SlideShare a Scribd company logo
Pengenalan

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan

pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada

keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan

Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk

merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai seksi komuniti yang tinggal

bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang

berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.

         Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung

Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan

masyarakat majmuk sekaligus membentuk struktur sosioekonomi dan kemajmukan demografi

kebudayaan berbilang ras. Keduanya menghuraikan tentang ciri-ciri demografi dan

sosioekonomi utama masyarakat tersebut. Perkara terakhir sekali yang akan dibincangkan

berkenaan dengan langkah oleh kerajaan untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat

majmuk.



Sejarah demografi

Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. 1

Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah mayarakat

majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung

abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadi

elemen utama yang membawa perubahan identiti NNM.2 Hal ini sememangnya suatu yang
1
  Melaka sebuah wilayah yang berjaya menempatkan namanya di dalam peta dunia pada abad ke-14. Kegemilangannya telah
berjaya menarik ramai masyarakat seluruh dunia untuk singgah dan menjalinkan hubungan perdagangan.
2
  Kebanyakakan ahli sejarah mengakui penyataan ini dimana susunan ras dan corak penempatan penduduk masa ini telah
ditentukan pada zaman perkembangan pemerintahan kolonial dan juga kesan eksploitasi orang British. K.K Chong.
"Masyarakat Majmuk Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed). Pulau Pinang:
realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjang penguasaan British.

Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang paling penting dalam menentukan

kewujudan istilah masyarakat majmuk.

         Semasa penguasaan British, telah berlaku proses migrasi dan ianya berlangsung dalam

beberapa peringkat.3 Peringkat yang pertama adalah migrasi secara besar-besaran yang berlaku

akibat perkembangan pesat ekonomi yang pada masa yang sama didorong oleh dasar British. 4

Aktiviti perlombongan antara ekonomi yang utama membawa kepada penghijrahan orang Cina

dengan jumlah yang tinggi.5 Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British

lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan

jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak

migrasi masuk.6 Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung

abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.

Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.7

         Keadaan kemasukan migrasi ke NNM melayu mengalami penurunan pada 1929 hingga

1931 akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Kesan daripada kemelesetan ekonomi ini

menyebabkan sejumlah besar migrasi kehilangan kerja seterusnya mendorong untuk kembali

semula ke negara asal.8 Dalam tempoh ini juga, British telah menyekat kemasukan golongan

USM. 1985. hal. 53-88.

3
  Proses migrasi merupakan satu keadaan dimana perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam
konteks Malaysia bermakna migrasi antarabangsa yang berlaku. Saw Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A
Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. hal. 6.
4
  Sebenarnya, terdapat tiga bangsa yang terlibat dalam proses migrasi ke Tanah Melayu dalam tempoh penjajahan British
termasuklah orang Indonesia. Namun oleh kerana mereka mempunyai identiti dan budaya yang sama dengan orang melayu,
perpindahan mereka tidak ditekankan sangat sebagaimana dua bangsa yang lain. Kehadiran mereka kemudiannya menjadi satu
kepentingan pada era selepas kemerdekaan.
5
   Pada dasarnya terdapat faktor penolak yang membawa kepada berlakunya proses penghijrahan ini. Antaranya ialah
kekacauan di negara asal dari segi politik, ekonomi dan sosial.
6
  Terdapat pelbagai dasar dan sisitem yang telah dilaksanakan bagi memastikan buruh memasuki NNM dengan mudah.
Kehadiran mereka yang ramai ini telah mempercepatkan lagi pengeksploitasian sumber di NNM.
7
  Pada peringkat paling awal kemasukan orang India merujuk pada perpindahan banduan India selepas Bangkahulu diserahkan
kepada Belanda. Pada akhir abad ke 19, kehadiran mereka diuruskan dengan pelbagai sistem seperti kanggani.
8
  Orang melayu walau bagaimanpun tidak menerima kesan kemelesetan ekonomi tersebut. Hal ini kerana mereka tidak
melibatkan diri dalam ekonomi bernilai kormesial dibawah British.
lelaki terutamnya dari China, sebaliknya mengalakkan kemasukan golongan wanita dibawah

Ordinan Orang Asing 1932. Langkah ini telah menyeimbangkan demografi penduduk di

NNM.9

         Kekurangan migrasi juga berlaku untuk kali yang keduanya selepas perang dunia ke-2

berlaku. Ini merujuk pada penguasaan Jepun di Tanah Melayu yang menyekat kemasukan

migrasi terutamanya dari China.10 Sementara migrasi dari India pula masih lagi berlaku

sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pendudukan Jepun bermakna merujuk pada zaman

darurat yang berlaku dalam tempoh 1948 hingga 1960. 11 Pada 1947 sehingga 1953, telah

berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara selepas tahun 1954,

orang Cina mengambil keputusan untuk menetap terus di Tanah Melayu. 12 Tindakan mereka

ini mewujudkan keadaan sebenar masyarakat majmuk yang pada dasarnya telah bermula pada

tahun 1910-an.13

         Pada tahun 1945, British merangka prinsip Jus Soli iaitu kerakyatan sama rata

berdasarkan tempat kelahiran. Dasar ini kemudiannya dijalankan pada 1946 melalui Malayan

Union.14 Semua warganegara Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi ras

dan kepercayaan. Prinsip ini menguntungkan golongan imigran yang merujuk pada Cina dan


