SlideShare a Scribd company logo
MAN




   KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




      MANUAL AM - NKRA

               INSTRUMEN SARINGAN
                     NUMERASI
                (LISAN DAN BERTULIS)

                     TAHUN 2013




Manual Am Numerasi
TAHUN 2013
MAN


PENGENALAN

       Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MKPI) Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) ialah “semua murid berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012”.

       Pernyataan MKPI tersebut menuntut diadakan satu mekanisma untuk
menentukan sama ada MKPI itu dapat dicapai atau tidak. Di samping itu, ia
juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi
standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis tentang apa yang
tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat
dilaksanakan supaya akhirnya semua murid menguasai asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

       Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan menghasilkan
instrumen saringan untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak
menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah di Malaysia.

       Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy
Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan
asas numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan
mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan
kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang
dipelajari murid dalam tahun berkenaan.




Manual Am Numerasi                                                         2
TAHUN 2013
MAN
FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 1 KOHORT 4 TAHUN 2013

Dua saringan LINUS (Numerasi) iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan
dilaksanakan untuk murid Tahun 1 (Kohort 4) mulai tahun 2013.

Saringan 1
Untuk semua murid Tahun 1
Saringan Lisan
Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 21 – 30 April 2013

Saringan 2
Untuk semua murid Tahun 1
Saringan Lisan
Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 29 Sept – 11 Okt 2013



FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 2 KOHORT 3 TAHUN 2013

Dua saringan LINUS (Numerasi) iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan
dilaksanakan untuk murid Tahun 2 (Kohort 3) mulai tahun 2013.

Saringan 1
Untuk semua murid Tahun 2
Saringan Lisan
Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 21 – 30 April 2013

Saringan 2
Untuk semua murid Tahun 2
Saringan Lisan
Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 29 Sept – 11 Okt 2013




Manual Am Numerasi                                               3
TAHUN 2013
MAN
FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 3 KOHORT 2 TAHUN 2013

Dua saringan LINUS (Numerasi) iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan
dilaksanakan untuk murid Tahun 3 (Kohort 2) mulai tahun 2013.

Saringan 1
Untuk semua murid Tahun 3
Saringan Lisan
Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 21 – 30 April 2012

Saringan 2
Untuk semua murid Tahun 3
Saringan Lisan
Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 29 Sept – 11 Okt 2013




Manual Am Numerasi                                               4
TAHUN 2013
MAN
DEFINISI NUMERASI

   Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan
memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian .

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1
Keupayaan pra nombor dan mengenal angka



Konstruk 2
Keupayaan membilang
   Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan
   Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan
     objek keseluruhan
   Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan



Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor
   Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi
   Menulis nombor mengikut urutan



Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi
   Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:
     - Banyak ke sedikit
     - Kecil ke besar
     - Pendek ke panjang
     - Rendah ke tinggi
     - Nipis ke tebal
       dan sebaliknya



Konstruk 5
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
   Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen,
     50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10




Manual Am Numerasi                                              5
TAHUN 2013
MAN


Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu
   Keupayaan menyatakan siang, malam berdasarkan situasi yang
     diberi
   Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
   Keupayaan      menyatakan     nama    bulan    dalam     setahun
     mengikut urutan



Konstruk 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas
   Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab
     dan bahagi
   Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula
   Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek
   Operasi tambah dalam lingkungan 100
   Operasi tolak dalam lingkungan 100
   Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10



Konstruk 8
Keupayaan    mengendalikan      operasi    asas   melibatkan   mata
wang Malaysia
   Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang
     melibatkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang
     kertas RM1, RM5, RM10
   Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang



Konstruk 9
Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
   Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN
     STANDARD dan UNIT STANDARD
   Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu




Manual Am Numerasi                                                 6
TAHUN 2013
MAN


Konstruk 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan
sebaliknya
    Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi
      tambah, tolak, darab dan bahagi
    Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah
      (+), simbol tolak (–), simbol darab (  ), simbol bahagi (  ) dan simbol
      sama dengan (=)
    Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah, operasi tolak,
      operasi darab dan operasi bahagi dalam bahasa harian



Konstruk 11
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
    Menyelesaikan masalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
     menggunakan objek maujud
    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan
     menggunakan sama ada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi




Konstruk 12
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran




Manual Am Numerasi                                                           7
TAHUN 2013
MAN


ASAS-ASAS   PERTIMBANGAN               PEMBINAAN         INSTRUMEN
SARINGAN NUMERASI

   Antara aspek penting yang dipertimbangkan           dalam   proses
perekaan bentuk instrumen saringan numerasi ialah:

1      Kesahan
       Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan
       cakupan. Perekaan bentuk instrumen saringan ini telah
       memastikan     semua   konstruk    (perkara   yang    ditaksir)
       dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh
       pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item -item
       yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan
       spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
       kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

2      Kebolehpercayaan
       Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu
       ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk
       bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang
       diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk
       memastikan ketekalan dan ketepatan instrumen saringan.

