SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
Topik 2                    Perkembangan
                               fizikal
    HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari
         aspek kawalan anggota badan dan kawalan manual;
   2.    Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari
         aspek perkembangan deria, kinestetik dan persepsi
   3.    Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari
         aspek perkembangan motor halus, motor kasar dan deria
         motor.




PENGENALAN
Bagi tajuk ini kita akan membincangkan perkembangan fizikal kanak-
kanak dari sudut yang lebih khusus. Sebelum kita membincangkan
tajuk ini dengan lebih lanjut, elok rasanya kita faham dulu apa yang
dimaksudkan      dengan    ‘Perkembangan      Fizikal’.  Perkembangan
bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses
perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada
seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi
dan pengaruh persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanak
dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang
diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukan
bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk
berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi.

Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspek
perkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihat
adalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan
badan kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembangan
deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini sangat
penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak
akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan
mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan
anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan
melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis.




         AKTIVITI 2.1

    Cuba perhatikan bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran
    mereka. Apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka ingin
    mengetahui sama ada objek itu lembut atau keras?




        KOMPONEN PERKEMBANGAN
        MOTOR

 2.1
2.1.1   Kawalan Anggota
Pemerhatian kita terhadap perkembangan dan kawalan anggota badan
kanak-kanak merupakan suatu yang sangat menarik. Bagaimanakah
kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran
mereka? Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak mula
mempelajari sesuatu. Bagaimana mereka mula mengenal objek dan
mencuba untuk memegangnya. Bagaimana pula kanak-kanak ini mula
bergerak seperti merangkak untuk mendapatkan objek tersebut.
Bagaimana mereka menggunakan kawalan anggota badan mereka
untuk mempelajari sesuatu.

Semua aktiviti di atas merupakan perkembangan fizikal anggota badan
kanak-kanak. Proses yang kompleks ini berlaku memerlukan kekuatan
fizikal, koordinasi otot, keseimbangan badan dan persepsi yang tepat.
Peringkat perkembangan ini melibatkan bagaiamana kanak-kanak
memperkembangkan kemahiran baru mereka. Kebolehan ini perlu
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



digalakkan dengan aktiviti yang sesuai dapat disediakan untuk
pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Perkembangan fizikal dan cara kanak-kanak mengawal anggota badan
membolehkan mereka meneroka dan berinteraksi dengan dunia di
persekitaran mereka. Bagi kanak-kanak apa sahaja yang mereka lihat
dan buat adalah sesuatu yang baru. Penggunaan kemahiran anggota
badan mereka dapat mencetuskan pengalaman yang baru dan
berbeza. Mereka akan mengulang hingga mereka terbiasa. Gerkan
ulangan ini secara tidak langsung akan melatih kawalan bahagian
anggota badan. Selepas selesa dan bosan dengan cara gerakan
tersebut mereka akan mencuba cara yang berbeza dan baru..

Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak ini, mereka akan
memperkembangkan otot anggota badan dahulu. Setelah otot
berkembang dengan baik dan kuat, mereka akan cuba menggunakan
kekuatan otot dengan melakukan aktiviti tertentu. Mereka akan cuba
bergerak, merangkak dan memegang objek yang dijumpai. Contohnya
mereka apabila ternampak pensil mereka akan cuba memegangnya.
Kemudian kanak-kanak ini akan melukis atau melorek mengikut
imaginasi mereka.

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan sedar tentang kawalan badan
mereka seiring dengan kebolehan mereka mengerakkan anggota
badan tersebut. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran kawalan
tubuh badan ini, tumpuan juga harus diberikan kepada pengetahuan
mereka tentang nama dan mengenal bahagian-bahagian anggota
tubuh badan mereka. Contohnya, kita mengajar mereka seperti;
“memegang dengan tangan”, “menendang dengan kaki” dan “melihat
menggunakan mata”. Apabila kita mengajar mereka memegang bola
dengan tangan kita juga boleh menunjukkan bagaimana kawalan
tangan itu boleh dilakukan.

Mereka juga perlu peka terhadap gerakan anggota badan mereka dan
kebolehan untuk membuat beberapa bentuk gerakan. Contohnya
dalam aktiviti senaman, kita minta kanak-kanak membuat imaginasi
seperti, “buat badan kamu seluas lautan” sambil mendepakan tangan
seluasnya. Atau “cuba capai buah di atas pokok yang tinggi” sambil
menyuruh kanak-kanak merengangkan badan mereka untuk mencapai
tempat yang tinggi. Aktiviti seperti ini, selain kanak-kanak akan berasa
seronok ia juga akan dapat menggalakkan imaginasi kanak-kanak
tersebut.
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



Terdapat beberapa gerakan anggota tubuh badan yang sesuai
dijalankan oleh kanak-kanak ini bagi melatih kawalan anggota badan.
Antara aktiviti untuk kawalan badan adalah seperti melenturkan
badan, meregangkan badan dan memusingkan badan. Lain-lain aktiviti
adalah seperti berpusing dalam bulatan, melompat bersama rakan dan
melangkah bersama-sama seperti keretapi sedang bergerak. Aktiviti
seperti ini akan memperkukuhkan kebolehan kanak-kanak itu
mengawal anggota badan. Selain itu adalam aktiviti ini akan
melibatkan koordinasi untuk bergerak dalam kumpulan.

Aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang melibatkan
kawalan anggota badan secara serentak. Ia melibatkan kawalan
terhadap tangan, kaki dan badan. Contohnya dalam aktiviti bermain
keretapi bergerak bersama rakan. Kanak-kanak akan membuat
kawalan tangan agar sentiasa memegang bahu rakannya. Gerakan
kaki juga perlu dikawal agar bergerak serentak dengan kaki rakan yang
lain. Kawalan badan pula perlu agar mereka dapat bergerak dalam satu
barisan yang lurus.




       Semak Kendiri 2.1

          Bagaimana daya gerak hati (intuitif) ini membantu dalam
perkembangan
      pergerakan anggota dan otot seorang kanak-kanak?




2.1.2Kawalan Manual

Semasa peringkat perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiran
mereka dapat mengendalikan objek memberi makna yang besar. Cara
bagaimana mereka memegang sesuatu objek dengan yakin akan dapat
menunjukkan kebolehan mereka. Misalnya, jika kita lihat kanak-kanak
bermain plastisin. Apakah kawalan manual yang dilakukan oleh
mereka? Kanak-kanak akan menyesuaikan gerakan tangan bagi
membentuk objek yang tertentu. Mereka akan menekan dan
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL        16



mengosokkan plastisin antara dua tapak tangan untuk membuat
bentuk bujur. Atau mereka akan mengenggam plastisin tersebut
dengan kuat untuk membuat bola. Begitu juga, mereka akan
menyelaraskan daya yang bersesuaian ketika membentuk plastisin
tersebut semasa membuat bentuk bulat seperti bola itu.

