Pendidikan Umum Dan TVET

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

TUGASAN KUMPULAN
TAJUK 2 : PENDIDIKAN UMUM DAN TVET

1

NAMA
Azham Bin Aziz

NO. MATRIK
GB 130167

2

Noraziah Bt. Ramli

GB 130168

3

Afinde Bin Othman

GB 130166

Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat
Nama Kursus

: Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Kod Kursus

: MBE 12503

Program

: Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Persisir
Semester 1, Sesi 2013/2014

1
Pendidikan Umum Dan TVET

1.0 PENDIDIKAN UMUM
1.1 Sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan
dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul
bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka
dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan
sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran
Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki
perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan
berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan
berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah
Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam
datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan
‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong
royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan
Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan
agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung
Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan
organisasi pendidikan berbentuk formal.
Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)
Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan
Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular
Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan
Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor
politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.

2
Pendidikan Umum Dan TVET

Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )
Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan
Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk
menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu
klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali
semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu
telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal
bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran
untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di
tingkatkan. Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang
pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris
memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan
memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa
L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem
pendidikan perlu dirombak semula.
Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )
Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi
peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk memberikan gambaran
yang jelas mengenainya.
-

Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957
Laporan Rahman Talib 1960
Pendidikan rendah percuma
Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964
Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan
1965
Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967
Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis
Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM.
1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan.
Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara
sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya.
Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971
dikemukakan.
Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan
Kabinet 1979.
3
Pendidikan Umum Dan TVET

-

Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.

Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990
Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem
pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi
menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah
masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh itu dasar-dasar pendidikan
yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi
peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru
dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat
pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan
agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.
Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1990 hingga sekarang
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21,
penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan
program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF
diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam
menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah
(Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini
KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
1.2 Pendidikan Prasekolah
Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanakkanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan
prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki
persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
4
Pendidikan Umum Dan TVET

masuk ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun
atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah
"Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran
ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang
dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya
meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah
bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari. Bangunan
prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah. Setiap
kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan
untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500.
Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap
keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua
pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun
dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.3 Sekolah Rendah
Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan
kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan
mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia
terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum
di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah
bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar
di Sekolah Jenis Kebangsaan.Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam
diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah
dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Pelajar yang telah menduduki UPSR,
dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

1.4 Sekolah Menengah
Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa
Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi,
5
Pendidikan Umum Dan TVET

Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil
masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para
pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR,
mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan
ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran
Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang
memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.
Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu
menduduk peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di
peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom
lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan
Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan
Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap
'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah
berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan
kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O'
British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan
pada kertas keputusan.
Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran
mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana
orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan
bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan
sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata,
"Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan
mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau
9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka
yang memimpin Persatuan Pengakap."
Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar
dapat belajar diSekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki
peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination
Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM
sebagai calon persendirian. UEC diadakan olehDong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah
Sekolah Cina) sejak tahun 1975.
Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC)
dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan
peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa
pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun
6
Pendidikan Umum Dan TVET

dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa
Inggeris.
Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior)
sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka
tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan
sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi
selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh
itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan
pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki
peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML
lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi
persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera
bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka
mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke
Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara
seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui
oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia.
Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia
mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM
perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri
Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan
tersebut.

1.5 Pendidikan Pra Universiti
Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan
6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka
melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan
Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada Alevel kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya
diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di
peringkat antarabangsa.
Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi
yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya
mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi
diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi
adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai
7
Pendidikan Umum Dan TVET

berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu
bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan
universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal
seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya,
kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar
STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan
program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan
yang sama (kelayakan kemasukan universiti). Sesetengah pelajar menerima pendidikan prauniversiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program
Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa
kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program prauniversiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

1.6 Pengajian Tinggi
Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universitiuniversiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma
yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan
yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana
tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang
perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajarpelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk
mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.
Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk
mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada
ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa
menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak
kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara". Para pelajar juga dapat membuat
pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi
memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah
universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.
Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada
masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke
kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang
setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan
parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang
farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000.
8
Pendidikan Umum Dan TVET

Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia. Selain itu, terdapat
juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda
perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang
berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar.

2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET)
2.1 DEFINISI
Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti maksud
terminologi di bawah;Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu…
Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk
belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya;
Teknik bermaksud;
“pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau
kaedah mencipta sesuatu hasil seni”.
(Dewan Bahasa, 1993)

Teknikal ialah……..
“pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang
tertentu.”
(Dewan Bahasa, 1993)
Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.
Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Webster’s New World Dictionary
pula;
Vokasional ialah …….
“pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.”
(Webster’s New World Dictionary, 1991)

Vokasional bermaksud;
“pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus
pendidikan amali.”

(Kamus Dewan, 1993)

9
Pendidikan Umum Dan TVET

Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan Vokasional? Istilah
ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…
Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan semasa. Dunia
yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia, dan institusi pendidikan
bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan. Rentetan itu maka wujudlah pelbagai
jenis program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional berbeza maksudnya seperti
berikut;
Pendidikan Ketukangan ialah ………
“program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajian
teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk
pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.”

Pendidikan Seni Perusahaan ialah ………
“

pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
teknikal berkaiatan dengan industri.”

Pendidikan Teknik ialah ………
“

Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan
matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.” (Finch & Crunkilton, 1965)

Pendidikan Vokasional ialah . . .
“Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu
pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.”(Finch &
Crunkilton, 1965)

2.2 SEJARAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) DI
MALAYSIA
Sejarah perkembangan Pendidikan berorientasikan teknik dan vokasioanal di negara kita di
bahagikan kepada 4 tahap :
1. Sebelum Perang Dunia Kedua (1900 – 1940)
2. Semasa Pendudukan Jepun (1941 – 1945)
10
Pendidikan Umum Dan TVET

3. Selepas Perang Dunia Kedua ( 1945 – 1960)
4. Tahun 1960 hingga sekarang
Sebelum Perang Dunia Kedua (1900 – 1940)
Pada tahun 1906, sebuah Sekolah Teknik dibina untuk melatih juru-juruteknik bagi
Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Pada tahun 1946, sekolah itu
dinaikkan tarafnya ke Maktab dan dinamakan Maktab Teknik. Kemudian pada tahun 60-an
peranannya ditukar sekali lagi dan dinaikkan ke taraf universiti yang diberi nama Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Tahun 1926 – 1934
Empat buah Sekolah Ketukangan didirikan dengan tujuannya untuk menyalurkan satu
cabang pendidikan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang lemah dalam mata pelajaran
akademik supaya mereka dimaklumatkan dengan asas-asas kemahiran bagi persediaan untuk
melangkah ke alam pekerjaan. Kursus selama tiga tahun ditawarkan dalam bidang-bidang
mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas.
Walaubagaimanapun, kursus tersebut kurang mendapat sambutan kerana perkara-perkara
berikut:
a) Sikap masyarakat itu sendiri yang memandang rendah terhadap pekerja-pekerja kolar
biru
b) Peluang-peluang pekerjaan amat berkurangan dalam sektor perindustrian kerana
negara masih bergantung pada sektor pertanian
c) Ibu bapa tidak berminat sekaligus tidak menggalakkan dan menghalang anak-anak
mereka menjadi pekerja kolar biru. Pencapaian dalam pendidikan akademik lebih
diutamakan dan dititikberatkan
d) Sekolah Ketukangan dan kursus-kursus yang disediakan dipandang sebagai sekolah
bertaraf rendah dan hanya sesuai untuk murid-murid sekolah rendah yang pencapaian
akademiknya rendah.

Penempatan Sekolah Ketukangan
Empat buah Sekolah Ketukangan telah dibina pada peringkat awal dan ia ditempatkan di
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. Pada tahun 1946, nama sekolah-sekolah
tersebut ditukar kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School), sehinggalah
pada tahun 1969 namanya ditukar sekali lagi dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah
Vokasional (SMV).
11
Pendidikan Umum Dan TVET

Semasa Pendudukan Jepun (1941 – 1945)
Tiada sebarang rekod rasmi yang mencatatkan tentang perkembangan pendidikan teknik dan
vokasional pada zaman itu tetapi diketahui kursus bercorak teknik talah dimulakan dan
diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa
itu.
Selepas Perang Dunia Kedua (1945 – 1960)
Setelah mendapat kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, pemimpin-pemimpin
negara terus berusaha untuk menyusun satu sistem pendidikan yang bertaraf kebangsaan dengan
matlamat utama untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum serta membina satu identiti
kebangsaan ke arah mencapai integrasi nasional.
Pendidikan telah dilihat sebagai satu alat yang berkesan dan berupaya untuk mencapai
hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat dengan kemunculan Laporan Pendidikan 1956
(Laporan Razak) yang pertama kali dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu untuk
memperkenalkan satu sistem pendidikan kebangsaan.
Laporan Razak 1956 adalah satu perubahan penting dalam bidang pendidikan terutamanya,
bagi pendidikan teknik dan vokasional di Pesekutuan Tanah Melayu. Pendidikan ini diserapkan
ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dan buat pertama kali ia telah ditegaskan dan
keutamaan.
Tahun 1957 – 1960
Atas perakuan-perakuan yang terkandung di dalam Laporan Razak 1956 mengenai
pendidikan teknik dan vokasional dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 (Laporan Rahman
Talib), lapan buah Sekolah Ketukangan Luar Bandar di bina dan namanya ditukar kepada
Sekolah Lanjutan Kampung. Ojektif-objektif penubuhan adalah seperti berikut :
a) Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam
beberapa industri kecil yang pesat berkembang pada masa itu.
b) Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik
c) Memenuhi kehendak cadangan dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan .
Pada tahun 1965 dengan pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan, kesemua 19 buah
Sekolah Lanjutan Kampung itu dijadikan Sekolah Menengah Rendah yang menawarkan mata
pelajaran Seni Perusahan sebagai mata pelajaran pilihan, kecuali Sekolah Lanjutan Kampung di
Butterworth, Alor Gajah dan Pengkalan Chepa telah diubahsuai dan namanya ditukar kepada
SMV pada tahun 1966 – 1970.
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
12
Pendidikan Umum Dan TVET

Secara ringkas sistem ini mempunyai ciri-ciri berikut :
a) Semua pelajr diberi 9 tahun pendidikan – 6 tahun pendidikan sekolah rendag dan 3 tahun
pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan, jika perlu.
b) Kenaikan darjah selepas tamat 6 tahun pendidikan rendah adalah secara automatik dan
pelajar-pelajar terus diberi pendidikan tahun 7, 8 dan 9 (Tingkatan peralihan, 1, 2, dan 3)
tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.
c) Dari tahun 7 – 9 (Tingkatan 1 – 3) pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan
pravokasional iaitu pelajar-pelajar dikehendaki mengikuti satu mata pelajaran teras dan
satu mata pelajaran pravokasional, samada mata pelajaran Sains Pertanian atau
Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar-pelajar perempuan) atau Seni
Perusahan (pelajar-pelajar lelaki).
d) Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar –pelajar akan menduduki Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran samada dalam
pendidikan akademik, teknik atau vokasioanal berdasarkan kepada keputusan SRP.
Tahun 1960 Hingga Sekarang
Ekoran daripada pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (1965), mulai tahun 1968,
pendidikan peringkat menengah rendah telah diubahsuai dengan menitikberatkan dan memberi
keutamaan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan SRP agar dapat meneruskan
persekolahan ke tingkatan empat dan seterusnya menyerapkan mereka ke dalam dua jenis aliran
pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu :
1. Pendidikan Am dan Teknikal
2. Pendidikan Vokasional
Perancangan bercorak dua aliran yang berbeza ini memenuhi dua tujuan:
a) Mewujudkan pendidikan bercorak akademik tetapi berasaskan teknik dan vokasional.
b) Memastikan agar negara dapat melahirkan satu kumpulan tenaga profesional dan pekerja
mahir untuk menjamin perkembangan yang berterusan dalam sektor industri.

2.3 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN TVET
Jadual di bawah meringkaskan ciri-ciri utama sistem TEVT pada setiap peringkat:
Tahun
1897-1952

Peringkat
Kolonial
British

Ciri-ciri TEVT
a) Dilaksanakan secara kecil-kecilan dan kurang
sistematik.
b) Bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran
masyarakat Melayu. Pelatih
13
Pendidikan Umum Dan TVET

akan berkhimat kepada pihak kolonial atau
kerja sendiri.