9
  Ini telah meningkatkan jumlah penduduk di NNM. Juga menyeimbangkan komposisi jantina yang sebelumnya menunjukkan
paras yang tinggi bagi golongan lelaki.
10
   Jepun menyekat kemasukan orang Cina dan antara kedua-dua kelompok itu sudah tertanam nilai permusuhan. Semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu, mereka telah memberi layanan yang teruk kepada orang Cina. Saudagar yang pada
zaman kolonial British berada di bandar telah dipaksa untuk menanam tanaman di kawasan perkampungan sebagai bekalan
makanan bagi tentera Jepun.
11
  Tempoh ini bukan sahaja merujuk pada pendudukan Jepun semata-mata sebaliknya kesan daripada pendudukan
Jepun yang mewujudkan Komunis yang kemudiannya menyebabkan pihak kerajaan mengisytiharkan darurat.
12
   Suasana sedemikian ada kaitan dengan keterlibatan orang Cina dalam politik Tanah Melayu. Dari situ, mereka dapat
menentu hak mereka sebagai sebahagian dari tanah Melayu. K.K Chong. 1985. hal. 62.
13
   Keadaan yang tidak stabil kemudiannya berlaku dikalangan penduduk di Tanah Melayu terutamnya melibatkan perselisihan
antara orang Melayu dengan orang Cina di mana masing-masing ingin mempertahankan hak. Kasim Ahmad. Soal
Kebangsaan. 9 Novenmber. 2005. http://kassimahmad.blogspot.com.
14
   Skim Malayan Union ini mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang
yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun
daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Malahan Malayan Union juga menggariskan elemen yang menggugat kedudukan
Sultan. Ianya menjadi salah satu sebab orang melayu menentang habisan sehinggakan Malayan Union ditukarkan kepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.
India kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah. 15 Ini menyebabkan orang

melayu tidak senang dan ia menjadi salah satu punca kenapa ketidaksefahaman antara kaum.

         Secara keseluruhan bagi penghuraian sejarah demografi ini kurang menekankan tentang

orang melayu kerana ia menjurus pada migrasi dari luar. Namun dalam bahagian yang

seterusnya akan dihuraikan kesan-kesan migrasi ini terhadap orang Melayu dalam konteks

masyarakat majmuk. Namun sejarah mencatatkan bahawa orang Melayu menguasai ekonomi

yang dikuasi oleh migrasi sebelum kemasukan mereka ke NNM. Contohnya penguasaan

lombong bijih timah oleh golongan bangsawan juga perdagangan oleh masyarakat setempat

sungguhpun pada lingkungan yang tidak luas. Sejarah juga mencatatkan bahawa orang Melayu

sebagai penduduk asal telah berpindah ke kawasan jauh ke pedalaman yang dikenali sebagai

“kampung” selepas kemasukan kolonial British yang disusuli oleh kemasukan migrasi luar.16



Ciri-ciri demografi dan sosioekonomi

Melihat pada sejarah perkembangan demografi masyarakat majmuk tersebut, adalah sesuatu

yang lazim bagi kehidupan mereka yang tidak bercampur. Bersesuaian dengan pendapat

sejarahwan yang menyatakan masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam istilah masyarakat

majmuk sahaja sebaliknya tidak bercampur. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengekalkan

budaya masing-masing. Buktinya orang Cina dan India tidak mahu menerima asimilasi

kebudayaan melayu. Begitu juga halnya dengan orang Melayu yang enggan kebudayaan

mereka dicemari kebudayaan bangsa lain terutamnya dari luar Tanah Melayu sendiri yang

tidak seagama.17
15
   Orang Cina beranggapan mereka berhak untuk mendapatkan hak kerakyatan kerana merekalah yang menjadi penggerak
utama ekonomi Tanah Melayu. Saw Swe-Hok and Kesarapany. 2006. hal. 12.
16
   Perpindahan orang melayu ke kawasan “kampung” ini kerana mereka enggan bekerjasama dengan kolonial British yang
pada tanggapan mereka bukan sahaja mengancam dari aspek ekonomi tetapi juga aspek agama. Orang Melayu beranggapan
orang Inggeris berusaha untuk mengkristiankan mereka.
17
   Orang melayu sangat menitikberatkan soal agama dan budaya tradisional semasa era kolonial. Pencampuran bangsa yang
disebabkan oleh kolonial inilah yang menyebabkan mereka berpindah ke kawasan yang jauh bagi menunjukkan mereka tidak
British dalam penguasaanya di Tanah Melayu mengamalkan pendekatan “pecah

perintah”.18 Pendekatan yang diperkenalkan oleh British ini mengukuhkan keadaan masyarakat

majmuk yang tidak bercampur, dan boleh ditegaskan merekalah yang menjadi asas kepada

situasi sedemikian. British menggubal dasar ini berdasarkan andaian umum bahawa orang Cina

dan India adalah transient.19 Oleh itu, mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan

budaya sendiri. Lama-kelaman sehingga pertengahan abad ke-20, transient bertukar kepada

menetap. Ini menyebabkan orang Melayu rasa tergugat dan konflik yang lebih besar berlaku

mencerminkan ketidakserasian antara mereka.

         Melihat pada perkembangan sejarah masyarakat di tanah Melayu, dapat dijelaskan

bahawa tradisi menjadi penghalang utama kemajuan orang Melayu. Dalam tradisi misalnya,

orang Melayu terlalu tunduk pada pemerintah sehingga mementingkan aspek kesetiaan yang

pada masa itu merujuk pada konsep perhambaan.20 Berbanding orang Cina dan India yang

menunjukan sikap berlawanan yang lebih mementingakan ekonomi. Buktinya dengan melihat

kehadiran mereka di NNM.21 Oleh kerana masyarakat Melayu penduduk asal di tanah Melayu,

ketinggian taraf ekonomi orang luar di kawasan mereka menyebabkan timbulnya perasaan

tidak puas hati. Kesannya berlaku peristiwa 13 Mei beberapa tahun selepas merdeka.22


