Tajuk Jurnal:
  Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli
                                    akademik.

                                      Oleh:

                      Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.




Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran
berasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti
tahap kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan
ahli akademik terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti
Sains Malaysia. Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj
Ahmad.

      Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam
kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap
kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap
perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang
diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan
penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi
diragui.Oleh itu diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan
penerimaan e-pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap
penerimaan ahli akademik terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi
maklumat ini.Seterusnya membantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkin
kepada budaya IT yang berterusan bermula di peringkat pendidikan tinggi.

      Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah
penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-
pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli
akademik. Kajian ini melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap
kepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan         persepsi
mereka terhadap kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri
sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang
cemerlang dan berkelayakan,universiti harus mempunyai prasarana yang terbaik
seperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai
kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan
bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-
pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadi
penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini.


       Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap
penerimaan      bagi   penggunaan      e-pembelajaran   dalam      membantu   proses
pembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh
Rogers’ telah dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-
pembelajaran dalam pengajaran.        Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran
berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih
efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program
dan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-
pembelajaran     dapat     menyumbang      kepada   persekitaran    pengajaran   dan
pembelajaran yang fleksibel.       Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut,
boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik,
terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidak
terbatas di bilik kuliah sahaja.

       Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan.
Kaedah kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian
bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.Kajian yang telah
dijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal
tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.Teori
resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan
e-pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian terdiri daripada ahli akademik
di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal
selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.Daripada jumlah
tersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut Pusat
Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for
social sciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan dalam kajian ini. Data
yang diperolehi seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili
pemboleh ubah yang terdapat dalam soal selidik.         Seterusnya, data dianalisis
menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan
piawaian dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.

      Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap
penggunaan e-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami
keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-
pembelajaran.     Disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan
berkelayakan, universiti juga harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik
kuliah, makmal, perpustakaan, asrama, kelengkapan komputer dan pelbagai
kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006) Selain itu, dapatan juga
mendapati kesedaran responden terhadap         lima konsep e-pembelajaran dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi.       Konsep pertama adalah e-
pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar.Konsep
kedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala
konsep seterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan
proses pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan
dengan kuantiti pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman responden
terhadap   kesedaran,    penilaian   dan   penerimaan   terhadap    perlaksanaan   e-
pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai
alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi, 2006).
      Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam
membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakan
kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman web
pembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e-
pembelajaran    dan     seterusnya   menggalakkan    serta   memotivasikan   pelajar
menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yang bermanfaat
dan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dan
kreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan.Ini selari dengan hasrat kerajaan
Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomi
melalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahli
akademik yang tinggi terhadap konsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu merealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaitu
untuk memperkenalkan konsep baru pembelajaran peringkat yang lebih tinggi;
memperkenalkan kaedah pembelajaran yang interaktif dan produktif; untuk
memastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektif yang terakhir ialah untuk
membenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia.
           Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang
konsep e-pembelajaran.ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli
akademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti
pembelajaran         di    dalam    kuliah    berteraskan    kemajuan      teknologi
maklumat.Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT
bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam
persekitaran pendidikan yang baru.Hal ini secara tidak langsung menyokong hasil
kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahli
akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan
positif.
           Selain   itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut
menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor
mempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya
bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja.
Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi info dan input,
mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan talian e-
pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka seharusnya
mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai
matlamat pembelajaran yang ditetapkan.
           Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk
budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi.         Di Malaysia, era
pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan
jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan
lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta
perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akan
datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi
dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.

Ulasan jurnal

  • 1.
    Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran berasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains Malaysia. Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui.Oleh itu diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap penerimaan ahli akademik terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat ini.Seterusnya membantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkin kepada budaya IT yang berterusan bermula di peringkat pendidikan tinggi. Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e- pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang
  • 2.
    cemerlang dan berkelayakan,universitiharus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e- pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini. Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap penerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e- pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e- pembelajaran dapat menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut, boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja. Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.Kajian yang telah dijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian terdiri daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.Daripada jumlah tersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut Pusat Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan dalam kajian ini. Data
  • 3.
    yang diperolehi seterusnyaditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawaian dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e- pembelajaran. Disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan, universiti juga harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal, perpustakaan, asrama, kelengkapan komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006) Selain itu, dapatan juga mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama adalah e- pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar.Konsep kedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala konsep seterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantiti pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kesedaran, penilaian dan penerimaan terhadap perlaksanaan e- pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi, 2006). Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakan kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman web pembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e- pembelajaran dan seterusnya menggalakkan serta memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yang bermanfaat dan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan.Ini selari dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomi melalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahli akademik yang tinggi terhadap konsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan
  • 4.
    pembelajaran dapat membantumerealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaitu untuk memperkenalkan konsep baru pembelajaran peringkat yang lebih tinggi; memperkenalkan kaedah pembelajaran yang interaktif dan produktif; untuk memastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektif yang terakhir ialah untuk membenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang konsep e-pembelajaran.ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah berteraskan kemajuan teknologi maklumat.Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru.Hal ini secara tidak langsung menyokong hasil kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahli akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi info dan input, mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan talian e- pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan. Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.