Aktiviti kawalan manual juga merujuk kepada kebolehan kanak-kanak
untuk membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini adalah seperti
memegang, menggengam, menggosok dan menggunakan jari tangan.
Contohnya, seperti kanak-kanak membuka skru pada alat mainan
mereka. Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak-kanak untuk
menggunakan jari tangan bagi memegang, mengenggam dan
memusingkan skru tersebut. Kawalan manual ini akan melatih
kemahiran mereka menyelaraskan kekuatan genggaman dan
pegangan jari-jari tangan mereka.

Aktiviti lain seperti memindahkan biji manik dalam susunan warna,
bentuk atau saiz yang berbeza. Contohnya kanak-kanak diminta
menyusun biji manik secara berurutan dari saiz yang paling kecil ke
saiz yang paling besar. Semasa kanak-kanak ini menentukan saiz objek
tersebut telah wujud koordinasi mata-tangan. Mereka akan melihat
objek yang paling kecil dan membuat perbandingan dahulu sebelum
mengambil biji manik tersebut. Aktiviti yang melibatkan pelbagai
bentuk,     saiz,  tekstur dan   berat   objek   seperti  ini   akan
memperkembangkan kecekapan kawalan manual kanak-kanak semasa
mengendalikan sesuatu objek.

Aktiviti membuat guntingan kertas juga dapat meningkatkan kawalan
manual kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta membuat
guntingan kertas bentuk sebuah rumah. Mereka akan cuba mengunting
dari satu sudut. Gerakan dan genggaman tangan mereka sangat
penting bagi membuat guntingan yang kemas mengikut garisan
bentuk rumah tersebut. Semasa mengunting mereka juga perlu
membuat gerakan mata bagi memfokus pada bahagian yang betul
untuk dipotong.

Kawalan manual juga boleh dilihat semasa kanak-kanak sedang
bermain. Contohnya semasa kanak-kanak bermain batu seremban,
mereka akan membaling dan menangkap batu dalam permainan
tersebut. Kawalan manual dalam permainan ini melibatkan kemahiran
kanak-kanak mengawal gerakan membaling dengan daya yang sesuai.
Selain itu, mereka juga perlu cekap menangkap dan mengenggam batu
tersebut pada masa yang tepat.
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16




Rajah 2.1: Semasa kanak-kanak bermain mereka akan mengembangkan
kemahiran manual.



KENDIRI 1.1




       Gambar kanak-kanak sedang bermain batu
                     seremban/plastisin.



        PERKEMBANGAN DERIA
  2.2

2.2.1Deria
Kemahiran kanak-kanak untuk menerima maklumat dengan tepat
berkait dengan kebolehan deria mereka mengesan rangsangan.
Rangsangan dari persekitaran wujud dalam pelbagai bentuk iaitu; bau,
rasa, cahaya, panas atau sejuk, kesakitan dan bunyi. Oleh itu terdapat
beberapa organ deria pada kanak-kanak yang berfungsi untuk
mengesan rangsangan ini. Deria yang utama untuk mengesan
rangsangan adalah mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk
sentuhan.

Setiap organ deria ini mempunyai fungsi yang tertentu. Secara amnya
fungsi organ deria ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 2.1 di
bawah;
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL             16




                  Jadual 2.1: Organ deria dan fungsinya

     Organ        Fungsi                  Jenis rangsangan
     deria
     Mata         Penglihatan             Cahaya

     Telinga      Pendengaran             Bunyi

     Hidung       Bau                     Wangi, busuk

     Lidah        Rasa                    Manis, masam, masin, pahit

     Kulit        Sentuhan                Sejuk, panas, sakit




Di peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka banyak
bergantung kepada kemahiran organ deria mereka untuk bergerak dan
bertindak. Kanak-kanak yang baru dilahirkan mengenali persekitarannya
secara kabur sahaja kerana keupayaan otaknya masih belum berupaya berfungsi
sepenuhnya. Pada tahap ini kanak-kanak bergerak dengan menggunakan
gerakan pantulan. Kanak-kanak menunjukkan perubahan daripada tindakan
reflektif kepada tindakan yang bertujuan. Contohnya, kanak-kanak berubah
daripada keadaan di mana dia hanya memegang apa-apa yang diberikan
kepadanya kepada keadaan cuba memegang apa-apa yang dia nampak. Mereka
cuba menggunakan sebanyak mungkin penggunaan organ deria mereka.

Walau bagaimanapun pada peringkat awal ini juga kanak-kanak tidak
mempunyai konsep pengekalan contohnya apabila sesuatu benda yang
dilihatnya disembunyikan, kanak-kanak tersebut tidak berusaha untuk
mencarinya. Mereka menganggap objek tersebut telah tidak ada lagi.
Perkembangan kognitif pada tahap ini adalah cepat tetapi kebolehan mental
hanya terhad kepada objek-objek yang boleh dilihat sahaja. Oleh itu pada
peringkat awal ini penggunan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran dan
rasa sangat membantu perkembangan kanak-kanak.

Bagi Piaget (1952), peniruan merupakan satu petunjuk penting kepada
perkembangan kecerdasan mental bayi pada tahap deria motor. Bagi
membolehkan bayi meniru tingkah laku orang lain, bayi sekurang-kurangnya
telah membuat pemerhatian yang rapi sama ada melalui tingkah laku
perantaraan atau menerusi proses dalaman secara simbolik. Reaksi sekular ialah
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL             16



cara pengukuhan skema dan generalisasi yang boleh diperlihatkan oleh bayi.
Piaget menyatakan sebagai satu rangkaian gerakan yang diulang-ulang
disebabkan perlakuan itu merupakan suatu penglahiran tingkah laku bersebab
daripada rangsangan tertentu yang diterima. Gerakan rangkaian inilah yang
dinamakan reaksi sekular seperti tingkah laku menghisap susu pada bayi.
Rangsangan bibir bayi semasa menyusu menyebabkan penglibatan rangkaian
tingkah laku termasuklah bibir, rahang dan pergerakan leher.

Apabila kanak-kanak ini semakin membesar, semakin banyak rangsangan yang
telah diterima. Kanak-kanak menjadi semakin matang dalam mengesan dan
mengendalikan rangsangan ini. Melalui penggunaan organ deria ini kanak-
kanak mula membentuk konsep objek. Mereka mula memahami bentuk, saiz,
tekstur atau ciri objek yang berbeza. Mereka juga telah faham cara yang sesuai
untuk bertindak terhadap sesuatu rangsangan.

Jenis rangsangan yang diterima juga akan menentukan tingkah laku dan jenis
gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Melalui penggunaan organ
deria yang cekap kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran gerakan
mereka. Mereka juga dapat memahami konsep ruang, keseimbangan, kestabilan
badan dan kesediaan anggota badan untuk bertindak melalui pengesanan
rangsangan dari persekitaran.




