SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK
DAN WEB

TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN
TAJUK : Penggunaan Aplikasi Google Earth dalam
Meningkatkan Prestasi Pelajar Mata Pelajaran Geografi Pelajar
Tingkatan 1
NAMA: NUR AZYAN RASYIQAH BT ABDUL HAMID
NO MATRIK : M20121000790

Disemak oleh :
PROFESOR MADYA DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBAGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS
PENDAHULUAN
ICT sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada
peradabanmanusia pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh
KementerianPendidikan Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada
penggunaan danpengintegrasian ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini
memberitumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT
sebagaikurikulum dan pengupayaan pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan
pengurusanberasaskan ICT. Menurut sumber Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu
puncamasalah ini adalah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran
konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk
menarik minat dan tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di dalammata
pelajaran tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Selain itu, strategipengajaran ini juga dikenal pasti menjadi punca para pelajar
mempunyai tahap akademikyang lemah atau berisiko untuk menjadi kurang bermotivasi
terhadap pelajaran yangdikendalikan secara tradisional (Zaidatol Akmaliah, 2005).
Sebaliknya, kajian pengajaran danpembelajaran menggunakan ICT sering dikatakan lebih
berkesan berbanding dengan kaedahkonvensional (Bagui, 1998; Flecther, 2003; Mayer,
2002). Kajian dalam dan luar negara jugamenunjukkan bahawa penggunaan ICT seperti
perisian pengajaran multimedia, web dan lainlain yang berkaitan mampu meningkatkan minat
dan pencapaian pelajar dalam akademik (Jamalludin dan Zaidatun, 2003; Macaulay, 2002; AlMikhlafi, 2006). Dapatan kajian ini seolah-olah memberi suatu penunjuk, andaian dan
gambaran berita gembira bagi membantu para pelajar yang berpencapaian rendah dalam
akademik khususnya bagi mata pelajaran yang penting seperti Geografi.
Kajian penggunaan aplikasi Google Earth di sekolah menengah diketengahkan bagi
melihat sejauh mana kesannya ke atas prestasi pelajar bagi mata pelajaran Geografi. Dengan
itu, penggunaan aplikasi Google Earth dipercayai dapat memberi kesan yang mendalam
kepada para pelajar. Ianya terbukti apabila aplikasi Google Earth yang merupakan suatu
aplikasi atau program Globe Virtual dapat melihat seluruh dunia atau diibaratkan kita menjadi
seorang penjelajah atau angkasawan yang mampu menjelajahi alam semesta dalam waktu
singkat. Pada aplikasi Google Earth ini juga, pelajar dapat melihat pelbagai jenis rumah,
warna kenderaan, bayangan manusia dan juga lalu lintas. Dengan kata lain, dengan aplikasi
Google Earth ini, pelajar mampu mengelilingi ke seluruh dunia, bahkan pelajar juga boleh ke
planet-planet lain apabila guru dan pelajarmemang benar-benar menguasai aplikasi tersebut.
Dengan adanya aplikasi Google Earth, pelajar dapat melihat dengan lebih jelas lokasi
tempat tinggal mereka selain dapat menjelajah daerah-daerah di sekitarnya. Selain itu, aplikasi
Google Earth juga mampu menunjukkan dengan lebih tepat tempat-tempat yang dikehendaki
dengan menunjukkan gambar-gambar terkini melalui foto satelit selain menggunakan foto 3
dimensi (3D). Kebaikan aplikasi Google Earth ini juga membuatkan pelajar menjadi aktif
disebabkan sifat ingin tahu mereka adalah sangat tinggi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Di samping itu juga, aplikasi Google Earth memudahkan pengajaran seseorang guru di
mana seseorang guru tidak perlu membawa peta yang berukuran besar atau glob yang
berputar yang membuatkan pelajar bosan dan hilang fokus. Kini, guru hanya membawa
sebuah komputer bimbit dan broadband serta menayangnya pada skrin Liquid Crystal Display
(LCD) membolehkan pelajar melihat bumi berputar secara realiti. Justeru itu, perubahan harus
dilakukan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah yang mana
pendekatan konstruktivisme adalah diperlukan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping
menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Berhubung dengan teknik pedagogi,
Boyle (1997) melihat pengajaran berasakan ICT adalah sebagai satu pendekatan yang terbaik
digunakan oleh pendidik untuk mempersembahkan bahan-bahan yang hendak disampaikan
kepada pelajar.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
tahappenggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata
pelajaranGeografi di sekolah menengah. Aplikasi Google Earth dipilih sebagai medium
dalam kajianini untuk melihat keberkesanan aplikasi ini terhadap prestasi pelajar di
sampingmempelbagaikan

kaedah

pengajaran

di

mana

bukan

berfokuskan

kaedah

konvensionalsemata-mata. Keadaan ini membolehkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar
dapatditerapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah ini juga,
pengajarandan pembelajaran akan lebih kepada berorientasikan penemuan inkuiri di kalangan
pelajar.
PENYATAAN MASALAH
Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT adalah cara terbaik untuk menarik
perhatian dan minat pelajar mempelajari ilmu Geografi. Dalam kajian ini, beberapa
permasalahan telah dikenal pasti sebagai panduan menjalankan kajian. Antara masalah yang
dapat dikenal pasti seperti penggunaan kaedah konvensional yang masih diamalkan di
kalangan guru khususnya di luar bandar. Namun demikian, terdapat juga kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah kepada guru-guru tetapi penggunaannya masih tidak
dioptimumkan. Ianya disokong oleh Zoraini (2005) yang menyatakan terdapat 87% sekolah
menengah di Malaysia memiliki komputer dan hanya 65% sahaja guru-guru yang tahu
menggunakannya. Selain itu, kaedah sedia ada yang digunakan guru-guru di sekolah juga
kurang pelbagai diintegrasikan. Didapati guru-guru masih kurang mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran mereka agar pengajaran lebih menarik dan berkesan. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2005), antara tahun 1996 hingga 2000, hanya 30% daripada guruguru yang telah dilatih dalam ICT dan daripada mereka yang terlatih ini, hanya sebilangan
kecil sahaja yang boleh mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Walaupun terdapat juga guru-guru yang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran
tetapi peneguhan konsep yang dilakukan adalah lemah.
Di samping itu, kaedah sedia ada juga lebih kepada berpusatkan guru dan kurang
berorientasikan kepada penemuan inkuiri. Menurut Ee Ah Meng (2005) pembelajaran
konvensional lebih menjurus kepada guru dan pelajar amat popular di kebanyakan sekolah.
Mengikut kaedah tersebut, guru dijadikan sumber ilmu semata-mata oleh pelajar. Perubahan
masa menyebabkan kaedah pembelajaran sedemikian tidak lagi sesuai untuk digunakan,
sebaliknya cara yang lebih sesuai adalah dengan menukar kaedah pengajaran dengan
menjadikan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran mereka. Kaedah ini juga diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005), di mana proses pengajaran dan
pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid. Masalah lain yang dapat dikenal pasti juga
seperti kaedah sedia ada menyebabkan pelajar kurang berminat bahagian Kemahiran
Geografi. Menurut Kastiman (2005), sebanyak 50% daripada pelajar yang dikaji paling tidak
digemari bidang dan topik kemahiran Geografi. Ia berlaku disebabkan kaedah yang digunakan
oleh guru-guru telah ketinggalan yang kurang menerapkan unsur-unsur pengajaran
berorientasikan ICT. Di samping itu, peta-peta yang digunakan oleh guru-guru adalah peta
lama dan kurang menarik.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, matlamat kajian ini ialah untuk melihat sejauh manakah penggunaan
aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaran Geografi di
sekolah menengah. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut.
I.

