SlideShare a Scribd company logo
1 of 99
Download to read offline
PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM
DAERAH JOHOR BAHRU
MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM
DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN : 2006 / 2007
Saya : MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
NO 3, RUMAH K/TANGAN, DR. MOHD BADRUDDIN BIN MOHD YUSOF
FELDA KOTA GELANGGI 3, NAMA PENYELIA
27000 JERANTUT,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Tarikh : 23 APRIL 2007 Tarikh : 23 APRIL 2007
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.”
Tandatangan : _________________________
Nama Penyelia : DR. MOHD BADRUDDIN MOHD YUSOF
Tarikh : 23 APRIL 2007
PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM
DAERAH JOHOR BAHRU
MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID
Laporan projek ini dikemukakan adalah sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2007
ii
PENGESAHAN PENULIS
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ______________________
Nama Penulis : Mohd Azry Bin Abdul Hamid
Tarikh : 20 April 2007
iii
Khas buat keluarga dan rakan-rakan tersayang
Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan yang
telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada keluarga yang disayangi kerana berkat doa kalian, maka projek ini berjaya
dihasilkan.
Penghargaan seterusnya ditujukan khas buat penyelia yang dihormati, Dr.
Mohd Badruddin Bin Mohd Yusof di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga buat Raimi Bin Kadis kerana
bersama-sama menjayakan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan buat rakan-rakan yang disayangi di atas
segala bantuan dan kerjasama yang dihulurkan secara langsung dan tidak langsung.
Akhir sekali untuk semua yang telah membantu dalam merealisasikan Projek Sarjana
Muda ini. Semoga Tuhan memberkati apa yang kalian lakukan. Amin.
MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
April, 2007
v
ABSTRAK
Pertambahan aktivi pembinaan akan meningkatkan jumlah penjanaan sisa
binaan. Penjanaan sisa ini mempunyai kekerapan yang berbeza bergantung kepada
jenis pembinaan yang dijalankan. Masalah yang dihadapi adalah bagaimana cara
untuk mengurangkan penjanaan sisa binaan seterusnya mencari cara terbaik untuk
melupuskan sisa tersebut. Kitar semula dan guna semula sisa binaan merupakan
langkah yang terbaik dalam melupuskan sisa binaan seterusnya mengurangkan
jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah. Sebagai tambahan, langkah
ini membantu dalam penjimatan penggunaan bahan binaan untuk kegunaan aktiviti
pembinaan pada masa akan datang. Objektif kajian ini adalah untuk menilai
kekerapan penjanaan sisa mengikut jenis aktiviti pembinaan dan cara yang
digunakan untuk melupuskan sisa binaan. Kajian ini juga bertujuan menilai
keberkesanan pengurusan sisa binaan di dalam daerah Johor Bahru. Kajian ini
melibatkan pelbagai aktiviti pembinaan bagi mencapai objektif kajian. Kaedah yang
digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan pengedaran borang soal selidik
kepada kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan di dalam daerah Johor
Bahru. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical
Package for Social Sciences). Hasil daripada kajian ini menunjukkan 50% daripada
responden melupuskan sisa binaan mereka dengan menghantar ke tapak pelupusan
sampah, 49% mengitar semula dan mengguna semula sisa tersebut manakala hanya
1% sisa tersebut dibakar di tapak bina. Kekerapan penjanaan sisa juga berlainan
mengikut jenis pembinaan yang dijalankan. Kajian ini menunjukkan kontraktor
masih mengamalkan cara yang terbaik dalam melupuskan sisa binaan.
vi
ABSTRACT
Growth in construction activities increases the amount of construction waste
generated. Construction waste generating has different frequency according the types
of construction. The problem is how to reduce the wastes as well as to find the best
way to dispose them. Recycling and reusing of construction waste are the best ways
to dispose as well as to reduce the amount of construction at landfills. In addition, it
enhances the resource recovery for future construction work. The objectives of this
study are to evaluate the waste generation and method of disposal and comparing the
waste generated from different types of construction activities and also determines
how effectiveness the construction waste management in Johor Bahru district. This
study is done on various types of construction activities. In gaining the data, a
questionnaire survey is conducted. The data then was analysed using SPSS
(Statistical Package for Social Sciences) software. The results indicated that 50% of
respondents sent the waste to landfill, 49% reuse or recycling the waste and just 1%
burn the waste. The frequency of waste generated from different construction
activities also varied. It shows that the contractor is promoting the good way to
dispose the waste.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Tujuan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Skop kajian 4
1.5.1 Pengurusan Sisa 5
1.5.2 Impak Terhadap Alam Sekitar 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
2 KAJIAN LITERATUR 7
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Definisi Sisa 8
2.3 Sisa Berbahaya 8
2.4 Sisa Pepejal 9
2.4.1 Sisa Pepejal Perbandaran 11
2.4.2 Sisa Pembinaan 12
2.5 Kategori Pembinaan 13
2.6 Penjanaan Sisa Binaan 12
2.6.1 Aktiviti Pembinaan 14
2.6.1.1 Kerja Awalan 14
2.6.1.2 Penyediaan Tapak 14
2.6.1.3 Pembinaan Projek 15
2.6.1.4 Kerja- Kerja Akhir 16
2.6.2 Aktiviti Perobohan Struktur 16
2.6.3 Aktiviti Pembaharuan dan
Pembaikan Struktur 16
2.7 Bahaya Sisa Binaan 17
2.8 Kategori Masalah Sisa Binaan 18
2.9 Pengurusan Sisa Pembinaan 19
2.9.1 Peringkat Penjanaan Sisa 19
2.9.2 Peringkat Penyimpanan 20
2.9.3 Peringkat Pemungutan 20
2.9.4 Peringkat Pemindahan dan
Pengangkutan 21
2.9.5 Peringkat Pemprosesan Dan
Pemulihan 22
2.9.6 Peringkat Pelupusan 22
2.10 Tapak Pelupusan Sisa 24
2.11 Pengurangan Dalam Penjanaan Sisa 25
2.11.1 Pengurangan 27
2.11.2 Penggunaan Semula 27
ix
2.11.3 Kitar Semula 27
2.12 Pembakaran Terbuka 28
2.12.1 Punca-Punca 28
2.12.2 Kesan-Kesan Akibat
Pembakaran Terbuka 29
2.12.3 Cara untuk Mengelakkan
daripada Berlaku Pembakaran Terbuka 30
2.12.4 Aktiviti Yang Dikecualikan
daripada Larangan Pembakaran
Terbuka. 30
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3.1 Pendahuluan 32
3.2 Objektif Metodologi 33
3.3 Kajian Kes 33
3.4 Skop Kajian 34
3.4.1 Pengurusan Sisa 34
3.4.2 Impak Terhadap Alam Sekitar 34
3.5 Perancangan Kajian 35
3.5.1 Kajian Literatur 37
3.5.2 Penyediaan Borang Soal
Selidik 37
3.5.3 Temubual 38
3.5.4 Analisis Data 38
4 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN 39
4.1 Pendahuluan 39
4.1.1 Melalui Pos 40
4.1.2 Lawatan ke Tapak Pembinaan 40
x
4.2 Jenis Projek 42
4.3 Perobohan Struktur Asal 43
4.4 Pelan Tindakan Pengurusan Sisa
Binaan 44
4.5 Peruntukan Bagi Pengurusan Sisa
Binaan 45
4.6 Tindakan Merekodkan Butiran Sisa
Binaan 46
4.7 Langkah Meminimunkan Penjanaan Sisa
Binaan 47
4.8 Kekerapan Penjanaan Sisa Binaan
Keseluruhan Projek 49
4.9 Penjanaan Sisa Mengikut Jenis Projek 52
4.10 Cara Pelupusan Sisa Binaan 60
4.11 Masalah Yang Dihadapi Oleh
Kontraktor Dalam Menguruskan Sisa
Binaan 63
4.11.1 Masalah Penjanaan Sisa Binaan 63
4.11.2 Masalah Semasa Penstoran Sisa
Binaan 64
4.11.4 Masalah Semasa Melupuskan
Sisa Binaan 64
4.11.3 Masalah Semasa Pemungutan Sisa
Binaan 65
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 66
5.1 Kesimpulan 66
5.2 Cadangan 68
xi
RUJUKAN 69
LAMPIRAN A-B 71-78
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Istilah sisa yang terdapat dalam sisa pepejal 10
2.2 Punca sisa pepejal perbandaran 12
2.3 Jenis-jenis bahan kimia yang terkandung dalam bahan
binaan 18
4.1 Maklum balas soal selidik daripada pihak kontraktor 41
4.2 Paparan hasil dari SPSS tentang hubungkait diantara
pelan tindakan dengan menitik berat dalam pengurusan
sisa binaan. 45
4.3 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap
sesuatu jenis sisa yang terjana di daerah Johor Bahru. 50
4.4 Rumusan tahap kekerapan penjanaan sisa binaan bagi
keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru 52
4.5 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap
sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek perumahan
di daerah Johor Bahru 54
4.6 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap
sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek infra struktur
di daerah Johor Bahru 55
4.7 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap
sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek jalan raya di
daerah Johor Bahru 56
xiii
4.8 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap
sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek kilang di
daerah Johor Bahru 57
4.9 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap
sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek pusat
perniagaan di daerah Johor Bahru 58
4.10 Kekerapan bagi setiap jenis sisa mengikut jenis projek
yang terdapat di daerah Johor Bahru 59
4.11 Peratusan cara melupuskan sisa binaan yang diamalkan
oleh pihak kontraktor di Daerah Johor Bahru. 61
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Pengkelasan sisa pepejal 11
2.2 Lori pemungut sisa 21
2.3 Teknik pemeringkatan dalam meminimumkan sisa 26
3.1 Carta alir kajian 36
4.1 Peratusan bagi pengkelasan jenis projek yang dijalankan
dalam daerah Johor Bahru 40
4.2 Peratusan projek pembinaan yang mempunyai aktiviti
perobohan struktur dalam daerah Johor Bahru. 43
4.3 Peratusan kontraktor yang mempunyai pelan tindakan
dalam pengurusan sisa binaan semasa projek
dijalankan dalam daerah Johor Bahru. 44
4.4 Peratusan peruntukan kos dalam menguruskan
sisa binaan oleh pihak kontraktor yang menjalankan
projek pembinaan di dalam daerah Johor Bahru. 46
4.5 Peratusan tindakan merekodkan butiran sisa binaan
oleh pihak kontraktor yang menjalankan aktiviti
pembinaan dalam daerah Johor Bahru. 47
4.6 Peratusan pandangan kontraktor terhadap impak yang
terhasil daripada penjanaan sisa binaan di kawasan
pembinaan masing-masing. 48
4.7 Jenis dan kekerapan penjanaan sisa binaan bagi
keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru 51
xv
4.8 Peratusan cara melupuskan sisa binaan di tapak
pembinaan yang diamalkan oleh pihak kontraktor
dalam daerah Johor Bahru. 62
xvi
SENARAI SINGKATAN
JAS - Jabatan Alam Sekitar
Jln - Jalan
kg - kilogram
km - kilometer
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
RI - Indeks Relatif
RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SWM - Southern Waste Management
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
Tmn - Taman
% - Peratus
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang soal selidik 71
B Gambar 77
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dari segi
pembangunannya dan juga perkembangan ekonominya. Negara kita sedang gigih
untuk bersaing dengan negara maju yang lain untuk mencapai satu tahap yang lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.
Pembinaan merupakan aktiviti yang terpenting dalam memajukan sesebuah
negara. Kemajuan sesebuah tamadun manusia digambarkan melalui pembinaan
sebagai contoh Tamadun Mesir yang terkenal dengan pembinaan piramid dan masih
utuh sehigga kini (Roslan, 2005). Perubahan cara bagaimana pembinaan dilakukan
telah berubah mengikut peredaran masa dari cara tradisional kepada cara moden.
Aktiviti pembinaan merupakan aktiviti yang sementara. Jangka hayat aktiviti
ini bergantung kepada keluasan projek yang dijalankan (Uzairi, 1988). Tanpa
disedari aktiviti ini juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang
2
kepada pencemaran. Sektor pembinaan di Malaysia telah mengalami penguncupan
sejak tahun 2004 tetapi di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
sejumlah 32.5 bilion ringgit diperuntukkan untuk aktiviti pembinaan. Ini bermaksud
industri pembinaan akan bertambah dalam pada tahun 2007 (Kementerian
Kewangan, 2006). Pertambahan ini turut menyumbang kepada pertambahan sisa
pembinaan di negara ini. Fenomena ini boleh mengakibatkan pencemaran tanpa
pengurusan sisa buangan yang teratur dan sistematik.
Pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),
seperti pembinaan jalanraya, kuarters serta kemudahan infrastruktur lain akan
merancakkan lagi kegiatan sektor pembinaan. Peruntukan pembangunan 27.5 bilion
ringgit disediakan bagi pelbagai projek pembinaan pada tahun 2007 (Kementerian
Kewangan, 2006).
Kerajaan turut menyediakan peruntukan satu bilion ringgit bagi program
penyelenggaraan bangunan dan kemudahan awam. Kerajaan mencadangkan layanan
cukai untuk sektor pembinaan diperbaharui, contohnya :
a) Perbelanjaan oleh pemaju hartanah dalam tempoh wang tahanan (defect
liability atau warranty) dibenarkan sebagai potongan daripada projek yang
sama dan tidak hanya dibenarkan sebagai potongan daripada projek lain.
b) Semua kerugian projek pada tahun terakhir dibenarkan ditolak daripada
keuntungan sepanjang tempoh projek tahun-tahun terdahulu (carry back of
losses) (Kementerian Kewangan, 2007).
3
1.2 Penyataan Masalah
Pengurusan sisa binaan telah menjadi satu isu dan masalah global. Sebagai
contoh, di Eropah dianggarkan kira-kira 3000 juta tan sisa dihasilkan diseluruh
Eropah setiap tahun (Williams, 2005). Kategori sisa utama yang terhasil adalah sisa
industri, pembinaan, pertanian dan perlombongan. Tiga puluh peratus dari sisa yang
terhasil adalah dari pembinaan dan perobohan struktur (Williams, 2005).
Aktiviti pembinaan yang semakin bertambah menyumbang kepada
peningkatan jumlah sisa pembinaan yang dijanakan oleh industri ini. Fenomena ini
menyumbang kepada peningkatan tahap pencemaran di negara ini. Walaupun
sesuatu pembinaan hanya mengambil setahun atau melebihi setahun untuk disiapkan
tetapi tanpa pegurusan sisa yang sempurna dan sistematik, pencemaran alam sekitar
akan berlaku hasil dari penjanaan sisa binaan. Kebanyakan kontraktor mengambil
cara mudah dalam melupuskan sisa binaan dengan malakukan pembakaran terbuka
dan melupuskan sisa di tapak pelupusan haram. Satu kajian perlu dilakukan untuk
mengkaji jumlah sisa yang dijanakan dan pegurusan yang dilakukan di tapak
pembinaan.
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kekerapan sisa pembinaan
yang dijanakan dari pelbagai aktiviti pembinaan, jenis sisa yang dijanakan dan cara
pengurusan yang dilakukan oleh pihak kontraktor binaan dalam melupusan sisa ini.
Data yang akan diperoleh dianalisis dalam mengkaji keberkesanan sistem
pengurusan sisa pembinaan dan cara untuk miminimumkan penjanaan sisa
seterusnya impak terhadap kualiti alam sekitar.
4
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif utama kajian ini dilakukan adalah :
a) Menentukan kekerapan sisa binaan yang dijanakan dari pelbagai aktiviti
pembinaan.
b) Menentukan keberkesanan sistem pengurusan sisa binaan yang diamalkan di
tapak pembinaan dalam cara yang digunakan untuk melupuskan sisa binaan.
c) Kitar semula dan penggunaan semula sisa binaan serta masalah yang dihadapi
oleh kontraktor dalam menguruskan sisa binaan.
1.5 Skop Kajian
Kajian dilakukan di beberapa tapak pembinaan di dalam daerah Johor Bahru bagi
memperoleh data untuk dianalisis dalam kajian ini. Pemerhatian akan dilakukan di
tapak pembinaan untuk tujuan melihat pengurusan dalam melupuskan sisa
pembinaan di tapak pembinaan tersebut. Cara yang akan dilakukan dalam kajian ini
adalah dengan soal selidik dan pemerhatian. Skop kajian ini adalah berkisarkan
tentang sisa yang dijanakan di kawasan pembinaan. Kajian ini turut merangkumi:
a) Pengurusan sisa
b) Impak terhadap alam sekitar
5
1.5.1 Pengurusan Sisa
Pembinaan mempunyai beberapa peringkat dan sisa yang akan dijanakan
berlainan mengikut peringkat pembinaan yang sedang dijalankan. Kuantiti dan jenis
sisa yang dijanakan pada setiap peringkat ini turut berbeza. Cara pengurusan dan
pelupusan sisa yang digunakan oleh pihak kontraktor perlu dikenalpasti melalui
kajian ini. Pengurusan sisa merangkumi kaedah yang diambil dalam meminimakan
penjanaan sisa pepejal di tapak pembinaan. Masalah yang dihadapi dalam
pengurusan sisa turut dikenalpasti dalam kajian ini.
1.5.2 Impak Terhadap Alam Sekitar
Penjanaan sisa dari pelbagai aktiviti pembinaan mempunyai berbagai jenis
dan memberikan impak yang berbeza kepada alam sekitar walaupun jangka hayat
sesuatu projek pembinaan tidak lama. Pertambahan penjanaan sisa binaan akan
meningkatkan jumlah sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah bagi tujuan
dilupuskan. Pembakaran sisa binaan di tapak pembinaan dapat menyumbangkan
pencemaran udara di kawasan tersebut. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti
impak terhadap alam sekitar dan penduduk di sekitarnya.
6
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan melihat impak penjanaan sisa pepejal di tapak
pembinaan bagi tujuan memelihara alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran.
Kajian ini dapat mengenal pasti kaedah pegurusan sisa pepejal yang dijalankan di
tapak pembinaan. Selain itu kajian ini dapat :
a) Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa, sihat dan selamat terutamanya
di sekitar kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan pelupusan
haram.
b) Mengemukakan langkah–langkah kawalan dan pengurusan yang dijangka
boleh mengatasi masalah atau kelemahan yang timbul dalam proses
pelupusan sisa pembinaan.
c) Mencadangkan beberapa alternatif yang dapat memberikan kesedaran kepada
pihak kontraktor binaan akan kepentingan dan kesan terhadap pembuangan
sisa binaan secara haram terhadap alam sekeliling.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Kajian literatur merupakan satu kaedah pencarian maklumat berdasarkan
kepada kajian-kajian yang terdahulu. Maklumat boleh diperolehi melalui media
cetak dan media elektronik. Maklumat dari media cetak diperolehi dengan merujuk
kepada buku, jurnal, artikel, laporan berita dan isu-isu semasa manakala media
elektronik diperolehi dengan melayari laman web di internet. Sumber utama
pembacaan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari Perpustakaan
Sultanah Zanariah (PSZ), Pusat Sumber Fakulti Kejuruteraan Awam dan laman web
yang berkaitan.
8
2.2 Definisi Sisa
Sisa adalah merupakan bahan buangan yang terhasil daripada sesuatu aktiviti
atau pun proses yang diakukan oleh manusia,haiwan dan juga tumbuhan. Sumber-
sumber boleh berpunca contohnya daripada aktiviti perindustrian, perbandaran,
penternakan dan pertanian. Sisa merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak
boleh digunakan lagi ataupun tiada nilai dari segi ekonomi, hasil daripada aktiviti
manusia atau binatang (Noorhayati, 2005).
Antara beberapa takrif dan definisi sisa mengikut pandangan sesetengah
individu adalah seperti berikut:
Sisa pejal adalah sisa yang terhasil daripada aktiviti manusia dan
haiwan yang tidak boleh digunakan lagi dan juga tidak diperlukan dan
lazimnya dalam bentuk pejal (Theng, 1998).
Sisa pejal adalah sisa yang bukan cecair atau gas seperti sisa makanan,
bekas bungkusan, pemotongan pokok (yard trimming) dan berbagai-bagai
sisa bukan organik ( Masters, 1998).
2.3 Sisa Berbahaya
Sisa yang boleh mendatangkan bahaya secara tiba–tiba atau selepas satu
jangka masa yang panjang kepada manusia, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar
boleh dikelaskan sebagai sisa berbahaya (Theng, 1998). Mengikut laporan daripada
European Commission pada tahun 2003, sisa berbahaya adalah sisa yang bersifat
mengkakis, toksid, karsinogenik, mudah tersebar seperti sisa radioaktif,
mengakibatkan iritasi dan membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar. Sisa
9
ini lazimnya terhasil daripada aktiviti perindustrian dan perkilangan dan sisa
perubatan dari hospital. Manakala menurut Environment Protection Agency (EPA),
sisa berbahaya adalah sisa atau gabungan yang menunjukkan keupayaan bahayanya
kepada kesihatan manusia atau hidupan lain kerana sisa tersebut :
a) Boleh mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar
b) Boleh memberikan kesan biologi
c) Mampu membawa maut
d) Boleh menyebabkan berlakunya kesan kumulatif
2.4 Sisa Pepejal
Sisa buangan pepejal adalah terdiri daripada pelbagai komponen bahan
buangan yang tidak bertoksid. Walau bagaimanapun secara menyeluruhnya bahan
buangan ini bolehlah dikategorikan seperti berikut :
a) Sisa pepejal domestik daripada sisa-sisa makanan dan sampah sarap dan juga
benda-benda pukal daripada kawasan perumahan, perniagaan, sekolah dan
kawasan-kawasan awam.
b) Buangan barang-barang pukal seperti rangka/bingkai kenderaan, barang-
barang elektrik, perabot, tayar buruk dan sebagainya.
c) Buangan daripada perlombongan dan kuari.
d) Bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan-bangunan.
e) Sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir, najis lembu, sekam
padi dan sekam kayu.
f) Sisa buangan taman (garden waste).
g) Sisa industri tidak bertoksik (Non Toxic Industrial Waste).
(Sumber : Resource Venture, 2005)
10
Jadual 2.1 menunjukkan komponen dalam sisa pepejal beserta huraiannya
manakala Rajah 2.1 pula adalah pengkelasan sisa pepejal menurut Masters, 1998.
Jadual 2.1: Istilah sisa yang terdapat dalam sisa pepejal (Theng, 1998).
Komponen Huraian
Sisa makanan
Sisa haiwan, tumbuhan dan buah-buahan hasil dari penyediaan
makanan seperti memasak. Sisa makanan mudah diuraikan
terutama sewaktu cuaca panas.
Sampah-sarap
Terdiri daripada sisa pepejal yang mudah terbakar dan tidak
mudah terbakar. Sisa yang mudah terbakar adalah bahan
seperti kertas, pakaian, kadbod, getah, perabot dan kayu
manakala sisa yang tidak mudah terbakar seperti kaca, pinggan
mangkuk, kepingan timah, aluminium, logam ferus dan logam
bukan ferus.
Habuk dan debu
Bahan yang terhasil dari pembakaran kayu, arang, kok (coke)
dan sisa bahan yang mudah terbakar. Sisa tinggalan yang
dihasilkan dari loji janakusa tidak termasuk dalam kategori ini.
Habuk dan debu merupakan sisa yang halus.
Sisa pemusnahan
dan pembinaan
struktur
Bahan yang tidak digunakan dari runtuhan bangunan atau
struktur lain merupakan sisa pemusnahan (demolition waste).
Sisa yang dihasilkan dari pembinaan, pengubahsuian dan
pembaikpulih bangunan kediaman, perdagangan dan industri
dikelaskan sebagai sisa pembinaan (construction waste). Sisa
ini seperti batu bata, konkrit, batu, kayu, batu kelikir dan
komponen elektrik serta sistem paip air.
Sisa khas
(Special waste)
Sisa yang terhasil dari pembersihan jalan, sampah jalan,
bangkai binatang dan kereta terbiar dikelaskan sebagai sisa
khas.
Sisa loji rawatan
air
(treatment-plant
waste).
Sisa pepejal dan separa pepejal dari air, sisa kumbahan dan sisa
industri dari loji rawatan air dikelaskan dalam sisa ini.
11
Sisa pepejal
Lain-lain sisa buangan
(pembinaan, sisa industri)
Sisa pepejal perbandaran
(municipal solid waste)
Sisa makanan Sampah sarap
(food waste) (rubbish)
Trash Tidak mudah terbakar
(noncombustible)
Rajah 2.1: Pengkelasan sisa pepejal (Masters, 1998)
2.4.1 Sisa Pepejal Perbandaran
Sisa perbandaran boleh didefinasikan sebagai sisa yang dijanakan di kawasan
penempatan penduduk, kawasan perdagangan dan kawasan industri tetapi tidak
merangkumi sisa di tapak pembinaan. Sisa yang dijanakan ini akan dikumpul oleh
majlis bandaran atau kontraktor yang dilantik oleh majlis bandaran contohnya
syarikat Alam Flora dan Southern Waste Management (SWM). Sisa yang telah
dikumpul akan dihantar ke tempat pelupusan sampah bagi tujuan dilupuskan. Jadual
2.2 menunjukkan punca sisa pepejal perbandaran.
12
Jadual 2.2: Punca sisa pepejal perbandaran (Peavy, 1985).
Punca Kawasan penjanaan sisa Jenis sisa pepejal
Penempatan
Keluarga tunggal (single-
family) dan banyak
keluarga (multifamily).
Berpendapatan sederhana,
rendah dan kondominium.
Sisa makanan, sampah,
debu dan sisa khas
(special waste).
Perdagangan
Gerai, restoran, pasar,
bangunan pejabat, hotel,
dan lain-lain fasiliti.
Sisa makanan, sampah,
debu, sisa pembinaan dan
pemusnahan, sisa khas
(special waste) dan
kadangkala terdapat sisa
berbahaya.
Kawasan terbuka
Lorong, tempat letak
kereta, taman permainan,
taman rekreasi, pantai dan
jalan raya.
Sampah sarap dan sisa
khas (special waste).
Loji rawatan
Air, sisa kumbahan dan
proses rawatan industri
Sisa loji rawatan, terdiri
dari baki sisa rawatan.
2.4.2 Sisa Pembinaan
Sisa pembinaan dapat ditakrifkan sebagai sisa yang dijanakan semasa proses
pembinaan dijalankan. Sisa pembinaan terdiri daripada 3 kategori yang utama iaitu
bahan buangan dari bahan binaan, pekerja dan jentera. Namun begitu sisa pepejal
yang dijanakan dari bahan binaan merupakan jumlah yang terbesar contohnya
semasa proses pemusnahan sesebuah struktur binaan. Sisa binaan terdiri dari sisa
yang boleh dibakar dan tidak boleh dibakar dan memerlukan sistem pelupusan yang
13
sesuai. Antara contoh-contoh sisa binaan adalah seperti konkrit, mortar, bata,
lebihan kayu, bahan perpaipan, logam dan sisa runtuhan struktur (Ekanayake dan
Ofori, 2000).
2.5 Kategori Pembinaan
Terdapat berbagai kategori di dalam industri pembinaan dan ianya dapat
dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu aktiviti pembinaan bangunan dan kerja
kejuruteraan awam. Aktiviti pembinaan bangunan meliputi semua bentuk
pembinaan yang boleh dikelaskan dalam kategori bangunan. Pembinaan rumah turut
dikelaskan dalam kategori ini. Kerja kejuruteraan awam meliputi semua bentuk
pembinaan yang tidak termasuk dalam kategori bangunan contohnya pembinaan
jalan raya dan empangan (Uzairi, 1988).
2.6 Penjanaan Sisa Binaan
Sisa binaan yang terjana adalah dari aktiviti yang dihasilkan oleh manusia
sendiri. Antara aktiviti itu adalah seperti berikut (Roslan, 2005) :
a. Aktiviti pembinaan
b. Aktiviti perobohan struktur
c. Aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur
14
2.6.1 Aktiviti Pembinaan
Aktiviti pembinaan sebenarnya tidak dapat dilihat batasan kerjanya pada
masa pembinaan tetapi dapat dikelaskan kepada beberapa peringkat (Roslan, 2005).
Terdapat beberapa peringkat dalam aktiviti pembinaan seperti :
a) Kerja awalan
b) Penyediaan tapak
c) Pembinaan projek
d) Kerja-kerja akhir
2.6.1.1 Kerja Awalan
Aktiviti pada peringkat ini adalah merekabentuk struktur bangunan yang akan
dibina. Bahan binaan yang akan digunakan dalam pembinaan ini dapat dikenal pasti
pada peringkat ini. Perubahan rekabentuk bangunan pada saat-saat akhir akan
menyebabkan pembaziran bahan binaan sekiranya bahan binaan itu telah dihantar ke
tapak pembinaan.
2.6.1.2 Penyediaan Tapak
Antara kerja yang dilakukan sewaktu penyediaan tapak ialah menebang
pokok atau pembersihan semak samun. Rumput dan tumbuhan kecil juga perlu
dibuang dan lapisan tanah akan dikikis sekurang-kurang sedalam 300 mm.
Merobohkan struktur sedia ada juga mungkin berlaku jika projek menaiktaraf atau
15
ubah suai bangunan atau jalanraya. Kerja-kerja tanah juga adalah kerja yang amat
penting sewaktu fasa permulaan. Aktiviti potong dan tambak (cut and fill) dan
memotong tanah kepada paras formasi yang diperlukan untuk aktiviti penanaman
cerucuk.
Antara sisa pembinaan yang terhasil sewaktu peringkat pembinaan ini ialah
pokok dan semak-samun yang telah dibersihkan dan sisa daripada bangunan atau
struktur yang telah dirobohkan. Sisa yang terhasil ini lazimnya akan dibakar atau
ditanam didalam tanah.
2.6.1.3 Pembinaan Projek
Aktiviti utama sewaktu fasa pembinaan ini ialah pemasangan acuan,
pemotongan dan membengkok besi serta kerja mengkonkrit. Bahan dan cara
pembinaan yang terlibat di dalam pembinaan terdiri dari pelbagai jenis dan cara.
Konkrit bertetulang adalah pilihan utama dan paling popular didalam pembinaan.
Konkrit pra tuang juga ada digunakan mungkin kerana lebih menjimatkan masa.
Selain konkrit bertetulang, keluli dan kayu juga adalah bahan yang penting didalam
sesebuah struktur. Proses mengikat batu-bata sebagai dinding juga adalah kerja
utama sewaktu fasa ini.
Sisa pembinaan paling banyak dihasilkan sewaktu kerja-kerja pembinaan
struktur dijalankan. Papan dan kayu yang digunakan sebagai acuan, sisa-sisa konkrit
dan mortar yang telah mengeras dan juga lebihan bata yang tidak dipakai lagi adalah
antara sisa yang terhasil.
16
2.6.1.4 Kerja-Kerja Akhir
Peringkat ini adalah peringkat akhir dalam menyiapkan sesebuah bangunan.
Antara kerja yang terlibat ialah pemasangan jubin atau seramik, tingkap dan pintu,
mengecat serta hiasan dalaman. Pada peringkat ini sisa yang terhasil pastilah
serpihan-serpihan jubin atau seramik, papan lapis yang digunakan untuk siling serta
tong cat yang sudah digunakan.
2.6.2 Aktiviti Perobohan Struktur
Aktiviti perobohan struktur bermaksud pemusnahan struktur yang sedia ada
bagi memenuhi kehendak pengguna. Antara beberapa sebab mengapa aktiviti
perobohan struktur dilakukan adalah:
a) Struktur asal tidak selamat digunakan atau didiami oleh pengguna.
b) Menaik taraf sesebuah kawasan dan memerlukan pemusnahan struktur asal
seperti perobohan kawasan setinggan.
c) Pembinaan struktur yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan
seperti mengubahsuai bangunan dan perlu dirobohkan.
2.6.3 Aktiviti Pembaharuan dan Pembaikan Struktur
Aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur adalah hampir sama dengan
