SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Muka : 1 drp : 7
No. & TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
                         SK-2021 : C) SAINS BAHAN


No. & TAJUK              TASK 01.01 – Pengenalan Sains Bahan
TUGASAN                  TASK 01.02 – Struktur atom
                         TASK 01.03 – Sifat-sifat bahan

TEMPAT : Bilik Kuliah    TEMPOH :12 jam              Code No. : SK-2021-KP 3          Muka : 1 drp. : 24



TAJUK :       SAINS BAHAN

TUJUAN:
              Kenalpasti Jenis-jenis Bahan Logam dan Bukan Logam serta Komposit yang digunakan
              dalam Bidang Kejuruteraan.

PENERANGAN:

01.01 – Pengenalan Sains Bahan


Kenapa bahan penting ?

Sejarah tamadun manusia dan pembangunan masyarakat mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan bahan
– terutama bahan yang mudah didapati dan boleh diproses menjadi produk.

Ahli sejarah mengenal pasti dan membahagikan zaman silam kepada peringkat-peringkat dimana teknologi bahan
berkembang;

       i)      Bermula dari zaman batu (stone age).
               Manusia menggunakan bahan seperti batu, kulit, kayu dan lain-lain.
       ii)     Zaman gangsa (bronze age) dan
               Manusia mengetahui memproses gangsa
       iii)    Zaman besi (iron age).
               Manusia telah tahu membuat keluli dengan mencampurkan kok.
       iv)     Zaman sekarang.
               Bagaimanapun tidak terikat kepada hanya satu bahan. Teknologi maju sekarang
               banyak bergantung kepada banyak bahan yang canggih. Hanya kurun ke 20
               manusia mengetahui lebih mendalam hubungan antara sifat-sifat bahan
               dan ciri mikrostrukturnya.




                                                                                                      1
Code No. SK-2021-KP 3
                                                                                Muka : 2 drp : 7

Apa peranan Jurutera?

Jawapan yang mudah ialah jurutera memanipulasi bahan dan tenaga untuk keperluan masyarakat.
Yang lebih spesifik ialah mereka merekabentuk produk dan sistem, membuat produk tersebut dan
mengawal penggunaannya. Setiap produk dibuat daripada bahan, dan tenaga digunakan untuk proses
pembuatan, dan kegunaan lain.

Penglibatan rekabentuk, pembuatan dan penggunaan memerlukan pelajar mengambil kursus dalam bidang
Sains Kejuruteraan Amnya dan Sains Bahan khususnya sebagai kurikulum Persijilan Juruteknik Institut
Latihan Jabatan Tenaga Manusia

Walaubagaimanapun, disiplin kejuruteraan yang berlainan memberi fokus kepada produk dan sistem mereka
sendiri.

Contohnya :
   i)     Jurutera mekanikal - lebih menumpukan kepada produk-produk seperti komponen kenderaan,
          peralatan penjana kuasa, jentera dan lain-lain.
   ii)    Jurutera elektrikal – membina litar elektrik, komponen elektronik dan sebagainya.
   iii)   Jurutera kimia – rekebentuk pusat penapis minyak dan lain-lain.
   iv)    Jurutera awam – rekabentuk bangunan, jambatan dan lain-lain.


Kesemua produk-produk tersebut menggunakan bahan. Pemilihan bahan mestilah sesuai bagi proses
pembuatan dan prestasi semasa digunakan.

Kemajuan teknologi adalah berkait rapat dengan kemajuan bahan dan cara pemprosesan. Penggantian bahan
bagi sesuatu aplikasi juga adalah aktiviti kejuruteraan.

Contohnya :
Bahan aluminium dan komposit telah menggantikan besi dan keluli dalam komponen kapal terbang
kerana ia lebih ringan mempunyai sifat mekanik yang lebih baik.

Jurutera zaman ini tidak dapat mengelak daripada penggunaan bahan dan tenaga.