Mengenal pasti tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran
Geografi di Sekolah Menengah.

II.

Mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan Topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1
antara kumpulan kawalan dan rawatan.

III.

Mengenal pasti hubungan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar
dalam mata pelajaran Geografi.

SOROTAN KAJIAN
Sesuatu aplikasi ICT atau ABM merupakan faktor penting dalam menentukan
sesuatupembelajaran serta mewujudkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui
sesuatu danturut menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. Aplikasi ICT merupakan
bahan yangdigunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan isi pelajaran di
dalam kelas.Peralatan ini tidak terhad kepada buku teks, papan putih dan gambar-gambar
sahaja tetapimerangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang boleh dilihat,
didengar,dialami dan sebagainya. Aplikasi ICT juga merupakan rangsangan tambahan yang
disertakanbersama-sama isi pelajaran sebagai tujuan membantu menjelaskan lagi penerangan
guru. Iadapat mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan pelajar mengenai topik
yangdipelajari (Zulkafli, 1997). Menurut Robiah dan Nor Sakinah (2007), pengajaran
berasaskanICT berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Pelajar didapati
menggunakanpemikiran pada aras tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja serta
bekerjasamaantara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih
berdikari danbertanggungjawab terhadap pembelajaran. Mereka tidak mengharapkan semua
aktivitipengajaran digerakkan oleh guru semata-mata. Dalam kajian yang telah dijalankan di
sekolahmenengah luar bandar iaitu di kawasan Bentong, Pahang mendapati analisis ujiantmenunjukkan nilai p adalah 0.002 yang menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikandalam pencapaian tugasan membentuk laman web antara kumpulan rawatan dalam
matapelajaran literasi komputer manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah
tradisional.
Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Aszoura (2007) di sebuah sekolah menengah
kebangsaan yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar di negeri Selangor
mengenai”Keberkesanan

Kaedah

Pembelajaran

Berbantukan

Komputer

Terhadap

Peningkatan TahapPenguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel Sains” mendapati terdapat
perbezaan pencapaianyang ketara antara skor min bagi kumpulan rawatan lebih tinggi iaitu
5.33 berbandingkumpulan kawalan hanya memperoleh skor min 4.09 bagi ujian yang telah
dijalankan. Dalamkajian ini juga menunjukkan apabila pembelajaran ICT digunakan di dalam
kelas turutmemberi kesan yang positif ke atas minat pelajar di mana min yang diperoleh
adalah 4.27iaitu min yang sangat tinggi selepas kajian dilakukan. Mengikut kajian Jariah
(2008)mendapati kaedah pembelajaran berasaskan projek multimedia dan ICT menunjukkan
pelajaramat bermotivasi tinggi dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif
apabiladiberi peluang mengembangkan idea, minat dan kebolehan ketika sesi pengajaran
danpembelajaran. Pelajar begitu teruja semasa membuat penyampaian laporan tugasan.
Merekadapat menyampaikan hasil tugasan dengan penuh keyakinan dan bersemangat tinggi.
Peluangini digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar menunjukkan kebolehan dan
kemampuankumpulan masing-masing dengan hasil yang baik dan menarik minat rakan lain
untuk mengikutinya.
Penggunaan aplikasi ICT atau ABM sememangnya sangat berguna di dalam
bilikdarjah kerana penggunaan ABM ini membolehkan pelajar mengetahui sesuatu dengan
lebihabstrak (Clark dan Manthis, 2000). Secara realitinya, ABM berperanan untuk
menjelaskanidea kepada pelajar. Contohnya, aplikasi ArcGIS digunakan untuk memaparkan
kawasan-kawasantaburan hutan, kependudukan dan lain-lain dengan lebih jelas dan terkini
berbandingkaedah konvensional yang menggunakan buku teks di mana data-data yang
digunakan adalahdata lama yang tidak dikemas kini. Penggunaan aplikasi ICT secara integrasi
juga lebihmudah apabila pengajaran dan pembelajaran menggunakan tajuk-tajuk berkaitan
kemahirangeografi kerana ia memberi ruang kepada pelajar untuk lebih meneroka dengan
lebihmendalam mengenai isi pengajaran yang disampaikan oleh guru (Watson, 1993). Dengan
itu,kajian Margerison dan Walker (1990) mendapati bahawa penggunaan aplikasi ICT
dalamproses pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding dengan
kaedahkonvensional. Ianya berlaku apabila pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnyakepada pelajaran kerana paparan pada skrin LCD yang mempunyai pelbagai unsur
animasimenyebabkan pelajar mudah tertarik dengan pengajaran guru dalam kelas dan pelajar
jugatidak terhadap kepada grafik statik yang membosankan pada buku teks semata-mata. Ia
turut

disokong

Oldham

(2003)

yang

menyatakan

penggunaan

ICT

berupaya
menunjukkankonsep abstrak secara visual dan seterusnya membantu pelajar memahami
konsep yangabstrak tersebut menggunakan model, simulasi, permainan, video dan
penjelajahanmultimedia.
Peningkatan pencapaian pelajar juga turut dipengaruhi oleh penggunaan ICT
secaraintegrasi oleh guru ketika di dalam kelas. Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT
dalampengajaran

dan

pembelajaran

memberikan

peluang

kepada

guru

untuk

memperkenalkanpembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini
memfokuskanpembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar
sebagaipenyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai
kemahiranmanipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangandengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam
teknologi akanmelahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam
pekerjaan. Dalamsatu kajian yang dijalankan oleh Software and Information Industry
Association (2000)menunjukkan pelajar yang menggunakan ICT sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaranlebih tertarik untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh gurukerana merasakan mereka lebih berjaya di sekolah dalam menguasai mata
pelajaran, lebihbermotivasi dan mempunyai peningkatan dalam keyakinan kendiri dan harga
diri. Dalamkonteks pembelajaran mata pelajaran Geografi, pelajar akan lebih mudah
memahamimengenai aspek bentuk muka bumi dengan bantuan Google Earth dan lebih
memahamitentang kepentingan kewujudan sesuatu ciri fizikal dalam mata pelajaran Geografi.