suka dengan dasar British. Secara asasnya tindakan mereka ini menjadikan mereka jauh ketinggalan dan kesannya
berpanjangan sehingga kini. McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964. hal. 25.
18
   Merujuk keadaan dimana hampir tiada hubungan langsung antara ketiga-tiga kaum tersebut yang terpisah oleh ekonomi,
politik dan geografi (tempat tinggal).
19
   Pendekatan ini menekankan bahawa migrasi hidup dalam budaya asal masing-masing bukannya berdasarkan kawasan
tempat mereka menetap. Bermakna orang Cina dan India hanya meminjam kawasan orang Melayu sebagai penempatan untuk
memenuhi keperluan ekonomi.
20
   Sedangkan British menggunakan konsep upah. Konsep perhambaan yang diamalkan oleh orang melayu menyebabkan
mereka sukar untuk keluar dari kemiskinan. Justeru apabila melihat kaum lain melebihi mereka dari segi ekonomi, perasan
curiga mula timbul.
21
   Secara asasnya mereka melarikan diri daripada masalah dalaman negara asal terutamanya penindasan dari orang atasan.
Namun mereka tidak seperti orang Melayu yang terusan tunduk dan takut dengan memencilkan diri jauh ke kawasan yang
lebih dalam.
22
   Selepas pilihanraya, pembangkang mengadakan perarakan di jalan raya bagi merai kemenangan. Ada dikalangan mereka
menggunakan penyapu yang diikat pada kenderaan. Orang Melayu rasa tercabar kerana penyapu bagi mereka sesuatu yang
negetif. Mereka beranggapan orang Cina hendak menyingkirkan orang Melayu ke laut dengan penyapu tersebut. Leon
Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd.
1983. hal. 5.
Sejarah Tanah Melayu secara keseluruhannya terbahagi kepada dua wilayah iaitu

Melayu lama dengan Melayu Baru. Melayu Lama merujuk pada negeri Perlis, Kedah,

Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sementara Melayu Baru merangkumi Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Berdasarkan pengkelasan tersebut, ternyata

Melayu Lama negeri yang ketinggalan dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu. 23

Sementara Melayu Baru pula merujuk pada negeri yang mempunyai kemajuan ekonomi yang

lebih tinggi serta mempunyai ramai masyarakat Cina dan India. Daripada pengkelasan ini juga

dapat dinyatakan bahawa kehadiran orang luar menjadi penentu kepada kemajuan ekonomi

NNM. Kesannya, NNM membangun dengan lebih cepat dan hasilnya hanya dinikmati oleh

migrasi tersebut.24



Langkah Kerajaan

Salah satu langkah yang diambil ialah melalui pendidikan.                                     Kesemua dasar yang

dikemukakan bagi pendidikan ini bertujuan untuk mencapai perpaduan dikalangan penduduk.

Misalnya Penyata Razak dan Rahman Talib yang mengariskan unsur perpaduan sebagai

objektif utama.25 Untuk itu, Bahasa Melayu dipelajari di semua sekolah sementara bahasa

kaum masing-masing turut dipelajari dengan harapan dapat merapatkan hubungan antara

kaum.26 Namun masih terdapat kekangan dimana kawasan dan jarak bagi setiap kaum itu

menjadi penghalang utama. Bahasa melayu hanya digunakan oleh satu bangsa sahaja dalam

23
   Majoriti penduduk melayu, bermakna turut ada kehadiran orang luar terutamanya Cina. Melihat pada dua keadaan ini, ahli
sejarah menyimpulkan masyarakat di Melayu Lama tidak mempunyai masalah dalam hubungan antara kaum. Ini disebabkan
jurang ekonomi antara mereka yang tidak seluas jurang ekonomi di Melayu Baru. Malahan terdapat beberapa perbezaan yang
mencerminkan keadaan sebenar keduanya. Lihat...Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage
Communication. 1996. hal. 5-11.
24
   Sebagai contoh di Kuala Lumpur yang suatu masa yang lalu merupakan tempat perlombongan bijih timah yang kemudian
menjadi bandar akibat perkembangan ekonominya yang dimainkan oleh orang Cina.
25
   Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992. hal. 44.
26
   Dasar ini boleh dikatakan berjaya namun tidak sepenuhnya. Ini terbukti dimana sebahagian pelajar bukan Melayu tidah fasih
berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih berbahasa Inggeris. Keadaan ini masih berlaku sehingga kini dan mungkin
keadaannya lebih ketara di masa akan datang. Saw Swe-Hok and Kesarapany. 2006. hal. 231.
komuniti sekolah tersebut.27 Maknanya disini, sekolah Cina dan India mempelajari bahasa

Melayu namun bukan digunakan untuk berbahasa dengan kawan sebaliknya sebagai memenuhi

syarat pendidikan. Jelasnya masih tidak terdapat perhubungan perpaduan.

         Sekiranya dilihat pada ruangan pendidikan masa kini, sudah banyak dasar yang diubah

bagi memastikan perpaduan kaum tercapai. Salah satu langkah yang dijalankan adalah

sekolah wawasan. Namun, kejayaannya masih kurang pasti. Malahan masih ramai pelajar

bukan Melayu yang kurang fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih dalam bahasa

Inggeris dan bahasa kaum sendiri. Persoalannya, adakah pendidikan Malaysia ini mampu

menjadi alat perpaduan dalam mencapai matlamatnya? Jika diteliti keadaan pendidikan masa

kini, dapat dinyatakan bahawa ianya kurang berjaya sungguhpun terdapat percampuran pelajar

di sekolah-sekolah namun hubungan mereka amat longgar.

         Langkah seterusnya dengan penubuhan negara Malaysia. Pengambilan wilayah

Singapura, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk menyeimbangkan statistik kaum di Tanah

Melayu dengan meletakan ketiga-tiga wilayah tersebut di bawah satu payung negara iaitu

Malaysia.28 Dengan mengambil ketiga-tiga wilayah tersebut, kedudukan orang Melayu atau

istilah lainnya yang merangkumi semua penduduk asal (bumiputera) lebih stabil dengan

jumlahnya yang melebihi separuh penduduk Malaysia. Hal ini merujuk pada jumlah penduduk

bukan Melayu yang terlalu ramai di tanah Melayu yang menyebabkan kedudukan orang

Melayu tergugat. Justeru, penubuhan Malaysia membolehkan orang Melayu sebagai penduduk

asal dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka dapat. Namun ini tidak bermakna kaum lain

ditekankan kerana turut mendapat hak yang setimpal dengan kedudukan mereka di Malaysia.