Sains Bahan – menyelidiki hubungan yang wujud antara struktur, sifat dan pemprosesan dan prestasi bahan.
Kejuruteraan bahan – menggunakan pengetahuan tentang bahan untuk menukar bahan menjadi produk yang
diperlukan oleh manusia.

Apa yang akan dipelajari dalam sains bahan ialah konsep dimana sifat bahan bergantung kepada struktur
dalamannya dan sifat tersebut mempengaruhi prestasi bahan sama ada semasa pemprosesan mahu
pun semasa bahan digunakan..




                                                                                                      2
Code No. SK-2021-KP 3
                                                                                  Muka : 3 drp : 7


i) Seramik

Sebatian antara elemen logam dan dan bukan logam; selalunya adalah oksida, nitrida dan karbida. Contoh :
simen dan kaca. Bahan ini adalah penebat kepada elektrik dan haba, dan ia juga tahan kepada suhu
tinggi dan kesan sekitaran. Ia juga adalah keras tetapi sangat rapuh.



ii) Polimer.

Sebatian organik yang terdiri dari karbon, hidrogen dan bahan-bahan bukan logam yang lain. Mempunyai
ketumpatan yang rendah dan adalah fleksibel.



iii) Komposit / Bahan Rencam

Terdiri daripada dua atau lebih bahan. Bahan- bahan tersebut boleh terdiri daripada gabungan logam-logam,
logam-polimer dan polimer-seramik dan lain-lain. Dibuat supaya mempamerkan sifat-sifat pertengahan
antara kedua-dua bahan tersebut. Contoh : fiberglass – memperoleh kekuatan daripada kaca dan kemuluran
daripada polimer.


Kumpulan Bahan Baru

i) Semikonduktor.

Mempunyai sifat elektrik pertengahan diantara pengalir (conductor) elektrik dan penebat (insulator). Sifat
elektriknya boleh diubah dengan kehadiran atom bendasing dalam kepekatan yang sangat kecil.
Semikonduktor telah membolehkan kemajuan litar bersepadu yang telah mengubah industri elektronik dan
komputer. Contoh : bahan semikonduktor – silikon dan galium arsenide.

ii) Bahan bio

Kelas bahan yang digunakan untuk membuat komponen yang dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia
untuk menggantikan bahagian-bahagian yang rosak akibat penyakit atau kemalangan. Contohnya dalam
sambungan lutut atau siku. Kesemua bahan yang tersebut di atas boleh digunakan sebagai bahan bio
dengan syarat ia serasi dengan tubuh badan. Pastinya komponen bahan bio ini tidak dipasang dan dibuka
terlalu kerap.

iii) Bahan Termaju (Advanced Materials)

Bahan yang digunakan dalam teknologi tinggi kadang-kadang dinamakan bahan termaju. Teknologi tinggi
bermaksud peranti atau produk yang beroperasi atau berfungsi menggunakan prinsip-prinsip yang
canggih seperti peralatan elektronik, fiber-optik dan peralatan aero angkasa.
Bahan termaju adalah pada asasnya daripada kelas-kelas bahan yang tersebut di atas tetapi telah di "majukan"
sesuai untuk kegunaan sehingga ke had sifat-sifatnya.

Keperluan bahan moden

Kemajuan dalam sains dan kejuruteraan bahan telah mencapai tahap dimana keberkesanan dan kecekapan
berbagai-bagai produk telah dipertingkatkan.
Namun cabaran untuk membangunkan bahan yang lebih khusus dan canggih tetap ada. Lebih-lebih lagi
dengan adanya keperluan untuk sentiasa memastikan keserasian bahan dengan alam sekitar.
Keperluan tenaga semakin meningkat dan satu cabaran ialah menghasilkan tenaga tanpa mencemar alam
sekitar dan ini memerlukan input bahan.



                                                                                                          3
Code No. SK-2021-KP 3
                        Muka : 4 drp : 7




                                           4
Code No. SK-2021-KP 3
                                                                                  Muka : 5 drp : 7
01.02 – Struktur atom

1. APA ADA DALAM ATOM?
Ramai saintis telah mengkaji dengan mendalam tentang atom. Antara saintis yang terawal mengkajinya ialah
John Dalton. Beliau telah mengemukakan satu teori bahawa atom ialah satu sfera keras. Setelah menjalankan
penyiasatan, saintis-saintis lain telah mengubah teori ini sehinggalah pada masa sekarang, model atom moden
telah diperkenalkan.


Model atom moden menyatakan bahawa terdapat 3 jenis zarah subatom :


a. proton - terdapat dalam nukleus atom dan bercas +
b. neutron - terdapat dalam nukleus atom dan TIADA cas.
c. elektron - berputar-putar di sekeliling nukleus dan bercas -




Konsep nombor proton dan nombor nukleus juga telah diperkenalkan.

                               Nombor Proton = bilangan proton dalam unsur.

                                     Nombor Nukleus = proton + neutron.


Jika suatu unsur mengandungi 3 proton, 3 elektron dan 4 neutron, nombor proton unsur itu ialah 3 dan nombor
nukleonnya ialah 7. Unsur sama yang mempunyai nombor nukleon yang berbeza disebut sebagai isotop.




                                                                                                          5
Code No. SK-2021-KP 3
                                                                                   Muka : 6 drp : 7



2. BAHAN Atom,Molekul dan Ion

Unsur-unsur didunia pula tidak semestinya wujud secara tulen. Unsur-unsur ini mungkin bergabung antara satu
sama lain membentuk "bahan".

Terdapat 3 jenis bahan :

               BAHAN                         KANDUNGAN                       CONTOH BAHAN
                                                                            logam besi, logam
              ATOM      Terdiri dari satu jenis unsur sahaja.
                                                                            kuprum
                        Terdiri dari sejenis unsur yang bergabung atau
              MOLEKUL                                                       air, sulfur
                        gabungan unsur berlainan jenis.
                        Terdiri dari gabungan unsur-unsur yang mempunyai
              ION                                                           garam-garam
                        cas + dan cas -.


01.03 – Sifat-sifat bahan

Keadaan Jirim

i. Jirim

    1) Jirim merupakan semua isi kandungan yang terdapat dalam alam sekitar.

    2) Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu samada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.

    3) Bentuk yang diambil oleh sesuatu jirim bergantung kepada susunan zarah-zarah dan daya
       antara zarah-zarah itu.

    4) Air, ais dan stim adalah terdiri daripada zarah-zarah yang sama tetapi dalam rupabentuk
       yang berbeza.

    5) Ais adalah dalam keadaan pepejal, air adalah dalam keadaan cecair manakala stim adalah
       dalam keadaan gas.




ii. Pepejal

    1) Semua pepejal terdiri daripada atom-atom atau molekul-molekul.

    2) Atom-atom atau molekul-molekul dalam pepejal tersusun rapat dalam bentuk atau pola
       teratur yang dikenali sebagai kekisi.

    3) Atom atau molekul dalam pepejal bergetar pada kedudukan keseimbangan dengan
       daya paduannya sifar dan tidak bergerak bebas.

    4) Pepejal mempunyai bentuk yang tegar dan isipadu yang tertentu.

    5) Daya-daya yang bertindak ke atas atom-atom atau molekul-molekul pepejal adalah daya
       tarikan dan daya tolakan. Kedua-dua daya ini adalah kuat.

    6) Daya lekitan atom-atom atau molekul-molekul pepejal adalah kuat.


    7) Susunan zarah-zarah dalam pepejal adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di
                                                                                                          6
                                          Rajah 34 Rajah 1 810
                                           Rajah Rajah 11                          Rajah 4
                                 σ        Rajah 712Rajah 2
                                           Rajah 6Rajah
                                            Rajah 915
                                              Rajah 14
                                               Rajah 13
                                                    5Rajah           ε
Muka : 7 drp : 7




                   7
Muka : 7 drp : 7




                   7
Muka : 7 drp : 7




                   7
Muka : 7 drp : 7




                   7

More Related Content

Viewers also liked

Hotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter Hanoi
Hotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter HanoiHotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter Hanoi
Hotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter HanoiHanoiVictory Hotel
 
вводная презентация щепетихин
вводная презентация щепетихинвводная презентация щепетихин
вводная презентация щепетихинДима Щепетихин
 
การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...
การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...
การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...Arch Bru
 
Auto Parts Network - Presentation
Auto Parts Network - PresentationAuto Parts Network - Presentation
Auto Parts Network - PresentationAuto Parts Network
 
Yii Academy - Rest APIs
Yii Academy - Rest APIsYii Academy - Rest APIs
Yii Academy - Rest APIsKilderson Sena
 
Karakteristik media dua dimensi dan nilai edukatif
Karakteristik media dua dimensi  dan nilai edukatifKarakteristik media dua dimensi  dan nilai edukatif
Karakteristik media dua dimensi dan nilai edukatifNhaNnha Riennha
 
Materi pasar uang dan modal
Materi pasar uang dan modalMateri pasar uang dan modal
Materi pasar uang dan modalDeden Mohamad
 

Viewers also liked (9)

Hotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter Hanoi
Hotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter HanoiHotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter Hanoi
Hotels in Hanoi, Hanoi Victory Hotel, Hotels in Old Quarter Hanoi
 
вводная презентация щепетихин
вводная презентация щепетихинвводная презентация щепетихин
вводная презентация щепетихин
 
การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...
การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...
การเสนอกรณีศึกษาพันธกิจสัมพันธ์มหาวิทยาลัยกับสังคม กรณีศึกษาโครงการบูรณาการเร...
 
Auto Parts Network - Presentation
Auto Parts Network - PresentationAuto Parts Network - Presentation
Auto Parts Network - Presentation
 
Yii Academy - Rest APIs
Yii Academy - Rest APIsYii Academy - Rest APIs
Yii Academy - Rest APIs
 
Karakteristik media dua dimensi dan nilai edukatif
Karakteristik media dua dimensi  dan nilai edukatifKarakteristik media dua dimensi  dan nilai edukatif
Karakteristik media dua dimensi dan nilai edukatif
 
Materi pasar uang dan modal
Materi pasar uang dan modalMateri pasar uang dan modal
Materi pasar uang dan modal
 
Lubang hitam power point [autosaved]
Lubang hitam power point [autosaved]Lubang hitam power point [autosaved]
Lubang hitam power point [autosaved]
 
J boss
J bossJ boss
J boss
 

Similar to Sk 2021-kp3

Teknologi Hijau 2018.pptx
Teknologi Hijau 2018.pptxTeknologi Hijau 2018.pptx
Teknologi Hijau 2018.pptxssuser18e0ee
 
21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimia21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimiafive_zal
 
Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1Lyda Hassan
 
Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1Lyda Hassan
 
Bab 2 struktur atom
Bab 2   struktur atomBab 2   struktur atom
Bab 2 struktur atomjalinialias
 
TOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIK
TOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIKTOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIK
TOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIKafida kamarudin
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodanrosedainty
 
Arahan tugasan mengikut tarikh dan hari
Arahan tugasan mengikut tarikh dan hariArahan tugasan mengikut tarikh dan hari
Arahan tugasan mengikut tarikh dan hariKasih Nadhirah
 

Similar to Sk 2021-kp3 (12)

Teknologi Hijau 2018.pptx
Teknologi Hijau 2018.pptxTeknologi Hijau 2018.pptx
Teknologi Hijau 2018.pptx
 
Kaedah inkuri penemuan
Kaedah inkuri penemuanKaedah inkuri penemuan
Kaedah inkuri penemuan
 
Bab 2 t4 nota
Bab 2 t4 notaBab 2 t4 nota
Bab 2 t4 nota
 
21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimia21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimia
 
Fa qs kimia spm t4 2016 (1)
Fa qs kimia spm t4 2016 (1)Fa qs kimia spm t4 2016 (1)
Fa qs kimia spm t4 2016 (1)
 
Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1
 
Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1Rancangan tahunan khb tingkatan 1
Rancangan tahunan khb tingkatan 1
 
Kedah 2 skema
Kedah 2 skemaKedah 2 skema
Kedah 2 skema
 
Bab 2 struktur atom
Bab 2   struktur atomBab 2   struktur atom
Bab 2 struktur atom
 
TOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIK
TOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIKTOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIK
TOPIK 1 (BAHAN SINTETIK) _BAHAN SEMULAJADI & BAHAN SINTETIK
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Arahan tugasan mengikut tarikh dan hari
Arahan tugasan mengikut tarikh dan hariArahan tugasan mengikut tarikh dan hari
Arahan tugasan mengikut tarikh dan hari
 

Sk 2021-kp3

  • 1. Muka : 1 drp : 7 No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN SK-2021 : C) SAINS BAHAN No. & TAJUK TASK 01.01 – Pengenalan Sains Bahan TUGASAN TASK 01.02 – Struktur atom TASK 01.03 – Sifat-sifat bahan TEMPAT : Bilik Kuliah TEMPOH :12 jam Code No. : SK-2021-KP 3 Muka : 1 drp. : 24 TAJUK : SAINS BAHAN TUJUAN: Kenalpasti Jenis-jenis Bahan Logam dan Bukan Logam serta Komposit yang digunakan dalam Bidang Kejuruteraan. PENERANGAN: 01.01 – Pengenalan Sains Bahan Kenapa bahan penting ? Sejarah tamadun manusia dan pembangunan masyarakat mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan bahan – terutama bahan yang mudah didapati dan boleh diproses menjadi produk. Ahli sejarah mengenal pasti dan membahagikan zaman silam kepada peringkat-peringkat dimana teknologi bahan berkembang; i) Bermula dari zaman batu (stone age). Manusia menggunakan bahan seperti batu, kulit, kayu dan lain-lain. ii) Zaman gangsa (bronze age) dan Manusia mengetahui memproses gangsa iii) Zaman besi (iron age). Manusia telah tahu membuat keluli dengan mencampurkan kok. iv) Zaman sekarang. Bagaimanapun tidak terikat kepada hanya satu bahan. Teknologi maju sekarang banyak bergantung kepada banyak bahan yang canggih. Hanya kurun ke 20 manusia mengetahui lebih mendalam hubungan antara sifat-sifat bahan dan ciri mikrostrukturnya. 1
  • 2. Code No. SK-2021-KP 3 Muka : 2 drp : 7 Apa peranan Jurutera? Jawapan yang mudah ialah jurutera memanipulasi bahan dan tenaga untuk keperluan masyarakat. Yang lebih spesifik ialah mereka merekabentuk produk dan sistem, membuat produk tersebut dan mengawal penggunaannya. Setiap produk dibuat daripada bahan, dan tenaga digunakan untuk proses pembuatan, dan kegunaan lain. Penglibatan rekabentuk, pembuatan dan penggunaan memerlukan pelajar mengambil kursus dalam bidang Sains Kejuruteraan Amnya dan Sains Bahan khususnya sebagai kurikulum Persijilan Juruteknik Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Walaubagaimanapun, disiplin kejuruteraan yang berlainan memberi fokus kepada produk dan sistem mereka sendiri. Contohnya : i) Jurutera mekanikal - lebih menumpukan kepada produk-produk seperti komponen kenderaan, peralatan penjana kuasa, jentera dan lain-lain. ii) Jurutera elektrikal – membina litar elektrik, komponen elektronik dan sebagainya. iii) Jurutera kimia – rekebentuk pusat penapis minyak dan lain-lain. iv) Jurutera awam – rekabentuk bangunan, jambatan dan lain-lain. Kesemua produk-produk tersebut menggunakan bahan. Pemilihan bahan mestilah sesuai bagi proses