TEKS UCAPAN PERASMIAN
Y.B. DATO ZAWAWI BIN HAJI OTHMAN
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN SEMERAK
DI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANAK ANGKAT
SEMAI BAKTI TEDUHAN KASIH
UNIVERSITI KUALA LUMPUR MIAT
DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG DALAM RHU
PASIR PUTEH, KELANTAN DARUL NAIM
KHAMIS – 26 DISEMBER 2013
WAKTU KETIBAAN – 2.25 PETANG
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh, Salam sejahtera dan Salam Satu
Malaysia….
Saudara/ri Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Puan Azyan Faridah Binti Madzlan,
Dekan Kampus, Universiti Kuala Lumpur MIAT,
Yang Berbahagia Puan Zarith Shasha Binti Shamsol,
Timbalan Dekan, Universiti Kuala Lumpur MIAT,
Yang Berusaha Encik Mat Ali Bin Jusoh,
Ketua Kampung, Kampung Dalam Rhu,
Pengarah program, para pensyarah, mahasiswa/i UNIKL MIAT dan seterusnya sidang hadirin
yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu, bersama - samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama - sama hadir dalam Majlis Perasmian
Program Anak Angkat Universiti Kuala Lumpur MIAT di bawah Program Semai Bakti Teduhan
Kasih. Saya percaya majlis ini merupakan satu lagi peristiwa bersejarah di Kampung Dalam
Rhu kerana pertama kalinya program sebegini dianjurkan oleh mahasiswa UNIKL MIAT agar
mereka dapat benar - benar mengenali budaya masyarakat setempat.
Program anak angkat yang dianjurkan hari ini merupakan usaha yang telah dilaksanakan
oleh UNIKL MIAT untuk memberi kesedaran sosial kepada mahasiswa/i supaya dapat
menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, pemuafakatan dan berinteraksi dengan
masyarakat sekeliling. Interaksi sosial ini penting untuk memberi impak kepada
pembentukkan sahsiah pelajar sebagai suatu kemahiran soft skill yang perlu ada pada
mereka. Para mahasiswa/i perlu didedahkan kepada suasana kehidupan bermasyarakat
supaya mereka benar - benar dapat menyelami realiti kehidupan dan tidak terbelenggu
dengan suasana pembelanjaran di kampus.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Salah satu matlamat falsafah pendidikan negara adalah untuk membentuk pelajar sebagai
insan yang seimbang dan harmonis. Ciri - ciri insan yang seimbang dan harmonis ialah insan
yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berpegang teguh kepada
agama, berbudaya penyayang, sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.
Justeru program hari ini diharap dapat membuka minda mahasiswa/i untuk memiliki
kesedaran dan keprihatinan kepada perkara yang menjadi tuntutan tersebut. Mereka juga
merupakan aset penting kepada negara dan harus diberi bimbingan, didikan dan kesedaran
bagi membolehkan mereka menjadi modal insan yang produktif dan berjasa terhadap
bangsa, agama dan negara.
masyarakat kampung yang kukuh dengan amalan, adat, dan tradisi seperti hormat -
menghormati, bergotong - royong, tegur - menegur, ziarah - menziarahi, bermaafan dan
sentiasa mementingkan semangat persaudaraan adalah nilai - nilai murni yang perlu
diterapkan kepada mahasiswa/i universiti supaya kita juga mepunyai keperibadian yang
tinggi. Dengan itu matlamat bagi melahirkan modal insan yang syumul serta berilmu dan
menjadi role model kepada masyarakat akan dapat dicapai melalui pengalaman ini.
Universiti adalah satu gedung ilmu yang teratas dan terpuncak sebagai cabang kepada
pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan. Keintelektualan yang diterapkan oleh universiti
adalah bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa/i yang sentiasa kritis dan kreatif untuk
mengembangkan daya pemikirannya supaya mampu menghurai, mencerakin, merumus dan
seterusnya berupaya memanfaatkan ilmunya tidak sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada
orang lain dan alam sekitar.
Justeru itu kesempatan mahasiswa/i berada selama 3 hari bersama keluarga angkat dan
masyarakat setempat di sini seharusnya akan dapat memberi kefahaman kepada pelajar
untuk menyelami kepentingan menuntut ilmu dan menyumbang kembali ilmu yang telah
dituntut kepada masyarakat sebagai suatu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama
melalui aktiviti dan program - program yang bermanfaat.