1952 –1978 Awal
Kemerdekaan

c) Sasaran pelatih ialah orang dewasa.
d) Bidang yang diutamakan ialah pembinaan
landasan keretapi, pertanian dan sains
rumahtangga.
e) Pembekal TEVT ialah kerajaan.
Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran.
Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup
untuk keperluan agensiagensi
kerajaan.
Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah
menengah.
Merangkumi semua bidang industri utama.
Pembekal TEVT ialah kerajaan.

1979 –2010 Pembangunan Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran.
Perindustrian
Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup
untuk keperluan syarikatsyarikat swasta dan
kerajaan.
Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah
menengah dan pekerja yang tidak mahir.
Merangkumi semua
termasuk hospitaliti.

bidang

industri

utama

Pembekal TEVT ialah kerajaan dan swasta.
2.4 MATLAMAT , TUJUAN DAN OBJEKTIF TVET
Pada tahun 1960an,UNESCO telah menyarankan agar TVET dijadikan sebahagian
daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada
budaya. TVET bukan sahaja memberi latihan kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan
untuk bekerja tetapi juga :
a) Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku
b) Dilengkapi dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan dan
c) Dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah
14
Pendidikan Umum Dan TVET

Objektif TVET
Pada tahun 1971, Rupert Evans telah membentuk 3 objektif asas bagi pendidikan
vokasional iaitu :
a) Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja
b) Meningkatkan pilihan individu dan
c) Sebagai daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan
Sehingga kini, objektif yang diutarakan oleh Evans masih boleh dijadikan panduan dan
dasar bagi membentuk objektif TVET
Matlamat, Tujuan Dan Objektif Asal TVET Di Malaysia
Selaras dengan FPN :
1.
2.
3.
4.

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Tujuan
Daripada matlamat Pendidikan Negara :
1. Membentuk kemahiran , kebolehan dan kefahaman dalam bidang pekerjaan bagi setiap
pelajar
2. Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dalam diri pelajar
3. Menyediakan pekerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan tenaga manusia
terlatih
4. Membuka peluang kepada pelajar perbaiki kualiti hidup dengan mengembangkan potensi
diri
Objektif
Selaras dengan tujuan PTV , Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (1964) telah gubal
objektif berdasarkan akronim PRIME:
1. Performance - Tingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar TVET dalam bidang
kurikulum dan Ko-kurikulum
15
Pendidikan Umum Dan TVET

2. Respectability - Lahirkan pelajar TVET yang aktif dan berpandangan positif terhadap
pendidikan am dan PTV
3. Image - Meninggikan imej dan usaha PTV di mata masyarakat
4. Manpower - Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta
mempunyai etika kerja baik bagi memenuhi keperluan negara
5. Expectation - Memenuhi inspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara ke arah
melahirkan generasi yang produktif dan bersatu padu
Usaha untuk capai PRIME melalui 3 jenis institutsi di bawah KPM iaitu SMV, SMT dan
Politeknik.
Objektif Baru TVET
Objektif baru TVET melalui Jabatan Pendidikan Teknikal selepas Akta Pendidikan 1995 :
1. Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat kepada pendidikan sains dan
teknikal
2. Menawarkan program berorientasi teknologi kepada pelajar yang berpotensi untuk
menjadi pekerja separa mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan
Diperkemaskan lagi menjadi :
1.Menyedia pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor
perdagangan, industri dan pertanian
2. Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional

2.5 PERKEMBANGAN TVET DI MALAYSIA
Pendidikan Teknikal Atau Pendidikan Vokasional
•

•

Sebelum Akta Pendidikan 1995 berkuatkuasa, perlaksanaan pendidikan teknikal dan
pendidikan vokasional yang dilaksanakan oleh KPM telah dipisahkan diperingkat
menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5
Tujuan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional KPM turut berbeza

Pendidikan Teknikal
Tujuan pendidikan teknikal adalah :
16
Pendidikan Umum Dan TVET

1. Memberi pendidikan am akademik yang seimbang
2. Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang
cenderung ke arah bidang tersebut
3. Memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang teknikal
4. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di IPT
Pendidikan Vokasional
Tujuan pendidikan vokasional adalah :
1. Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas bagi
memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan
2. Membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk beri peluang kepada pelajar
melanjutkan pengajian dan latihan dalam bidang teknikal ataupun vokasional
KPM telah laksanakan pendidikan teknikal dan pendidikal vokasional melalui sekolah
menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Apabila JPT mengantikan BPTV, perkataan
vokasional digugurkan. Sekolah menengah vokasional dinaik taraf kepada sekolah menengah
teknik.Aliran vokasional dan latihan kemahiran diteruskan. Sistem pendidikan vokasional
diteruskan. Pelajar aliran vokasional duduki SPMV. Pelajar aliran kemahiran dinilai melalui
sistem pertauliahan oleh MLVK
Latihan Kemahiran
Tujuan latihan kemahiran adalah :
1. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam bidang akademik
supaya dapat terus melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran yang sesuai
2. Pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan kemahiran yang sesuai dengan alam pekerjaan
yang diminati
3. Dapat mengurangkan tahap keciciran di kalangan pelajar dan seterusnya mengurangkan
pengangguran
Ahmad (2003) dalam penulisannya telah mendapati bahawa sistem pendidikan teknik dan
vokasional di Malaysia dan sistem latihan (TVET) telah semakin berkembang dari masa ke
masa dan berkembang ke tiga arah yang berbeza iaitu pendidikan tinggi, pendidikan teknik dan
vokasional, dan juga latihan kemahiran. Penjelasan yang sama berkenaan dengan sistem
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia serta sistem latihannya juga telah dibuat oleh
Rashid & Nasir (2003) yang membahagikan sistem pendidikan teknik dan vokasional kepada
berikut:
a) Tertier atau pendidikan tinggi di universiti dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
17
Pendidikan Umum Dan TVET

b) Pendidikan teknik dan vokasional yang dilakukan terutamanya dalam sistem sekolah
formal di bawah Kementerian Pendidikan.
c) Pasca-sekunder TVET, termasuk latihan kemahiran yang dijalankan menggunakan
aliran sekolah menengah vokasional tetapi dipantau oleh orang awam dan lembaga
latihan kemahiran dari pihak swasta.
Satu kajian yang bertajuk “Basic Study on Designing a Dual Training Scheme in
Malaysia” telah dilakukan pada tahun 1997 hingga 1999 oleh pasukan perunding yang terkenal
dari Jerman. Hasil daripada kajian tersebut, perunding tersebut telah menggambarkan sistem
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia adalah seperti berikut:
a) Subsistem 1: pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang dilaksanakan di
sekolah-sekolah menengah atas di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Ini
benar-benar terintegrasi ke dalam sistem pendidikan umum yang mana pada akhir
persekolahan nanti mereka perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.
b) Subsistem 2: pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang tidak berada di bawah
Kementerian Pendidikan namun dikendalikan oleh Kementerian Persekutuan lain
seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, dan lain-lain.
c) Subsistem 3: penilaian dan pensijilan kemahiran kerja yang dilakukan berdasarkan
kepada Standard Skill Pekerjaan Nasional dan Sistem Pensijilan. Sistem ini bermula
Akhmal Annas Hasmori, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres
216 dengan memperkenalkan tiga tahap sistem pensijilan iaitu asas, pertengahan dan
berkemahiran. Namun yang demikian, pada tahun 1992, sebuah sistem baru telah
diperkenalkan iaitu sistem yang menggunakan 5 tahap kemahiran. Ini diikuti pula
dengan pengenalan pendekatan akreditasi pada tahun 1993 dan dijalankan oleh
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Agensi Kerajaan Yang Menyediakan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET)
Agensi
Kementerian
Pelajaran

Huraian
*Sekolah rendah -KBSR
*Sekolah Menengah Teknik
Vokasional dan Kemahiran

Kementerian

–

*Sekolah Menengah Pendidikan Khas
*Politeknik
18

Aliran

teknikal,
Pendidikan Umum Dan TVET

Pengajian Tinggi
*Kolej komuniti
Kementerian Sumber *Institut Latihan Perindustrian
Manusia
*Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan

Kementerian
dan Sukan
Kementerian
Pembangunan
Koperasi

*Pusat Teknologi Tinggi
Belia *Institut Kemahiran Belia Negara
*Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara
*Institut Kemahiran MARA
dan
*Kolej Kemahiran Tinggi MARA
*Pusat Giat MARA
*Universiti Kuala Lumpur
*German-Malaysian Institut

2.6 SISTEM TVET NEGARA LAIN
Sistem Teknikal Dan Vokasional Dunia
Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan tolakan besar ke atas
permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan separa
mahir. Ini sememangnya memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah
negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang
berkebolehan serta mahir. Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah lebih
ke arah perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan vokasional
menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri
serta pasaran semasa. Melahirkan sumber tenaga manusia yang berkebolehan, bermotivasi tinggi,
cekap dan produktif adalah penting bagi meningkatkan kadar produktiviti negara.
Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan teknologi tinggi
dan teknologi maklumat, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan atau swasta yang terlibat dengan
pendidikan teknik and vokasional ini untuk membuat perancangan yang teliti dan komprehensif
bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat mampu memenuhi keperluan
19
Pendidikan Umum Dan TVET

sesebuah negara. Sektor pendidikan dikatakan dapat membantu mengekalkan daya saing
sesebuah negara melalui peningkatan dalam tingkat dan kemahiran penduduk, namun sekiranya
perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan perkembangan ekonomi semasa,
maka peranan ini mungkin akan terjejas.
Objektif sistem pendidikan teknik dan vokasional secara umumnya adalah bagi melatih
para pelajar untuk pekerjaan dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari awal lagi.
Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi menyediakan
latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka
memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Antara objektif utama sistem
pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan
kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan.Membina tabiat bekerja
dan sikap yang baik pada diri sendiri, khususnya sikap bertanggungjawab dan kesungguhan,
supaya menjadi rakyat berguna dan produktif.Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan
pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.
Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kita dapat melihat akan kepentingan pendidikan
teknik dan vokasional dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan yang
mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi keperluan guna
tenaga manusia di sesebuah negara.

Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Jerman
Sistem TVET dianggap satu kekuatan utama sistem pendidikan di Jerman yang mana
sebanyak 60 – 70 % daripada pelajar (lebih daripada 1.6 juta) memasuki sekolah vokasional.
Latihan ini menyedikan banyak program latihan merangkumi hamper 340 pekerjaan dan sangat
popular dalam kalangan lepasa sekolah di Jerman. Sistem latihan ini sangat Berjaya dengan
kadar penggangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian adalah rendah
iaitu 3 %. Pendidikan vokasional yang paling banyak dilaksanakan adalah sistem altihan
perantisan. Perantis dilatih oleh majikan dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi (3 – 4 hari
seminggu) dan mendapat pendidikan teori di sekolah vokasional (1-2 hari seminggu). Di
damping memperolehi kelayakan yang diiktiraf (sijil dikeluarkan oleh dawn perniagan) apabila
tamat pengajian, perantis juga mendapat gaji daripada majikan. Melalui sistem ini, pelajar
terlibat dalam pekerjaan bergaji dan menerima latihan yang diiktiraf selaras dengan keperluan
pasaran pekerjaan. Peratus pekerja tidak mahir dan penggangguran dalm kalangan belia di
Jerman adalah rendah. Sektor swasta menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan dan sektor
awam terlibat dalam pembiayaan dan penyampaian TVET. Di samping penyediaan dan
pembiayaan latihan, sector swasta terlibat dalam penambahbaikan kurikulum latihan, pindaan
20
Pendidikan Umum Dan TVET

peraturan latihan, khidmat nasihat dan penyeliaan latihan serta urusan pentadbiran peperiksaan.
Pada masa yang sama, kerajaan terlibat dalam menggubal peraturan latihan, menetapkan
kurikulum dan membiayai tenaga pengajar di sekolah vokasional. Kerajaan juga memainkan
peranan yang sangat aktif dalam penyelarasan penawaran dan bilangan tempat TVET.

Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Rusia
Perubahan sistem pemerintahan Rusia daripada totalitarian kepada demokrasi telah
memberi perubahan yang mendalam kepada ekonomi dan sosial Rusia. Permintaan terhadap
keperluan manusia semakin tinggi dan ini menyebabkan keperluan terhadap sistem pendidikan
vokasional semakin mendapat permintaan. Oleh kerana permintaan terhadap tenaga kerja yang
mahir dan separa mahir semakin bertambah, maka model pendidikan vokasional baru telah
dibentuk sebagai sistem interaksi antara negara, pekerja dan perniagaan.
Pihak kerajaan Rusia telah memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan
pendidikan vokasional ini. Antara peranan yang telah dimainkan adalah penyelidikan dalam
pendidikan vokasional, merangka standard untuk pendidikan vokasional, mengenalpasti
persamaan antara diploma pendidikan vokasional dinegara luar denganRusia.
Sistem pendidikan vokasional yang baru telah digubal Rusia. Pendidikan vokasional di
Rusia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pendidikan vokasional rendah,
pendidikan vokasional menengah, pendidikan vokasional tinggi, pendidikan vokasional lepasan
ijazah dan pendidikan vokasional tambahan/khas.
Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Amerika
Amerika Syarikat menggunakan Model Integrasi Pendidikan Akademik Dan Vokasional.
Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati sebanyak lapan model pendekatan yang
telah dilaksanakan dalam usaha integrasi ini. ( Grubb, Davis, Philal & Morgain, 15).
a) Model 1 : memperbanyakan isi kandungan akademik ke dalam
kursus- kursus vokasional
b) Model 2 : penyatuan guru-guru vokasional dan akademik
c) Model 3 : mengaitkan kurikulum akademik dengan alam vokasional
d) Model 4 : penyelarasan kedua-dua kurikulum
e) Model 5 : integrasi melalui projek tahun akhir ( senior project)
f) Model 6 : model akademik
g) Model 7 : sekolah magnet dan sekolah tinggi (occupational high
21
Pendidikan Umum Dan TVET

school)
h) Model 8: kelompok kerjaya (occupational cluster)

2.7 TRANSFORMASI TVET
Cabaran Dan Masalah TVET
Sungguhpun banyak usaha dan sumber telah disalurkan bagi memperkasakan sistem
pendidikan TVET oleh kerajaan, masih terdapat beberapa masalah serta cabaran utama yang
menghalang Malaysia menjadi sebuah negara berpendidikan vokasional dan teknikal yang maju.
Menurut Dr. Chang Yun Fah (2012), hasil kajian yang dilakukan terdapat tiga cabaran utama dan
beberapa masalah berkaitan dengannya dalam sistem TVET yang sedia ada dan masalah yang
dikemukakan ini sama ada gagal diberi perhatian sewajarnya dalam rancangan transformasi
TVET ataupun perhatian yang diberi memang tidak mencukupi.
1) Cabaran Pertama: Menambah baik Persepsi Terhadap TVET
Secara umumnya, orang ramai di Malaysia terutama pelajar mempunyai persepsi yang
kurang baik terhadap pendidikan TVET. Jika di negara/kawasan maju seperti Jerman, Austria
dan Taiwan, ramai pelajar memilih kerja teknikal dan vokasional sebagai kerjaya mereka, tetapi
belia di Malaysia enggan memilih aliran pendidikan alternatif ini sungguhpun mereka lemah
dalam akademik. Persepsi negatif ini sebahagian besarnya disebabkan oleh masalah-masalah
yang berikut:
Masalah 1: TVET Dijadikan Tempat Mengisi Pelajar Lemah
Sekolah vokasional sering dijadikan tempat mengisi pelajar yang tercicir dari sekolah
atau lemah pencapaian akademik. Malah, mereka yang menuntut di sekolah vokasional sering
dianggap pelajar nakal dan tidak berdisiplin oleh orang ramai. Adakalanya pihak berkenaan yang
membuat promosi TVET juka meggunakan perkataan menghina seperti ‘untuk pelajar lemah’,
‘gagal dalam peperiksaan’, dan ‘belia menganggur’ sebagai tarikan. Tindakan dan salah faham
ini memberi gambaran kepada orang ramai bahawa pendidikan TVET sesuatu yang tidak
berkualiti dan pada akhirnya akan menjejaskan usaha kerajaan menjadikan TVET sebagai pilihan
utama pelajar. Oleh itu, penekanan promosi TVET harus diberi kepada pendidikan alternatif bagi
mereka yang mempunyai bakat selain akademik.
Masalah 2: Pengiktirafan Yang Rendah Oleh Kerajaan dan Masyarakat
Selama ini, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaaan hanya memberi perhatian
dan bantuan kepada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Banyak bantuan
22
Pendidikan Umum Dan TVET

dari segi biasiswa, pinjaman dan peluang melanjutkan pelajaran akan disediakan untuk golongan
pelajar terbaik dalam akademik. Namun, keadaan yang sama tidak berlaku kepada pelajar TVET
yang cemerlang mahupun mengharungkan nama negara di arena antarabangsa. Sebagai contoh,
Cik See WY yang telah memenangi pingat gangsa kategori seni kecantikan dalam Pertandingan
Kemahiran Dunia 2012 di London terpaksa bekerja di Singapura untuk mendapatkan dana
melanjutkan pelajaran dan pengalaman. Pengiktirafan yang tidak seimbang antara pelajar
cemerlang dalam akademik dan TVET juga berlaku di dalam liputan media tempatan. Adalah
biasa bagi media tempatan membuat liputan besar-besaran apabila terdapat pelajar yang
mencapai kejayaan besar dalam mana-mana bidang akademik, sebaliknya mereka menganggap
pencapaian dalam TVET tidak mempunyai ‘nilai berita’ yang besar. Satu contoh yang baik ialah
wakil-wakil Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dalam Pertandingan Kemahiran Asean
2010 di Bangkok (memenangi 7 pingat) dan Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London
(memenangi 5 pingat daripada 10 acara ditandingkan). Malangnya, media tempatan sama ada
surat akhbar, radio atau televisyen hanya memberi liputan yang sangat kecil jika berbanding
dengan liputan televisyen yang dibuat oleh NTDTV dari Taiwan (www.ntdtv.com).
Masalah 3: Peluang Melanjutkan Pelajaran Tinggi Yang Terhad
Sijil TVET diberi pengiktirafan yang tinggi dan setanding dengan sijil-sijil akademik di
banyak Negara maju. Pelajar-pelajar TVET boleh melanjutkan pelajaran mereka sehingga tahap
universiti mahupun pasca siswazah. Namun, pelajar TVET di Malaysia menghadapi kekurangan
pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas memperolehi diploma atau diploma lanjutan.
Sebagai contohnya, terdapat 11 buah university teknikal dan 50 buah institut teknikal yang
menawarkan ijazah tinggi di Taiwan sejak tahun 1990an (Mei,2001). Memandangkan Malaysia
hanya mempunyai 4 buah universiti teknikal awam selepas tahun 2000.Kebanyakan institusi
TVET awam di Malaysia hanya menawarkan kursus sehingga peringkat diploma atau diploma
lanjutan. Sekiranya pelajar TVET ingin mendapatkan ijazah, mereka terpaksa melanjutkan
pelajaran TVET di luar negara ataupun mengambil ijazah akademik di universiti tempatan.
2) Cabaran Kedua: Mengarus-perdanakan TVET
Berhubung kait dengan cabaran yang pertama, wujudnya ketidakseimbangan dalam
sistem pendidikanMMalaysia di antara aliran TVET dan aliran akademik. Apa yang lebih
membimbangkan ialah berlakunya marginalisasi terhadap pendidikan TVET di sebalik segala
usaha kerajaan memperkasakan pendidikan TVET. Antara masalah yang menghalang usaha
mengaras-perdanakan TVET ialah:
Masalah 1: Bilangan Kemasukan Pelajar TVET Yang Rendah
Persepsi negatif orang ramai terhadap pendididkan TVET jelas digambarkan oleh kadar
kemasukan pelajar di pelbagai institusi TVET berbanding dengan pendidikan akademik. Pada
tahun 2010, hanya seramai 25,000 pelajar memasuki sekolah teknik dan vokasional jika
berbanding dengan 453,000 pelajar yang menduduki SPM (JPK, 2011), iaitu 100 orang yang
23
Pendidikan Umum Dan TVET

menuntut di sekolah menengah, lebih kurang 5 orang sahaja yang memilih aliran kemahiran.
Tambahan pula, enrolmen peringkat sijil di 70 buah kolej komuniti seluruh Negara hanya
mencatatkan sebanyak 16,415 pelajar dan 17,814 pelajar pada tahun 2009 dan 2010 masingmasing, manakala enrolmen pada peringkat diploma hanya seramai 864 orang dan 386 orang
pada kedua-dua tahun berkenaan (Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2010). Pada
keseluruhannya, enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat
menengah atas bagi Malaysia hanya 10% berbanding kadar purata 44% di negara OECD (JPK,
2011). Di Singapura pula, kira-kira 75% daripada pelajarnya disalurkan kepada latihan TVET di
semua peringkat, iaitu 25% ke Institut Pendidikan Teknikal, 40% ke Politeknik dan 10% ke pusat
latihan swasta (Law, 2007).
Masalah 2: Syarat Kemasukan Yang Terlalu Tinggi
Salah satu penghalang utama hasrat kerajaan mengarus-perdanakan pendidikan TVET
datang daripada syarat kemasukan yang dikenakan kepada kebanyakan kursus TVET didapati
terlalu tinggi bagi golongan sasarannya. Sistem pendidikan TVET di Malaysia dibahagikan
kepada tiga aliran iaitu aliran teknikal untuk pelajar yang cemerlang, aliran vokasional untuk
pelajar sederhana dan aliran kemahiran untuk pelajar yang lemah dalam akademik. Aliran
teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional dan
kemahiran lebih menekankan komponen praktikal. Selama ini, pelajar cemerlang di Malaysia
lebih cenderung kepada pendidikan akademik berbanding dengan teknikal. Fenomena ini dapat
diperhatikan melalui kadar kemasukan sekolah menengah teknik yang tidak menggalakkan
sungguhpun syarat kemasukan bukan satu isu yang ditimbulkan. Apa yang menarik perhatian di
sini ialah golongan pelajar yang menjadi sasaran aliran vokasional dan kemahiran. Kebanyakan
daripada pelajar sasaran ini merupakan mereka yang kurang minat dalam akademik mahupun
tercicir daripada sekolah sebelum tamat Tingkatan 5. Ramai di antara mereka juga tidak dapat
menguasai Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik, mahupun gagal dalam peperiksaan
PMR. Namun, kajian kami mendapati kebanyakan kursus-kursus TVET yang ditawarkan oleh
pelbagai kementerian (kecuali Kolej Komuniti) mengenakan syarat yang amat tinggi, iaitu
lepasan SPM (atau Tingkatan 5) dengan kepujian di dalam beberapa matepelajaran tertentu.
Jadual 3 memberikan beberapa contoh syarat yang dikenakan oleh pelbagai institusi TVET
dalam kursus tertentu. Bagi pelajar yang lemah, syarat-syarat tersebut terlalu tinggi, manakala
bagi pelajar yang memenuhi syarat tersebut sudah tentu mempunyai pilihan lain seperti program
asasi (foundation programme) yang disediakan oleh kebanyakan university swasta. Masalah ini
bukan sahaja berlaku di peringkat lepasan menengah atas, bahkan ia juga berlaku kepada pelajar
lepasan PMR. Kementerian Pelajaran telah menetapkan syarat minimum kemasukan Sekolah
Menengah Teknik sebagai gred B dalam semua subjek peperiksaan PMR, manakala pelajar perlu
mendapat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam semua subjek untuk kursus aliran
vokasional dan gred D dalam semua subjek untuk kursus aliran kemahiran di Sekolah Menengah
Vokasional. Ini bererti seorang pelajar yang memperolehi satu gred E dan semua yang lain gred
D ke atas tidak layak memohon kursus vokasional.
24
Pendidikan Umum Dan TVET

Masalah 3: Tiada penyelarasan di antara agensi-agensi menawarkan kursus TVET
Statistik kasar yang diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran menunjukkan
terdapat lebih kurang 538 buah institusi awam dan negeri yang menawarkan pendidikan TVET
di Malaysia. Semua institusi TVET ini diurus dan dikawal oleh pelbagai kementerian dan
kerajaan negeri yang berlainan. Masalah yang paling besar ialah kualiti dan tahap sijil TVET
yang dikeluarkan oleh kementerian dan institusi berlainan adalah tidak seragam. Misalnya
GiatMARA mempunyai sistem persijilan sendiri yang berlainan daripada Sijil Kemahiran
Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia.
3) Cabaran Ketiga: Mengatasi Masalah Polarisasi Kaum di TVET
Masalah polarisasi etnik merupakan cabaran ketiga yang menghalang proses
mentransformasikan TVET di Malaysia. Fenomena ini wujud apabila pelajar dari sesuatu kaum
lebih cenderung kepada laluan pendidikan TVET tertentu serta suasana dan budaya pembelajaran
di institusi TVET awam tidak disukai pelajar bukan Bumiputera.
Masalah 1: Laluan Pendidikan TVET Yang Berbeza Di Antara Kaum Berlainan
Laluan pendidikan TVET dapat dibahagikan kepada lima kategori mengikut tempat dan
cara pembelajarannya, iaitu menuntut di institusi awam, menuntut di institusi swasta, latihan
sambil bekerja (program apperentis) di syarikat, melanjutkan pelajaran di luar negara dan
pembelajaran secara tidak formal di bengkel-bengkel kecil. Kelima-lima laluan pendidikan
TVET tersebut mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing dan pelajar akan
memilihnya mengikut kegemaran, kesesuaian, kelayakan dan tanggungan kewangan dirinya
sendiri. Misalnya, laluan pembelajaran secara tidak formal mempunyai banyak kelemahan
seperti tidak mempunyai sijil yang diiktiraf dan kurang pendedahan kepada teknologi terbaru,
tetapi ia amat digemari oleh mereka yang tercicir daripada sekolah dan memerlukan pendapatan
segera. Selain itu, banyak institusi swasta menawarkan sijil dari luar negara dengan suasana
pembelajaran yang lebih selesa tetapi kos pembelajarannya amat tinggi. Atas sebab-sebab
tertentu, kami dapat memerhatikan bahawa kaum Bumiputera lebih cenderung kepada menuntut
di institusi awam dan mengikuti program apperentis yang dikendalikan oleh Kementerian
Sumber Manusia. Sebaliknya, institusi awam sering menghadapi masalah untuk menarik pelajar
bukan Bumiputera yang lebih suka latihan tidak formal (pelajar yang lemah dalam akademik dan
miskin) atau ke luar Negara (ramai pelajar Cina mempelajari kemahiran di Taiwan melalui satu
program yang diusahakan oleh FAATUM). Sebagai contohnya, bilangan pelajar bukan
Bumiputera di SMT dan SMV pada tahun 2010 hanya mencapai 1.66% daripada 60,590 pelajar,
kira-kira 3% di Politeknik dan Kolej Komuniti, dan kurang daripada 1% di IKBN. Sungguhpun
terdapat pelajar dari semua kaum yang menuntut di institusi swasta, namun mereka lebih
cenderung kepada memilih institusi swasta tertentu yang kebanyakan pelajarnya adalah daripada
kaum yang sama.
25
Pendidikan Umum Dan TVET

Masalah 2: Suasana Pempelajaran TVET Yang Tidak Mesra Kepada Kuam Bukan
Bumiputera
Antara dua sebab utama yang diberi oleh pelajar bukan Bumiputera mengapa mereka
tidak memilih institusi TVET awam ialah kekurangan rakan sesama kaum di institusi awam
tersebut atau mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus yang terlalu
menekan kepada budaya sesuatu kaum sahaja. Beberapa kes sebenar berlaku di mana pelajar
yang baru berdaftar di institusi TVET awam menarik diri setelah mengetahui beliau adalah
pelajar bukan Bumiputera yang tunggal. Selain itu, ramai pelajar Cina enggan memohon kepada
institusi TVET awam kerana mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia.

2.8 PENAMBAHBAIKAN TVET
2.8.1 Mengarusperdanakan TVET di Malaysia
Menurut laporan Utusan (2010), Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam
rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan
teknikal dan latihan vokasional (TVET) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan
dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja.TEVT
bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan
pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam
bidang teknikal dan vokasional.TVET menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh
digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TVET menjadi pilihan pendidikan perdana di
kebanyakan negara maju.
Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan
negara berpendapatan tinggi.Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik
dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara.Kadar
purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah
atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus,
berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.Penambahbaikkan peluang, akses dan kualiti TVET
untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikkan laluan akademik
pendidikan tertiari.Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan memberi
26
Pendidikan Umum Dan TVET

peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TVET dengan akademik seperti yang
ditunjukkan dalam pendidikan TVET di peringkat sekolah menengah yang mempunyai dua
aliran utama iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen
akademik manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on.Kemahiran
TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang
berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja.
Oleh itu, kos berkaitan TVET perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industri dan
pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.Dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10), empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan
memperluas akses kepada TVET yang berkualiti:
a) Menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajar
Penambahbaikkan persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai
pelajarTerdapat banyak peluang untuk penyedia TVET awam dan swasta menarik
lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TVET dan
meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan.Bagi tujuan
ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TVET kepada
pelajar, penyedia latihan dan industri.tempoh RMK-10, kempen media di peringkat
nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan
penambahbaikkan persepsi terhadap TVET.Kumpulan sasar utama adalah pelajar
yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap
manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TVET, seperti gaji
permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam.Pelbagai saluran
penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk
menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar.Kaunselor di sekolah akan
diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi
membantu pelajar, bermula dari tingkatan empat berterusan sehingga pelajar
berkenaan memasuki pendidikan tertiari.Langkah ini adalah untuk memastikan lebih
ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan
keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor
sekolah akan dibentuk di setiap daerah.Kumpulan kaunseling ini akan
bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TVET dan
majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui
pertukaran maklumat.Kumpulan ini akan bertanggungjawab menyediakan panduan ke
aliran vokasional dan kemahiran di sekolah teknik yang akan dijenamakan semula
bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar berkecenderungan teknikal
dan meningkatkan kesedaran berkaitan TVET.Bagi memberi tumpuan yang lebih
27
Pendidikan Umum Dan TVET

tinggi kepada bidang vokasional yang lebih menitik- beratkan kepada latihan handson dan menyediakan lebih banyak kursus yang sesuai, sebanyak 69 daripada 88
sekolah teknik akan ditukar menjadi sekolah vokasional dan enam sekolah vokasional
baru akan dibina menjelang tahun 2015.Pembelajaran berasaskan projekPendekatan
pembelajaran berasaskan pen- geluaran dan berasaskan projek akan diperkenalkan
untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan program TVET kepada majikan dan
pelajar.Pendekatan ini akan menggalakkan penyertaan industri secara langsung dalam
program latihan kemahiran, di samping mengoptimumkan penggunaan kemudahan
dan peralatan di institusi TVET.Pendekatan ini akan menggandakan enrolmen di
sekolah menengah aliran vokasional dan kemahiran pada akhir tempoh rancangan
yang mana enrolmen semasa adalah seramai 32,000 pelajar. Peningkatan ini akan
memberi sumbangan yang ketara dalam menambah bilangan pekerja mahir dan
separa mahir.Kerajaan akan menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan
program sangkutan industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi TVET.

b) Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif
Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui
peluasan program tenaga pengajar sambilan.Langkah ini akan menarik mereka yang
berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di
industri.Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan
perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya
meningkatkan kebolehpasaran pelatih.
c) Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TVET selaras dengan
keperluan industri; dan
Kerjasama antara institusi TVET dengan industri dalam pertukaran personel akan
diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program
penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi
terkini.Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di
institusi TVET bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka
d) Memperkemas penyampaian TVET.

28
Pendidikan Umum Dan TVET

Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga
pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan
dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang
baru.Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi
menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun.Selain itu, Jabatan
Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi
latihan kemahiran awam yang lain.
2.8.2 Memperkasa Pendidikan Vokasional Dan Teknikal
Menurut cadangan yang dibuat oleh Baharudin Ali Masrom Al-Haj (2012) dalm penulisannya
mengutarakan beberapa cadangan dalam menrefomasikan pendidikan Teknik dan Vokasional.
Antara cadangan yang telah dibuat ialah:
1. Cadangan penambahan bidang vokasional dan teknikal
Cadangan pertama ialah supaya bidang kemahiran vokasional dan teknikal sedia ada
ditambah lagi 41 bidang, menjadikannya 70 bidang pada tahun 2015, dan perlu ditambah dari
semasa ke semasa. Bidangbidangkemahiran vokasional dan teknikal amat penting bagi mengisi
pasaran pekerjaan sedia ada.Bidang-bidang kemahiran ini amat berkait rapat dengan dunia
keusahawanan dan dengan itu subjek iniperlu diajar serentak dengan bidang kemahiran tersebut.
Antara bidang baharu yang dicadangkan ialah:
1. Teknologi Makanan Ruminan
2. Pertukangan Kayu
3. Fotostat dan Menjilid
4. Pengendalian Mesin Cetak

2. Cadangan mulakan sekolah vokasional dari tingkatan satu
Cadangan kedua ialah supaya pendidikan vokasional dan teknikal dimulakan sejak
tingkatan satu, bukantingkatan 4 – 5 seperti sekarang kerana ia agak lewat. Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, 60% daripadapelajar tidak meminati bidang akademik, sebaliknya
berpotensi dan lebih berminat dalam bidang non-akademik.Pelajar yang berpotensi “gagal”
dalam bidang akademik ini sepatutnya awal-awal lagi disalurkan ke bidang vokasional dan
teknikal.Untuk itu, mereka perlu digilap lebih awal, iaitu semasa di tingkatan satu lagi. Sistem
persekolahan di peringkat rendah sepatutnya sudah berjaya mengenalpasti potensi pelajar, sama
ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan profesional, ataupun ke bidang vokasional dan
teknikal. Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak sesuai di bidang akademik
belajar perkara-perkara yang tidak diminati. Sebaliknya mereka terus disalurkan ke bidang
kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka.

29
Pendidikan Umum Dan TVET

3. Cadangan wujudkan subjek kemahiran merentas kurikulum
Cadangan ketiga ialah supaya diwujudkan subjek-subjek yang merentas kurikulum. Ia
penting bagi memberikan keseimbangan pembelajaran supaya para pelajar tidak ketinggalan dan
buta ilmu dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat dan bernegara kelak. Antaranya ialah:
1. Bahasa – Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin dan Tamil
2. Pengajian Agama
3. Asas Akhlak dan Disiplin
4. Asas Pengurusan
5. Asas Keusahawanan
4. PLKN ditukar kepada program latihan kemahiran nasional
Sementara kita melaksanakan sistem pendidikan vokasional dan teknikal mulai tahun
2015, sesuatu harus dilakukan sekarang supaya kohort pelajar tahun 2013 – 2016 tidak
ketinggalan. Oleh itu, PLKN ini perlu diubah atau diberi nafas baharu. Ia mungkin boleh ditukar
menjadi Program Latihan Kemahiran Negara. Bagi matlamat melahirkan tenaga separuh
mahir, mulai tahun 2013 PLKN baru ini boleh dilaksanakan dengan memberikan kursus jangka
pendek selama 6 bulan dalam semua bidang yang dikenalpasti berpotensi dan bersesuaian
dengan industri, di samping penerapan semangat patriotisme dan nilai-nilai spiritual.
3.0 KESIMPULAN
Sistem TVET di setiap negara adalah unik mengikut pembangunan dan sejarahnya
sendiri. Di Malaysia, perkembangan dan perubahan sistem TVET sering dihubungkait dengan
pembangunan ekonominya sejak tahun 1897. Apabila ekonomi negara disusun semula dari
intensif-pekerja (labour intensive) kepada intensif modal (capital-intensive) dan kemudian
intensif-ilmu (knowledge-intensive), sistem TVET juga berubah sejajar dengan keperluan
ekonomi bagi memastikan modal insan yang dilatih mempunyai nilai, kemahiran dan
pengetahuan yang relevan. Walau bagaimanapun, pencapaian pendidikan TVET Malaysia masih
jauh tertinggal di belakang berbanding dengan negara-negara maju lain. Tiga cabaran yang
disebutkan dalam kertas kerja ini perlu diberi perhatian sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap
negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 sebagaimana yang dirancap di bawah
ETP. Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil seperti sistem penyampaian informasi yang
lebih berkesan dan cekap bagi menambahbaik persepsi orang awam terhadap pendidikan TVET.
Selain itu, tiada penyelarasan antara pelbagai kementerian juga dipercayai satu faktor penting
yang menghalang perkembangan pendidikan TVET. Justeru, tindakan untuk mewujudkan satu
Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Teknikal dan Vokasional Negara yang dianggotai pelbagai
pihak amat diperlukan segera. Jawatankuasa tersebut harus diberi peranan menyelaras dan
memantau segala aktiviti penyelidikan, penggubalan serta pelaksanaan dasar-dasar yang
berkaitan dengan pendidikan vokasional negara.

