SlideShare a Scribd company logo
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan
kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu
Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak
merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita
peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan
sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan
walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan
manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat
tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,
“ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang
terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan
pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan
kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik
minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang
menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat
memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan
nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum
kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu
menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi
negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi
tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun
perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam
dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan
ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa
perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh
sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan
suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum
itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak
kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap
evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana
perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu
padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak
mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri
yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah
membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang
harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara
Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang
mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit
hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman
berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan
perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di
bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu
sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat
untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf
ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang
dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini.
Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini
digeruni oleh negara luar
http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-perpaduan.html
Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim de ngan kehidupan masyarakat
Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong -menolong sesama
masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling
menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting
Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai seb uah negara yang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi
terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan
kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang
yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang
hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat
assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh
terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar
Aparteid ialah dasaryang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan
berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan
warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan
semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi
negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing
untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan
berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapatberkongsi ilmu antara
satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara
akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam
memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan
pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan
popular di seluruh sarwajagatini. Laungan 'Malaysia Boleh'perlu diteruskan agar semangat warganegara
Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
http://cikgukarizam.blogspot.com/2012/09/kepentingan-perpaduan.html
factor
1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak
membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan
oleh Perdana Menteri
Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk
Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan
1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian
kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu
bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan
agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.
2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham.
Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap
pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang
dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka
sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk
memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.
3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat
saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah
rendah lagi.
4. media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum.
Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah
disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi,
karya sastera seperti “Seuntai Kata Untuk Dirasai”, “Dirgahayu Bahasaku” dan sebagainya
daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan la in-lain lagi
http://brainly.my/tugasan/6982
ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA - Dr Rahmat Ghazali
Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang
dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam
usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh
manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan
apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan
memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.Pada junktur sejarah,
usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya
tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian
Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama
juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-
klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan
bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita
rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di
Malaysia.
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/03/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia-dr.html
TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI
1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan
Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang
jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang
berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata
pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif,
terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British
pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak
Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular
Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan
mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-
sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut.
Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak
memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa
atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk
mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional.
Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi
mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang
dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut
Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas
dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama
membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan
asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas
negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat
Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional.
Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.
Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan
semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi.
Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan
Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini
sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana
bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai
pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia.
Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka
hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana
sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu
untuk saling kenal mengenali.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau
bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai
sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat
nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira
kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan
balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju
dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina
dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat
menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu
dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk.
Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah
ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia.
Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda
mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.
3.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-
kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung.
Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti
perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum
ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan
sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah
sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan
orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan
interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya
rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya
berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana
perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama
kaum terbabit.
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini
adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang
didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu
terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini
ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu
lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun
kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga
seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah
membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang
mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina)
yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri
dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”.
Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan
mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.
3.3 Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh
Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya,
seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC
untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat
perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat
kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak
kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi
perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik
yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi
keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan
kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan
dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua
rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga
mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah
darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira
1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya
bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan
perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti
politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat
Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara
masyarakat.
Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga
pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah
pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh
pihak kerajaan yang memerintah.
http://www.bumigemilang.com/karangan-bahasa-melayu-bm-spm-perpaduan-kaum/
http://blogcikguazaman.blogspot.com/2011/10/topik-pilihan-karangan-spm.html
http://www.bumigemilang.com/bahan-pentaksiran-sejarah-pt3-pentaksiran-tingkatan-3-2014/
Sejarah

More Related Content

What's hot

Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Miccaill Casparov
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaTeddy Yong
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
As Nuurien Najma
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398Suhaimi Shoib
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumfiro HAR
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaanfiro HAR
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Brenda Rachel Marie
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)Izyan Solehah
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
As Nuurien Najma
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
Yoshi Aw
 

What's hot (20)

Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
 
Gagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysiaGagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysia
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 

Similar to Sejarah

Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
contoh pidato 2022.docx
contoh pidato 2022.docxcontoh pidato 2022.docx
contoh pidato 2022.docx
NICHEALMAYAKPINOHMoe
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
Muhammad Fansuri
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysia
Adi Hassim
 
Teks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integritiTeks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integriti
Gekchieng Yeo
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
NikHaris1
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
xue er tui
 
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drWawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drRuslina Ina
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
SharifahNurAbu
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
Izzah Noah
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiWanBK Leo
 

Similar to Sejarah (20)

1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
contoh pidato 2022.docx
contoh pidato 2022.docxcontoh pidato 2022.docx
contoh pidato 2022.docx
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Spe Bab10
Spe Bab10Spe Bab10
Spe Bab10
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysia
 
Teks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integritiTeks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integriti
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri drWawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
Wawasan wawasan 2020 merupakan idea perdana menteri datuk seri dr
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 

Sejarah

  • 1. Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”. Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara. Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur. http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
  • 2. Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-perpaduan.html
  • 3. Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim de ngan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong -menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai seb uah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasaryang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapatberkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagatini. Laungan 'Malaysia Boleh'perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar. http://cikgukarizam.blogspot.com/2012/09/kepentingan-perpaduan.html
  • 4. factor 1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. 2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama. 3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi. 4. media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, karya sastera seperti “Seuntai Kata Untuk Dirasai”, “Dirgahayu Bahasaku” dan sebagainya daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan la in-lain lagi http://brainly.my/tugasan/6982 ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA - Dr Rahmat Ghazali Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa- klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu
  • 5. sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/03/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia-dr.html TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI 1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah- sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum. Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan. Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
  • 6. Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka. Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran. 3.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum- kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit. Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu
  • 7. terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”. Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya. 3.3 Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya. Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat. Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah. http://www.bumigemilang.com/karangan-bahasa-melayu-bm-spm-perpaduan-kaum/ http://blogcikguazaman.blogspot.com/2011/10/topik-pilihan-karangan-spm.html http://www.bumigemilang.com/bahan-pentaksiran-sejarah-pt3-pentaksiran-tingkatan-3-2014/