pembuatan dan prestasi semasa digunakan. Kemajuan teknologi adalah berkait rapat dengan kemajuan bahan dan cara pemprosesan. Penggantian bahan bagi sesuatu aplikasi juga adalah aktiviti kejuruteraan. Contohnya : Bahan aluminium dan komposit telah menggantikan besi dan keluli dalam komponen kapal terbang kerana ia lebih ringan mempunyai sifat mekanik yang lebih baik. Jurutera zaman ini tidak dapat mengelak daripada penggunaan bahan dan tenaga. Sains Bahan – menyelidiki hubungan yang wujud antara struktur, sifat dan pemprosesan dan prestasi bahan. Kejuruteraan bahan – menggunakan pengetahuan tentang bahan untuk menukar bahan menjadi produk yang diperlukan oleh manusia. Apa yang akan dipelajari dalam sains bahan ialah konsep dimana sifat bahan bergantung kepada struktur dalamannya dan sifat tersebut mempengaruhi prestasi bahan sama ada semasa pemprosesan mahu pun semasa bahan digunakan.. 2
  • 3. Code No. SK-2021-KP 3 Muka : 3 drp : 7 i) Seramik Sebatian antara elemen logam dan dan bukan logam; selalunya adalah oksida, nitrida dan karbida. Contoh : simen dan kaca. Bahan ini adalah penebat kepada elektrik dan haba, dan ia juga tahan kepada suhu tinggi dan kesan sekitaran. Ia juga adalah keras tetapi sangat rapuh. ii) Polimer. Sebatian organik yang terdiri dari karbon, hidrogen dan bahan-bahan bukan logam yang lain. Mempunyai ketumpatan yang rendah dan adalah fleksibel. iii) Komposit / Bahan Rencam Terdiri daripada dua atau lebih bahan. Bahan- bahan tersebut boleh terdiri daripada gabungan logam-logam, logam-polimer dan polimer-seramik dan lain-lain. Dibuat supaya mempamerkan sifat-sifat pertengahan antara kedua-dua bahan tersebut. Contoh : fiberglass – memperoleh kekuatan daripada kaca dan kemuluran daripada polimer. Kumpulan Bahan Baru i) Semikonduktor. Mempunyai sifat elektrik pertengahan diantara pengalir (conductor) elektrik dan penebat (insulator). Sifat elektriknya boleh diubah dengan kehadiran atom bendasing dalam kepekatan yang sangat kecil. Semikonduktor telah membolehkan kemajuan litar bersepadu yang telah mengubah industri elektronik dan komputer. Contoh : bahan semikonduktor – silikon dan galium arsenide. ii) Bahan bio Kelas bahan yang digunakan untuk membuat komponen yang dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia untuk menggantikan bahagian-bahagian yang rosak akibat penyakit atau kemalangan. Contohnya dalam sambungan lutut atau siku. Kesemua bahan yang tersebut di atas boleh digunakan sebagai bahan bio dengan syarat ia serasi dengan tubuh badan. Pastinya komponen bahan bio ini tidak dipasang dan dibuka terlalu kerap. iii) Bahan Termaju (Advanced Materials) Bahan yang digunakan dalam teknologi tinggi kadang-kadang dinamakan bahan termaju. Teknologi tinggi bermaksud peranti atau produk yang beroperasi atau berfungsi menggunakan prinsip-prinsip yang canggih seperti peralatan elektronik, fiber-optik dan peralatan aero angkasa. Bahan termaju adalah pada asasnya daripada kelas-kelas bahan yang tersebut di atas tetapi telah di "majukan" sesuai untuk kegunaan sehingga ke had sifat-sifatnya. Keperluan bahan moden Kemajuan dalam sains dan kejuruteraan bahan telah mencapai tahap dimana keberkesanan dan kecekapan berbagai-bagai produk telah dipertingkatkan. Namun cabaran untuk membangunkan bahan yang lebih khusus dan canggih tetap ada. Lebih-lebih lagi dengan adanya keperluan untuk sentiasa memastikan keserasian bahan dengan alam sekitar. Keperluan tenaga semakin meningkat dan satu cabaran ialah menghasilkan tenaga tanpa mencemar alam sekitar dan ini memerlukan input bahan. 3