aktiviti pembinaan. Aktiviti pembinaan merupakan satu aktiviti permulaan bagi
pembinaan sesebuah struktur manakala aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur
17
adalah aktiviti yang dilakukan bagi tujuan menambahkan had perkhidmatan struktur
tersebut. Antara aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur adalah menaiktaraf
jalan raya, membaikpulih bangunan, mendalam dan memperluaskan sistem
perparitan di bandar bagi mengatasi masalah banjir kilat.
2.7 Bahaya Sisa Binaan
Menurut laporan kajian yang dilakukan oleh Roslan Pilus, 2005, sisa
berbahaya merupakan sisa yang boleh mendatangkan kesan bahaya sama ada secara
serta merta ataupun dalam jangkamasa yang tertentu kepada manusia, tumbuhan dan
alam sekitarnya. Sisa berbahaya dapat dikelaskan kepada tiga jenis iaitu sebatian
radioaktif, sisa biologi, dan sisa meruap namun pada masa kini sisa binaan turut
menjadi sisa berbahaya kerana kandungan sisa binaan mempunyai sifat sisa
berbahaya seperti :
a) Mudah terbakar
b) Mudah menghakis
c) Mudah meruap
d) Mudah meletup
Dalam kajian yang telah dilakukannya, terdapat beberapa jenis sisa binaan
yang telah dikenalpasti berbahaya. Sisa binaan ini dikenalpasti sebagai sisa
berbahaya bergantung kepada kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam sisa
binaan. Jadual 2.3 menunjukkan jenis-jenis bahan kimia yang terkandung dalam
bahan binaan.
18
Jadual 2.3: Jenis-jenis bahan kimia yang terkandung dalam bahan binaan
(Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2004)
Bahan Kimia Berbahaya Komponen Sisa Bahan
Asid Besi dan kuprum
Arsenik Kaca dan seramik
Asbestos Siling, polimer dan plastik
Fenol Kaca, besi dan keluli
Florida Kaca, simen, batu bata, kapur dan aluminium
Kadmium Cat dan plastik
Kromium Plat logam dan getah
Kuprum Plat logam
Merkuri Cat dan plastik
Nikel Besi, keluli dan plat logam
Plumbum Cat
Sianida Logam
Selenium Getah dan kaca
Sulfida Getah
Zink
Plat logam, besi bergalvani, getah, besi dan
keluli
2.8 Kategori Masalah Sisa Binaan
Pembangunan ekonomi akan menyebabkan pertambahan aktiviti pembinaan
seterusnya meningkatkan jumlah penjanaan sisa binaan di negara ini. Peningkatan
ini akan menyebabkan masalah yang serius di peringkat tempatan dan negara.
Masalah sisa ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu masalah pada
peringkat aktiviti pembinaan dan masalah kepada negara. Pada peringkat
pembinaan, masalah akan dihadapi oleh kontraktor dengan memberi kesan terhadap
keuntungan kontraktor. Masalah yang timbul kepada negara adalah berkisar tentang
19
isu alam sekitar seperti pengurusan sisa dan pelupusan sisa di tapak pelupusan
(Ekanayake dan Ofori, 2000).
2.9 Pengurusan Sisa Pembinaan
Pengurusan sisa binaan boleh ditakrifkan sebagai satu cara
pengurusan sisa yang merangkumi dari setiap aspek bermula dari penjanaan sehingga
ke peringkat pelupusan. Pengurusan sisa binaan yang sempurna dapat
mengurangkan gangguan terhadap manusia, haiwan dan alam sekitar di kawasan
berkenaan. Peringkat dalam pegurusan sisa adalah :
a) Peringkat penjanaan sisa
b) Peringkat penyimpanan
c) Peringkat pemungutan
d) Peringkat pemindahan dan pengangkutan
e) Peringkat pemprosesan
f) Peringkat pelupusan (Janaka et al., 2002)
2.9.1 Peringkat Penjanaan Sisa
Penjanaan sisa binaan meliputi aktiviti bahan buangan yang dikenalpasti
sebagai tidak lagi bernilai dan tidak diperlukan lagi dalam pembinaan tersebut.
Perancangan yang teliti semasa pengendalian bahan binaan dapat mengurangkan
penjanaan sisa dan mengelakkan pembaziran. Jenis sisa yang terjana berbeza
mengikut aktiviti pembinaan tersebut dijalankan.
20
2.9.2 Peringkat Penyimpanan
Sisa binaan yang terhasil dari aktiviti pembinaan ini perlu dikumpulkan di
satu kawasan yang sesuai contohnya berhampiran dengan kawasan penjanaan sisa
tersebut. Penyimpanan sisa ini dilakukan kerana penjanaan sisa ini akan berterusan
sepanjang tempoh pembinaan. proses penyimpanan dilakukan sementara menunggu
proses pemungutan dan pelupusan.
2.9.3 Peringkat Pemungutan
Pemungutan merupakan aktiviti mengumpul dan memungut sisa untuk
dilupuskan di tapak pelupusan sisa. Aktiviti ini dilakukan menggunakan kenderaan
yang besar seperti lori pengangkut supaya dapat memuatkan kuantiti sisa pejal yang
banyak.
Kos pemungutan untuk sisa pejal adalah amat tinggi iaitu antara 60-80 % dari
keseluruhan kos pengurusan sisa (Roslan, 2005). Ini adalah kerana proses
pemungutan sisa pejal memerlukan alat kelengkapan yang khusus dan juga
memerlukan pekerja yang ramai untuk penyelenggaraan. Rajah 2.2 menunjukkan
lori pemungut sisa.
21
Rajah 2.2 : Lori Pemungut Sisa
2.9.4 Peringkat Pemindahan dan Pengangkutan
Sisa binaan yang telah dikumpul akan diangkut oleh pihak yang terlibat untuk
dihantar ke tapak pemprosesan dan pemulihan sebelum dilupuskan. Lori terbuka
digunakan sebagai pengangkutan sisa untuk proses pemindahan ini.
Semasa proses pemindahan dijalankan, beberapa faktor perlu diambil kira.
Antaranya adalah pemilihan laluan kenderaan. Beberapa perkara penting dalam
penentuan laluan kenderaan ke tapak pelupusan adalah :-
a) Laluan hendaklah lebar dan mempunyai laluan dua hala, tidak terlalu lurus
dan laluan tidak sesak untuk memudahkan kenderaan pengangkut melaluinya.
b) Titik mula pemungutan sisa mestilah paling hampir dengan tempat
penyimpanan kenderaan pengangkut.
c) Kenderaan pengangkut harus menghindari daripada melalui jalan yang terlalu
sesak dan mempunyai banyak laluan.
d) Elakkan daripada melalui jalan sehala.
22
e) Sebelum pemungutan dilakukan, pemilihan laluan perlu dirancang terlebih
dahulu supaya kenderaan pengangkut boleh menyusur dengan mudah serta
menjimatkan masa (Resource Venture, 2005).
2.9.5 Peringkat Pemprosesan dan Pemulihan
Pemindahan sisa ke tapak pemprosesan dan pemulihan bertujuan untuk
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sisa binaan. Ditapak pemprosesan, sisa
akan diasingkan berdasarkan kepada ciri-ciri fizikal dan komposisi kimia. Sisa
binaan yang masih boleh digunapakai seperti besi, aluminium, keluli dan kaca akan
diambil untuk dikitar semula. Sisa binaan seperti konkrit, batu bata dan turapan
simen yang mempunyai bentuk fizikal yang besar dan padu akan diekstrak menjadi
ketulan batu yang lebih kecil dan kemudian dilupuskan di tapak pelupusan.
2.9.6 Peringkat Pelupusan
Pelupusan merupakan proses akhir dalam pengurusan sisa. Dalam proses ini,
sisa akan dilupuskan menerusi kaedah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Kaedah pelupusan biasa yang digunakan di Malaysia adalah kaedah kambus
tanah (Sanitary Landfill) dan kaedah penunuan. Kaedah ini merupakan kaedah yang
terbaik untuk melupuskan sisa binaan.
23
Terdapat empat peringkat dalam perlaksanaan kaedah pelupusa sisa jenis
kambus tanah iaitu :-
a) Penyediaan tapak sisa.
b) Pemunggahan dan pemadatan sisa sehingga menjadi satu lapisan yang nipis.
c) Sisa yang dipadatkan kemudian ditutup dengan lapisan tanah.
d) Lapisan tanah akan dipadatkan.
Bagi melaksanakan kaedah penimbusan ini beberapa aspek perlu diambil kira
semasa penyediaan dan operasi tapak ini kelak iaitu:-
a) Tumbuh-tumbuhan di sekeliling kawasan tapak pelupusan hendaklah
dikekalkan sebagai zon penampan kepada pembangunan di sekitarnya
termasuklah penempatan penduduk sedia ada.
b) Pembukaan dan operasi tapak pelupusan hendaklah dijalankan secara
berperingkat-peringkat bagi mengelukkan pendedahan tanah kepada hakisan.
Langkah-langkah kawalan mencegah hakisan dan ‘drainage alteration’
hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pelupusan
dijalankan. Jalan masuk sedia ada ke tapak pelupusan pula perlulah sentiasa
dibaiki bagi memudahkan lori-lori pengangkut sampah menggunakan jalan
tersebut.
c) Pelan pengurusan tapak pelupusan perlulah disediakan oleh penggerak projek
antaranya termasuklah program-program pengawasan serangga perosak
‘scavenger’, aktiviti pelupusan dan penimbusan tanah dan menyediakan
pegawai bertugas harian. Langkah-langkah kawalan seperti mendirikan pagar
keselamatan dan pondok pengawal keselamatan perlu dilaksanakan bagi
memastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
24
2.10 Tapak Pelupusan Sisa
Terdapat 3 kaedah penimbusan yang disyorkan untuk sisa buangan pepejal
iaitu :-
a) Kaedah ‘Open Dumping’
Kaedah ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat
seluruh Malaysia. Kaedah ini tidak teratur dan terdedah kepada bau busuk dan
pembiakan serangga dan binatang kecil.
b) Kaedah ‘Sandwich’
Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar.
Setiap antara lapisan ini ditimbus atau ditutup dengan tanah. Kaedah ini adalah lebih
berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu lebar (luas), maka bahan-bahan buangan
ini akan ditinggalkan tidak ditutup untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan
sebagainya.
c) Kaedah ‘Cell’
Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan
lapisan tanah pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20 cm. Pada lapisan penutup
perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan akhir penutup pada
ketebalan 60cm.
25
2.11 Pengurangan Dalam Penjanaan Sisa
Pengurusan sisa binaan telah menjadi masalah global dan menjadi
tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau
kerajaan untuk menanganinya. Ia juga menjadi masalah kepada pemaju dan pemilik
premis yang terlibat dalam pengurusan sisa binaan ini.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
mengamalkan ‘konsep 3R’ iaitu pengurangan (reduce), penggunaan semula (reuse)
dan kitar semula (recycle). Bagi sisa yang tidak boleh dikitar semula, langkah
seterusnya yang dibuat ialah dengan cara pelupusan sisa di kawasan yang dibenarkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Rajah menunjukkan teknik pemeringkatan dalam
meminimumkan sisa.
26
Mengurangkan Sumber
Buangan
Proses Semula
Guna Semula
Kitar Semula
Penggunaan Teknologi
Bersih
Rawatan dan Pengolahan
Pelupusan Selamat
Menukar Hasil KeluaranKawalan di Sumber Janaan
Teknik Meminimumkan
Sisa
Rajah 2.3: Teknik Pemeringkatan Dalam Meminimumkan Sisa (JAS, 2004)
27
2.11.1 Pengurangan
Pengurangan sisa merupakan langkah penting untuk memastikan jumlah sisa
yang dihasilkan dapat dikawal dan dikurangkan. Beberapa amalan pengurusan
dalaman secara terancang dapat dipraktikkan dalam proses pengurangan sisa iaitu :-
a) Merancang dan mengawal pembelian bahan binaan terlebih dahulu.
b) Mengurangkan pembaziran semasa melakukan kerja-kerja binaan.
c) Melatih kakitangan atau pekerja dalam menguruskan bahan binaan di tapak
pembinaanan dengan baik.
2.11.2 Penggunaan Semula
Kos untuk pembelian bahan-bahan binaan bagi sesuatu projek adalah amat
tinggi. Oleh itu, penggunaan semula bahan binaan dapat mengurangkan kos serta
tidak membazir. Antara bahan binaan yang boleh digunakan semula adalah seperti
acuan konkrit yang diperbuat daripada kayu. Acuan tersebut boleh digunakan
semula untuk projek-projek berkaitan yang lain.
2.11.3 Kitar Semula
Sesuatu bahan perlu dilupuskan sekiranya tidak mempunyai nilai dari segi
ekonomi. Bahan tersebut perlu dilupuskan dengan diasingkan mengikut jenis untuk
dikitar semula (Theng, 1998). Bahan binaan yang boleh dikitar semula adalah
28
seperti kaca, aluminium dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh dijual kepada
industri pembuatan untuk dikitar semula.
2.12 Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai membakar bahan yang mudah
terbakar secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan pencemaran udara.
Pembakaran hanya dibenarkan apabila bacaan indeks kualiti udara tidak melebihi
100 (JAS, 2004). Sebelum melakukan pembakaran, Jabatan Alam Sekitar perlu
dihubungi untuk mendapatkan bacaan ini. Antara pembakaran terbuka yang biasa
berlaku ialah pembakaran hutan, pembakaran jerami padi dan pembakaran ditapak
pembinaan.
2.12.1 Punca-Punca
Punca utama terhadap pembakaran terbuka ialah dioxin dan furan. Dioxin
banyak dikesan di udara, tanah, lapisan sedimen dan makanan. Ia dipindahkan
melalui udara dan terkumpul di permukaan tanah, jalan-jalan, bangunan dan
sebagainya. Ia juga berpunca daripada sesuatu pembakaran dan banyak dikeluarkan
daripada sumber-sumber seperti berikut :-
a) Tempat pembakaran sampah (Incinerator)
b) Pembakaran sampah di perkarangan rumah
c) Penggunaan kayu untuk tujuan memasak
d) Kebakaran hutan
e) Tempat pembakaran peralatan hospital
29
f) Peleburan tembaga
g) Tempat pengeringan simen
h) Pemutihan kayu untuk pembuatan kertas
Manusia biasanya akan terkena dioxin daripada makanan yang dimakan
khususnya lemak binatang yang digunakan dalam proses pembuatan minyak sapi,
susu dan sebagainya (Masters, 1998).
2.12.2 Kesan-Kesan Akibat Pembakaran Terbuka
Asap daripada bahan bakar mengandungi dioksin dan furan dimana dioksin
merupakan bahan kimia yang beracun. Dioksin boleh mengakibatkan seseorang itu
memperoleh penyakit kulit yang serius contohnya ; Chloracne. Selain itu dioksin
juga boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asma dan paru-paru.
Pembakaran terbuka akan menyebabkan terhasilnya jerebu. Selain
mendatangkan penyakit, jerebu akan menyukarkan pengguna jalan raya kerana tidak
dapat melihat dengan jelas. Ekoran dari itu akan menyebabkan bertambahnya kadar
kemalangan jalan raya. Jerebu juga membantutkan aktiviti yang boleh menyumbang
kepada ekonomi negara dalam sektor pelancongan.
Manusia akan mendapat penyakit berbahaya yang berkaitan dengan
pernafasan dan penyakit kulit yang serius. Aktiviti seharian juga akan terbantut
akibat penyakit yang dialami. Racun udara dioksin memperlihatkan impak terhadap
haiwan iaitu terdapat gangguan fungsi daya tahan tubuh, kanker, perubahan hormon,
dan pertumbuhan haiwan secara abnormal.
30
2.12.3 Cara untuk Mengelakkan daripada Berlaku Pembakaran Terbuka
Pendidikan boleh dilakukan secara informal dirumah (menerusi ibu bapa) dan
secara formal di sekolah. Pendidik berperanan penting untuk menyedarkan pelajar
mengenai kepentingan memelihara alam sekitar. Sistem perundangan di Malaysia
ialah dengan berpandukan kepada status pematuhan terhadap peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 di mana semua syarat dan perkara
yang patut dipatuhi mengenai alam sekitar terkandung di dalamnya (JAS, 2004).
Masih banyak individu atau industri yang melanggar undang-undang kerana
tidak sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu, undang-undang
digubal untuk menyedarkan mereka supaya lebih berdisiplin dan mengikut peraturan
yang ditetapkan. Masalah boleh diselesaikan dengan lebih cepat tetapi memerlukan
kos yang tinggi contohnya incinerator iaitu sejenis jentera pembakar.
Walaubagaimanapun jentera pembakar ini tetap mempunyai keburukan iaitu akan
menghasilkan gas asid, organik dan logam berat apabila digunakan.
2.12.4 Aktiviti Yang Dikecualikan daripada Larangan Pembakaran Terbuka.
Terdapat beberapa aktiviti pembakaran yang dibenarkan oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS). Aktiviti-aktiviti tersebut adalah :
a) Pembakaran di kawasan pertanian untuk kawalan serangga dan penyakit
b) Pembakaran bangkai haiwan atau ternakan berpenyakit
c) Pembakaran bahan pepejal atau cecair atau struktur tujuan penyelidikan sebab
dan cara pengawalan pembakaran, latihan kepada orang awam, latihan
31
memadam api kepada sukarelawan dan anggota pemadam api kawasan
industri di bawah pengawasan dan arahan pengajar yang berkelayakan
d) Pembakaran untuk menjalankan pertanian pindah
e) Pembakaran jerami dan sekam padi untuk tujuan tanaman semula
f) Pembakaran daun tebu untuk tujuan menuai
g) Pembakaran bahan tertentu untuk aktiviti keagamaan
h) Pembakaran semasa aktiviti perkhemahan
i) Pembakaran untuk tujuan memasak di luar rumah atau tempat api dalam
rumah
j) Pembakaran pokok dan tumbuhan untuk menerangkan kawasan dan
menanam semula oleh petani kecil di kawasan luar bandar/pendalaman
k) Pembakaran daun, ranting dan cantasan pokok di kampung-kampung dan
kawasan luar Bandar
l) Pembakaran perindustrian yang terkawal untuk menghasilkan gas mudah
terbakar
(Sumber : Jabatan Alam Sekitar, 2004)
BAB III
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Metodologi kajian adalah merangkumi kaedah, cara dan pendekatan yang
digunakan bagi menjalankan kajian ini untuk mencapai matlamat dan objektif kajian.
Perancangan metodologi perlu dilakukan secara sistematik dan teratur. Kaedah yang
digunakan dalam mengumpul data untuk kajian ini adalah dengan menyediakan
borang soal selidik disamping membuat temubual di tapak pembinaan. Temubual
dilakukan bertujuan mendapatkan gambaran di tapak pembinaan tentang penjanaan
sisa di tapak pembinaan tersebut.
33
3.2 Objektif Metodologi
Antara objektif utama kajian ini dibuat adalah :-
a) Menyediakan satu panduan untuk melaksanakan kajian ini.
b) Mengenalpasti kaedah yang terbaik untuk dan sesuai yang akan digunakan
dalam kajian ini.
3.3 Kajian Kes
Kajian sebenar akan dilakukan di beberapa tapak pembinaan berdasarkan
perbezaan peringkat pembinaan dan jenis pembinaan yang sedang dijalankan.
Pembinaan yang dijalankan di sekitar daerah Johor Bahru dikenalpasti sebagai lokasi
kajian. Data akan dikumpul diperoleh dari sekurang – kurangnya dua puluh tapak
pembinaan di sekitar daerah Johor Bahru. Lawatan ke tapak pembinaan akan
dijalankan dalam kajian ini.
Kajian dilakukan secara soal selidik, pemerhatian dan temubual bagi
mendapatkan data. Kepelbagaian data perlu diperoleh dari setiap tapak pembinaan
untuk dianalisis bertujuan mencapai objektif dan tujuan kajian. Kekerapan
penjanaan sisa yang terjana di lokasi kajian dan kaedah pelupusan yang digunakan
oleh kontraktor dikenalpasti.
34
3.4 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah berkisarkan tentang sisa yang dijanakan di kawasan
pembinaan. Kajian ini turut merangkumi:
a) Pengurusan sisa
b) Pendapat kontraktor binaan mengenai impak penjanaan sisa terhadap alam
sekitar.
3.4.1 Pengurusan Sisa
Pembinaan mempunyai beberapa peringkat dan sisa yang akan dijanakan
berlainan mengikut peringkat pembinaan yang sedang dijalankan. Kuantiti dan jenis
sisa yang dijanakan pada setiap peringkat ini turut berbeza. Cara pengurusan dan
pelupusan sisa yang digunakan oleh pihak kontraktor perlu dikenalpasti melalui
kajian ini. Pengurusan sisa merangkumi kaedah yang diambil dalam meminimakan
penjanaan sisa pepejal di tapak pembinaan. Masalah yang dihadapi dalam
pengurusan sisa turut dikenalpasti dalam kajian ini.
3.4.2 Impak Terhadap Alam Sekitar
Penjanaan sisa pembinaan yang mempunyai berbagai jenis sisa memberikan
impak yang negatif kepada alam sekitar walaupun jangka hayat sesuatu projek
pembinaan tidak lama. Kajian ini dilakukan untuk mencari penyelesaian dalam
meminimakan kesannya kapada alam sekitar dan penduduk di sekitarnya.
35
3.5 Perancangan Kajian
Perancangan kajian ini meliputi kaedah yang akan digunakan bagi mencapai
objektif kajian ini. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir bagi kajian ini. Perancangan
ini merangkumi proses kerja berikut :
a) Kajian literatur
b) Penyediaan borang soal selidik
c) Temubual
d) Analisis data
36
Penentuan Matlamat
dan Objektif Kajian
Penyataan Masalah
Kajian Literatur
• Mengenalpasti lokasi kajian
• Mengenalpasti masalah dan
bidang kajian
Penyediaan Borang
Soal Selidik
Borang Soal
Selidik
Temubual
Analisis Data dan
kesimpulan
Rumusan dan Cadangan
Rajah 3.1 : Carta alir kajian
37
3.5.1 Kajian Literatur
Kajian ini dilakukan bertujuan mengumpul segala data yang diperlukan
dalam melaksanakan kajian. Pada peringkat ini, kaedah yang digunakan adalah
dengan melakukan pembacaan, perbincanagan dan pemerhatian bagi mendapatkan
gambaran awal berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Ini dapat membantu
dalam mengenalpasti skop yang akan dijalankan dan data-data yang perlu
dikumpulkan di lokasi kajian.
Kajian ini dilakukan sepanjang tempoh penyediaan laporan kajian ini.
Pemilihan lokasi kajian dapat ditentukan secara perbincangan. Pemilihan ini
berdasarkan peringkat dan jenis pembinaan yang menjanakan pelbagai sisa
pembinaan. Pengumpulan maklumat dibuat melalui media elektronik dan media
cetak.
3.5.2 Penyediaan Borang Soal Selidik
Boring soal selidik yang telah siap dirangka akan diagihkan kepada
kontraktor yang terpilih bagi mendapat maklum balas daripada pihak kontraktor.
Borang ini akan diagihkan secara membuat lawatan ke tapak pembinaan dan melalui
pos. Borang soal selidik yang dibuat mempunyai empat bahagian utama iaitu:
a) Bahagian A: latar belakang syarikat secara ringkas.
b) Bahagian B: maklumat tentang kerja pembinaan yang sedang dijalankan.
c) Bahagian C: pengurusan sisa yang dijalankan oleh pihak tersebut.
d) Bahagian D: jenis penjanaan sisa dan cara pelupusannya
Contoh borang soal selidik ditunjukkan di bahagian lampiran A.
38
3.5.3 Temubual
Semasa lawatan dilakukan di tapak pembinaan, temubual akan dilakukan
terhadap pihak tersebut. Temubual ini bertujuan mendapatkan maklumat tentang
jenis sisa yang dijanakan di lokasi tersebut disamping cara pelupusannya. Maklumat
temubual ini diisi dalam borang soal selidik bahagian D.
3.5.4 Analisis Data
Data yang diperoleh daripada soal selidik dan temubual akan memberi
maklumat berkenaan :
a) Latar belakang pihak yang menjalankan aktiviti pembinan tersebut.
b) Kerja dan peringkat pembinaan yang sedang dijalankan.
c) Cara pengurusan sisa oleh pihak tersebut.
d) Masalah yang dihadapi dalam pengurusan sisa pembinaan.
e) Jumlah dan jenis sisa yang dijanakan.
Kesemua maklumat ini dapat dianalisis dengan penggunaan Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS). Perisian ini dapat membantu dalam menukar
data ke dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan dianalisa.
BAB IV
ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini merangkumi cara analisis dan perbincangan berdasarkan data yang
telah diperoleh dari borang soal selidik dan temuramah dengan pihak kontraktor.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS). Data yang dianalisis digambarkan dengan penghasilan graf dan
jadual bagi memudahkan kefahaman bagi kajian ini. Data yang diperoleh melalui
pengedaran borang soal selidik secara pos dan lawatan ke tapak pembinaan di dalam
daerah Johor Bahru digunakan dalam kajian ini.
40
4.1.1 Melalui Pos
Borang soal selidik telah diedarkan kepada dua puluh syarikat kontraktor di
daerah Johor Bahru dalam tempoh 2 minggu. Borang soal selidik telah diedarkan
bermula 23 Februari sehingga 10 Mac 2007. Maklum balas yang diperoleh melalui
cara ini tidak memuaskan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak kontraktor.
Daripada dua puluh syarikat, hanya dua syarikat yang memberi maklum balas
terhadap borang soal selidik tersebut.
4.1.2 Lawatan ke Tapak Pembinaan
Disebabkan data yang diperoleh melalui pos tidak mendapat kerjasama yang
memberangsangkan, kaedah lawatan ke tapak pembinaan dilakukan untuk
mengedarkan borang soal selidik bagi diisi oleh pihak kontraktor. Melalui kaedah ini,
data yang diperolehi berjumlah empat belas responden. Pengedaran borang soal
selidik melalui kaedah ini lebih berkesan berbanding dengan pengedaran melalui pos.
Daripada dua kaedah yang telah dilakukan, sejumlah enam belas responden
dapat dikumpulkan bagi tujuan analisis. Responden yang terlibat di dalam analisis
ini terdiri daripada kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan yang berbeza
bagi memenuhi objektif kajian. Jadual 4.1 menunjukkan maklumat tentang projek
pembinaan hasil dari maklum balas borang soal selidik.
41
Jadual 4.1 : Maklum balas soal selidik daripada pihak kontraktor
Responden
Projek yang
dijalankan
Saiz Projek Lokasi
Tempoh Projek
(Bulan)
1 Pusat Perniagaan 4 ekar Tmn Pulai Utama 18
2 Menaiktaraf Jalan 3.5 km Jalan JB- P.Gudang 30
3 Menaiktaraf Jalan 1.6 km Kaw. Industri Senai 4
4 Perumahan 13 ekar Jln Dato Jaafar, Larkin 24
5 Perumahan 5 ekar Jln TAR, Johor Bahru 18
6 Kilang 2 ekar Tmn Teknologi Johor 18
7 Pusat Perniagaan 0.4 ekar Jalan Senai - Kulai 8
8 Menaiktaraf Jalan - Skudai 24
9 Kilang 0.5 ekar Kaw. Industri Senai 12
10 Kilang 1 ekar Tmn Teknologi Johor 12
11 Jalan raya 1.8 km Tmn Teknologi Johor 6
12 Kilang 2 ekar Tmn Teknologi Johor 12
13 Perumahan 15 ekar Tampoi, Johor Bahru 30
14 Perumahan 17 ekar Kempas 30
15 Pusat Perniagaan - Tmn Pulai Flora -
16 Perumahan 10.5 ekar Kg. Bakar Batu 24
42
4.2 Jenis Projek
Aktiviti pembinaan mempunyai pelbagai jenis. Data yang diperoleh telah
dilakukan pengelasan mengikut aktiviti pembinaan yang sedang dijalankan. Rajah
4.1 menunjukkan peratus pengkelasan aktiviti pembinaan yang dianalisis daripada
data yang diperoleh. Sebanyak 5 jenis aktiviti pembinaan telah dikenalpasti iaitu
pembinaan perumahan, pusat perniagaan, kilang, infra struktur dan jalan raya.
Aktiviti perumahan merupakan aktiviti yang paling banyak dijalankan dan
mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 31%.
Peratusan ini menunjukkan daerah Johor Bahru sedang membangun dari segi
penempatan baru bagi penduduk di sekitarnya. Peratusan pembinaan kilang menjadi
kedua tertinggi selepas pembinaan perumahan. Pembinaan kilang akan
menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk pada masa akan datang.
Pengelasan ini dilakukan bertujuan mengenalpasti kekerapan sisa yang dijanakan
bagi setiap jenis projek yang dijalankan.
Rajah 4.1 : Peratusan bagi pengkelasan jenis projek yang dijalankan dalam daerah
Johor Bahru.
Perumahan
31%
Pusat Perniagaan
19%
Infrastruktur
19%
Kilang
25%
Jalan raya
6%
43
4.3 Perobohan Struktur Asal
Aktiviti perobohan struktur asal akan menyumbangkan kepada penjanaan sisa
yang maksimum jika tidak diuruskan dengan sempurna oleh pihak kontraktor yang
menjalankan projek tersebut. Daripada kajian yang dilakukan, kebanyakan
pembinaan dilakukan di kawasan yang belum dimajukan. Hal ini digambarkan
melalui peratusan yang terdapat dalam Rajah 4.2. Sejumlah 94% kawasan
pembinaan tersebut tidak mempunyai struktur asal yang perlu dirobohkan. Enam
peratus daripada projek pembinaan yang dijalankan mempunyai kerja-kerja
perobohan struktur tetapi bukannya struktur yang bersaiz besar.
Rajah 4.2 : Peratusan projek pembinaan yang mempunyai aktiviti perobohan
struktur dalam daerah Johor Bahru.
Ada
6%
Tiada
94%
44
4.4 Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Binaan
Pelan tindakan merupakan garis panduan yang telah dibuat oleh pihak
kontraktor dalam menguruskan sisa pembinaan bagi projek tersebut. Garis panduan
ini dapat mengelakkan pembaziran bahan binaan semasa kerja-kerja pembinaan.
Selain itu, pengendalian bahan binaan yang sempurna dapat mengelakkan bahan
binaan rosak seterusnya mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Penjanaan sisa
dapat dikurangkan melalui garis panduan ini. Daripada kajian yang dijalankan,
sejumlah 56% daripada responden mempunyai pelan tindakan syarikat dalam
mengurangkan penjanaan sisa di tapak pembinaan. Empat puluh empat peratus
daripada responden tidak mempunyai pelan tindakan semasa melakukan
pembinaannya. Peratusan ini digambarkan di dalam Rajah 4.3.
Rajah 4.3 : Peratusan kontraktor yang mempunyai pelan tindakan dalam pengurusan
sisa binaan semasa projek dijalankan dalam daerah Johor Bahru.
Daripada tinjauan yang telah dilakukan, didapati bahawa kesemua pihak
kontraktor yang terlibat menitik beratkan pengurusan sisa binaan tetapi daripada
peratusan yang digambarkan dalam Rajah 4.3, 44% daripada pihak kontraktor yang
Tiada
44%
Ada
56%
45
terlibat dalam kajian ini tidak mempunyai pelan tindakan dalam menguruskan sisa
binaan mereka. Analisis hubungkait di antara dua pembolehubah ini dilakukan dan
hasil analisis digambarkan dalam Jadual 4.2.
Pembolehubah Korelasi Pearson (r) P
Menitik berat -0.163 0.547
*Pembolehubah bersandar (dependent variable) : Pelan Tindakan
Jadual 4.2: Paparan hasil dari SPSS tentang hubungkait di antara pelan tindakan
dengan menitik berat dalam pengurusan sisa binaan.
Daripada Jadual 4.2, didapati bahawa tiada hubungkait di antara dua
pembolehubah tersebut. Ini menunjukkan pelan tindakan dianggap tidak penting
dalam menguruskan sisa binaan. Pelan tindakan hanya bertujuan memberi panduan
dan memudahkan pihak kontraktor dalam menguruskan sisa binaan.
4.5 Peruntukan Bagi Pengurusan Sisa Binaan
Dalam pengurusan sisa, sejumlah peruntukan kos diperlukan dalam kerja-
kerja pelupusan sisa tersebut. Kos tersebut merangkumi kerja-kerja pengangkutan
dan penghantaran sisa ke tapak pelupusan sampah. Daripada hasil temuramah dari
kontraktor, kos ini berbeza mengikut cara pengurusan sisa binaan yang diamal oleh
syarikat masing-masing. Terdapat kontraktor yang melantik satu subkontraktor lain
untuk menguruskan sisa binaan di tapak pembinaan tersebut. Perlantikan ini akan
mengakibatkan kos yang diperuntukan untuk pengurusan sisa meningkat. Kos ini
dikelaskan kepada 3 peratusan dari kos projek yang dijalankan iaitu:
a) 0% hingga 2% daripada kos projek
b) 3% hingga 5% daripada kos projek
46
c) Lebih dari 5% daripada kos projek
Peratusan peruntukan kos bagi pengurusan sisa binaan digambarkan dalam
Rajah 4.4. Sebanyak 69% daripada responden memperuntukkan 0% hingga 2%
daripada kos projek bagi tujuan menguruskan sisa binaan mereka. Ini menunjukkan
kebanyakan kontraktor di daerah Johor Bahru menguruskan sendiri sisa binaan di
tapak pembinaan bagi mengaut keuntungan yang maksimum dari projek tersebut.
Rajah 4.4 : Peratusan peruntukan kos dalam menguruskan sisa binaan oleh pihak
kontraktor yang menjalankan projek pembinaan di dalam daerah Johor Bahru.
4.6 Tindakan Merekodkan Butiran Sisa Binaan
Tindakan merekodkan butiran sisa adalah bertujuan sebagai pemantauan bagi
memastikan sisa yang terjana di kawasan pembinaan diuruskan dan dilupuskan
dengan sempurna. Tindakan ini memerlukan pemerhatian yang khusus di tapak
12%
69%
19%
0%-2% daripada kos
projek
3%-5% daripada kos
projek
Lebih 5% daripada kos
projek
47
pembinaan. Di dalam daerah Johor Bahru, hanya terdapat 19% daripada kontraktor
merekodkan sisa binaan semasa menjalankan projek tersebut. Manakala 81%
daripada kontraktor di daerah ini tidak merekodkan butiran sisa binaan. Ini
menunjukkan kebanyakkan kontraktor beranggapan tindakan merekodkan sisa
binaan tidak perlu dibuat dan tidak melakukan pemantauan yang serius terhadap
pengurusan sisa binaan dalam projek yang dijalankan. Peratusan tindakan
merekodkan sisa binaan oleh kontraktor dalam daerah Johor Bahru digambarkan
dalam Rajah 4.5.
Rajah 4.5 : Peratusan tindakan merekodkan butiran sisa binaan oleh pihak
kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan dalam daerah Johor Bahru.
4.7 Langkah Meminimunkan Penjanaan Sisa Binaan
Sisa binaan yang terhasil dan tidak diuruskan dengan sempurna akan
memberi impak terhadap alam sekitar. Daripada kajian yang dilakukan, 56% dari
kontraktor di daerah Johor Bahru menyatakan sisa binaan yang terjana di kawasan
Merekodkan;
19%
Tidak
Merekodkan;
81%
48
pembinaan mereka akan mendatangkan impak terhadap kawasan di sekitarnya. Di
antara impak yang akan terjadi adalah pertambahan jumlah sisa yang akan dihantar
ke tapak pelupusan sampah. Manakala 44% daripada kontraktor berpendapat
bahawa sisa binaan yang terhasil di kawasan mereka tidak mendatangkan impak
kepada alam sekeliling. Peratusan ini ditunjukkan di dalam Rajah 4.6.
Impak yang terhasil dari sisa binaan dapat dikurangkan sekiranya penjanaan
sisa binaan dapat diminimumkan oleh pihak kontraktor. Melalui kajian yang telah
dilakukan, di antara langkah telah diambil oleh kontraktor dalam mengurangkan
impak terhadap alam sekitar adalah dengan mengumpul sisa yang terhasil dan
kemudiannya sisa ini diasingkan mengikut jenis sisa tersebut. Pengasingan ini
bertujuan mengenalpasti sisa yang mungkin boleh diguna semula sebelum
melupuskan sisa tersebut. Selain itu, langkah yang diambil oleh pihak kontraktor
adalah dengan memastikan pengendalian bahan binaan dilakukan dengan sempurna
bagi mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap bahan binaan tersebut. Langkah
ini dapat mengurangkan penjanaan sisa seterusnya mengurangkan impak terhadap
alam sekitar.
Rajah 4.6 : Peratusan pandangan kontraktor terhadap impak yang terhasil daripada
penjanaan sisa binaan di kawasan pembinaan masing-masing.
Ya
56%
Tidak
44%
49
4.8 Kekerapan Penjanaan Sisa Binaan Keseluruhan Projek
Di dalam kajian ini, sebanyak empat belas jenis sisa telah dikenal pasti. Jenis
sisa binaan ini dikenal pasti berdasarkan kepada bahan binaan yang banyak
digunakan di dalam aktiviti pembinaan. Sisa binaan yang telah dikenalpasti adalah
batu-bata, konkrit, besi, batu-baur, seramik, kaca, kayu, aluminium, kertas, zink, tong
cat, mortar, tanah dan turapan jalan.
Kekerapan penjanaan bagi setiap sisa yang telah dikenal pasti tersebut
ditentukan melalui skala likert iaitu berdasarkan kepada nilai indeks relatif. Nilai
indeks relatif (RI) diperoleh melalui pengiraan berdasarkan rumus seterusnya nilai
indeks relatif bagi setiap jenis sisa dibandingkan dengan skala indeks relatif bagi
kekerapan penjanaan sisa tersebut. Rumus dan skala yang digunakan dinyatakan di
bawah manakala hasil analisis yang merangkumi keseluruhan projek ditunjukkan
dalam Jadual 4.3 dan Rajah 4.7:
a) Rumus indeks relatif (RI) :
RI =
n1, n2, n3... = Bilangan responden bagi setiap tahap dalam skala likert
∑n = n1 + n2 + n3 + n4 + n5
b) Skala indeks relatif
Amat Tidak Amat
tidak kerap kerap Biasa Kerap kerap
0 0.2 0.4 0.6 0.8 1
n1 + 2n2 + 3n3 + 4n4 + 5n5
5 ∑n
50
Jadual 4.3: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana di daerah Johor Bahru.
Bil Jenis Sisa
Bilangan Responden Mengikut
Skala Likert Nilai Indeks Tahap
Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan
1 Batu - bata 4 1 5 3 1 0.54 biasa
2 Konkrit 3 3 6 2 1 0.53 biasa
3 Besi 3 2 7 1 2 0.56 biasa
4 Batu - baur 4 2 9 1 0 0.49 biasa
5 Seramik 6 5 2 0 0 0.34 tidak kerap
6 Kaca 6 2 4 1 0 0.40 tidak kerap
7 Kayu 4 1 5 3 2 0.57 biasa
8 Aluminium 6 0 5 2 0 0.45 biasa
9 Kertas 10 4 1 0 0 0.28 tidak kerap
10 Zink 5 4 3 1 0 0.40 tidak kerap
11 Tong cat 2 3 5 3 1 0.57 biasa
12 Mortar 5 3 7 0 0 0.43 biasa
13 Tanah 3 4 6 2 1 0.53 biasa
14
Turapan jalan
(premix)
7 1 4 3 0 0.44 biasa
51
Rajah 4.7: Jenis dan kekerapan penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru
JENIS DAN KEKERAPAN PENJANAAN SISA BINAAN BAGI KESELURUHAN PROJEK
0.54 0.53
0.56
0.49
0.34
0.40
0.57
0.45
0.28
0.40
0.57
0.43
0.53
0.44
0.00
0.50
1.00
batu
-bata
konkrit
besi
batu
-baur
seram
ik
kaca
kayu
alum
inium
kertas
zink
tong
cat
m
ortar
tanah
prem
ix
Jenis Sisa Binaan
NilaiIndeksRelatif(RI)
52
Daripada Jadual 4.3, didapati kebanyakan sisa binaan yang dijanakan dari
keseluruhan jenis projek pembinaan adalah pada kekerapan biasa. Hanya terdapat
empat jenis sisa iaitu seramik, kaca, kertas dan zink berada pada tahap tidak kerap
iaitu di antara julat indeks relatif 0.2 sehingga 0.4. Kayu dan tong cat merupakan
sisa binaan yang mempunyai nilai indeks relatif yang tertinggi iaitu 0.57 tetapi masih
berada dalam tahap kekerapan yang biasa. Jadual 4.4 menunjukkan rumusan bagi
tahap penjanaan sisa binaan di dalam daerah Johor Bahru.
Jadual 4.4: Rumusan tahap kekerapan penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan
projek dalam daerah Johor Bahru
Bil Tahap kekerapan Jenis sisa yang dijanakan
1 Biasa Batu-bata, konkrit, besi, batu-baur, kayu, aluminium,
tong cat, mortar, tanah dan turapan jalan (premix)
2 Tidak kerap Seramik, kaca, kertas dan zink
4.9 Penjanaan Sisa Mengikut Jenis Projek
Analisis ini dibuat bagi mendapatkan tahap kekerapan penjanaan sisa
mengikut jenis projek yang dijalankan di dalam daerah Johor Bahru. Kaedah
pengiraan indeks relatif turut digunakan di dalam analisis ini. Data yang dianalisis
menggunakan perisian SPSS dikira indek relatif bagi setiap jenis sisa binaan yang
telah dikenal pasti mengikut jenis projek pembinaan. Jenis projek pembinaan adalah:
a) Projek perumahan
b) Infra struktur
c) Jalan raya
d) Kilang
e) Pusat perniagaan
53
Jadual 4.5, 4.6, 4.7, 4.8 dan 4.9 menunjukkan nilai indeks relatif dan
kekerapan sisa yang dijanakan daripada setiap projek yang dinyatakan di atas.
Kekerapan penjanaan sisa bagi projek jalan raya tidak dapat dilakukan dengan
sempurna kerana hanya satu responden yang terlibat dalam projek ini. Satu rumusan
tentang kekerapan penjanaan sisa mengikut projek dibuat dan dinyatakan dalam
Jadual 4.10.
54
Jadual 4.5: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek perumahan di daerah Johor Bahru
Bil Jenis Sisa
Bilangan Responden Mengikut Skala
Likert
Nilai Indeks Tahap
Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan
1 Batu - bata 1 1 0 2 0 0.55 biasa
2 Konkrit 1 1 2 1 0 0.52 biasa
3 Besi 1 0 4 0 0 0.52 biasa
4 Batu - baur 2 1 2 0 0 0.40 tidak kerap
5 Seramik 2 3 0 0 0 0.32 tidak kerap
6 Kaca 3 1 1 0 0 0.32 tidak kerap
7 Kayu 2 0 2 1 0 0.48 biasa
8 Aluminium 3 1 0 1 0 0.36 tidak kerap
9 Kertas 4 1 0 0 0 0.24 tidak kerap
10 Zink 2 2 1 0 0 0.36 tidak kerap
11 Tong cat 1 1 2 1 0 0.52 biasa
12 Mortar 1 2 2 0 0 0.44 biasa
13 Tanah 1 2 2 0 0 0.44 biasa
14 Turapan jalan (premix) 3 0 0 2 0 0.44 biasa
55
Jadual 4.6: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek infra struktur di daerah Johor Bahru
Bil Jenis Sisa
Bilangan Responden Mengikut
Skala Likert
Nilai
Indeks
Tahap
Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan
1 Batu - bata 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap
2 Konkrit 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap
3 Besi 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap
4 Batu - baur 1 0 2 0 0 0.47 biasa
5 Seramik 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
6 Kaca 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
7 Kayu 0 0 1 1 0 0.70 kerap
8 Aluminium 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
9 Kertas 1 1 0 0 0 0.30 tidak kerap
10 Zink 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
11 Tong cat 0 1 0 1 0 0.60 biasa
12 Mortar 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap
13 Tanah 1 0 1 0 1 0.60 biasa
14 Turapan jalan (premix) 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap
56
Jadual 4.7: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek jalan raya di daerah Johor Bahru
Bil Jenis Sisa
Bilangan Responden Mengikut Skala
Likert
Nilai Indeks Tahap
Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan
1 Batu - bata 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
2 Konkrit 0 1 0 0 0 0.40 tidak kerap
3 Besi 0 1 0 0 0 0.40 tidak kerap
4 Batu - baur 0 0 1 0 0 0.60 biasa
5 Kayu 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
6 Kertas 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
7 Mortar 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap
8 Tanah 0 0 1 0 0 0.60 biasa
9 Turapan jalan (premix) 0 1 0 0 0 0.40 tidak kerap
57
Jadual 4.8: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek kilang di daerah Johor Bahru
Bil Jenis Sisa
Bilangan Responden Mengikut Skala
Likert
Nilai Indeks Tahap
Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan
1 Batu - bata 1 0 3 0 0 0.50 biasa
2 Konkrit 1 1 2 0 0 0.45 biasa
3 Besi 1 1 1 0 1 0.55 biasa
4 Batu - baur 1 1 2 0 0 0.45 biasa
5 Seramik 3 0 1 0 0 0.30 tidak kerap
6 Kaca 2 0 1 1 0 0.45 biasa
7 Kayu 1 1 1 0 1 0.55 biasa
8 Aluminium 2 1 0 1 0 0.40 tidak kerap
9 Kertas 3 1 0 0 0 0.25 tidak kerap
10 Zink 2 0 1 1 0 0.45 biasa
11 Tong cat 1 1 1 1 0 0.50 biasa
12 Mortar 2 1 1 0 0 0.35 tidak kerap
13 Tanah 1 2 1 0 0 0.40 tidak kerap
14 Turapan jalan (premix) 3 0 1 0 0 0.30 tidak kerap
58
Jadual 4.9: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek pusat perniagaan di daerah Johor
Bahru
Bil Jenis Sisa
Bilangan Responden Mengikut Skala
Likert
Nilai Indeks Tahap
Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan
1 Batu - bata 0 0 1 1 1 0.80 kerap
2 Konkrit 0 0 1 1 1 0.80 kerap
3 Besi 0 0 1 1 1 0.80 kerap
4 Batu - baur 0 0 2 1 0 0.67 kerap
5 Seramik 0 2 1 0 0 0.47 biasa
6 Kaca 0 1 2 0 0 0.53 biasa
7 Kayu 0 0 1 1 1 0.80 kerap
8 Aluminium 0 3 0 0 0 0.40 tidak kerap
9 Kertas 1 1 1 0 0 0.40 tidak kerap
10 Zink 0 2 1 0 0 0.47 biasa
11 Tong cat 0 0 2 0 1 0.73 kerap
12 Mortar 0 0 0 3 0 0.80 kerap
13 Tanah 0 0 1 2 0 0.73 kerap
14 Turapan jalan (premix) 0 0 2 1 0 0.67 kerap
59
Jadual 4.10: Kekerapan bagi setiap jenis sisa mengikut jenis projek yang terdapat di daerah Johor Bahru
Bil Jenis Sisa Tahap Kekerapan Penjanaan Sisa Binaan Mengikut Projek Yang Dijalankan
Binaan Perumahan Infra Struktur Jalan Raya Kilang
Pusat
perniagaan
1 Batu - bata biasa tidak kerap amat tidak kerap biasa kerap
2 Konkrit biasa tidak kerap tidak kerap biasa kerap
3 Besi biasa tidak kerap tidak kerap biasa kerap
4 Batu - baur tidak kerap biasa biasa biasa kerap
5 Seramik tidak kerap amat tidak kerap tiada tidak kerap biasa
6 Kaca tidak kerap amat tidak kerap tiada biasa biasa
7 Kayu biasa kerap amat tidak kerap biasa kerap
8 Aluminium tidak kerap amat tidak kerap tiada tidak kerap tidak kerap
9 Kertas tidak kerap tidak kerap amat tidak kerap tidak kerap tidak kerap
10 Zink tidak kerap amat tidak kerap tiada biasa biasa
11 Tong cat biasa biasa tiada biasa kerap
12 Mortar biasa tidak kerap amat tidak kerap tidak kerap kerap
13 Tanah biasa biasa biasa tidak kerap kerap
14
Turapan jalan
(premix) biasa tidak kerap tidak kerap tidak kerap kerap
60
Daripada Jadual 4.9, batu-bata, konkrit, besi, kayu dan mortar mempunyai
nilai indeks relatif yang tertinggi bagi projek pembinaan pusat perniagaan. Skala
kekerapan penjanaan sisa ini berada di dalam tahap kekerapan yang kerap.
Rumusan yang dapat dibuat dari Jadual 4.10 adalah pusat perniagaan kerap
menyumbang kepada penjanaan sisa binaan. Sebanyak sembilan jenis sisa binaan
yang terjana dari aktiviti ini mempunyai tahap kekerapan yang tinggi iaitu kerap (0.6
– 0.8) berbanding aktiviti pembinaan yang lain. Ini menunjukkan aktiviti pembinaan
pusat perniagaan menyumbang kepada tahap kekerapan penjanaan sisa binaan yang
tinggi.
4.10 Cara Pelupusan Sisa Binaan
Beberapa cara pelupusan sisa binaan telah dikenal pasti dalam pengurusan
sisa binaan. Di antara kaedah pelupusan sisa yang digunakan dalam pengurusan sisa
adalah kitar semula dan guna semula, dihantar ke tapak pelupusan sampah dan
dibakar di tapak pembinaan. Contoh sisa binaan yang boleh diguna semula adalah
konkrit dengan menghancurkan sisa ini dan kemudiannya dijadikan lapisan asas
(hard core) dalam pembinaan jalan masuk ke tapak pembinaan tersebut. Cara ini
akan mengurangkan penggunaan batu-baur di dalam projek tersebut.
Cara pelupusan ini mengikut jenis sisa binaan yang terjana dalam projek
tersebut. Jadual 4.10 menunjukkan peratusan cara pelupusan yang dipilih oleh
responden dalam melupuskan setiap jenis sisa binaan yang terhasil dari projek yang
dijalankan.
61
Jadual 4.11: Peratusan cara melupuskan sisa binaan yang diamalkan oleh pihak kontraktor di Daerah Johor Bahru.
Bil Jenis Sisa Peratusan Cara Melupuskan Sisa Binaan
Binaan
Dibakar di tapak
pembinaan
Dihantar ke tapak
pelupusan sampah
Guna dan kitar
semula
1 Batu - bata 0 42.9 57.1
2 Konkrit 0 46.7 53.3
3 Besi 0 20 80
4 Batu - baur 0 31.3 68.8
5 Seramik 7.7 76.9 15.4
6 Kaca 7.7 84.6 7.7
7 Kayu 0 60 40
8 Aluminium 0 23.1 76.9
9 Kertas 6.7 86.7 6.7
10 Zink 0 46.2 53.8
11 Tong cat 0 64.3 35.7
12 Mortar 0 60 40
13 Tanah 0 31.3 68.8
14 Turapan jalan (premix) 0 40 60
62
Daripada peratusan nilai dalam Jadual 4.11, satu rumusan telah dibuat dan
digambarkan dalam Rajah 4.8. Cara yang kerap dipilih oleh kontraktor dalam
melupuskan sisa binaaan adalah dengan menghantar ke tapak pelupusan sampah.
Sisa binaan yang tidak dapat dikitar semula dan diguna semula merupakan sisa yang
dihantar ke tapak pelupusan seperti seramik dan tong cat. Kertas dan kaca
merupakan sisa yang boleh dikitar semula tetapi pihak kontraktor di daerah Johor
Bahru memilih cara pelupusan sisa ini dengan menghantar ke tapak pelupusan
sampah. Mereka beranggapan cara ini lebih mudah untuk melupuskan sisa tersebut.
Hanya terdapat 1% daripada projek tersebut melakukan pembakaran dalam
melupuskan sisa binaan mereka.
Rajah 4.8: Peratusan cara melupuskan sisa binaan di tapak pembinaan yang
diamalkan oleh pihak kontraktor dalam daerah Johor Bahru.
Hantar ke
Tapak
Pelupusan
50%
Bakar
1%
Guna dan Kitar
Semula
49%
63
4.11 Masalah Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Dalam Menguruskan Sisa
Binaan
Masalah utama yang sering dikaitkan dengan sisa binaan adalah dari segi cara
pelupusan yang dilakukan oleh pihak kontraktor binaan. Terdapat pihak yang
menyatakan pihak kontraktor bersikap sambi lewa dalam menguruskan sisa binaan
untuk mengaut keuntungan yang maksimum tanpa memikirkan cara yang sempurna
dalam melupuskan sisa binaan mereka. Mereka melakukan pembakaran terbuka dan
membuang sisa binaan di kawasan terpencil dan jauh dari pandangan umum.
Untuk mengenalpasti punca kepada masalah ini, beberapa kontraktor
ditemubual bagi mendapat penjelasan tentang tanggapan ini. Daripada maklum balas
yang diterima, didapati pihak kontraktor menghadapi beberapa masalah dalam
pengurusan sisa binaan. Masalah yang ini menyebabkan terdapat segelintir pihak
kontrator mengambil jalan mudah dalam melupuskan sisa binaan mereka. Antara
masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah:
a) Masalah penjanaan sisa binaan.
b) Masalah semasa penstoran sisa binaan.
c) Masalah semasa pemungutan sisa binaan.
d) Masalah semasa melupuskan sisa binaan.
4.11.1 Masalah Penjanaan Sisa Binaan
Sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan berlaku secara berterusan. Ini
bermakna semakin lama tempoh siap projek yang dilaksanakan, semakin banyak sisa
binaan yang terjana. Selain itu pengendalian sisa binaan yang tidak efektif oleh
pekerja akan meningkatkan penjanaan sisa binaan. Untuk mengatasi masalah ini,
64
pihak kontraktor mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya seperti
menggunakan semula sisa sebagai bahan sokongan binaan dan memastikan
pengendalian sisa binaan oleh pekerja dilakukan dengan sempurna. Langkah guna
semula sisa binaan sebagai bahan sokongan binaan merupakan langkah yang bijak
tetapi tidak semua sisa binaan ini dapat dijadikan sebagai bahan sokongan binaan.
4.11.2 Masalah Semasa Penstoran Sisa Binaan
Sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan akan dikumpulkan dan
diasingkan mengikut jenis sisa tersebut. Masalah yang dihadapi oleh pihak
kontraktor adalah ruang untuk mengumpulkan sisa binaan tersebut. Masalah ini
berlaku apabila keluasan tapak pembinaan terhad dan terlalu kecil. Sisa binaan yang
terjana di tapak pembinaan juga sukar untuk dilakukan pengasingan mengikut jenis
sisa tersebut dan masalah ini bertambah rumit apabila sisa binaan tersebut terjana
dalam kuantiti yang banyak. Pihak kontraktor terpaksa mengeluarkan kos yang
tinggi dan memerlukan masa yang lama untuk mengatasi masalah ini.
4.11.3 Masalah Semasa Pemungutan Sisa Binaan
Sisa binaan yang telah dikumpul di tapak pembinaan akan diangkut
menggunakan lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bagi tujuan melupuskan sisa
tersebut. Masalah utama yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah jarak antara
tapak pelupusan yang diluluskan oleh majlis bandaran terlalu jauh dengan tapak
pembinaan. Masalah ini akan meningkatkan kos pengangkutan yang terpaksa
ditanggung oleh pihak kontraktor untuk menghantar sisa binaan tersebut untuk
dilupuskan. Maka, tidak hairanlah sekiranya faktor ini menjadi alasan utama kepada
65
beberapa pihak kontraktor dengan melupuskan sisa binaan mereka berhampiran
dengan tapak pembinaan.
Selain itu, kekurangan kontraktor yag menyediakan perkhidmatan
pengangkutan untuk melupuskan sisa binaan juga menjadi masalah kepada pihak
kontraktor binaan. Faktor ini menjadi masalah utama kepada pihak kontraktor kelas
rendah kerana mereka terpaksa memperuntukan kos yang tinggi untuk mendapatkan
perkhidmatan ini.
4.11.4 Masalah Semasa Melupuskan Sisa Binaan
Tidak semua sisa binaan yang dihantar ke tapak pelupusan dibenarkan untuk
dilupuskan sebagai contoh konkrit. Sisa binaan ini perlu dihancurkan menjadi
ketulan kecil sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Perkara ini akan
membebankan pihak kontraktor dari segi penggunaan masa dan kos untuk
menghancurkan sisa tersebut. Kekurangan tapak pelupusan juga menjadi masalah
kepada kontraktor di daerah ini. Perkara ini akan menjadi masalah kepada pihak
kontraktor sekiranya tapak pembinaan mereka berada jauh dari tapak pelupusan ini.
BAB V
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
Hasil yang diperoleh daripada kajian yang telah dilakukan keatas projek
pembinaan di dalam daerah Johor Bahru, didapati tahap penjanaan sisa binaan
bergantung kepada jenis pembinaan yang dijalankan. Projek pembinaan bangunan
komersial menyumbang kepada tahap kekerapan penjanaan sisa binaan yang tinggi
berbanding dengan projek pembinaan yang lain. sembilan jenis sisa binaan didapati
kerap dijanakan di dalam aktiviti pembinaan ini. Sisa binaan tersebut adalah batu
bata, konkrit, besi, batu baur, kayu, tong cat, mortar, tanah dan turapan jalan (premix).
Tahap kekerapan ini dapat menggambarkan kuantiti sisa binaan yang dijanakan oleh
aktiviti pembinaan ini tetapi tidak dapat dinyatakan dalam bentuk angka disebabkan
di dalam kajian ini data tentang jumlah sebenar sisa yang dijanakan di tapak
pembinaan tidak direkodkan.
Namun begitu, penjanaan sisa binaan bagi kesemua projek pembinaan di
dalam daerah Johor Bahru berada pada tahap kekerapan yang biasa. Berdasarkan
hasil kajian, penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek pembinaan berada pada
67
keadaan yang tidak kritikal dan tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, tahap
kekerapan penjanaan sisa binaan akan terus meningkat dari masa ke semasa
mengikut pertambahan projek pembinaan pada masa akan datang.
Berdasarkan data yang diperoleh dari enam belas kontraktor yang terlibat,
didapati bahawa mereka mengamalkan cara pelupusan yang baik di dalam sistem
pengurusan sisa binaan. Empat puluh sembilan peratus (49%) daripada kontraktor
pembinaan tersebut mengamalkan kitar semula dan guna semula terhadap beberapa
jenis sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan. Lima puluh peratus (50%)
daripada kontraktor terssebut melupuskan sisa binaan mereka dengan menghantar
sisa tersebut ke tapak pelupusan sampah. Terdapat beberapa jenis sisa binaan yang
boleh dikitar semula tetapi mereka memilih untuk dihantar ke tapak pelupusan
sampah sebagai contoh kaca dan kertas. Walaupun sisa binaan ini tidak kerap terjana
di tapak pembinaan tetapi jenis sisa ini boleh dikitar semula. Pembakaran sisa
binaan masih berlaku di tapak pembinaan. Sebanyak 1% daripada kontraktor yang
terlibat masih melakukan pembakaran di tapak pembinaan dalam melupuskan sisa
binaan mereka.
Beberapa masalah yang dihadapi oleh kontraktor telah dikenal pasti dalam
kajian ini. Di antara masalah yang dihadapi adalah kos pengangkutan yang tinggi
(melebihi 5% dari kos projek), kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat
pengumpulan sementara sisa tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan yang
tidak efektif oleh pekerja. Jarak di antara tapak pembinaan dengan tapak pelupusan
sampah yang jauh turut menjadi masalah kepada mereka. Masalah ini menyumbang
kepada peningkatan kos pengangkutan bagi kontraktor binaan.
68
5.2 Cadangan
Aktiviti pembinaan menyumbang kepada pelbagai kesan keatas alam sekitar.
Salah satu daripada kesan tersebut adalah penjanaan sisa binaan dan cara pelupusan
sisa binaan tersebut. Pembakaran terbuka, pembuangan sisa secara haram dan
pembaziran bahan binaan akan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dari
aktiviti pembinaan. Beberapa cadangan boleh diambil oleh pihak kontrator untuk
meminimumkan penjanaan sisa binaan seterusnya mengurangkan kesan buruk keatas
alam sekitar. Di antara cadangan tersebut adalah:
a) Penggunaan teknologi baru seperti penggunaan acuan aluminium (aluminium
formwork) bagi menggantikan acuan kayu yang biasa digunakan pada masa
kini.
b) Memberi pendidikan kepada pekerja supaya menggunakan bahan binaan
dengan efektif bagi meminimumkan kerosakan bahan binaan seterusnya
menurangkan penjanaan sisa binaan.
c) Jabatan Alam Sekitar perlu meneruskan pemerhatian dan pemantauan ke atas
tapak pembinaan bagi mengelakkan berlakunya pembakaran terbuka di tapak
pembinaan. Pemantauan yang berterusan dapat mengurangkan berlakunya
pembakaran terbuka.
d) Pihak kontraktor binaan perlu menyediakan rekod pelupusan sisa binaan di
dalam pengurusan sisa bagi menghasilkan satu sistem pengurusan yang
sistematik dan teratur.
Cadangan yang boleh dilakukan bagi memperbaiki kajian ini pada masa akan
datang adalah dengan mendapatkan jumlah sebenar sisa binaan yang terjana di
kawasan pembinaan. Jumlah sisa binaan ini boleh diukur dalam unit kilogram (kg).
69
RUJUKAN
1. Ekanayake Lawrence Lesly and Ofori George. (2000). Construction Material
Waste Source Evaluate. National University of Singapore. Jurnal of
Strategies for a Sustainable Built Environment, Pretoria.
2. Janaka Y. Ruwanpura, Mala Chandrakanthi, Patrick Hettiaratchi, Bolivar
Prado. (2002). Optimisation of the Waste Management for Construction
Projects Using Simulation. University of Calgary. Proceedings of the 2002
Winter Simulation Conference.
3. Jabatan Alam Sekitar . (2004). Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar,
Malaysia.
4. Kementerian Kewangan. (2006). Teks Ucapan Bajet 2007, Malaysia.
Kementerian Kewangan Malaysia.
5. Masters Gilbert M. (1998). Introduction to Environmental Engineering and
Science, New Jersey. Prentice-Hall Inc.
6. Mohd Izainuddin bin Ibrahim. (2001). Masalah Pembuangan Sisa Pejal
Secara Haram di Kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
7. Noorhayati Binti Che Ya. (2005). Kajian Penjanaan Sisa Pejal, Kajian Kes:
Bandar Selesa Jaya, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam.
8. Roslan Bin Pilus. (2005). Pengurusan Pembuangan Sisa Binaan (Kajian
Kes: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah). Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
70
9. Resource Venture. (2005). Construction Waste Management Guide. Third
edition. September 2005. Seattle, Amerika Syarikat.
10. Tan Siew Ling. (2006). Good Environmental Management Practices In
Construction Site. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam.
11. Theng Lee Chong. (1998). Definasi Sisa, Kuala Lumpur. Majalah Era Hijau
Keluaran 4.
12. Uzairi Haji Saidin. (1988). Aturcara Kontrak dan Taksiran, Kuala Lumpur.
IBS Buku Sdn. Bhd.
13. Williams Paul T. (2005). Waste Treatment and Disposal. John Wiley & Sons
Ltd.
71
LAMPIRAN A
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Fakulti Kejuruteraan Awam
81310 UTM, Skudai
Johor
BORANG SOAL SELIDIK PROJEK AKHIR
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM
Tajuk Penyelidikan
PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM DAERAH
JOHOR BAHRU
Objektif:
a) Menentukan kekerapan sisa binaan yang dijanakan dari pelbagai aktiviti
pembinaan.
b) Menentukan keberkesanan sistem pengurusan sisa binaan yang diamalkan di
tapak pembinaan dalam cara yang digunakan untuk melupuskan sisa binaan.
c) Kitar semula dan penggunaan semula sisa binaan serta masalah yang dihadapi
oleh kontraktor dalam menguruskan sisa binaan.
72
Bahagian A : Latar Belakang Syarikat
Nama : …………………………………………………………………….
No. Telefon : ……………… Tarikh : …………………………….
Jawatan : ………………………………
Nama Syarikat : …………………………………………………………………….
Nama Projek : …………………………………………………………………….
Lokasi Projek : …………………………………………………………………….
Tempoh / Masa Projek Siap: ………………………………………………………….
Keluasan Projek : …………………………………………………………………….
Kos Projek : …………………………………………………………………….
Kelas Kontraktor : PKK: …….. CIDB: ………
73
Bahagian B : Latar Belakang Projek
Jenis projek yang pernah / sedang dijalankan:
1- Projek perumahan 3- Kilang 5- Infra Struktur
2- Pusat perniagaan 4- Jalan raya 6- Others:
…………….
Jika projek tersebut sedang dijalankan, sila nyatakan peringkat kerja projek tersebut:
1- Kerja tanah 3- Superstruktur 5- Kerja-kerja luar
2- Substruktur 4- Kemasan 6- Lain-
lain:…………..
Adakah terdapat kerja-kerja perobohan struktur asal di dalam projek pembinaan
tersebut? Jika ada, sila nyatakan struktur tersebut.
1- Tiada 2- Ada ………………………………..
Adakah syarikat anda mempunyai pelan tindakan untuk mengurangkan penghasilan
sisa di tapak bina?
1- Ada 2- Tiada
Berapa peratus dari kos projek yang akan diperuntukkan dalam menguruskan sisa
binaan projek tersebut?
1- 0 – 2 % 3- lebih dari 5 %
2- 3 – 5 % 4- Others: …………….
74
Bahagian C: Pengurusan Sisa Binaan
Apakah langkah yang diambil oleh pihak anda bagi mengurangkan penghasilan sisa
di tapak bina?
1- Guna semula 3- Others: …………….
2- Kitar semula
Pada pendapat anda, adakah syarikat anda menitik beratkan tentang pengurusan sisa
binaan? Do you think your company is very aware of construction waste
management?
1- Ya 2- Tidak
Adakah anda perihatin terhadap peraturan alam sekitar?
1- Ya 2- Tidak
Adakah syarikat merekodkan semua butiran sisa binaan yang akan dilupuskan?
1- Ada 2- Tiada
Pada pendapat anda, adakah sisa binaan yang terhasil dari projek tersebut akan
memberikan impak terhadap alam sekeliling
1- Ya 2- Tidak
75
Jika ya, sila nyatakan langkah yang telah diambil oleh syarikat anda bagi
mengurangkan impak tersebut.
1- …………………………………………………………………………………
……
2- …………………………………………………………………………………
……
Apakah masalah utama yang dihadapi dalam menguruskan sisa di tapak bina anda
sepanjang projek itu berjalan?
1- …………………………………………………………………………………
……
2- …………………………………………………………………………………
……
Apakah cara pelupusan sisa yang kerap digunakan bagi melupuskan sisa dalam
projek tersebut?
1- Bakar 2- Hantar ke tapak pelupusan
3- Tanam
76
Bahagian D : Butiran sisa pembinaan
Jenis Kekerapan penjanaan Kaedah pelupusan
sisa sisa sisa
1 2 3 4 5 1 2 3 4
Batu-bata
Konkrit
Besi
Batu-baur
Seramik
Kaca
Kayu
Aluminium
Kertas
Zink
Tong cat
Mortar
Tanah
Turapan jalan
(premix)
* kekerapan penjanaan sisa *kaedah pelupusan sisa
Amat tidak kerap 1
Tidak kerap 2
Biasa 3
Kerap 4
Amat kerap 5
Dihantar ke tapak pelupusan 1
Kitar semula 2
Guna semula 3
Dibakar 4
* Sila isikan pada ruang kosong jenis sisa yang tidak dinyatakan di dalam jadual di
atas beserta kekerapandan cara pelupusan sisa tersebut.
77
LAMPIRAN B
GAMBAR
Tapak pelupusan haram di Skudai
Sisa binaan yang diguna semula
78
Tapak pelupusan haram di Taman Pulai Utama
Tapak pelupusan haram di Taman Pulai Flora

