SlideShare a Scribd company logo
1 of 37
15 . ANALISA DAPATAN
Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku,
temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian
yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang
diperolehi melalui beberapa instrument.
15.1 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI
NAMA : Muhamad Nur Lukman b. Khamis TARIKH : 18 Jan 2010
KELAS : PK Inovatif 2
JENIS KURANG UPAYA : Autisme
1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
A. Agresif /
1. Hiperaktif /
2. Suka memukul /
3. Suka mencubit /
4. Cepat marah /
5. Suka berkelahi /
6. Suka bertumbuk /
7. Suka mencederakan diri sendiri /
8. Suka mencederakan orang lain /
9. Suka merosakkan harta sendiri /
10. Suka merosakkan harta orang lain /
11. Suka mengejek kawan atau orang lain /
12. Suka mengganggu kawan /
13. Suka menjerit-jerit /
14. Membaling benda-benda kepada kawan /
15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai /
16. Menggoyang-goyangkan badan /
17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk /
18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian /
19. Menggunakan bahasa kesat /
20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /
1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
B. Pasif
1. Hipoaktif (berdiam diri) /
2. Mengasingkan diri / bersendirian /
3. Suka berkhayal /
4. Suka membebel / berleter seorang diri /
5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak
boleh”
/
6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna /
7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap
susah
/
8. Mempunyai pergerakan yang lambat /
9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan /
10. Lambat dalam menjalankan tugas /
31
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
C. Masalah Emosi dan Sosial
1. Suka menghisap jari /
2. Suka menggigit kuku /
3. Kelihatan sugul /
4. Merasa takut dan cemas /
5. Takut pada situasi baru /
6. Terlalu malu dan kurang bergaul /
7. Suka meminta perhatian /
8. Suka berbohong /
9. Suka mengambil barang orang /
10. Tidak suka berkawan /
11. Menyalahkan orang lain /
12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru /
13. Menggangu apabila guru bercakap /
14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah /
15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat /
16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain /
17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan /
18. Tidak suka pada rancangan yang diatur /
19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin /
20. Tidak bertindakbalas apabila berbual /
32
1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
D. Masalah Pembelajaran (kognitif)
1. Kurang tumpuan perhatian /
2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja /
3. Tidak boleh ikut arahan /
4. Kurang daya ingatan /
5. Kurang kefahaman /
6. Kurang daya taakulan /
7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan /
8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna /
9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan
sesuatu
/
10. Tidak peka terhadap bising /
11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising /
12. Kebersihan diri tidak memuaskan /
13. Tidak boleh menulis huruf sendiri /
14. Tidak tahu menulis nama sendiri /
15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri /
Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku
33
15.2 Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: Pn Supiah bt Mat yusof
Tarikh pemerhatian : 19 Jan 2010
Masa pemerhatian : 9.00 pg – 12.00 tgh
Nama pelajar : Muhamad Nur lukman b. Khamis
Penerangan tentang kejadian:
Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka
bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok
ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti
tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan
seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan
pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam
aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain
bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.
Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran Kemahiran
Manipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan di
luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktiviti
kokurikulum.
34
Nota, cadangan dan langkah:
Hasil pemerhatian saya dapati Lukman tidak mempunyai kemahiran interaksi dan
kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri
sendiri.
Langkah:
1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas.
2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.
3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif.
4. Mesra dan mudah didekati
5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini
6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya
7. Buat perancangan perubahan tingkah laku
8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya
9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya
10.Jangan menghukum murid dengan sikap negatif
Cadangan:
Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak
autisme ialah guru. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapati
penggunaan teknik pengajaran secara ‘incidental’ (incidental teaching) meningkatkan
kemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaan
murid dalam pengajaran.
Tandatangan: .........................................