REKABENTUK KAJIAN
Dalam

kajian

ini,

pengkaji

menggunakan

kaedah

eksperimen

yang

berasaskan

kuasaieksperimen yang melibatkan dua kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah
KebangsaanHosba iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan aplikasi Google Earthdalam
sesi pembelajaran manakala kumpulan kawalan pula menggunakan kaedahkonvensional
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kedua-duakumpulan ini diberi
ujian pra dan pasca untuk melihat perbezaan skor min dan kekerapan.Kajian ini juga turut
menggunakan kaedah tinjauan di mana penggunaan borang soalselidik diedarkan kepada
responden-responden di dalam kumpulan rawatan sahaja. Kaedah ini digunakan untuk
mengkaji sisihan piawai antara min kumpulan rawatan dan mengkaji minat pelajar dalam
penggunaan aplikasi Google Earth terhadap pencapaian pelajar dan dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Sampeldalam kajian ini sebanyak 60
orang pelajar yang terdiri daripada 30 orang pelajar yang dianggap sebagai kumpulan
eksperimen dan sebuah kelas lagi terdiri daripada 30 orangpelajar dianggap sebagai kumpulan
kawalan.

HASIL DAPATAN KAJIAN
Keputusan ujian pra dan ujian pasca dikumpulkan daripada kumpulan kawalan dan
kumpulanrawatan dan dianalisis dengan menggunakan ujian-t dalam perisian Statistical
Package forSocial Science (SPSS) 17.0 untuk mengkaji hipotesis kajian. Hasil kajian
menunjukkan samaada hipotesis yang ditolak sekiranya nilai p<0.05 atau diterima sekiranya
nilai p>0.05.Terdapat 3 hipotesis dalam kajian ini dan dinyatakan berserta dengan hasil
analisis dapatankajian dengan menggunakan ujian-t dan korelasi adalah seperti berikut:

Tidak Terdapat Perbezaan Min Skor yang Signifikan dalam Min Ujian Pradan Pasca
Antara Kumpulan Kawalan Bagi Topik Bentuk Muka BumiTingkatan 1
Penyelidik telah membuat hipotesis nul yang pertama (H01) dalam kajian ini, iaitu
tidakterdapat perbezaan min skor yang signifikan dalam min ujian pra dan pasca antara
kumpulankawalan bagi topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1. Bagi menguji hipotesis nul
yangpertama (H01), keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan di kumpul
dankemudian dianalisis dengan menggunakan ujian-t berpasangan (paired t-test). Keputusan
menunjukkan perbezaan antara min skor yang signifikan dalam min ujian pra dan pascaantara
kumpulan kawalan bagi topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1.Nilai min ujian bagi kedua-dua
ujian ini iaitu ujian pra dan ujianpasca bagi kumpulan kawalan ialah 0.600. Bagi sisihan
piawai pula, ujian pra dan ujian pascadapat diperhatikan bagi kumpulan kawalan iaitu
sebanyak 0.621. Berdasarkan analisis datanilai signifikan yang diperoleh ialah 0.00, iaitu
lebih kecil daripada arassignifikan p=0.05, hipotesis nul pertama (H01), ditolak. Ini bermakna
sememangnya terdapatperbezaan yang signifikan antara min ujian pra dan pasca antara
kumpulan kawalan bagitopik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1.

Tidak Terdapat Perbezaan Min Skor yang Signifikan dalam Min Ujian Pradan Pasca
Antara Kumpulan Rawatan Bagi Topik Bentuk Muka BumiTingkatan 1
Hipotesis nul yang kedua (H02) dalam kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan min skor yang
signifikan dalam min ujian pra dan pasca antara kumpulan rawatan bagi topik Bentuk
MukaBumi tingkatan 1. Bagi menguji hipotesis nul yang kedua (H02), keputusan ujian pra
dan ujianpasca bagi kumpulan rawatan di kumpul dan kemudian dianalisis dengan
menggunakanujian-t berpasangan (paired t-test). Keputusan menunjukkan perbezaan antara
min skor yangsignifikan dalam min ujian pra dan pasca antara kumpulan rawatan bagi topik
Bentuk MukaBumi tingkatan 1. Nilai min ujian bagi kedua-dua ujian ini iaitu ujian pra dan
ujianpasca bagi kumpulan rawatan ialah 1.433. Bagi sisihan piawai pula, ujian pra dan ujian
pascadapat diperhatikan bagi kumpulan rawatan iaitu sebanyak 0.817. Berdasarkan analisis
data, nilai signifikan yang diperoleh ialah 0.00, iaitu lebih kecil daripada arassignifikan
p=0.05, hipotesis nul kedua (H02), ditolak. Ini bermakna sememangnya terdapatperbezaan
yang signifikan antara min ujian pra dan pasca antara kumpulan rawatan bagi topikBentuk
Muka Bumi tingkatan 1 dan ia menggambarkan penggunaan aplikasi Google Earthdalam
topik ini telah memberi kesan yang positif iaitu dapat meningkatkan kefahaman
danpencapaian pelajar.

Tidak Terdapat Hubungan yang Signifikan dalam Penggunaan AplikasiGoogle Earth
Terhadap Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Geografi.
Hipotesis nul yang ketiga (H03) dalam kajian ini, iaitu tidak terdapat hubungan
yangsignifikan dalam penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam
matapelajaran Geografi. Bagi menguji hipotesis nul yang ketiga (H03), borang soal selidik
dikumpul bagi kumpulan rawatan dan kemudian dianalisis dengan menggunakan
kaedahkorelasi. Keputusan menunjukkan hubungan antara penggunaan aplikasi Google
Earthterhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi.Keputusan ujian korelasi yang
mendapati r=0.529 dengan nilaip<0.003. Ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang
signifikan dalam penggunaan aplikasiGoogle Earth terhadap minat pelajar dalam mata
pelajaran Geografi dan hipotesis nul ketiga(H03), ditolak disebabkan nilai p lebih besar
daripada aras signifikan iaitu p=0.05. Nilaipositif r=0.529 juga menjelaskan terdapatnya
hubungan positif (sederhana kuat) yangsignifikan di antara penggunaan aplikasi Google Earth
terhadap minat pelajar dalam matapelajaran Geografi. Bahkan, nilai ke signifikan yang kurang
daripada 0.05 ini menerangkanbahawa kebarangkalian berlakunya korelasi secara tidak
sengaja atau secara peluang adalah amat rendah sekali atau mungkin tidak akan berlaku sama
sekali.
9.0 PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat juga perbezaan yang signifikan dalam
ujianpra dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Walau bagaimanapun
perbezaannyapurata markah adalah sedikit iaitu 2.93 markah. Perkara ini berlaku disebabkan
padapermulaan, kesemua pelajar tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai topik Bentuk
Muka Bumi. Justeru itu, semasa ujian pra, pelajar hanya dapat menjawab soalan-soalan
yanghanya berada pada aras rendah iaitu aras pengetahuan. Ini disokong oleh Saridah (2006)
mendapati

