SlideShare a Scribd company logo
Bidang      :    Pembangunan Diri Murid
Tajuk       :    Membina Matlamat - Hungga-hungga..

Objektif      : Di akhir sesi murid dapat:-
              1) Menentukan matlamat hidup yang jelas dan bagaimana
                 mencapainya
              2) Menyedari bahawa usaha tanpa matlamat adalah kerja yang
                 kerja sia-sia
Masa        :    30 Minit
Sasaran     :    Tahun 3
Bahan       :    Kon, wisel

Langkah-    :
            1)    Guru Bimbingan membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
langkah     2)    Dua orang Guru Bimbingan akan berdiri di tempat yang
                 berasingan.
            3)    Guru Bimbingan mengarahkan peserta kumpulan 1bersedia
                 manakala kumpulan 2 menonton.
            4)    Guru Bimbingan memaklumkan bahawa penamat adalah di
                 antara 2 orang Guru Bimbingan yang berada di tempat
                 berasingan.
            5)    Guru Bimbingan memberi arahan “mula” dengan meniup
                 wisel tanpa memberi tahu di manakah garisan permulaan dan
                 garisan penamat acara tersebut.
            6)    Guru Bimbingan sengaja mengelirukan peserta dengan
                 mengubah tempat mereka berdiri atau menafikan tempat
                 adanya penamat atau permulaan sambil ketiga-tiga Guru
                 Bimbingan tersebut memberi arahan bermula lari kepada
                 peserta. Ini bertujuan untuk mengelirukan peserta tentang
                 garisan permulaan dan penamat acara lumba lari.


            7)  Guru Bimbingan mengarahkan kumpulan 2 bersedia dengan
               acara lumba lari dengan memberikan garisan permulaan dan
               penamat.
            8) Membuat refleksi setelah selesai aktiviti.

Penilaian   :    Melalui refleksi peserta pada akhir aktiviti.
Rumusan     :
            1)    Hidup mesti ada matlamat.
            2)    Perlu berusaha untuk mencapai matlamat.

Falsafah    :    Matlamat menentukan siapa kita pada masa hadapan.




Bidang      :    Pembangunan Diri Murid
Tajuk       :    Membina Matlamat - Mengapa saya datang ke sekolah?

Objektif    :    Di akhir sesi murid dapat:-
            1.   Menyedari pentingnya datang sekolah.
            2.   Bersemangat datang ke sekolah.
Masa        :    30 Minit
Sasaran     :    Tahun 3
Bahan       :    Pensel, Pensel warna, kertas edaran „ Perjalanan ke sekolah.

Langkah-    : Guru Bimbingan menyuruh pelajar berfikir seketika tentang
            1)
langkah        aktiviti yang mereka suka semasa di sekolah.
            2) Guru Bimbingan bertanya kepada pelajar faktor-faktor/sebab
               mengapa mereka datang ke sekolah.Guru Bimbingan juga
               bertanya apa yang mereka “missed out” jika tidak datang ke
               sekolah.
            3) Guru Bimbingan mengedarkan jadual harian untuk bulan
               tersebut dan menyuruh pelajar “tick” hari-hari yang mereka
               tidak hadir . Bilang dan lihat siapa yang paling kerap tidak
               hadir.
            4) Membuat refleksi dan mengaitkan aktiviti „Hungga-hungga
               dengan aktiviti ini.

Penilaian   :    Melalui refleksi peserta pada akhir aktiviti

Rumusan     : Apabila membuat sesuatu, kita mesti tahu apa matlamat dan
            1.
               sasaran kita.

Falsafah    : Untuk melaksanakan sesuatu tugasan semestinya kita
            1)
               mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.
            2) Apabila kita ada matlamat yang jelas, ini akan memudahkan
               kita mencapai sasarannya.
:   Pembangunan Diri Murid
Bidang

Tajuk      :
               Membina Matlamat - Perjalanan Hidupku

Objektif   : Di akhir sesi murid dapat:-
            1. Peserta dapat menggambarkan diri mereka pada masa akan
               datang .
            2. Peserta mengetahui cita-cita mereka atau apa yang ingin
               mereka lakukan pada masa akan datang.
            3. Peserta dapat membina matlamat yang jelas melalui lukisan
               yang dihasilkan.
            4. Kesedaran tentang kepentingan usaha dalam mencapai
               kejayaan

Masa       :   30 minit

Sasaran    :   Tahun 3

Bahan      :   Pensel, pensel warna dan kertas edaran ‟ Perjalanan Hidupku”



Langkah-   : Guru Bimbingan mengedarkan kertas edaran “ Perjalanan
           1.
langkah       Hidupku” kepada setiap peserta
           2. Guru Bimbingan memberi arahan kepada mereka untuk
              menyambung lukisan tersebut dengan melukis gambar diri
              sendiri pada masa depan pada setiap petak kosong. Peserta
              digalakkan menulis catatan pada setiap petak yang dilukis
              contohnya apa yang akan mereka ingin buat pada masa depan
              pada petak-petak kosong yang seterusnya
           3. Guru     Bimbingan mengarahkan          setiap  pelajar untuk
              membentangkan apa yang dimaksudkan di sebalik lukisan yang
              dihasilkan oleh mereka
           4. Guru Bimbingan akan mengaitkan aktiviti dengan matlamat dan
              hala tuju hidup mereka dalam aktiviti perbincangan
           5. Guru Bimbingan mengarahkan peserta membuat refleksi tentang
aktiviti yang dijalankan

Penilaian   :     Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh
                  murid.

Rumusan     :1. Dapat membina matlamat dalam diri murid
             2. Dapat membentuk kerjasama antara murid.
             3. Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan
                melakukan aktiviti dengan baik.
             4. Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka
                akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat
                tersebut

Falsafah    :1. Sedar akan matlamat hidup untuk mencapai kejayaan hidup
             2. Setiap fasa hidup itu penting sebagai asas kejayaan hidup
             3. Perlu tabah dan gigih untuk mencapai matlamat hidup




Bidang      :     Pembangunan Diri Murid


Tajuk       :     Murid Membina Matlamat - Mencari Matlamat Hidup

Objektif    :  Di akhir sesi murid dapat:-
             1.Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas
             2.Dapat membina cita-cita dan wawasan diri
             3.Mengetahui cara bagaimana mencapai cita-cita melalui komen
               membina oleh peserta lain
            4. Mensyukuri Tuhan kerana memberikan peluang untuk membuka
               minda bagaimana menuju ke arah kejayaan
            5. Dapat membina kejayaan diri sebaik mungkin.
Masa        :     30 minit
Sasaran     :     Tahun 3
Bahan       :     Pen berwarna dan kertas A4


Langkah-    :     Set Induksi:
langkah
            1. Guru Bimbingan meminta murid-murid duduk dalam bentuk
ladam kuda
            2. Guru Bimbingan mula mengedarkan sekeping kertas dan pen
                berwarna kepada setiap peserta
            3. Guru Bimbingan meminta peserta menuliskan cita-cita atau apa
                yang mereka ingin capai pada masa akan datang tanpa menulis
                nama. Sebagai contoh menjadi seorang guru, menjadi ketua
                kampung, memiliki rumah besar dan sebagainya
            4. Guru Bimbingan akan mengumpul kertas yang telah siap ditulis
                 dan memasukkannya ke dalam kotak.
            5. Guru Bimbingan akan memilih peserta secara rawak dan
                meminta peserta tersebut mengambil kertas secara rawak di
                dalam kotak.
              - Perlu dipastikan kertas tersebut bukan milik sendiri.

            6. Guru Bimbingan meminta peserta membacakan apa yang
               tercatat di dalam kertas yang diambil dan memberikan
               pandangan terhadap catatan tersebut. Peserta lain juga diminta
               untuk memberikan pendapat tentang catatan itu.
               ( perbincangan berkisar kepada bagaimana cara untuk
               mencapai cita-cita tersebut )
            7. Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan
               tentang kepentingan membina matlamat dalam hidup
            8. Setiap peserta diminta berada dalam bentuk ladam kuda dan
               memberikan refleksi tentang aktiviti yang dijalankan
            9. Guru Bimbingan memberikan objektif di akhir aktiviti

Penilaian   :   Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh
                murid

Rumusan     :1. Dapat membina matlamat dalam diri murid
             2. Dapat membentuk kerjasama antara murid.
             3. Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan
                melakukan aktiviti dengan baik.
             4. Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka
                akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat
                tersebut
             5. Murid dapat memahami dengan lebih mendalam bagi mencapai
                cita-cita
             6. Perlunya cita-cita itu dicapai dengan membina matlamat yang
                betul oleh murid-murid
Falsafah        :1. Setiap orang mesti ada matlamat hidup, iaitu menjadi apa pada
                    masa akan datang
                 2. Orang yang tiada cita-cita/matlamat sama seperti sebuah kapal
                    ditengah lautan yang tidak tahu ke mana hala tujunya
                 3. Setiap cita-cita mesti disertakan dengan usaha yang gigih untuk
                    mencapainya




Bidang      :     Pembangunan Diri Murid
Tajuk       :     Membina Matlamat - Ekspresi muka

Objektif    : Di akhir sesi murid dapat:-
            1. Murid dapat mengenali diri dan perasaan mereka terhadap
               sekolah.
            2. Murid mengetahui tujuan sebenar ke sekolah.
            3. Murid menyedari kepentingan menimba ilmu tanpa jemu demi
               masa depan.

Masa        :     30 minit
Sasaran     :     Tahun 3
Bahan       :     Kertas edaran, pen

Langkah-    :1. Guru Bimbingan mengedarkan kertas edaran yang telah siap
langkah         dilukis sebuah bangunan sekolah dan 5 orang pelajar yang tidak
                ada mata,hidung dan mulut kepada peserta.
             2. Guru Bimbingan memberi arahan kepada pelajar untuk melukis
                eksperesi muka pelajar yang berada disekolah tersebut.
             3. Setiap peserta diminta memberikan refleksi tentang apa yang
                menyebabkan mereka melukis eksperesi tersebut.
             4. Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan kepada
                kepentingan sekolah dan cuba menukarkan perasaan negatif
                kepada perasaan positif.