35
15.3 LEMBARAN DATA PEREKODAN INTERVAL
Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis
Tarikh Lahir : 01/11/2000
Kelas : PK Inovatif 2
Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof
Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirian
Tandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidak
TINGK
AH LAKU LOKASI
Sela masa Boleh
berkongsi
bahan
Boleh
interaksi
dengan
rakan
Suka
bersendirian
Aktiviti
Dalam kelas Aktiviti Luar
kelas
8.00 -9.00
pg
/ / / /
9.00-10.00
pg
/ / / /
10.00-11.00 x / / /
11 – 12 tgh / / / /
12 – 1 tgh / / / /
Data Rekod Interval
36
Nota:
Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahan
setelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan.
( / ) menunjukkan domain tingkah laku suka bersendirian lebih kerap daripada
berinteraksi dengan rakan. Cuma sekali sahaja dalam satu hari menunjukkan interaksi
dengan rakan iaitu semasa rehat sahaja.
37
15.4 BORANG DATA PEREKODAN MASA( Pemerhatian Data Awal
Sebelum Intervensi)
Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis
Tarikh Lahir : 01/11/2000
Kelas : PK Inovatif 2
Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof
Tingkah Laku yang Direkod : Suka Bersendirian
Tarikh : 19 Jan – 22 Jan 2010
Tempoh masa : 2 jam bagi setiap hari
Masa
Hari
8.30-9.30
pagi
9.30-10.30
pagi
10.30-11.30
pagi
11.30-12.30
tengah hari
Jumlah
(x)
ISNIN
19 Jan 10 2 1 0 3 6
SELASA
20 Jan 10 1 1 1 2 5
RABU
21 Jan 10 2 2 1 0 5
KHAMIS
22 Jan 10 3 2 2 1 8
JUMAAT
23 Jan 10 1 2 2 2 7
Data Perekodan Masa
Nota: Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yang
dilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan.
38
15.5 Borang Pemerhatian Data Awal Semasa Intervensi Tingkah Laku
Sasaran( Suka Bersendirian)
Masa
Hari
8.30-9.30
pagi
9.30-10.30
pagi
10.30-11.30
pagi
11.30-12.30
tengah hari Jumlah
ISNIN
25 Jan 10 1 1 0 1 3
SELASA
26 Jan 10 0 1 0 1 2
RABU
27 Jan 10 0 1 0 1 2
KHAMIS
28 Jan 10 1 1 0 1 3
JUMAAT
29 Jan 10 1 0 0 0 1
Data Perekodan Masa
Nota:
Semasa menjalankan intervensi murid memberikan kerjasama yang baik walaupun
pada mulanya agak sukar dilakukan.
Pada setiap perubahan tingkah laku sasaran dibantu oleh guru, pembantu pengurusan
murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahli
kumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangat
memerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri.
39
15.6 Borang Pemerhatian Data Awal Selepas Intervensi Tingkah Laku
Sasaran( Suka Bersendirian)
Masa
Hari
8.30-9.30
pagi
9.30-10.30
pagi
10.30-11.30
pagi
11.30-12.30
tengah hari
Jumlah
ISNIN
2 Feb 10 1 1 0 1 3
SELASA
3 Feb 10 1 1 0 1 2
RABU
4 Feb 10 0 1 1 1 3
KHAMIS
5 Feb 10 1 0 1 1 3
JUMAAT
8 Feb 10 1 0 1 1 3
Data Perekodan masa
Nota:
Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidak
minat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru.
Ini bermaksud murid ini sentiasa memerlukan motivasi yang berterusan.
40
15.7 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku.
Domain Tingkah Laku (suka bersendirian)
SEBELUM TERAPI SEMASA TERAPI SELEPAS TERAPI
TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN
18 Jan 10 6 25 Jan 10 3 2 Feb 10 3
19 Jan 10 5 26 Jan 10 2 3 Feb 10 2
20 Jan 10 5 27 Jan 10 2 4 Feb 10 3
21 Jan 10 8 28 Jan 10 3 5 Feb 10 3
22 Jan 10 7 29 Jan 10 1 8 Feb 10 3
Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku
Nota:
Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum,
semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderung
melakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranya
persekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
41
15.8 GRAF KEKERAPAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU
Nota:
Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum,
semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai.