min

kumpulan eksperimen adalah

lebih tinggi

berbanding

kumpulan

kawalan.Namun perbezaannya tidak begitu jauh kerana kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimenmempunyai aras kecerdasan yang hampir sama. Kajian Sin Chow Lai (2006)
dalam kajiannya
iaitu “Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam TopikNombor
Negatif” turut menyatakan bahawa purata skor markah yang diperolehnya padakumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pra juga tidak begitu ketara disebabkan
kedua-dua kumpulan pelajar menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan sedia
ada. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, pelajar bagi kumpulan kawalan dan
kumpulanrawatan ketika menjawab soalan yang diberikan adalah mempunyai pengetahuan
danpengalaman yang hampir sama. Ia disokong oleh Khairuddin dan Normah (2011) melalui
dapatan mereka peroleh mendapati kedua-dua kumpulan memperoleh skor min yang hampir
sama bagi ujian pra walaupun kumpulan rawatan memperoleh skor min lebih tinggi iaitu
5.5berbanding skor min kumpulan kawalan iaitu 5.6. Ini membuktikan bahawa keduaduakumpulan seimbang dari segi pencapaian dan kebolehan.
Bagi kumpulan rawatan pula, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Skor purata
markah bagi ujian pasca rawatan melebihi purata markah ujian pasca bagi kumpulankawalan.
Ini jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan aplikasi Google Earth terhadappencapaian
pelajar dalam subtopik Bentuk Muka Bumi berbanding penggunaan kaedahkonvensional
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan penggunaanaplikasi Google
Earth yang menarik berupaya meningkatkan prestasi pelajar. Dapatan iniselari dengan
dapatan kajian Robiah dan Nor Sakinah (2007) yang menyatakan pengajaranberasaskan ICT
berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Mereka mendapatipenggunaan
aplikasi ICT ketika di dalam kelas membolehkan pelajar berfikir di tahap aras tinggi dan tidak
hanya menghafal fakta-fakta yang diberikan semata-mata. Rosenberg (2001)turut menjelaskan
integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan peluangkepada guru untuk
memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.
Melalui penggunaan ICT juga, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan
denganmenggunakan alat-alat teknologi.Daripada analisis data yang dibuat jelas juga
menunjukkan sebahagian besar pelajarkumpulan rawatan memberi maklum balas yang positif
dan memberangsangkan terhadappenggunaan aplikasi Google Earth semasa proses
pengajaran dan pembelajaran padasubtopik Bentuk Muka Bumi. Analisis data dibuat
berasaskan min yang telah di kumpuldaripada borang soal selidik dan ujian pencapaian ke
atas pelajar kumpulan kawalan danrawatan. Hasil dapatan soal selidik menunjukkan aplikasi
Google Earth sememangnya dapatmenarik minat pelajar dalam mempelajari subtopik Bentuk
Muka Bumi.
Dapatan kajian iniselari dengan dapatan kajian oleh Norazah dan Chai Hong (2009)
yang melihat denganpenggunaan aplikasi berasaskan Web-WebQuest dapat menghasilkan
persekitaranpembelajaran yang efektif dalam pembelajaran. Secara tidak langsung ia
membuatkan pelajarberasa seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan
menarik minat pelajar didalam kelas. Selain itu, di dapati, 96.6% pelajar bersetuju
penggunaan multimedia menarikminat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
83.3% pelajar pula mudahmemahami isi pengajaran yang diajar oleh guru serta, 86.7% pelajar
yakin

penggunaanmultimedia

membantu

meningkatkan

pencapaian

pelajar

dalam

peperiksaan. Melalui kajianAszoura (2007) mendapati pelajar lebih berminat dan tertarik
dengan kaedah penggunaanICT sebagai satu medium pembelajaran disebabkan wujudnya
paparan grafik yang berwarna-warni pada papan skrin LCD berbanding kaedah melukis atau
grafik statik di papan putihsemata-mata. Ianya turut disokong oleh Jariah (2008) mendapati
kaedah pembelajaranberasaskan projek multimedia dan ICT menunjukkan pelajar amat
bermotivasi tinggi danmenunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif apabila diberi
peluangmengembangkan idea, minat dan kebolehan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
10. KESIMPULAN
Daripada kajian yang telah dijalankan, boleh dirumuskan bahawa penggunaan
aplikasiGoogle Earth dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Geografi yangbersubtopik Bentuk Muka Bumi berupaya menarik minat pelajar mempelajari
topik tersebut Di samping itu, dengan penggunaan aplikasi tersebut sebagai alat bantu
mengajar juga dapatmeningkatkan pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang terbukti pada
ujian pasca. Secarakeseluruhannya, kajian ini dianggap berjaya kerana ketiga-tiga hipotesis
yang dikemukakandapat dibuktikan kesahannya. Ini kerana responden yang terlibat dalam
kumpulan rawatanmenunjukkan peningkatan dalam ujian pasca yang diberikan. Selari dengan
kajian-kajianlepas, proses pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan aplikasi ini dapat
menyediakansuasana pembelajaran yang seronok dan seterusnya memotivasikan pelajar
supaya menjadilebih semangat dan cenderung untuk belajar bersungguh-sungguh.
Akhir sekali, diharapbahawa maklumat-maklumat yang terdapat dalam penyelidikan
ini dapat dimanfaatkan olehKementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri,
pentadbir sekolah dan guru-gurudalam usaha untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.Selain itu, diharap juga, hasil kajian ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya demi meningkatkanpencapaian pelajar pada masa akan datang.
RUJUKAN
Aszoura Muhammed Salleh. 2007. Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan
Komputer Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel untuk
Sains Tingkatan Satu. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Sains. Univerisiti
TerbukaMalaysia
Ee Ah Meng. 2005. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publising Sdn
Bhd.
Jamalluddin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publication.
Jariah Siran. 2008. Pembelajaran Berasaskan Projek Multimedia: Sebagai Satu Kaedah
Meningkatkan Minat, Sikap Dan Pencapaian dan Pelajar Terhadap Mata
PelajaranPengajian Perniagaan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Khairuddin Nisa, Normah Dali, Norasikin Fabil dan Ramlah Mailok. 2011. Perbandingan
Penggunaan Peta Pintar RG dan Penggunaan Peta Topografi Terhadap Pencapaian
Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan Dan Penilaian Bahan
Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest Bagi Mata PelajaranICT
(Development and Evaluation Of Webquest For Information and Communication
Technology Subject). Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1):111–129
Saridah Hussein. 2006. Keberkesanaan Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan Dua.
Universiti Terbuka Malaysia (OUM): Kuala Lumpur
Zoraini. 2005. Kajian Perbandingan Kesedaran, Pengetahuan dan Penggunaan ICT di
Kalangan Guru-guru Sekolah Bandar dan Luar Bandar. Prosiding
SeminarKebangsaan Profesion Perguruan. 1:150-158.
Zulkafli Kamaruddin. 1997. Potensi Guru Merealisasikan Kecemerlangan Matematik di
Sekolah Rendah. Journal Guru ke Arah Pembinaan Ilmu, Keluaran 9. KualaLumpur:
Jawatankuasa Pengelola Hari Guru Peringkat Kebangsaan

