SlideShare a Scribd company logo
Orang India Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.         http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

                            India Malaysia

   Deborah Priya Henry, yang berketurunan India, merupakan model fesyen

    Malaysia dan pemenang peraduan peragaan ratu cantik Miss Malaysia

               World 2007 dan Miss Universe Malaysia 2011

                           Jumlah penduduk

                            Sekitar 1,800,000

                       Kawasan ramai penduduk

                    Semenanjung Malaysia, Singapura

                                 Bahasa

            Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Melayu,Inggeris

                                 Agama

                  Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Bahá'í

                       Kelompok etnik berkaitan
India Singapura, India Indonesia

Orang India Malaysia adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke
Malaysia semasa jaman penjajahan British di Malaya. Namum, sumber-sumber sejarah membuktikan
bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan
kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.

                  Isi kandungan
                     [sorokkan]

1 Sejarah

 o    1.1 Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

2 Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu

3 Penghijrahan Tamil

4 Pembahagian pekerjaan

5 Kelompok etnik yang lain

6 Taburan geografi

7 Agama

8 Lihat juga

9 Rujukan

10 Pautan luar

[sunting]Sejarah

            Rencana utama:Senarai Orang India Malaysia

     Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan
     seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah
     semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melakaoleh
     orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau
     Pinang, Melakadan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu
     aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang
     melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, danperdagangan.
     Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu
     menyusul:

           peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak
            dekad 1870-an; dan

           pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada
orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan
kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada
tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah
lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu
dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu.
Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947disebabkan mereka pergi
ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India,
dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7%
daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

[sunting]Perkataan       Tamil dalam Bahasa Melayu
Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V.
Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa
yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[1]

[sunting]Kata-kata       Tamil dalam bahasa Melayu

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.[1]

Bahasa Tamil Bahasa Melayu

akka           kakak

kadai          kedai

kappal         kapal

katikam        ketika

muthu          mutiara

nagaram        negara

purva          purba

raja           raja
suniyam        sunyi

tali           tali

udayam         udaya

vakai          bagai

bhumi          bumi

Surya          Suria

Bumiputeran    Bumiputra

[sunting]Penghijrahan         Tamil

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil
Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu
dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orangMalayalee dan Telugu, merupakan
lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya
orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

[sunting]Pembahagian           pekerjaan

Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya ketika zaman
kolonial British, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang
getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatanperkhidmatan awam. Kebanyakan
orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan
kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar
putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan
kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)
telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya ketika dahulu. Maka, keperluan
pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententukan.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga.
Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu.
Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.
Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat
banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang
telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa
pampasan.[2].

Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa
kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang
India yang berkerja di ladang.[3] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India
terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan
mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan
Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak
sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta pada tahun (2006) menerusi
tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, bagi tujuan melatih belia-belia
India yang gagal dalam pelajaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Industri dan
Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang
kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru
agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri
Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk
membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan
Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun
juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [4]

Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor
(28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi (21%), doktor veterinar (28.5%), jurutera (6.4%), akauntan
(5.8%), juruukur (3.0%) dan arkitek (1.5%). Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam
masyarakat India. Kebanyakan golongan profesional terdiri daripada kaum Tamil Sri Lanka dan
Kaum Malayalee. Manakala, kaum Sindhis, Gujaratis dan Punjab juga terlibat dalam perniagaan.[perlu
rujukan]

[sunting]Kelompok         etnik yang lain

Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan
agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua
daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

     chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan

     orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu
       yang kebanyakannya merupakan pemborong.

Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan
bidang-bidang profesional.
[sunting]Taburan         geografi

Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam
taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di
ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan
mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di
Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa
bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di
kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada
umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-
kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.

        Negeri     Peratus kaum India(%)

Perak              20

Negeri Sembilan    16

WP Kuala Lumpur 13.4

Selangor           13.3

Pulau Pinang       13.3

Kedah              7.1

Johor              6.9

Melaka             6.5

Pahang             5.0

WP Putrajaya       2.7
Perlis                  1.3

WP Labuan               1.3

Sabah                   0.5

Kelantan                0.3

Terengganu              0.2

Sarawak                 0.2

Sumber: Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia.

   Statistik data Putrajaya pada tahun 2004, dan anggaran rasmi pada tahun 2010 ditambah kedalam populasi Selangor.

   Anggaran populasi dibundarkan dalam angka ratusan terdekat.

[sunting]Agama

    Rencana utama: Agama kaum India Malaysia

                       Agama-agama anutan kaum India Malaysia

     Agama                                                                        Peratus

         Hindu                                                                      78.4%

         Sikh                                                                         9.6%

         Kristian                                                                     8.0%

         Jain, Tiada agama atau lain-lain agama                                       2.0%

         Islam                                                                        2.0%

     Kebanyakan kaum india Malaysia beragama Hindu dan diikuti kristian dan sikh

     [sunting]Lihat        juga

    Rencana utama: Diskriminasi Orang India Malaysia
             [sunting]Rujukan
1.0 1.1
    1. ↑             Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Tamil Influences in Malaysia,
        Indonesia, and the Philippines, 37, 38, 41, 43, 45–49, 51–57.
    2. ↑ Hindraf – Pukul Anak Sindir Menantu, Oleh malaysiahadari.
    3. ↑ Kementerian Sumber Manusia akan Menukar Taraf Hidup Pekerja Ladang.
    4. ↑ Kementerian Sumber Manusia akan Menukar Taraf Hidup Pekerja Ladang.
[sunting]Pautan         luar

   Orang Tamil di Malaysia daripada tamilnation.org

   Keetnikan India di Malaysia

   Orang India Malaysia bersuara

More Related Content

What's hot

Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
hamdan che hassan
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedualadykathy
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Steve Simon
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
Hasnah Bukini
 
Hubungan Etnik Magazine Masyarakat India di Brickfiields
Hubungan Etnik Magazine Masyarakat India di BrickfiieldsHubungan Etnik Magazine Masyarakat India di Brickfiields
Hubungan Etnik Magazine Masyarakat India di Brickfiields
Farah Sham
 
Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19
李 舜生
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayuLiana Hasmey
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
What's hot (15)

Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
 
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahanZaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
Hubungan Etnik Magazine Masyarakat India di Brickfiields
Hubungan Etnik Magazine Masyarakat India di BrickfiieldsHubungan Etnik Magazine Masyarakat India di Brickfiields
Hubungan Etnik Magazine Masyarakat India di Brickfiields
 
Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
NOTA MINGGU 1 (KERAJAAN MELAKA)
NOTA MINGGU 1 (KERAJAAN MELAKA)NOTA MINGGU 1 (KERAJAAN MELAKA)
NOTA MINGGU 1 (KERAJAAN MELAKA)
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Viewers also liked

Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02faizah12
 
PM 2
PM 2PM 2
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaanAzarina Arsat
 
perayaan ugadi
perayaan ugadiperayaan ugadi
perayaan ugadi
crystal Snia
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
Farah Hilmi
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
cikalyani
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaCik Nurul Afiqah
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Viewers also liked (13)

Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
 
PM 2
PM 2PM 2
PM 2
 
Rotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerjaRotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerja
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
 
perayaan ugadi
perayaan ugadiperayaan ugadi
perayaan ugadi
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab6
 Sejarah Tingkatan 2: Bab6 Sejarah Tingkatan 2: Bab6
Sejarah Tingkatan 2: Bab6
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Similar to Orang india malaysia

Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumfiro HAR
 
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdfMALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
PrabakaranShanmugam2
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaSyah Nizam
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
Tharan Ran
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
jasfida
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
ssuserff1994
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
SharifahNurAbu
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Hubungan etnik
Hubungan etnik  Hubungan etnik
Hubungan etnik
fareezsham
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
Student
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptxSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
AyuNadhirah4
 
Topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2a
Topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2aTopik 2 kesedaran pelbagai budaya 2a
Topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2ashare with me
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
venillasatiasilan
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrinaFAZUAN MOHAMAD NOR
 
Similar to Orang india malaysia (20)

Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdfMALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
 
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
PENGLIBATAN ORANG INDIA DALAM KEGIATAN EKONOMI DI PERAK SELEPAS PERANG DUNIA ...
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Hubungan etnik
Hubungan etnik  Hubungan etnik
Hubungan etnik
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptxSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
 
Topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2a
Topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2aTopik 2 kesedaran pelbagai budaya 2a
Topik 2 kesedaran pelbagai budaya 2a
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
Orang india malaysia

  • 1. Orang India Malaysia Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia India Malaysia Deborah Priya Henry, yang berketurunan India, merupakan model fesyen Malaysia dan pemenang peraduan peragaan ratu cantik Miss Malaysia World 2007 dan Miss Universe Malaysia 2011 Jumlah penduduk Sekitar 1,800,000 Kawasan ramai penduduk Semenanjung Malaysia, Singapura Bahasa Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Melayu,Inggeris Agama Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Bahá'í Kelompok etnik berkaitan
  • 2. India Singapura, India Indonesia Orang India Malaysia adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa jaman penjajahan British di Malaya. Namum, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina. Isi kandungan [sorokkan] 1 Sejarah o 1.1 Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu 2 Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu 3 Penghijrahan Tamil 4 Pembahagian pekerjaan 5 Kelompok etnik yang lain 6 Taburan geografi 7 Agama 8 Lihat juga 9 Rujukan 10 Pautan luar [sunting]Sejarah Rencana utama:Senarai Orang India Malaysia Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melakaoleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melakadan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, danperdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:  peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan  pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.
  • 3. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta). [sunting]Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[1] [sunting]Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.[1] Bahasa Tamil Bahasa Melayu akka kakak kadai kedai kappal kapal katikam ketika muthu mutiara nagaram negara purva purba raja raja
  • 4. suniyam sunyi tali tali udayam udaya vakai bagai bhumi bumi Surya Suria Bumiputeran Bumiputra [sunting]Penghijrahan Tamil Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orangMalayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi. [sunting]Pembahagian pekerjaan Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya ketika zaman kolonial British, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatanperkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka) telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya ketika dahulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententukan. Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.
  • 5. Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[2]. Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[3] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta pada tahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, bagi tujuan melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [4] Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor (28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi (21%), doktor veterinar (28.5%), jurutera (6.4%), akauntan (5.8%), juruukur (3.0%) dan arkitek (1.5%). Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam masyarakat India. Kebanyakan golongan profesional terdiri daripada kaum Tamil Sri Lanka dan Kaum Malayalee. Manakala, kaum Sindhis, Gujaratis dan Punjab juga terlibat dalam perniagaan.[perlu rujukan] [sunting]Kelompok etnik yang lain Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:  chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan  orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong. Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.
  • 6. [sunting]Taburan geografi Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang. Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru. Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan- kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang. Negeri Peratus kaum India(%) Perak 20 Negeri Sembilan 16 WP Kuala Lumpur 13.4 Selangor 13.3 Pulau Pinang 13.3 Kedah 7.1 Johor 6.9 Melaka 6.5 Pahang 5.0 WP Putrajaya 2.7
  • 7. Perlis 1.3 WP Labuan 1.3 Sabah 0.5 Kelantan 0.3 Terengganu 0.2 Sarawak 0.2 Sumber: Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia.  Statistik data Putrajaya pada tahun 2004, dan anggaran rasmi pada tahun 2010 ditambah kedalam populasi Selangor.  Anggaran populasi dibundarkan dalam angka ratusan terdekat. [sunting]Agama Rencana utama: Agama kaum India Malaysia Agama-agama anutan kaum India Malaysia Agama Peratus Hindu   78.4% Sikh   9.6% Kristian   8.0% Jain, Tiada agama atau lain-lain agama   2.0% Islam   2.0% Kebanyakan kaum india Malaysia beragama Hindu dan diikuti kristian dan sikh [sunting]Lihat juga Rencana utama: Diskriminasi Orang India Malaysia [sunting]Rujukan
  • 8. 1.0 1.1 1. ↑ Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines, 37, 38, 41, 43, 45–49, 51–57. 2. ↑ Hindraf – Pukul Anak Sindir Menantu, Oleh malaysiahadari. 3. ↑ Kementerian Sumber Manusia akan Menukar Taraf Hidup Pekerja Ladang. 4. ↑ Kementerian Sumber Manusia akan Menukar Taraf Hidup Pekerja Ladang. [sunting]Pautan luar  Orang Tamil di Malaysia daripada tamilnation.org  Keetnikan India di Malaysia  Orang India Malaysia bersuara