Keseluruhannya menunjukkan murid tersebut sangat bergantung kepada bantuan guru
dan rakan serta bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Garisan biru menunjukkan tingkah laku sasaran sebelum intervensi
dijalankan.Garisan merah menunjukkan perubahan tingkah laku semasa intervensi
dijalankan.Garisan hijau menunjukkan selepas intervensi dijalankan kebarangkalian
murid mengulangi semula tingkah laku yang tidak diigini.
42
16. LAPORAN KAJIAN.
Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang
tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan
dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah prinsip
peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah
pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive
reinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedah
pengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau
dendaan dan disensitisasi (desenstization).
Peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang
diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau
situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada
masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat
meransang penglibatan dalam aktiviti.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut
tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang
dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi
membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.
43
Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan
secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,
perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa
dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian
tersebut.
Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat
supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan
proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
44
17.PENAKSIRAN TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN.
Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian
akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara
semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura
di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak
secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat
semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam
kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.
David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas
berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses
pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan
membuat keputusan megenai pelajar.
Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak
khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat
keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan
perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian
sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi
merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan
sekil kadar.
45
Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Lukman didapati mempunyai pelbagai
tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan
dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Lukman iaitu dia suka bersendirian atau
mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Lukman tidak
menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan
beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian.
Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia
kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih
meneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. Kekerapan
Lukman suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah
dikemukan dalam laporan ini.
46
18. MODEFIKASI TINGKAH LAKU
Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan masalah
tingkah laku sasaran:
Ganjaran
Ganjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu:
a) Ganjaran primer
b) Ganjaran social
c) Ganjaran sekunder
Pembentukan
Juga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepada
perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki.
Pengasingan (time-out)
Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti
kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah.
Dendaan / hukuman
Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang
telah dilakukan.
Penghapusan
Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang
bermasalah.
47
Modelling
Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid.
Kejelakan (satiation)
Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan
berhenti sendiri daripada melakukannya
Bimbingan dan Kaunselling
Pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi dan
menangani masalah tingkah laku.
Terapi.
Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskan
perasaan yang tertekan.
Desensitization
Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau
takut yang berlebihan.
Fading.
Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.
Prompting
Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu
kepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak
badan dan fizikal.
48
Penamatan/Pelupusan
Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatif
secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif.
Kontrak Perjanjian
Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid
bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya
sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.
Token Ekonomi
Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga
sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya.
Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah
laku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
49
19. RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis
Tarikh Mula : 18hb Jan 2010
Masalah Tingkah Laku : Suka menyendiri/menyepikan diri
Tarikh Lahir : 01/11/2000
Umur : 10 tahun
Pengetahun sedia ada : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut
arahan guru
Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh
berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran
dengan tanpa rasa rendah diri
• Suka menyendiri dan menyepikan diri
Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.
Tidak berminat berinteraksi dengan rakan
dan bahan pembelajaran.
Tingkah laku yang hendak
diuruskan
• Suka menyendiri
Tingkah laku sasaran • Boleh berinterkasi dan berkolaborasi
dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan
tanpa rasa rendah diri.
Masa tingkah laku
dilakukan
• semasa tiada sebarang aktiviti
• semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
• semasa di kantin
Sebab keutamaan
• Murid tidak menunjukan minat berinteraksi
dengan rakan dan guru.
• Murid tidak menunjukkan minat dalam
sebarang aktiviti pembelajaran.
• Murid kadangkala membuat tindakan luar
jangka contoh merayau-rayau sendiri.
• Murid tidak yakin dengan kebolehan diri
dan rasa rendah diri
Strategi atau kaedah • Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.
• melaksanakan aktiviti yang diminatinya
contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor
kasar.
• Memberi peneguhan negatif untuk
mengurangkan tingkah laku tersebut.
• menasihati murid supaya tidak
mengulangi tingkah laku tersebut
• memberi ganjaran seperti pujian jika
berjaya menghentikan tingkah laku
tersebut.
• Menggalakkan mereka belajar secara
berkumpulan supaya rakan lain berasa
selesa dan selamat dengannya.
• memperbanyakkan penggunaan bahan
bantu belajar supaya murid tidak berasa
bosan.