Penilaian   :     Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid
Rumusan    :
           1. Murid dapat mengenali diri mereka dan perasaan mereka tehadap
              sekolah dengan baik.
           2. Murid sedar kepentingan ilmu dan kelebihan ilmu demi untuk
              masa depan mereka.
           3. Murid sedar tujuan sebenar mereka ke sekolah




Bidang     :   Pembangunan Diri Murid
Tajuk      :   Membina Matlamat - Sekolah idamanku

Objektif   :   Di akhir sesi murid dapat:-

           1. Peserta dapat mengetahui dengan jelas tujuan mereka ke
              sekolah setiap hari
           2. Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas untuk
              mencapai kejayaan.


Masa       :   30 minit
Sasaran    :   Tahun 3
Bahan      :   Manila kad, pensil warna

Langkah-   : Guru Bimbingan membahagikan peserta kepada beberapa
           1.
langkah       kumpulan.
           2. Guru Bimbingan mengedarkan kertas manila kad kepada setiap
              kumpulan.
           3. Peserta diberi arahan untuk menyenaraikan apa yang mereka
              suka tentang sekolah.
           4. Selepas itu Guru Bimbingan akan memberi arahan kepada
              peserta untuk melukis dan mewarnakan gambar sekolah idaman
              mereka.
           5. Guru Bimbingan mengarahkan setiap kumpulan menghantar
              seorang wakil untuk menjelaskan gambar serta isi yang
              ditulis.Peserta lain diminta memberikan maklum balas .
           6. Guru Bimbingan menerangkan tentang matlamat sebenar
              mengapa murid harus kesekolah.
Penilaian   :       Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid

Rumusan     : Murid sedar akan kepentingan perlunya ada matlamat untuk
            1.
               mencapai kejayaan samaada dalam pelajaran atau sebaliknya.
            2. Pelajar mengetahui dengan jelas tujuan sebenar kesekolah

Falsafah    : Sekolahku syurgaku menanam minat dan keseronokan dalam diri
            1.
               pelajar.
            2. Ada daya penarik (penanda aras) mendorong kehadiran
               kesekolah.
            3. Pelajar perlu roalistik dan menyemaikan diri.




Bidang      :       Pembangunan Diri Murid


Tajuk       :       Membina matlamat - Cari-cari


Objektif        :   Di akhir sesi murid dapat:-

            1. Menyedarkan peserta mengenai kesukaran yang dihadapi apabila
               tidak mempunyai arah tujuan yang jelas dalam hidup.
            2. Menyedarkan tentang kepentingan matlamat dalam kehidupan.
            3. Mengeratkan semangat kerjasama berpasukan.
            4. Bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pancaindera yang
               sempurna.

Masa            :   30 minit

Sasaran         :   Tahun 3

Bahan           :   Kain/skaf untuk menutup mata



Langkah-        :   Set Induksi:
langkah
1. Guru Bimbingan membahagikan peserta kepada 4 kumpulan
                yang terdiri daripada 5 orang murid.
            2. Guru Bimbingan mengarahkan setiap kumpulan memilih ketua
                masing-masing.
            3. Semua peserta kecuali ketua kumpulan diarah untuk menutup
                mata dengan menggunakan kain.
            4. Keempat-empat ketua akan disuruh berdiri di tempat tertentu dan
                tidak boleh mengeluarkan suara dan hanya boleh tepuk tangan
                sahaja.
            5. Selepas mata ditutup, Guru Bimbingan mengarahkan peserta
                mencari ketua kumpulan masing-masing mengikut bunyi tepukan
                sahaja.
            6. Guru Bimbingan mengarahkan peserta yang bertutup mata
                mencari ketua kumpulan mereka masing-masing. Masa yang
                diberikan hanya 5 minit untuk mencari ketua masing-masing.
            7. Guru Bimbingan boleh menganggu perhatian peserta.
            8. Guru Bimbingan mengarahkan semua ahli kumpulan membuka
                mata dan lihat adakah ketua yang mereka cari merupakan ketua
                kumpulan mereka.
            9. Semua peserta kembali dalam kumpulan masing-masing. Guru
                Bimbingan memberikan note yang ditulis jenis haiwan kepada
                ketua kumpulan.
            10. Setiap kumpulan diarahkan membunyikan jenis haiwan masing-
                masing apabila peserta mencari ketua kumpulan mereka.
            11. Guru Bimbingan meminta peserta memberikan refleksi terhadap
                kedua-dua aktiviti.
            12. Guru Bimbingan mengaitkanaktiviti dengan kepentingan untuk
                menumpukan perhatian ( berfokus kepada matlamat analisis
                terhadap apa yang didengar.

Penilaian   :   Melalui jawapan lisan yang diberikan oleh murid



Rumusan     1. Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu
            :
               mengenalpasti mata pelajaran yang akan dipelajari.
            2. Dapat membentuk kerjasama antara murid.
            3. Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan
               mendengar dengan baik.

Falsafah    1. Dapat membina matlamat seseorang murid yang mana sedang
            :
mencari tujuan hidupnya.
           2. Jika tiada matlamat hidup, seseorang itu akan ketinggalan dan
              tidak tahu hala tujunya.
Bidang     : Pembangunan Diri Murid

Tajuk      :   Membina Matlamat - Dragon Ball


Objektif   :   Di akhir sesi murid dapat:-

           1. Menyedarkan peserta mengenai kegagalan dihadapi apabila tidak
              mempunyai arah tujuan yang jelas dalam hidup.
           2. Menyedarkan tentang kepentingan matlamat dalam kehidupan.
           3. Bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pancaindera yang
              sempurna.
Masa          30 minit

Sasaran    :   Tahun 3

Bahan      :   Bola ( sebiji setiap kumpulan ), Kon



Langkah-   :   Set Induksi:
langkah
           1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan
              dibekalkan dengan sebiji bola dan satu objek sebagai penanda.
           2. Guru Bimbingan mengarahkan peserta membuat satu bulatan
              besar.
           3. Guru Bimbingan meletakkan kon sebagai matlamat di tengah-
              tengah bulatan. Jarak sekurang-kurangnya 5 meter daripada
              peserta.
           4. Guru Bimbingan meminta seseorang peserta memulakan
              permaian ini dengan menutup mata peserta tersebut. Peserta lain
              diarah memerhatikan aktiviti ini tanpa memberikan komen atau
              maklumat kepadanya.
           5. Guru Bimbingan mengarahkan seseorang peserta mengalihkan
              objek tersebut selepas peserta menutup mata.
           6. Guru Bimbingan memusingkan peserta yang menutup mata
              beberapa kali sebelum menyerahkan sebiji bola kepadanya.
           7. Guru Bimbingan mengarahkan peserta tersebut melo
Bidang      :
                Akademik
Tajuk       :   Kapal Layarku

Objektif    :   Pada akhir sesi murid dapat :-

                Mengukuhkan     daya      ingatan    pelajar
                berdasarkan arahan / strategi daripada Guru
                Bimbingan

Masa        :   60 Minit

Sasaran     :   Tahun 2

Bahan       :   Kertas warna A4

Langkah-    : Setiap murid diagihkan dua helai kertas A4
            1.
langkah        yang berlainan warna.
            2. Guru Bimbingan mengarahkan murid-murid
               melihat/ membentuk sehelai kertas menjadi
               kapal layar/ motorboat dengan kreativiti
               mereka sendiri tanpa bantuan guru.
            3. Seterusnya Guru Bimbingan mengarah murid
               melipat kertas yang sehelai lagi mengikut
               strategi dari guru.
            4. Murid akan diuji mengingat strategi tersebut
               berdasarkan arahan Guru Bimbingan akan
               membandingkan kedua-dua hasil yang telah
               mereka buat.
            5. Kemudian, Guru Bimbingan mengarahkan
               murid-murid         menggunakan        teknik
               penyusunan yang betul untuk menyusun
               strategi dan mengingatkan cara membuat
               kapal mengikut cara yang betul.


Penilaian   :   Memerlukan kemahiran mengingat dan
                memberi perhatian kepada Guru Bimbingan.


Rumusan     : Penyusunan isi atau langkah-langkah yang
            1.
               betul akan meningkatkan proses daya
               ingatan.
            2. Susun isi mengikut keutamaan.
Falsafah     : Memberi perhatian dan focus kepada ketua
             1.
             2. Membina kekuatan daya ingatan

Bidang       :
                 Akademik
Tajuk        :   Kek Hari Jadi

Objektif     :   Pada akhir sesi murid dapat :-

              1. Memperingati tarikh lahir mereka.
              2. Menguji daya ingatan dan berfikir dengan
                 aktif
Masa         :   25 Minit

Sasaran          Tahun 4
             :
Bahan            Gambar sebiji kek atau sebiji kek yang betul.
             :

Langkah-      : Guru
               1)            Bimbingan       meminta        ahli
langkah           mengambarkan bahawa sebiji kek hari jadi
                  telah dihadiahkan kepadanya. Ceritakan
                  bahawa terdapat lapan orang rakan
                  bersamanya dan dia perlu memotong kek itu
                  kepada lapan bahagian dengan hanya empat
                  kali potong sahaja.
               2) Guru Bimbingan akan memberikan alternatif
                  bagaimana untuk membuat pembahagian
                  yang betul serta teknik mengingat. Murid
                  boleh memilih cara yang disukai.Contohnya :-
            i. Potong dua melintang. Hasilnya dua keping kek
                  yang besar. Kemudian potong daripada atas
                  dua kali sehingga menjadi ¼. Hasil lapan kek
                  atau
           ii. Potong sekali daripada atas ke bawah. Jadi
                  dua keping. Angkat sebelah naikkan ke atas
                  kek yang sebelah lagi. Potong dua, jadi
                  empat keping. Angkat sebelah empat keping
                  naikkan ke atas dan potong, jadi lapan
keping.
                iii.    Potong bulat ditengah (jadi dua keping kek
                          berbentuk bulat, satu kecil dan satu lagi
                          besar dengan ruang kosong di bahagian
                          tengah). Kemudian potong empat daripada
                          atas.
                       3) Guru Bimbingan akan mempraktikkan kaedah
                          dengan penggunaan sistem gambar.
                       4) Murid diminta mengaitkan maklumat tersebut
                          dengan gambar.
                       5) Gambar jawapan kepada strategi kek
                          dipotong dilukis
                       6) Hafal maklumat atau strategi tersebut beserta
                          bayangan gambar yang dipilih.




    Penilaian          :   Memerlukan kemahiran        mengambarkan,
                           mengingat dan hafalan.