27
   Ini kerana sekolah bagi ketiga-tiga bangsa ini terpisah. Sekolah orang Melayu di kawasan kampung, Cina di bandar
sementara orang India pula dikawasan felda.
28
   Salah satu sebab pengambilan Sabah dan Sarawak adalah bertujuan untuk membangunkan wilayah tersebut supaya mencapai
kemajuan sebagaimana yang dicapai oleh Tanah Melayu selain mempercepatkannya bebas dari cengkaman penjajah.
Dalam pada itu, jika dilihat pada perkembangan masyarakat Melayu di Semenanjung

Malaysia, kemasukan orang Indonesia secara tidak langsung telah menjamin kedudukan orang

Melayu. Pada era 40-an dan 80-an, kemasukan orang Indonesia berlaku secara besaran dan

pada 80-an, orang Indonesia diberikan kad pengenalan khas (merah) bagi mengesahkan mereka

sebagai penduduk tetap. Kehadiran mereka ini mewujudkan masyarakat Melayu yang pelbagai

seperti Jawa, Banjar dan Bugis.

         Dasar Ekonomi Baru juga salah satu langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi

mengatasi permasalahan perkauman. Peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran kepada seluruh

rakyat Malaysia.29 Jurang ekonomi yang terlalu tinggi menyebabkan orang Melayu tidak

berpuashati dengan kaum Cina dan India. Untuk itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan

merangka ekonomi yang baru yang dapat memenuhi kehendak semua pihak. Antara objektif

dasar ekonomi ini ialah mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu sekaligus

mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Masyarakat Melayu juga diberikan hak istimewa

sebagai penduduk asal. Dan langkah ini diterima oleh kaum lain memandangkan hak yang

mereka perolehi di negara Malaysia hampir setaraf dengan penduduk asal terutamnya

berkenaan dengan hak kerakyatan. 30 Dasar ekonomi yang dirangka itu pula merangkumi

pelbagai aspek dan salah satunya yang menjadi elemen penting adalah pendidikan.31

Analisis




29
   Peristiwa bersejarah ini bermula disebabkan oleh sambutan kegembiraan pihak pembangkang selepas meraih kejayaan besar
dalam pilihan raya bagi tahun tersebut yang bertukar menjadi insiden pergaduhan apabila penyokong masing-masing
mengeluarkan kata kesat. Semangat orang melayu pula bangkit selepas pihak pembangkang mengungkit berkenaan dengan
Bahasa Kebangsaan dan kedudukan orang Melayu dalam kempen pilihan raya. Jumlah kematian yang terlalu ramai
menjadikannya satu detik hitam dalam sejarah Malaysia.
30
    Masyarakat Cina dan India mendapat hak kerakyatan dengan mudah oleh kerajaan Tanah Melayu semasa menuju
kemerdekaan. Langkah penggunaan sistem Jus Soli pada awalnya mendapat tentangan dari orang Melayu. Kemudiannya di
hapuskan. Syarat kerakyatan yang longgar ini terbukti dengan adanya penglibatan orang Cina dan India dalam politik Tanah
Melayu.
31
   Dasar Ekonomi baru ini masih lagi digunakan sehingga sekarang namun dirangka untuk tempoh 10 tahun setiap pindaan.
Pindaan yang dilakukan pula merujuk pada kesesuaian semasa bagi keseluruhan kaum.
Masyarakat majmuk di Malaysia secara keseluruhannya hidup bersama namun tidak

bercampur. Ini jelas dibuktikan dengan beberapa fakta yang diterangkan sebelum ini. Dalam

melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan dengan melihat

kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga

kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu,

ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British. Yang

nyatanya orang Melayu ketinggalan. Sehinggakan orang luar (juga merujuk pada penjajah

British) beranggapan orang Melayu sebagai pemalas. Sebenarnya terdapat beberapa faktor

yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya

adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal.32

         Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat

dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-

Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada

di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini

membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.

Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada

1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. 33 Dalam tempoh ini juga

hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

         Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman

selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi

32
   Langkah pihak British ini meminggirkan orang Melayu bertujuan menghalang mereka daripada sedar tentang hak.
Sebaliknya British mengutamakan pihak Sultan (mengikat dengan pelbagai perjanjian) memandangkan sikap dan tradisi orang
Melayu yang mentaati golongan atasan terutamnya Sultan yang berdasarkan konsep daulat dan derhaka juga tulah.
33
   Sebenarnya, PKM di tubuhkan pada 1930 bagi membantu pihak British menentang pihak Jepun. Namun bertukar arah
dengan melakukan keganasan selepas Jepun kalah. Mereka melakukan penindasan ke atas orang Melayu yang membantu
Jepun.
ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh

mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk.

Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha

mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain.

         Sekitar tahun 1965, penggunaan Malaysian Malaysia telah mula digunakan namun ia

tidak begitu diterima pakai. Berlainan pada masa kini dimana ia menjadi salah satu matlamat

kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Melayu. 34

Dalam pada itu, kerajaan juga telah menggariskan satu ikrar dan rukun negara yang menyebut

berkenaan dengan pengutamaan perpaduan malah boleh juga sebagai ingatan bagi rakyat

Malaysia bermula di peringkat bawahan lagi.



Kesimpulan

Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan

British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting

adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap

masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. 35 Perlu

ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat,

penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang

berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.




Bibliografi


34
   Perkataan ini pertama kali digunakan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1991 semasa berucap di Malaya Bussines Council dalam
satu persidangan antarabangsa.
35
   Pembinaan Bangsa Malaysia perlulah berpandukan hidup secara serumpun demi kepentingan bersama. Ismail Hussein et.al.
Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001. hal. 171.
A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M)
       Sdn. Bhd. 2001.

Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat
      Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985.

Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua).
       Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005.
      http://kassimahmad.blogspot.com

Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong:
      Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.

McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.

Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.

Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
      Enterprise. 1992.

Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996.

Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. Abdul Monir Yaacob (Peny.) Kuala
       Lumpur: IKIM. 2000.

Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford,
      California: Hoover Intitution Press. 1973.

Saunders, Graham. Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur: Longman,
      1978.

Saw Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of
      Soatheast Asian Studiest. 2006.

Syed Ahmad b. Syed Mohamad. Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat
      Majmuk. Oct 03, 2006 - 01:59 AM.
      http://www.permaya.org/yaman/modules

Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969.

Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

More Related Content

What's hot

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikNoredatul Gabo
 
Bab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Bab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITABab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Bab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Teh Boon Siang
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
hamdan che hassan
 
Pembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsaPembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsaLaila Umaira
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikYazreen Eleena
 
Peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meiPeristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meijass388
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
Yen Way Way
 
Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5
AzriNa AzaHari
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
ariffzainuddin
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisMiz Karstz
 
1 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-196911 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-19691zur Aliff
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
SMK Chalok (Model Khas)
 
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)IzzahNazri
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Naayla Asiyah
 
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARATREAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
suziana15
 
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman KomunisMohd Sofian
 

What's hot (20)

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Bab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITABab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Bab 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
 
Pembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsaPembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsa
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
 
Peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meiPeristiwa 13 mei
Peristiwa 13 mei
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
 
Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunis
 
1 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-196911 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-19691
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
 
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
 
Darurat tanahmelayu
Darurat tanahmelayuDarurat tanahmelayu
Darurat tanahmelayu
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
 
T5 b1 soalan
T5 b1 soalanT5 b1 soalan
T5 b1 soalan
 
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARATREAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
 
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
 

Similar to Masyarakatmajmuk

Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
khatijah1889
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
Dinesh Madhavan
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
Stylist Girl
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionArsyad Arifin Ismail
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliaisyamafiza
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuAsimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuKhairunnisa' Mohammad
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
jasfida
 
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
WengTattCheh1
 
Nota Sejarah Tingkatan 5
Nota Sejarah Tingkatan 5Nota Sejarah Tingkatan 5
Nota Sejarah Tingkatan 5
smktsj2
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
murni mohamat
 
Apa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaApa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaAi Peng Chong
 

Similar to Masyarakatmajmuk (20)

Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahanZaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
13 MEI 1969
13 MEI 196913 MEI 1969
13 MEI 1969
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969
 
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuAsimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
 
Nota Sejarah Tingkatan 5
Nota Sejarah Tingkatan 5Nota Sejarah Tingkatan 5
Nota Sejarah Tingkatan 5
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Apa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaApa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysia
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Masyarakatmajmuk