  • 4. Code No. SK-2021-KP 3 Muka : 4 drp : 7 4
  • 5. Code No. SK-2021-KP 3 Muka : 5 drp : 7 01.02 – Struktur atom 1. APA ADA DALAM ATOM? Ramai saintis telah mengkaji dengan mendalam tentang atom. Antara saintis yang terawal mengkajinya ialah John Dalton. Beliau telah mengemukakan satu teori bahawa atom ialah satu sfera keras. Setelah menjalankan penyiasatan, saintis-saintis lain telah mengubah teori ini sehinggalah pada masa sekarang, model atom moden telah diperkenalkan. Model atom moden menyatakan bahawa terdapat 3 jenis zarah subatom : a. proton - terdapat dalam nukleus atom dan bercas + b. neutron - terdapat dalam nukleus atom dan TIADA cas. c. elektron - berputar-putar di sekeliling nukleus dan bercas - Konsep nombor proton dan nombor nukleus juga telah diperkenalkan. Nombor Proton = bilangan proton dalam unsur. Nombor Nukleus = proton + neutron. Jika suatu unsur mengandungi 3 proton, 3 elektron dan 4 neutron, nombor proton unsur itu ialah 3 dan nombor nukleonnya ialah 7. Unsur sama yang mempunyai nombor nukleon yang berbeza disebut sebagai isotop. 5
  • 6. Code No. SK-2021-KP 3 Muka : 6 drp : 7 2. BAHAN Atom,Molekul dan Ion Unsur-unsur didunia pula tidak semestinya wujud secara tulen. Unsur-unsur ini mungkin bergabung antara satu sama lain membentuk "bahan". Terdapat 3 jenis bahan : BAHAN KANDUNGAN CONTOH BAHAN logam besi, logam ATOM Terdiri dari satu jenis unsur sahaja. kuprum Terdiri dari sejenis unsur yang bergabung atau MOLEKUL air, sulfur gabungan unsur berlainan jenis. Terdiri dari gabungan unsur-unsur yang mempunyai ION garam-garam cas + dan cas -. 01.03 – Sifat-sifat bahan Keadaan Jirim i. Jirim 1) Jirim merupakan semua isi kandungan yang terdapat dalam alam sekitar. 2) Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu samada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. 3) Bentuk yang diambil oleh sesuatu jirim bergantung kepada susunan zarah-zarah dan daya antara zarah-zarah itu. 4) Air, ais dan stim adalah terdiri daripada zarah-zarah yang sama tetapi dalam rupabentuk yang berbeza. 5) Ais adalah dalam keadaan pepejal, air adalah dalam keadaan cecair manakala stim adalah dalam keadaan gas. ii. Pepejal 1) Semua pepejal terdiri daripada atom-atom atau molekul-molekul. 2) Atom-atom atau molekul-molekul dalam pepejal tersusun rapat dalam bentuk atau pola teratur yang dikenali sebagai kekisi. 3) Atom atau molekul dalam pepejal bergetar pada kedudukan keseimbangan dengan daya paduannya sifar dan tidak bergerak bebas. 4) Pepejal mempunyai bentuk yang tegar dan isipadu yang tertentu. 5) Daya-daya yang bertindak ke atas atom-atom atau molekul-molekul pepejal adalah daya tarikan dan daya tolakan. Kedua-dua daya ini adalah kuat. 6) Daya lekitan atom-atom atau molekul-molekul pepejal adalah kuat. 7) Susunan zarah-zarah dalam pepejal adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di 6 Rajah 34 Rajah 1 810 Rajah Rajah 11 Rajah 4 σ Rajah 712Rajah 2 Rajah 6Rajah Rajah 915 Rajah 14 Rajah 13 5Rajah ε
  • 7. Muka : 7 drp : 7 7
  • 8. Muka : 7 drp : 7 7
  • 9. Muka : 7 drp : 7 7
  • 10. Muka : 7 drp : 7 7