The document summarizes common neurological symptoms involving the nervous system, motor functions, and sensory functions. Some key symptoms mentioned include loss of consciousness, motor impairments like tremors and involuntary movements, sensory changes like numbness and tingling, and meningeal irritation signs such as headache, neck stiffness, and photophobia. Neurological disorders can cause a range of symptoms affecting thinking, movement, sensation, and other nervous system functions.
John S. Mosby was a Confederate partisan ranger during the American Civil War. He organized a group of irregular troops known as Mosby's Rangers who conducted lightning-fast raids on Union outposts and supply lines. Some of their most daring missions included Mosby's 1863 raid on the Union garrison at Fairfax Courthouse where he captured the garrison's commander while he slept. Through cunning tactics like blending in with civilians after attacks and hitting multiple targets in a night, Mosby's Rangers were able to effectively harass Union forces despite small numbers.
The document summarizes common neurological symptoms involving the nervous system, motor functions, and sensory functions. Some key symptoms mentioned include loss of consciousness, motor impairments like tremors and involuntary movements, sensory changes like numbness and tingling, and meningeal irritation signs such as headache, neck stiffness, and photophobia. Neurological disorders can cause a range of symptoms affecting thinking, movement, sensation, and other nervous system functions.
John S. Mosby was a Confederate partisan ranger during the American Civil War. He organized a group of irregular troops known as Mosby's Rangers who conducted lightning-fast raids on Union outposts and supply lines. Some of their most daring missions included Mosby's 1863 raid on the Union garrison at Fairfax Courthouse where he captured the garrison's commander while he slept. Through cunning tactics like blending in with civilians after attacks and hitting multiple targets in a night, Mosby's Rangers were able to effectively harass Union forces despite small numbers.
This document discusses training and development in organizations. It begins by defining training and development, noting that training refers to providing new skills for current jobs while development prepares employees for future roles.
It then discusses different objectives of training including individual, organizational, functional, and societal objectives. Traditional training approaches are compared to modern approaches, emphasizing how organizations now view training as a retention tool rather than just a cost.
Finally, the conclusion states that training and development are important for building a skilled workforce and sustaining organizational effectiveness in human resource management. Evidence shows that ongoing training can help organizations maintain a knowledgeable workforce and competitive advantage.
The document summarizes the conflict in northern Mali between rebel groups seeking independence and the Malian government from 2012-2013. It describes how rebel groups like the MNLA and Ansar Dine took control of northern cities in early 2012 and declared independence. In response, the UN authorized a peacekeeping mission called AFISMA and later established MINUSMA in 2013 to stabilize the country and support the transitional government. MINUSMA aims to protect civilians and support humanitarian efforts, but continues to face challenges from sporadic violence and shortfalls in resources.
Dokumen tersebut membahas mengenai renjatan (shock) dan pengawalan pendarahan. Renjatan disebabkan oleh peredaran darah yang rendah yang gagal memberikan oksigen ke sel-sel tubuh, dan dapat disebabkan oleh kegagalan jantung, saluran darah, atau kehilangan darah. Tanda-tanda renjatan termasuk pucat, nadi cepat dan lemah, tekanan darah rendah. Pengendalian pasien harus meliputi membuka saluran pernafasan, bantuan per
Dokumen tersebut membahas tentang Undang-Undang Psikiatri di Tanah Melayu pada tahun 1952. Undang-undang tersebut bertujuan untuk melindungi orang-orang yang sakit jiwa dan masyarakat umum, serta memaksa perawatan bagi mereka yang membahayakan diri sendiri atau orang lain. Ada dua jenis kemasukan ke rumah sakit psikiatrik iaitu sukarela dan terpaksa, dengan beberapa prosedur untuk
Sista (cyst) adalah tumor kulit berbentuk bulat yang terdiri dari rongga berisi cairan atau bahan setengah padat. Sista dapat muncul di berbagai bagian tubuh seperti wajah, leher, kepala, punggung, dan daerah genital. Jenisnya meliputi sista retensi kelenjar, sista eksudasi dan retensi seperti pilar cyst, sista struktur vestigal seperti epidermoid cyst, dan sista berparasit seperti hy
Bell's palsy adalah kelumpuhan otot muka sementara yang biasanya disebabkan oleh infeksi virus. Gejala utamanya adalah kelumpuhan separa atau penuh pada satu sisi wajah yang menyebabkan kesukaran menutup mata, tersenyum, dan mengunyah. Rawatan utama adalah steroid untuk mengurangkan pembengkakan saraf dan terapi fizikal untuk memulihkan fungsi otot. Kebanyakan kes pulih sepenuhnya dalam tempoh
1. Uveitis adalah inflamasi seluruh lapisan uvea mata.
2. Terdapat dua jenis utama uveitis: anterior dan posterior.
3. Uveitis disebabkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit autoimun, infeksi, dan lain-lain.
Dokumen ini membahas sistem bantuan menentang kebakaran yang dipasang di bangunan untuk membantu kerja pemadaman kebakaran. Sistem tersebut meliputi sistem isipresur untuk ruang tangga keselamatan, sistem pembuangan asap untuk ruang besar tanpa ventilasi, lif khusus untuk bomba, saklar pemisahan listrik, telepon darurat untuk bomba, sistem siaran darurat, dan ruang akses kebakaran yang terpisah.
This document provides information on various types of breathing apparatus used to provide breathable air in dangerous atmospheres. It discusses the physiology of respiration and lung volumes. It also describes specific apparatus like SCBA and their parts like cylinders, regulators, hoses, masks. Hazards of elevated temperature, oxygen deficiency, toxic gases are explained. Donning, use, and doffing procedures are outlined to correctly operate the equipment.
Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai pengertian dan prosedur pengukuran tanda-tanda vital (TTV) yang meliputi suhu tubuh, denyut nadi, frekuensi pernafasan, dan tekanan darah. TTV dipengaruhi oleh faktor umur, jenis kelamin, berat badan, dan kondisi kesehatan seseorang. Pengukuran TTV digunakan untuk mengetahui kondisi sistem tubuh dan dilakukan pada berbagai kesehatan seperti
2. PENGENALAN
Definisi Perlembagaan
•Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi
peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan
dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan
mentadbir Negara.
•Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin
kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin
pentadbiran yang cekap,jujur,ikhlas, telus dan adil serta menjamin
taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.
3. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan
persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang
bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber
dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-
undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan
perlembagaan :
4. “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas hari Merdeka dan yang
berlawanan dengan Perlembagaan hendaklah
terbatal setakat berlawanan dengan itu”
Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada dua jenis
iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan
bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah
perlembagaan United Kingdom.
5.
6. Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan
bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa
Melayu.Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan
hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan
dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara
159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-
Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.
7. Perkara 152 bahasa kebangsaan:
1)Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan yang diputuskan oleh parlimen:
Dengan syarat bahawa-
a)tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan(selain bagi maksud rasmi ),atau daripada
mengajarkan atau belajar,apa-apa bahasa lain; dan
b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk
memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
8. 2)Walau apa pun peruntukan Fasal(1),selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka,dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya
oleh Parlimen,bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua
Majlis Parlimen,di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri,dan bagi
segala maksud rasmi yang lain.
3)Walau apa pun peruntukan Fasal (1),selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka,dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya
oleh Parlimen,teks sahih-
a)Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan
kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu
Majlis Parlimen;dan
b)Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidari yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan,hendaklah dalam bahasa
Inggeris
9. 4)Walau apa pun peruntukan Fasal (1),selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka,dan selepas itu
sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen
segala prosiding di dalam Mahkamah
Persekutuan,Mahkamah Rayuan atau Mahkamah
Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris;
Dengan syarat bahawa,jika Mahkamah dan peguam
bagi kedua-dua pihak bersetuju,keterangan yang
diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi
tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau
direkodkan dalam bahasa Inggeris.
10. 5)Walau apa pun peruntukan Fasal(1),sehingga
diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,segala
prosiding
di dalam mahkamah rendah,selain pengambilan
keterangan,hendaklah dalam bahasa Inggeris.
6)Dalam Perkara ini,“maksud rasmi” ertinya apa-apa
maksud Kerajaan,sama ada Kerajaan Persekutuan
atau
Kerajaan negeri,dan termasuklah apa-apa maksud
sesuatu pihak berkuasa awam
11. Namun perkara 152 juga melindungi bahasa-bahasa kaum
bukan Melayu dan memperuntukkan bahawa “tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan menggunakan
(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar
apa-apa bahasa lain”.
Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan (Federation of
Malaya,1956).
Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan merupakan
satu aspek yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui
proses biasa iaitu proses pindaan melalui Parlimen.Hal ini
kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara
yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi
hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan
dahulu bersama elemen yang lain.