More Related Content

What's hot

Pengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan okPengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan okamoi amore
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaananis
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanFiQahh AmiNn
 
Topik 1 - Asas Hidrologi
Topik 1 - Asas HidrologiTopik 1 - Asas Hidrologi
Topik 1 - Asas HidrologiI-Civec
 
Pelan Lantai Rumah
Pelan Lantai RumahPelan Lantai Rumah
Pelan Lantai RumahNur Aqilah
 
Lukisan Oblik
Lukisan OblikLukisan Oblik
Lukisan Obliknomasra
 
21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga
21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga
21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenagaMrHan Physics
 
Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) armanaqim
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air UTHM
 
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.pptPKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.pptILKKM SG BULOH
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Nabila Halim
 
Carpentry labsheet polimas
Carpentry labsheet  polimasCarpentry labsheet  polimas
Carpentry labsheet polimasYASMINE HASLAN
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12UTHM
 
Sistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanSistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanUngku OmarPolytechnic
 

What's hot (20)

Pengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan okPengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan ok
 
Pembinaan
PembinaanPembinaan
Pembinaan
 
Sistem Rawatan air
Sistem Rawatan air Sistem Rawatan air
Sistem Rawatan air
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
 
Topik 1 - Asas Hidrologi
Topik 1 - Asas HidrologiTopik 1 - Asas Hidrologi
Topik 1 - Asas Hidrologi
 
Pelan Lantai Rumah
Pelan Lantai RumahPelan Lantai Rumah
Pelan Lantai Rumah
 
Lukisan Oblik
Lukisan OblikLukisan Oblik
Lukisan Oblik
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga
21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga
21.kerja,kuasa,tenaga keupayaan,tenaga kinetik,keabadian tenaga
 
Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif)
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air
 
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.pptPKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
 
Kolam penstabilan sisa
Kolam penstabilan sisaKolam penstabilan sisa
Kolam penstabilan sisa
 
cerucuk piling
cerucuk pilingcerucuk piling
cerucuk piling
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Carpentry labsheet polimas
Carpentry labsheet  polimasCarpentry labsheet  polimas
Carpentry labsheet polimas
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12
 
Sistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanSistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunan
 

Viewers also liked

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Kertas kerja kewangan tahunan 2014
Kertas kerja kewangan tahunan   2014Kertas kerja kewangan tahunan   2014
Kertas kerja kewangan tahunan 2014Kamal Sabaruddin
 
Isu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana Jaya
Isu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana JayaIsu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana Jaya
Isu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana JayaZaki Daud
 
Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)husniza huss
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaranJata Unjah
 
Kertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssKertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssEiza Alias
 
Present and Future Innovations in Solid Waste Management in Malaysia
Present and Future Innovations in Solid Waste Management in MalaysiaPresent and Future Innovations in Solid Waste Management in Malaysia
Present and Future Innovations in Solid Waste Management in MalaysiaZaipul Anwar Zainu
 
incIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab Amjad
incIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab AmjadincIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab Amjad
incIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab Amjadزینب امجد
 
Kertas kerja taman herba smk tunku ismail
Kertas kerja taman herba smk tunku ismailKertas kerja taman herba smk tunku ismail
Kertas kerja taman herba smk tunku ismailCIKGU LOLITA
 
Pengurusan sisa pepejal di malaysia
Pengurusan sisa pepejal di malaysiaPengurusan sisa pepejal di malaysia
Pengurusan sisa pepejal di malaysiaAin Alia
 
Municipal solid waste management in malaysia
Municipal solid waste management in malaysiaMunicipal solid waste management in malaysia
Municipal solid waste management in malaysiaNurul Izyan
 
Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10
Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10
Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10wmzuri
 
82 hazardous waste management
82 hazardous waste management82 hazardous waste management
82 hazardous waste managementGaurav Pahuja
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunanrezuil
 
Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey Mohd Nizam Mohd Zan
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 

Viewers also liked (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kertas kerja kewangan tahunan 2014
Kertas kerja kewangan tahunan   2014Kertas kerja kewangan tahunan   2014
Kertas kerja kewangan tahunan 2014
 
Isu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana Jaya
Isu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana JayaIsu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana Jaya
Isu pembinaan rumah di atas tapak pelupusan sisa Kelana Jaya
 
Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)
 
Soalan soalselidik
Soalan soalselidikSoalan soalselidik
Soalan soalselidik
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaran
 
Kertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssKertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pss
 
Borang Temuduga Ibubapa
Borang Temuduga IbubapaBorang Temuduga Ibubapa
Borang Temuduga Ibubapa
 
Present and Future Innovations in Solid Waste Management in Malaysia
Present and Future Innovations in Solid Waste Management in MalaysiaPresent and Future Innovations in Solid Waste Management in Malaysia
Present and Future Innovations in Solid Waste Management in Malaysia
 
incIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab Amjad
incIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab AmjadincIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab Amjad
incIncineration of municipal solid waste in malaysia by Zainab Amjad
 
Kertas kerja taman herba smk tunku ismail
Kertas kerja taman herba smk tunku ismailKertas kerja taman herba smk tunku ismail
Kertas kerja taman herba smk tunku ismail
 
Pengurusan sisa pepejal di malaysia
Pengurusan sisa pepejal di malaysiaPengurusan sisa pepejal di malaysia
Pengurusan sisa pepejal di malaysia
 
Municipal solid waste management in malaysia
Municipal solid waste management in malaysiaMunicipal solid waste management in malaysia
Municipal solid waste management in malaysia
 
Teknologi hijau
Teknologi hijauTeknologi hijau
Teknologi hijau
 
Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10
Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10
Borang penarafan kendiri makmal sains 11.10
 
Formwork
FormworkFormwork
Formwork
 
82 hazardous waste management
82 hazardous waste management82 hazardous waste management
82 hazardous waste management
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunan
 
Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 

Similar to Mohdazryaa020192d07ttt

Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...Muhammad Nazri Abdul Halim
 
Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3parack88
 
Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3parack88
 
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...bapakkaulah
 
Kajian erman, adda ,sarell
Kajian erman, adda ,sarellKajian erman, adda ,sarell
Kajian erman, adda ,sarellShahril Khairi
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri Othman
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.Nur Ashikin Ismahun
 
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...mos az
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 

Similar to Mohdazryaa020192d07ttt (20)

Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...
 
Jurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran KoperatifJurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran Koperatif
 
Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3
 
Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3Minggu 1 kerja lapangan t3
Minggu 1 kerja lapangan t3
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
24 pages from_pengurusan_masa_pelajar_kejuruteraan_pendididikan_jarak_jauh_%2...
 
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md SaidHHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Kajian erman, adda ,sarell
Kajian erman, adda ,sarellKajian erman, adda ,sarell
Kajian erman, adda ,sarell
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
Kertas kerja 25th ibs for jppel
Kertas kerja 25th ibs for jppelKertas kerja 25th ibs for jppel
Kertas kerja 25th ibs for jppel
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
 
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
 

Mohdazryaa020192d07ttt

  • 1. PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2.
  • 3. PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN : 2006 / 2007 Saya : MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: ________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 3, RUMAH K/TANGAN, DR. MOHD BADRUDDIN BIN MOHD YUSOF FELDA KOTA GELANGGI 3, NAMA PENYELIA 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh : 23 APRIL 2007 Tarikh : 23 APRIL 2007 √ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
  • 4. PENGESAHAN PENYELIA “ Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.” Tandatangan : _________________________ Nama Penyelia : DR. MOHD BADRUDDIN MOHD YUSOF Tarikh : 23 APRIL 2007
  • 5. PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID Laporan projek ini dikemukakan adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2007
  • 6. ii PENGESAHAN PENULIS “ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : ______________________ Nama Penulis : Mohd Azry Bin Abdul Hamid Tarikh : 20 April 2007
  • 7. iii Khas buat keluarga dan rakan-rakan tersayang Terima kasih atas segalanya
  • 8. iv PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga yang disayangi kerana berkat doa kalian, maka projek ini berjaya dihasilkan. Penghargaan seterusnya ditujukan khas buat penyelia yang dihormati, Dr. Mohd Badruddin Bin Mohd Yusof di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga buat Raimi Bin Kadis kerana bersama-sama menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat rakan-rakan yang disayangi di atas segala bantuan dan kerjasama yang dihulurkan secara langsung dan tidak langsung. Akhir sekali untuk semua yang telah membantu dalam merealisasikan Projek Sarjana Muda ini. Semoga Tuhan memberkati apa yang kalian lakukan. Amin. MOHD AZRY BIN ABDUL HAMID Sarjana Muda Kejuruteraan Awam April, 2007
  • 9. v ABSTRAK Pertambahan aktivi pembinaan akan meningkatkan jumlah penjanaan sisa binaan. Penjanaan sisa ini mempunyai kekerapan yang berbeza bergantung kepada jenis pembinaan yang dijalankan. Masalah yang dihadapi adalah bagaimana cara untuk mengurangkan penjanaan sisa binaan seterusnya mencari cara terbaik untuk melupuskan sisa tersebut. Kitar semula dan guna semula sisa binaan merupakan langkah yang terbaik dalam melupuskan sisa binaan seterusnya mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah. Sebagai tambahan, langkah ini membantu dalam penjimatan penggunaan bahan binaan untuk kegunaan aktiviti pembinaan pada masa akan datang. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kekerapan penjanaan sisa mengikut jenis aktiviti pembinaan dan cara yang digunakan untuk melupuskan sisa binaan. Kajian ini juga bertujuan menilai keberkesanan pengurusan sisa binaan di dalam daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan pelbagai aktiviti pembinaan bagi mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan pengedaran borang soal selidik kepada kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan di dalam daerah Johor Bahru. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Hasil daripada kajian ini menunjukkan 50% daripada responden melupuskan sisa binaan mereka dengan menghantar ke tapak pelupusan sampah, 49% mengitar semula dan mengguna semula sisa tersebut manakala hanya 1% sisa tersebut dibakar di tapak bina. Kekerapan penjanaan sisa juga berlainan mengikut jenis pembinaan yang dijalankan. Kajian ini menunjukkan kontraktor masih mengamalkan cara yang terbaik dalam melupuskan sisa binaan.
  • 10. vi ABSTRACT Growth in construction activities increases the amount of construction waste generated. Construction waste generating has different frequency according the types of construction. The problem is how to reduce the wastes as well as to find the best way to dispose them. Recycling and reusing of construction waste are the best ways to dispose as well as to reduce the amount of construction at landfills. In addition, it enhances the resource recovery for future construction work. The objectives of this study are to evaluate the waste generation and method of disposal and comparing the waste generated from different types of construction activities and also determines how effectiveness the construction waste management in Johor Bahru district. This study is done on various types of construction activities. In gaining the data, a questionnaire survey is conducted. The data then was analysed using SPSS (Statistical Package for Social Sciences) software. The results indicated that 50% of respondents sent the waste to landfill, 49% reuse or recycling the waste and just 1% burn the waste. The frequency of waste generated from different construction activities also varied. It shows that the contractor is promoting the good way to dispose the waste.
  • 11. vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiv SENARAI SINGKATAN xvi SENARAI LAMPIRAN xvii 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Tujuan Kajian 3 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Skop kajian 4 1.5.1 Pengurusan Sisa 5 1.5.2 Impak Terhadap Alam Sekitar 5 1.6 Kepentingan Kajian 6
  • 12. viii 2 KAJIAN LITERATUR 7 2.1 Pendahuluan 7 2.2 Definisi Sisa 8 2.3 Sisa Berbahaya 8 2.4 Sisa Pepejal 9 2.4.1 Sisa Pepejal Perbandaran 11 2.4.2 Sisa Pembinaan 12 2.5 Kategori Pembinaan 13 2.6 Penjanaan Sisa Binaan 12 2.6.1 Aktiviti Pembinaan 14 2.6.1.1 Kerja Awalan 14 2.6.1.2 Penyediaan Tapak 14 2.6.1.3 Pembinaan Projek 15 2.6.1.4 Kerja- Kerja Akhir 16 2.6.2 Aktiviti Perobohan Struktur 16 2.6.3 Aktiviti Pembaharuan dan Pembaikan Struktur 16 2.7 Bahaya Sisa Binaan 17 2.8 Kategori Masalah Sisa Binaan 18 2.9 Pengurusan Sisa Pembinaan 19 2.9.1 Peringkat Penjanaan Sisa 19 2.9.2 Peringkat Penyimpanan 20 2.9.3 Peringkat Pemungutan 20 2.9.4 Peringkat Pemindahan dan Pengangkutan 21 2.9.5 Peringkat Pemprosesan Dan Pemulihan 22 2.9.6 Peringkat Pelupusan 22 2.10 Tapak Pelupusan Sisa 24 2.11 Pengurangan Dalam Penjanaan Sisa 25 2.11.1 Pengurangan 27 2.11.2 Penggunaan Semula 27
  • 13. ix 2.11.3 Kitar Semula 27 2.12 Pembakaran Terbuka 28 2.12.1 Punca-Punca 28 2.12.2 Kesan-Kesan Akibat Pembakaran Terbuka 29 2.12.3 Cara untuk Mengelakkan daripada Berlaku Pembakaran Terbuka 30 2.12.4 Aktiviti Yang Dikecualikan daripada Larangan Pembakaran Terbuka. 30 3 METODOLOGI KAJIAN 32 3.1 Pendahuluan 32 3.2 Objektif Metodologi 33 3.3 Kajian Kes 33 3.4 Skop Kajian 34 3.4.1 Pengurusan Sisa 34 3.4.2 Impak Terhadap Alam Sekitar 34 3.5 Perancangan Kajian 35 3.5.1 Kajian Literatur 37 3.5.2 Penyediaan Borang Soal Selidik 37 3.5.3 Temubual 38 3.5.4 Analisis Data 38 4 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN 39 4.1 Pendahuluan 39 4.1.1 Melalui Pos 40 4.1.2 Lawatan ke Tapak Pembinaan 40
  • 14. x 4.2 Jenis Projek 42 4.3 Perobohan Struktur Asal 43 4.4 Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Binaan 44 4.5 Peruntukan Bagi Pengurusan Sisa Binaan 45 4.6 Tindakan Merekodkan Butiran Sisa Binaan 46 4.7 Langkah Meminimunkan Penjanaan Sisa Binaan 47 4.8 Kekerapan Penjanaan Sisa Binaan Keseluruhan Projek 49 4.9 Penjanaan Sisa Mengikut Jenis Projek 52 4.10 Cara Pelupusan Sisa Binaan 60 4.11 Masalah Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Dalam Menguruskan Sisa Binaan 63 4.11.1 Masalah Penjanaan Sisa Binaan 63 4.11.2 Masalah Semasa Penstoran Sisa Binaan 64 4.11.4 Masalah Semasa Melupuskan Sisa Binaan 64 4.11.3 Masalah Semasa Pemungutan Sisa Binaan 65 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 66 5.1 Kesimpulan 66 5.2 Cadangan 68
  • 16. xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Istilah sisa yang terdapat dalam sisa pepejal 10 2.2 Punca sisa pepejal perbandaran 12 2.3 Jenis-jenis bahan kimia yang terkandung dalam bahan binaan 18 4.1 Maklum balas soal selidik daripada pihak kontraktor 41 4.2 Paparan hasil dari SPSS tentang hubungkait diantara pelan tindakan dengan menitik berat dalam pengurusan sisa binaan. 45 4.3 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana di daerah Johor Bahru. 50 4.4 Rumusan tahap kekerapan penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru 52 4.5 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek perumahan di daerah Johor Bahru 54 4.6 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek infra struktur di daerah Johor Bahru 55 4.7 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek jalan raya di daerah Johor Bahru 56
  • 17. xiii 4.8 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek kilang di daerah Johor Bahru 57 4.9 Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek pusat perniagaan di daerah Johor Bahru 58 4.10 Kekerapan bagi setiap jenis sisa mengikut jenis projek yang terdapat di daerah Johor Bahru 59 4.11 Peratusan cara melupuskan sisa binaan yang diamalkan oleh pihak kontraktor di Daerah Johor Bahru. 61
  • 18. xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Pengkelasan sisa pepejal 11 2.2 Lori pemungut sisa 21 2.3 Teknik pemeringkatan dalam meminimumkan sisa 26 3.1 Carta alir kajian 36 4.1 Peratusan bagi pengkelasan jenis projek yang dijalankan dalam daerah Johor Bahru 40 4.2 Peratusan projek pembinaan yang mempunyai aktiviti perobohan struktur dalam daerah Johor Bahru. 43 4.3 Peratusan kontraktor yang mempunyai pelan tindakan dalam pengurusan sisa binaan semasa projek dijalankan dalam daerah Johor Bahru. 44 4.4 Peratusan peruntukan kos dalam menguruskan sisa binaan oleh pihak kontraktor yang menjalankan projek pembinaan di dalam daerah Johor Bahru. 46 4.5 Peratusan tindakan merekodkan butiran sisa binaan oleh pihak kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan dalam daerah Johor Bahru. 47 4.6 Peratusan pandangan kontraktor terhadap impak yang terhasil daripada penjanaan sisa binaan di kawasan pembinaan masing-masing. 48 4.7 Jenis dan kekerapan penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru 51
  • 19. xv 4.8 Peratusan cara melupuskan sisa binaan di tapak pembinaan yang diamalkan oleh pihak kontraktor dalam daerah Johor Bahru. 62
  • 20. xvi SENARAI SINGKATAN JAS - Jabatan Alam Sekitar Jln - Jalan kg - kilogram km - kilometer PBT - Pihak Berkuasa Tempatan PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah RI - Indeks Relatif RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan SWM - Southern Waste Management SPSS - Statistical Packages for Social Sciences Tmn - Taman % - Peratus
  • 21. xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang soal selidik 71 B Gambar 77
  • 22. BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dari segi pembangunannya dan juga perkembangan ekonominya. Negara kita sedang gigih untuk bersaing dengan negara maju yang lain untuk mencapai satu tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. Pembinaan merupakan aktiviti yang terpenting dalam memajukan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah tamadun manusia digambarkan melalui pembinaan sebagai contoh Tamadun Mesir yang terkenal dengan pembinaan piramid dan masih utuh sehigga kini (Roslan, 2005). Perubahan cara bagaimana pembinaan dilakukan telah berubah mengikut peredaran masa dari cara tradisional kepada cara moden. Aktiviti pembinaan merupakan aktiviti yang sementara. Jangka hayat aktiviti ini bergantung kepada keluasan projek yang dijalankan (Uzairi, 1988). Tanpa disedari aktiviti ini juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang
  • 23. 2 kepada pencemaran. Sektor pembinaan di Malaysia telah mengalami penguncupan sejak tahun 2004 tetapi di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sejumlah 32.5 bilion ringgit diperuntukkan untuk aktiviti pembinaan. Ini bermaksud industri pembinaan akan bertambah dalam pada tahun 2007 (Kementerian Kewangan, 2006). Pertambahan ini turut menyumbang kepada pertambahan sisa pembinaan di negara ini. Fenomena ini boleh mengakibatkan pencemaran tanpa pengurusan sisa buangan yang teratur dan sistematik. Pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), seperti pembinaan jalanraya, kuarters serta kemudahan infrastruktur lain akan merancakkan lagi kegiatan sektor pembinaan. Peruntukan pembangunan 27.5 bilion ringgit disediakan bagi pelbagai projek pembinaan pada tahun 2007 (Kementerian Kewangan, 2006). Kerajaan turut menyediakan peruntukan satu bilion ringgit bagi program penyelenggaraan bangunan dan kemudahan awam. Kerajaan mencadangkan layanan cukai untuk sektor pembinaan diperbaharui, contohnya : a) Perbelanjaan oleh pemaju hartanah dalam tempoh wang tahanan (defect liability atau warranty) dibenarkan sebagai potongan daripada projek yang sama dan tidak hanya dibenarkan sebagai potongan daripada projek lain. b) Semua kerugian projek pada tahun terakhir dibenarkan ditolak daripada keuntungan sepanjang tempoh projek tahun-tahun terdahulu (carry back of losses) (Kementerian Kewangan, 2007).
  • 24. 3 1.2 Penyataan Masalah Pengurusan sisa binaan telah menjadi satu isu dan masalah global. Sebagai contoh, di Eropah dianggarkan kira-kira 3000 juta tan sisa dihasilkan diseluruh Eropah setiap tahun (Williams, 2005). Kategori sisa utama yang terhasil adalah sisa industri, pembinaan, pertanian dan perlombongan. Tiga puluh peratus dari sisa yang terhasil adalah dari pembinaan dan perobohan struktur (Williams, 2005). Aktiviti pembinaan yang semakin bertambah menyumbang kepada peningkatan jumlah sisa pembinaan yang dijanakan oleh industri ini. Fenomena ini menyumbang kepada peningkatan tahap pencemaran di negara ini. Walaupun sesuatu pembinaan hanya mengambil setahun atau melebihi setahun untuk disiapkan tetapi tanpa pegurusan sisa yang sempurna dan sistematik, pencemaran alam sekitar akan berlaku hasil dari penjanaan sisa binaan. Kebanyakan kontraktor mengambil cara mudah dalam melupuskan sisa binaan dengan malakukan pembakaran terbuka dan melupuskan sisa di tapak pelupusan haram. Satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji jumlah sisa yang dijanakan dan pegurusan yang dilakukan di tapak pembinaan. 1.3 Tujuan Kajian Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kekerapan sisa pembinaan yang dijanakan dari pelbagai aktiviti pembinaan, jenis sisa yang dijanakan dan cara pengurusan yang dilakukan oleh pihak kontraktor binaan dalam melupusan sisa ini. Data yang akan diperoleh dianalisis dalam mengkaji keberkesanan sistem pengurusan sisa pembinaan dan cara untuk miminimumkan penjanaan sisa seterusnya impak terhadap kualiti alam sekitar.
  • 25. 4 1.4 Objektif Kajian Antara objektif utama kajian ini dilakukan adalah : a) Menentukan kekerapan sisa binaan yang dijanakan dari pelbagai aktiviti pembinaan. b) Menentukan keberkesanan sistem pengurusan sisa binaan yang diamalkan di tapak pembinaan dalam cara yang digunakan untuk melupuskan sisa binaan. c) Kitar semula dan penggunaan semula sisa binaan serta masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam menguruskan sisa binaan. 1.5 Skop Kajian Kajian dilakukan di beberapa tapak pembinaan di dalam daerah Johor Bahru bagi memperoleh data untuk dianalisis dalam kajian ini. Pemerhatian akan dilakukan di tapak pembinaan untuk tujuan melihat pengurusan dalam melupuskan sisa pembinaan di tapak pembinaan tersebut. Cara yang akan dilakukan dalam kajian ini adalah dengan soal selidik dan pemerhatian. Skop kajian ini adalah berkisarkan tentang sisa yang dijanakan di kawasan pembinaan. Kajian ini turut merangkumi: a) Pengurusan sisa b) Impak terhadap alam sekitar
  • 26. 5 1.5.1 Pengurusan Sisa Pembinaan mempunyai beberapa peringkat dan sisa yang akan dijanakan berlainan mengikut peringkat pembinaan yang sedang dijalankan. Kuantiti dan jenis sisa yang dijanakan pada setiap peringkat ini turut berbeza. Cara pengurusan dan pelupusan sisa yang digunakan oleh pihak kontraktor perlu dikenalpasti melalui kajian ini. Pengurusan sisa merangkumi kaedah yang diambil dalam meminimakan penjanaan sisa pepejal di tapak pembinaan. Masalah yang dihadapi dalam pengurusan sisa turut dikenalpasti dalam kajian ini. 1.5.2 Impak Terhadap Alam Sekitar Penjanaan sisa dari pelbagai aktiviti pembinaan mempunyai berbagai jenis dan memberikan impak yang berbeza kepada alam sekitar walaupun jangka hayat sesuatu projek pembinaan tidak lama. Pertambahan penjanaan sisa binaan akan meningkatkan jumlah sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah bagi tujuan dilupuskan. Pembakaran sisa binaan di tapak pembinaan dapat menyumbangkan pencemaran udara di kawasan tersebut. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti impak terhadap alam sekitar dan penduduk di sekitarnya.
  • 27. 6 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dilakukan bertujuan melihat impak penjanaan sisa pepejal di tapak pembinaan bagi tujuan memelihara alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran. Kajian ini dapat mengenal pasti kaedah pegurusan sisa pepejal yang dijalankan di tapak pembinaan. Selain itu kajian ini dapat : a) Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa, sihat dan selamat terutamanya di sekitar kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan pelupusan haram. b) Mengemukakan langkah–langkah kawalan dan pengurusan yang dijangka boleh mengatasi masalah atau kelemahan yang timbul dalam proses pelupusan sisa pembinaan. c) Mencadangkan beberapa alternatif yang dapat memberikan kesedaran kepada pihak kontraktor binaan akan kepentingan dan kesan terhadap pembuangan sisa binaan secara haram terhadap alam sekeliling.
  • 28. BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Kajian literatur merupakan satu kaedah pencarian maklumat berdasarkan kepada kajian-kajian yang terdahulu. Maklumat boleh diperolehi melalui media cetak dan media elektronik. Maklumat dari media cetak diperolehi dengan merujuk kepada buku, jurnal, artikel, laporan berita dan isu-isu semasa manakala media elektronik diperolehi dengan melayari laman web di internet. Sumber utama pembacaan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Pusat Sumber Fakulti Kejuruteraan Awam dan laman web yang berkaitan.
  • 29. 8 2.2 Definisi Sisa Sisa adalah merupakan bahan buangan yang terhasil daripada sesuatu aktiviti atau pun proses yang diakukan oleh manusia,haiwan dan juga tumbuhan. Sumber- sumber boleh berpunca contohnya daripada aktiviti perindustrian, perbandaran, penternakan dan pertanian. Sisa merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan lagi ataupun tiada nilai dari segi ekonomi, hasil daripada aktiviti manusia atau binatang (Noorhayati, 2005). Antara beberapa takrif dan definisi sisa mengikut pandangan sesetengah individu adalah seperti berikut: Sisa pejal adalah sisa yang terhasil daripada aktiviti manusia dan haiwan yang tidak boleh digunakan lagi dan juga tidak diperlukan dan lazimnya dalam bentuk pejal (Theng, 1998). Sisa pejal adalah sisa yang bukan cecair atau gas seperti sisa makanan, bekas bungkusan, pemotongan pokok (yard trimming) dan berbagai-bagai sisa bukan organik ( Masters, 1998). 2.3 Sisa Berbahaya Sisa yang boleh mendatangkan bahaya secara tiba–tiba atau selepas satu jangka masa yang panjang kepada manusia, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar boleh dikelaskan sebagai sisa berbahaya (Theng, 1998). Mengikut laporan daripada European Commission pada tahun 2003, sisa berbahaya adalah sisa yang bersifat mengkakis, toksid, karsinogenik, mudah tersebar seperti sisa radioaktif, mengakibatkan iritasi dan membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar. Sisa
  • 30. 9 ini lazimnya terhasil daripada aktiviti perindustrian dan perkilangan dan sisa perubatan dari hospital. Manakala menurut Environment Protection Agency (EPA), sisa berbahaya adalah sisa atau gabungan yang menunjukkan keupayaan bahayanya kepada kesihatan manusia atau hidupan lain kerana sisa tersebut : a) Boleh mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar b) Boleh memberikan kesan biologi c) Mampu membawa maut d) Boleh menyebabkan berlakunya kesan kumulatif 2.4 Sisa Pepejal Sisa buangan pepejal adalah terdiri daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid. Walau bagaimanapun secara menyeluruhnya bahan buangan ini bolehlah dikategorikan seperti berikut : a) Sisa pepejal domestik daripada sisa-sisa makanan dan sampah sarap dan juga benda-benda pukal daripada kawasan perumahan, perniagaan, sekolah dan kawasan-kawasan awam. b) Buangan barang-barang pukal seperti rangka/bingkai kenderaan, barang- barang elektrik, perabot, tayar buruk dan sebagainya. c) Buangan daripada perlombongan dan kuari. d) Bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan-bangunan. e) Sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir, najis lembu, sekam padi dan sekam kayu. f) Sisa buangan taman (garden waste). g) Sisa industri tidak bertoksik (Non Toxic Industrial Waste). (Sumber : Resource Venture, 2005)
  • 31. 10 Jadual 2.1 menunjukkan komponen dalam sisa pepejal beserta huraiannya manakala Rajah 2.1 pula adalah pengkelasan sisa pepejal menurut Masters, 1998. Jadual 2.1: Istilah sisa yang terdapat dalam sisa pepejal (Theng, 1998). Komponen Huraian Sisa makanan Sisa haiwan, tumbuhan dan buah-buahan hasil dari penyediaan makanan seperti memasak. Sisa makanan mudah diuraikan terutama sewaktu cuaca panas. Sampah-sarap Terdiri daripada sisa pepejal yang mudah terbakar dan tidak mudah terbakar. Sisa yang mudah terbakar adalah bahan seperti kertas, pakaian, kadbod, getah, perabot dan kayu manakala sisa yang tidak mudah terbakar seperti kaca, pinggan mangkuk, kepingan timah, aluminium, logam ferus dan logam bukan ferus. Habuk dan debu Bahan yang terhasil dari pembakaran kayu, arang, kok (coke) dan sisa bahan yang mudah terbakar. Sisa tinggalan yang dihasilkan dari loji janakusa tidak termasuk dalam kategori ini. Habuk dan debu merupakan sisa yang halus. Sisa pemusnahan dan pembinaan struktur Bahan yang tidak digunakan dari runtuhan bangunan atau struktur lain merupakan sisa pemusnahan (demolition waste). Sisa yang dihasilkan dari pembinaan, pengubahsuian dan pembaikpulih bangunan kediaman, perdagangan dan industri dikelaskan sebagai sisa pembinaan (construction waste). Sisa ini seperti batu bata, konkrit, batu, kayu, batu kelikir dan komponen elektrik serta sistem paip air. Sisa khas (Special waste) Sisa yang terhasil dari pembersihan jalan, sampah jalan, bangkai binatang dan kereta terbiar dikelaskan sebagai sisa khas. Sisa loji rawatan air (treatment-plant waste). Sisa pepejal dan separa pepejal dari air, sisa kumbahan dan sisa industri dari loji rawatan air dikelaskan dalam sisa ini.
  • 32. 11 Sisa pepejal Lain-lain sisa buangan (pembinaan, sisa industri) Sisa pepejal perbandaran (municipal solid waste) Sisa makanan Sampah sarap (food waste) (rubbish) Trash Tidak mudah terbakar (noncombustible) Rajah 2.1: Pengkelasan sisa pepejal (Masters, 1998) 2.4.1 Sisa Pepejal Perbandaran Sisa perbandaran boleh didefinasikan sebagai sisa yang dijanakan di kawasan penempatan penduduk, kawasan perdagangan dan kawasan industri tetapi tidak merangkumi sisa di tapak pembinaan. Sisa yang dijanakan ini akan dikumpul oleh majlis bandaran atau kontraktor yang dilantik oleh majlis bandaran contohnya syarikat Alam Flora dan Southern Waste Management (SWM). Sisa yang telah dikumpul akan dihantar ke tempat pelupusan sampah bagi tujuan dilupuskan. Jadual 2.2 menunjukkan punca sisa pepejal perbandaran.
  • 33. 12 Jadual 2.2: Punca sisa pepejal perbandaran (Peavy, 1985). Punca Kawasan penjanaan sisa Jenis sisa pepejal Penempatan Keluarga tunggal (single- family) dan banyak keluarga (multifamily). Berpendapatan sederhana, rendah dan kondominium. Sisa makanan, sampah, debu dan sisa khas (special waste). Perdagangan Gerai, restoran, pasar, bangunan pejabat, hotel, dan lain-lain fasiliti. Sisa makanan, sampah, debu, sisa pembinaan dan pemusnahan, sisa khas (special waste) dan kadangkala terdapat sisa berbahaya. Kawasan terbuka Lorong, tempat letak kereta, taman permainan, taman rekreasi, pantai dan jalan raya. Sampah sarap dan sisa khas (special waste). Loji rawatan Air, sisa kumbahan dan proses rawatan industri Sisa loji rawatan, terdiri dari baki sisa rawatan. 2.4.2 Sisa Pembinaan Sisa pembinaan dapat ditakrifkan sebagai sisa yang dijanakan semasa proses pembinaan dijalankan. Sisa pembinaan terdiri daripada 3 kategori yang utama iaitu bahan buangan dari bahan binaan, pekerja dan jentera. Namun begitu sisa pepejal yang dijanakan dari bahan binaan merupakan jumlah yang terbesar contohnya semasa proses pemusnahan sesebuah struktur binaan. Sisa binaan terdiri dari sisa yang boleh dibakar dan tidak boleh dibakar dan memerlukan sistem pelupusan yang
  • 34. 13 sesuai. Antara contoh-contoh sisa binaan adalah seperti konkrit, mortar, bata, lebihan kayu, bahan perpaipan, logam dan sisa runtuhan struktur (Ekanayake dan Ofori, 2000). 2.5 Kategori Pembinaan Terdapat berbagai kategori di dalam industri pembinaan dan ianya dapat dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu aktiviti pembinaan bangunan dan kerja kejuruteraan awam. Aktiviti pembinaan bangunan meliputi semua bentuk pembinaan yang boleh dikelaskan dalam kategori bangunan. Pembinaan rumah turut dikelaskan dalam kategori ini. Kerja kejuruteraan awam meliputi semua bentuk pembinaan yang tidak termasuk dalam kategori bangunan contohnya pembinaan jalan raya dan empangan (Uzairi, 1988). 2.6 Penjanaan Sisa Binaan Sisa binaan yang terjana adalah dari aktiviti yang dihasilkan oleh manusia sendiri. Antara aktiviti itu adalah seperti berikut (Roslan, 2005) : a. Aktiviti pembinaan b. Aktiviti perobohan struktur c. Aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur
  • 35. 14 2.6.1 Aktiviti Pembinaan Aktiviti pembinaan sebenarnya tidak dapat dilihat batasan kerjanya pada masa pembinaan tetapi dapat dikelaskan kepada beberapa peringkat (Roslan, 2005). Terdapat beberapa peringkat dalam aktiviti pembinaan seperti : a) Kerja awalan b) Penyediaan tapak c) Pembinaan projek d) Kerja-kerja akhir 2.6.1.1 Kerja Awalan Aktiviti pada peringkat ini adalah merekabentuk struktur bangunan yang akan dibina. Bahan binaan yang akan digunakan dalam pembinaan ini dapat dikenal pasti pada peringkat ini. Perubahan rekabentuk bangunan pada saat-saat akhir akan menyebabkan pembaziran bahan binaan sekiranya bahan binaan itu telah dihantar ke tapak pembinaan. 2.6.1.2 Penyediaan Tapak Antara kerja yang dilakukan sewaktu penyediaan tapak ialah menebang pokok atau pembersihan semak samun. Rumput dan tumbuhan kecil juga perlu dibuang dan lapisan tanah akan dikikis sekurang-kurang sedalam 300 mm. Merobohkan struktur sedia ada juga mungkin berlaku jika projek menaiktaraf atau
  • 36. 15 ubah suai bangunan atau jalanraya. Kerja-kerja tanah juga adalah kerja yang amat penting sewaktu fasa permulaan. Aktiviti potong dan tambak (cut and fill) dan memotong tanah kepada paras formasi yang diperlukan untuk aktiviti penanaman cerucuk. Antara sisa pembinaan yang terhasil sewaktu peringkat pembinaan ini ialah pokok dan semak-samun yang telah dibersihkan dan sisa daripada bangunan atau struktur yang telah dirobohkan. Sisa yang terhasil ini lazimnya akan dibakar atau ditanam didalam tanah. 2.6.1.3 Pembinaan Projek Aktiviti utama sewaktu fasa pembinaan ini ialah pemasangan acuan, pemotongan dan membengkok besi serta kerja mengkonkrit. Bahan dan cara pembinaan yang terlibat di dalam pembinaan terdiri dari pelbagai jenis dan cara. Konkrit bertetulang adalah pilihan utama dan paling popular didalam pembinaan. Konkrit pra tuang juga ada digunakan mungkin kerana lebih menjimatkan masa. Selain konkrit bertetulang, keluli dan kayu juga adalah bahan yang penting didalam sesebuah struktur. Proses mengikat batu-bata sebagai dinding juga adalah kerja utama sewaktu fasa ini. Sisa pembinaan paling banyak dihasilkan sewaktu kerja-kerja pembinaan struktur dijalankan. Papan dan kayu yang digunakan sebagai acuan, sisa-sisa konkrit dan mortar yang telah mengeras dan juga lebihan bata yang tidak dipakai lagi adalah antara sisa yang terhasil.
  • 37. 16 2.6.1.4 Kerja-Kerja Akhir Peringkat ini adalah peringkat akhir dalam menyiapkan sesebuah bangunan. Antara kerja yang terlibat ialah pemasangan jubin atau seramik, tingkap dan pintu, mengecat serta hiasan dalaman. Pada peringkat ini sisa yang terhasil pastilah serpihan-serpihan jubin atau seramik, papan lapis yang digunakan untuk siling serta tong cat yang sudah digunakan. 2.6.2 Aktiviti Perobohan Struktur Aktiviti perobohan struktur bermaksud pemusnahan struktur yang sedia ada bagi memenuhi kehendak pengguna. Antara beberapa sebab mengapa aktiviti perobohan struktur dilakukan adalah: a) Struktur asal tidak selamat digunakan atau didiami oleh pengguna. b) Menaik taraf sesebuah kawasan dan memerlukan pemusnahan struktur asal seperti perobohan kawasan setinggan. c) Pembinaan struktur yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan seperti mengubahsuai bangunan dan perlu dirobohkan. 2.6.3 Aktiviti Pembaharuan dan Pembaikan Struktur Aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur adalah hampir sama dengan aktiviti pembinaan. Aktiviti pembinaan merupakan satu aktiviti permulaan bagi pembinaan sesebuah struktur manakala aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur
  • 38. 17 adalah aktiviti yang dilakukan bagi tujuan menambahkan had perkhidmatan struktur tersebut. Antara aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur adalah menaiktaraf jalan raya, membaikpulih bangunan, mendalam dan memperluaskan sistem perparitan di bandar bagi mengatasi masalah banjir kilat. 2.7 Bahaya Sisa Binaan Menurut laporan kajian yang dilakukan oleh Roslan Pilus, 2005, sisa berbahaya merupakan sisa yang boleh mendatangkan kesan bahaya sama ada secara serta merta ataupun dalam jangkamasa yang tertentu kepada manusia, tumbuhan dan alam sekitarnya. Sisa berbahaya dapat dikelaskan kepada tiga jenis iaitu sebatian radioaktif, sisa biologi, dan sisa meruap namun pada masa kini sisa binaan turut menjadi sisa berbahaya kerana kandungan sisa binaan mempunyai sifat sisa berbahaya seperti : a) Mudah terbakar b) Mudah menghakis c) Mudah meruap d) Mudah meletup Dalam kajian yang telah dilakukannya, terdapat beberapa jenis sisa binaan yang telah dikenalpasti berbahaya. Sisa binaan ini dikenalpasti sebagai sisa berbahaya bergantung kepada kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam sisa binaan. Jadual 2.3 menunjukkan jenis-jenis bahan kimia yang terkandung dalam bahan binaan.
  • 39. 18 Jadual 2.3: Jenis-jenis bahan kimia yang terkandung dalam bahan binaan (Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2004) Bahan Kimia Berbahaya Komponen Sisa Bahan Asid Besi dan kuprum Arsenik Kaca dan seramik Asbestos Siling, polimer dan plastik Fenol Kaca, besi dan keluli Florida Kaca, simen, batu bata, kapur dan aluminium Kadmium Cat dan plastik Kromium Plat logam dan getah Kuprum Plat logam Merkuri Cat dan plastik Nikel Besi, keluli dan plat logam Plumbum Cat Sianida Logam Selenium Getah dan kaca Sulfida Getah Zink Plat logam, besi bergalvani, getah, besi dan keluli 2.8 Kategori Masalah Sisa Binaan Pembangunan ekonomi akan menyebabkan pertambahan aktiviti pembinaan seterusnya meningkatkan jumlah penjanaan sisa binaan di negara ini. Peningkatan ini akan menyebabkan masalah yang serius di peringkat tempatan dan negara. Masalah sisa ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu masalah pada peringkat aktiviti pembinaan dan masalah kepada negara. Pada peringkat pembinaan, masalah akan dihadapi oleh kontraktor dengan memberi kesan terhadap keuntungan kontraktor. Masalah yang timbul kepada negara adalah berkisar tentang
  • 40. 19 isu alam sekitar seperti pengurusan sisa dan pelupusan sisa di tapak pelupusan (Ekanayake dan Ofori, 2000). 2.9 Pengurusan Sisa Pembinaan Pengurusan sisa binaan boleh ditakrifkan sebagai satu cara pengurusan sisa yang merangkumi dari setiap aspek bermula dari penjanaan sehingga ke peringkat pelupusan. Pengurusan sisa binaan yang sempurna dapat mengurangkan gangguan terhadap manusia, haiwan dan alam sekitar di kawasan berkenaan. Peringkat dalam pegurusan sisa adalah : a) Peringkat penjanaan sisa b) Peringkat penyimpanan c) Peringkat pemungutan d) Peringkat pemindahan dan pengangkutan e) Peringkat pemprosesan f) Peringkat pelupusan (Janaka et al., 2002) 2.9.1 Peringkat Penjanaan Sisa Penjanaan sisa binaan meliputi aktiviti bahan buangan yang dikenalpasti sebagai tidak lagi bernilai dan tidak diperlukan lagi dalam pembinaan tersebut. Perancangan yang teliti semasa pengendalian bahan binaan dapat mengurangkan penjanaan sisa dan mengelakkan pembaziran. Jenis sisa yang terjana berbeza mengikut aktiviti pembinaan tersebut dijalankan.
  • 41. 20 2.9.2 Peringkat Penyimpanan Sisa binaan yang terhasil dari aktiviti pembinaan ini perlu dikumpulkan di satu kawasan yang sesuai contohnya berhampiran dengan kawasan penjanaan sisa tersebut. Penyimpanan sisa ini dilakukan kerana penjanaan sisa ini akan berterusan sepanjang tempoh pembinaan. proses penyimpanan dilakukan sementara menunggu proses pemungutan dan pelupusan. 2.9.3 Peringkat Pemungutan Pemungutan merupakan aktiviti mengumpul dan memungut sisa untuk dilupuskan di tapak pelupusan sisa. Aktiviti ini dilakukan menggunakan kenderaan yang besar seperti lori pengangkut supaya dapat memuatkan kuantiti sisa pejal yang banyak. Kos pemungutan untuk sisa pejal adalah amat tinggi iaitu antara 60-80 % dari keseluruhan kos pengurusan sisa (Roslan, 2005). Ini adalah kerana proses pemungutan sisa pejal memerlukan alat kelengkapan yang khusus dan juga memerlukan pekerja yang ramai untuk penyelenggaraan. Rajah 2.2 menunjukkan lori pemungut sisa.
  • 42. 21 Rajah 2.2 : Lori Pemungut Sisa 2.9.4 Peringkat Pemindahan dan Pengangkutan Sisa binaan yang telah dikumpul akan diangkut oleh pihak yang terlibat untuk dihantar ke tapak pemprosesan dan pemulihan sebelum dilupuskan. Lori terbuka digunakan sebagai pengangkutan sisa untuk proses pemindahan ini. Semasa proses pemindahan dijalankan, beberapa faktor perlu diambil kira. Antaranya adalah pemilihan laluan kenderaan. Beberapa perkara penting dalam penentuan laluan kenderaan ke tapak pelupusan adalah :- a) Laluan hendaklah lebar dan mempunyai laluan dua hala, tidak terlalu lurus dan laluan tidak sesak untuk memudahkan kenderaan pengangkut melaluinya. b) Titik mula pemungutan sisa mestilah paling hampir dengan tempat penyimpanan kenderaan pengangkut. c) Kenderaan pengangkut harus menghindari daripada melalui jalan yang terlalu sesak dan mempunyai banyak laluan. d) Elakkan daripada melalui jalan sehala.
  • 43. 22 e) Sebelum pemungutan dilakukan, pemilihan laluan perlu dirancang terlebih dahulu supaya kenderaan pengangkut boleh menyusur dengan mudah serta menjimatkan masa (Resource Venture, 2005). 2.9.5 Peringkat Pemprosesan dan Pemulihan Pemindahan sisa ke tapak pemprosesan dan pemulihan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sisa binaan. Ditapak pemprosesan, sisa akan diasingkan berdasarkan kepada ciri-ciri fizikal dan komposisi kimia. Sisa binaan yang masih boleh digunapakai seperti besi, aluminium, keluli dan kaca akan diambil untuk dikitar semula. Sisa binaan seperti konkrit, batu bata dan turapan simen yang mempunyai bentuk fizikal yang besar dan padu akan diekstrak menjadi ketulan batu yang lebih kecil dan kemudian dilupuskan di tapak pelupusan. 2.9.6 Peringkat Pelupusan Pelupusan merupakan proses akhir dalam pengurusan sisa. Dalam proses ini, sisa akan dilupuskan menerusi kaedah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kaedah pelupusan biasa yang digunakan di Malaysia adalah kaedah kambus tanah (Sanitary Landfill) dan kaedah penunuan. Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk melupuskan sisa binaan.
  • 44. 23 Terdapat empat peringkat dalam perlaksanaan kaedah pelupusa sisa jenis kambus tanah iaitu :- a) Penyediaan tapak sisa. b) Pemunggahan dan pemadatan sisa sehingga menjadi satu lapisan yang nipis. c) Sisa yang dipadatkan kemudian ditutup dengan lapisan tanah. d) Lapisan tanah akan dipadatkan. Bagi melaksanakan kaedah penimbusan ini beberapa aspek perlu diambil kira semasa penyediaan dan operasi tapak ini kelak iaitu:- a) Tumbuh-tumbuhan di sekeliling kawasan tapak pelupusan hendaklah dikekalkan sebagai zon penampan kepada pembangunan di sekitarnya termasuklah penempatan penduduk sedia ada. b) Pembukaan dan operasi tapak pelupusan hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengelukkan pendedahan tanah kepada hakisan. Langkah-langkah kawalan mencegah hakisan dan ‘drainage alteration’ hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pelupusan dijalankan. Jalan masuk sedia ada ke tapak pelupusan pula perlulah sentiasa dibaiki bagi memudahkan lori-lori pengangkut sampah menggunakan jalan tersebut. c) Pelan pengurusan tapak pelupusan perlulah disediakan oleh penggerak projek antaranya termasuklah program-program pengawasan serangga perosak ‘scavenger’, aktiviti pelupusan dan penimbusan tanah dan menyediakan pegawai bertugas harian. Langkah-langkah kawalan seperti mendirikan pagar keselamatan dan pondok pengawal keselamatan perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • 45. 24 2.10 Tapak Pelupusan Sisa Terdapat 3 kaedah penimbusan yang disyorkan untuk sisa buangan pepejal iaitu :- a) Kaedah ‘Open Dumping’ Kaedah ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat seluruh Malaysia. Kaedah ini tidak teratur dan terdedah kepada bau busuk dan pembiakan serangga dan binatang kecil. b) Kaedah ‘Sandwich’ Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar. Setiap antara lapisan ini ditimbus atau ditutup dengan tanah. Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu lebar (luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan sebagainya. c) Kaedah ‘Cell’ Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan lapisan tanah pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20 cm. Pada lapisan penutup perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan akhir penutup pada ketebalan 60cm.
  • 46. 25 2.11 Pengurangan Dalam Penjanaan Sisa Pengurusan sisa binaan telah menjadi masalah global dan menjadi tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau kerajaan untuk menanganinya. Ia juga menjadi masalah kepada pemaju dan pemilik premis yang terlibat dalam pengurusan sisa binaan ini. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan ‘konsep 3R’ iaitu pengurangan (reduce), penggunaan semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Bagi sisa yang tidak boleh dikitar semula, langkah seterusnya yang dibuat ialah dengan cara pelupusan sisa di kawasan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Rajah menunjukkan teknik pemeringkatan dalam meminimumkan sisa.
  • 47. 26 Mengurangkan Sumber Buangan Proses Semula Guna Semula Kitar Semula Penggunaan Teknologi Bersih Rawatan dan Pengolahan Pelupusan Selamat Menukar Hasil KeluaranKawalan di Sumber Janaan Teknik Meminimumkan Sisa Rajah 2.3: Teknik Pemeringkatan Dalam Meminimumkan Sisa (JAS, 2004)
  • 48. 27 2.11.1 Pengurangan Pengurangan sisa merupakan langkah penting untuk memastikan jumlah sisa yang dihasilkan dapat dikawal dan dikurangkan. Beberapa amalan pengurusan dalaman secara terancang dapat dipraktikkan dalam proses pengurangan sisa iaitu :- a) Merancang dan mengawal pembelian bahan binaan terlebih dahulu. b) Mengurangkan pembaziran semasa melakukan kerja-kerja binaan. c) Melatih kakitangan atau pekerja dalam menguruskan bahan binaan di tapak pembinaanan dengan baik. 2.11.2 Penggunaan Semula Kos untuk pembelian bahan-bahan binaan bagi sesuatu projek adalah amat tinggi. Oleh itu, penggunaan semula bahan binaan dapat mengurangkan kos serta tidak membazir. Antara bahan binaan yang boleh digunakan semula adalah seperti acuan konkrit yang diperbuat daripada kayu. Acuan tersebut boleh digunakan semula untuk projek-projek berkaitan yang lain. 2.11.3 Kitar Semula Sesuatu bahan perlu dilupuskan sekiranya tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi. Bahan tersebut perlu dilupuskan dengan diasingkan mengikut jenis untuk dikitar semula (Theng, 1998). Bahan binaan yang boleh dikitar semula adalah
  • 49. 28 seperti kaca, aluminium dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh dijual kepada industri pembuatan untuk dikitar semula. 2.12 Pembakaran Terbuka Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai membakar bahan yang mudah terbakar secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan pencemaran udara. Pembakaran hanya dibenarkan apabila bacaan indeks kualiti udara tidak melebihi 100 (JAS, 2004). Sebelum melakukan pembakaran, Jabatan Alam Sekitar perlu dihubungi untuk mendapatkan bacaan ini. Antara pembakaran terbuka yang biasa berlaku ialah pembakaran hutan, pembakaran jerami padi dan pembakaran ditapak pembinaan. 2.12.1 Punca-Punca Punca utama terhadap pembakaran terbuka ialah dioxin dan furan. Dioxin banyak dikesan di udara, tanah, lapisan sedimen dan makanan. Ia dipindahkan melalui udara dan terkumpul di permukaan tanah, jalan-jalan, bangunan dan sebagainya. Ia juga berpunca daripada sesuatu pembakaran dan banyak dikeluarkan daripada sumber-sumber seperti berikut :- a) Tempat pembakaran sampah (Incinerator) b) Pembakaran sampah di perkarangan rumah c) Penggunaan kayu untuk tujuan memasak d) Kebakaran hutan e) Tempat pembakaran peralatan hospital
  • 50. 29 f) Peleburan tembaga g) Tempat pengeringan simen h) Pemutihan kayu untuk pembuatan kertas Manusia biasanya akan terkena dioxin daripada makanan yang dimakan khususnya lemak binatang yang digunakan dalam proses pembuatan minyak sapi, susu dan sebagainya (Masters, 1998). 2.12.2 Kesan-Kesan Akibat Pembakaran Terbuka Asap daripada bahan bakar mengandungi dioksin dan furan dimana dioksin merupakan bahan kimia yang beracun. Dioksin boleh mengakibatkan seseorang itu memperoleh penyakit kulit yang serius contohnya ; Chloracne. Selain itu dioksin juga boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asma dan paru-paru. Pembakaran terbuka akan menyebabkan terhasilnya jerebu. Selain mendatangkan penyakit, jerebu akan menyukarkan pengguna jalan raya kerana tidak dapat melihat dengan jelas. Ekoran dari itu akan menyebabkan bertambahnya kadar kemalangan jalan raya. Jerebu juga membantutkan aktiviti yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor pelancongan. Manusia akan mendapat penyakit berbahaya yang berkaitan dengan pernafasan dan penyakit kulit yang serius. Aktiviti seharian juga akan terbantut akibat penyakit yang dialami. Racun udara dioksin memperlihatkan impak terhadap haiwan iaitu terdapat gangguan fungsi daya tahan tubuh, kanker, perubahan hormon, dan pertumbuhan haiwan secara abnormal.
  • 51. 30 2.12.3 Cara untuk Mengelakkan daripada Berlaku Pembakaran Terbuka Pendidikan boleh dilakukan secara informal dirumah (menerusi ibu bapa) dan secara formal di sekolah. Pendidik berperanan penting untuk menyedarkan pelajar mengenai kepentingan memelihara alam sekitar. Sistem perundangan di Malaysia ialah dengan berpandukan kepada status pematuhan terhadap peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 di mana semua syarat dan perkara yang patut dipatuhi mengenai alam sekitar terkandung di dalamnya (JAS, 2004). Masih banyak individu atau industri yang melanggar undang-undang kerana tidak sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu, undang-undang digubal untuk menyedarkan mereka supaya lebih berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Masalah boleh diselesaikan dengan lebih cepat tetapi memerlukan kos yang tinggi contohnya incinerator iaitu sejenis jentera pembakar. Walaubagaimanapun jentera pembakar ini tetap mempunyai keburukan iaitu akan menghasilkan gas asid, organik dan logam berat apabila digunakan. 2.12.4 Aktiviti Yang Dikecualikan daripada Larangan Pembakaran Terbuka. Terdapat beberapa aktiviti pembakaran yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Aktiviti-aktiviti tersebut adalah : a) Pembakaran di kawasan pertanian untuk kawalan serangga dan penyakit b) Pembakaran bangkai haiwan atau ternakan berpenyakit c) Pembakaran bahan pepejal atau cecair atau struktur tujuan penyelidikan sebab dan cara pengawalan pembakaran, latihan kepada orang awam, latihan
  • 52. 31 memadam api kepada sukarelawan dan anggota pemadam api kawasan industri di bawah pengawasan dan arahan pengajar yang berkelayakan d) Pembakaran untuk menjalankan pertanian pindah e) Pembakaran jerami dan sekam padi untuk tujuan tanaman semula f) Pembakaran daun tebu untuk tujuan menuai g) Pembakaran bahan tertentu untuk aktiviti keagamaan h) Pembakaran semasa aktiviti perkhemahan i) Pembakaran untuk tujuan memasak di luar rumah atau tempat api dalam rumah j) Pembakaran pokok dan tumbuhan untuk menerangkan kawasan dan menanam semula oleh petani kecil di kawasan luar bandar/pendalaman k) Pembakaran daun, ranting dan cantasan pokok di kampung-kampung dan kawasan luar Bandar l) Pembakaran perindustrian yang terkawal untuk menghasilkan gas mudah terbakar (Sumber : Jabatan Alam Sekitar, 2004)
  • 53. BAB III METODOLOGI 3.1 Pendahuluan Metodologi kajian adalah merangkumi kaedah, cara dan pendekatan yang digunakan bagi menjalankan kajian ini untuk mencapai matlamat dan objektif kajian. Perancangan metodologi perlu dilakukan secara sistematik dan teratur. Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data untuk kajian ini adalah dengan menyediakan borang soal selidik disamping membuat temubual di tapak pembinaan. Temubual dilakukan bertujuan mendapatkan gambaran di tapak pembinaan tentang penjanaan sisa di tapak pembinaan tersebut.
  • 54. 33 3.2 Objektif Metodologi Antara objektif utama kajian ini dibuat adalah :- a) Menyediakan satu panduan untuk melaksanakan kajian ini. b) Mengenalpasti kaedah yang terbaik untuk dan sesuai yang akan digunakan dalam kajian ini. 3.3 Kajian Kes Kajian sebenar akan dilakukan di beberapa tapak pembinaan berdasarkan perbezaan peringkat pembinaan dan jenis pembinaan yang sedang dijalankan. Pembinaan yang dijalankan di sekitar daerah Johor Bahru dikenalpasti sebagai lokasi kajian. Data akan dikumpul diperoleh dari sekurang – kurangnya dua puluh tapak pembinaan di sekitar daerah Johor Bahru. Lawatan ke tapak pembinaan akan dijalankan dalam kajian ini. Kajian dilakukan secara soal selidik, pemerhatian dan temubual bagi mendapatkan data. Kepelbagaian data perlu diperoleh dari setiap tapak pembinaan untuk dianalisis bertujuan mencapai objektif dan tujuan kajian. Kekerapan penjanaan sisa yang terjana di lokasi kajian dan kaedah pelupusan yang digunakan oleh kontraktor dikenalpasti.
  • 55. 34 3.4 Skop Kajian Skop kajian ini adalah berkisarkan tentang sisa yang dijanakan di kawasan pembinaan. Kajian ini turut merangkumi: a) Pengurusan sisa b) Pendapat kontraktor binaan mengenai impak penjanaan sisa terhadap alam sekitar. 3.4.1 Pengurusan Sisa Pembinaan mempunyai beberapa peringkat dan sisa yang akan dijanakan berlainan mengikut peringkat pembinaan yang sedang dijalankan. Kuantiti dan jenis sisa yang dijanakan pada setiap peringkat ini turut berbeza. Cara pengurusan dan pelupusan sisa yang digunakan oleh pihak kontraktor perlu dikenalpasti melalui kajian ini. Pengurusan sisa merangkumi kaedah yang diambil dalam meminimakan penjanaan sisa pepejal di tapak pembinaan. Masalah yang dihadapi dalam pengurusan sisa turut dikenalpasti dalam kajian ini. 3.4.2 Impak Terhadap Alam Sekitar Penjanaan sisa pembinaan yang mempunyai berbagai jenis sisa memberikan impak yang negatif kepada alam sekitar walaupun jangka hayat sesuatu projek pembinaan tidak lama. Kajian ini dilakukan untuk mencari penyelesaian dalam meminimakan kesannya kapada alam sekitar dan penduduk di sekitarnya.
  • 56. 35 3.5 Perancangan Kajian Perancangan kajian ini meliputi kaedah yang akan digunakan bagi mencapai objektif kajian ini. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir bagi kajian ini. Perancangan ini merangkumi proses kerja berikut : a) Kajian literatur b) Penyediaan borang soal selidik c) Temubual d) Analisis data
  • 57. 36 Penentuan Matlamat dan Objektif Kajian Penyataan Masalah Kajian Literatur • Mengenalpasti lokasi kajian • Mengenalpasti masalah dan bidang kajian Penyediaan Borang Soal Selidik Borang Soal Selidik Temubual Analisis Data dan kesimpulan Rumusan dan Cadangan Rajah 3.1 : Carta alir kajian
  • 58. 37 3.5.1 Kajian Literatur Kajian ini dilakukan bertujuan mengumpul segala data yang diperlukan dalam melaksanakan kajian. Pada peringkat ini, kaedah yang digunakan adalah dengan melakukan pembacaan, perbincanagan dan pemerhatian bagi mendapatkan gambaran awal berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Ini dapat membantu dalam mengenalpasti skop yang akan dijalankan dan data-data yang perlu dikumpulkan di lokasi kajian. Kajian ini dilakukan sepanjang tempoh penyediaan laporan kajian ini. Pemilihan lokasi kajian dapat ditentukan secara perbincangan. Pemilihan ini berdasarkan peringkat dan jenis pembinaan yang menjanakan pelbagai sisa pembinaan. Pengumpulan maklumat dibuat melalui media elektronik dan media cetak. 3.5.2 Penyediaan Borang Soal Selidik Boring soal selidik yang telah siap dirangka akan diagihkan kepada kontraktor yang terpilih bagi mendapat maklum balas daripada pihak kontraktor. Borang ini akan diagihkan secara membuat lawatan ke tapak pembinaan dan melalui pos. Borang soal selidik yang dibuat mempunyai empat bahagian utama iaitu: a) Bahagian A: latar belakang syarikat secara ringkas. b) Bahagian B: maklumat tentang kerja pembinaan yang sedang dijalankan. c) Bahagian C: pengurusan sisa yang dijalankan oleh pihak tersebut. d) Bahagian D: jenis penjanaan sisa dan cara pelupusannya Contoh borang soal selidik ditunjukkan di bahagian lampiran A.
  • 59. 38 3.5.3 Temubual Semasa lawatan dilakukan di tapak pembinaan, temubual akan dilakukan terhadap pihak tersebut. Temubual ini bertujuan mendapatkan maklumat tentang jenis sisa yang dijanakan di lokasi tersebut disamping cara pelupusannya. Maklumat temubual ini diisi dalam borang soal selidik bahagian D. 3.5.4 Analisis Data Data yang diperoleh daripada soal selidik dan temubual akan memberi maklumat berkenaan : a) Latar belakang pihak yang menjalankan aktiviti pembinan tersebut. b) Kerja dan peringkat pembinaan yang sedang dijalankan. c) Cara pengurusan sisa oleh pihak tersebut. d) Masalah yang dihadapi dalam pengurusan sisa pembinaan. e) Jumlah dan jenis sisa yang dijanakan. Kesemua maklumat ini dapat dianalisis dengan penggunaan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Perisian ini dapat membantu dalam menukar data ke dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan dianalisa.
  • 60. BAB IV ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pendahuluan Bab ini merangkumi cara analisis dan perbincangan berdasarkan data yang telah diperoleh dari borang soal selidik dan temuramah dengan pihak kontraktor. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Data yang dianalisis digambarkan dengan penghasilan graf dan jadual bagi memudahkan kefahaman bagi kajian ini. Data yang diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik secara pos dan lawatan ke tapak pembinaan di dalam daerah Johor Bahru digunakan dalam kajian ini.
  • 61. 40 4.1.1 Melalui Pos Borang soal selidik telah diedarkan kepada dua puluh syarikat kontraktor di daerah Johor Bahru dalam tempoh 2 minggu. Borang soal selidik telah diedarkan bermula 23 Februari sehingga 10 Mac 2007. Maklum balas yang diperoleh melalui cara ini tidak memuaskan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak kontraktor. Daripada dua puluh syarikat, hanya dua syarikat yang memberi maklum balas terhadap borang soal selidik tersebut. 4.1.2 Lawatan ke Tapak Pembinaan Disebabkan data yang diperoleh melalui pos tidak mendapat kerjasama yang memberangsangkan, kaedah lawatan ke tapak pembinaan dilakukan untuk mengedarkan borang soal selidik bagi diisi oleh pihak kontraktor. Melalui kaedah ini, data yang diperolehi berjumlah empat belas responden. Pengedaran borang soal selidik melalui kaedah ini lebih berkesan berbanding dengan pengedaran melalui pos. Daripada dua kaedah yang telah dilakukan, sejumlah enam belas responden dapat dikumpulkan bagi tujuan analisis. Responden yang terlibat di dalam analisis ini terdiri daripada kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan yang berbeza bagi memenuhi objektif kajian. Jadual 4.1 menunjukkan maklumat tentang projek pembinaan hasil dari maklum balas borang soal selidik.
  • 62. 41 Jadual 4.1 : Maklum balas soal selidik daripada pihak kontraktor Responden Projek yang dijalankan Saiz Projek Lokasi Tempoh Projek (Bulan) 1 Pusat Perniagaan 4 ekar Tmn Pulai Utama 18 2 Menaiktaraf Jalan 3.5 km Jalan JB- P.Gudang 30 3 Menaiktaraf Jalan 1.6 km Kaw. Industri Senai 4 4 Perumahan 13 ekar Jln Dato Jaafar, Larkin 24 5 Perumahan 5 ekar Jln TAR, Johor Bahru 18 6 Kilang 2 ekar Tmn Teknologi Johor 18 7 Pusat Perniagaan 0.4 ekar Jalan Senai - Kulai 8 8 Menaiktaraf Jalan - Skudai 24 9 Kilang 0.5 ekar Kaw. Industri Senai 12 10 Kilang 1 ekar Tmn Teknologi Johor 12 11 Jalan raya 1.8 km Tmn Teknologi Johor 6 12 Kilang 2 ekar Tmn Teknologi Johor 12 13 Perumahan 15 ekar Tampoi, Johor Bahru 30 14 Perumahan 17 ekar Kempas 30 15 Pusat Perniagaan - Tmn Pulai Flora - 16 Perumahan 10.5 ekar Kg. Bakar Batu 24
  • 63. 42 4.2 Jenis Projek Aktiviti pembinaan mempunyai pelbagai jenis. Data yang diperoleh telah dilakukan pengelasan mengikut aktiviti pembinaan yang sedang dijalankan. Rajah 4.1 menunjukkan peratus pengkelasan aktiviti pembinaan yang dianalisis daripada data yang diperoleh. Sebanyak 5 jenis aktiviti pembinaan telah dikenalpasti iaitu pembinaan perumahan, pusat perniagaan, kilang, infra struktur dan jalan raya. Aktiviti perumahan merupakan aktiviti yang paling banyak dijalankan dan mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 31%. Peratusan ini menunjukkan daerah Johor Bahru sedang membangun dari segi penempatan baru bagi penduduk di sekitarnya. Peratusan pembinaan kilang menjadi kedua tertinggi selepas pembinaan perumahan. Pembinaan kilang akan menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk pada masa akan datang. Pengelasan ini dilakukan bertujuan mengenalpasti kekerapan sisa yang dijanakan bagi setiap jenis projek yang dijalankan. Rajah 4.1 : Peratusan bagi pengkelasan jenis projek yang dijalankan dalam daerah Johor Bahru. Perumahan 31% Pusat Perniagaan 19% Infrastruktur 19% Kilang 25% Jalan raya 6%
  • 64. 43 4.3 Perobohan Struktur Asal Aktiviti perobohan struktur asal akan menyumbangkan kepada penjanaan sisa yang maksimum jika tidak diuruskan dengan sempurna oleh pihak kontraktor yang menjalankan projek tersebut. Daripada kajian yang dilakukan, kebanyakan pembinaan dilakukan di kawasan yang belum dimajukan. Hal ini digambarkan melalui peratusan yang terdapat dalam Rajah 4.2. Sejumlah 94% kawasan pembinaan tersebut tidak mempunyai struktur asal yang perlu dirobohkan. Enam peratus daripada projek pembinaan yang dijalankan mempunyai kerja-kerja perobohan struktur tetapi bukannya struktur yang bersaiz besar. Rajah 4.2 : Peratusan projek pembinaan yang mempunyai aktiviti perobohan struktur dalam daerah Johor Bahru. Ada 6% Tiada 94%
  • 65. 44 4.4 Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Binaan Pelan tindakan merupakan garis panduan yang telah dibuat oleh pihak kontraktor dalam menguruskan sisa pembinaan bagi projek tersebut. Garis panduan ini dapat mengelakkan pembaziran bahan binaan semasa kerja-kerja pembinaan. Selain itu, pengendalian bahan binaan yang sempurna dapat mengelakkan bahan binaan rosak seterusnya mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Penjanaan sisa dapat dikurangkan melalui garis panduan ini. Daripada kajian yang dijalankan, sejumlah 56% daripada responden mempunyai pelan tindakan syarikat dalam mengurangkan penjanaan sisa di tapak pembinaan. Empat puluh empat peratus daripada responden tidak mempunyai pelan tindakan semasa melakukan pembinaannya. Peratusan ini digambarkan di dalam Rajah 4.3. Rajah 4.3 : Peratusan kontraktor yang mempunyai pelan tindakan dalam pengurusan sisa binaan semasa projek dijalankan dalam daerah Johor Bahru. Daripada tinjauan yang telah dilakukan, didapati bahawa kesemua pihak kontraktor yang terlibat menitik beratkan pengurusan sisa binaan tetapi daripada peratusan yang digambarkan dalam Rajah 4.3, 44% daripada pihak kontraktor yang Tiada 44% Ada 56%
  • 66. 45 terlibat dalam kajian ini tidak mempunyai pelan tindakan dalam menguruskan sisa binaan mereka. Analisis hubungkait di antara dua pembolehubah ini dilakukan dan hasil analisis digambarkan dalam Jadual 4.2. Pembolehubah Korelasi Pearson (r) P Menitik berat -0.163 0.547 *Pembolehubah bersandar (dependent variable) : Pelan Tindakan Jadual 4.2: Paparan hasil dari SPSS tentang hubungkait di antara pelan tindakan dengan menitik berat dalam pengurusan sisa binaan. Daripada Jadual 4.2, didapati bahawa tiada hubungkait di antara dua pembolehubah tersebut. Ini menunjukkan pelan tindakan dianggap tidak penting dalam menguruskan sisa binaan. Pelan tindakan hanya bertujuan memberi panduan dan memudahkan pihak kontraktor dalam menguruskan sisa binaan. 4.5 Peruntukan Bagi Pengurusan Sisa Binaan Dalam pengurusan sisa, sejumlah peruntukan kos diperlukan dalam kerja- kerja pelupusan sisa tersebut. Kos tersebut merangkumi kerja-kerja pengangkutan dan penghantaran sisa ke tapak pelupusan sampah. Daripada hasil temuramah dari kontraktor, kos ini berbeza mengikut cara pengurusan sisa binaan yang diamal oleh syarikat masing-masing. Terdapat kontraktor yang melantik satu subkontraktor lain untuk menguruskan sisa binaan di tapak pembinaan tersebut. Perlantikan ini akan mengakibatkan kos yang diperuntukan untuk pengurusan sisa meningkat. Kos ini dikelaskan kepada 3 peratusan dari kos projek yang dijalankan iaitu: a) 0% hingga 2% daripada kos projek b) 3% hingga 5% daripada kos projek
  • 67. 46 c) Lebih dari 5% daripada kos projek Peratusan peruntukan kos bagi pengurusan sisa binaan digambarkan dalam Rajah 4.4. Sebanyak 69% daripada responden memperuntukkan 0% hingga 2% daripada kos projek bagi tujuan menguruskan sisa binaan mereka. Ini menunjukkan kebanyakan kontraktor di daerah Johor Bahru menguruskan sendiri sisa binaan di tapak pembinaan bagi mengaut keuntungan yang maksimum dari projek tersebut. Rajah 4.4 : Peratusan peruntukan kos dalam menguruskan sisa binaan oleh pihak kontraktor yang menjalankan projek pembinaan di dalam daerah Johor Bahru. 4.6 Tindakan Merekodkan Butiran Sisa Binaan Tindakan merekodkan butiran sisa adalah bertujuan sebagai pemantauan bagi memastikan sisa yang terjana di kawasan pembinaan diuruskan dan dilupuskan dengan sempurna. Tindakan ini memerlukan pemerhatian yang khusus di tapak 12% 69% 19% 0%-2% daripada kos projek 3%-5% daripada kos projek Lebih 5% daripada kos projek