  • 1. Pengenalan Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai seksi komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk sekaligus membentuk struktur sosioekonomi dan kemajmukan demografi kebudayaan berbilang ras. Keduanya menghuraikan tentang ciri-ciri demografi dan sosioekonomi utama masyarakat tersebut. Perkara terakhir sekali yang akan dibincangkan berkenaan dengan langkah oleh kerajaan untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat majmuk. Sejarah demografi Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. 1 Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah mayarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadi elemen utama yang membawa perubahan identiti NNM.2 Hal ini sememangnya suatu yang 1 Melaka sebuah wilayah yang berjaya menempatkan namanya di dalam peta dunia pada abad ke-14. Kegemilangannya telah berjaya menarik ramai masyarakat seluruh dunia untuk singgah dan menjalinkan hubungan perdagangan. 2 Kebanyakakan ahli sejarah mengakui penyataan ini dimana susunan ras dan corak penempatan penduduk masa ini telah ditentukan pada zaman perkembangan pemerintahan kolonial dan juga kesan eksploitasi orang British. K.K Chong. "Masyarakat Majmuk Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed). Pulau Pinang:
  • 2. realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjang penguasaan British. Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang paling penting dalam menentukan kewujudan istilah masyarakat majmuk. Semasa penguasaan British, telah berlaku proses migrasi dan ianya berlangsung dalam beberapa peringkat.3 Peringkat yang pertama adalah migrasi secara besar-besaran yang berlaku akibat perkembangan pesat ekonomi yang pada masa yang sama didorong oleh dasar British. 4 Aktiviti perlombongan antara ekonomi yang utama membawa kepada penghijrahan orang Cina dengan jumlah yang tinggi.5 Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk.6 Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.7 Keadaan kemasukan migrasi ke NNM melayu mengalami penurunan pada 1929 hingga 1931 akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Kesan daripada kemelesetan ekonomi ini menyebabkan sejumlah besar migrasi kehilangan kerja seterusnya mendorong untuk kembali semula ke negara asal.8 Dalam tempoh ini juga, British telah menyekat kemasukan golongan USM. 1985. hal. 53-88. 3 Proses migrasi merupakan satu keadaan dimana perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam konteks Malaysia bermakna migrasi antarabangsa yang berlaku. Saw Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. hal. 6. 4 Sebenarnya, terdapat tiga bangsa yang terlibat dalam proses migrasi ke Tanah Melayu dalam tempoh penjajahan British termasuklah orang Indonesia. Namun oleh kerana mereka mempunyai identiti dan budaya yang sama dengan orang melayu, perpindahan mereka tidak ditekankan sangat sebagaimana dua bangsa yang lain. Kehadiran mereka kemudiannya menjadi satu kepentingan pada era selepas kemerdekaan. 5 Pada dasarnya terdapat faktor penolak yang membawa kepada berlakunya proses penghijrahan ini. Antaranya ialah kekacauan di negara asal dari segi politik, ekonomi dan sosial. 6 Terdapat pelbagai dasar dan sisitem yang telah dilaksanakan bagi memastikan buruh memasuki NNM dengan mudah. Kehadiran mereka yang ramai ini telah mempercepatkan lagi pengeksploitasian sumber di NNM. 7 Pada peringkat paling awal kemasukan orang India merujuk pada perpindahan banduan India selepas Bangkahulu diserahkan kepada Belanda. Pada akhir abad ke 19, kehadiran mereka diuruskan dengan pelbagai sistem seperti kanggani. 8 Orang melayu walau bagaimanpun tidak menerima kesan kemelesetan ekonomi tersebut. Hal ini kerana mereka tidak melibatkan diri dalam ekonomi bernilai kormesial dibawah British.
  • 3. lelaki terutamnya dari China, sebaliknya mengalakkan kemasukan golongan wanita dibawah Ordinan Orang Asing 1932. Langkah ini telah menyeimbangkan demografi penduduk di NNM.9 Kekurangan migrasi juga berlaku untuk kali yang keduanya selepas perang dunia ke-2 berlaku. Ini merujuk pada penguasaan Jepun di Tanah Melayu yang menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China.10 Sementara migrasi dari India pula masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pendudukan Jepun bermakna merujuk pada zaman darurat yang berlaku dalam tempoh 1948 hingga 1960. 11 Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara selepas tahun 1954, orang Cina mengambil keputusan untuk menetap terus di Tanah Melayu. 12 Tindakan mereka ini mewujudkan keadaan sebenar masyarakat majmuk yang pada dasarnya telah bermula pada tahun 1910-an.13 Pada tahun 1945, British merangka prinsip Jus Soli iaitu kerakyatan sama rata berdasarkan tempat kelahiran. Dasar ini kemudiannya dijalankan pada 1946 melalui Malayan Union.14 Semua warganegara Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi ras dan kepercayaan. Prinsip ini menguntungkan golongan imigran yang merujuk pada Cina dan 9 Ini telah meningkatkan jumlah penduduk di NNM. Juga menyeimbangkan komposisi jantina yang sebelumnya menunjukkan paras yang tinggi bagi golongan lelaki. 10 Jepun menyekat kemasukan orang Cina dan antara kedua-dua kelompok itu sudah tertanam nilai permusuhan. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, mereka telah memberi layanan yang teruk kepada orang Cina. Saudagar yang pada zaman kolonial British berada di bandar telah dipaksa untuk menanam tanaman di kawasan perkampungan sebagai bekalan makanan bagi tentera Jepun. 11 Tempoh ini bukan sahaja merujuk pada pendudukan Jepun semata-mata sebaliknya kesan daripada pendudukan Jepun yang mewujudkan Komunis yang kemudiannya menyebabkan pihak kerajaan mengisytiharkan darurat. 12 Suasana sedemikian ada kaitan dengan keterlibatan orang Cina dalam politik Tanah Melayu. Dari situ, mereka dapat menentu hak mereka sebagai sebahagian dari tanah Melayu. K.K Chong. 1985. hal. 62. 13 Keadaan yang tidak stabil kemudiannya berlaku dikalangan penduduk di Tanah Melayu terutamnya melibatkan perselisihan antara orang Melayu dengan orang Cina di mana masing-masing ingin mempertahankan hak. Kasim Ahmad. Soal Kebangsaan. 9 Novenmber. 2005. http://kassimahmad.blogspot.com. 14 Skim Malayan Union ini mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Malahan Malayan Union juga menggariskan elemen yang menggugat kedudukan Sultan. Ianya menjadi salah satu sebab orang melayu menentang habisan sehinggakan Malayan Union ditukarkan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.
  • 4. India kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah. 15 Ini menyebabkan orang melayu tidak senang dan ia menjadi salah satu punca kenapa ketidaksefahaman antara kaum. Secara keseluruhan bagi penghuraian sejarah demografi ini kurang menekankan tentang orang melayu kerana ia menjurus pada migrasi dari luar. Namun dalam bahagian yang seterusnya akan dihuraikan kesan-kesan migrasi ini terhadap orang Melayu dalam konteks masyarakat majmuk. Namun sejarah mencatatkan bahawa orang Melayu menguasai ekonomi yang dikuasi oleh migrasi sebelum kemasukan mereka ke NNM. Contohnya penguasaan lombong bijih timah oleh golongan bangsawan juga perdagangan oleh masyarakat setempat sungguhpun pada lingkungan yang tidak luas. Sejarah juga mencatatkan bahawa orang Melayu sebagai penduduk asal telah berpindah ke kawasan jauh ke pedalaman yang dikenali sebagai “kampung” selepas kemasukan kolonial British yang disusuli oleh kemasukan migrasi luar.16 Ciri-ciri demografi dan sosioekonomi Melihat pada sejarah perkembangan demografi masyarakat majmuk tersebut, adalah sesuatu yang lazim bagi kehidupan mereka yang tidak bercampur. Bersesuaian dengan pendapat sejarahwan yang menyatakan masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam istilah masyarakat majmuk sahaja sebaliknya tidak bercampur. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengekalkan budaya masing-masing. Buktinya orang Cina dan India tidak mahu menerima asimilasi kebudayaan melayu. Begitu juga halnya dengan orang Melayu yang enggan kebudayaan mereka dicemari kebudayaan bangsa lain terutamnya dari luar Tanah Melayu sendiri yang tidak seagama.17 15 Orang Cina beranggapan mereka berhak untuk mendapatkan hak kerakyatan kerana merekalah yang menjadi penggerak utama ekonomi Tanah Melayu. Saw Swe-Hok and Kesarapany. 2006. hal. 12. 16 Perpindahan orang melayu ke kawasan “kampung” ini kerana mereka enggan bekerjasama dengan kolonial British yang pada tanggapan mereka bukan sahaja mengancam dari aspek ekonomi tetapi juga aspek agama. Orang Melayu beranggapan orang Inggeris berusaha untuk mengkristiankan mereka. 17 Orang melayu sangat menitikberatkan soal agama dan budaya tradisional semasa era kolonial. Pencampuran bangsa yang disebabkan oleh kolonial inilah yang menyebabkan mereka berpindah ke kawasan yang jauh bagi menunjukkan mereka tidak
  • 5. British dalam penguasaanya di Tanah Melayu mengamalkan pendekatan “pecah perintah”.18 Pendekatan yang diperkenalkan oleh British ini mengukuhkan keadaan masyarakat majmuk yang tidak bercampur, dan boleh ditegaskan merekalah yang menjadi asas kepada situasi sedemikian. British menggubal dasar ini berdasarkan andaian umum bahawa orang Cina dan India adalah transient.19 Oleh itu, mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan budaya sendiri. Lama-kelaman sehingga pertengahan abad ke-20, transient bertukar kepada menetap. Ini menyebabkan orang Melayu rasa tergugat dan konflik yang lebih besar berlaku mencerminkan ketidakserasian antara mereka. Melihat pada perkembangan sejarah masyarakat di tanah Melayu, dapat dijelaskan bahawa tradisi menjadi penghalang utama kemajuan orang Melayu. Dalam tradisi misalnya, orang Melayu terlalu tunduk pada pemerintah sehingga mementingkan aspek kesetiaan yang pada masa itu merujuk pada konsep perhambaan.20 Berbanding orang Cina dan India yang menunjukan sikap berlawanan yang lebih mementingakan ekonomi. Buktinya dengan melihat kehadiran mereka di NNM.21 Oleh kerana masyarakat Melayu penduduk asal di tanah Melayu, ketinggian taraf ekonomi orang luar di kawasan mereka menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati. Kesannya berlaku peristiwa 13 Mei beberapa tahun selepas merdeka.22 suka dengan dasar British. Secara asasnya tindakan mereka ini menjadikan mereka jauh ketinggalan dan kesannya berpanjangan sehingga kini. McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964. hal. 25. 18 Merujuk keadaan dimana hampir tiada hubungan langsung antara ketiga-tiga kaum tersebut yang terpisah oleh ekonomi, politik dan geografi (tempat tinggal). 19 Pendekatan ini menekankan bahawa migrasi hidup dalam budaya asal masing-masing bukannya berdasarkan kawasan tempat mereka menetap. Bermakna orang Cina dan India hanya meminjam kawasan orang Melayu sebagai penempatan untuk memenuhi keperluan ekonomi. 20 Sedangkan British menggunakan konsep upah. Konsep perhambaan yang diamalkan oleh orang melayu menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kemiskinan. Justeru apabila melihat kaum lain melebihi mereka dari segi ekonomi, perasan curiga mula timbul. 21 Secara asasnya mereka melarikan diri daripada masalah dalaman negara asal terutamanya penindasan dari orang atasan. Namun mereka tidak seperti orang Melayu yang terusan tunduk dan takut dengan memencilkan diri jauh ke kawasan yang lebih dalam. 22 Selepas pilihanraya, pembangkang mengadakan perarakan di jalan raya bagi merai kemenangan. Ada dikalangan mereka menggunakan penyapu yang diikat pada kenderaan. Orang Melayu rasa tercabar kerana penyapu bagi mereka sesuatu yang negetif. Mereka beranggapan orang Cina hendak menyingkirkan orang Melayu ke laut dengan penyapu tersebut. Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983. hal. 5.
  • 6. Sejarah Tanah Melayu secara keseluruhannya terbahagi kepada dua wilayah iaitu Melayu lama dengan Melayu Baru. Melayu Lama merujuk pada negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sementara Melayu Baru merangkumi Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Berdasarkan pengkelasan tersebut, ternyata Melayu Lama negeri yang ketinggalan dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu. 23 Sementara Melayu Baru pula merujuk pada negeri yang mempunyai kemajuan ekonomi yang lebih tinggi serta mempunyai ramai masyarakat Cina dan India. Daripada pengkelasan ini juga dapat dinyatakan bahawa kehadiran orang luar menjadi penentu kepada kemajuan ekonomi NNM. Kesannya, NNM membangun dengan lebih cepat dan hasilnya hanya dinikmati oleh migrasi tersebut.24 Langkah Kerajaan Salah satu langkah yang diambil ialah melalui pendidikan. Kesemua dasar yang dikemukakan bagi pendidikan ini bertujuan untuk mencapai perpaduan dikalangan penduduk. Misalnya Penyata Razak dan Rahman Talib yang mengariskan unsur perpaduan sebagai objektif utama.25 Untuk itu, Bahasa Melayu dipelajari di semua sekolah sementara bahasa kaum masing-masing turut dipelajari dengan harapan dapat merapatkan hubungan antara kaum.26 Namun masih terdapat kekangan dimana kawasan dan jarak bagi setiap kaum itu menjadi penghalang utama. Bahasa melayu hanya digunakan oleh satu bangsa sahaja dalam 23 Majoriti penduduk melayu, bermakna turut ada kehadiran orang luar terutamanya Cina. Melihat pada dua keadaan ini, ahli sejarah menyimpulkan masyarakat di Melayu Lama tidak mempunyai masalah dalam hubungan antara kaum. Ini disebabkan jurang ekonomi antara mereka yang tidak seluas jurang ekonomi di Melayu Baru. Malahan terdapat beberapa perbezaan yang mencerminkan keadaan sebenar keduanya. Lihat...Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996. hal. 5-11. 24 Sebagai contoh di Kuala Lumpur yang suatu masa yang lalu merupakan tempat perlombongan bijih timah yang kemudian menjadi bandar akibat perkembangan ekonominya yang dimainkan oleh orang Cina. 25 Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992. hal. 44. 26 Dasar ini boleh dikatakan berjaya namun tidak sepenuhnya. Ini terbukti dimana sebahagian pelajar bukan Melayu tidah fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih berbahasa Inggeris. Keadaan ini masih berlaku sehingga kini dan mungkin keadaannya lebih ketara di masa akan datang. Saw Swe-Hok and Kesarapany. 2006. hal. 231.
