Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Soalan Latihan Sejarah Untuk Murid Sekolah Menengah
1. Soalan 1: Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511
(a) Mengapakah Portugis berminat untuk menguasai
Kesultanan Melayu Melaka?
(b) Bagaimanakah factor dalaman menyebabkan
Kesultanan Melayu Melaka berakhir?
(c) Jelaskan cara untuk mengelakkan pertapakan kuasa
asing di negara kita.
2. (a) Portugis berminat untuk menguasai Kesultanan
Melayu Melaka kerana ingin mencapai matlamat
kekayaan, keagamaan dan kemashyuran. Selain itu,
Portugis ingin mengawal perdagangan rempah dan
ingin menyebarkan agama Kristian. Seterusnya,
Portugis berhasrat menghapuskan penguasaan
pedagang Islam. Hubungan Melaka-Potugis
bermula dengan kedatangan Lopez De Sequeira
pada 11 Sept 1509. Kegagalan rundingan
menyebabkan Portugis di bawah pimpinan Alfonso
de Albuquerque menyerang Melaka.
3. (b) Faktor dalaman yang menyebabkan Kesultanan Melayu
Melaka berakhir adalah yang pertama masalah kepimpinan
dimana kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar
dalam pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan
ketidakstabilan politik. Selain itu, amalan pilih kasih,
rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran. Faktor
dalaman kedua adalah masalah perpaduan dimana rakyat
tidak bersatu padu dan berlaku persaingan kuasa antara
pembesar Melaka yang menyebabkan perpecahan.
4. (c) Cara-cara untuk mengelakkan pertapakan kuasa asing
di negara kita seperti rakyat perlu bersatu padu. Kita juga
perlu menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Sebagai
seorang pemimpin perlu bijaksana dan adil dalam
memimpin kerajaan. Mengelakkan penyelewengan kuasa
dan rasuah perlu dielakkan. Cara lain, kita perlu
persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Kita juga patut
menghayati pengorbanan pemimpin dahulu bagi
meningkatkan kesedaran diri. Akhir sekali, kita perlu
mempelajari ilmu kepimpinan bagi membentuk pemimpin
yang berpengetahuan tinggi.