Sebagai bakal guru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang utama 
dalam membentuk insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Seorang 
guru seharusnya mempunyai nilai-nilai insaniah yang hebat agar nilai-nilai yang baik 
dapat diterapkan kepada generasi akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, tugas 
seorang guru bukan sahaja untuk mengajar matapelajaran yang tertentu, namun guru juga 
bertanggungjawab untuk membentuk para pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan 
intelektual. Oleh yang demikian sebagai seorang bakal guru, kita juga hendaklah 
menseimbangkan keempat-empat aspek tersebut serta meningkatkan lagi potensi diri 
dengan menyertai lebih banyak aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan lagi 
kemahiran dan meingkatkan keyakinan diri dalam usaha membentuk sahsiah generasi-generasi 
baru. Seterusnya sebagai seorang guru, kita juga hendaklah berani untk 
melakukan pelbagai inovasi dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk membentuk 
peribadi insan seiring dengan arus modenisasi yang semakin cenderung dengan teknolgi 
komputeran dan dunia di hujung jari. Konklusinya, pendidikan bukan hanya untuk 
memperoleh segulung ijazah, tetapi adalah proses pembinaan insan yang baik, seimbang 
dan bersepadu sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang 
mengutamakan pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya 
menjadi insan yang berilmu , bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

Pembangunan sahsiah forum

  • 1.
    Sebagai bakal guru,Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang utama dalam membentuk insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Seorang guru seharusnya mempunyai nilai-nilai insaniah yang hebat agar nilai-nilai yang baik dapat diterapkan kepada generasi akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, tugas seorang guru bukan sahaja untuk mengajar matapelajaran yang tertentu, namun guru juga bertanggungjawab untuk membentuk para pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh yang demikian sebagai seorang bakal guru, kita juga hendaklah menseimbangkan keempat-empat aspek tersebut serta meningkatkan lagi potensi diri dengan menyertai lebih banyak aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan lagi kemahiran dan meingkatkan keyakinan diri dalam usaha membentuk sahsiah generasi-generasi baru. Seterusnya sebagai seorang guru, kita juga hendaklah berani untk melakukan pelbagai inovasi dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk membentuk peribadi insan seiring dengan arus modenisasi yang semakin cenderung dengan teknolgi komputeran dan dunia di hujung jari. Konklusinya, pendidikan bukan hanya untuk memperoleh segulung ijazah, tetapi adalah proses pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi insan yang berilmu , bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.