4.0 SUMBER RUJUKAN
30
Pendidikan Umum Dan TVET

1. Sufean Hussin (1996), Pendidikan Di Malaysia, Cetakan 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
2. Curtis R. Finch, John R. Crunkilton. 1992. Curriculum Development In Vocational And
Tehcnical Education, Planning, Cotent anda Implimentation 4th Edition.
3. Curtis R. Finch and John R. Crunkilton, Curriculum Development in Vocational and
Technical Education: Planning, Content, and Implementation (5th Edition), 1998.
4. Dr. Chang Yun Fah.2012. Transformasi Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional:
Masalah Dan Cabaran Di Malaysia. Faculty of Engineering and Science, Universiti Tunku
Abdul Rahman (UTAR), Malaysia.
5. Baharudin Ali Masrom Al-Haj.2012. “Reformasi Pendidikan Vokasional Dan Teknikal di
Malaysia”. Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yayasan Selangor
6. “Halatuju Pendidikan Teknikal dan Vokasional “ (http://www.slideshare.net/nans5074/
Halatujupendidikan-teknik-vokasional).
7. “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal,Vokasional
(http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10364&folderId=20724
&name=DLFE- 8212.pdf).
8. “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal, LatihanVokasional”.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0920&sec=laporan_khas&pg=lk_01.htm#ixzz2gOCSO8nE.
9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, September 2012.
10. Siti Maspiah Hassan, Nor Azizah Salleh. 1995. Pendidikan Vokasional: Formal Dan Normal
Ke Arah Wawasan 2020. UKM.
11. Isahak Haron. 1992. Aliran Perkembangan Pendidikan Dan Pembentukan Malaysia Sebagai
Negara Industri Dalam Abad ke-21. UPM.
12. Yahaya Emat. 1993. Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah
Mencapai Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia.
13. Warnoh Katiman, Norasmah Hj. Othman. 2003. Program Pendidikan Guru Teknik Dan
Vokasional Yang Cemerlang. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
14. Kementerian Pelajaran Malaysia. Transformasi Pendidikan Vokasional: Info Ringkas Edisi 2.
KPM. 2012.
31
Pendidikan Umum Dan TVET

15. Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional, JPTek Kementerian Pelajaran Malaysia.
2007. Pembangunan Kurikulum Teknikal Dan Vokasional. Bahagian Latihan Dan Kemajuan
Staf, JPTek, Kementerian Pelajaran Malaysia.
16. Jailani Md Yunos, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi, dan Wahid Razally,
(2006), Master in TVET: Malaysian Experience, Sri Lanka: Innovation and Internalization in
the Qualification of Technical and Vocational Education and Training (TVET) Experts, 22
-26 November, 2006.
17. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 – 2015.
18. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 2011, Sijil Kemahiran Malaysia: Gerbang Kerjaya
Anda, Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia, ms 7.11
19. Asian Development Bank (2004), Improving Technical Education and Vocational Training
Strategiesc for Asia, http://www.adb.org/Publications.
20. http://www.scribd.com/doc/112443558/TVET-Malaysia
21. http://www.scribd.com/doc/112442874/the-developmenet-of-transnational-standards- forteacher-training-for-technical-and-vocational-education-and-training-with-multidisplinaryand-industri
22. http://www.scribd.com/doc/112443979/Germany-TVET
23. http://www.slideshare.net/ghazally/master-in-tvet-malaysian-experience

32

Pendidikan Umum Dan TVET

  • 1.
    Pendidikan Umum DanTVET UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TUGASAN KUMPULAN TAJUK 2 : PENDIDIKAN UMUM DAN TVET 1 NAMA Azham Bin Aziz NO. MATRIK GB 130167 2 Noraziah Bt. Ramli GB 130168 3 Afinde Bin Othman GB 130166 Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV Kod Kursus : MBE 12503 Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Persisir Semester 1, Sesi 2013/2014 1
  • 2.
    Pendidikan Umum DanTVET 1.0 PENDIDIKAN UMUM 1.1 Sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976. Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956) Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama. 2
  • 3.
    Pendidikan Umum DanTVET Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan. Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula. Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 ) Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenainya. - Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 Laporan Rahman Talib 1960 Pendidikan rendah percuma Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964 Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan 1965 Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM. 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan. Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. 3
  • 4.
    Pendidikan Umum DanTVET - Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989. Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990 Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi. Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1990 hingga sekarang Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru. 1.2 Pendidikan Prasekolah Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanakkanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk 4
  • 5.
    Pendidikan Umum DanTVET masuk ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari. Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah. Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan. Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 1.3 Sekolah Rendah Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. 1.4 Sekolah Menengah Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, 5
  • 6.
    Pendidikan Umum DanTVET Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan. Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap." Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar diSekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan olehDong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975. Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun 6
  • 7.
    Pendidikan Umum DanTVET dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut. 1.5 Pendidikan Pra Universiti Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada Alevel kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai 7
  • 8.
    Pendidikan Umum DanTVET berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti). Sesetengah pelajar menerima pendidikan prauniversiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program prauniversiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan. 1.6 Pengajian Tinggi Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universitiuniversiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajarpelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan. Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara". Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia. Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. 8
  • 9.
    Pendidikan Umum DanTVET Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia. Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar. 2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) 2.1 DEFINISI Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah;Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu… Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya; Teknik bermaksud; “pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni”. (Dewan Bahasa, 1993) Teknikal ialah…….. “pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.” (Dewan Bahasa, 1993) Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud to call. Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Webster’s New World Dictionary pula; Vokasional ialah ……. “pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.” (Webster’s New World Dictionary, 1991) Vokasional bermaksud; “pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali.” (Kamus Dewan, 1993) 9
  • 10.
    Pendidikan Umum DanTVET Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan Vokasional? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak… Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan semasa. Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia, dan institusi pendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan. Rentetan itu maka wujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional berbeza maksudnya seperti berikut; Pendidikan Ketukangan ialah ……… “program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajian teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.” Pendidikan Seni Perusahaan ialah ……… “ pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaiatan dengan industri.” Pendidikan Teknik ialah ……… “ Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.” (Finch & Crunkilton, 1965) Pendidikan Vokasional ialah . . . “Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.”(Finch & Crunkilton, 1965) 2.2 SEJARAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) DI MALAYSIA Sejarah perkembangan Pendidikan berorientasikan teknik dan vokasioanal di negara kita di bahagikan kepada 4 tahap : 1. Sebelum Perang Dunia Kedua (1900 – 1940) 2. Semasa Pendudukan Jepun (1941 – 1945) 10
  • 11.
    Pendidikan Umum DanTVET 3. Selepas Perang Dunia Kedua ( 1945 – 1960) 4. Tahun 1960 hingga sekarang Sebelum Perang Dunia Kedua (1900 – 1940) Pada tahun 1906, sebuah Sekolah Teknik dibina untuk melatih juru-juruteknik bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Pada tahun 1946, sekolah itu dinaikkan tarafnya ke Maktab dan dinamakan Maktab Teknik. Kemudian pada tahun 60-an peranannya ditukar sekali lagi dan dinaikkan ke taraf universiti yang diberi nama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tahun 1926 – 1934 Empat buah Sekolah Ketukangan didirikan dengan tujuannya untuk menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang lemah dalam mata pelajaran akademik supaya mereka dimaklumatkan dengan asas-asas kemahiran bagi persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Kursus selama tiga tahun ditawarkan dalam bidang-bidang mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas. Walaubagaimanapun, kursus tersebut kurang mendapat sambutan kerana perkara-perkara berikut: a) Sikap masyarakat itu sendiri yang memandang rendah terhadap pekerja-pekerja kolar biru b) Peluang-peluang pekerjaan amat berkurangan dalam sektor perindustrian kerana negara masih bergantung pada sektor pertanian c) Ibu bapa tidak berminat sekaligus tidak menggalakkan dan menghalang anak-anak mereka menjadi pekerja kolar biru. Pencapaian dalam pendidikan akademik lebih diutamakan dan dititikberatkan d) Sekolah Ketukangan dan kursus-kursus yang disediakan dipandang sebagai sekolah bertaraf rendah dan hanya sesuai untuk murid-murid sekolah rendah yang pencapaian akademiknya rendah. Penempatan Sekolah Ketukangan Empat buah Sekolah Ketukangan telah dibina pada peringkat awal dan ia ditempatkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. Pada tahun 1946, nama sekolah-sekolah tersebut ditukar kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School), sehinggalah pada tahun 1969 namanya ditukar sekali lagi dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV). 11
  • 12.
    Pendidikan Umum DanTVET Semasa Pendudukan Jepun (1941 – 1945) Tiada sebarang rekod rasmi yang mencatatkan tentang perkembangan pendidikan teknik dan vokasional pada zaman itu tetapi diketahui kursus bercorak teknik talah dimulakan dan diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu. Selepas Perang Dunia Kedua (1945 – 1960) Setelah mendapat kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, pemimpin-pemimpin negara terus berusaha untuk menyusun satu sistem pendidikan yang bertaraf kebangsaan dengan matlamat utama untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum serta membina satu identiti kebangsaan ke arah mencapai integrasi nasional. Pendidikan telah dilihat sebagai satu alat yang berkesan dan berupaya untuk mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat dengan kemunculan Laporan Pendidikan 1956 (Laporan Razak) yang pertama kali dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu untuk memperkenalkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Laporan Razak 1956 adalah satu perubahan penting dalam bidang pendidikan terutamanya, bagi pendidikan teknik dan vokasional di Pesekutuan Tanah Melayu. Pendidikan ini diserapkan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dan buat pertama kali ia telah ditegaskan dan keutamaan. Tahun 1957 – 1960 Atas perakuan-perakuan yang terkandung di dalam Laporan Razak 1956 mengenai pendidikan teknik dan vokasional dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib), lapan buah Sekolah Ketukangan Luar Bandar di bina dan namanya ditukar kepada Sekolah Lanjutan Kampung. Ojektif-objektif penubuhan adalah seperti berikut : a) Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang pada masa itu. b) Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik c) Memenuhi kehendak cadangan dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan . Pada tahun 1965 dengan pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung itu dijadikan Sekolah Menengah Rendah yang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahan sebagai mata pelajaran pilihan, kecuali Sekolah Lanjutan Kampung di Butterworth, Alor Gajah dan Pengkalan Chepa telah diubahsuai dan namanya ditukar kepada SMV pada tahun 1966 – 1970. Sistem Pendidikan Aneka Jurusan 12
  • 13.
    Pendidikan Umum DanTVET Secara ringkas sistem ini mempunyai ciri-ciri berikut : a) Semua pelajr diberi 9 tahun pendidikan – 6 tahun pendidikan sekolah rendag dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan, jika perlu. b) Kenaikan darjah selepas tamat 6 tahun pendidikan rendah adalah secara automatik dan pelajar-pelajar terus diberi pendidikan tahun 7, 8 dan 9 (Tingkatan peralihan, 1, 2, dan 3) tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan. c) Dari tahun 7 – 9 (Tingkatan 1 – 3) pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pravokasional iaitu pelajar-pelajar dikehendaki mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pravokasional, samada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar-pelajar perempuan) atau Seni Perusahan (pelajar-pelajar lelaki). d) Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar –pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran samada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasioanal berdasarkan kepada keputusan SRP. Tahun 1960 Hingga Sekarang Ekoran daripada pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (1965), mulai tahun 1968, pendidikan peringkat menengah rendah telah diubahsuai dengan menitikberatkan dan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan SRP agar dapat meneruskan persekolahan ke tingkatan empat dan seterusnya menyerapkan mereka ke dalam dua jenis aliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu : 1. Pendidikan Am dan Teknikal 2. Pendidikan Vokasional Perancangan bercorak dua aliran yang berbeza ini memenuhi dua tujuan: a) Mewujudkan pendidikan bercorak akademik tetapi berasaskan teknik dan vokasional. b) Memastikan agar negara dapat melahirkan satu kumpulan tenaga profesional dan pekerja mahir untuk menjamin perkembangan yang berterusan dalam sektor industri. 2.3 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN TVET Jadual di bawah meringkaskan ciri-ciri utama sistem TEVT pada setiap peringkat: Tahun 1897-1952 Peringkat Kolonial British Ciri-ciri TEVT a) Dilaksanakan secara kecil-kecilan dan kurang sistematik. b) Bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran masyarakat Melayu. Pelatih 13
  • 14.
    Pendidikan Umum DanTVET akan berkhimat kepada pihak kolonial atau kerja sendiri. 1952 –1978 Awal Kemerdekaan c) Sasaran pelatih ialah orang dewasa. d) Bidang yang diutamakan ialah pembinaan landasan keretapi, pertanian dan sains rumahtangga. e) Pembekal TEVT ialah kerajaan. Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran. Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup untuk keperluan agensiagensi kerajaan. Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah menengah. Merangkumi semua bidang industri utama. Pembekal TEVT ialah kerajaan. 1979 –2010 Pembangunan Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran. Perindustrian Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup untuk keperluan syarikatsyarikat swasta dan kerajaan. Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah menengah dan pekerja yang tidak mahir. Merangkumi semua termasuk hospitaliti. bidang industri utama Pembekal TEVT ialah kerajaan dan swasta. 2.4 MATLAMAT , TUJUAN DAN OBJEKTIF TVET Pada tahun 1960an,UNESCO telah menyarankan agar TVET dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada budaya. TVET bukan sahaja memberi latihan kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan untuk bekerja tetapi juga : a) Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku b) Dilengkapi dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan dan c) Dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah 14
  • 15.
    Pendidikan Umum DanTVET Objektif TVET Pada tahun 1971, Rupert Evans telah membentuk 3 objektif asas bagi pendidikan vokasional iaitu : a) Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja b) Meningkatkan pilihan individu dan c) Sebagai daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan Sehingga kini, objektif yang diutarakan oleh Evans masih boleh dijadikan panduan dan dasar bagi membentuk objektif TVET Matlamat, Tujuan Dan Objektif Asal TVET Di Malaysia Selaras dengan FPN : 1. 2. 3. 4. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Tujuan Daripada matlamat Pendidikan Negara : 1. Membentuk kemahiran , kebolehan dan kefahaman dalam bidang pekerjaan bagi setiap pelajar 2. Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dalam diri pelajar 3. Menyediakan pekerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih 4. Membuka peluang kepada pelajar perbaiki kualiti hidup dengan mengembangkan potensi diri Objektif Selaras dengan tujuan PTV , Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (1964) telah gubal objektif berdasarkan akronim PRIME: 1. Performance - Tingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar TVET dalam bidang kurikulum dan Ko-kurikulum 15
  • 16.
    Pendidikan Umum DanTVET 2. Respectability - Lahirkan pelajar TVET yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV 3. Image - Meninggikan imej dan usaha PTV di mata masyarakat 4. Manpower - Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika kerja baik bagi memenuhi keperluan negara 5. Expectation - Memenuhi inspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi yang produktif dan bersatu padu Usaha untuk capai PRIME melalui 3 jenis institutsi di bawah KPM iaitu SMV, SMT dan Politeknik. Objektif Baru TVET Objektif baru TVET melalui Jabatan Pendidikan Teknikal selepas Akta Pendidikan 1995 : 1. Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat kepada pendidikan sains dan teknikal 2. Menawarkan program berorientasi teknologi kepada pelajar yang berpotensi untuk menjadi pekerja separa mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan Diperkemaskan lagi menjadi : 1.Menyedia pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan, industri dan pertanian 2. Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional 2.5 PERKEMBANGAN TVET DI MALAYSIA Pendidikan Teknikal Atau Pendidikan Vokasional • • Sebelum Akta Pendidikan 1995 berkuatkuasa, perlaksanaan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional yang dilaksanakan oleh KPM telah dipisahkan diperingkat menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 Tujuan pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional KPM turut berbeza Pendidikan Teknikal Tujuan pendidikan teknikal adalah : 16
  • 17.