    Rumusan            : Penemuan
                       1.               kepada      sesuatu      jalan
                          penyelesaian    masalah     akan      dapat
                          meningkatkan ingatan terhadap sesuatu fakta
                          pembelajaran.
                       2. Terdapat banyak pilihan untuk mengingat
                          sesuatu fakta pembelajaran jika kita
                          mempunyai pemikiran yang aktif dan kreatif.


    Falsafah       : Menggunakan
                   1.                    kekreatifan        untuk
                      menyelesaikan masalah.
                   2. Membina teknik menghafal, mengingat dan
                      kefahaman tentang sesuatu perkara
ntar bola kea rah objek penanda setepat yang mungkin tanpa
    meminta bantuan.
8. Guru Bimbingan meminta peserta lain mencuba aktiviti ini. Objek
    penanda haruslah diubah kedudukannya setiap kali peserta
    bertukar.
9. Guru Bimbingan mengulang aktiviti melontar bola ke arah objek
    tetapi tanpa menutup mata.
10. Guru Bimbingan meminta maklum balas dari beberapa orang
peserta.
            11. Guru Bimbingan mengaitkan kegagalan mengenai sasaran ketika
                melontar bola dengan menutup mata sebagai perbuatan orang
                yang sia-sia kerana tidak tahu matlamatnya. Kejayaan adalah
                berkaitan dengan kejayaan melontar bola dengan tepat kearah
                objek sebagai matlamatnya, menunjukkan matlamat adalah
                penting dalam mencapai sesuatu kejayaan.



Penilaian   :       Melalui jawapan lisan yang diberikan oleh murid



Rumusan     1. Peserta perlu tahu matlamat hidup yang jelas dan bagaimana
            :
               mencapainya.
            2. Usaha tanpa matlamat adalah kerja yang sia-sia

Falsafah    :       Setiap orang mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan
                    berpegang kepada prinsip hidup masing-masing.



Bidang          :
                      Akademik
Tajuk           :     Menghormati orang lain (rangkaian komunikasi)


Objektif        :     Pada akhir sesi murid dapat :-

                1. Mengukuhkan daya ingatan dan mewujudkan nilai murni
                2. Menghormati orang lain.
Masa            :     60 Minit
Sasaran         :     Tahun 5

Bahan           :     Kad imbasan (puzzle)


Langkah-        :1) Guru Bimbingan menunjukkan kad imbasan dan meminta
langkah             murid menyebut berulang-ulang melalui penggunaan sistem
                    irama.
                 2) Guru Bimbingan mengedarkan sampul yang mengandungi
                    keratan yang mengandungi „puzzle‟
3) Murid mencantumkan keratan-keratan tersebut supaya
               menjadi rangkaikata yang sopan
            4) Murid diberi kebebasan memilih lagu dari artis yang mereka
               gemari
            5) Murid-murid akan menyebut perkataan-perkataan yang
               dihasilkan beriringan dengan lagu kegemaran mereka.
            6) Murid akan kemudian akan membina atau menukar ayat
               bersama isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
            7) Guru Bimbingan meminta murid mengingati kembali perkataan
               tersebut dan meminta pendapat murid-murid bilakah
               perkataan/rangkaikata ini sesuai digunakan
            8) Guru     Bimbingan     meminta     murid   berlakon  dengan
               menggunakan rangkaikata 1 perkataan tersebut dengan
               bimbingan Guru Bimbingan menggunakan teknik sistem irama
               untuk mengingati kad imbasan tersebut semula.

Penilaian   :   Memerlukan kerjasama kumpulan, menyebut berulang-ulang,
                mengingat ,menyanyi dan berlakon.


Rumusan     :1. Pembelajaran yang menggunakan kaedah dan teknik yang
                menarik akan memudahkan lagi fakta yang ingin diingati
             2. Mencipta irama sendiri juga sangat efektif dalam proses
                mengingat fakta.

Falsafah    :1. Membina sikap kreatif dan inovatif
             2. Membina nilai-nilai murni
             3. Membina daya ingatan yang kuat




Bidang      :
                Akademik
Tajuk       :   Rantaian nota


Objektif    :   Pada akhir sesi murid dapat :-

            1. Untuk mengetahui dan mengingat fakta-fakta atau nota
            2. Untuk berkenalan diantara satu sama lain.
Masa        :   25 Minit
Sasaran     :   Tahun 5

Bahan       :   Kertas A4, pensil warna dan tali.


Langkah-    :1) Peserta –peserta diberikan kertas A4 dan pensil warna untuk
langkah         menulis nota yang berkaitan dengan mata pelajaran seperti
                sains, maths.
             2) Selepas 5 minit, murid-murid dikehendaki menulis nota pada
                sehelai kertas A4 dan melipat 4 bahagian contohnya proses
                percambahan biji benih mengikut turutan.
             3) Pelajar dikehendaki membuat atau melukis carta dan
                kemudiannya mengoyak bahagian tadi kepada 4 bahagian.
             4) Pelajar duduk dalam susunan bentuk bulatan dan meminta
                mereka menggaulkan atau mencampurkan kertas tadi.
             5) Setiap pelajar dikehendaki mengambil nota dan mencantum
                dengan betul susunannya. Setiap pelajar tidak boleh
                mengambil nota mereka sendiri.
             6) Selepas itu mereka dikehendaki bergilir-gilir sehingga semua
                pelajar dapat menyelesaikan kesemua nota kawan-kawan
                mereka.
             7) Setelah kesemua nota dapat dibuat mereka mengikatnya dan
                dijadikan nota poket

Penilaian   :   Memerlukan pelajar melukis, kerjasama dan mengingat


Rumusan     :1. Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat
             2. Membuat nota yang pendek / peta minda akan menyenangkan
                untuk di ingat
             3. Sesuatu perkara jika bekerjasama dan perbincangan akan
                lebih mendatangkan hasil daripada belajar bersendirian.

Falsafah    :1. Setiap proses pembelajaran perlu adanya sumber rujukan
             2. Perlu adanya nota poket untuk meudahkan lagi proses
                mengingat walau dimana-mana kita berada




Bidang      :   Akademik
Tajuk       :     Pelangi petang


Objektif    :     Pada akhir sesi murid dapat :-

            1. Mengingati warna pelangi
            2. Boleh menyenaraikan warna-warna pelangi
Masa        :     35 Minit
Sasaran     :     Tahun 5
Bahan       :     Kertas A4 dan pensil


Langkah-    :1) Setiap pelajar dikehendaki berkumpul dan membentuk satu
langkah         bulatan kecil yang terdiri daripada 7 orang peserta. Setiap
                pelajar akan mengingati warna-warna pelangi
             2) Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki mengingati 1 warna
                dan kumpulan mereka perlu mencipta satu lagu bagi
                mengingati warna-warna pelangi.
             3) Kumpulan mereka perlu bekerjasama bagi mencipta lagu
                yang mana ia mencerminkan atau mengingatkan warna-
                warna pelangi.
             4) Pelajar perlu menyanyikan kepada kawan-kawan dan
                berkongsi lagu/perkataan yang mereka cipta.

Penilaian   :     Memerlukan kerjasama, mengingat, menyanyi dan berkongsi.


Rumusan     :1. Pelajar dapat ingat warna pelangi jika mereka menyanyi atau
                mencipta perkataan sendiri
             2. Dengan adanya kemahiran mengingat yang baik ia akan lebih
                memudahkan proses mengingat.
             3. Membuat nota yang pendek/peta minda akan menyenangkan
                untuk diingat.
             4.

Falsafah    :1.   Membina sikap bekerjasama di kalangan kumpulan
             2.   Menguji daya ingatan
             3.   Membina sikap kreatif
             4.   Membina nilai murni
Bidang      :     Akademik
Tajuk       :     Pengurusan Masa - life…

Objektif    :     Di akhir sesi murid dapat:-
             1.   Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.
             2.   Membantu peserta celik akal
             3.   Menerangkan kepada peserta mengenai tanggungjawab utama
                  sebagai seorang pelajar.
Masa        :     60 Minit

Sasaran     :     Tahun 5
Bahan       :     Tali

Langkah-    :1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar
                kepada 4 kumpulan.
langkah
             2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil daripada
                setiap kumpulan datang kehadapan.
             3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan arahan:
                 Mengasingkan wakil-wakil dari setiap kumpulan tersebut.
                 Setiap wakil memegang tali secara selari.
                 Penghujung tali lagi satu, dipegang oleh wakil yang telah
                diasingkan oleh Guru Bimbingan.
                 Apabila telah bersedia, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan
                meniupkan wisel. Ini bermakna wakil yang diasingkan oleh
                Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menarik tali perlahan-
                lahan.
                 Apabila tali tersebut di tarik, pihak yang ditarik cuma boleh
                menahan tarikan dan tidak dibenarkan menyimpul tali di
                tangan atau menggerakkan tangan melawan arus.
                 Pihak yang terlepas talinya dikira kalah.
                 Permainan ini diteruskan sehingga kesemua tali berjaya ditarik
                oleh wakil kumpulan yang diasingkan.

Penilaian   :     Murid dapat menarik tali dengan kukuh dan pantas.


Rumusan     :1. Menghargai masa yang ada.
             2. Untuk berjaya kita perlu berusaha.
             3. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

            1. Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
Falsafah    :2. Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita
                kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali
             3. Masa tidak akan menunggu kita.
             4. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
             5. Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan
                sehingga mencapai kejayaan.



Bidang       :   Akademik
Tajuk        :   Pengurusan masa - Titanic

Objektif     : Di akhir sesi murid dapat:-
              1. Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.
              2. Untuk melihat murid adakah mereka peka terhadap masa


Masa         :   30 minit

Sasaran      :   Tahun 5

Bahan        :   Kertas A4, pen


Langkah-     :1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar
langkah          kepada 3 kumpulan.
              2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran 1
                 (Titanic) kepada pelajar.
              3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membaca situasi lampiran 1
                 dan membincangkan mengenai permasalahan tersebut.
              4. Arahan dari Guru Bimbingan dan Kaunseling:-
                  Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan masa 2 minit
                 kepada pelajar untuk mencari penyelesaian.
                  Guru Bimbingan dan Kaunseling membiarkan pelajar
                 menyelesaikan masalah tanpa memperdulikan murid dan
                 melihat siapa yang akan tampil kehadapan untuk
                 membentangkan. Jika tiada..
                  Setelah 2 minit Guru Bimbingan dan Kaunseling akan
                 menjerit ”Akhirnya telah mati kedua-duanya.