3      Kebolehlaksanaan
       Instrumen saringan, secara lisan dan bertulis, telah
       mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran
       pentaksiran boleh dilaksanakan.

4      Penjaminan Kualiti
       Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan
       pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisma dalam
       memastikan semua 12 konstruk dapat direalisasikan dan
       menepati tahap kualiti yang dihasratkan.




Manual Am Numerasi                                                   8
TAHUN 2013
MAN
KAEDAH PENTADBIRAN

Instrumen Numerasi (Lisan)

      Mengandungi 12 konstruk
      Setiap murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun 2013 mesti
       menduduki saringan ini
      Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan (waktu pengajaran
       dan   pembelajaran     Matematik)    menggunakan     bahasa   pengantar
       di sekolah
      Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam
       kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)
      Ditadbir mengikut urutan soalan / konstruk
      Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula
       mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid
      Guru mesti berada dengan murid ketika pentaksiran dilaksanakan
      Murid ditadbir dan ditaksir secara telus dan jujur


Instrumen Numerasi (Bertulis)

      Mengandungi 10 konstruk (konstruk 4 dan konstruk 5 tidak diukur
       secara bertulis)
      Setiap murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun 2013 mesti
       menduduki saringan ini
      Guru mesti mentadbir saringan mengikut tempoh saringan yang
       telah ditetapkan
      Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan (waktu pengajaran
       dan   pembelajaran     Matematik)    menggunakan     bahasa   pengantar
       di sekolah
      Guru boleh membantu murid untuk memahami tugasan soalan
      Ditadbir mengikut urutan soalan / konstruk
      Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula
       mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid
      Guru mesti berada dengan murid ketika pentaksiran dilaksanakan
      Murid ditadbir dan ditaksir secara telus dan jujur

Manual Am Numerasi                                                          9
TAHUN 2013
MAN
KAEDAH PELAKSANAAN

       Instrumen Saringan LINUS (Numerasi) dibina oleh Lembaga
Peperiksaan dalam dua bentuk, secara lisan dan bertulis. Instrumen saringan
dan manual pengendalian instrumen saringan disalurkan melalui Pejabat
Pelajaran Daerah dalam bentuk CD dan perisian dalam format pdf.
       Proses saringan mesti dilaksanakan dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saringan mesti dilaksanakan
semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik.



TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN (MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN
TAHUN 3)

       Selepas Saringan, murid yang menguasai konstruk 1 hingga konstruk 12
dikategorikan telah menguasai asas numerasi. Murid ini akan meneruskan
pembelajaran di kelas arus perdana. Murid yang menguasai konstruk 3 hingga
konstruk 12 akan ditempatkan di Kelas Program LINUS. Sementara murid yang
hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 akan ditempatkan di Kelas
Pemulihan LINUS.

                Saringan (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3)
        Penguasaan                         Penempatan
   Konstruk 1 – Konstruk 12             Kelas arus perdana
   Konstruk 3 – Konstruk 12            Kelas Program LINUS
   Konstruk 1 – Konstruk 2            Kelas Pemulihan LINUS

       Murid-murid yang melepasi dan tidak melepasi saringan akan menduduki
saringan seterusnya (Saringan Lisan dan Saringan Bertulis).
       Kelas Program LINUS dan Kelas Pemulihan LINUS dikendalikan oleh
guru Matematik. Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran
masing-masing untuk memastikan konstruk 1 hingga konstruk 12 dikuasai.
       Murid-murid dikategorikan menguasai asas numerasi apabila berjaya
menguasai kedua-dua Numerasi Lisan dan Numerasi Bertulis untuk masuk ke
kelas arus perdana. Murid-murid yang tidak berjaya menguasai mana-mana
satu daripada Numerasi Lisan dan Numerasi Bertulis, dikategorikan gagal
menguasai asas numerasi.




Manual Am Numerasi                                                      10
TAHUN 2013
MAN
PROSES PEMERIKSAAN KHAS LINUS

       Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai
oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan menjalankan
pemeriksaan khas LINUS untuk memantau pelaksanaan proses saringan,
diagnosis dan program pemulihan LINUS (sistem fail dan carta organisasi dan
minit mesyuarat LINUS) di sekolah dari semasa ke semasa.
       .
BORANG       PRESTASI       INDIVIDU     DAN     BORANG       PELAPORAN
PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI)

      Borang Prestasi Individu adalah untuk kegunaan guru sahaja
      Guru hendaklah melengkapkan Borang Prestasi Individu dengan nama
       murid, kelas dan tarikh saringan dijalankan
      Borang Prestasi Individu mengandungi 12 konstruk
      Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab dengan betul
       item-item yang mengukur konstruk itu dalam Saringan Lisan dan
       Saringan Bertulis
      Guru mesti mencatat pencapaian bagi setiap konstruk pada ruang yang
       disediakan mengikut jawapan murid
      Lampiran 1 adalah Borang Prestasi Individu
      Lampiran 2 adalah Borang Pelaporan Penguasaan Individu (Numerasi)




Manual Am Numerasi                                                      11
TAHUN 2013
MAN
                                                                                             Lampiran 1
                  BORANG PRESTASI INDIVIDU - SARINGAN (                         ) (20__ )

NAMA MURID :...................................................... KELAS:................TAHUN : 1 / 2 / 3

                             SARINGAN ( )                              PENCAPAIAN
                          Tandakan ( √ ) jika betul            Tandakan ( √ ) jika menguasai
KONSTRUK                                                          (Semua item mesti betul)

                          LISAN             BERTULIS       MENGUASAI            TIDAK MENGUASAI
Konstruk 1           1                 1

                     2                 2

Konstruk 2           3                 3

                     4                 4

Konstruk 3           5                 5

                     6                 6

Konstruk 4           7

                     8

Konstruk 5           9

                     10

Konstruk 6           11                7

                     12                8

Konstruk 7           13                9

                     14                10

Konstruk 8           15                11

                     16                12

Konstruk 9           17                13

                     18                14

Konstruk 10          19                15

                     20                16

Konstruk 11          21                17

                     22                18

Konstruk 12          23                19

                     24                20



NAMA GURU:........................................         TANDA TANGAN GURU .................
TARIKH:...........................

Manual Am Numerasi                                                                                       12
TAHUN 2013
MAN

                                                                                                                                 Lampiran 2
                                           BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI)

      NAMA MURID: ____________________________________________               KELAS: ___________               TAHUN: 1 / 2 / 3

                                  SARINGAN 1         PENGUASAAN        SARINGAN 2         PENGUASAAN         PENGUASAAN
                  KONSTRUK                            SARINGAN 1                           SARINGAN 2       KESELURUHAN
                               LISAN   BERTULIS    KUASAI   TIDAK    LISAN   BERTULIS   KUASAI   TIDAK     KUASAI   TIDAK
                                                            KUASAI                               KUASAI            KUASAI
                       1

                       2

                       3

                       4

                       5

                       6

                       7

                       8

                       9

                      10

                      11

                      12


      Tanda Tangan Guru:________________________                                            Tarikh:__________________

      Nama Guru:_______________________________
Manual Am Numerasi
TAHUN 2013
MAN
                                                                                                                               Lampiran 2
                                           BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI)

      NAMA MURID: ____________________________________________              KELAS: ___________              TAHUN: 1 / 2 / 3

                                  SARINGAN 1         PENGUASAAN       SARINGAN 2         PENGUASAAN         PENGUASAAN
                  KONSTRUK                           SARINGAN 13                          SARINGAN 2       KESELURUHAN
                               LISAN   BERTULIS    KUASAI   TIDAK   LISAN   BERTULIS   KUASAI   TIDAK     KUASAI   TIDAK
                                                           KUASAI                               KUASAI            KUASAI
                       1

                       2

                       3

                       4

                       5

                       6

                       7

                       8

                       9

                      10

                      11

                      12


      Tanda Tangan Guru:________________________                                           Tarikh:__________________

      Nama Guru:_______________________________



Manual Am Numerasi                                                                                                                     2
TAHUN 2013
MAN
                                                                                                                                Lampiran 2
                                           BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI)

      NAMA MURID: ____________________________________________               KELAS: ___________              TAHUN: 1 / 2 / 3

                                  SARINGAN 1         PENGUASAAN        SARINGAN 1         PENGUASAAN         PENGUASAAN
                  KONSTRUK                            SARINGAN 2                           SARINGAN 2       KESELURUHAN
                               LISAN   BERTULIS    KUASAI   TIDAK    LISAN   BERTULIS   KUASAI   TIDAK     KUASAI   TIDAK
                                                            KUASAI                               KUASAI            KUASAI
                       1

                       2

                       3

                       4

                       5

                       6

                       7

                       8

                       9

                      10

                      11

                      12


      Tanda Tangan Guru:________________________                                            Tarikh:__________________

      Nama Guru:_______________________________



Manual Am Numerasi                                                                                                                      3
TAHUN 2013

More Related Content

What's hot

Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Ariel Lee
 
Modul p&p nombor dan operasi tahun 3
Modul p&p nombor dan operasi tahun 3Modul p&p nombor dan operasi tahun 3
Modul p&p nombor dan operasi tahun 3
ahmad shah
 
Pp mt t3 a
Pp mt t3 aPp mt t3 a
Pp mt t3 a
shafiq_shukor
 
Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6Safiah Sulaiman
 
Sosialisasi akm 2021
Sosialisasi akm 2021Sosialisasi akm 2021
Sosialisasi akm 2021
Ujang Lukman
 
Modul p&p matematik nombor dan operasi thn 2
Modul p&p matematik   nombor dan operasi thn 2Modul p&p matematik   nombor dan operasi thn 2
Modul p&p matematik nombor dan operasi thn 2mazlan81
 
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah Malaysia
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah MalaysiaInstrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah Malaysia
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah Malaysia
Aziz Mamat
 
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United KingdomPerbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Norazlin Mohd Rusdin
 
PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...
PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...
PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...
Arikha Nida
 
Laporan evaluasi pembelajaran
Laporan evaluasi pembelajaran Laporan evaluasi pembelajaran
Laporan evaluasi pembelajaran ajrinapia
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2
Teknik  pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2Teknik  pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2
Teknik pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2
Cecilia Wong Yick Yim
 

What's hot (12)

Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
 
Modul p&p nombor dan operasi tahun 3
Modul p&p nombor dan operasi tahun 3Modul p&p nombor dan operasi tahun 3
Modul p&p nombor dan operasi tahun 3
 
Pp mt t3 a
Pp mt t3 aPp mt t3 a
Pp mt t3 a
 
Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6
 
Sosialisasi akm 2021
Sosialisasi akm 2021Sosialisasi akm 2021
Sosialisasi akm 2021
 
Modul p&p matematik nombor dan operasi thn 2
Modul p&p matematik   nombor dan operasi thn 2Modul p&p matematik   nombor dan operasi thn 2
Modul p&p matematik nombor dan operasi thn 2
 
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah Malaysia
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah MalaysiaInstrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah Malaysia
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah Malaysia
 
Modul p&p mate thn 4
Modul p&p mate thn 4Modul p&p mate thn 4
Modul p&p mate thn 4
 
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United KingdomPerbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
Perbandingan Numerasi di Malaysia dan United Kingdom
 
PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...
PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...
PISA (Programme for International Student Assesment) dan KLM (Kontes Literasi...
 
Laporan evaluasi pembelajaran
Laporan evaluasi pembelajaran Laporan evaluasi pembelajaran
Laporan evaluasi pembelajaran
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2
Teknik  pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2Teknik  pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2
Teknik pengajaran dan pembelajaran matematik tahap 2
 

Similar to 1782 manual am numerasi man 2013

Saringan Linus
Saringan LinusSaringan Linus
Saringan Linus
Samsul Salleh
 
12 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
12 dsp matematik tahun 3   5 feb 201312 dsp matematik tahun 3   5 feb 2013
12 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
Zarina Mohd Basri
 
Apa linus
Apa linusApa linus
Apa linus
Zaleha Ja
 
3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur
3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur
3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur
Sri Natalia Tarigan
 
Mt3 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
Mt3 dsp matematik tahun 3   5 feb 2013Mt3 dsp matematik tahun 3   5 feb 2013
Mt3 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
Mashi Laoshi
 
Linus : konsep literasi
Linus  : konsep literasiLinus  : konsep literasi
Linus : konsep literasi
Kaizen Kohana
 
Linus konsep literasi
Linus   konsep literasiLinus   konsep literasi
Linus konsep literasiNor Azlina
 
Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3
Kriyash Yash
 
Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3Kriyash Yash
 
Penilaian_Autentik_K13.pptx
Penilaian_Autentik_K13.pptxPenilaian_Autentik_K13.pptx
Penilaian_Autentik_K13.pptx
ssuser4b8165
 
PEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUSPEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUS
Cp Tan
 
6 dsp matematik tahun 1
6 dsp matematik tahun 16 dsp matematik tahun 1
6 dsp matematik tahun 1
CIKGU AHMAD
 
Dsp matematik tahun 2
Dsp matematik tahun 2Dsp matematik tahun 2
Dsp matematik tahun 2deqyanz
 
6 dsp matematik tahun 2
6 dsp matematik tahun 26 dsp matematik tahun 2
6 dsp matematik tahun 2CIKGU AHMAD
 
Mt2 dsp
Mt2 dspMt2 dsp
Mt2 dsp
Mashi Laoshi
 
Dsp mt tahun 4
Dsp mt tahun 4Dsp mt tahun 4
Dsp mt tahun 4putriliana
 
Raport td-tangan-dirjen-libre
Raport td-tangan-dirjen-libreRaport td-tangan-dirjen-libre
Raport td-tangan-dirjen-libre
Gus Fendi
 
Modul protim 2013
Modul protim 2013Modul protim 2013
Modul protim 2013
ahmad shah
 

Similar to 1782 manual am numerasi man 2013 (20)

Saringan Linus
Saringan LinusSaringan Linus
Saringan Linus
 
12 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
12 dsp matematik tahun 3   5 feb 201312 dsp matematik tahun 3   5 feb 2013
12 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
 
Apa linus
Apa linusApa linus
Apa linus
 
3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur
3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur
3. pp analisis hasil belajar ws wakasekkur
 
Mt3 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
Mt3 dsp matematik tahun 3   5 feb 2013Mt3 dsp matematik tahun 3   5 feb 2013
Mt3 dsp matematik tahun 3 5 feb 2013
 
Numerasi
NumerasiNumerasi
Numerasi
 
Linus : konsep literasi
Linus  : konsep literasiLinus  : konsep literasi
Linus : konsep literasi
 
Linus konsep literasi
Linus   konsep literasiLinus   konsep literasi
Linus konsep literasi
 
Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3
 
Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3Dsp matematik tahun 3
Dsp matematik tahun 3
 
Penilaian_Autentik_K13.pptx
Penilaian_Autentik_K13.pptxPenilaian_Autentik_K13.pptx
Penilaian_Autentik_K13.pptx
 
PEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUSPEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUS
 
6 dsp matematik tahun 1
6 dsp matematik tahun 16 dsp matematik tahun 1
6 dsp matematik tahun 1
 
Dsp matematik tahun 2
Dsp matematik tahun 2Dsp matematik tahun 2
Dsp matematik tahun 2
 
6 dsp matematik tahun 2
6 dsp matematik tahun 26 dsp matematik tahun 2
6 dsp matematik tahun 2
 
Mt2 dsp
Mt2 dspMt2 dsp
Mt2 dsp
 
Panduan Penilaian Baru
Panduan Penilaian BaruPanduan Penilaian Baru
Panduan Penilaian Baru
 
Dsp mt tahun 4
Dsp mt tahun 4Dsp mt tahun 4
Dsp mt tahun 4
 
Raport td-tangan-dirjen-libre
Raport td-tangan-dirjen-libreRaport td-tangan-dirjen-libre
Raport td-tangan-dirjen-libre
 
Modul protim 2013
Modul protim 2013Modul protim 2013
Modul protim 2013
 

More from Laieela De Matematicer

Borang LINUS Numerasi LISAN
Borang LINUS Numerasi LISANBorang LINUS Numerasi LISAN
Borang LINUS Numerasi LISAN
Laieela De Matematicer
 
BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI
BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI
BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI
Laieela De Matematicer
 
Borang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi Bertulis
Borang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi BertulisBorang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi Bertulis
Borang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi Bertulis
Laieela De Matematicer
 
Borang SPS
Borang SPSBorang SPS
Lembaran kerja Matematik tambah mengikut aras
Lembaran kerja Matematik tambah mengikut arasLembaran kerja Matematik tambah mengikut aras
Lembaran kerja Matematik tambah mengikut arasLaieela De Matematicer
 
Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10
Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10
Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10
Laieela De Matematicer
 
Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2
Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2
Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2
Laieela De Matematicer
 
Action verbs search
Action verbs searchAction verbs search
Action verbs search
Laieela De Matematicer
 
Action verbs
Action verbsAction verbs
Adab-adab menuntut ilmu
Adab-adab menuntut ilmuAdab-adab menuntut ilmu
Adab-adab menuntut ilmu
Laieela De Matematicer
 
LINUS Numerasi
LINUS NumerasiLINUS Numerasi
LINUS Numerasi
Laieela De Matematicer
 
Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi
Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi
Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi
Laieela De Matematicer
 
Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013
Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013
Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013
Laieela De Matematicer
 
Kesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakan
Kesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakanKesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakan
Kesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakanLaieela De Matematicer
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Rpt KSSR MT Thn1
Rpt KSSR MT Thn1Rpt KSSR MT Thn1
Rpt KSSR MT Thn1
Laieela De Matematicer
 

More from Laieela De Matematicer (20)

Borang LINUS Numerasi LISAN
Borang LINUS Numerasi LISANBorang LINUS Numerasi LISAN
Borang LINUS Numerasi LISAN
 
BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI
BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI
BORANG KEPUTUSAN AKHIR LINUS NUMERASI
 
Borang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi Bertulis
Borang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi BertulisBorang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi Bertulis
Borang perbandingan ujian saringan s1 s2 LINUS Numerasi Bertulis
 
Borang SPS
Borang SPSBorang SPS
Borang SPS
 
Lembaran kerja Matematik tambah mengikut aras
Lembaran kerja Matematik tambah mengikut arasLembaran kerja Matematik tambah mengikut aras
Lembaran kerja Matematik tambah mengikut aras
 
Sudut subjek di dalam kelas
Sudut subjek di dalam kelas Sudut subjek di dalam kelas
Sudut subjek di dalam kelas
 
Buku Panduan MMI
Buku Panduan MMIBuku Panduan MMI
Buku Panduan MMI
 
Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10
Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10
Hasil tambah nombor tidak lebih daripada 10
 
Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2
Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2
Crossword Puzzle Pecahan Math Tahun 2
 
Action verbs search
Action verbs searchAction verbs search
Action verbs search
 
Action verbs
Action verbsAction verbs
Action verbs
 
Adab-adab menuntut ilmu
Adab-adab menuntut ilmuAdab-adab menuntut ilmu
Adab-adab menuntut ilmu
 
LINUS Numerasi
LINUS NumerasiLINUS Numerasi
LINUS Numerasi
 
Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi
Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi
Borang Penguasaan Individu LINUS Numerasi
 
Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013
Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013
Inlsk sjkc sjkt_s1_t2_2013
 
Kesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakan
Kesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakanKesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakan
Kesesuaian dan keberkaitan pelan intervensi dan msalah kajian tindakan
 
Buku panduan kreativiti p&p
Buku panduan kreativiti p&pBuku panduan kreativiti p&p
Buku panduan kreativiti p&p
 
Senarai tugas guru penyelaras bestari
Senarai tugas guru penyelaras bestariSenarai tugas guru penyelaras bestari
Senarai tugas guru penyelaras bestari
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Rpt KSSR MT Thn1
Rpt KSSR MT Thn1Rpt KSSR MT Thn1
Rpt KSSR MT Thn1
 

1782 manual am numerasi man 2013

  • 1. MAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MANUAL AM - NKRA INSTRUMEN SARINGAN NUMERASI (LISAN DAN BERTULIS) TAHUN 2013 Manual Am Numerasi TAHUN 2013
  • 2. MAN PENGENALAN Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MKPI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah “semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012”. Pernyataan MKPI tersebut menuntut diadakan satu mekanisma untuk menentukan sama ada MKPI itu dapat dicapai atau tidak. Di samping itu, ia juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis tentang apa yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya akhirnya semua murid menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan menghasilkan instrumen saringan untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan asas numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan. Manual Am Numerasi 2 TAHUN 2013
  • 3. MAN FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 1 KOHORT 4 TAHUN 2013 Dua saringan LINUS (Numerasi) iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk murid Tahun 1 (Kohort 4) mulai tahun 2013. Saringan 1 Untuk semua murid Tahun 1 Saringan Lisan Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013 Saringan Bertulis Diadakan pada 21 – 30 April 2013 Saringan 2 Untuk semua murid Tahun 1 Saringan Lisan Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013 Saringan Bertulis Diadakan pada 29 Sept – 11 Okt 2013 FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 2 KOHORT 3 TAHUN 2013 Dua saringan LINUS (Numerasi) iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk murid Tahun 2 (Kohort 3) mulai tahun 2013. Saringan 1 Untuk semua murid Tahun 2 Saringan Lisan Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013 Saringan Bertulis Diadakan pada 21 – 30 April 2013 Saringan 2 Untuk semua murid Tahun 2 Saringan Lisan Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013 Saringan Bertulis Diadakan pada 29 Sept – 11 Okt 2013 Manual Am Numerasi 3 TAHUN 2013
  • 4. MAN FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 3 KOHORT 2 TAHUN 2013 Dua saringan LINUS (Numerasi) iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk murid Tahun 3 (Kohort 2) mulai tahun 2013. Saringan 1 Untuk semua murid Tahun 3 Saringan Lisan Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013 Saringan Bertulis Diadakan pada 21 – 30 April 2012 Saringan 2 Untuk semua murid Tahun 3 Saringan Lisan Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013 Saringan Bertulis Diadakan pada 29 Sept – 11 Okt 2013 Manual Am Numerasi 4 TAHUN 2013
  • 5. MAN DEFINISI NUMERASI Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian . 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI Konstruk 1 Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Konstruk 2 Keupayaan membilang  Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan  Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan  Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor  Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi  Menulis nombor mengikut urutan Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi  Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut: - Banyak ke sedikit - Kecil ke besar - Pendek ke panjang - Rendah ke tinggi - Nipis ke tebal dan sebaliknya Konstruk 5 Keupayaan mengenal mata wang Malaysia  Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10 Manual Am Numerasi 5 TAHUN 2013
  • 6. MAN Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu  Keupayaan menyatakan siang, malam berdasarkan situasi yang diberi  Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan  Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas  Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi  Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula  Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek  Operasi tambah dalam lingkungan 100  Operasi tolak dalam lingkungan 100  Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10 Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia  Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10  Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu  Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD dan UNIT STANDARD  Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu Manual Am Numerasi 6 TAHUN 2013
  • 7. MAN Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya  Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi  Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol tolak (–), simbol darab (  ), simbol bahagi (  ) dan simbol sama dengan (=)  Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi dalam bahasa harian Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat  Menyelesaikan masalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan objek maujud  Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang  Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang  Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa  Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran Manual Am Numerasi 7 TAHUN 2013
  • 8. MAN ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN INSTRUMEN SARINGAN NUMERASI Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk instrumen saringan numerasi ialah: 1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item -item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. 2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketekalan dan ketepatan instrumen saringan. 3 Kebolehlaksanaan Instrumen saringan, secara lisan dan bertulis, telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 4 Penjaminan Kualiti Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisma dalam memastikan semua 12 konstruk dapat direalisasikan dan menepati tahap kualiti yang dihasratkan. Manual Am Numerasi 8 TAHUN 2013
