SlideShare a Scribd company logo
Adat Resam dan Pantang Larang Masyarakat Cina
PENGENALAN
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal
kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan
secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun
apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina
secara keseluruhannya.
Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas
lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan
kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu
sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu
mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga
digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama
kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila
harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap
menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang
manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali
makan makanan yang �tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan
makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan
ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil,
terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat,
bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan
tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.
Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan
tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat
Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa
depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.
Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua.
Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani
kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih
daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar
kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin
disamping menguatkan semula tenaga.
Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang
mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanaksaudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem
nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat
mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu
diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
Bunyi nama mestilah sedap didengar.
Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.
Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga
akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan
atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

More Related Content

What's hot

Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaLot Kubur
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaSang Kidal
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
themimie
 
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuSiti Nor BahijAh
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
Florence Nandong
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Tika Daud
 
kepelbagaian agama
kepelbagaian agamakepelbagaian agama
kepelbagaian agamaCt Muna
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
Ying Yew
 
Baba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITASBaba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITAS
Ns Nzm
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
wk_aiman
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
wan arizwnb
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
Pang Shuen
 
Adab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumahAdab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumah
mirai-san
 

What's hot (20)

Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan NyonyaHubungan Etnik - Baba dan Nyonya
Hubungan Etnik - Baba dan Nyonya
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 
Kaum iban
Kaum ibanKaum iban
Kaum iban
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
 
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
adat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaumadat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaum
 
kepelbagaian agama
kepelbagaian agamakepelbagaian agama
kepelbagaian agama
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Pantang
PantangPantang
Pantang
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Baba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITASBaba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITAS
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
 
Adat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cinaAdat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cina
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
 
Adab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumahAdab pergaulan dalam rumah
Adab pergaulan dalam rumah
 

Similar to Adat resam dan pantang larang masyarakat cina

Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
RachelMaharani4
 
Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2
Low Hui Seet
 
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblTyas Mlik Dy S'org
 
antropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasarantropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasar
hesti kusdianingrum
 
Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...
Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...
Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...
Aprillia Indah Fajarwati
 
budayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptxbudayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptx
lailatulhusni1
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Renee Evelyn
 
ISBD.ppt
ISBD.pptISBD.ppt
Ibu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaran
Ibu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaranIbu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaran
Ibu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaran
Nodd Nittong
 
PERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptx
PERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptxPERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptx
PERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptx
ssuser8a13d21
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
Jat Anasiti
 
PPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptx
PPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptxPPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptx
PPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptx
DesiNatalia68
 
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptxHasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
AAsmaSaad1
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
Isbd kebidanan
Isbd kebidananIsbd kebidanan
Isbd kebidananDhian Dwie
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
Leonardo Leo
 

Similar to Adat resam dan pantang larang masyarakat cina (20)

Adat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS SejarahAdat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS Sejarah
 
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
 
Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2
 
Adat kelahiran
Adat kelahiranAdat kelahiran
Adat kelahiran
 
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
 
antropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasarantropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasar
 
kelahiran
kelahirankelahiran
kelahiran
 
Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...
Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...
Aspek sosial budaya yang berkaitan dengan praktik perkawinan, kehamilan,persa...
 
budayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptxbudayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptx
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
 
ISBD.ppt
ISBD.pptISBD.ppt
ISBD.ppt
 
Ibu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaran
Ibu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaranIbu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaran
Ibu Alami by Robin Lim - seluk beluk tentang kehamilan yang penuh kesadaran
 
Kb 1
Kb 1Kb 1
Kb 1
 
PERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptx
PERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptxPERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptx
PERUBAHAN_SOSIAL_BUDAYA_YANG_BERKAITAN_D.pptx
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
 
PPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptx
PPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptxPPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptx
PPT TRADISI DAN BUDAYA DALAM KEBIDANAN (kel.3).pptx
 
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptxHasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Isbd kebidanan
Isbd kebidananIsbd kebidanan
Isbd kebidanan
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 

Adat resam dan pantang larang masyarakat cina

  • 1. Adat Resam dan Pantang Larang Masyarakat Cina PENGENALAN Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Pantang Larang Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
  • 2. dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang �tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam. Selepas Lahir Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi. Berpantang Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih
  • 3. daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. Kenduri Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Mencukur Rambut Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Memberi Nama Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanaksaudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
  • 4. Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.