    Pendidikan Umum DanTVET 1. Memberi pendidikan am akademik yang seimbang 2. Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang cenderung ke arah bidang tersebut 3. Memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang teknikal 4. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di IPT Pendidikan Vokasional Tujuan pendidikan vokasional adalah : 1. Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan 2. Membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk beri peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dan latihan dalam bidang teknikal ataupun vokasional KPM telah laksanakan pendidikan teknikal dan pendidikal vokasional melalui sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Apabila JPT mengantikan BPTV, perkataan vokasional digugurkan. Sekolah menengah vokasional dinaik taraf kepada sekolah menengah teknik.Aliran vokasional dan latihan kemahiran diteruskan. Sistem pendidikan vokasional diteruskan. Pelajar aliran vokasional duduki SPMV. Pelajar aliran kemahiran dinilai melalui sistem pertauliahan oleh MLVK Latihan Kemahiran Tujuan latihan kemahiran adalah : 1. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran yang sesuai 2. Pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan kemahiran yang sesuai dengan alam pekerjaan yang diminati 3. Dapat mengurangkan tahap keciciran di kalangan pelajar dan seterusnya mengurangkan pengangguran Ahmad (2003) dalam penulisannya telah mendapati bahawa sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia dan sistem latihan (TVET) telah semakin berkembang dari masa ke masa dan berkembang ke tiga arah yang berbeza iaitu pendidikan tinggi, pendidikan teknik dan vokasional, dan juga latihan kemahiran. Penjelasan yang sama berkenaan dengan sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia serta sistem latihannya juga telah dibuat oleh Rashid & Nasir (2003) yang membahagikan sistem pendidikan teknik dan vokasional kepada berikut: a) Tertier atau pendidikan tinggi di universiti dan institusi-institusi pendidikan tinggi. 17
  • 18.
    Pendidikan Umum DanTVET b) Pendidikan teknik dan vokasional yang dilakukan terutamanya dalam sistem sekolah formal di bawah Kementerian Pendidikan. c) Pasca-sekunder TVET, termasuk latihan kemahiran yang dijalankan menggunakan aliran sekolah menengah vokasional tetapi dipantau oleh orang awam dan lembaga latihan kemahiran dari pihak swasta. Satu kajian yang bertajuk “Basic Study on Designing a Dual Training Scheme in Malaysia” telah dilakukan pada tahun 1997 hingga 1999 oleh pasukan perunding yang terkenal dari Jerman. Hasil daripada kajian tersebut, perunding tersebut telah menggambarkan sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia adalah seperti berikut: a) Subsistem 1: pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah atas di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Ini benar-benar terintegrasi ke dalam sistem pendidikan umum yang mana pada akhir persekolahan nanti mereka perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. b) Subsistem 2: pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang tidak berada di bawah Kementerian Pendidikan namun dikendalikan oleh Kementerian Persekutuan lain seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, dan lain-lain. c) Subsistem 3: penilaian dan pensijilan kemahiran kerja yang dilakukan berdasarkan kepada Standard Skill Pekerjaan Nasional dan Sistem Pensijilan. Sistem ini bermula Akhmal Annas Hasmori, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres 216 dengan memperkenalkan tiga tahap sistem pensijilan iaitu asas, pertengahan dan berkemahiran. Namun yang demikian, pada tahun 1992, sebuah sistem baru telah diperkenalkan iaitu sistem yang menggunakan 5 tahap kemahiran. Ini diikuti pula dengan pengenalan pendekatan akreditasi pada tahun 1993 dan dijalankan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Agensi Kerajaan Yang Menyediakan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Agensi Kementerian Pelajaran Huraian *Sekolah rendah -KBSR *Sekolah Menengah Teknik Vokasional dan Kemahiran Kementerian – *Sekolah Menengah Pendidikan Khas *Politeknik 18 Aliran teknikal,
  • 19.
    Pendidikan Umum DanTVET Pengajian Tinggi *Kolej komuniti Kementerian Sumber *Institut Latihan Perindustrian Manusia *Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan Kementerian dan Sukan Kementerian Pembangunan Koperasi *Pusat Teknologi Tinggi Belia *Institut Kemahiran Belia Negara *Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara *Institut Kemahiran MARA dan *Kolej Kemahiran Tinggi MARA *Pusat Giat MARA *Universiti Kuala Lumpur *German-Malaysian Institut 2.6 SISTEM TVET NEGARA LAIN Sistem Teknikal Dan Vokasional Dunia Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan tolakan besar ke atas permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan separa mahir. Ini sememangnya memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mahir. Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah lebih ke arah perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan vokasional menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri serta pasaran semasa. Melahirkan sumber tenaga manusia yang berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan produktif adalah penting bagi meningkatkan kadar produktiviti negara. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan teknologi tinggi dan teknologi maklumat, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan atau swasta yang terlibat dengan pendidikan teknik and vokasional ini untuk membuat perancangan yang teliti dan komprehensif bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat mampu memenuhi keperluan 19
  • 20.
    Pendidikan Umum DanTVET sesebuah negara. Sektor pendidikan dikatakan dapat membantu mengekalkan daya saing sesebuah negara melalui peningkatan dalam tingkat dan kemahiran penduduk, namun sekiranya perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan perkembangan ekonomi semasa, maka peranan ini mungkin akan terjejas. Objektif sistem pendidikan teknik dan vokasional secara umumnya adalah bagi melatih para pelajar untuk pekerjaan dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari awal lagi. Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Antara objektif utama sistem pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan.Membina tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri sendiri, khususnya sikap bertanggungjawab dan kesungguhan, supaya menjadi rakyat berguna dan produktif.Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional. Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kita dapat melihat akan kepentingan pendidikan teknik dan vokasional dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan yang mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi keperluan guna tenaga manusia di sesebuah negara. Sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Jerman Sistem TVET dianggap satu kekuatan utama sistem pendidikan di Jerman yang mana sebanyak 60 – 70 % daripada pelajar (lebih daripada 1.6 juta) memasuki sekolah vokasional. Latihan ini menyedikan banyak program latihan merangkumi hamper 340 pekerjaan dan sangat popular dalam kalangan lepasa sekolah di Jerman. Sistem latihan ini sangat Berjaya dengan kadar penggangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian adalah rendah iaitu 3 %. Pendidikan vokasional yang paling banyak dilaksanakan adalah sistem altihan perantisan. Perantis dilatih oleh majikan dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi (3 – 4 hari seminggu) dan mendapat pendidikan teori di sekolah vokasional (1-2 hari seminggu). Di damping memperolehi kelayakan yang diiktiraf (sijil dikeluarkan oleh dawn perniagan) apabila tamat pengajian, perantis juga mendapat gaji daripada majikan. Melalui sistem ini, pelajar terlibat dalam pekerjaan bergaji dan menerima latihan yang diiktiraf selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan. Peratus pekerja tidak mahir dan penggangguran dalm kalangan belia di Jerman adalah rendah. Sektor swasta menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan dan sektor awam terlibat dalam pembiayaan dan penyampaian TVET. Di samping penyediaan dan pembiayaan latihan, sector swasta terlibat dalam penambahbaikan kurikulum latihan, pindaan 20
  • 21.
    Pendidikan Umum DanTVET peraturan latihan, khidmat nasihat dan penyeliaan latihan serta urusan pentadbiran peperiksaan. Pada masa yang sama, kerajaan terlibat dalam menggubal peraturan latihan, menetapkan kurikulum dan membiayai tenaga pengajar di sekolah vokasional. Kerajaan juga memainkan peranan yang sangat aktif dalam penyelarasan penawaran dan bilangan tempat TVET. Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Rusia Perubahan sistem pemerintahan Rusia daripada totalitarian kepada demokrasi telah memberi perubahan yang mendalam kepada ekonomi dan sosial Rusia. Permintaan terhadap keperluan manusia semakin tinggi dan ini menyebabkan keperluan terhadap sistem pendidikan vokasional semakin mendapat permintaan. Oleh kerana permintaan terhadap tenaga kerja yang mahir dan separa mahir semakin bertambah, maka model pendidikan vokasional baru telah dibentuk sebagai sistem interaksi antara negara, pekerja dan perniagaan. Pihak kerajaan Rusia telah memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan pendidikan vokasional ini. Antara peranan yang telah dimainkan adalah penyelidikan dalam pendidikan vokasional, merangka standard untuk pendidikan vokasional, mengenalpasti persamaan antara diploma pendidikan vokasional dinegara luar denganRusia. Sistem pendidikan vokasional yang baru telah digubal Rusia. Pendidikan vokasional di Rusia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pendidikan vokasional rendah, pendidikan vokasional menengah, pendidikan vokasional tinggi, pendidikan vokasional lepasan ijazah dan pendidikan vokasional tambahan/khas. Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Amerika Amerika Syarikat menggunakan Model Integrasi Pendidikan Akademik Dan Vokasional. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati sebanyak lapan model pendekatan yang telah dilaksanakan dalam usaha integrasi ini. ( Grubb, Davis, Philal & Morgain, 15). a) Model 1 : memperbanyakan isi kandungan akademik ke dalam kursus- kursus vokasional b) Model 2 : penyatuan guru-guru vokasional dan akademik c) Model 3 : mengaitkan kurikulum akademik dengan alam vokasional d) Model 4 : penyelarasan kedua-dua kurikulum e) Model 5 : integrasi melalui projek tahun akhir ( senior project) f) Model 6 : model akademik g) Model 7 : sekolah magnet dan sekolah tinggi (occupational high 21
  • 22.
    Pendidikan Umum DanTVET school) h) Model 8: kelompok kerjaya (occupational cluster) 2.7 TRANSFORMASI TVET Cabaran Dan Masalah TVET Sungguhpun banyak usaha dan sumber telah disalurkan bagi memperkasakan sistem pendidikan TVET oleh kerajaan, masih terdapat beberapa masalah serta cabaran utama yang menghalang Malaysia menjadi sebuah negara berpendidikan vokasional dan teknikal yang maju. Menurut Dr. Chang Yun Fah (2012), hasil kajian yang dilakukan terdapat tiga cabaran utama dan beberapa masalah berkaitan dengannya dalam sistem TVET yang sedia ada dan masalah yang dikemukakan ini sama ada gagal diberi perhatian sewajarnya dalam rancangan transformasi TVET ataupun perhatian yang diberi memang tidak mencukupi. 1) Cabaran Pertama: Menambah baik Persepsi Terhadap TVET Secara umumnya, orang ramai di Malaysia terutama pelajar mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap pendidikan TVET. Jika di negara/kawasan maju seperti Jerman, Austria dan Taiwan, ramai pelajar memilih kerja teknikal dan vokasional sebagai kerjaya mereka, tetapi belia di Malaysia enggan memilih aliran pendidikan alternatif ini sungguhpun mereka lemah dalam akademik. Persepsi negatif ini sebahagian besarnya disebabkan oleh masalah-masalah yang berikut: Masalah 1: TVET Dijadikan Tempat Mengisi Pelajar Lemah Sekolah vokasional sering dijadikan tempat mengisi pelajar yang tercicir dari sekolah atau lemah pencapaian akademik. Malah, mereka yang menuntut di sekolah vokasional sering dianggap pelajar nakal dan tidak berdisiplin oleh orang ramai. Adakalanya pihak berkenaan yang membuat promosi TVET juka meggunakan perkataan menghina seperti ‘untuk pelajar lemah’, ‘gagal dalam peperiksaan’, dan ‘belia menganggur’ sebagai tarikan. Tindakan dan salah faham ini memberi gambaran kepada orang ramai bahawa pendidikan TVET sesuatu yang tidak berkualiti dan pada akhirnya akan menjejaskan usaha kerajaan menjadikan TVET sebagai pilihan utama pelajar. Oleh itu, penekanan promosi TVET harus diberi kepada pendidikan alternatif bagi mereka yang mempunyai bakat selain akademik. Masalah 2: Pengiktirafan Yang Rendah Oleh Kerajaan dan Masyarakat Selama ini, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaaan hanya memberi perhatian dan bantuan kepada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Banyak bantuan 22
  • 23.
    Pendidikan Umum DanTVET dari segi biasiswa, pinjaman dan peluang melanjutkan pelajaran akan disediakan untuk golongan pelajar terbaik dalam akademik. Namun, keadaan yang sama tidak berlaku kepada pelajar TVET yang cemerlang mahupun mengharungkan nama negara di arena antarabangsa. Sebagai contoh, Cik See WY yang telah memenangi pingat gangsa kategori seni kecantikan dalam Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London terpaksa bekerja di Singapura untuk mendapatkan dana melanjutkan pelajaran dan pengalaman. Pengiktirafan yang tidak seimbang antara pelajar cemerlang dalam akademik dan TVET juga berlaku di dalam liputan media tempatan. Adalah biasa bagi media tempatan membuat liputan besar-besaran apabila terdapat pelajar yang mencapai kejayaan besar dalam mana-mana bidang akademik, sebaliknya mereka menganggap pencapaian dalam TVET tidak mempunyai ‘nilai berita’ yang besar. Satu contoh yang baik ialah wakil-wakil Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dalam Pertandingan Kemahiran Asean 2010 di Bangkok (memenangi 7 pingat) dan Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London (memenangi 5 pingat daripada 10 acara ditandingkan). Malangnya, media tempatan sama ada surat akhbar, radio atau televisyen hanya memberi liputan yang sangat kecil jika berbanding dengan liputan televisyen yang dibuat oleh NTDTV dari Taiwan (www.ntdtv.com). Masalah 3: Peluang Melanjutkan Pelajaran Tinggi Yang Terhad Sijil TVET diberi pengiktirafan yang tinggi dan setanding dengan sijil-sijil akademik di banyak Negara maju. Pelajar-pelajar TVET boleh melanjutkan pelajaran mereka sehingga tahap universiti mahupun pasca siswazah. Namun, pelajar TVET di Malaysia menghadapi kekurangan pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas memperolehi diploma atau diploma lanjutan. Sebagai contohnya, terdapat 11 buah university teknikal dan 50 buah institut teknikal yang menawarkan ijazah tinggi di Taiwan sejak tahun 1990an (Mei,2001). Memandangkan Malaysia hanya mempunyai 4 buah universiti teknikal awam selepas tahun 2000.Kebanyakan institusi TVET awam di Malaysia hanya menawarkan kursus sehingga peringkat diploma atau diploma lanjutan. Sekiranya pelajar TVET ingin mendapatkan ijazah, mereka terpaksa melanjutkan pelajaran TVET di luar negara ataupun mengambil ijazah akademik di universiti tempatan. 2) Cabaran Kedua: Mengarus-perdanakan TVET Berhubung kait dengan cabaran yang pertama, wujudnya ketidakseimbangan dalam sistem pendidikanMMalaysia di antara aliran TVET dan aliran akademik. Apa yang lebih membimbangkan ialah berlakunya marginalisasi terhadap pendidikan TVET di sebalik segala usaha kerajaan memperkasakan pendidikan TVET. Antara masalah yang menghalang usaha mengaras-perdanakan TVET ialah: Masalah 1: Bilangan Kemasukan Pelajar TVET Yang Rendah Persepsi negatif orang ramai terhadap pendididkan TVET jelas digambarkan oleh kadar kemasukan pelajar di pelbagai institusi TVET berbanding dengan pendidikan akademik. Pada tahun 2010, hanya seramai 25,000 pelajar memasuki sekolah teknik dan vokasional jika berbanding dengan 453,000 pelajar yang menduduki SPM (JPK, 2011), iaitu 100 orang yang 23
  • 24.
    Pendidikan Umum DanTVET menuntut di sekolah menengah, lebih kurang 5 orang sahaja yang memilih aliran kemahiran. Tambahan pula, enrolmen peringkat sijil di 70 buah kolej komuniti seluruh Negara hanya mencatatkan sebanyak 16,415 pelajar dan 17,814 pelajar pada tahun 2009 dan 2010 masingmasing, manakala enrolmen pada peringkat diploma hanya seramai 864 orang dan 386 orang pada kedua-dua tahun berkenaan (Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2010). Pada keseluruhannya, enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi Malaysia hanya 10% berbanding kadar purata 44% di negara OECD (JPK, 2011). Di Singapura pula, kira-kira 75% daripada pelajarnya disalurkan kepada latihan TVET di semua peringkat, iaitu 25% ke Institut Pendidikan Teknikal, 40% ke Politeknik dan 10% ke pusat latihan swasta (Law, 2007). Masalah 2: Syarat Kemasukan Yang Terlalu Tinggi Salah satu penghalang utama hasrat kerajaan mengarus-perdanakan pendidikan TVET datang daripada syarat kemasukan yang dikenakan kepada kebanyakan kursus TVET didapati terlalu tinggi bagi golongan sasarannya. Sistem pendidikan TVET di Malaysia dibahagikan kepada tiga aliran iaitu aliran teknikal untuk pelajar yang cemerlang, aliran vokasional untuk pelajar sederhana dan aliran kemahiran untuk pelajar yang lemah dalam akademik. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional dan kemahiran lebih menekankan komponen praktikal. Selama ini, pelajar cemerlang di Malaysia lebih cenderung kepada pendidikan akademik berbanding dengan teknikal. Fenomena ini dapat diperhatikan melalui kadar kemasukan sekolah menengah teknik yang tidak menggalakkan sungguhpun syarat kemasukan bukan satu isu yang ditimbulkan. Apa yang menarik perhatian di sini ialah golongan pelajar yang menjadi sasaran aliran vokasional dan kemahiran. Kebanyakan daripada pelajar sasaran ini merupakan mereka yang kurang minat dalam akademik mahupun tercicir daripada sekolah sebelum tamat Tingkatan 5. Ramai di antara mereka juga tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik, mahupun gagal dalam peperiksaan PMR. Namun, kajian kami mendapati kebanyakan kursus-kursus TVET yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian (kecuali Kolej Komuniti) mengenakan syarat yang amat tinggi, iaitu lepasan SPM (atau Tingkatan 5) dengan kepujian di dalam beberapa matepelajaran tertentu. Jadual 3 memberikan beberapa contoh syarat yang dikenakan oleh pelbagai institusi TVET dalam kursus tertentu. Bagi pelajar yang lemah, syarat-syarat tersebut terlalu tinggi, manakala bagi pelajar yang memenuhi syarat tersebut sudah tentu mempunyai pilihan lain seperti program asasi (foundation programme) yang disediakan oleh kebanyakan university swasta. Masalah ini bukan sahaja berlaku di peringkat lepasan menengah atas, bahkan ia juga berlaku kepada pelajar lepasan PMR. Kementerian Pelajaran telah menetapkan syarat minimum kemasukan Sekolah Menengah Teknik sebagai gred B dalam semua subjek peperiksaan PMR, manakala pelajar perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam semua subjek untuk kursus aliran vokasional dan gred D dalam semua subjek untuk kursus aliran kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional. Ini bererti seorang pelajar yang memperolehi satu gred E dan semua yang lain gred D ke atas tidak layak memohon kursus vokasional. 24