  • 68. 47 pembinaan. Di dalam daerah Johor Bahru, hanya terdapat 19% daripada kontraktor merekodkan sisa binaan semasa menjalankan projek tersebut. Manakala 81% daripada kontraktor di daerah ini tidak merekodkan butiran sisa binaan. Ini menunjukkan kebanyakkan kontraktor beranggapan tindakan merekodkan sisa binaan tidak perlu dibuat dan tidak melakukan pemantauan yang serius terhadap pengurusan sisa binaan dalam projek yang dijalankan. Peratusan tindakan merekodkan sisa binaan oleh kontraktor dalam daerah Johor Bahru digambarkan dalam Rajah 4.5. Rajah 4.5 : Peratusan tindakan merekodkan butiran sisa binaan oleh pihak kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan dalam daerah Johor Bahru. 4.7 Langkah Meminimunkan Penjanaan Sisa Binaan Sisa binaan yang terhasil dan tidak diuruskan dengan sempurna akan memberi impak terhadap alam sekitar. Daripada kajian yang dilakukan, 56% dari kontraktor di daerah Johor Bahru menyatakan sisa binaan yang terjana di kawasan Merekodkan; 19% Tidak Merekodkan; 81%
  • 69. 48 pembinaan mereka akan mendatangkan impak terhadap kawasan di sekitarnya. Di antara impak yang akan terjadi adalah pertambahan jumlah sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Manakala 44% daripada kontraktor berpendapat bahawa sisa binaan yang terhasil di kawasan mereka tidak mendatangkan impak kepada alam sekeliling. Peratusan ini ditunjukkan di dalam Rajah 4.6. Impak yang terhasil dari sisa binaan dapat dikurangkan sekiranya penjanaan sisa binaan dapat diminimumkan oleh pihak kontraktor. Melalui kajian yang telah dilakukan, di antara langkah telah diambil oleh kontraktor dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar adalah dengan mengumpul sisa yang terhasil dan kemudiannya sisa ini diasingkan mengikut jenis sisa tersebut. Pengasingan ini bertujuan mengenalpasti sisa yang mungkin boleh diguna semula sebelum melupuskan sisa tersebut. Selain itu, langkah yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dengan memastikan pengendalian bahan binaan dilakukan dengan sempurna bagi mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap bahan binaan tersebut. Langkah ini dapat mengurangkan penjanaan sisa seterusnya mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Rajah 4.6 : Peratusan pandangan kontraktor terhadap impak yang terhasil daripada penjanaan sisa binaan di kawasan pembinaan masing-masing. Ya 56% Tidak 44%
  • 70. 49 4.8 Kekerapan Penjanaan Sisa Binaan Keseluruhan Projek Di dalam kajian ini, sebanyak empat belas jenis sisa telah dikenal pasti. Jenis sisa binaan ini dikenal pasti berdasarkan kepada bahan binaan yang banyak digunakan di dalam aktiviti pembinaan. Sisa binaan yang telah dikenalpasti adalah batu-bata, konkrit, besi, batu-baur, seramik, kaca, kayu, aluminium, kertas, zink, tong cat, mortar, tanah dan turapan jalan. Kekerapan penjanaan bagi setiap sisa yang telah dikenal pasti tersebut ditentukan melalui skala likert iaitu berdasarkan kepada nilai indeks relatif. Nilai indeks relatif (RI) diperoleh melalui pengiraan berdasarkan rumus seterusnya nilai indeks relatif bagi setiap jenis sisa dibandingkan dengan skala indeks relatif bagi kekerapan penjanaan sisa tersebut. Rumus dan skala yang digunakan dinyatakan di bawah manakala hasil analisis yang merangkumi keseluruhan projek ditunjukkan dalam Jadual 4.3 dan Rajah 4.7: a) Rumus indeks relatif (RI) : RI = n1, n2, n3... = Bilangan responden bagi setiap tahap dalam skala likert ∑n = n1 + n2 + n3 + n4 + n5 b) Skala indeks relatif Amat Tidak Amat tidak kerap kerap Biasa Kerap kerap 0 0.2 0.4 0.6 0.8 1 n1 + 2n2 + 3n3 + 4n4 + 5n5 5 ∑n
  • 71. 50 Jadual 4.3: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana di daerah Johor Bahru. Bil Jenis Sisa Bilangan Responden Mengikut Skala Likert Nilai Indeks Tahap Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan 1 Batu - bata 4 1 5 3 1 0.54 biasa 2 Konkrit 3 3 6 2 1 0.53 biasa 3 Besi 3 2 7 1 2 0.56 biasa 4 Batu - baur 4 2 9 1 0 0.49 biasa 5 Seramik 6 5 2 0 0 0.34 tidak kerap 6 Kaca 6 2 4 1 0 0.40 tidak kerap 7 Kayu 4 1 5 3 2 0.57 biasa 8 Aluminium 6 0 5 2 0 0.45 biasa 9 Kertas 10 4 1 0 0 0.28 tidak kerap 10 Zink 5 4 3 1 0 0.40 tidak kerap 11 Tong cat 2 3 5 3 1 0.57 biasa 12 Mortar 5 3 7 0 0 0.43 biasa 13 Tanah 3 4 6 2 1 0.53 biasa 14 Turapan jalan (premix) 7 1 4 3 0 0.44 biasa
  • 72. 51 Rajah 4.7: Jenis dan kekerapan penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru JENIS DAN KEKERAPAN PENJANAAN SISA BINAAN BAGI KESELURUHAN PROJEK 0.54 0.53 0.56 0.49 0.34 0.40 0.57 0.45 0.28 0.40 0.57 0.43 0.53 0.44 0.00 0.50 1.00 batu -bata konkrit besi batu -baur seram ik kaca kayu alum inium kertas zink tong cat m ortar tanah prem ix Jenis Sisa Binaan NilaiIndeksRelatif(RI)
  • 73. 52 Daripada Jadual 4.3, didapati kebanyakan sisa binaan yang dijanakan dari keseluruhan jenis projek pembinaan adalah pada kekerapan biasa. Hanya terdapat empat jenis sisa iaitu seramik, kaca, kertas dan zink berada pada tahap tidak kerap iaitu di antara julat indeks relatif 0.2 sehingga 0.4. Kayu dan tong cat merupakan sisa binaan yang mempunyai nilai indeks relatif yang tertinggi iaitu 0.57 tetapi masih berada dalam tahap kekerapan yang biasa. Jadual 4.4 menunjukkan rumusan bagi tahap penjanaan sisa binaan di dalam daerah Johor Bahru. Jadual 4.4: Rumusan tahap kekerapan penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek dalam daerah Johor Bahru Bil Tahap kekerapan Jenis sisa yang dijanakan 1 Biasa Batu-bata, konkrit, besi, batu-baur, kayu, aluminium, tong cat, mortar, tanah dan turapan jalan (premix) 2 Tidak kerap Seramik, kaca, kertas dan zink 4.9 Penjanaan Sisa Mengikut Jenis Projek Analisis ini dibuat bagi mendapatkan tahap kekerapan penjanaan sisa mengikut jenis projek yang dijalankan di dalam daerah Johor Bahru. Kaedah pengiraan indeks relatif turut digunakan di dalam analisis ini. Data yang dianalisis menggunakan perisian SPSS dikira indek relatif bagi setiap jenis sisa binaan yang telah dikenal pasti mengikut jenis projek pembinaan. Jenis projek pembinaan adalah: a) Projek perumahan b) Infra struktur c) Jalan raya d) Kilang e) Pusat perniagaan
  • 74. 53 Jadual 4.5, 4.6, 4.7, 4.8 dan 4.9 menunjukkan nilai indeks relatif dan kekerapan sisa yang dijanakan daripada setiap projek yang dinyatakan di atas. Kekerapan penjanaan sisa bagi projek jalan raya tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana hanya satu responden yang terlibat dalam projek ini. Satu rumusan tentang kekerapan penjanaan sisa mengikut projek dibuat dan dinyatakan dalam Jadual 4.10.
  • 75. 54 Jadual 4.5: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek perumahan di daerah Johor Bahru Bil Jenis Sisa Bilangan Responden Mengikut Skala Likert Nilai Indeks Tahap Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan 1 Batu - bata 1 1 0 2 0 0.55 biasa 2 Konkrit 1 1 2 1 0 0.52 biasa 3 Besi 1 0 4 0 0 0.52 biasa 4 Batu - baur 2 1 2 0 0 0.40 tidak kerap 5 Seramik 2 3 0 0 0 0.32 tidak kerap 6 Kaca 3 1 1 0 0 0.32 tidak kerap 7 Kayu 2 0 2 1 0 0.48 biasa 8 Aluminium 3 1 0 1 0 0.36 tidak kerap 9 Kertas 4 1 0 0 0 0.24 tidak kerap 10 Zink 2 2 1 0 0 0.36 tidak kerap 11 Tong cat 1 1 2 1 0 0.52 biasa 12 Mortar 1 2 2 0 0 0.44 biasa 13 Tanah 1 2 2 0 0 0.44 biasa 14 Turapan jalan (premix) 3 0 0 2 0 0.44 biasa
  • 76. 55 Jadual 4.6: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek infra struktur di daerah Johor Bahru Bil Jenis Sisa Bilangan Responden Mengikut Skala Likert Nilai Indeks Tahap Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan 1 Batu - bata 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap 2 Konkrit 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap 3 Besi 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap 4 Batu - baur 1 0 2 0 0 0.47 biasa 5 Seramik 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 6 Kaca 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 7 Kayu 0 0 1 1 0 0.70 kerap 8 Aluminium 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 9 Kertas 1 1 0 0 0 0.30 tidak kerap 10 Zink 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 11 Tong cat 0 1 0 1 0 0.60 biasa 12 Mortar 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap 13 Tanah 1 0 1 0 1 0.60 biasa 14 Turapan jalan (premix) 1 0 1 0 0 0.40 tidak kerap
  • 77. 56 Jadual 4.7: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek jalan raya di daerah Johor Bahru Bil Jenis Sisa Bilangan Responden Mengikut Skala Likert Nilai Indeks Tahap Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan 1 Batu - bata 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 2 Konkrit 0 1 0 0 0 0.40 tidak kerap 3 Besi 0 1 0 0 0 0.40 tidak kerap 4 Batu - baur 0 0 1 0 0 0.60 biasa 5 Kayu 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 6 Kertas 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 7 Mortar 1 0 0 0 0 0.20 amat tidak kerap 8 Tanah 0 0 1 0 0 0.60 biasa 9 Turapan jalan (premix) 0 1 0 0 0 0.40 tidak kerap
  • 78. 57 Jadual 4.8: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek kilang di daerah Johor Bahru Bil Jenis Sisa Bilangan Responden Mengikut Skala Likert Nilai Indeks Tahap Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan 1 Batu - bata 1 0 3 0 0 0.50 biasa 2 Konkrit 1 1 2 0 0 0.45 biasa 3 Besi 1 1 1 0 1 0.55 biasa 4 Batu - baur 1 1 2 0 0 0.45 biasa 5 Seramik 3 0 1 0 0 0.30 tidak kerap 6 Kaca 2 0 1 1 0 0.45 biasa 7 Kayu 1 1 1 0 1 0.55 biasa 8 Aluminium 2 1 0 1 0 0.40 tidak kerap 9 Kertas 3 1 0 0 0 0.25 tidak kerap 10 Zink 2 0 1 1 0 0.45 biasa 11 Tong cat 1 1 1 1 0 0.50 biasa 12 Mortar 2 1 1 0 0 0.35 tidak kerap 13 Tanah 1 2 1 0 0 0.40 tidak kerap 14 Turapan jalan (premix) 3 0 1 0 0 0.30 tidak kerap
  • 79. 58 Jadual 4.9: Bilangan responden mengikut skala likert terhadap sesuatu jenis sisa yang terjana dari projek pusat perniagaan di daerah Johor Bahru Bil Jenis Sisa Bilangan Responden Mengikut Skala Likert Nilai Indeks Tahap Binaan 1 2 3 4 5 Relatif (IR) kekerapan 1 Batu - bata 0 0 1 1 1 0.80 kerap 2 Konkrit 0 0 1 1 1 0.80 kerap 3 Besi 0 0 1 1 1 0.80 kerap 4 Batu - baur 0 0 2 1 0 0.67 kerap 5 Seramik 0 2 1 0 0 0.47 biasa 6 Kaca 0 1 2 0 0 0.53 biasa 7 Kayu 0 0 1 1 1 0.80 kerap 8 Aluminium 0 3 0 0 0 0.40 tidak kerap 9 Kertas 1 1 1 0 0 0.40 tidak kerap 10 Zink 0 2 1 0 0 0.47 biasa 11 Tong cat 0 0 2 0 1 0.73 kerap 12 Mortar 0 0 0 3 0 0.80 kerap 13 Tanah 0 0 1 2 0 0.73 kerap 14 Turapan jalan (premix) 0 0 2 1 0 0.67 kerap
  • 80. 59 Jadual 4.10: Kekerapan bagi setiap jenis sisa mengikut jenis projek yang terdapat di daerah Johor Bahru Bil Jenis Sisa Tahap Kekerapan Penjanaan Sisa Binaan Mengikut Projek Yang Dijalankan Binaan Perumahan Infra Struktur Jalan Raya Kilang Pusat perniagaan 1 Batu - bata biasa tidak kerap amat tidak kerap biasa kerap 2 Konkrit biasa tidak kerap tidak kerap biasa kerap 3 Besi biasa tidak kerap tidak kerap biasa kerap 4 Batu - baur tidak kerap biasa biasa biasa kerap 5 Seramik tidak kerap amat tidak kerap tiada tidak kerap biasa 6 Kaca tidak kerap amat tidak kerap tiada biasa biasa 7 Kayu biasa kerap amat tidak kerap biasa kerap 8 Aluminium tidak kerap amat tidak kerap tiada tidak kerap tidak kerap 9 Kertas tidak kerap tidak kerap amat tidak kerap tidak kerap tidak kerap 10 Zink tidak kerap amat tidak kerap tiada biasa biasa 11 Tong cat biasa biasa tiada biasa kerap 12 Mortar biasa tidak kerap amat tidak kerap tidak kerap kerap 13 Tanah biasa biasa biasa tidak kerap kerap 14 Turapan jalan (premix) biasa tidak kerap tidak kerap tidak kerap kerap
  • 81. 60 Daripada Jadual 4.9, batu-bata, konkrit, besi, kayu dan mortar mempunyai nilai indeks relatif yang tertinggi bagi projek pembinaan pusat perniagaan. Skala kekerapan penjanaan sisa ini berada di dalam tahap kekerapan yang kerap. Rumusan yang dapat dibuat dari Jadual 4.10 adalah pusat perniagaan kerap menyumbang kepada penjanaan sisa binaan. Sebanyak sembilan jenis sisa binaan yang terjana dari aktiviti ini mempunyai tahap kekerapan yang tinggi iaitu kerap (0.6 – 0.8) berbanding aktiviti pembinaan yang lain. Ini menunjukkan aktiviti pembinaan pusat perniagaan menyumbang kepada tahap kekerapan penjanaan sisa binaan yang tinggi. 4.10 Cara Pelupusan Sisa Binaan Beberapa cara pelupusan sisa binaan telah dikenal pasti dalam pengurusan sisa binaan. Di antara kaedah pelupusan sisa yang digunakan dalam pengurusan sisa adalah kitar semula dan guna semula, dihantar ke tapak pelupusan sampah dan dibakar di tapak pembinaan. Contoh sisa binaan yang boleh diguna semula adalah konkrit dengan menghancurkan sisa ini dan kemudiannya dijadikan lapisan asas (hard core) dalam pembinaan jalan masuk ke tapak pembinaan tersebut. Cara ini akan mengurangkan penggunaan batu-baur di dalam projek tersebut. Cara pelupusan ini mengikut jenis sisa binaan yang terjana dalam projek tersebut. Jadual 4.10 menunjukkan peratusan cara pelupusan yang dipilih oleh responden dalam melupuskan setiap jenis sisa binaan yang terhasil dari projek yang dijalankan.
  • 82. 61 Jadual 4.11: Peratusan cara melupuskan sisa binaan yang diamalkan oleh pihak kontraktor di Daerah Johor Bahru. Bil Jenis Sisa Peratusan Cara Melupuskan Sisa Binaan Binaan Dibakar di tapak pembinaan Dihantar ke tapak pelupusan sampah Guna dan kitar semula 1 Batu - bata 0 42.9 57.1 2 Konkrit 0 46.7 53.3 3 Besi 0 20 80 4 Batu - baur 0 31.3 68.8 5 Seramik 7.7 76.9 15.4 6 Kaca 7.7 84.6 7.7 7 Kayu 0 60 40 8 Aluminium 0 23.1 76.9 9 Kertas 6.7 86.7 6.7 10 Zink 0 46.2 53.8 11 Tong cat 0 64.3 35.7 12 Mortar 0 60 40 13 Tanah 0 31.3 68.8 14 Turapan jalan (premix) 0 40 60
  • 83. 62 Daripada peratusan nilai dalam Jadual 4.11, satu rumusan telah dibuat dan digambarkan dalam Rajah 4.8. Cara yang kerap dipilih oleh kontraktor dalam melupuskan sisa binaaan adalah dengan menghantar ke tapak pelupusan sampah. Sisa binaan yang tidak dapat dikitar semula dan diguna semula merupakan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan seperti seramik dan tong cat. Kertas dan kaca merupakan sisa yang boleh dikitar semula tetapi pihak kontraktor di daerah Johor Bahru memilih cara pelupusan sisa ini dengan menghantar ke tapak pelupusan sampah. Mereka beranggapan cara ini lebih mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Hanya terdapat 1% daripada projek tersebut melakukan pembakaran dalam melupuskan sisa binaan mereka. Rajah 4.8: Peratusan cara melupuskan sisa binaan di tapak pembinaan yang diamalkan oleh pihak kontraktor dalam daerah Johor Bahru. Hantar ke Tapak Pelupusan 50% Bakar 1% Guna dan Kitar Semula 49%
  • 84. 63 4.11 Masalah Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Dalam Menguruskan Sisa Binaan Masalah utama yang sering dikaitkan dengan sisa binaan adalah dari segi cara pelupusan yang dilakukan oleh pihak kontraktor binaan. Terdapat pihak yang menyatakan pihak kontraktor bersikap sambi lewa dalam menguruskan sisa binaan untuk mengaut keuntungan yang maksimum tanpa memikirkan cara yang sempurna dalam melupuskan sisa binaan mereka. Mereka melakukan pembakaran terbuka dan membuang sisa binaan di kawasan terpencil dan jauh dari pandangan umum. Untuk mengenalpasti punca kepada masalah ini, beberapa kontraktor ditemubual bagi mendapat penjelasan tentang tanggapan ini. Daripada maklum balas yang diterima, didapati pihak kontraktor menghadapi beberapa masalah dalam pengurusan sisa binaan. Masalah yang ini menyebabkan terdapat segelintir pihak kontrator mengambil jalan mudah dalam melupuskan sisa binaan mereka. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah: a) Masalah penjanaan sisa binaan. b) Masalah semasa penstoran sisa binaan. c) Masalah semasa pemungutan sisa binaan. d) Masalah semasa melupuskan sisa binaan. 4.11.1 Masalah Penjanaan Sisa Binaan Sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan berlaku secara berterusan. Ini bermakna semakin lama tempoh siap projek yang dilaksanakan, semakin banyak sisa binaan yang terjana. Selain itu pengendalian sisa binaan yang tidak efektif oleh pekerja akan meningkatkan penjanaan sisa binaan. Untuk mengatasi masalah ini,
  • 85. 64 pihak kontraktor mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya seperti menggunakan semula sisa sebagai bahan sokongan binaan dan memastikan pengendalian sisa binaan oleh pekerja dilakukan dengan sempurna. Langkah guna semula sisa binaan sebagai bahan sokongan binaan merupakan langkah yang bijak tetapi tidak semua sisa binaan ini dapat dijadikan sebagai bahan sokongan binaan. 4.11.2 Masalah Semasa Penstoran Sisa Binaan Sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan akan dikumpulkan dan diasingkan mengikut jenis sisa tersebut. Masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah ruang untuk mengumpulkan sisa binaan tersebut. Masalah ini berlaku apabila keluasan tapak pembinaan terhad dan terlalu kecil. Sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan juga sukar untuk dilakukan pengasingan mengikut jenis sisa tersebut dan masalah ini bertambah rumit apabila sisa binaan tersebut terjana dalam kuantiti yang banyak. Pihak kontraktor terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dan memerlukan masa yang lama untuk mengatasi masalah ini. 4.11.3 Masalah Semasa Pemungutan Sisa Binaan Sisa binaan yang telah dikumpul di tapak pembinaan akan diangkut menggunakan lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bagi tujuan melupuskan sisa tersebut. Masalah utama yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah jarak antara tapak pelupusan yang diluluskan oleh majlis bandaran terlalu jauh dengan tapak pembinaan. Masalah ini akan meningkatkan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pihak kontraktor untuk menghantar sisa binaan tersebut untuk dilupuskan. Maka, tidak hairanlah sekiranya faktor ini menjadi alasan utama kepada
  • 86. 65 beberapa pihak kontraktor dengan melupuskan sisa binaan mereka berhampiran dengan tapak pembinaan. Selain itu, kekurangan kontraktor yag menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk melupuskan sisa binaan juga menjadi masalah kepada pihak kontraktor binaan. Faktor ini menjadi masalah utama kepada pihak kontraktor kelas rendah kerana mereka terpaksa memperuntukan kos yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan ini. 4.11.4 Masalah Semasa Melupuskan Sisa Binaan Tidak semua sisa binaan yang dihantar ke tapak pelupusan dibenarkan untuk dilupuskan sebagai contoh konkrit. Sisa binaan ini perlu dihancurkan menjadi ketulan kecil sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Perkara ini akan membebankan pihak kontraktor dari segi penggunaan masa dan kos untuk menghancurkan sisa tersebut. Kekurangan tapak pelupusan juga menjadi masalah kepada kontraktor di daerah ini. Perkara ini akan menjadi masalah kepada pihak kontraktor sekiranya tapak pembinaan mereka berada jauh dari tapak pelupusan ini.
  • 87. BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan Hasil yang diperoleh daripada kajian yang telah dilakukan keatas projek pembinaan di dalam daerah Johor Bahru, didapati tahap penjanaan sisa binaan bergantung kepada jenis pembinaan yang dijalankan. Projek pembinaan bangunan komersial menyumbang kepada tahap kekerapan penjanaan sisa binaan yang tinggi berbanding dengan projek pembinaan yang lain. sembilan jenis sisa binaan didapati kerap dijanakan di dalam aktiviti pembinaan ini. Sisa binaan tersebut adalah batu bata, konkrit, besi, batu baur, kayu, tong cat, mortar, tanah dan turapan jalan (premix). Tahap kekerapan ini dapat menggambarkan kuantiti sisa binaan yang dijanakan oleh aktiviti pembinaan ini tetapi tidak dapat dinyatakan dalam bentuk angka disebabkan di dalam kajian ini data tentang jumlah sebenar sisa yang dijanakan di tapak pembinaan tidak direkodkan. Namun begitu, penjanaan sisa binaan bagi kesemua projek pembinaan di dalam daerah Johor Bahru berada pada tahap kekerapan yang biasa. Berdasarkan hasil kajian, penjanaan sisa binaan bagi keseluruhan projek pembinaan berada pada
  • 88. 67 keadaan yang tidak kritikal dan tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, tahap kekerapan penjanaan sisa binaan akan terus meningkat dari masa ke semasa mengikut pertambahan projek pembinaan pada masa akan datang. Berdasarkan data yang diperoleh dari enam belas kontraktor yang terlibat, didapati bahawa mereka mengamalkan cara pelupusan yang baik di dalam sistem pengurusan sisa binaan. Empat puluh sembilan peratus (49%) daripada kontraktor pembinaan tersebut mengamalkan kitar semula dan guna semula terhadap beberapa jenis sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan. Lima puluh peratus (50%) daripada kontraktor terssebut melupuskan sisa binaan mereka dengan menghantar sisa tersebut ke tapak pelupusan sampah. Terdapat beberapa jenis sisa binaan yang boleh dikitar semula tetapi mereka memilih untuk dihantar ke tapak pelupusan sampah sebagai contoh kaca dan kertas. Walaupun sisa binaan ini tidak kerap terjana di tapak pembinaan tetapi jenis sisa ini boleh dikitar semula. Pembakaran sisa binaan masih berlaku di tapak pembinaan. Sebanyak 1% daripada kontraktor yang terlibat masih melakukan pembakaran di tapak pembinaan dalam melupuskan sisa binaan mereka. Beberapa masalah yang dihadapi oleh kontraktor telah dikenal pasti dalam kajian ini. Di antara masalah yang dihadapi adalah kos pengangkutan yang tinggi (melebihi 5% dari kos projek), kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat pengumpulan sementara sisa tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan yang tidak efektif oleh pekerja. Jarak di antara tapak pembinaan dengan tapak pelupusan sampah yang jauh turut menjadi masalah kepada mereka. Masalah ini menyumbang kepada peningkatan kos pengangkutan bagi kontraktor binaan.
  • 89. 68 5.2 Cadangan Aktiviti pembinaan menyumbang kepada pelbagai kesan keatas alam sekitar. Salah satu daripada kesan tersebut adalah penjanaan sisa binaan dan cara pelupusan sisa binaan tersebut. Pembakaran terbuka, pembuangan sisa secara haram dan pembaziran bahan binaan akan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dari aktiviti pembinaan. Beberapa cadangan boleh diambil oleh pihak kontrator untuk meminimumkan penjanaan sisa binaan seterusnya mengurangkan kesan buruk keatas alam sekitar. Di antara cadangan tersebut adalah: a) Penggunaan teknologi baru seperti penggunaan acuan aluminium (aluminium formwork) bagi menggantikan acuan kayu yang biasa digunakan pada masa kini. b) Memberi pendidikan kepada pekerja supaya menggunakan bahan binaan dengan efektif bagi meminimumkan kerosakan bahan binaan seterusnya menurangkan penjanaan sisa binaan. c) Jabatan Alam Sekitar perlu meneruskan pemerhatian dan pemantauan ke atas tapak pembinaan bagi mengelakkan berlakunya pembakaran terbuka di tapak pembinaan. Pemantauan yang berterusan dapat mengurangkan berlakunya pembakaran terbuka. d) Pihak kontraktor binaan perlu menyediakan rekod pelupusan sisa binaan di dalam pengurusan sisa bagi menghasilkan satu sistem pengurusan yang sistematik dan teratur. Cadangan yang boleh dilakukan bagi memperbaiki kajian ini pada masa akan datang adalah dengan mendapatkan jumlah sebenar sisa binaan yang terjana di kawasan pembinaan. Jumlah sisa binaan ini boleh diukur dalam unit kilogram (kg).
  • 90. 69 RUJUKAN 1. Ekanayake Lawrence Lesly and Ofori George. (2000). Construction Material Waste Source Evaluate. National University of Singapore. Jurnal of Strategies for a Sustainable Built Environment, Pretoria. 2. Janaka Y. Ruwanpura, Mala Chandrakanthi, Patrick Hettiaratchi, Bolivar Prado. (2002). Optimisation of the Waste Management for Construction Projects Using Simulation. University of Calgary. Proceedings of the 2002 Winter Simulation Conference. 3. Jabatan Alam Sekitar . (2004). Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia. 4. Kementerian Kewangan. (2006). Teks Ucapan Bajet 2007, Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia. 5. Masters Gilbert M. (1998). Introduction to Environmental Engineering and Science, New Jersey. Prentice-Hall Inc. 6. Mohd Izainuddin bin Ibrahim. (2001). Masalah Pembuangan Sisa Pejal Secara Haram di Kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. 7. Noorhayati Binti Che Ya. (2005). Kajian Penjanaan Sisa Pejal, Kajian Kes: Bandar Selesa Jaya, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. 8. Roslan Bin Pilus. (2005). Pengurusan Pembuangan Sisa Binaan (Kajian Kes: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah). Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
  • 91. 70 9. Resource Venture. (2005). Construction Waste Management Guide. Third edition. September 2005. Seattle, Amerika Syarikat. 10. Tan Siew Ling. (2006). Good Environmental Management Practices In Construction Site. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. 11. Theng Lee Chong. (1998). Definasi Sisa, Kuala Lumpur. Majalah Era Hijau Keluaran 4. 12. Uzairi Haji Saidin. (1988). Aturcara Kontrak dan Taksiran, Kuala Lumpur. IBS Buku Sdn. Bhd. 13. Williams Paul T. (2005). Waste Treatment and Disposal. John Wiley & Sons Ltd.
  • 92. 71 LAMPIRAN A UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Fakulti Kejuruteraan Awam 81310 UTM, Skudai Johor BORANG SOAL SELIDIK PROJEK AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM Tajuk Penyelidikan PENJANAAN DAN PENGURUSAN SISA BINAAN DI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU Objektif: a) Menentukan kekerapan sisa binaan yang dijanakan dari pelbagai aktiviti pembinaan. b) Menentukan keberkesanan sistem pengurusan sisa binaan yang diamalkan di tapak pembinaan dalam cara yang digunakan untuk melupuskan sisa binaan. c) Kitar semula dan penggunaan semula sisa binaan serta masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam menguruskan sisa binaan.
  • 93. 72 Bahagian A : Latar Belakang Syarikat Nama : ……………………………………………………………………. No. Telefon : ……………… Tarikh : ……………………………. Jawatan : ……………………………… Nama Syarikat : ……………………………………………………………………. Nama Projek : ……………………………………………………………………. Lokasi Projek : ……………………………………………………………………. Tempoh / Masa Projek Siap: …………………………………………………………. Keluasan Projek : ……………………………………………………………………. Kos Projek : ……………………………………………………………………. Kelas Kontraktor : PKK: …….. CIDB: ………
  • 94. 73 Bahagian B : Latar Belakang Projek Jenis projek yang pernah / sedang dijalankan: 1- Projek perumahan 3- Kilang 5- Infra Struktur 2- Pusat perniagaan 4- Jalan raya 6- Others: ……………. Jika projek tersebut sedang dijalankan, sila nyatakan peringkat kerja projek tersebut: 1- Kerja tanah 3- Superstruktur 5- Kerja-kerja luar 2- Substruktur 4- Kemasan 6- Lain- lain:………….. Adakah terdapat kerja-kerja perobohan struktur asal di dalam projek pembinaan tersebut? Jika ada, sila nyatakan struktur tersebut. 1- Tiada 2- Ada ……………………………….. Adakah syarikat anda mempunyai pelan tindakan untuk mengurangkan penghasilan sisa di tapak bina? 1- Ada 2- Tiada Berapa peratus dari kos projek yang akan diperuntukkan dalam menguruskan sisa binaan projek tersebut? 1- 0 – 2 % 3- lebih dari 5 % 2- 3 – 5 % 4- Others: …………….
  • 95. 74 Bahagian C: Pengurusan Sisa Binaan Apakah langkah yang diambil oleh pihak anda bagi mengurangkan penghasilan sisa di tapak bina? 1- Guna semula 3- Others: ……………. 2- Kitar semula Pada pendapat anda, adakah syarikat anda menitik beratkan tentang pengurusan sisa binaan? Do you think your company is very aware of construction waste management? 1- Ya 2- Tidak Adakah anda perihatin terhadap peraturan alam sekitar? 1- Ya 2- Tidak Adakah syarikat merekodkan semua butiran sisa binaan yang akan dilupuskan? 1- Ada 2- Tiada Pada pendapat anda, adakah sisa binaan yang terhasil dari projek tersebut akan memberikan impak terhadap alam sekeliling 1- Ya 2- Tidak
  • 96. 75 Jika ya, sila nyatakan langkah yang telah diambil oleh syarikat anda bagi mengurangkan impak tersebut. 1- ………………………………………………………………………………… …… 2- ………………………………………………………………………………… …… Apakah masalah utama yang dihadapi dalam menguruskan sisa di tapak bina anda sepanjang projek itu berjalan? 1- ………………………………………………………………………………… …… 2- ………………………………………………………………………………… …… Apakah cara pelupusan sisa yang kerap digunakan bagi melupuskan sisa dalam projek tersebut? 1- Bakar 2- Hantar ke tapak pelupusan 3- Tanam
  • 97. 76 Bahagian D : Butiran sisa pembinaan Jenis Kekerapan penjanaan Kaedah pelupusan sisa sisa sisa 1 2 3 4 5 1 2 3 4 Batu-bata Konkrit Besi Batu-baur Seramik Kaca Kayu Aluminium Kertas Zink Tong cat Mortar Tanah Turapan jalan (premix) * kekerapan penjanaan sisa *kaedah pelupusan sisa Amat tidak kerap 1 Tidak kerap 2 Biasa 3 Kerap 4 Amat kerap 5 Dihantar ke tapak pelupusan 1 Kitar semula 2 Guna semula 3 Dibakar 4 * Sila isikan pada ruang kosong jenis sisa yang tidak dinyatakan di dalam jadual di atas beserta kekerapandan cara pelupusan sisa tersebut.
  • 98. 77 LAMPIRAN B GAMBAR Tapak pelupusan haram di Skudai Sisa binaan yang diguna semula
  • 99. 78 Tapak pelupusan haram di Taman Pulai Utama Tapak pelupusan haram di Taman Pulai Flora