BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
Semut dan Belalang
1.
2. Belalang berkawan baik dengan semut. Pada suatu hari, belalang
terlihat semut sedang mengangkat makanan.
3. Semut mengajak belalang mengumpul makanan bersama-sama. Namun,
belalang tidak mahu. Belalang hanya mahu bermain.
4. Semut mengingatkan belalang bahawa musim sejuk akan tiba. Mereka perlu
mengumpulkan banyak bekalan makanan. Tetapi belalang mentertawakan kata-
kata semut.
5. Akhirnya, tiba musim sejuk. Salji turun dengan lebat.
Belalang berasa lapar. Tetapi belalang tidak mempunyai makanan.
6. Selepas tiga hari, salji mulai reda. Belalang keluar mencari makanan.
Namun, belalang tidak menemui apa-apa yang boleh dimakan.
7. Belalang pergi ke rumah semut. Belalang meminta makanan daripada semut.
Belalang sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat semut.