Kecemerlangan seseorang pelajar tidak sahaja diukur dari segi pencapaian cemerlangnya
dalam bidang akademik semata - mata tetapi mereka juga perlu mempunyai keperibadian
yang berhemah. Ini kerana mahasiswa/i adalah modal insan yang dibina oleh negara untuk
mencapai kejayaan bangsa dan negara. Mereka akan menjadi tenaga kerja yang berilmu,
berkemahiran, berdaya saing dan berdaya juang.
Melalui program Semai Bakti Teduhan Kasih ini usaha untuk membina tenaga kerja yang
berkualiti dari segi aspek sikap dan nilai - nilai murni akan dapat diwujudkan. Kesedaran
berkaitan tanggungjawab kepada masyarakat akan menyedarkan mereka untuk tidak sahaja
mengejar kepada pembangunan semata - mata tetapi juga perlu menerapkan nilai - nilai
murni terutamanya seperti amanah, jujur dan bermuafakat yang sentiasa menjadi amalan
penduduk desa.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya difahamkan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan exco majlis perwakilan
pelajar dan ahli jawatan kuasanya. Mereka telah berusaha bersungguh - sungguh untuk
menjayakan program ini walaupun dalam kesibukan menuntut ilmu melalui kuliah dan
tutorial. Usaha ini merupakan sesuatu usaha yang amat membanggakan universiti.
Pemimpin - pemimpin pelajar ini yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin masyarakat
perlu mempunyai sikap lebih berdikari dan berusaha lebih gigih untuk memastikan mereka
mampu menghadapi segala rintangan dan cabaran.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
penduduk kampung iaitu Kampung Dalam Rhu di atas setiap bantuan dan sokongan serta
kerjasama yang akan diberikan sepanjang program ini berlangsung pada minggu ini. Tanpa
sokongan dan kerjasama yang harmonis ini sudah pastinya program ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik dan membawa kepada kegagalan program ini nanti. Program ini
yang berkonsepkan keluarga angkat sudah tentu banyak memberi kenangan kepada pelajar
dan keluarga angkat masing – masing seusai tamatnya program ini nanti.
Akhir kata, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan program anak angkat
di bawah program Semai Bakti Teduhan Kasih.
Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatu...

Contoh draf ucapan perasmian

  • 1.
    TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B.DATO ZAWAWI BIN HAJI OTHMAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN SEMERAK DI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANAK ANGKAT SEMAI BAKTI TEDUHAN KASIH UNIVERSITI KUALA LUMPUR MIAT DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG DALAM RHU PASIR PUTEH, KELANTAN DARUL NAIM KHAMIS – 26 DISEMBER 2013 WAKTU KETIBAAN – 2.25 PETANG Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia…. Saudara/ri Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Puan Azyan Faridah Binti Madzlan, Dekan Kampus, Universiti Kuala Lumpur MIAT, Yang Berbahagia Puan Zarith Shasha Binti Shamsol, Timbalan Dekan, Universiti Kuala Lumpur MIAT, Yang Berusaha Encik Mat Ali Bin Jusoh, Ketua Kampung, Kampung Dalam Rhu, Pengarah program, para pensyarah, mahasiswa/i UNIKL MIAT dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, bersama - samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama - sama hadir dalam Majlis Perasmian Program Anak Angkat Universiti Kuala Lumpur MIAT di bawah Program Semai Bakti Teduhan Kasih. Saya percaya majlis ini merupakan satu lagi peristiwa bersejarah di Kampung Dalam Rhu kerana pertama kalinya program sebegini dianjurkan oleh mahasiswa UNIKL MIAT agar mereka dapat benar - benar mengenali budaya masyarakat setempat. Program anak angkat yang dianjurkan hari ini merupakan usaha yang telah dilaksanakan oleh UNIKL MIAT untuk memberi kesedaran sosial kepada mahasiswa/i supaya dapat menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, pemuafakatan dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Interaksi sosial ini penting untuk memberi impak kepada pembentukkan sahsiah pelajar sebagai suatu kemahiran soft skill yang perlu ada pada mereka. Para mahasiswa/i perlu didedahkan kepada suasana kehidupan bermasyarakat supaya mereka benar - benar dapat menyelami realiti kehidupan dan tidak terbelenggu dengan suasana pembelanjaran di kampus.