Penilaian    :   Murid dapat mencari penyelesaian dengan cepat dan pantas.
Rumusan     :1. Menghargai masa yang ada.
             2. Untuk berjaya kita perlu berusaha.
             3. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

Falsafah    :1. Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
             2. Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita
                kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali
             3. Masa tidak akan menunggu kita.
             4. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
             5. Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan
                sehingga mencapai kejayaan.




Bidang      :   Akademik
Tajuk       :   Pengurusan masa - Seikat Serumpun

Objektif    : Di akhir sesi murid dapat:-
             1. Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.
             2. Membuat sesuatu tugasan berdasarkan tempoh masa yang
                diberi.
Masa        :   30 minit
Sasaran     :   Tahun 6
Bahan       :   Muzik, Telur dan tali

Langkah-    :   Set induksi :-
langkah
            1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar
               kepada 4 kumpulan.
            2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan sibiji telur
               kepada tiap-tiap kumpulan.
            3. Setiap kumpulan juga diberi 8 utus tali.
            4. Murid mengangkat telur menggunakan tali tanpa memegang
               telur.
            5. Kumpulan yang menjatuhkan telur dianggap kalah.

Penilaian   :   Murid dapat mengangkat telut tanpa menggunakan tali
                dengan kukuh dan pantas.
Rumusan             :1. Menghargai masa yang ada.
                     2. Untuk berjaya kita perlu berusaha.
                     3. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

Falsafah            :1.   Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
                     2.   Masa itu emas dan tidak akan menunggu kita.
                     3.   Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
                     4.   Setiap kegagalan jika berusaha pasti mencapai kejayaan.
Bidang          :    Akademik
Tajuk           :    Pengurusan Masa - Tingkat Kejayaan


Objektif        : Di akhir sesi murid dapat:-
                 1. Untuk berjaya berjaya kita mesti berusaha.
                 2. Kejayaan yang dicapai tidak akan berhasil tanpa pengurusan
                    masa yang bijak
                 3. Membuka minda murid untuk berjaya mereka perlu
                    menguruskan masa dengan bijak.
Masa        :        30 minit

Sasaran     :        Tahun 6
Bahan       :        Kertas A4, Lampiran 1

Langkah-        :    Set induksi :-
langkah         1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran dan
                   kertas A4 kepada setiap kumpulan.
                2. Guru bimbingan memberikan masa 5 minit kepada murid untuk
                   melihat lampiran 1.
                3. Guru bimbingan menerangkan maksud gambar rajah dan
                   memberi penerangan kepada murid
                4. Guru bimbingan meminta murid menulis di atas kertas A4
                   kenapa kita perlu mengamalkan budaya cemerlang.
                5. Beberapa orang murid diminta membuat pembentangan secara
                   sukarela.
                6. Murid yang lain boleh menyoal ,bertukar pendapat dan
                   pengalaman dengan murid yang lain.

Penilaian       :    Murid dapat memahami dan menyatakan pendapat tersendiri


Rumusan         :    Murid dapat berfikir secara kreatif dan bertindak di dalam
kumpulan secara berkerjasama dan berpasukan.

Falsafah    :1. Untuk berjaya kita mesti mempunyai matlamat dalam hidup kita.
             2. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa dan
                tenaga.



Bidang        :     Kemahiran Mendengar dan Tanya
Tajuk         :     Yang Paling Hebat
Objektif      :     Di akhir sesi murid dapat:-
                     Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri.
                     Mewujudkan sifat-sifat menghargai diri sendiri di kalangan
                    peserta.
                     Menyedarkan kepada peserta bahawa setiap orang
                    mempunyai kebolehan masing-masing.
Masa          :     30 minit
Sasaran       :     Murid Sek. Ren. Tahap 2 (Darjah 3-6)
Bahan         :     Jari tangan
Langkah-      :     Set induksi :-
langkah             Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan
                    kehebatan kelima-lima jari.

                           Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi
                           dan kehebatan jari anak, jari manis, jari hantu, jari
                           telunjuk dan ibu jari.
                           Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing
                           diminta memberikan pendapat mengenai satu jari
                           yang paling hebat dan rasionalnya memilih jari
                           tersebut.
                           Seorang       wakil     setiap     kumpulan         akan
                           mempersembahkan pendapat tersebut.
                           Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya apa akan
                           terjadi apabila ketiadaan salah satu jari tersebut.
Penilaian     :     Murid dapat memberikan pendapat yang bernas mengenai
                    fungsi dan kehebatan salah satu jari yang dipilih.



Rumusan       :     Murid dapat memberikan fokus, mendengar dengan baik,
                    berfikir secara kreatif dan bertindak di dalam kumpulan
                    secara berkerjasama.
Falsafah       :        Menggalakkan        komunikasi      peserta   dan
                        mempertahankan hujah yang dipilih.
                        Setiap orang/individu mempunyai peranan masing-
                        masing
                   samada dalam keluarga, organisasi atau masyarakat.

                         Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi
                         menyempurnakan sesuatu tugasan.
                         Perlu mempunyai sikap saling menghormati dan
                         mempercayai orang lain.



Bidang     :       Kemahiran Mendengar dan Tanya
Tajuk      :       Mendengar Dengan Baik
Objektif   :       Di akhir sesi murid dapat:-
                    Menjadi seorang pendengar yang baik.
                    Memahami mesej yang disampaikan oleh penutur.
                    Menghayati perasaan penutur (empati) terhadap apa yang
                   disampaikan.
Masa       :       30 minit
Sasaran    :       Murid Sek Ren Tahap 2 (Darjah 3-6)
Bahan      :       Peserta
Langkah-   :       Set induksi :-
langkah            Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid
                   menyenaraikan sikap-sikap seorang rakan yang baik dan
                   boleh di percayai.
                    Peserta-peserta diminta mencari pasangan masing-masing
                   (A & B).
                    Setiap pasangan diminta mencari tempat yang sesuai dan
                   peserta (A) diminta menceritakan tentang latarbelakang,
                   pengalaman pahit dan manisnya kepada pasangan masing-
                   masing (B) dalam masa yang ditetapkan oleh fasilitator.
                    Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan yang
                   besar dan peserta B akan menceritakan semula tentang apa
                   yang telah diberitahu oleh peserta A.
                    Peserta A pula diminta mengesahkan sejauhmana-
                   kebenaran cerita yang telah disampaikan oleh peserta B.
                    Peserta A juga diminta menceritakan bagaimana
                   tingkahlaku peserta B semasa peserta A menceritakan
                   tentang pengalamannya tadi. Sebagai contoh :
-   Adakah peserta B memotong percakapannya ?
                -   Adakah peserta B memberi perhatian yang sepenuhnya ?
                -   Adakah peserta B berpura-pura mendengar ?
                -   Adakah peserta B dalam keadaan khayal ?
                -   Adakah peserta B dipengaruhi emosi ?
                -   Adakah peserta B empati ?
                -   Adakah peserta B memberikan respon yang sesuai ?
                -   Adakah peserta B seorang pendengar yang baik ?
Penilaian   :       Murid dapat membina hubungan yang baik dengan orang di
                    sekeliling dan dapat menghayati apa yang ingin
                    disampaikan oleh penutur.
Rumusan     :       Murid dapat belajar menjadi seorang pendengar yang baik
                    dan belajar memahami perasaan orang lain.
Falsafah    :        Kalau bicara itu perak dan diam itu emas, maka
                              pendengar yang baik lebih mulia dari keduanya.
                     Faktor paling penting dalam rahsia kejayaan adalah
                      kemahiran menjalinkan perhubungan manusia dengan
                          baik.

Bidang          :   Kemahiran Mendengar dan Tanya
Tajuk           :   Delta (Dengar dan Tanya)
Objektif        :   Di akhir sesi murid dapat:-
                     Menyedari tahap kebolehan masing-masing dalam
                    mendengar dan bertanya jika tidak faham sesuatu mesej.
                     Memahami mesej yang disampaikan oleh penutur.
                     Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri
                    dan orang lain.
Masa            :   30 minit
Sasaran         :   Murid Sek. Ren. Tahap 2 (Darjah 3-6)
Bahan           :   Nota ayat ringkas.
Langkah-        :   Set induksi :-
langkah             Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan faedah
                    memahami sesuatu mesej yang disampaikan.

                          Murid-murid berbaris mengikut kumpulan.
                          Seorang wakil di hadapan bagi setiap kumpulan
                          datang ke hadapan untuk membaca dan mengingati
                          nota yang disediakan.
                          Wakil kumpulan menceritakan kepada ahli yang
                          kedua dan ahli yang kedua akan bertanya jika tidak
jelas.
                        Ahli yang kedua pula menceritakan kepada rakan di
                        belakangnya dan begitulah sehingga ahli yang di
                        belakang sekali. Rakan yang tidak jelas akan
                        bertanya.
                        Ahli yang di belakang sekali bagi setiap kumpulan
                        akan datang ke hadapan untuk menceritakan semula
                        nota yang telah diberikan.
Penilaian   :   80% murid dapat menceritakan semula nota ringkas tadi
                dengan
                tepat.
Rumusan     :   Murid dapat mendengar dengan baik, bertanya jika tidak
                jelas, bekerjasama dengan ahli kumpulan serta memberikan
                fokus terhadap sesuatu.
Falsafah    :           Bersoal jawab dapat memantapkan pemahaman dan
                        daya ingatan.

                      Perlu bekerjasama dengan orang          lain   bagi
                      menyempurnakan sesuatu tugasan.

                      Peka dan luaskan minda ke arah kejayaan.