2.2.2 Kinestetik

Kinestetik merupakan kemahiran yang penting bagi kanak-kanak
melakukan gerakan tubuh badan. Kebolehan kanak-kanak membuat
gerakan dan mengkoordinasi gerakan badan membolehkannya
melakukan banyak aktiviti yang lebih bermakna. Misalnya, kanak-
kanak yang baik daya kinestetik akan cepat untuk berguling,
merangkak dan akhirnya dapat berjalan. Banyak aktiviti yang kita
lakukan seharian juga melibatkan kebolehan kita membuat gerakan
kinestetik anggota badan. Malah mereka yang dapat mengerakkan
anggota badan dengan baik berupaya untuk menjadi atlit, penari atau
individu yang lebih cergas, kuat dan sihat.
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



Gerakan kinestetik dapat dilihat semasa peringkat awal perkembangan
kanak-kanak lagi. Misalnya, di peringkat bayi satu daripada cara untuk
mereka menunjukkan keinginan mereka adalah melalui gerakan. Bayi
akan mengerakkan tangan dan menendang-nendang kaki mereka
sekiranya mereka inginkan sesuatu. Kanak-kanak sedar melalui
gerakan seperti ini mereka akan memperoleh respons yang lebih
cepat.

Selain itu, melalui gerakan juga kanak-kanak dapat meneroka
persekitaran mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar merupakan
seorang yang penuh dengan imaginatif dan ‘curiousity’ yang tinggi.
Oleh itu, apabila berpeluang mereka akan cuba meneroka di tempat
yang baru tersebut. Contohnya, kali pertama mereka di kelas
prasekolah, kanak-kanak ini akan berasa seronok dan mencuba
sesuatu dengan cara melompat dan memanjat tempat yang baru bagi
mereka.

Gerakan kinestetik dapat dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar,
meningkatkan kesihatan diri dan menambahkan keyakinan kanak-
kanak (Doherty & Brennan, 2008). Guru perlu memainkan peranan
bagi membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih berkesan dan
meningkatkan kualiti gerakan kinestetik mereka. Gerakan kinestetik
merupakan perkara penting dalam perkembangan dan latihan fizikal
kanak-kanak. Penggunan gerakan kinestetik dan perancangan yang
baik dapat membantu kanak-kanak lebih prihatin terhadap anggota
badan dan bagaimana melakukan gerakan yang lebih berkesan.

Menurut (Bucher, 1979) ciri-ciri dalam pendidikan gerakan kinestetik
adalah;

   a)   berpusatkan murid
   b)   perlu melibatkan penyelesaian masalah
   c)   pendidikan yang tidak terlalu formal
   d)   melibatkan penggunaan alatan
   e)   membenarkan pembelajaran kemahiran motor
   f)   dapat meningkatkan kepusan dalam membuat gerakan
   g)   menggalakkan analisis dalam gerakan yang dilakukan

2.2.3 Persepsi
Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian deria, kanak-kanak perlu
diberi latihan bagi menerima maklumat dengan tepat melalui deria
(sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi dengan tepat
yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat penting
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut.
Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran,
kepekaan anggota badan, sentuhan, bau dan rasa. Antara kesemua ini,
penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi
yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya
berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).

Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah;
persepsi ketekalan, orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam
ruang, persepsi mendalam, kawasan penglihatan, persepsi gerakan
dan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila kanak-kanak ini
memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran.
Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk
rangsangan penglihatan cahaya.

Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat
pemerhatian dan membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah
bagi mengesan ciri sepunya, yang sama atau berbeza antara dua
objek.     Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapat
membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan.
Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat
menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka
juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu seperti
saiz, warna, lembut atau keras.

Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihat
hubungan antara sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek
lain atau kepada orang lain yang terdapat dalam persekitaran tersebut.
Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan bola tersebut
tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yang
bersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bola
yang terdapat di bawah meja tersebut.

Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara
menegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan
yang berbeza. Contohnya, dalam permainan rebut bola. Seorang
murid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau dicelah kakinya.
Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan
yang telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha
untuk cuba mengambil bola dan mengawal keseimbangan badannya
berkait dengan pemerhatian kedudukan ruang bola tersebut.

Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanak
menganggarkan jarak menegak (vertical) antara dua tempat.
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan persepsi ini ketika
memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan
anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat
melangkah dengan luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi
melepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanak
memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadar
daya yang sesuai.

Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak
dalam mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak-
kanak dapat membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mata
atau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak yang
menjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan
dan kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata
(contohnya dalam menendang bola).

Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau
kepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumat
diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat di
dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan
yang terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu
kanak-kanak mengekalkan kedudukan badannya yang seimbang dan
stabil.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumat
atau rangsangan, akan cuba menginterpretasi maklumat yang mereka
terima. Mereka akan cuba memadankannya dengan pengalaman atau
maklumat dari persekitaran dan ini akan menyebabkan mereka
menunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et.
al., 2007).

Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkap
bola. Seorang kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akan
mula bersedia apabila dia melihat kawannya mula ingin melontar bola
tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima maklumat dari deria
penglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebut
dengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arah
bola yang cuba hendak dilontar.

Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina
persepsinya sama ada kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah,
begitu juga sama ada bola tersebut berada di sebelah kanan atau kiri.
Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut dan
arah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



menyesuaikan kedudukan tangan dan badannya untuk menyambut
bola tersebut. Semua yang berlaku ini merupakan interpretasi daripada
maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia dan
menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang
diperoleh dari deria kinestetik.

Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat.
Dan pada masa yang sama dia juga perlu menyesuaikan kadar


        Gambar dua orang kanak-kanak sedang
                    bermain lontar bola.




gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan bola tersebut. Proses
menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian
bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya
beberapa saat sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk bertindak dengan
tepat berdasarkan rangsangan maklumat dari persekitaran (bola
datang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan
apa yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal
gerakan badan untuk menangkap bola) merupakan tindakan yang
sangat penting dalam perkembangan fizikal seorang kanak-kanak.




Rajah 2.2 : Kanak-kanak mengembangkan kecekapan deria dan
persepsi mereka ketika sedang bermain bersama rakan.




  SEMAK KENDIRI 2.2


Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan
    rakan sebaya
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL        16



mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanak-
   kanak?




       PERKEMBANGAN MOTOR

 2.3
2.3.1 Motor Halus
Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah
perkembangan motor merujuk kepada perkembangan fizikal atau
pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota
badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga kerap
kali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk
cara mereka melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan
tentang perkembangan motor kanak-kanak kita tidak dapat lari
daripada membicarakan perkembangan motor halus dan motor kasar
mereka.

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-
kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan
keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajaran
di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak-
kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak-
kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan diminta
untuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara
memegang buku yang betul.

Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihat
bagaimana seorang kanak-kanak kecil cuba mengambil mainan
mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan mainan tersebut ke
dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum
tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL           16



ini termasuk manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaan
motor halus.

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif.
Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan
anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan
kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.
Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek
juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar.
Kanak-kanak akan belajar memegang pensil, melukis dan menconteng
menggunakan krayon akan mengembangkan motor halus mereka.
Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentang
anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat
dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekurangan
yang mereka rasai akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergaul
dengan rakan sebaya.




     AKTIVITI 2.2

    Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanak
    meningkatkan kemahiran motor halus mereka?



