Kajian ini menilai kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran di kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa ahli akademik mempunyai kesedaran tinggi terhadap e-pembelajaran dan mampu merancang pembelajaran secara kendiri. Penggunaan e-pembelajaran adalah relevan dan perlu bagi memajukan sistem pendidikan negara.