More Related Content

What's hot

Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranEdu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranFahmi Zakaria
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarshamsuhaila85
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianDgMasniah
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 

What's hot (17)

Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranEdu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 

Similar to Tugasan 3 (kajian tinjauan)

Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1Mokhzani Fadir
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahlinamira
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 

Similar to Tugasan 3 (kajian tinjauan) (20)

Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarah
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Frog vle
Frog vleFrog vle
Frog vle
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 

Tugasan 3 (kajian tinjauan)

  • 1. KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN TAJUK : Penggunaan Aplikasi Google Earth dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar Mata Pelajaran Geografi Pelajar Tingkatan 1 NAMA: NUR AZYAN RASYIQAH BT ABDUL HAMID NO MATRIK : M20121000790 Disemak oleh : PROFESOR MADYA DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBAGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS
  • 2. PENDAHULUAN ICT sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradabanmanusia pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh KementerianPendidikan Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan danpengintegrasian ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini memberitumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagaikurikulum dan pengupayaan pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusanberasaskan ICT. Menurut sumber Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu puncamasalah ini adalah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat dan tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di dalammata pelajaran tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Selain itu, strategipengajaran ini juga dikenal pasti menjadi punca para pelajar mempunyai tahap akademikyang lemah atau berisiko untuk menjadi kurang bermotivasi terhadap pelajaran yangdikendalikan secara tradisional (Zaidatol Akmaliah, 2005). Sebaliknya, kajian pengajaran danpembelajaran menggunakan ICT sering dikatakan lebih berkesan berbanding dengan kaedahkonvensional (Bagui, 1998; Flecther, 2003; Mayer, 2002). Kajian dalam dan luar negara jugamenunjukkan bahawa penggunaan ICT seperti perisian pengajaran multimedia, web dan lainlain yang berkaitan mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam akademik (Jamalludin dan Zaidatun, 2003; Macaulay, 2002; AlMikhlafi, 2006). Dapatan kajian ini seolah-olah memberi suatu penunjuk, andaian dan gambaran berita gembira bagi membantu para pelajar yang berpencapaian rendah dalam akademik khususnya bagi mata pelajaran yang penting seperti Geografi. Kajian penggunaan aplikasi Google Earth di sekolah menengah diketengahkan bagi melihat sejauh mana kesannya ke atas prestasi pelajar bagi mata pelajaran Geografi. Dengan itu, penggunaan aplikasi Google Earth dipercayai dapat memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar. Ianya terbukti apabila aplikasi Google Earth yang merupakan suatu aplikasi atau program Globe Virtual dapat melihat seluruh dunia atau diibaratkan kita menjadi seorang penjelajah atau angkasawan yang mampu menjelajahi alam semesta dalam waktu singkat. Pada aplikasi Google Earth ini juga, pelajar dapat melihat pelbagai jenis rumah, warna kenderaan, bayangan manusia dan juga lalu lintas. Dengan kata lain, dengan aplikasi Google Earth ini, pelajar mampu mengelilingi ke seluruh dunia, bahkan pelajar juga boleh ke planet-planet lain apabila guru dan pelajarmemang benar-benar menguasai aplikasi tersebut.
  • 3. Dengan adanya aplikasi Google Earth, pelajar dapat melihat dengan lebih jelas lokasi tempat tinggal mereka selain dapat menjelajah daerah-daerah di sekitarnya. Selain itu, aplikasi Google Earth juga mampu menunjukkan dengan lebih tepat tempat-tempat yang dikehendaki dengan menunjukkan gambar-gambar terkini melalui foto satelit selain menggunakan foto 3 dimensi (3D). Kebaikan aplikasi Google Earth ini juga membuatkan pelajar menjadi aktif disebabkan sifat ingin tahu mereka adalah sangat tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, aplikasi Google Earth memudahkan pengajaran seseorang guru di mana seseorang guru tidak perlu membawa peta yang berukuran besar atau glob yang berputar yang membuatkan pelajar bosan dan hilang fokus. Kini, guru hanya membawa sebuah komputer bimbit dan broadband serta menayangnya pada skrin Liquid Crystal Display (LCD) membolehkan pelajar melihat bumi berputar secara realiti. Justeru itu, perubahan harus dilakukan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah diperlukan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Berhubung dengan teknik pedagogi, Boyle (1997) melihat pengajaran berasakan ICT adalah sebagai satu pendekatan yang terbaik digunakan oleh pendidik untuk mempersembahkan bahan-bahan yang hendak disampaikan kepada pelajar. TUJUAN KAJIAN Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahappenggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaranGeografi di sekolah menengah. Aplikasi Google Earth dipilih sebagai medium dalam kajianini untuk melihat keberkesanan aplikasi ini terhadap prestasi pelajar di sampingmempelbagaikan kaedah pengajaran di mana bukan berfokuskan kaedah konvensionalsemata-mata. Keadaan ini membolehkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dapatditerapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah ini juga, pengajarandan pembelajaran akan lebih kepada berorientasikan penemuan inkuiri di kalangan pelajar.
  • 4. PENYATAAN MASALAH Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT adalah cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat pelajar mempelajari ilmu Geografi. Dalam kajian ini, beberapa permasalahan telah dikenal pasti sebagai panduan menjalankan kajian. Antara masalah yang dapat dikenal pasti seperti penggunaan kaedah konvensional yang masih diamalkan di kalangan guru khususnya di luar bandar. Namun demikian, terdapat juga kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah kepada guru-guru tetapi penggunaannya masih tidak dioptimumkan. Ianya disokong oleh Zoraini (2005) yang menyatakan terdapat 87% sekolah menengah di Malaysia memiliki komputer dan hanya 65% sahaja guru-guru yang tahu menggunakannya. Selain itu, kaedah sedia ada yang digunakan guru-guru di sekolah juga kurang pelbagai diintegrasikan. Didapati guru-guru masih kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran mereka agar pengajaran lebih menarik dan berkesan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), antara tahun 1996 hingga 2000, hanya 30% daripada guruguru yang telah dilatih dalam ICT dan daripada mereka yang terlatih ini, hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Walaupun