2.3.2Motor Kasar
Apabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanya
kita akan lebih merujuk kepada perkembangan motor kasar berbanding
motor halus. Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktiviti
penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau menendang bola.
Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling,
memukul malah mengangkat objek yang berat.

Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun
perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan
mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan
otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



                                                                 itu,
     Gambar kanak-kanak sedang bermain dan
     memanjat mainan sarang lelabah bersama
                   rakan di luar kelas.



aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Pada
peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini.
Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak
merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-
kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).

Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakan
perlulah melibatkan penggunaan lebih banyak anggota badan mereka.
misalnya, aktiviti seperti memanjat mainan ‘sarang lelabah’
memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan, kaki
dan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan
kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-
kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan
menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba
menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk
memastikan mereka dapat memanjat.
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL       16




Rajah 2.3: Aktiviti memanjat seperti ini akan membantu kanak-kanak
mengembangkan        kemahiran   motor      kasar dan    kebolehan
mengimbangkan badan.



Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan
kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti
seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota
badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan
belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di
atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007)
kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan,
agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan
kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan
kebolehan motor anggota bdan.

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan
locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak.
Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat
seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor
kasar.    Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan
fizikal dalam aktiviti seperti ini.

Jadual 2.2 berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkan
kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak;




           Jadual 2.2: Aktiviti motor halus dan motor kasar

          Motor halus                          Motor kasar
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL         16



Bermain pasir                        Berjalan (lurus   atau    bengkang-
                                     bengkok)

Mengikat tali kasut                  Berkawad seperti askar

Memasang butang baju                 Berlari dan    berhenti    mengikut
                                     arahan

Mengguna sudu dan garpu              Melompat setempat

Membentuk objek dari plastisin       Melompat seperti katak

Memotong     kek      atau   mainan Meniru gerakan haiwan (kucing,
plastisin                           arnab, ular)

Melekatkan gambar                    Memegang palang dan berhayun

Menggunakan ‘mouse’ komputer         Memanjat tempat mainan

Menulis nama                         Membaling dan menangkap bola

Melorek atau mewarna gambar          Menendang dan menolak pelbagai
                                     objek seperti gelung rotan




2.3.3Deria Motor
Perkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan
deria motor mereka. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara
pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor
anggota badan. Kecekapan motor adalah tindakan saling interaksi
antara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsangan
oleh lima organ deria yang telah dibincangkan sebelum ini, badan
akan bergerak balas bagi menentukan keadaannya serta membuat
penyelarasan gerak balas yang bersesuaian. Contohnya, apabila
kanak-kanak berasa tidak selesa kerana keadaan persekitaran yang
panas, mereka akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa.

Dalam sistem saraf kita terdapat beberapa reseptor yang memberikan
maklumat untuk kita bertindak balas, antaranya;
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL        16



   a) Proprioceptors – memberikan maklumat berkenaan ketegangan
      otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi
   b) Nocioceptors - memberikan rangsangan berkaitan kesakitan
      otot atau tisu badan
   c) Sistem vestibular – terdapat di dalam telinga dalam dan
      memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan dan
      pergerakan badan

Deria motor yang berlaku pada kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis
gerakan yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya,
sekiranya kanak-kanak tersebut dikehendaki untuk bermain alat muzik
seperti ‘rekoder’ ia akan mengerakkan jari mengikut not muzik yang
diberikan. Kecekapan kanak-kanak bertindak terhadap deria motor juga
dipengaruhi pengalaman mereka yang lepas. Latihan yang kerap dan
bersesuaian akan membolehkan kanak-kanak ini membuat gerakan jari
yang lebih mahir dan baik.

Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga merupakan
proses deria motor mereka berfungsi. Selain pengalaman dan latihan,
kecekapan deria motor ini juga dipengaruhi oleh keinginan mereka,
perhatian yang diberikan, serta kesan dan akibat yang dialami hasil
tindakan tersebut. Setiap gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
ini merupakan contoh deria motor mereka. Justeru, setiap gerakan dan
deria motor yang terlibat dalam gerakan tersebut akan menambahkan
pengalaman kanak-kanak ini mempelajari sesuatu yang baru.




    SEMAK KENDIRI 2.3

    Apakah deria utama kanak-kanak untuk mengesan rangsangan
       dari
        persekitaran ?
    Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk
       meningkatkan kecekapan visual kanak-kanak?
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL        16



       SEMAK KENDIRI 1.5


•    Pengawalan anggota dan otot badan merupakan perkara asas
     yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui
     pengawalan dan gerakan anggota badan, kanak-kanak akan dapat
     menunjukkan kemahuan mereka. Kanak-kanak juga dapat
     meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka.

•    Kanak-kanak juga perlu mengembangkan kemahiran kawalan
     manual mereka. Kebolehan mereka menggunakan jari dan tangan
     untuk memanipulasikan objek akan meningkatkan pengalaman
     pembelajaran mereka.

•    Perkembangan organ deria kanak-kanak berlaku sangat pesat di
     awal peringkat tumbesaran mereka. Pembelajaran dan interaksi
     pada kanak-kanak sebahagian besar bergantung kepada
     penggunaan organ deria mereka.

•    Gerakan kinestetik merupakan antara perkembangan awal yang
     dapat diperhatikan berlaku pada kanak-kanak. Mereka akan
     menggunakan kemahiran kinestetik bagi meningkatkan kemahiran
     yang lain seperti bermain, berinteraksi dan menambah
     pengalaman pembelajaran mereka.

•   Rangsangan yang diterima oleh kanak-kanak akan diinterpretasikan
    sebagai persepsi mereka. Kemahiran membuat persepsi ini
    menentukan cara mereka untuk bertindak dan membuat gerakan.
    Cara mentafsir persepsi yang betul membolehkan kanak-kanak
    bertindak dengan tepat, stabil, yakin dan menggunakan daya dan
    tenaga yang bersesuaian.

•   Pergerakan anggota dan otot kanak-kanak melibatkan penggunaan
    motor kasar dan motor halus. Motor kasar melibatkan penggunaan
    otot anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat
    pelbagai pergerakan. Motor halus pula merujuk kepada kebolehan
    kanak-kanak     membuat      genggaman,      memegang     atau
    memanipulasikan jari mereka.
TOPIK 2    PERKEMBANGAN FIZIKAL                16




Kawalan anggota
Kawalan manual
Organ deria
Gerakan kinestetik
Persepsi
Motor kasar
Motor halus
Deria Motor




•   Bucher, C.A. (1979). Physical Education for Children: Movement Foundations and
    Experiences. Basingstoke:Macmillan

•   Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London:
    Routledge

•   Gabbard, C. (2004). Lifelong motor development (4th ed.) New York :
    Pearson/Cummings

•   Horvat, M., Martin, E. & Luke, E. (2007). Development and Adapted Physical
    Activity Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics.

