Apa itu Program LINUS?
LINUS ialah singkatan kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran
asas literasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan numerasi (Matematik) di akhir 3 tahun
persekolahan pada pendidikan rendah, kecuali bagi Bahasa Inggeris sehingga tahun 4.
LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan
Mengira. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi
di kalangan murid sekolah rendah ialah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Program ini adalah di
bawah NKRA.
Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada
murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka
mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.
RASIONAL PROGRAM LINUS
Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M
merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat
saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September). Masa yang
diberikan adalah sebulan untuk menyelesaikan masalah pembacaan dan dua minggu untuk penulisan dan
seminggu untuk mengisi data.
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik
dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca,menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca,menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah
menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca,menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah
dengan kata sendi dalam satu perenggan.
12 KONSTRUK YANGDIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca,menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasiasas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca,menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasiasas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek
objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca,menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasiasas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek
dalam unit piawai
12 KONSTRUK YANGDIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad
kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian
melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Murid yang tidak dapat melepasi saringan linus ini akan disarankan untuk di bawa berjumpa dengan
doktor untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti adakah mereka tergolong dalam
golongan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas yang didefinisikan sebagai Murid Bermasalah Khas
(MBK) sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah
penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.
Kebiasaannya apabila telah disahkan murid tergolong dalam golongan MBK mereka akan disarankan
untuk mengikuti program pembelajaran di aliran pendidikan khas di mana di sana kurikulum khas literasi
dan numerasi dibentuk untuk mereka dan guru yang pakar dalam hal ini akan mendidik mereka
berbanding dengan guru aliran perdana.
Namun jika murid yang melepasi saringan LINUS didapati tidak tergolong dalam golongan MBK maka
mereka akan diajar dengan silibus LINUS yang akan di ajar oleh guru di sekolah untuk membantu murid
untuk bersama-sama dengan tahap perkembangan mereka.

Program linus

  • 1.
    Apa itu ProgramLINUS? LINUS ialah singkatan kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening) LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan numerasi (Matematik) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah, kecuali bagi Bahasa Inggeris sehingga tahun 4. LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah ialah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Program ini adalah di bawah NKRA. Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan. RASIONAL PROGRAM LINUS Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September). Masa yang diberikan adalah sebulan untuk menyelesaikan masalah pembacaan dan dua minggu untuk penulisan dan seminggu untuk mengisi data. Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI. DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. KEMAHIRAN ASAS LITERASI TAHUN 1 – Boleh membaca,menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca,menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca,menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
  • 2.
    12 KONSTRUK YANGDIUKURDALAM SARINGAN LITERASI Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’. Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. DEFINISI NUMERASI Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. KEMAHIRAN ASAS NUMERASI TAHUN 1 - Kemahiran : Membaca,menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. - Operasiasas : Faham fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas TAHUN 2 - Kemahiran : Membaca,menulis dan mengira turutan nombor hingga 100 - Operasiasas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
  • 3.
    -Aplikasi : Mengirawang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek TAHUN 3 - Kemahiran : Membaca,menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000. - Operasiasas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai 12 KONSTRUK YANGDIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Konstruk 2 : Keupayaan membilang Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu. Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang. Murid yang tidak dapat melepasi saringan linus ini akan disarankan untuk di bawa berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti adakah mereka tergolong dalam golongan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas yang didefinisikan sebagai Murid Bermasalah Khas (MBK) sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kebiasaannya apabila telah disahkan murid tergolong dalam golongan MBK mereka akan disarankan untuk mengikuti program pembelajaran di aliran pendidikan khas di mana di sana kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk mereka dan guru yang pakar dalam hal ini akan mendidik mereka berbanding dengan guru aliran perdana.
  • 4.
    Namun jika muridyang melepasi saringan LINUS didapati tidak tergolong dalam golongan MBK maka mereka akan diajar dengan silibus LINUS yang akan di ajar oleh guru di sekolah untuk membantu murid untuk bersama-sama dengan tahap perkembangan mereka.