  • 7. komuniti sekolah tersebut.27 Maknanya disini, sekolah Cina dan India mempelajari bahasa Melayu namun bukan digunakan untuk berbahasa dengan kawan sebaliknya sebagai memenuhi syarat pendidikan. Jelasnya masih tidak terdapat perhubungan perpaduan. Sekiranya dilihat pada ruangan pendidikan masa kini, sudah banyak dasar yang diubah bagi memastikan perpaduan kaum tercapai. Salah satu langkah yang dijalankan adalah sekolah wawasan. Namun, kejayaannya masih kurang pasti. Malahan masih ramai pelajar bukan Melayu yang kurang fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa kaum sendiri. Persoalannya, adakah pendidikan Malaysia ini mampu menjadi alat perpaduan dalam mencapai matlamatnya? Jika diteliti keadaan pendidikan masa kini, dapat dinyatakan bahawa ianya kurang berjaya sungguhpun terdapat percampuran pelajar di sekolah-sekolah namun hubungan mereka amat longgar. Langkah seterusnya dengan penubuhan negara Malaysia. Pengambilan wilayah Singapura, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk menyeimbangkan statistik kaum di Tanah Melayu dengan meletakan ketiga-tiga wilayah tersebut di bawah satu payung negara iaitu Malaysia.28 Dengan mengambil ketiga-tiga wilayah tersebut, kedudukan orang Melayu atau istilah lainnya yang merangkumi semua penduduk asal (bumiputera) lebih stabil dengan jumlahnya yang melebihi separuh penduduk Malaysia. Hal ini merujuk pada jumlah penduduk bukan Melayu yang terlalu ramai di tanah Melayu yang menyebabkan kedudukan orang Melayu tergugat. Justeru, penubuhan Malaysia membolehkan orang Melayu sebagai penduduk asal dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka dapat. Namun ini tidak bermakna kaum lain ditekankan kerana turut mendapat hak yang setimpal dengan kedudukan mereka di Malaysia. 27 Ini kerana sekolah bagi ketiga-tiga bangsa ini terpisah. Sekolah orang Melayu di kawasan kampung, Cina di bandar sementara orang India pula dikawasan felda. 28 Salah satu sebab pengambilan Sabah dan Sarawak adalah bertujuan untuk membangunkan wilayah tersebut supaya mencapai kemajuan sebagaimana yang dicapai oleh Tanah Melayu selain mempercepatkannya bebas dari cengkaman penjajah.
  • 8. Dalam pada itu, jika dilihat pada perkembangan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, kemasukan orang Indonesia secara tidak langsung telah menjamin kedudukan orang Melayu. Pada era 40-an dan 80-an, kemasukan orang Indonesia berlaku secara besaran dan pada 80-an, orang Indonesia diberikan kad pengenalan khas (merah) bagi mengesahkan mereka sebagai penduduk tetap. Kehadiran mereka ini mewujudkan masyarakat Melayu yang pelbagai seperti Jawa, Banjar dan Bugis. Dasar Ekonomi Baru juga salah satu langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan perkauman. Peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.29 Jurang ekonomi yang terlalu tinggi menyebabkan orang Melayu tidak berpuashati dengan kaum Cina dan India. Untuk itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan merangka ekonomi yang baru yang dapat memenuhi kehendak semua pihak. Antara objektif dasar ekonomi ini ialah mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu sekaligus mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Masyarakat Melayu juga diberikan hak istimewa sebagai penduduk asal. Dan langkah ini diterima oleh kaum lain memandangkan hak yang mereka perolehi di negara Malaysia hampir setaraf dengan penduduk asal terutamnya berkenaan dengan hak kerakyatan. 30 Dasar ekonomi yang dirangka itu pula merangkumi pelbagai aspek dan salah satunya yang menjadi elemen penting adalah pendidikan.31 Analisis 29 Peristiwa bersejarah ini bermula disebabkan oleh sambutan kegembiraan pihak pembangkang selepas meraih kejayaan besar dalam pilihan raya bagi tahun tersebut yang bertukar menjadi insiden pergaduhan apabila penyokong masing-masing mengeluarkan kata kesat. Semangat orang melayu pula bangkit selepas pihak pembangkang mengungkit berkenaan dengan Bahasa Kebangsaan dan kedudukan orang Melayu dalam kempen pilihan raya. Jumlah kematian yang terlalu ramai menjadikannya satu detik hitam dalam sejarah Malaysia. 30 Masyarakat Cina dan India mendapat hak kerakyatan dengan mudah oleh kerajaan Tanah Melayu semasa menuju kemerdekaan. Langkah penggunaan sistem Jus Soli pada awalnya mendapat tentangan dari orang Melayu. Kemudiannya di hapuskan. Syarat kerakyatan yang longgar ini terbukti dengan adanya penglibatan orang Cina dan India dalam politik Tanah Melayu. 31 Dasar Ekonomi baru ini masih lagi digunakan sehingga sekarang namun dirangka untuk tempoh 10 tahun setiap pindaan. Pindaan yang dilakukan pula merujuk pada kesesuaian semasa bagi keseluruhan kaum.
  • 9. Masyarakat majmuk di Malaysia secara keseluruhannya hidup bersama namun tidak bercampur. Ini jelas dibuktikan dengan beberapa fakta yang diterangkan sebelum ini. Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British. Yang nyatanya orang Melayu ketinggalan. Sehinggakan orang luar (juga merujuk pada penjajah British) beranggapan orang Melayu sebagai pemalas. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal.32 Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se- Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. 33 Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat. Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi 32 Langkah pihak British ini meminggirkan orang Melayu bertujuan menghalang mereka daripada sedar tentang hak. Sebaliknya British mengutamakan pihak Sultan (mengikat dengan pelbagai perjanjian) memandangkan sikap dan tradisi orang Melayu yang mentaati golongan atasan terutamnya Sultan yang berdasarkan konsep daulat dan derhaka juga tulah. 33 Sebenarnya, PKM di tubuhkan pada 1930 bagi membantu pihak British menentang pihak Jepun. Namun bertukar arah dengan melakukan keganasan selepas Jepun kalah. Mereka melakukan penindasan ke atas orang Melayu yang membantu Jepun.
  • 10. ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Sekitar tahun 1965, penggunaan Malaysian Malaysia telah mula digunakan namun ia tidak begitu diterima pakai. Berlainan pada masa kini dimana ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Melayu. 34 Dalam pada itu, kerajaan juga telah menggariskan satu ikrar dan rukun negara yang menyebut berkenaan dengan pengutamaan perpaduan malah boleh juga sebagai ingatan bagi rakyat Malaysia bermula di peringkat bawahan lagi. Kesimpulan Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. 35 Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Bibliografi 34 Perkataan ini pertama kali digunakan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1991 semasa berucap di Malaya Bussines Council dalam satu persidangan antarabangsa. 35 Pembinaan Bangsa Malaysia perlulah berpandukan hidup secara serumpun demi kepentingan bersama. Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001. hal. 171.
  • 11. A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 2001. Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985. Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001. J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939. Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. http://kassimahmad.blogspot.com Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983. McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964. Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006. Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992. Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996. Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. Abdul Monir Yaacob (Peny.) Kuala Lumpur: IKIM. 2000. Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford, California: Hoover Intitution Press. 1973. Saunders, Graham. Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur: Longman, 1978. Saw Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. Syed Ahmad b. Syed Mohamad. Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk. Oct 03, 2006 - 01:59 AM. http://www.permaya.org/yaman/modules Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969. Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.