•   Tansley, A.E. (1967). Reading and Remedial Reading. London: Routledge and
    Kegan Paul
TOPIK 2   PERKEMBANGAN FIZIKAL      16

More Related Content

What's hot

Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakFaFai S.
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nomborikmalieyana
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPieja Hanhae
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanaknurulirdina halikulanuar
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitifIsmail Hashim
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 

What's hot (20)

Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nombor
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 

Similar to PERKEMBANGAN FIZIKAL

Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Mira Sumirah
 
ASQPerkembangan BayiBalita.pptx
ASQPerkembangan BayiBalita.pptxASQPerkembangan BayiBalita.pptx
ASQPerkembangan BayiBalita.pptxNurfiyaJannah
 
PEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AW
PEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AWPEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AW
PEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AWDjoko Adi Walujo
 
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaPertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaDita Yuniarti
 
Di balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko aw
Di balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko awDi balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko aw
Di balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko awKafe Buku Pak Aw
 
Latar belakang jean piaget
Latar belakang jean piagetLatar belakang jean piaget
Latar belakang jean piagetluqmanazhar4
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 

Similar to PERKEMBANGAN FIZIKAL (20)

Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
 
ASQPerkembangan BayiBalita.pptx
ASQPerkembangan BayiBalita.pptxASQPerkembangan BayiBalita.pptx
ASQPerkembangan BayiBalita.pptx
 
PEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AW
PEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AWPEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AW
PEMBELAJARAN MOTORIK ANAK USIA DINI - DJOKO AW
 
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaPertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
 
Di balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko aw
Di balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko awDi balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko aw
Di balik dahsyatnya pembelajaran motorik anak usia dini - djoko aw
 
Kognisi
KognisiKognisi
Kognisi
 
Panduan assgmnt jean piaget
Panduan assgmnt jean piagetPanduan assgmnt jean piaget
Panduan assgmnt jean piaget
 
Latar belakang jean piaget
Latar belakang jean piagetLatar belakang jean piaget
Latar belakang jean piaget
 
PPT Daspen
PPT DaspenPPT Daspen
PPT Daspen
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Perkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvilaPerkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvila
 
Perkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvilaPerkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvila
 
Perkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvilaPerkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvila
 
Perkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvilaPerkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvila
 
Perkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvilaPerkembangan motorik anak nurvila
Perkembangan motorik anak nurvila
 
Perkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anakPerkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anak
 
Perkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anakPerkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anak
 
Perkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anakPerkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anak
 
Perkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anakPerkembangan motorik anak
Perkembangan motorik anak
 

More from REDXX ROWAN92

More from REDXX ROWAN92 (7)

041aMASYARAKAT-PENGAJIAN AM
041aMASYARAKAT-PENGAJIAN AM041aMASYARAKAT-PENGAJIAN AM
041aMASYARAKAT-PENGAJIAN AM
 
KESIHATAN
KESIHATANKESIHATAN
KESIHATAN
 
ASPEK SOSIOBUDAYA
ASPEK SOSIOBUDAYAASPEK SOSIOBUDAYA
ASPEK SOSIOBUDAYA
 
Presentation 1
Presentation 1Presentation 1
Presentation 1
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Psikologi group slide
Psikologi group slidePsikologi group slide
Psikologi group slide
 