  • 9. MAN KAEDAH PENTADBIRAN Instrumen Numerasi (Lisan)  Mengandungi 12 konstruk  Setiap murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun 2013 mesti menduduki saringan ini  Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan (waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik) menggunakan bahasa pengantar di sekolah  Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)  Ditadbir mengikut urutan soalan / konstruk  Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid  Guru mesti berada dengan murid ketika pentaksiran dilaksanakan  Murid ditadbir dan ditaksir secara telus dan jujur Instrumen Numerasi (Bertulis)  Mengandungi 10 konstruk (konstruk 4 dan konstruk 5 tidak diukur secara bertulis)  Setiap murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun 2013 mesti menduduki saringan ini  Guru mesti mentadbir saringan mengikut tempoh saringan yang telah ditetapkan  Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan (waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik) menggunakan bahasa pengantar di sekolah  Guru boleh membantu murid untuk memahami tugasan soalan  Ditadbir mengikut urutan soalan / konstruk  Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid  Guru mesti berada dengan murid ketika pentaksiran dilaksanakan  Murid ditadbir dan ditaksir secara telus dan jujur Manual Am Numerasi 9 TAHUN 2013
  • 10. MAN KAEDAH PELAKSANAAN Instrumen Saringan LINUS (Numerasi) dibina oleh Lembaga Peperiksaan dalam dua bentuk, secara lisan dan bertulis. Instrumen saringan dan manual pengendalian instrumen saringan disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD dan perisian dalam format pdf. Proses saringan mesti dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saringan mesti dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik. TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN (MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3) Selepas Saringan, murid yang menguasai konstruk 1 hingga konstruk 12 dikategorikan telah menguasai asas numerasi. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana. Murid yang menguasai konstruk 3 hingga konstruk 12 akan ditempatkan di Kelas Program LINUS. Sementara murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 akan ditempatkan di Kelas Pemulihan LINUS. Saringan (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Penguasaan Penempatan Konstruk 1 – Konstruk 12 Kelas arus perdana Konstruk 3 – Konstruk 12 Kelas Program LINUS Konstruk 1 – Konstruk 2 Kelas Pemulihan LINUS Murid-murid yang melepasi dan tidak melepasi saringan akan menduduki saringan seterusnya (Saringan Lisan dan Saringan Bertulis). Kelas Program LINUS dan Kelas Pemulihan LINUS dikendalikan oleh guru Matematik. Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan konstruk 1 hingga konstruk 12 dikuasai. Murid-murid dikategorikan menguasai asas numerasi apabila berjaya menguasai kedua-dua Numerasi Lisan dan Numerasi Bertulis untuk masuk ke kelas arus perdana. Murid-murid yang tidak berjaya menguasai mana-mana satu daripada Numerasi Lisan dan Numerasi Bertulis, dikategorikan gagal menguasai asas numerasi. Manual Am Numerasi 10 TAHUN 2013
  • 11. MAN PROSES PEMERIKSAAN KHAS LINUS Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan menjalankan pemeriksaan khas LINUS untuk memantau pelaksanaan proses saringan, diagnosis dan program pemulihan LINUS (sistem fail dan carta organisasi dan minit mesyuarat LINUS) di sekolah dari semasa ke semasa. . BORANG PRESTASI INDIVIDU DAN BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI)  Borang Prestasi Individu adalah untuk kegunaan guru sahaja  Guru hendaklah melengkapkan Borang Prestasi Individu dengan nama murid, kelas dan tarikh saringan dijalankan  Borang Prestasi Individu mengandungi 12 konstruk  Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab dengan betul item-item yang mengukur konstruk itu dalam Saringan Lisan dan Saringan Bertulis  Guru mesti mencatat pencapaian bagi setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut jawapan murid  Lampiran 1 adalah Borang Prestasi Individu  Lampiran 2 adalah Borang Pelaporan Penguasaan Individu (Numerasi) Manual Am Numerasi 11 TAHUN 2013
  • 12. MAN Lampiran 1 BORANG PRESTASI INDIVIDU - SARINGAN ( ) (20__ ) NAMA MURID :...................................................... KELAS:................TAHUN : 1 / 2 / 3 SARINGAN ( ) PENCAPAIAN Tandakan ( √ ) jika betul Tandakan ( √ ) jika menguasai KONSTRUK (Semua item mesti betul) LISAN BERTULIS MENGUASAI TIDAK MENGUASAI Konstruk 1 1 1 2 2 Konstruk 2 3 3 4 4 Konstruk 3 5 5 6 6 Konstruk 4 7 8 Konstruk 5 9 10 Konstruk 6 11 7 12 8 Konstruk 7 13 9 14 10 Konstruk 8 15 11 16 12 Konstruk 9 17 13 18 14 Konstruk 10 19 15 20 16 Konstruk 11 21 17 22 18 Konstruk 12 23 19 24 20 NAMA GURU:........................................ TANDA TANGAN GURU ................. TARIKH:........................... Manual Am Numerasi 12 TAHUN 2013
  • 13. MAN Lampiran 2 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI) NAMA MURID: ____________________________________________ KELAS: ___________ TAHUN: 1 / 2 / 3 SARINGAN 1 PENGUASAAN SARINGAN 2 PENGUASAAN PENGUASAAN KONSTRUK SARINGAN 1 SARINGAN 2 KESELURUHAN LISAN BERTULIS KUASAI TIDAK LISAN BERTULIS KUASAI TIDAK KUASAI TIDAK KUASAI KUASAI KUASAI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Tanda Tangan Guru:________________________ Tarikh:__________________ Nama Guru:_______________________________ Manual Am Numerasi TAHUN 2013
  • 14. MAN Lampiran 2 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI) NAMA MURID: ____________________________________________ KELAS: ___________ TAHUN: 1 / 2 / 3 SARINGAN 1 PENGUASAAN SARINGAN 2 PENGUASAAN PENGUASAAN KONSTRUK SARINGAN 13 SARINGAN 2 KESELURUHAN LISAN BERTULIS KUASAI TIDAK LISAN BERTULIS KUASAI TIDAK KUASAI TIDAK KUASAI KUASAI KUASAI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Tanda Tangan Guru:________________________ Tarikh:__________________ Nama Guru:_______________________________ Manual Am Numerasi 2 TAHUN 2013
  • 15. MAN Lampiran 2 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (NUMERASI) NAMA MURID: ____________________________________________ KELAS: ___________ TAHUN: 1 / 2 / 3 SARINGAN 1 PENGUASAAN SARINGAN 1 PENGUASAAN PENGUASAAN KONSTRUK SARINGAN 2 SARINGAN 2 KESELURUHAN LISAN BERTULIS KUASAI TIDAK LISAN BERTULIS KUASAI TIDAK KUASAI TIDAK KUASAI KUASAI KUASAI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Tanda Tangan Guru:________________________ Tarikh:__________________ Nama Guru:_______________________________ Manual Am Numerasi 3 TAHUN 2013