More Related Content

What's hot

rancangan tahunan kelab kaunseling.doc
rancangan tahunan kelab kaunseling.docrancangan tahunan kelab kaunseling.doc
rancangan tahunan kelab kaunseling.doc
Jannah355166
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Nur Dalila Zamri
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
Iskandar9844
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
Catharina Stephen
 
Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigsoo5
 
modul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdfmodul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdf
Kaviarasi Selvaraju
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
nsmm
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3
Mohd Noor Noor
 
Kaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plcKaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plc
Badariah Ahmad
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Nadiah Mohammad
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
HELENA AIREEN
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
Maizatul Malik
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
NurulAsyikin56
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Modul PRS
Modul PRSModul PRS
Modul PRS
Mohd Noor Noor
 
Format penyediaan laporan
Format penyediaan laporanFormat penyediaan laporan
Format penyediaan laporan
Zuraida Norwi
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
Sigmund Fai
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
Yusry Yusopp
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapNorliza Bakri
 

What's hot (20)

rancangan tahunan kelab kaunseling.doc
rancangan tahunan kelab kaunseling.docrancangan tahunan kelab kaunseling.doc
rancangan tahunan kelab kaunseling.doc
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
 
modul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdfmodul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdf
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3
 
25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Kaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plcKaedah pelaksanaan plc
Kaedah pelaksanaan plc
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Modul PRS
Modul PRSModul PRS
Modul PRS
 
Format penyediaan laporan
Format penyediaan laporanFormat penyediaan laporan
Format penyediaan laporan
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 

Viewers also liked

Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlanganModul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlanganMuhammad Luqman
 
Surat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawasSurat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawas
Norrijah Saidin
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahNurul Nabihah
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
Adila Dila
 
Kertas kerja program motivasi tahun 6
Kertas kerja program motivasi tahun 6Kertas kerja program motivasi tahun 6
Kertas kerja program motivasi tahun 6
Isazmi Al-Bahanj
 
LDK 2
LDK 2LDK 2
Activities on conflict management
Activities on conflict managementActivities on conflict management
Activities on conflict management
Bilal Hussain
 
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Maaruthiswari Nadeson
 
Modul 7 kaunseling dan stress
Modul 7   kaunseling dan stressModul 7   kaunseling dan stress
Modul 7 kaunseling dan stress
Mis Faralia
 
Bina insan guru ppg
Bina insan guru ppgBina insan guru ppg
Bina insan guru ppg
Ahmad Lili
 
Borang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapaBorang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapamariam buang
 
Kebenaran penjaga kosong 2014 15
 Kebenaran penjaga kosong 2014 15 Kebenaran penjaga kosong 2014 15
Kebenaran penjaga kosong 2014 15zainulaman
 
Teka Peribahasa
Teka PeribahasaTeka Peribahasa
Teka Peribahasadiyanah21
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangSiti Norlina
 
Artikel ispen-i
Artikel ispen-iArtikel ispen-i
Artikel ispen-i
Azura Aziz
 
Ko kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiKo kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiZarina Arz
 

Viewers also liked (20)

kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 
Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlanganModul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
 
Surat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawasSurat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawas
 
Kertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawasKertas kerja kem pengawas
Kertas kerja kem pengawas
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwah
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Kertas kerja program motivasi tahun 6
Kertas kerja program motivasi tahun 6Kertas kerja program motivasi tahun 6
Kertas kerja program motivasi tahun 6
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
LDK 2
LDK 2LDK 2
LDK 2
 
Activities on conflict management
Activities on conflict managementActivities on conflict management
Activities on conflict management
 
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
 
Modul 7 kaunseling dan stress
Modul 7   kaunseling dan stressModul 7   kaunseling dan stress
Modul 7 kaunseling dan stress
 
Bina insan guru ppg
Bina insan guru ppgBina insan guru ppg
Bina insan guru ppg
 
Borang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapaBorang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapa
 
Kebenaran penjaga kosong 2014 15
 Kebenaran penjaga kosong 2014 15 Kebenaran penjaga kosong 2014 15
Kebenaran penjaga kosong 2014 15
 
Teka Peribahasa
Teka PeribahasaTeka Peribahasa
Teka Peribahasa
 
Aktiviti moral
Aktiviti moralAktiviti moral
Aktiviti moral
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlang
 
Artikel ispen-i
Artikel ispen-iArtikel ispen-i
Artikel ispen-i
 
Ko kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiKo kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasi
 

Similar to Modul ldk

Model Pembelajaran yang Efektif
Model Pembelajaran yang EfektifModel Pembelajaran yang Efektif
Model Pembelajaran yang Efektif
SMPN 3 TAMAN SIDOARJO
 
Model pembelajaran utk_kkgku
Model pembelajaran utk_kkgkuModel pembelajaran utk_kkgku
Model pembelajaran utk_kkgku
Nur Jaya
 
tabel menulis dan membaca.docx
tabel menulis dan membaca.docxtabel menulis dan membaca.docx
tabel menulis dan membaca.docx
FebriansyahMohammedA
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4
Modul Guruku
 
Model pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifModel pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifdebriz
 
Model pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifModel pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifdebriz
 
Model Pembelajaran.ppt
Model Pembelajaran.pptModel Pembelajaran.ppt
Model Pembelajaran.ppt
Adriansyah494148
 
2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt
2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt
2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt
mashudimashudi6
 
E 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdana
E 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdanaE 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdana
E 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdana
Dian Sari
 
Unit 9 belajar kelompok
Unit 9  belajar kelompokUnit 9  belajar kelompok
Unit 9 belajar kelompokDedi Mukhlas
 
Model-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranModel-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranGita Kumayas
 
model-model-pembelajaran
model-model-pembelajaranmodel-model-pembelajaran
model-model-pembelajaran
Enny Agustina Harefa
 
RPM 060213 rabu psk
RPM 060213 rabu pskRPM 060213 rabu psk
RPM 060213 rabu pskrazak12345
 
060213 rabu psk
060213 rabu psk060213 rabu psk
060213 rabu pskrazak12345
 
model-model-pembelajaran-inovatif (1).ppt
model-model-pembelajaran-inovatif (1).pptmodel-model-pembelajaran-inovatif (1).ppt
model-model-pembelajaran-inovatif (1).ppt
Arrasyid9
 

Similar to Modul ldk (20)

Model Pembelajaran yang Efektif
Model Pembelajaran yang EfektifModel Pembelajaran yang Efektif
Model Pembelajaran yang Efektif
 
Modul
ModulModul
Modul
 
Model pembelajaran utk_kkgku
Model pembelajaran utk_kkgkuModel pembelajaran utk_kkgku
Model pembelajaran utk_kkgku
 
tabel menulis dan membaca.docx
tabel menulis dan membaca.docxtabel menulis dan membaca.docx
tabel menulis dan membaca.docx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 4 BAB 4
 
Model pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifModel pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektif
 
Model pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifModel pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektif
 
Model Pembelajaran.ppt
Model Pembelajaran.pptModel Pembelajaran.ppt
Model Pembelajaran.ppt
 
2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt
2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt
2. MULTI METODE PEMBELAJARAN.ppt
 
MODEL PEMBELAJARAN
MODEL PEMBELAJARANMODEL PEMBELAJARAN
MODEL PEMBELAJARAN
 
E 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdana
E 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdanaE 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdana
E 2 144 dian purnama sari -- 01.c._lembar_peta_aktivitas_lokakarya perdana
 
Unit 9 belajar kelompok
Unit 9  belajar kelompokUnit 9  belajar kelompok
Unit 9 belajar kelompok
 
Model Model Pembelajaran
Model Model PembelajaranModel Model Pembelajaran
Model Model Pembelajaran
 
Model-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranModel-Model Pembelajaran
Model-Model Pembelajaran
 
model-model-pembelajaran
model-model-pembelajaranmodel-model-pembelajaran
model-model-pembelajaran
 
kumpulan model pembelajaran
kumpulan model pembelajarankumpulan model pembelajaran
kumpulan model pembelajaran
 
Model modl pembelajaran
Model modl pembelajaranModel modl pembelajaran
Model modl pembelajaran
 
RPM 060213 rabu psk
RPM 060213 rabu pskRPM 060213 rabu psk
RPM 060213 rabu psk
 
060213 rabu psk
060213 rabu psk060213 rabu psk
060213 rabu psk
 
model-model-pembelajaran-inovatif (1).ppt
model-model-pembelajaran-inovatif (1).pptmodel-model-pembelajaran-inovatif (1).ppt
model-model-pembelajaran-inovatif (1).ppt
 

Modul ldk

  • 1. Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Membina Matlamat - Hungga-hungga.. Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1) Menentukan matlamat hidup yang jelas dan bagaimana mencapainya 2) Menyedari bahawa usaha tanpa matlamat adalah kerja yang kerja sia-sia Masa : 30 Minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Kon, wisel Langkah- : 1) Guru Bimbingan membahagikan murid kepada 2 kumpulan. langkah 2) Dua orang Guru Bimbingan akan berdiri di tempat yang berasingan. 3) Guru Bimbingan mengarahkan peserta kumpulan 1bersedia manakala kumpulan 2 menonton. 4) Guru Bimbingan memaklumkan bahawa penamat adalah di antara 2 orang Guru Bimbingan yang berada di tempat berasingan. 5) Guru Bimbingan memberi arahan “mula” dengan meniup wisel tanpa memberi tahu di manakah garisan permulaan dan garisan penamat acara tersebut. 6) Guru Bimbingan sengaja mengelirukan peserta dengan mengubah tempat mereka berdiri atau menafikan tempat adanya penamat atau permulaan sambil ketiga-tiga Guru Bimbingan tersebut memberi arahan bermula lari kepada peserta. Ini bertujuan untuk mengelirukan peserta tentang garisan permulaan dan penamat acara lumba lari. 7) Guru Bimbingan mengarahkan kumpulan 2 bersedia dengan acara lumba lari dengan memberikan garisan permulaan dan penamat. 8) Membuat refleksi setelah selesai aktiviti. Penilaian : Melalui refleksi peserta pada akhir aktiviti.
  • 2. Rumusan : 1) Hidup mesti ada matlamat. 2) Perlu berusaha untuk mencapai matlamat. Falsafah : Matlamat menentukan siapa kita pada masa hadapan. Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Membina Matlamat - Mengapa saya datang ke sekolah? Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Menyedari pentingnya datang sekolah. 2. Bersemangat datang ke sekolah. Masa : 30 Minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Pensel, Pensel warna, kertas edaran „ Perjalanan ke sekolah. Langkah- : Guru Bimbingan menyuruh pelajar berfikir seketika tentang 1) langkah aktiviti yang mereka suka semasa di sekolah. 2) Guru Bimbingan bertanya kepada pelajar faktor-faktor/sebab mengapa mereka datang ke sekolah.Guru Bimbingan juga bertanya apa yang mereka “missed out” jika tidak datang ke sekolah. 3) Guru Bimbingan mengedarkan jadual harian untuk bulan tersebut dan menyuruh pelajar “tick” hari-hari yang mereka tidak hadir . Bilang dan lihat siapa yang paling kerap tidak hadir. 4) Membuat refleksi dan mengaitkan aktiviti „Hungga-hungga dengan aktiviti ini. Penilaian : Melalui refleksi peserta pada akhir aktiviti Rumusan : Apabila membuat sesuatu, kita mesti tahu apa matlamat dan 1. sasaran kita. Falsafah : Untuk melaksanakan sesuatu tugasan semestinya kita 1) mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. 2) Apabila kita ada matlamat yang jelas, ini akan memudahkan kita mencapai sasarannya.
  • 3. : Pembangunan Diri Murid Bidang Tajuk : Membina Matlamat - Perjalanan Hidupku Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Peserta dapat menggambarkan diri mereka pada masa akan datang . 2. Peserta mengetahui cita-cita mereka atau apa yang ingin mereka lakukan pada masa akan datang. 3. Peserta dapat membina matlamat yang jelas melalui lukisan yang dihasilkan. 4. Kesedaran tentang kepentingan usaha dalam mencapai kejayaan Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Pensel, pensel warna dan kertas edaran ‟ Perjalanan Hidupku” Langkah- : Guru Bimbingan mengedarkan kertas edaran “ Perjalanan 1. langkah Hidupku” kepada setiap peserta 2. Guru Bimbingan memberi arahan kepada mereka untuk menyambung lukisan tersebut dengan melukis gambar diri sendiri pada masa depan pada setiap petak kosong. Peserta digalakkan menulis catatan pada setiap petak yang dilukis contohnya apa yang akan mereka ingin buat pada masa depan pada petak-petak kosong yang seterusnya 3. Guru Bimbingan mengarahkan setiap pelajar untuk membentangkan apa yang dimaksudkan di sebalik lukisan yang dihasilkan oleh mereka 4. Guru Bimbingan akan mengaitkan aktiviti dengan matlamat dan hala tuju hidup mereka dalam aktiviti perbincangan 5. Guru Bimbingan mengarahkan peserta membuat refleksi tentang
  • 4. aktiviti yang dijalankan Penilaian : Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh murid. Rumusan :1. Dapat membina matlamat dalam diri murid 2. Dapat membentuk kerjasama antara murid. 3. Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan melakukan aktiviti dengan baik. 4. Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat tersebut Falsafah :1. Sedar akan matlamat hidup untuk mencapai kejayaan hidup 2. Setiap fasa hidup itu penting sebagai asas kejayaan hidup 3. Perlu tabah dan gigih untuk mencapai matlamat hidup Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Murid Membina Matlamat - Mencari Matlamat Hidup Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1.Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas 2.Dapat membina cita-cita dan wawasan diri 3.Mengetahui cara bagaimana mencapai cita-cita melalui komen membina oleh peserta lain 4. Mensyukuri Tuhan kerana memberikan peluang untuk membuka minda bagaimana menuju ke arah kejayaan 5. Dapat membina kejayaan diri sebaik mungkin. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Pen berwarna dan kertas A4 Langkah- : Set Induksi: langkah 1. Guru Bimbingan meminta murid-murid duduk dalam bentuk
  • 5. ladam kuda 2. Guru Bimbingan mula mengedarkan sekeping kertas dan pen berwarna kepada setiap peserta 3. Guru Bimbingan meminta peserta menuliskan cita-cita atau apa yang mereka ingin capai pada masa akan datang tanpa menulis nama. Sebagai contoh menjadi seorang guru, menjadi ketua kampung, memiliki rumah besar dan sebagainya 4. Guru Bimbingan akan mengumpul kertas yang telah siap ditulis dan memasukkannya ke dalam kotak. 5. Guru Bimbingan akan memilih peserta secara rawak dan meminta peserta tersebut mengambil kertas secara rawak di dalam kotak. - Perlu dipastikan kertas tersebut bukan milik sendiri. 6. Guru Bimbingan meminta peserta membacakan apa yang tercatat di dalam kertas yang diambil dan memberikan pandangan terhadap catatan tersebut. Peserta lain juga diminta untuk memberikan pendapat tentang catatan itu. ( perbincangan berkisar kepada bagaimana cara untuk mencapai cita-cita tersebut ) 7. Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan tentang kepentingan membina matlamat dalam hidup 8. Setiap peserta diminta berada dalam bentuk ladam kuda dan memberikan refleksi tentang aktiviti yang dijalankan 9. Guru Bimbingan memberikan objektif di akhir aktiviti Penilaian : Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh murid Rumusan :1. Dapat membina matlamat dalam diri murid 2. Dapat membentuk kerjasama antara murid. 3. Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan melakukan aktiviti dengan baik. 4. Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat tersebut 5. Murid dapat memahami dengan lebih mendalam bagi mencapai cita-cita 6. Perlunya cita-cita itu dicapai dengan membina matlamat yang betul oleh murid-murid
  • 6. Falsafah :1. Setiap orang mesti ada matlamat hidup, iaitu menjadi apa pada masa akan datang 2. Orang yang tiada cita-cita/matlamat sama seperti sebuah kapal ditengah lautan yang tidak tahu ke mana hala tujunya 3. Setiap cita-cita mesti disertakan dengan usaha yang gigih untuk mencapainya Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Membina Matlamat - Ekspresi muka Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Murid dapat mengenali diri dan perasaan mereka terhadap sekolah. 2. Murid mengetahui tujuan sebenar ke sekolah. 3. Murid menyedari kepentingan menimba ilmu tanpa jemu demi masa depan. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Kertas edaran, pen Langkah- :1. Guru Bimbingan mengedarkan kertas edaran yang telah siap langkah dilukis sebuah bangunan sekolah dan 5 orang pelajar yang tidak ada mata,hidung dan mulut kepada peserta. 2. Guru Bimbingan memberi arahan kepada pelajar untuk melukis eksperesi muka pelajar yang berada disekolah tersebut. 3. Setiap peserta diminta memberikan refleksi tentang apa yang menyebabkan mereka melukis eksperesi tersebut. 4. Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan kepada kepentingan sekolah dan cuba menukarkan perasaan negatif kepada perasaan positif. Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid
  • 7. Rumusan : 1. Murid dapat mengenali diri mereka dan perasaan mereka tehadap sekolah dengan baik. 2. Murid sedar kepentingan ilmu dan kelebihan ilmu demi untuk masa depan mereka. 3. Murid sedar tujuan sebenar mereka ke sekolah Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Membina Matlamat - Sekolah idamanku Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Peserta dapat mengetahui dengan jelas tujuan mereka ke sekolah setiap hari 2. Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Manila kad, pensil warna Langkah- : Guru Bimbingan membahagikan peserta kepada beberapa 1. langkah kumpulan. 2. Guru Bimbingan mengedarkan kertas manila kad kepada setiap kumpulan. 3. Peserta diberi arahan untuk menyenaraikan apa yang mereka suka tentang sekolah. 4. Selepas itu Guru Bimbingan akan memberi arahan kepada peserta untuk melukis dan mewarnakan gambar sekolah idaman mereka. 5. Guru Bimbingan mengarahkan setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan gambar serta isi yang ditulis.Peserta lain diminta memberikan maklum balas . 6. Guru Bimbingan menerangkan tentang matlamat sebenar mengapa murid harus kesekolah.
  • 8. Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid Rumusan : Murid sedar akan kepentingan perlunya ada matlamat untuk 1. mencapai kejayaan samaada dalam pelajaran atau sebaliknya. 2. Pelajar mengetahui dengan jelas tujuan sebenar kesekolah Falsafah : Sekolahku syurgaku menanam minat dan keseronokan dalam diri 1. pelajar. 2. Ada daya penarik (penanda aras) mendorong kehadiran kesekolah. 3. Pelajar perlu roalistik dan menyemaikan diri. Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Membina matlamat - Cari-cari Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Menyedarkan peserta mengenai kesukaran yang dihadapi apabila tidak mempunyai arah tujuan yang jelas dalam hidup. 2. Menyedarkan tentang kepentingan matlamat dalam kehidupan. 3. Mengeratkan semangat kerjasama berpasukan. 4. Bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pancaindera yang sempurna. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Kain/skaf untuk menutup mata Langkah- : Set Induksi: langkah
  • 9. 1. Guru Bimbingan membahagikan peserta kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid. 2. Guru Bimbingan mengarahkan setiap kumpulan memilih ketua masing-masing. 3. Semua peserta kecuali ketua kumpulan diarah untuk menutup mata dengan menggunakan kain. 4. Keempat-empat ketua akan disuruh berdiri di tempat tertentu dan tidak boleh mengeluarkan suara dan hanya boleh tepuk tangan sahaja. 5. Selepas mata ditutup, Guru Bimbingan mengarahkan peserta mencari ketua kumpulan masing-masing mengikut bunyi tepukan sahaja. 6. Guru Bimbingan mengarahkan peserta yang bertutup mata mencari ketua kumpulan mereka masing-masing. Masa yang diberikan hanya 5 minit untuk mencari ketua masing-masing. 7. Guru Bimbingan boleh menganggu perhatian peserta. 8. Guru Bimbingan mengarahkan semua ahli kumpulan membuka mata dan lihat adakah ketua yang mereka cari merupakan ketua kumpulan mereka. 9. Semua peserta kembali dalam kumpulan masing-masing. Guru Bimbingan memberikan note yang ditulis jenis haiwan kepada ketua kumpulan. 10. Setiap kumpulan diarahkan membunyikan jenis haiwan masing- masing apabila peserta mencari ketua kumpulan mereka. 11. Guru Bimbingan meminta peserta memberikan refleksi terhadap kedua-dua aktiviti. 12. Guru Bimbingan mengaitkanaktiviti dengan kepentingan untuk menumpukan perhatian ( berfokus kepada matlamat analisis terhadap apa yang didengar. Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberikan oleh murid Rumusan 1. Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu : mengenalpasti mata pelajaran yang akan dipelajari. 2. Dapat membentuk kerjasama antara murid. 3. Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan mendengar dengan baik. Falsafah 1. Dapat membina matlamat seseorang murid yang mana sedang :
  • 10. mencari tujuan hidupnya. 2. Jika tiada matlamat hidup, seseorang itu akan ketinggalan dan tidak tahu hala tujunya. Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Membina Matlamat - Dragon Ball Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Menyedarkan peserta mengenai kegagalan dihadapi apabila tidak mempunyai arah tujuan yang jelas dalam hidup. 2. Menyedarkan tentang kepentingan matlamat dalam kehidupan. 3. Bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pancaindera yang sempurna. Masa 30 minit Sasaran : Tahun 3 Bahan : Bola ( sebiji setiap kumpulan ), Kon Langkah- : Set Induksi: langkah 1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji bola dan satu objek sebagai penanda. 2. Guru Bimbingan mengarahkan peserta membuat satu bulatan besar. 3. Guru Bimbingan meletakkan kon sebagai matlamat di tengah- tengah bulatan. Jarak sekurang-kurangnya 5 meter daripada peserta. 4. Guru Bimbingan meminta seseorang peserta memulakan permaian ini dengan menutup mata peserta tersebut. Peserta lain diarah memerhatikan aktiviti ini tanpa memberikan komen atau maklumat kepadanya. 5. Guru Bimbingan mengarahkan seseorang peserta mengalihkan objek tersebut selepas peserta menutup mata. 6. Guru Bimbingan memusingkan peserta yang menutup mata beberapa kali sebelum menyerahkan sebiji bola kepadanya. 7. Guru Bimbingan mengarahkan peserta tersebut melo
  • 11. Bidang : Akademik Tajuk : Kapal Layarku Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :- Mengukuhkan daya ingatan pelajar berdasarkan arahan / strategi daripada Guru Bimbingan Masa : 60 Minit Sasaran : Tahun 2 Bahan : Kertas warna A4 Langkah- : Setiap murid diagihkan dua helai kertas A4 1. langkah yang berlainan warna. 2. Guru Bimbingan mengarahkan murid-murid melihat/ membentuk sehelai kertas menjadi kapal layar/ motorboat dengan kreativiti mereka sendiri tanpa bantuan guru. 3. Seterusnya Guru Bimbingan mengarah murid melipat kertas yang sehelai lagi mengikut strategi dari guru. 4. Murid akan diuji mengingat strategi tersebut berdasarkan arahan Guru Bimbingan akan membandingkan kedua-dua hasil yang telah mereka buat. 5. Kemudian, Guru Bimbingan mengarahkan murid-murid menggunakan teknik penyusunan yang betul untuk menyusun strategi dan mengingatkan cara membuat kapal mengikut cara yang betul. Penilaian : Memerlukan kemahiran mengingat dan memberi perhatian kepada Guru Bimbingan. Rumusan : Penyusunan isi atau langkah-langkah yang 1. betul akan meningkatkan proses daya ingatan. 2. Susun isi mengikut keutamaan.
  • 12. Falsafah : Memberi perhatian dan focus kepada ketua 1. 2. Membina kekuatan daya ingatan Bidang : Akademik Tajuk : Kek Hari Jadi Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :- 1. Memperingati tarikh lahir mereka. 2. Menguji daya ingatan dan berfikir dengan aktif Masa : 25 Minit Sasaran Tahun 4 : Bahan Gambar sebiji kek atau sebiji kek yang betul. : Langkah- : Guru 1) Bimbingan meminta ahli langkah mengambarkan bahawa sebiji kek hari jadi telah dihadiahkan kepadanya. Ceritakan bahawa terdapat lapan orang rakan bersamanya dan dia perlu memotong kek itu kepada lapan bahagian dengan hanya empat kali potong sahaja. 2) Guru Bimbingan akan memberikan alternatif bagaimana untuk membuat pembahagian yang betul serta teknik mengingat. Murid boleh memilih cara yang disukai.Contohnya :- i. Potong dua melintang. Hasilnya dua keping kek yang besar. Kemudian potong daripada atas dua kali sehingga menjadi ¼. Hasil lapan kek atau ii. Potong sekali daripada atas ke bawah. Jadi dua keping. Angkat sebelah naikkan ke atas kek yang sebelah lagi. Potong dua, jadi empat keping. Angkat sebelah empat keping naikkan ke atas dan potong, jadi lapan
  • 13. keping. iii. Potong bulat ditengah (jadi dua keping kek berbentuk bulat, satu kecil dan satu lagi besar dengan ruang kosong di bahagian tengah). Kemudian potong empat daripada atas. 3) Guru Bimbingan akan mempraktikkan kaedah dengan penggunaan sistem gambar. 4) Murid diminta mengaitkan maklumat tersebut dengan gambar. 5) Gambar jawapan kepada strategi kek dipotong dilukis 6) Hafal maklumat atau strategi tersebut beserta bayangan gambar yang dipilih. Penilaian : Memerlukan kemahiran mengambarkan, mengingat dan hafalan. Rumusan : Penemuan 1. kepada sesuatu jalan penyelesaian masalah akan dapat meningkatkan ingatan terhadap sesuatu fakta pembelajaran. 2. Terdapat banyak pilihan untuk mengingat sesuatu fakta pembelajaran jika kita mempunyai pemikiran yang aktif dan kreatif. Falsafah : Menggunakan 1. kekreatifan untuk menyelesaikan masalah. 2. Membina teknik menghafal, mengingat dan kefahaman tentang sesuatu perkara ntar bola kea rah objek penanda setepat yang mungkin tanpa meminta bantuan. 8. Guru Bimbingan meminta peserta lain mencuba aktiviti ini. Objek penanda haruslah diubah kedudukannya setiap kali peserta bertukar. 9. Guru Bimbingan mengulang aktiviti melontar bola ke arah objek tetapi tanpa menutup mata. 10. Guru Bimbingan meminta maklum balas dari beberapa orang
  • 14. peserta. 11. Guru Bimbingan mengaitkan kegagalan mengenai sasaran ketika melontar bola dengan menutup mata sebagai perbuatan orang yang sia-sia kerana tidak tahu matlamatnya. Kejayaan adalah berkaitan dengan kejayaan melontar bola dengan tepat kearah objek sebagai matlamatnya, menunjukkan matlamat adalah penting dalam mencapai sesuatu kejayaan. Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberikan oleh murid Rumusan 1. Peserta perlu tahu matlamat hidup yang jelas dan bagaimana : mencapainya. 2. Usaha tanpa matlamat adalah kerja yang sia-sia Falsafah : Setiap orang mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan berpegang kepada prinsip hidup masing-masing. Bidang : Akademik Tajuk : Menghormati orang lain (rangkaian komunikasi) Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :- 1. Mengukuhkan daya ingatan dan mewujudkan nilai murni 2. Menghormati orang lain. Masa : 60 Minit Sasaran : Tahun 5 Bahan : Kad imbasan (puzzle) Langkah- :1) Guru Bimbingan menunjukkan kad imbasan dan meminta langkah murid menyebut berulang-ulang melalui penggunaan sistem irama. 2) Guru Bimbingan mengedarkan sampul yang mengandungi keratan yang mengandungi „puzzle‟
  • 15. 3) Murid mencantumkan keratan-keratan tersebut supaya menjadi rangkaikata yang sopan 4) Murid diberi kebebasan memilih lagu dari artis yang mereka gemari 5) Murid-murid akan menyebut perkataan-perkataan yang dihasilkan beriringan dengan lagu kegemaran mereka. 6) Murid akan kemudian akan membina atau menukar ayat bersama isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama. 7) Guru Bimbingan meminta murid mengingati kembali perkataan tersebut dan meminta pendapat murid-murid bilakah perkataan/rangkaikata ini sesuai digunakan 8) Guru Bimbingan meminta murid berlakon dengan menggunakan rangkaikata 1 perkataan tersebut dengan bimbingan Guru Bimbingan menggunakan teknik sistem irama untuk mengingati kad imbasan tersebut semula. Penilaian : Memerlukan kerjasama kumpulan, menyebut berulang-ulang, mengingat ,menyanyi dan berlakon. Rumusan :1. Pembelajaran yang menggunakan kaedah dan teknik yang menarik akan memudahkan lagi fakta yang ingin diingati 2. Mencipta irama sendiri juga sangat efektif dalam proses mengingat fakta. Falsafah :1. Membina sikap kreatif dan inovatif 2. Membina nilai-nilai murni 3. Membina daya ingatan yang kuat Bidang : Akademik Tajuk : Rantaian nota Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :- 1. Untuk mengetahui dan mengingat fakta-fakta atau nota 2. Untuk berkenalan diantara satu sama lain. Masa : 25 Minit
  • 16. Sasaran : Tahun 5 Bahan : Kertas A4, pensil warna dan tali. Langkah- :1) Peserta –peserta diberikan kertas A4 dan pensil warna untuk langkah menulis nota yang berkaitan dengan mata pelajaran seperti sains, maths. 2) Selepas 5 minit, murid-murid dikehendaki menulis nota pada sehelai kertas A4 dan melipat 4 bahagian contohnya proses percambahan biji benih mengikut turutan. 3) Pelajar dikehendaki membuat atau melukis carta dan kemudiannya mengoyak bahagian tadi kepada 4 bahagian. 4) Pelajar duduk dalam susunan bentuk bulatan dan meminta mereka menggaulkan atau mencampurkan kertas tadi. 5) Setiap pelajar dikehendaki mengambil nota dan mencantum dengan betul susunannya. Setiap pelajar tidak boleh mengambil nota mereka sendiri. 6) Selepas itu mereka dikehendaki bergilir-gilir sehingga semua pelajar dapat menyelesaikan kesemua nota kawan-kawan mereka. 7) Setelah kesemua nota dapat dibuat mereka mengikatnya dan dijadikan nota poket Penilaian : Memerlukan pelajar melukis, kerjasama dan mengingat Rumusan :1. Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat 2. Membuat nota yang pendek / peta minda akan menyenangkan untuk di ingat 3. Sesuatu perkara jika bekerjasama dan perbincangan akan lebih mendatangkan hasil daripada belajar bersendirian. Falsafah :1. Setiap proses pembelajaran perlu adanya sumber rujukan 2. Perlu adanya nota poket untuk meudahkan lagi proses mengingat walau dimana-mana kita berada Bidang : Akademik
  • 17. Tajuk : Pelangi petang Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :- 1. Mengingati warna pelangi 2. Boleh menyenaraikan warna-warna pelangi Masa : 35 Minit Sasaran : Tahun 5 Bahan : Kertas A4 dan pensil Langkah- :1) Setiap pelajar dikehendaki berkumpul dan membentuk satu langkah bulatan kecil yang terdiri daripada 7 orang peserta. Setiap pelajar akan mengingati warna-warna pelangi 2) Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki mengingati 1 warna dan kumpulan mereka perlu mencipta satu lagu bagi mengingati warna-warna pelangi. 3) Kumpulan mereka perlu bekerjasama bagi mencipta lagu yang mana ia mencerminkan atau mengingatkan warna- warna pelangi. 4) Pelajar perlu menyanyikan kepada kawan-kawan dan berkongsi lagu/perkataan yang mereka cipta. Penilaian : Memerlukan kerjasama, mengingat, menyanyi dan berkongsi. Rumusan :1. Pelajar dapat ingat warna pelangi jika mereka menyanyi atau mencipta perkataan sendiri 2. Dengan adanya kemahiran mengingat yang baik ia akan lebih memudahkan proses mengingat. 3. Membuat nota yang pendek/peta minda akan menyenangkan untuk diingat. 4. Falsafah :1. Membina sikap bekerjasama di kalangan kumpulan 2. Menguji daya ingatan 3. Membina sikap kreatif 4. Membina nilai murni
  • 18. Bidang : Akademik Tajuk : Pengurusan Masa - life… Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa. 2. Membantu peserta celik akal 3. Menerangkan kepada peserta mengenai tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar. Masa : 60 Minit Sasaran : Tahun 5 Bahan : Tali Langkah- :1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. langkah 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil daripada setiap kumpulan datang kehadapan. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan arahan: Mengasingkan wakil-wakil dari setiap kumpulan tersebut. Setiap wakil memegang tali secara selari. Penghujung tali lagi satu, dipegang oleh wakil yang telah diasingkan oleh Guru Bimbingan. Apabila telah bersedia, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan meniupkan wisel. Ini bermakna wakil yang diasingkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menarik tali perlahan- lahan. Apabila tali tersebut di tarik, pihak yang ditarik cuma boleh menahan tarikan dan tidak dibenarkan menyimpul tali di tangan atau menggerakkan tangan melawan arus. Pihak yang terlepas talinya dikira kalah. Permainan ini diteruskan sehingga kesemua tali berjaya ditarik oleh wakil kumpulan yang diasingkan. Penilaian : Murid dapat menarik tali dengan kukuh dan pantas. Rumusan :1. Menghargai masa yang ada. 2. Untuk berjaya kita perlu berusaha. 3. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat. 1. Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.
  • 19. Falsafah :2. Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali 3. Masa tidak akan menunggu kita. 4. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 5. Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan sehingga mencapai kejayaan. Bidang : Akademik Tajuk : Pengurusan masa - Titanic Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa. 2. Untuk melihat murid adakah mereka peka terhadap masa Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 5 Bahan : Kertas A4, pen Langkah- :1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar langkah kepada 3 kumpulan. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran 1 (Titanic) kepada pelajar. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membaca situasi lampiran 1 dan membincangkan mengenai permasalahan tersebut. 4. Arahan dari Guru Bimbingan dan Kaunseling:- Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan masa 2 minit kepada pelajar untuk mencari penyelesaian. Guru Bimbingan dan Kaunseling membiarkan pelajar menyelesaikan masalah tanpa memperdulikan murid dan melihat siapa yang akan tampil kehadapan untuk membentangkan. Jika tiada.. Setelah 2 minit Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjerit ”Akhirnya telah mati kedua-duanya. Penilaian : Murid dapat mencari penyelesaian dengan cepat dan pantas.
  • 20. Rumusan :1. Menghargai masa yang ada. 2. Untuk berjaya kita perlu berusaha. 3. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat. Falsafah :1. Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh. 2. Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali 3. Masa tidak akan menunggu kita. 4. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 5. Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan sehingga mencapai kejayaan. Bidang : Akademik Tajuk : Pengurusan masa - Seikat Serumpun Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa. 2. Membuat sesuatu tugasan berdasarkan tempoh masa yang diberi. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 6 Bahan : Muzik, Telur dan tali Langkah- : Set induksi :- langkah 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan sibiji telur kepada tiap-tiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan juga diberi 8 utus tali. 4. Murid mengangkat telur menggunakan tali tanpa memegang telur. 5. Kumpulan yang menjatuhkan telur dianggap kalah. Penilaian : Murid dapat mengangkat telut tanpa menggunakan tali dengan kukuh dan pantas.
  • 21. Rumusan :1. Menghargai masa yang ada. 2. Untuk berjaya kita perlu berusaha. 3. Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat. Falsafah :1. Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh. 2. Masa itu emas dan tidak akan menunggu kita. 3. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 4. Setiap kegagalan jika berusaha pasti mencapai kejayaan. Bidang : Akademik Tajuk : Pengurusan Masa - Tingkat Kejayaan Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Untuk berjaya berjaya kita mesti berusaha. 2. Kejayaan yang dicapai tidak akan berhasil tanpa pengurusan masa yang bijak 3. Membuka minda murid untuk berjaya mereka perlu menguruskan masa dengan bijak. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 6 Bahan : Kertas A4, Lampiran 1 Langkah- : Set induksi :- langkah 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran dan kertas A4 kepada setiap kumpulan. 2. Guru bimbingan memberikan masa 5 minit kepada murid untuk melihat lampiran 1. 3. Guru bimbingan menerangkan maksud gambar rajah dan memberi penerangan kepada murid 4. Guru bimbingan meminta murid menulis di atas kertas A4 kenapa kita perlu mengamalkan budaya cemerlang. 5. Beberapa orang murid diminta membuat pembentangan secara sukarela. 6. Murid yang lain boleh menyoal ,bertukar pendapat dan pengalaman dengan murid yang lain. Penilaian : Murid dapat memahami dan menyatakan pendapat tersendiri Rumusan : Murid dapat berfikir secara kreatif dan bertindak di dalam
  • 22. kumpulan secara berkerjasama dan berpasukan. Falsafah :1. Untuk berjaya kita mesti mempunyai matlamat dalam hidup kita. 2. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Bidang : Kemahiran Mendengar dan Tanya Tajuk : Yang Paling Hebat Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri. Mewujudkan sifat-sifat menghargai diri sendiri di kalangan peserta. Menyedarkan kepada peserta bahawa setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing. Masa : 30 minit Sasaran : Murid Sek. Ren. Tahap 2 (Darjah 3-6) Bahan : Jari tangan Langkah- : Set induksi :- langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan kelima-lima jari. Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan jari anak, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing diminta memberikan pendapat mengenai satu jari yang paling hebat dan rasionalnya memilih jari tersebut. Seorang wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan pendapat tersebut. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya apa akan terjadi apabila ketiadaan salah satu jari tersebut. Penilaian : Murid dapat memberikan pendapat yang bernas mengenai fungsi dan kehebatan salah satu jari yang dipilih. Rumusan : Murid dapat memberikan fokus, mendengar dengan baik, berfikir secara kreatif dan bertindak di dalam kumpulan secara berkerjasama.
  • 23. Falsafah : Menggalakkan komunikasi peserta dan mempertahankan hujah yang dipilih. Setiap orang/individu mempunyai peranan masing- masing samada dalam keluarga, organisasi atau masyarakat. Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Perlu mempunyai sikap saling menghormati dan mempercayai orang lain. Bidang : Kemahiran Mendengar dan Tanya Tajuk : Mendengar Dengan Baik Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- Menjadi seorang pendengar yang baik. Memahami mesej yang disampaikan oleh penutur. Menghayati perasaan penutur (empati) terhadap apa yang disampaikan. Masa : 30 minit Sasaran : Murid Sek Ren Tahap 2 (Darjah 3-6) Bahan : Peserta Langkah- : Set induksi :- langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid menyenaraikan sikap-sikap seorang rakan yang baik dan boleh di percayai. Peserta-peserta diminta mencari pasangan masing-masing (A & B). Setiap pasangan diminta mencari tempat yang sesuai dan peserta (A) diminta menceritakan tentang latarbelakang, pengalaman pahit dan manisnya kepada pasangan masing- masing (B) dalam masa yang ditetapkan oleh fasilitator. Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan yang besar dan peserta B akan menceritakan semula tentang apa yang telah diberitahu oleh peserta A. Peserta A pula diminta mengesahkan sejauhmana- kebenaran cerita yang telah disampaikan oleh peserta B. Peserta A juga diminta menceritakan bagaimana tingkahlaku peserta B semasa peserta A menceritakan tentang pengalamannya tadi. Sebagai contoh :
  • 24. - Adakah peserta B memotong percakapannya ? - Adakah peserta B memberi perhatian yang sepenuhnya ? - Adakah peserta B berpura-pura mendengar ? - Adakah peserta B dalam keadaan khayal ? - Adakah peserta B dipengaruhi emosi ? - Adakah peserta B empati ? - Adakah peserta B memberikan respon yang sesuai ? - Adakah peserta B seorang pendengar yang baik ? Penilaian : Murid dapat membina hubungan yang baik dengan orang di sekeliling dan dapat menghayati apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Rumusan : Murid dapat belajar menjadi seorang pendengar yang baik dan belajar memahami perasaan orang lain. Falsafah : Kalau bicara itu perak dan diam itu emas, maka pendengar yang baik lebih mulia dari keduanya. Faktor paling penting dalam rahsia kejayaan adalah kemahiran menjalinkan perhubungan manusia dengan baik. Bidang : Kemahiran Mendengar dan Tanya Tajuk : Delta (Dengar dan Tanya) Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- Menyedari tahap kebolehan masing-masing dalam mendengar dan bertanya jika tidak faham sesuatu mesej. Memahami mesej yang disampaikan oleh penutur. Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri dan orang lain. Masa : 30 minit Sasaran : Murid Sek. Ren. Tahap 2 (Darjah 3-6) Bahan : Nota ayat ringkas. Langkah- : Set induksi :- langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan faedah memahami sesuatu mesej yang disampaikan. Murid-murid berbaris mengikut kumpulan. Seorang wakil di hadapan bagi setiap kumpulan datang ke hadapan untuk membaca dan mengingati nota yang disediakan. Wakil kumpulan menceritakan kepada ahli yang kedua dan ahli yang kedua akan bertanya jika tidak
  • 25. jelas. Ahli yang kedua pula menceritakan kepada rakan di belakangnya dan begitulah sehingga ahli yang di belakang sekali. Rakan yang tidak jelas akan bertanya. Ahli yang di belakang sekali bagi setiap kumpulan akan datang ke hadapan untuk menceritakan semula nota yang telah diberikan. Penilaian : 80% murid dapat menceritakan semula nota ringkas tadi dengan tepat. Rumusan : Murid dapat mendengar dengan baik, bertanya jika tidak jelas, bekerjasama dengan ahli kumpulan serta memberikan fokus terhadap sesuatu. Falsafah : Bersoal jawab dapat memantapkan pemahaman dan daya ingatan. Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Peka dan luaskan minda ke arah kejayaan.