terdapat juga guru-guru yang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran tetapi peneguhan konsep yang dilakukan adalah lemah. Di samping itu, kaedah sedia ada juga lebih kepada berpusatkan guru dan kurang berorientasikan kepada penemuan inkuiri. Menurut Ee Ah Meng (2005) pembelajaran konvensional lebih menjurus kepada guru dan pelajar amat popular di kebanyakan sekolah. Mengikut kaedah tersebut, guru dijadikan sumber ilmu semata-mata oleh pelajar. Perubahan masa menyebabkan kaedah pembelajaran sedemikian tidak lagi sesuai untuk digunakan, sebaliknya cara yang lebih sesuai adalah dengan menukar kaedah pengajaran dengan menjadikan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kaedah ini juga diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005), di mana proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid. Masalah lain yang dapat dikenal pasti juga seperti kaedah sedia ada menyebabkan pelajar kurang berminat bahagian Kemahiran Geografi. Menurut Kastiman (2005), sebanyak 50% daripada pelajar yang dikaji paling tidak digemari bidang dan topik kemahiran Geografi. Ia berlaku disebabkan kaedah yang digunakan oleh guru-guru telah ketinggalan yang kurang menerapkan unsur-unsur pengajaran berorientasikan ICT. Di samping itu, peta-peta yang digunakan oleh guru-guru adalah peta lama dan kurang menarik.
  • 5. OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya, matlamat kajian ini ialah untuk melihat sejauh manakah penggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaran Geografi di sekolah menengah. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut. I. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi di Sekolah Menengah. II. Mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan Topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1 antara kumpulan kawalan dan rawatan. III. Mengenal pasti hubungan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi. SOROTAN KAJIAN Sesuatu aplikasi ICT atau ABM merupakan faktor penting dalam menentukan sesuatupembelajaran serta mewujudkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu danturut menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. Aplikasi ICT merupakan bahan yangdigunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas.Peralatan ini tidak terhad kepada buku teks, papan putih dan gambar-gambar sahaja tetapimerangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang boleh dilihat, didengar,dialami dan sebagainya. Aplikasi ICT juga merupakan rangsangan tambahan yang disertakanbersama-sama isi pelajaran sebagai tujuan membantu menjelaskan lagi penerangan guru. Iadapat mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan pelajar mengenai topik yangdipelajari (Zulkafli, 1997). Menurut Robiah dan Nor Sakinah (2007), pengajaran berasaskanICT berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Pelajar didapati menggunakanpemikiran pada aras tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja serta bekerjasamaantara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih berdikari danbertanggungjawab terhadap pembelajaran. Mereka tidak mengharapkan semua aktivitipengajaran digerakkan oleh guru semata-mata. Dalam kajian yang telah dijalankan di sekolahmenengah luar bandar iaitu di kawasan Bentong, Pahang mendapati analisis ujiantmenunjukkan nilai p adalah 0.002 yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikandalam pencapaian tugasan membentuk laman web antara kumpulan rawatan dalam matapelajaran literasi komputer manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional.
  • 6. Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Aszoura (2007) di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar di negeri Selangor mengenai”Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer Terhadap Peningkatan TahapPenguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel Sains” mendapati terdapat perbezaan pencapaianyang ketara antara skor min bagi kumpulan rawatan lebih tinggi iaitu 5.33 berbandingkumpulan kawalan hanya memperoleh skor min 4.09 bagi ujian yang telah dijalankan. Dalamkajian ini juga menunjukkan apabila pembelajaran ICT digunakan di dalam kelas turutmemberi kesan yang positif ke atas minat pelajar di mana min yang diperoleh adalah 4.27iaitu min yang sangat tinggi selepas kajian dilakukan. Mengikut kajian Jariah (2008)mendapati kaedah pembelajaran berasaskan projek multimedia dan ICT menunjukkan pelajaramat bermotivasi tinggi dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif apabiladiberi peluang mengembangkan idea, minat dan kebolehan ketika sesi pengajaran danpembelajaran. Pelajar begitu teruja semasa membuat penyampaian laporan tugasan. Merekadapat menyampaikan hasil tugasan dengan penuh keyakinan dan bersemangat tinggi. Peluangini digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar menunjukkan kebolehan dan kemampuankumpulan masing-masing dengan hasil yang baik dan menarik minat rakan lain untuk mengikutinya. Penggunaan aplikasi ICT atau ABM sememangnya sangat berguna di dalam bilikdarjah kerana penggunaan ABM ini membolehkan pelajar mengetahui sesuatu dengan lebihabstrak (Clark dan Manthis, 2000). Secara realitinya, ABM berperanan untuk menjelaskanidea kepada pelajar. Contohnya, aplikasi ArcGIS digunakan untuk memaparkan kawasan-kawasantaburan hutan, kependudukan dan lain-lain dengan lebih jelas dan terkini berbandingkaedah konvensional yang menggunakan buku teks di mana data-data yang digunakan adalahdata lama yang tidak dikemas kini. Penggunaan aplikasi ICT secara integrasi juga lebihmudah apabila pengajaran dan pembelajaran menggunakan tajuk-tajuk berkaitan kemahirangeografi kerana ia memberi ruang kepada pelajar untuk lebih meneroka dengan lebihmendalam mengenai isi pengajaran yang disampaikan oleh guru (Watson, 1993). Dengan itu,kajian Margerison dan Walker (1990) mendapati bahawa penggunaan aplikasi ICT dalamproses pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding dengan kaedahkonvensional. Ianya berlaku apabila pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnyakepada pelajaran kerana paparan pada skrin LCD yang mempunyai pelbagai unsur animasimenyebabkan pelajar mudah tertarik dengan pengajaran guru dalam kelas dan pelajar jugatidak terhadap kepada grafik statik yang membosankan pada buku teks semata-mata. Ia turut disokong Oldham (2003) yang menyatakan penggunaan ICT berupaya