Implikasi teori p&p
Implikasi teori p&pImplikasi teori p&p
Implikasi teori p&p
 

PERKEMBANGAN FIZIKAL

  • 1. Topik 2  Perkembangan fizikal HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek kawalan anggota badan dan kawalan manual; 2. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan deria, kinestetik dan persepsi 3. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan motor halus, motor kasar dan deria motor. PENGENALAN Bagi tajuk ini kita akan membincangkan perkembangan fizikal kanak- kanak dari sudut yang lebih khusus. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, elok rasanya kita faham dulu apa yang dimaksudkan dengan ‘Perkembangan Fizikal’. Perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukan bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi. Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspek perkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihat adalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembangan deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka
  • 2. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis. AKTIVITI 2.1 Cuba perhatikan bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran mereka. Apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka ingin mengetahui sama ada objek itu lembut atau keras? KOMPONEN PERKEMBANGAN MOTOR 2.1 2.1.1 Kawalan Anggota Pemerhatian kita terhadap perkembangan dan kawalan anggota badan kanak-kanak merupakan suatu yang sangat menarik. Bagaimanakah kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran mereka? Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak mula mempelajari sesuatu. Bagaimana mereka mula mengenal objek dan mencuba untuk memegangnya. Bagaimana pula kanak-kanak ini mula bergerak seperti merangkak untuk mendapatkan objek tersebut. Bagaimana mereka menggunakan kawalan anggota badan mereka untuk mempelajari sesuatu. Semua aktiviti di atas merupakan perkembangan fizikal anggota badan kanak-kanak. Proses yang kompleks ini berlaku memerlukan kekuatan fizikal, koordinasi otot, keseimbangan badan dan persepsi yang tepat. Peringkat perkembangan ini melibatkan bagaiamana kanak-kanak memperkembangkan kemahiran baru mereka. Kebolehan ini perlu
  • 3. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 digalakkan dengan aktiviti yang sesuai dapat disediakan untuk pembelajaran kanak-kanak tersebut. Perkembangan fizikal dan cara kanak-kanak mengawal anggota badan membolehkan mereka meneroka dan berinteraksi dengan dunia di persekitaran mereka. Bagi kanak-kanak apa sahaja yang mereka lihat dan buat adalah sesuatu yang baru. Penggunaan kemahiran anggota badan mereka dapat mencetuskan pengalaman yang baru dan berbeza. Mereka akan mengulang hingga mereka terbiasa. Gerkan ulangan ini secara tidak langsung akan melatih kawalan bahagian anggota badan. Selepas selesa dan bosan dengan cara gerakan tersebut mereka akan mencuba cara yang berbeza dan baru.. Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak ini, mereka akan memperkembangkan otot anggota badan dahulu. Setelah otot berkembang dengan baik dan kuat, mereka akan cuba menggunakan kekuatan otot dengan melakukan aktiviti tertentu. Mereka akan cuba bergerak, merangkak dan memegang objek yang dijumpai. Contohnya mereka apabila ternampak pensil mereka akan cuba memegangnya. Kemudian kanak-kanak ini akan melukis atau melorek mengikut imaginasi mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan sedar tentang kawalan badan mereka seiring dengan kebolehan mereka mengerakkan anggota badan tersebut. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran kawalan tubuh badan ini, tumpuan juga harus diberikan kepada pengetahuan mereka tentang nama dan mengenal bahagian-bahagian anggota tubuh badan mereka. Contohnya, kita mengajar mereka seperti; “memegang dengan tangan”, “menendang dengan kaki” dan “melihat menggunakan mata”. Apabila kita mengajar mereka memegang bola dengan tangan kita juga boleh menunjukkan bagaimana kawalan tangan itu boleh dilakukan. Mereka juga perlu peka terhadap gerakan anggota badan mereka dan kebolehan untuk membuat beberapa bentuk gerakan. Contohnya dalam aktiviti senaman, kita minta kanak-kanak membuat imaginasi seperti, “buat badan kamu seluas lautan” sambil mendepakan tangan seluasnya. Atau “cuba capai buah di atas pokok yang tinggi” sambil menyuruh kanak-kanak merengangkan badan mereka untuk mencapai tempat yang tinggi. Aktiviti seperti ini, selain kanak-kanak akan berasa seronok ia juga akan dapat menggalakkan imaginasi kanak-kanak tersebut.
  • 4. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Terdapat beberapa gerakan anggota tubuh badan yang sesuai dijalankan oleh kanak-kanak ini bagi melatih kawalan anggota badan. Antara aktiviti untuk kawalan badan adalah seperti melenturkan badan, meregangkan badan dan memusingkan badan. Lain-lain aktiviti adalah seperti berpusing dalam bulatan, melompat bersama rakan dan melangkah bersama-sama seperti keretapi sedang bergerak. Aktiviti seperti ini akan memperkukuhkan kebolehan kanak-kanak itu mengawal anggota badan. Selain itu adalam aktiviti ini akan melibatkan koordinasi untuk bergerak dalam kumpulan. Aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang melibatkan kawalan anggota badan secara serentak. Ia melibatkan kawalan terhadap tangan, kaki dan badan. Contohnya dalam aktiviti bermain keretapi bergerak bersama rakan. Kanak-kanak akan membuat kawalan tangan agar sentiasa memegang bahu rakannya. Gerakan kaki juga perlu dikawal agar bergerak serentak dengan kaki rakan yang lain. Kawalan badan pula perlu agar mereka dapat bergerak dalam satu barisan yang lurus. Semak Kendiri 2.1 Bagaimana daya gerak hati (intuitif) ini membantu dalam perkembangan pergerakan anggota dan otot seorang kanak-kanak? 2.1.2Kawalan Manual Semasa peringkat perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiran mereka dapat mengendalikan objek memberi makna yang besar. Cara bagaimana mereka memegang sesuatu objek dengan yakin akan dapat menunjukkan kebolehan mereka. Misalnya, jika kita lihat kanak-kanak bermain plastisin. Apakah kawalan manual yang dilakukan oleh mereka? Kanak-kanak akan menyesuaikan gerakan tangan bagi membentuk objek yang tertentu. Mereka akan menekan dan
  • 5. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 mengosokkan plastisin antara dua tapak tangan untuk membuat bentuk bujur. Atau mereka akan mengenggam plastisin tersebut dengan kuat untuk membuat bola. Begitu juga, mereka akan menyelaraskan daya yang bersesuaian ketika membentuk plastisin tersebut semasa membuat bentuk bulat seperti bola itu. Aktiviti kawalan manual juga merujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini adalah seperti memegang, menggengam, menggosok dan menggunakan jari tangan. Contohnya, seperti kanak-kanak membuka skru pada alat mainan mereka. Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak-kanak untuk menggunakan jari tangan bagi memegang, mengenggam dan memusingkan skru tersebut. Kawalan manual ini akan melatih kemahiran mereka menyelaraskan kekuatan genggaman dan pegangan jari-jari tangan mereka. Aktiviti lain seperti memindahkan biji manik dalam susunan warna, bentuk atau saiz yang berbeza. Contohnya kanak-kanak diminta menyusun biji manik secara berurutan dari saiz yang paling kecil ke saiz yang paling besar. Semasa kanak-kanak ini menentukan saiz objek tersebut telah wujud koordinasi mata-tangan. Mereka akan melihat objek yang paling kecil dan membuat perbandingan dahulu sebelum mengambil biji manik tersebut. Aktiviti yang melibatkan pelbagai bentuk, saiz, tekstur dan berat objek seperti ini akan memperkembangkan kecekapan kawalan manual kanak-kanak semasa mengendalikan sesuatu objek. Aktiviti membuat guntingan kertas juga dapat meningkatkan kawalan manual kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta membuat guntingan kertas bentuk sebuah rumah. Mereka akan cuba mengunting dari satu sudut. Gerakan dan genggaman tangan mereka sangat penting bagi membuat guntingan yang kemas mengikut garisan bentuk rumah tersebut. Semasa mengunting mereka juga perlu membuat gerakan mata bagi memfokus pada bahagian yang betul untuk dipotong. Kawalan manual juga boleh dilihat semasa kanak-kanak sedang bermain. Contohnya semasa kanak-kanak bermain batu seremban, mereka akan membaling dan menangkap batu dalam permainan tersebut. Kawalan manual dalam permainan ini melibatkan kemahiran kanak-kanak mengawal gerakan membaling dengan daya yang sesuai. Selain itu, mereka juga perlu cekap menangkap dan mengenggam batu tersebut pada masa yang tepat.
  • 6. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Rajah 2.1: Semasa kanak-kanak bermain mereka akan mengembangkan kemahiran manual. KENDIRI 1.1 Gambar kanak-kanak sedang bermain batu seremban/plastisin. PERKEMBANGAN DERIA 2.2 2.2.1Deria Kemahiran kanak-kanak untuk menerima maklumat dengan tepat berkait dengan kebolehan deria mereka mengesan rangsangan. Rangsangan dari persekitaran wujud dalam pelbagai bentuk iaitu; bau, rasa, cahaya, panas atau sejuk, kesakitan dan bunyi. Oleh itu terdapat beberapa organ deria pada kanak-kanak yang berfungsi untuk mengesan rangsangan ini. Deria yang utama untuk mengesan rangsangan adalah mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk sentuhan. Setiap organ deria ini mempunyai fungsi yang tertentu. Secara amnya fungsi organ deria ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 2.1 di bawah;
