Sarapan perlu diambil setiap hari supaya dapat membekalkan tenaga kepada diri kita sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.
Bukan itu sahaja, bersarapan juga adalah penting untuk mengekalkan berat anda, malah mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
Sarapan perlu diambil setiap hari supaya dapat membekalkan tenaga kepada diri kita sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.
Bukan itu sahaja, bersarapan juga adalah penting untuk mengekalkan berat anda, malah mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
1. Si Nona Manis
Bahan I:
3 biji telur ayam
1 cawan gula pasir
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
Bahan II:
2 cawan santan suji (santan yang diblender bersama pandan dan suji - suji ialah
sejenis tumbuhan serupa pandan) - Amie tidak gunakan suji (tak pernah jumpa pokok
suji di tempat Amie) Amie gunakan pandan emulco dan perasa pandan
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Bahan III:
2 cawan santan kental (pati santan)
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga mengembang. Perlahankan kelajuan mixer, dan
masukkan tepung gandum. Adun sebati dan kemudian masukkan pula santan dan
diadun lagi hingga sebati. Ketepikan.
2. Campurkan santan suji (santan yang diblender bersama pandan tadi), gula pasir dan
tepung jagung. Masak di atas api dapur sehingga meletu-letup dan memekat. Angkat.
3. Campurkan Bahan I dan Bahan II.Gunakan mixer hingga teradun sebati. Ketepikan.
Jadinya... bila Bahan ! dan II dicampur, terjadilah adunan seperti dalam gambar di
atas tu.
4. Naikkan periuk pengukus yang berisi air kukusan ke atas dapur dan bukakan api
dapur.
Sementara itu, kita sediakan pula Bahan III.
5. Campurkan santan kental @ pati santan, gula tepung gandum dan garam ke dalam
periuk. Kacau rata supaya tidak bergentel-gentel. Masak di atas dapur dan terus
dikacau sehinggalah adunan mendidih. Angkat dan ketepikan. Gambar di atas ini pun
dan Amie gunakan separuh.... itulah rupa adunan Bahan III.
6. Sediakan acuan pilihan yang sudah dioles dengan minyak.
7. Tuang adunan hijau hingga hampir penuh.
8. Berikan di bahagian tengahnya adunan Bahan III dengan sudu. Amie buat macam di atas.
Gunting muncung paip plastik dan benamkan di tengah-tengah adunan hijau, kemudian picit
sehingga adunan naik.
9. Kukus di antara 7-10 minit.
10. Sejukkan Si Nona Manis sebelum dinikmati.