  • 7. menunjukkankonsep abstrak secara visual dan seterusnya membantu pelajar memahami konsep yangabstrak tersebut menggunakan model, simulasi, permainan, video dan penjelajahanmultimedia. Peningkatan pencapaian pelajar juga turut dipengaruhi oleh penggunaan ICT secaraintegrasi oleh guru ketika di dalam kelas. Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalampengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkanpembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskanpembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagaipenyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiranmanipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangandengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akanmelahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Dalamsatu kajian yang dijalankan oleh Software and Information Industry Association (2000)menunjukkan pelajar yang menggunakan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaranlebih tertarik untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh gurukerana merasakan mereka lebih berjaya di sekolah dalam menguasai mata pelajaran, lebihbermotivasi dan mempunyai peningkatan dalam keyakinan kendiri dan harga diri. Dalamkonteks pembelajaran mata pelajaran Geografi, pelajar akan lebih mudah memahamimengenai aspek bentuk muka bumi dengan bantuan Google Earth dan lebih memahamitentang kepentingan kewujudan sesuatu ciri fizikal dalam mata pelajaran Geografi. REKABENTUK KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah eksperimen yang berasaskan kuasaieksperimen yang melibatkan dua kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah KebangsaanHosba iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan aplikasi Google Earthdalam sesi pembelajaran manakala kumpulan kawalan pula menggunakan kaedahkonvensional semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kedua-duakumpulan ini diberi ujian pra dan pasca untuk melihat perbezaan skor min dan kekerapan.Kajian ini juga turut menggunakan kaedah tinjauan di mana penggunaan borang soalselidik diedarkan kepada responden-responden di dalam kumpulan rawatan sahaja. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji sisihan piawai antara min kumpulan rawatan dan mengkaji minat pelajar dalam penggunaan aplikasi Google Earth terhadap pencapaian pelajar dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Sampeldalam kajian ini sebanyak 60 orang pelajar yang terdiri daripada 30 orang pelajar yang dianggap sebagai kumpulan
  • 8. eksperimen dan sebuah kelas lagi terdiri daripada 30 orangpelajar dianggap sebagai kumpulan kawalan. HASIL DAPATAN KAJIAN Keputusan ujian pra dan ujian pasca dikumpulkan daripada kumpulan kawalan dan kumpulanrawatan dan dianalisis dengan menggunakan ujian-t dalam perisian Statistical Package forSocial Science (SPSS) 17.0 untuk mengkaji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan samaada hipotesis yang ditolak sekiranya nilai p<0.05 atau diterima sekiranya nilai p>0.05.Terdapat 3 hipotesis dalam kajian ini dan dinyatakan berserta dengan hasil analisis dapatankajian dengan menggunakan ujian-t dan korelasi adalah seperti berikut: Tidak Terdapat Perbezaan Min Skor yang Signifikan dalam Min Ujian Pradan Pasca Antara Kumpulan Kawalan Bagi Topik Bentuk Muka BumiTingkatan 1 Penyelidik telah membuat hipotesis nul yang pertama (H01) dalam kajian ini, iaitu tidakterdapat perbezaan min skor yang signifikan dalam min ujian pra dan pasca antara kumpulankawalan bagi topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1. Bagi menguji hipotesis nul yangpertama (H01), keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan di kumpul dankemudian dianalisis dengan menggunakan ujian-t berpasangan (paired t-test). Keputusan menunjukkan perbezaan antara min skor yang signifikan dalam min ujian pra dan pascaantara kumpulan kawalan bagi topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1.Nilai min ujian bagi kedua-dua ujian ini iaitu ujian pra dan ujianpasca bagi kumpulan kawalan ialah 0.600. Bagi sisihan piawai pula, ujian pra dan ujian pascadapat diperhatikan bagi kumpulan kawalan iaitu sebanyak 0.621. Berdasarkan analisis datanilai signifikan yang diperoleh ialah 0.00, iaitu lebih kecil daripada arassignifikan p=0.05, hipotesis nul pertama (H01), ditolak. Ini bermakna sememangnya terdapatperbezaan yang signifikan antara min ujian pra dan pasca antara kumpulan kawalan bagitopik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1. Tidak Terdapat Perbezaan Min Skor yang Signifikan dalam Min Ujian Pradan Pasca Antara Kumpulan Rawatan Bagi Topik Bentuk Muka BumiTingkatan 1 Hipotesis nul yang kedua (H02) dalam kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan dalam min ujian pra dan pasca antara kumpulan rawatan bagi topik Bentuk MukaBumi tingkatan 1. Bagi menguji hipotesis nul yang kedua (H02), keputusan ujian pra dan ujianpasca bagi kumpulan rawatan di kumpul dan kemudian dianalisis dengan menggunakanujian-t berpasangan (paired t-test). Keputusan menunjukkan perbezaan antara
  • 9. min skor yangsignifikan dalam min ujian pra dan pasca antara kumpulan rawatan bagi topik Bentuk MukaBumi tingkatan 1. Nilai min ujian bagi kedua-dua ujian ini iaitu ujian pra dan ujianpasca bagi kumpulan rawatan ialah 1.433. Bagi sisihan piawai pula, ujian pra dan ujian pascadapat diperhatikan bagi kumpulan rawatan iaitu sebanyak 0.817. Berdasarkan analisis data, nilai signifikan yang diperoleh ialah 0.00, iaitu lebih kecil daripada arassignifikan p=0.05, hipotesis nul kedua (H02), ditolak. Ini bermakna sememangnya terdapatperbezaan yang signifikan antara min ujian pra dan pasca antara kumpulan rawatan bagi topikBentuk Muka Bumi tingkatan 1 dan ia menggambarkan penggunaan aplikasi Google Earthdalam topik ini telah memberi kesan yang positif iaitu dapat meningkatkan kefahaman danpencapaian pelajar. Tidak Terdapat Hubungan yang Signifikan dalam Penggunaan AplikasiGoogle Earth Terhadap Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Geografi. Hipotesis nul yang ketiga (H03) dalam kajian ini, iaitu tidak terdapat hubungan yangsignifikan dalam penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam matapelajaran Geografi. Bagi menguji hipotesis nul yang ketiga (H03), borang soal selidik dikumpul bagi kumpulan rawatan dan kemudian dianalisis dengan menggunakan kaedahkorelasi. Keputusan menunjukkan hubungan antara penggunaan aplikasi Google Earthterhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi.Keputusan ujian korelasi yang mendapati r=0.529 dengan nilaip<0.003. Ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dalam penggunaan aplikasiGoogle Earth terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi dan hipotesis nul ketiga(H03), ditolak disebabkan nilai p lebih besar daripada aras signifikan iaitu p=0.05. Nilaipositif r=0.529 juga menjelaskan terdapatnya hubungan positif (sederhana kuat) yangsignifikan di antara penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam matapelajaran Geografi. Bahkan, nilai ke signifikan yang kurang daripada 0.05 ini menerangkanbahawa kebarangkalian berlakunya korelasi secara tidak sengaja atau secara peluang adalah amat rendah sekali atau mungkin tidak akan berlaku sama sekali.