12. KONSEP BAHASA
KEBANGSAAN
Kamus Dewan mendefinisikan “bahasa
kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh
ramai penduduk dalam sesebuah negara yang
mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang
lain”. “Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa
pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika
dilihat dalam konteks kebangsaan yang
diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan
negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “
dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara”.
13. RASIONAL PERKARA 152
Kedudukan dan peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua
franca di Alam Melayu dan Nusantara telah wujud sejak
berabad yang lampau.
Sebelum Perang Dunia Kedua lagi,Bahasa Melayu telah
digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi,seperti
mesyuarat,surat-menyurat,perundangan dan kehakiman di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersukutu bagi memudahkan urusan pentadbiran.Ia
mencakupi seluruh kaum tanpa mengira etnik.
Bahsa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi walaupun di
zaman pentadbiran British.Pegwai Eropah yang memegang
jawatan sebagai Malayan Administration Service dan
Malayan Civil Service dikehendaki mempelajari,mengambil
ujian Bahasa Melayu dan lulus dengan jayanya bagai
membolehkan mereka berkhidmat di Tanah Melayu.
14.
15. 1)Asas pembinaan negara dan
kebudayaan masyarakat
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
memainkan peranan penting menjadikan Bahasa
Melayu sebagai asas pembinaan negara.
Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf
dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.
Perkara ini termaktub dalam Perkara 152
(1).Negara ini mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum dan sangat memerlukan satu
bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh
difahami oleh setiap kaum.Oleh yang demikian,
dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati
negara mempunyai asas yang kukuh untuk
membina sebuah negara.
16. 2)Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai
bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang
bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-
kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat.
Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu
kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu
merupakan penduduk asal Malaysia dan
mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh
peratus daripada keseluruhan warganegara di
sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah
dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk.
Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum
kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam
konteks hubungan antara kaum
17. 3)Bahasa penghantar ilmu
pengetahuan
Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung
dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961
setelah melaksanakan
syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak
Rahman Talib yang Laporan Rahman Talib. Laporan ini
bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu
digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar
ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi
bahasa yang moden dan mampu menjadi asas
pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
18. 4)Menggambarkan bangsa
yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang
berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa”
menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju
jika bangsa itu pun maju.
Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa
Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era
globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat
perlu dan tidak merugikan bangsa.
Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu
pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan
ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang
sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha
penerbitan bahan bacaan.
19. 5)Lambang jati diri
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa
pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa
dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini,
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri
warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan
kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri.
Contohnya Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya
dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya.
Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan
peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada
dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu
berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa
Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut
acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan
20.
21. 1)Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu
Masih ada pihak yang menyangka bahawa bahasa
melayu belum mampu untuk menjadi bahasa ilmu
tinggi sepenuhnya Bahasa inggeris yang sering
ditonjolkan sebagai bahasa pembangunan,
yakni bahasa yang dikatakan perlu atau yang mesti
digunakan dalam bidang pembangunan ekonomi,
perusahaan dan teknologi negara,malah dalam
bidang pengajian tinggi.
22. 2)Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap
Penuturnya
Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu
bangga dengan bahasa asing.Penggunaan bahasa
Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah
mencampuradukkan dengan bahasa asing, Hal ini
disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa
Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa
Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu
menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak
‘kisah’ terhadap bahasa ibunda.
23. 3)Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan
bahasa Melayu
Pengaruh media elektronik telah merosakkan
penggunaan bahasa Melayu dari segi
pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya.
Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan
remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan
gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan
ringkas.Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan
istilah-istilah baru tercipta.
Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan
pengacara majlis atau program di televisyen dan radio
dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi
kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka
Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan
mereka.
24. 4) Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan
Teknologi Maklumat
Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan
di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah
tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa
Melayu dalam teknologi maklumat. Penekanan
terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi
bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi
semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh
masyarakat malaysia.
25. 5)Kurang penerbitan buku-buku ilmiah dalam
bahasa
Melayu
Penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih
tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat
tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga
peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih
menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan
rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah
dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan),
masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal
dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan
ilmu dalam bahasa Melayu.
26. KESIMPULAN
Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga
menjadi lingua franca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika
dahulu, semenjak bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Malaysia pelbagai cabaran harus ditempuh bagi
memastikan masyarakat di malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum,etnik dan ras dapat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan dan sekaligus menjadi alat perpaduan.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang
diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan
bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.
Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan
tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain. Pemilihan Bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan
melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat
majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui
penggunaan satu bahasa.