4. Ia milik anda :
di gunakan sepanjang 2 hari sepanjang sesi pembelajaran
5. Tujuan Pembelajaran:
Pelajar-pelajar mesti boleh:
• Terangkan kegunaan multimeter
• Nyatakan fungsi-fungsi setiap bahagian
multimeter
• Jelaskan perbezaan MM Analog & MM
Digital
• Terangkan cara menggunakan multimeter
mengikut pengukuran tertentu
6. Masa Pembelajaran:
• 1 Jam 30 Minit
Peralatan Pembelajaran:
• Alat Bantuan Pengajaran
• Multimeter Analog
• Komponen Elektronik
7. Pengenalan:
• Meter pelbagai atau
multimeter adalah satu
alat yang amat berguna
dalam kerja-kerja
elektrik dan elektronik
seperti mengukur bacaan
voltan arus terus (AT),
voltan arus ulangalik
(AU), mengukur nilai
rintangan dan juga
mengukur arus di dalam
sesuatu litar
8. Pengenalan:
• Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran
dan pengujian sesuatu alat atau komponen.
• Di samping itu ia dapat menentukan
samada komponen itu berada dalam
keadaan baik atau tidak sebelum digunakan
dan dapat mengesan kerosakkan apabila
digunakan untuk mengesan kerosakan di
dalam litar.
14. Penerangan Bahagian
Multimeter
• Skala bacaan
Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan
arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.
• Julat pemilih
Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit
sukatan yang dikehendaki.
• Terminal keluaran
Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif
dan negatif di mana ianya akan di sambungkan pada litar atau kaki
komponen yang akan disukat. Ia adalah sebagai punca untuk menyukat
sesuatu kuantiti atau nilai.
15. Penerangan Bahagian
Multimeter
• Pelaras 0 ohm
Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat
untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk
akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu
pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada
bahagian sebelah kanan skala bacaan. Pelarasan 0 ohm ini
mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan
ohm pada julat pemilih.
• Pelarasan sifar
Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada
kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan
bacaan yang tepat. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada
bahagian sebelah kiri skala bacaan.
17. Penggunaan Multimeter
Meter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi
yang tersendiri untuk mengukur dan
membuat pengujian terhadap komponen
atau peralatan. Antaranya adalah:-
• Menyukat nilai rintangan (Ω)
• Menyukat voltan arus terus ( DCV)
• Menyukat voltan arus ulangalik (ACV)
• Menyukat arus terus (DCmA)
22. Soalan Kefahaman:
• Terangkan fungsi atau kegunaan
multimeter?
• Nyatakan skala bacaan yang terdapat dalam
sesebuah multimeter?
• Nyatakan bahagian- bahagian Utama bagi
sesebuah multimeter analog?