  • 2.
    Sidang hadirin yangdihormati sekalian, Salah satu matlamat falsafah pendidikan negara adalah untuk membentuk pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis. Ciri - ciri insan yang seimbang dan harmonis ialah insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berpegang teguh kepada agama, berbudaya penyayang, sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Justeru program hari ini diharap dapat membuka minda mahasiswa/i untuk memiliki kesedaran dan keprihatinan kepada perkara yang menjadi tuntutan tersebut. Mereka juga merupakan aset penting kepada negara dan harus diberi bimbingan, didikan dan kesedaran bagi membolehkan mereka menjadi modal insan yang produktif dan berjasa terhadap bangsa, agama dan negara. masyarakat kampung yang kukuh dengan amalan, adat, dan tradisi seperti hormat - menghormati, bergotong - royong, tegur - menegur, ziarah - menziarahi, bermaafan dan sentiasa mementingkan semangat persaudaraan adalah nilai - nilai murni yang perlu diterapkan kepada mahasiswa/i universiti supaya kita juga mepunyai keperibadian yang tinggi. Dengan itu matlamat bagi melahirkan modal insan yang syumul serta berilmu dan menjadi role model kepada masyarakat akan dapat dicapai melalui pengalaman ini. Universiti adalah satu gedung ilmu yang teratas dan terpuncak sebagai cabang kepada pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan. Keintelektualan yang diterapkan oleh universiti adalah bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa/i yang sentiasa kritis dan kreatif untuk mengembangkan daya pemikirannya supaya mampu menghurai, mencerakin, merumus dan seterusnya berupaya memanfaatkan ilmunya tidak sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain dan alam sekitar. Justeru itu kesempatan mahasiswa/i berada selama 3 hari bersama keluarga angkat dan masyarakat setempat di sini seharusnya akan dapat memberi kefahaman kepada pelajar untuk menyelami kepentingan menuntut ilmu dan menyumbang kembali ilmu yang telah dituntut kepada masyarakat sebagai suatu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama melalui aktiviti dan program - program yang bermanfaat. Kecemerlangan seseorang pelajar tidak sahaja diukur dari segi pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik semata - mata tetapi mereka juga perlu mempunyai keperibadian yang berhemah. Ini kerana mahasiswa/i adalah modal insan yang dibina oleh negara untuk mencapai kejayaan bangsa dan negara. Mereka akan menjadi tenaga kerja yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya juang. Melalui program Semai Bakti Teduhan Kasih ini usaha untuk membina tenaga kerja yang berkualiti dari segi aspek sikap dan nilai - nilai murni akan dapat diwujudkan. Kesedaran berkaitan tanggungjawab kepada masyarakat akan menyedarkan mereka untuk tidak sahaja mengejar kepada pembangunan semata - mata tetapi juga perlu menerapkan nilai - nilai murni terutamanya seperti amanah, jujur dan bermuafakat yang sentiasa menjadi amalan penduduk desa.
  • 3.
    Hadirin yang dihormatisekalian, Saya difahamkan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan exco majlis perwakilan pelajar dan ahli jawatan kuasanya. Mereka telah berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakan program ini walaupun dalam kesibukan menuntut ilmu melalui kuliah dan tutorial. Usaha ini merupakan sesuatu usaha yang amat membanggakan universiti. Pemimpin - pemimpin pelajar ini yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin masyarakat perlu mempunyai sikap lebih berdikari dan berusaha lebih gigih untuk memastikan mereka mampu menghadapi segala rintangan dan cabaran. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung iaitu Kampung Dalam Rhu di atas setiap bantuan dan sokongan serta kerjasama yang akan diberikan sepanjang program ini berlangsung pada minggu ini. Tanpa sokongan dan kerjasama yang harmonis ini sudah pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan membawa kepada kegagalan program ini nanti. Program ini yang berkonsepkan keluarga angkat sudah tentu banyak memberi kenangan kepada pelajar dan keluarga angkat masing – masing seusai tamatnya program ini nanti. Akhir kata, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan program anak angkat di bawah program Semai Bakti Teduhan Kasih. Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatu...