SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Sejarah Perlembagaan Malaysia 
Penggubalan Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 
183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan 
kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan 
Kemerdekaan 1957. 
Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan 
Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul 
Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 
Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain 
bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas 
penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang 
terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti. 
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal 
penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada 
Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan 
meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan 
pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa 
bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah 
mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara 
bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, 
menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan 
bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. 
Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan 
Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. 
Tujuan Perlembagaan 
1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil 
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah 
3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat 
4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah 
5. Menjamin riwayat negara bangsa 
6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara 
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara menyentuh pelbagai 
aspek pemerintahan iaitu : 
Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan 
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam 
diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan
harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang 
tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah. 
Bahagian 2 : Kebebasan Asasi 
Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan 
menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan 
bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki 
harta. 
Bahagian 3 : Kewarganegaraan 
Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki 
warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara 
sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana 
seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan. 
Bahagian 4 : Persekutuan 
Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di- 
Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh 
kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. 
Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada 
Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 
Bahagian 5 : Negeri-Negeri 
Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan 
Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang 
tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. 
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa 
di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal 
undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal 
undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang. 
Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan 
Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang 
kecuali melalui kuasa undang-undang. 
Bahagian 7 : Pilihan Raya 
Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. 
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih 
dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. 
Bahagian 8 : Badan Kehakiman
Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh 
dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan 
bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik. 
Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam 
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera 
dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat 
untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan 
pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya- 
Suruhajaya'. 
Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat 
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain 
dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam. 
Bahagian 11 : Am dan Pelbagai 
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk 
memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara 
kepentingan sah komuniti-komuniti lain. 
Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak 
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi 
masyarakat peribumi Sabah dan Serawak. 
Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan 
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat 
kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka. 
Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya 
Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini. 
Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja

More Related Content

What's hot

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysiaross
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaDORAEMONLINA
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Brenda Rachel Marie
 
pengajian malaysia
pengajian malaysiapengajian malaysia
pengajian malaysiadka1d
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
Negara Kesatuan
Negara KesatuanNegara Kesatuan
Negara Kesatuansuziana15
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraanwk_aiman
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
Mpu 2163 topik 3
Mpu 2163 topik 3Mpu 2163 topik 3
Mpu 2163 topik 3Nor Yusof
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimenmayanggsari
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Tesalonita Paul
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
7. perlembagaan
7. perlembagaan7. perlembagaan
7. perlembagaanwk_aiman
 

What's hot (20)

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysia
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
 
pengajian malaysia
pengajian malaysiapengajian malaysia
pengajian malaysia
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Negara Kesatuan
Negara KesatuanNegara Kesatuan
Negara Kesatuan
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
 
Perkara 153
Perkara 153Perkara 153
Perkara 153
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Mpu 2163 topik 3
Mpu 2163 topik 3Mpu 2163 topik 3
Mpu 2163 topik 3
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
7. perlembagaan
7. perlembagaan7. perlembagaan
7. perlembagaan
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Goods law
Goods lawGoods law
Goods law
 
Chamber November Breakfast Presentation - Otis Rawl "Paving the Way to the Fu...
Chamber November Breakfast Presentation - Otis Rawl "Paving the Way to the Fu...Chamber November Breakfast Presentation - Otis Rawl "Paving the Way to the Fu...
Chamber November Breakfast Presentation - Otis Rawl "Paving the Way to the Fu...
 
204 span
204 span204 span
204 span
 
Big data
Big dataBig data
Big data
 
Kelompok 1 sel
Kelompok 1 selKelompok 1 sel
Kelompok 1 sel
 
مُجتمع موزيلا الجزائر
مُجتمع موزيلا الجزائرمُجتمع موزيلا الجزائر
مُجتمع موزيلا الجزائر
 

Similar to Perlembagaan malaysia

8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Zhang Ewe
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)JASONYAPMUNHONG
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuanMahadhir Akmal
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfhambadah
 
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulatPengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulatEmily May
 

Similar to Perlembagaan malaysia (20)

Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
BAB 4.pptx
BAB 4.pptxBAB 4.pptx
BAB 4.pptx
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulatPengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
Pengajian Am Semester 1: Negara berdaulat
 

Perlembagaan malaysia

  • 1. Sejarah Perlembagaan Malaysia Penggubalan Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Tujuan Perlembagaan 1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil 2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah 3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat 4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah 5. Menjamin riwayat negara bangsa 6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu : Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan
  • 2. harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah. Bahagian 2 : Kebebasan Asasi Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta. Bahagian 3 : Kewarganegaraan Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan. Bahagian 4 : Persekutuan Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di- Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bahagian 5 : Negeri-Negeri Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang. Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang. Bahagian 7 : Pilihan Raya Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Bahagian 8 : Badan Kehakiman
  • 3. Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik. Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya- Suruhajaya'. Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam. Bahagian 11 : Am dan Pelbagai Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak. Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka. Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini. Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja