SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Keunikan makanan
Kepelbagaian merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan
tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa
anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia:
Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan
Melayu.
Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal
dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan
pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu
mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.
Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari
Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka
sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak,
Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat
ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang
dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan
mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi
negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi
oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan
dialek percakapan mereka: ala Siam.
Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum
Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan
Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri
Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai
balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik
sebagai Yam Tuan Muda Johor.
Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah
kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad
ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan
Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral
Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.
Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi
apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam.
Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan
lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat
menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada
abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di
Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika
kerja.
Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka
merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti
kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan
Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di
ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di
Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini
dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini
berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan
budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari
seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek.
Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka
mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang
lain.
Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya
yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya
menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan
ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga
dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan
masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India
dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka
masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya
masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-
lain.
Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan
orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi
dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan
orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan
adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya
diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi
tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of
Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.
Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili
dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan
suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari
keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah
ratusnya.
Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam
segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam
masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering.
Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang,
halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar,
jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di
sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau
dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba
seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan,
kunyit, lengkuas dan buah pala.
Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di
Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek
dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih
berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan
berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah
dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan
sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun
kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan
amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan
sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan
daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang
mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak
kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit
seseorang.
Untuk pesakit diabetis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan
ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan
dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi
penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam
bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali
menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu
hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di
restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut
meminatinya.
Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja
menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina
dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada
masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang
pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-
hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam,
rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam
goreng dan paru goreng.
Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk
pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama
ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang
Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai
juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-
lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan
sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula
dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga
makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-
lain.
Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.
Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar
(kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang
sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras,
beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas
kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan)
bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.
Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu
dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan
Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan
lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi
kampung.
Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita.
Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan
atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri
lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang
membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi
dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh
hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala
ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa,
kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita
akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang
India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.
Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara
Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama
kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk
Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini
berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua
bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja
merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di
restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di
atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman
iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air
minuman kebangsaan Malaysia.

More Related Content

What's hot

Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuYanti Nazirah
 
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumigeografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumiRamli Rem
 
Sejarah STPM P2 - Kepimpinan
Sejarah STPM P2 - Kepimpinan Sejarah STPM P2 - Kepimpinan
Sejarah STPM P2 - Kepimpinan Kartini hasri
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarMohd Alfathi
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Cornard Conot
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawakdigitalsejarah
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaFariszuddin
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpurdigitalsejarah
 

What's hot (20)

Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
 
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumigeografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
 
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan SrivijayaKerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya
 
Sejarah STPM P2 - Kepimpinan
Sejarah STPM P2 - Kepimpinan Sejarah STPM P2 - Kepimpinan
Sejarah STPM P2 - Kepimpinan
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 

Viewers also liked

Fruit carving notes
Fruit carving notes Fruit carving notes
Fruit carving notes Eeramon
 
NOTA LUKISAN PERSEMBAHAN
NOTA LUKISAN PERSEMBAHANNOTA LUKISAN PERSEMBAHAN
NOTA LUKISAN PERSEMBAHANAishah Liman
 
Garnishes ppt3
Garnishes ppt3Garnishes ppt3
Garnishes ppt3jeanne56
 
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"SMK Jeram
 
Slide show (appetizer) (1) epy
Slide show (appetizer) (1)   epySlide show (appetizer) (1)   epy
Slide show (appetizer) (1) epyfarah_syazwani
 
Garnishes ppt 1
Garnishes ppt 1Garnishes ppt 1
Garnishes ppt 1jeanne56
 
Memberikan pelatihan kepada pramusaji restoran
Memberikan pelatihan kepada pramusaji restoranMemberikan pelatihan kepada pramusaji restoran
Memberikan pelatihan kepada pramusaji restoranDedy Wijayanto
 
FOOD PRESENTATION
FOOD PRESENTATIONFOOD PRESENTATION
FOOD PRESENTATIONemily
 
Food presentation
Food presentationFood presentation
Food presentationDillip Lama
 
Prinsip rekaan premis makanan
Prinsip rekaan premis makananPrinsip rekaan premis makanan
Prinsip rekaan premis makananAsif Yahya
 

Viewers also liked (14)

Tata hidangan
Tata hidanganTata hidangan
Tata hidangan
 
Fruit carving notes
Fruit carving notes Fruit carving notes
Fruit carving notes
 
NOTA LUKISAN PERSEMBAHAN
NOTA LUKISAN PERSEMBAHANNOTA LUKISAN PERSEMBAHAN
NOTA LUKISAN PERSEMBAHAN
 
Garnishes ppt3
Garnishes ppt3Garnishes ppt3
Garnishes ppt3
 
Garnish
GarnishGarnish
Garnish
 
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
 
Slide show (appetizer) (1) epy
Slide show (appetizer) (1)   epySlide show (appetizer) (1)   epy
Slide show (appetizer) (1) epy
 
Garnishes ppt 1
Garnishes ppt 1Garnishes ppt 1
Garnishes ppt 1
 
Memberikan pelatihan kepada pramusaji restoran
Memberikan pelatihan kepada pramusaji restoranMemberikan pelatihan kepada pramusaji restoran
Memberikan pelatihan kepada pramusaji restoran
 
Kitchen equipment1
Kitchen equipment1Kitchen equipment1
Kitchen equipment1
 
FOOD PRESENTATION
FOOD PRESENTATIONFOOD PRESENTATION
FOOD PRESENTATION
 
Food presentation
Food presentationFood presentation
Food presentation
 
Prinsip rekaan premis makanan
Prinsip rekaan premis makananPrinsip rekaan premis makanan
Prinsip rekaan premis makanan
 
Food plating
Food platingFood plating
Food plating
 

Similar to Keunikan makanan

Budaya cina sunda
Budaya cina sundaBudaya cina sunda
Budaya cina sundaAndre Aja
 
Makanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysiaMakanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysiaIvy Wong
 
Makalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner Nusantara
Makalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner NusantaraMakalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner Nusantara
Makalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner NusantaraDini_Ratnasari
 
hidangan budaya Indonesia
hidangan budaya Indonesiahidangan budaya Indonesia
hidangan budaya Indonesiadinamuslimah
 
Makanan tradiosional
Makanan tradiosionalMakanan tradiosional
Makanan tradiosionalAnny Tang
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayNadia Bohari
 
Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...
Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...
Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...yunilla
 
Tugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarTugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasardika31des
 
PPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptx
PPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptxPPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptx
PPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptxRikiRizki4
 
Suku suku di jawa
Suku suku di jawaSuku suku di jawa
Suku suku di jawaMellisaayu
 
Makanan tradisional di malaysia (group 4)
Makanan tradisional di malaysia (group 4)Makanan tradisional di malaysia (group 4)
Makanan tradisional di malaysia (group 4)AufaNabilah1
 
Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)
Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)
Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)RezaWahyuni5
 
Tugas pp ips
Tugas pp ipsTugas pp ips
Tugas pp ipstickaaja
 

Similar to Keunikan makanan (20)

Budaya cina sunda
Budaya cina sundaBudaya cina sunda
Budaya cina sunda
 
Makanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysiaMakanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysia
 
Makalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner Nusantara
Makalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner NusantaraMakalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner Nusantara
Makalah fundamental of diet and cullinary 1 : Kuliner Nusantara
 
Koswer Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Koswer Pendidikan Sivik & KewarganegaraanKoswer Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Koswer Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
 
hidangan budaya Indonesia
hidangan budaya Indonesiahidangan budaya Indonesia
hidangan budaya Indonesia
 
Tugasan bm
Tugasan bm Tugasan bm
Tugasan bm
 
Makanan tradiosional
Makanan tradiosionalMakanan tradiosional
Makanan tradiosional
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestay
 
Kewirausahaan
KewirausahaanKewirausahaan
Kewirausahaan
 
Kebudayaan Minangkabau (ppt)
Kebudayaan Minangkabau (ppt)Kebudayaan Minangkabau (ppt)
Kebudayaan Minangkabau (ppt)
 
Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...
Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...
Dengke na niarsik merupakan masakan tradisional khas batak toba yang mengandu...
 
Tugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarTugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasar
 
PPT KEL 6_INDIA.pptx
PPT KEL 6_INDIA.pptxPPT KEL 6_INDIA.pptx
PPT KEL 6_INDIA.pptx
 
PPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptx
PPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptxPPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptx
PPT Rumah Makan Nglaras Rasa Kelompok 6.pptx
 
Masak masak
Masak masakMasak masak
Masak masak
 
Tugas Ilmu Sosial Dasar
Tugas Ilmu Sosial DasarTugas Ilmu Sosial Dasar
Tugas Ilmu Sosial Dasar
 
Suku suku di jawa
Suku suku di jawaSuku suku di jawa
Suku suku di jawa
 
Makanan tradisional di malaysia (group 4)
Makanan tradisional di malaysia (group 4)Makanan tradisional di malaysia (group 4)
Makanan tradisional di malaysia (group 4)
 
Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)
Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)
Kearifan Lokal (Fasya and Sabrina)
 
Tugas pp ips
Tugas pp ipsTugas pp ips
Tugas pp ips
 

Recently uploaded

RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakAjiFauzi8
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDsulistyaningsihcahyo
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxrani414352
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfsubki124
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMhanyakaryawan1
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...luqmanhakimkhairudin
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxTekiMulyani
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 

Keunikan makanan

  • 1. Keunikan makanan Kepelbagaian merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu. Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam. Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.
  • 2. Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja. Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.
  • 3. Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain- lain. Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya. Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering.
  • 4. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang. Untuk pesakit diabetis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu
  • 5. hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya. Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel- hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain- lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain- lain. Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas
  • 6. kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung. Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.