
c) Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
d) Memukul ibu bapa
Soalan Latihan
Latihan subjektif boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan
dibawah.
A. Apakah maksud keluarga?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
B. Apakah maksud tanggungjawab terhadap keluarga?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
· Tuliskan lima peranan bapa terhadap keluarga.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
iv. ________________________________________________________
v. ________________________________________________________
C. Tuliskan lima peranan ibu terhadap keluarga.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
iv. ________________________________________________________
v. ________________________________________________________
5. D. Tuliskan lima peranan anak terhadap keluarga.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
iv. ________________________________________________________
v. ________________________________________________________
E. Huraikan tiga langkah dalam membina keluarga bahagia.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
F. Bilakah tarikh sambutan Hari Bapa di Malaysia?
__________________________________________________________________
G. Bilakah tarikh sambutan Hari Ibu di Malaysia?
__________________________________________________________________
H. Huraikan lima cara-cara mengenang jasa ibu bapa.