  • 25.
    Pendidikan Umum DanTVET Masalah 3: Tiada penyelarasan di antara agensi-agensi menawarkan kursus TVET Statistik kasar yang diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran menunjukkan terdapat lebih kurang 538 buah institusi awam dan negeri yang menawarkan pendidikan TVET di Malaysia. Semua institusi TVET ini diurus dan dikawal oleh pelbagai kementerian dan kerajaan negeri yang berlainan. Masalah yang paling besar ialah kualiti dan tahap sijil TVET yang dikeluarkan oleh kementerian dan institusi berlainan adalah tidak seragam. Misalnya GiatMARA mempunyai sistem persijilan sendiri yang berlainan daripada Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. 3) Cabaran Ketiga: Mengatasi Masalah Polarisasi Kaum di TVET Masalah polarisasi etnik merupakan cabaran ketiga yang menghalang proses mentransformasikan TVET di Malaysia. Fenomena ini wujud apabila pelajar dari sesuatu kaum lebih cenderung kepada laluan pendidikan TVET tertentu serta suasana dan budaya pembelajaran di institusi TVET awam tidak disukai pelajar bukan Bumiputera. Masalah 1: Laluan Pendidikan TVET Yang Berbeza Di Antara Kaum Berlainan Laluan pendidikan TVET dapat dibahagikan kepada lima kategori mengikut tempat dan cara pembelajarannya, iaitu menuntut di institusi awam, menuntut di institusi swasta, latihan sambil bekerja (program apperentis) di syarikat, melanjutkan pelajaran di luar negara dan pembelajaran secara tidak formal di bengkel-bengkel kecil. Kelima-lima laluan pendidikan TVET tersebut mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing dan pelajar akan memilihnya mengikut kegemaran, kesesuaian, kelayakan dan tanggungan kewangan dirinya sendiri. Misalnya, laluan pembelajaran secara tidak formal mempunyai banyak kelemahan seperti tidak mempunyai sijil yang diiktiraf dan kurang pendedahan kepada teknologi terbaru, tetapi ia amat digemari oleh mereka yang tercicir daripada sekolah dan memerlukan pendapatan segera. Selain itu, banyak institusi swasta menawarkan sijil dari luar negara dengan suasana pembelajaran yang lebih selesa tetapi kos pembelajarannya amat tinggi. Atas sebab-sebab tertentu, kami dapat memerhatikan bahawa kaum Bumiputera lebih cenderung kepada menuntut di institusi awam dan mengikuti program apperentis yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sebaliknya, institusi awam sering menghadapi masalah untuk menarik pelajar bukan Bumiputera yang lebih suka latihan tidak formal (pelajar yang lemah dalam akademik dan miskin) atau ke luar Negara (ramai pelajar Cina mempelajari kemahiran di Taiwan melalui satu program yang diusahakan oleh FAATUM). Sebagai contohnya, bilangan pelajar bukan Bumiputera di SMT dan SMV pada tahun 2010 hanya mencapai 1.66% daripada 60,590 pelajar, kira-kira 3% di Politeknik dan Kolej Komuniti, dan kurang daripada 1% di IKBN. Sungguhpun terdapat pelajar dari semua kaum yang menuntut di institusi swasta, namun mereka lebih cenderung kepada memilih institusi swasta tertentu yang kebanyakan pelajarnya adalah daripada kaum yang sama. 25
  • 26.
    Pendidikan Umum DanTVET Masalah 2: Suasana Pempelajaran TVET Yang Tidak Mesra Kepada Kuam Bukan Bumiputera Antara dua sebab utama yang diberi oleh pelajar bukan Bumiputera mengapa mereka tidak memilih institusi TVET awam ialah kekurangan rakan sesama kaum di institusi awam tersebut atau mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus yang terlalu menekan kepada budaya sesuatu kaum sahaja. Beberapa kes sebenar berlaku di mana pelajar yang baru berdaftar di institusi TVET awam menarik diri setelah mengetahui beliau adalah pelajar bukan Bumiputera yang tunggal. Selain itu, ramai pelajar Cina enggan memohon kepada institusi TVET awam kerana mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia. 2.8 PENAMBAHBAIKAN TVET 2.8.1 Mengarusperdanakan TVET di Malaysia Menurut laporan Utusan (2010), Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja.TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional.TVET menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TVET menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi.Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara.Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus, berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.Penambahbaikkan peluang, akses dan kualiti TVET untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikkan laluan akademik pendidikan tertiari.Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan memberi 26
  • 27.
    Pendidikan Umum DanTVET peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TVET dengan akademik seperti yang ditunjukkan dalam pendidikan TVET di peringkat sekolah menengah yang mempunyai dua aliran utama iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on.Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TVET perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TVET yang berkualiti: a) Menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajar Penambahbaikkan persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajarTerdapat banyak peluang untuk penyedia TVET awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TVET dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan.Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TVET kepada pelajar, penyedia latihan dan industri.tempoh RMK-10, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan penambahbaikkan persepsi terhadap TVET.Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TVET, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam.Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar.Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula dari tingkatan empat berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari.Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah.Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TVET dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat.Kumpulan ini akan bertanggungjawab menyediakan panduan ke aliran vokasional dan kemahiran di sekolah teknik yang akan dijenamakan semula bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar berkecenderungan teknikal dan meningkatkan kesedaran berkaitan TVET.Bagi memberi tumpuan yang lebih 27
  • 28.
    Pendidikan Umum DanTVET tinggi kepada bidang vokasional yang lebih menitik- beratkan kepada latihan handson dan menyediakan lebih banyak kursus yang sesuai, sebanyak 69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukar menjadi sekolah vokasional dan enam sekolah vokasional baru akan dibina menjelang tahun 2015.Pembelajaran berasaskan projekPendekatan pembelajaran berasaskan pen- geluaran dan berasaskan projek akan diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan program TVET kepada majikan dan pelajar.Pendekatan ini akan menggalakkan penyertaan industri secara langsung dalam program latihan kemahiran, di samping mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan di institusi TVET.Pendekatan ini akan menggandakan enrolmen di sekolah menengah aliran vokasional dan kemahiran pada akhir tempoh rancangan yang mana enrolmen semasa adalah seramai 32,000 pelajar. Peningkatan ini akan memberi sumbangan yang ketara dalam menambah bilangan pekerja mahir dan separa mahir.Kerajaan akan menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan program sangkutan industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi TVET. b) Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga pengajar sambilan.Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri.Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. c) Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TVET selaras dengan keperluan industri; dan Kerjasama antara institusi TVET dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini.Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TVET bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka d) Memperkemas penyampaian TVET. 28
  • 29.
    Pendidikan Umum DanTVET Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru.Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun.Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain. 2.8.2 Memperkasa Pendidikan Vokasional Dan Teknikal Menurut cadangan yang dibuat oleh Baharudin Ali Masrom Al-Haj (2012) dalm penulisannya mengutarakan beberapa cadangan dalam menrefomasikan pendidikan Teknik dan Vokasional. Antara cadangan yang telah dibuat ialah: 1. Cadangan penambahan bidang vokasional dan teknikal Cadangan pertama ialah supaya bidang kemahiran vokasional dan teknikal sedia ada ditambah lagi 41 bidang, menjadikannya 70 bidang pada tahun 2015, dan perlu ditambah dari semasa ke semasa. Bidangbidangkemahiran vokasional dan teknikal amat penting bagi mengisi pasaran pekerjaan sedia ada.Bidang-bidang kemahiran ini amat berkait rapat dengan dunia keusahawanan dan dengan itu subjek iniperlu diajar serentak dengan bidang kemahiran tersebut. Antara bidang baharu yang dicadangkan ialah: 1. Teknologi Makanan Ruminan 2. Pertukangan Kayu 3. Fotostat dan Menjilid 4. Pengendalian Mesin Cetak 2. Cadangan mulakan sekolah vokasional dari tingkatan satu Cadangan kedua ialah supaya pendidikan vokasional dan teknikal dimulakan sejak tingkatan satu, bukantingkatan 4 – 5 seperti sekarang kerana ia agak lewat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 60% daripadapelajar tidak meminati bidang akademik, sebaliknya berpotensi dan lebih berminat dalam bidang non-akademik.Pelajar yang berpotensi “gagal” dalam bidang akademik ini sepatutnya awal-awal lagi disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.Untuk itu, mereka perlu digilap lebih awal, iaitu semasa di tingkatan satu lagi. Sistem persekolahan di peringkat rendah sepatutnya sudah berjaya mengenalpasti potensi pelajar, sama ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan profesional, ataupun ke bidang vokasional dan teknikal. Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak sesuai di bidang akademik belajar perkara-perkara yang tidak diminati. Sebaliknya mereka terus disalurkan ke bidang kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka. 29
  • 30.
    Pendidikan Umum DanTVET 3. Cadangan wujudkan subjek kemahiran merentas kurikulum Cadangan ketiga ialah supaya diwujudkan subjek-subjek yang merentas kurikulum. Ia penting bagi memberikan keseimbangan pembelajaran supaya para pelajar tidak ketinggalan dan buta ilmu dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat dan bernegara kelak. Antaranya ialah: 1. Bahasa – Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin dan Tamil 2. Pengajian Agama 3. Asas Akhlak dan Disiplin 4. Asas Pengurusan 5. Asas Keusahawanan 4. PLKN ditukar kepada program latihan kemahiran nasional Sementara kita melaksanakan sistem pendidikan vokasional dan teknikal mulai tahun 2015, sesuatu harus dilakukan sekarang supaya kohort pelajar tahun 2013 – 2016 tidak ketinggalan. Oleh itu, PLKN ini perlu diubah atau diberi nafas baharu. Ia mungkin boleh ditukar menjadi Program Latihan Kemahiran Negara. Bagi matlamat melahirkan tenaga separuh mahir, mulai tahun 2013 PLKN baru ini boleh dilaksanakan dengan memberikan kursus jangka pendek selama 6 bulan dalam semua bidang yang dikenalpasti berpotensi dan bersesuaian dengan industri, di samping penerapan semangat patriotisme dan nilai-nilai spiritual. 3.0 KESIMPULAN Sistem TVET di setiap negara adalah unik mengikut pembangunan dan sejarahnya sendiri. Di Malaysia, perkembangan dan perubahan sistem TVET sering dihubungkait dengan pembangunan ekonominya sejak tahun 1897. Apabila ekonomi negara disusun semula dari intensif-pekerja (labour intensive) kepada intensif modal (capital-intensive) dan kemudian intensif-ilmu (knowledge-intensive), sistem TVET juga berubah sejajar dengan keperluan ekonomi bagi memastikan modal insan yang dilatih mempunyai nilai, kemahiran dan pengetahuan yang relevan. Walau bagaimanapun, pencapaian pendidikan TVET Malaysia masih jauh tertinggal di belakang berbanding dengan negara-negara maju lain. Tiga cabaran yang disebutkan dalam kertas kerja ini perlu diberi perhatian sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 sebagaimana yang dirancap di bawah ETP. Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil seperti sistem penyampaian informasi yang lebih berkesan dan cekap bagi menambahbaik persepsi orang awam terhadap pendidikan TVET. Selain itu, tiada penyelarasan antara pelbagai kementerian juga dipercayai satu faktor penting yang menghalang perkembangan pendidikan TVET. Justeru, tindakan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Teknikal dan Vokasional Negara yang dianggotai pelbagai pihak amat diperlukan segera. Jawatankuasa tersebut harus diberi peranan menyelaras dan memantau segala aktiviti penyelidikan, penggubalan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan pendidikan vokasional negara. 4.0 SUMBER RUJUKAN 30
  • 31.
    Pendidikan Umum DanTVET 1. Sufean Hussin (1996), Pendidikan Di Malaysia, Cetakan 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2. Curtis R. Finch, John R. Crunkilton. 1992. Curriculum Development In Vocational And Tehcnical Education, Planning, Cotent anda Implimentation 4th Edition. 3. Curtis R. Finch and John R. Crunkilton, Curriculum Development in Vocational and Technical Education: Planning, Content, and Implementation (5th Edition), 1998. 4. Dr. Chang Yun Fah.2012. Transformasi Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional: Masalah Dan Cabaran Di Malaysia. Faculty of Engineering and Science, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia. 5. Baharudin Ali Masrom Al-Haj.2012. “Reformasi Pendidikan Vokasional Dan Teknikal di Malaysia”. Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yayasan Selangor 6. “Halatuju Pendidikan Teknikal dan Vokasional “ (http://www.slideshare.net/nans5074/ Halatujupendidikan-teknik-vokasional). 7. “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal,Vokasional (http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10364&folderId=20724 &name=DLFE- 8212.pdf). 8. “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal, LatihanVokasional”. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0920&sec=laporan_khas&pg=lk_01.htm#ixzz2gOCSO8nE. 9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, September 2012. 10. Siti Maspiah Hassan, Nor Azizah Salleh. 1995. Pendidikan Vokasional: Formal Dan Normal Ke Arah Wawasan 2020. UKM. 11. Isahak Haron. 1992. Aliran Perkembangan Pendidikan Dan Pembentukan Malaysia Sebagai Negara Industri Dalam Abad ke-21. UPM. 12. Yahaya Emat. 1993. Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Mencapai Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia. 13. Warnoh Katiman, Norasmah Hj. Othman. 2003. Program Pendidikan Guru Teknik Dan Vokasional Yang Cemerlang. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 14. Kementerian Pelajaran Malaysia. Transformasi Pendidikan Vokasional: Info Ringkas Edisi 2. KPM. 2012. 31
  • 32.
    Pendidikan Umum DanTVET 15. Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional, JPTek Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Pembangunan Kurikulum Teknikal Dan Vokasional. Bahagian Latihan Dan Kemajuan Staf, JPTek, Kementerian Pelajaran Malaysia. 16. Jailani Md Yunos, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi, dan Wahid Razally, (2006), Master in TVET: Malaysian Experience, Sri Lanka: Innovation and Internalization in the Qualification of Technical and Vocational Education and Training (TVET) Experts, 22 -26 November, 2006. 17. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 – 2015. 18. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 2011, Sijil Kemahiran Malaysia: Gerbang Kerjaya Anda, Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia, ms 7.11 19. Asian Development Bank (2004), Improving Technical Education and Vocational Training Strategiesc for Asia, http://www.adb.org/Publications. 20. http://www.scribd.com/doc/112443558/TVET-Malaysia 21. http://www.scribd.com/doc/112442874/the-developmenet-of-transnational-standards- forteacher-training-for-technical-and-vocational-education-and-training-with-multidisplinaryand-industri 22. http://www.scribd.com/doc/112443979/Germany-TVET 23. http://www.slideshare.net/ghazally/master-in-tvet-malaysian-experience 32