  • 10. 9.0 PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat juga perbezaan yang signifikan dalam ujianpra dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Walau bagaimanapun perbezaannyapurata markah adalah sedikit iaitu 2.93 markah. Perkara ini berlaku disebabkan padapermulaan, kesemua pelajar tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai topik Bentuk Muka Bumi. Justeru itu, semasa ujian pra, pelajar hanya dapat menjawab soalan-soalan yanghanya berada pada aras rendah iaitu aras pengetahuan. Ini disokong oleh Saridah (2006) mendapati min kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.Namun perbezaannya tidak begitu jauh kerana kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimenmempunyai aras kecerdasan yang hampir sama. Kajian Sin Chow Lai (2006) dalam kajiannya iaitu “Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam TopikNombor Negatif” turut menyatakan bahawa purata skor markah yang diperolehnya padakumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pra juga tidak begitu ketara disebabkan kedua-dua kumpulan pelajar menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, pelajar bagi kumpulan kawalan dan kumpulanrawatan ketika menjawab soalan yang diberikan adalah mempunyai pengetahuan danpengalaman yang hampir sama. Ia disokong oleh Khairuddin dan Normah (2011) melalui dapatan mereka peroleh mendapati kedua-dua kumpulan memperoleh skor min yang hampir sama bagi ujian pra walaupun kumpulan rawatan memperoleh skor min lebih tinggi iaitu 5.5berbanding skor min kumpulan kawalan iaitu 5.6. Ini membuktikan bahawa keduaduakumpulan seimbang dari segi pencapaian dan kebolehan. Bagi kumpulan rawatan pula, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Skor purata markah bagi ujian pasca rawatan melebihi purata markah ujian pasca bagi kumpulankawalan. Ini jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan aplikasi Google Earth terhadappencapaian pelajar dalam subtopik Bentuk Muka Bumi berbanding penggunaan kaedahkonvensional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan penggunaanaplikasi Google Earth yang menarik berupaya meningkatkan prestasi pelajar. Dapatan iniselari dengan dapatan kajian Robiah dan Nor Sakinah (2007) yang menyatakan pengajaranberasaskan ICT berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Mereka mendapatipenggunaan aplikasi ICT ketika di dalam kelas membolehkan pelajar berfikir di tahap aras tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta yang diberikan semata-mata. Rosenberg (2001)turut menjelaskan
  • 11. integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan peluangkepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Melalui penggunaan ICT juga, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan denganmenggunakan alat-alat teknologi.Daripada analisis data yang dibuat jelas juga menunjukkan sebahagian besar pelajarkumpulan rawatan memberi maklum balas yang positif dan memberangsangkan terhadappenggunaan aplikasi Google Earth semasa proses pengajaran dan pembelajaran padasubtopik Bentuk Muka Bumi. Analisis data dibuat berasaskan min yang telah di kumpuldaripada borang soal selidik dan ujian pencapaian ke atas pelajar kumpulan kawalan danrawatan. Hasil dapatan soal selidik menunjukkan aplikasi Google Earth sememangnya dapatmenarik minat pelajar dalam mempelajari subtopik Bentuk Muka Bumi. Dapatan kajian iniselari dengan dapatan kajian oleh Norazah dan Chai Hong (2009) yang melihat denganpenggunaan aplikasi berasaskan Web-WebQuest dapat menghasilkan persekitaranpembelajaran yang efektif dalam pembelajaran. Secara tidak langsung ia membuatkan pelajarberasa seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan menarik minat pelajar didalam kelas. Selain itu, di dapati, 96.6% pelajar bersetuju penggunaan multimedia menarikminat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan 83.3% pelajar pula mudahmemahami isi pengajaran yang diajar oleh guru serta, 86.7% pelajar yakin penggunaanmultimedia membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Melalui kajianAszoura (2007) mendapati pelajar lebih berminat dan tertarik dengan kaedah penggunaanICT sebagai satu medium pembelajaran disebabkan wujudnya paparan grafik yang berwarna-warni pada papan skrin LCD berbanding kaedah melukis atau grafik statik di papan putihsemata-mata. Ianya turut disokong oleh Jariah (2008) mendapati kaedah pembelajaranberasaskan projek multimedia dan ICT menunjukkan pelajar amat bermotivasi tinggi danmenunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif apabila diberi peluangmengembangkan idea, minat dan kebolehan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • 12. 10. KESIMPULAN Daripada kajian yang telah dijalankan, boleh dirumuskan bahawa penggunaan aplikasiGoogle Earth dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Geografi yangbersubtopik Bentuk Muka Bumi berupaya menarik minat pelajar mempelajari topik tersebut Di samping itu, dengan penggunaan aplikasi tersebut sebagai alat bantu mengajar juga dapatmeningkatkan pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang terbukti pada ujian pasca. Secarakeseluruhannya, kajian ini dianggap berjaya kerana ketiga-tiga hipotesis yang dikemukakandapat dibuktikan kesahannya. Ini kerana responden yang terlibat dalam kumpulan rawatanmenunjukkan peningkatan dalam ujian pasca yang diberikan. Selari dengan kajian-kajianlepas, proses pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan aplikasi ini dapat menyediakansuasana pembelajaran yang seronok dan seterusnya memotivasikan pelajar supaya menjadilebih semangat dan cenderung untuk belajar bersungguh-sungguh. Akhir sekali, diharapbahawa maklumat-maklumat yang terdapat dalam penyelidikan ini dapat dimanfaatkan olehKementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, pentadbir sekolah dan guru-gurudalam usaha untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Selain itu, diharap juga, hasil kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi meningkatkanpencapaian pelajar pada masa akan datang.
  • 13. RUJUKAN Aszoura Muhammed Salleh. 2007. Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel untuk Sains Tingkatan Satu. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Sains. Univerisiti TerbukaMalaysia Ee Ah Meng. 2005. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publising Sdn Bhd. Jamalluddin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication. Jariah Siran. 2008. Pembelajaran Berasaskan Projek Multimedia: Sebagai Satu Kaedah Meningkatkan Minat, Sikap Dan Pencapaian dan Pelajar Terhadap Mata PelajaranPengajian Perniagaan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Khairuddin Nisa, Normah Dali, Norasikin Fabil dan Ramlah Mailok. 2011. Perbandingan Penggunaan Peta Pintar RG dan Penggunaan Peta Topografi Terhadap Pencapaian Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan Dan Penilaian Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest Bagi Mata PelajaranICT (Development and Evaluation Of Webquest For Information and Communication Technology Subject). Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1):111–129 Saridah Hussein. 2006. Keberkesanaan Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan Dua. Universiti Terbuka Malaysia (OUM): Kuala Lumpur Zoraini. 2005. Kajian Perbandingan Kesedaran, Pengetahuan dan Penggunaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Bandar dan Luar Bandar. Prosiding SeminarKebangsaan Profesion Perguruan. 1:150-158. Zulkafli Kamaruddin. 1997. Potensi Guru Merealisasikan Kecemerlangan Matematik di Sekolah Rendah. Journal Guru ke Arah Pembinaan Ilmu, Keluaran 9. KualaLumpur: Jawatankuasa Pengelola Hari Guru Peringkat Kebangsaan