  • 7. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Jadual 2.1: Organ deria dan fungsinya Organ Fungsi Jenis rangsangan deria Mata Penglihatan Cahaya Telinga Pendengaran Bunyi Hidung Bau Wangi, busuk Lidah Rasa Manis, masam, masin, pahit Kulit Sentuhan Sejuk, panas, sakit Di peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka banyak bergantung kepada kemahiran organ deria mereka untuk bergerak dan bertindak. Kanak-kanak yang baru dilahirkan mengenali persekitarannya secara kabur sahaja kerana keupayaan otaknya masih belum berupaya berfungsi sepenuhnya. Pada tahap ini kanak-kanak bergerak dengan menggunakan gerakan pantulan. Kanak-kanak menunjukkan perubahan daripada tindakan reflektif kepada tindakan yang bertujuan. Contohnya, kanak-kanak berubah daripada keadaan di mana dia hanya memegang apa-apa yang diberikan kepadanya kepada keadaan cuba memegang apa-apa yang dia nampak. Mereka cuba menggunakan sebanyak mungkin penggunaan organ deria mereka. Walau bagaimanapun pada peringkat awal ini juga kanak-kanak tidak mempunyai konsep pengekalan contohnya apabila sesuatu benda yang dilihatnya disembunyikan, kanak-kanak tersebut tidak berusaha untuk mencarinya. Mereka menganggap objek tersebut telah tidak ada lagi. Perkembangan kognitif pada tahap ini adalah cepat tetapi kebolehan mental hanya terhad kepada objek-objek yang boleh dilihat sahaja. Oleh itu pada peringkat awal ini penggunan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran dan rasa sangat membantu perkembangan kanak-kanak. Bagi Piaget (1952), peniruan merupakan satu petunjuk penting kepada perkembangan kecerdasan mental bayi pada tahap deria motor. Bagi membolehkan bayi meniru tingkah laku orang lain, bayi sekurang-kurangnya telah membuat pemerhatian yang rapi sama ada melalui tingkah laku perantaraan atau menerusi proses dalaman secara simbolik. Reaksi sekular ialah
  • 8. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 cara pengukuhan skema dan generalisasi yang boleh diperlihatkan oleh bayi. Piaget menyatakan sebagai satu rangkaian gerakan yang diulang-ulang disebabkan perlakuan itu merupakan suatu penglahiran tingkah laku bersebab daripada rangsangan tertentu yang diterima. Gerakan rangkaian inilah yang dinamakan reaksi sekular seperti tingkah laku menghisap susu pada bayi. Rangsangan bibir bayi semasa menyusu menyebabkan penglibatan rangkaian tingkah laku termasuklah bibir, rahang dan pergerakan leher. Apabila kanak-kanak ini semakin membesar, semakin banyak rangsangan yang telah diterima. Kanak-kanak menjadi semakin matang dalam mengesan dan mengendalikan rangsangan ini. Melalui penggunaan organ deria ini kanak- kanak mula membentuk konsep objek. Mereka mula memahami bentuk, saiz, tekstur atau ciri objek yang berbeza. Mereka juga telah faham cara yang sesuai untuk bertindak terhadap sesuatu rangsangan. Jenis rangsangan yang diterima juga akan menentukan tingkah laku dan jenis gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Melalui penggunaan organ deria yang cekap kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran gerakan mereka. Mereka juga dapat memahami konsep ruang, keseimbangan, kestabilan badan dan kesediaan anggota badan untuk bertindak melalui pengesanan rangsangan dari persekitaran. 2.2.2 Kinestetik Kinestetik merupakan kemahiran yang penting bagi kanak-kanak melakukan gerakan tubuh badan. Kebolehan kanak-kanak membuat gerakan dan mengkoordinasi gerakan badan membolehkannya melakukan banyak aktiviti yang lebih bermakna. Misalnya, kanak- kanak yang baik daya kinestetik akan cepat untuk berguling, merangkak dan akhirnya dapat berjalan. Banyak aktiviti yang kita lakukan seharian juga melibatkan kebolehan kita membuat gerakan kinestetik anggota badan. Malah mereka yang dapat mengerakkan anggota badan dengan baik berupaya untuk menjadi atlit, penari atau individu yang lebih cergas, kuat dan sihat.
  • 9. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Gerakan kinestetik dapat dilihat semasa peringkat awal perkembangan kanak-kanak lagi. Misalnya, di peringkat bayi satu daripada cara untuk mereka menunjukkan keinginan mereka adalah melalui gerakan. Bayi akan mengerakkan tangan dan menendang-nendang kaki mereka sekiranya mereka inginkan sesuatu. Kanak-kanak sedar melalui gerakan seperti ini mereka akan memperoleh respons yang lebih cepat. Selain itu, melalui gerakan juga kanak-kanak dapat meneroka persekitaran mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar merupakan seorang yang penuh dengan imaginatif dan ‘curiousity’ yang tinggi. Oleh itu, apabila berpeluang mereka akan cuba meneroka di tempat yang baru tersebut. Contohnya, kali pertama mereka di kelas prasekolah, kanak-kanak ini akan berasa seronok dan mencuba sesuatu dengan cara melompat dan memanjat tempat yang baru bagi mereka. Gerakan kinestetik dapat dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar, meningkatkan kesihatan diri dan menambahkan keyakinan kanak- kanak (Doherty & Brennan, 2008). Guru perlu memainkan peranan bagi membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih berkesan dan meningkatkan kualiti gerakan kinestetik mereka. Gerakan kinestetik merupakan perkara penting dalam perkembangan dan latihan fizikal kanak-kanak. Penggunan gerakan kinestetik dan perancangan yang baik dapat membantu kanak-kanak lebih prihatin terhadap anggota badan dan bagaimana melakukan gerakan yang lebih berkesan. Menurut (Bucher, 1979) ciri-ciri dalam pendidikan gerakan kinestetik adalah; a) berpusatkan murid b) perlu melibatkan penyelesaian masalah c) pendidikan yang tidak terlalu formal d) melibatkan penggunaan alatan e) membenarkan pembelajaran kemahiran motor f) dapat meningkatkan kepusan dalam membuat gerakan g) menggalakkan analisis dalam gerakan yang dilakukan 2.2.3 Persepsi Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian deria, kanak-kanak perlu diberi latihan bagi menerima maklumat dengan tepat melalui deria (sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi dengan tepat yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat penting
  • 10. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut. Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran, kepekaan anggota badan, sentuhan, bau dan rasa. Antara kesemua ini, penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004). Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah; persepsi ketekalan, orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam ruang, persepsi mendalam, kawasan penglihatan, persepsi gerakan dan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila kanak-kanak ini memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk rangsangan penglihatan cahaya. Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat pemerhatian dan membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah bagi mengesan ciri sepunya, yang sama atau berbeza antara dua objek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapat membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan. Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras. Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihat hubungan antara sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek lain atau kepada orang lain yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan bola tersebut tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yang bersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bola yang terdapat di bawah meja tersebut. Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara menegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan yang berbeza. Contohnya, dalam permainan rebut bola. Seorang murid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau dicelah kakinya. Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan yang telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha untuk cuba mengambil bola dan mengawal keseimbangan badannya berkait dengan pemerhatian kedudukan ruang bola tersebut. Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanak menganggarkan jarak menegak (vertical) antara dua tempat.
  • 11. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan persepsi ini ketika memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat melangkah dengan luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi melepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanak memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadar daya yang sesuai. Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak dalam mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak- kanak dapat membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mata atau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak yang menjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan dan kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata (contohnya dalam menendang bola). Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau kepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumat diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat di dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan yang terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu kanak-kanak mengekalkan kedudukan badannya yang seimbang dan stabil. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumat atau rangsangan, akan cuba menginterpretasi maklumat yang mereka terima. Mereka akan cuba memadankannya dengan pengalaman atau maklumat dari persekitaran dan ini akan menyebabkan mereka menunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et. al., 2007). Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkap bola. Seorang kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akan mula bersedia apabila dia melihat kawannya mula ingin melontar bola tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima maklumat dari deria penglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebut dengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arah bola yang cuba hendak dilontar. Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina persepsinya sama ada kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah, begitu juga sama ada bola tersebut berada di sebelah kanan atau kiri. Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut dan arah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan
  • 12. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 menyesuaikan kedudukan tangan dan badannya untuk menyambut bola tersebut. Semua yang berlaku ini merupakan interpretasi daripada maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia dan menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang diperoleh dari deria kinestetik. Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat. Dan pada masa yang sama dia juga perlu menyesuaikan kadar Gambar dua orang kanak-kanak sedang bermain lontar bola. gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan bola tersebut. Proses menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya beberapa saat sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk bertindak dengan tepat berdasarkan rangsangan maklumat dari persekitaran (bola datang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan apa yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal gerakan badan untuk menangkap bola) merupakan tindakan yang sangat penting dalam perkembangan fizikal seorang kanak-kanak. Rajah 2.2 : Kanak-kanak mengembangkan kecekapan deria dan persepsi mereka ketika sedang bermain bersama rakan. SEMAK KENDIRI 2.2 Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan rakan sebaya
  • 13. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanak- kanak? PERKEMBANGAN MOTOR 2.3 2.3.1 Motor Halus Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah perkembangan motor merujuk kepada perkembangan fizikal atau pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga kerap kali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan tentang perkembangan motor kanak-kanak kita tidak dapat lari daripada membicarakan perkembangan motor halus dan motor kasar mereka. Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak- kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak- kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak- kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan diminta untuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara memegang buku yang betul. Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihat bagaimana seorang kanak-kanak kecil cuba mengambil mainan mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan mainan tersebut ke dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti
  • 14. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 ini termasuk manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaan motor halus. Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar. Kanak-kanak akan belajar memegang pensil, melukis dan menconteng menggunakan krayon akan mengembangkan motor halus mereka. Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentang anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekurangan yang mereka rasai akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergaul dengan rakan sebaya. AKTIVITI 2.2 Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus mereka? 2.3.2Motor Kasar Apabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanya kita akan lebih merujuk kepada perkembangan motor kasar berbanding motor halus. Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau menendang bola. Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling, memukul malah mengangkat objek yang berat. Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain
  • 15. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 itu, Gambar kanak-kanak sedang bermain dan memanjat mainan sarang lelabah bersama rakan di luar kelas. aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Pada peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak- kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008). Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakan perlulah melibatkan penggunaan lebih banyak anggota badan mereka. misalnya, aktiviti seperti memanjat mainan ‘sarang lelabah’ memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan, kaki dan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak- kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.
  • 16. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Rajah 2.3: Aktiviti memanjat seperti ini akan membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan kebolehan mengimbangkan badan. Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota bdan. Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini. Jadual 2.2 berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak; Jadual 2.2: Aktiviti motor halus dan motor kasar Motor halus Motor kasar
  • 17. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Bermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang- bengkok) Mengikat tali kasut Berkawad seperti askar Memasang butang baju Berlari dan berhenti mengikut arahan Mengguna sudu dan garpu Melompat setempat Membentuk objek dari plastisin Melompat seperti katak Memotong kek atau mainan Meniru gerakan haiwan (kucing, plastisin arnab, ular) Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayun Menggunakan ‘mouse’ komputer Memanjat tempat mainan Menulis nama Membaling dan menangkap bola Melorek atau mewarna gambar Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan 2.3.3Deria Motor Perkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan deria motor mereka. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor anggota badan. Kecekapan motor adalah tindakan saling interaksi antara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsangan oleh lima organ deria yang telah dibincangkan sebelum ini, badan akan bergerak balas bagi menentukan keadaannya serta membuat penyelarasan gerak balas yang bersesuaian. Contohnya, apabila kanak-kanak berasa tidak selesa kerana keadaan persekitaran yang panas, mereka akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa. Dalam sistem saraf kita terdapat beberapa reseptor yang memberikan maklumat untuk kita bertindak balas, antaranya;
  • 18. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 a) Proprioceptors – memberikan maklumat berkenaan ketegangan otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi b) Nocioceptors - memberikan rangsangan berkaitan kesakitan otot atau tisu badan c) Sistem vestibular – terdapat di dalam telinga dalam dan memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan dan pergerakan badan Deria motor yang berlaku pada kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis gerakan yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya, sekiranya kanak-kanak tersebut dikehendaki untuk bermain alat muzik seperti ‘rekoder’ ia akan mengerakkan jari mengikut not muzik yang diberikan. Kecekapan kanak-kanak bertindak terhadap deria motor juga dipengaruhi pengalaman mereka yang lepas. Latihan yang kerap dan bersesuaian akan membolehkan kanak-kanak ini membuat gerakan jari yang lebih mahir dan baik. Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga merupakan proses deria motor mereka berfungsi. Selain pengalaman dan latihan, kecekapan deria motor ini juga dipengaruhi oleh keinginan mereka, perhatian yang diberikan, serta kesan dan akibat yang dialami hasil tindakan tersebut. Setiap gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini merupakan contoh deria motor mereka. Justeru, setiap gerakan dan deria motor yang terlibat dalam gerakan tersebut akan menambahkan pengalaman kanak-kanak ini mempelajari sesuatu yang baru. SEMAK KENDIRI 2.3 Apakah deria utama kanak-kanak untuk mengesan rangsangan dari persekitaran ? Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan visual kanak-kanak?
  • 19. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 SEMAK KENDIRI 1.5 • Pengawalan anggota dan otot badan merupakan perkara asas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui pengawalan dan gerakan anggota badan, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahuan mereka. Kanak-kanak juga dapat meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. • Kanak-kanak juga perlu mengembangkan kemahiran kawalan manual mereka. Kebolehan mereka menggunakan jari dan tangan untuk memanipulasikan objek akan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. • Perkembangan organ deria kanak-kanak berlaku sangat pesat di awal peringkat tumbesaran mereka. Pembelajaran dan interaksi pada kanak-kanak sebahagian besar bergantung kepada penggunaan organ deria mereka. • Gerakan kinestetik merupakan antara perkembangan awal yang dapat diperhatikan berlaku pada kanak-kanak. Mereka akan menggunakan kemahiran kinestetik bagi meningkatkan kemahiran yang lain seperti bermain, berinteraksi dan menambah pengalaman pembelajaran mereka. • Rangsangan yang diterima oleh kanak-kanak akan diinterpretasikan sebagai persepsi mereka. Kemahiran membuat persepsi ini menentukan cara mereka untuk bertindak dan membuat gerakan. Cara mentafsir persepsi yang betul membolehkan kanak-kanak bertindak dengan tepat, stabil, yakin dan menggunakan daya dan tenaga yang bersesuaian. • Pergerakan anggota dan otot kanak-kanak melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Motor kasar melibatkan penggunaan otot anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat pelbagai pergerakan. Motor halus pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat genggaman, memegang atau memanipulasikan jari mereka.
  • 20. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Kawalan anggota Kawalan manual Organ deria Gerakan kinestetik Persepsi Motor kasar Motor halus Deria Motor • Bucher, C.A. (1979). Physical Education for Children: Movement Foundations and Experiences. Basingstoke:Macmillan • Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London: Routledge • Gabbard, C. (2004). Lifelong motor development (4th ed.) New York : Pearson/Cummings • Horvat, M., Martin, E. & Luke, E. (2007). Development and Adapted Physical Activity Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics. • Tansley, A.E. (1967). Reading and Remedial Reading. London: Routledge and Kegan Paul
  • 21. TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16