• Mempelbagaikan aktiviti dan kaedah
mengajar yang boleh motivasikan murid.
• Personaliti guru boleh mengurangkan
rasa rendah diri murid dengan selalu
berdamping dan berbual dengan murid.
Peneguhan • Positif
 memberikan ganjaran
 memberikan pujian seperti ”bagus”
atau ’baik”.
 Menggalakan penglibatan dalam
aktiviti kumpulan
 Selalu bertanya khabar dan berbual
dengan murid.
 Selalu berdampingan dengan murid
• Negatif
 Tindakan tanpa lisan
 Ketegasan guru
Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara
cadangan yang saya jalankan ialah.
1) Terapi Muzik
2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif
3) Tindakan tanpa lisan
4) Token Ekonomi
5) Pengurusan bilik darjah.
6) Personaliti guru
7) Aktiviti dan bahan pembelajaran.
52
19.1 Terapi Muzik
Subjek : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Aktiviti : Lokomotor Kasar
Tarikh : 18hb Jan 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Bil. Murid : 1 orang
Sasaran : Muhamad Nur Lukman
Sasaran Tingkah Laku : Suka menyendiri
Bahan Bantuan Terapi : Muzik
Cara Kerja
Langkah Aktiviti
1 Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan
terbuka untuk menjalankan aktiviti.
2 Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid
menjalankan aktiviti tersebut.
3 Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan.
4 Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan
5. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi
menjadikan aktiviti lebih menarik.
53
Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukman
mula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarik
diri dan merayau-rayau bersendirian.
Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangat
penting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakan
bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu murid
merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan.
Keberkesanan aktiviti.
Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan .
Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi dan
rasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahan
pelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktiviti
tanpa bantuan guru.
Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan.
55
19.2 Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif
Aktiviti : Terapi Bukan Lokomotor
Tarikh : 19 Jan 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.00 am – 10.00am
Bil. Murid : 1 orang
Sasaran : Muhamad Nur Lukman
Sasaran Tingkah Laku : Suka bersendirian/menyepikan diri
Bahan Bantuan Terapi : 1) Tilam Gimnastik
2) Skittle
Cara Kerja Terapi
Langkah Aktiviti
1 Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak,
berguling dan membalikkan badan dengan betul.
2 Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan
pembantu
3 Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai
melakukan aktiviti.
4. Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali
56
Gambar di atas dan bawah
menunjukkan Lukman
berminat mengambil
bahagian dalam aktiviti yang
mencabar dan boleh
bersama-sama dengan rakan-
rakan lain.
Keberkesanan aktiviti:
Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianya
agak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan dengan
baik.
Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yang
telah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah token
ekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
58
19.3 Tindakan Tanpa Lisan
Merupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujuk
gambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana sahaja agar Lukman turut berada
bersama seorang rakan lain menjalankan aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktiviti
pembelajaran.
Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawan
melakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali Lukman seakan mahu membantu
rakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan diri
sekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing dengan
ramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai.
59
19.4 Token Ekonomi
Merupakan salah satu cara yang agak berkesan juga dalam kajian tindakan ini. Token
Ekonomi merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan
pengunaan Tokens (tanda-tanda). Murid menerima token setelah menunjukan tingkah
laku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek atau
penghargaan. Tujuan Token Ekonomi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
dan tingkah laku pengurangan diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Ekonomi
untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.
Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulis
sekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya .
Oleh itu setiap kali Lukman bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinya
dihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
TINGKAH LAKU
DIINGINI
TARIKH 8.00-
8.30
8.30
–
9.00
9.00
–
9.30
9.30
–
10.00
10.00–
10.30
10.30–
11.00
11.00-
11.30
Boleh melakukan
aktiviti dalam
kelas tanpa
menyepikan diri
bersama dengan
rakan lain.
22/1/10 / / /
23/1/10 / / /
24/1/10 / / /
25/1/10 / / /
26/1/10 / / / /
Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perlu
diambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangat
penting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.
60
19.5 MODELLING
Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi
mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada orang
lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud
dalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartun
juga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang boleh
mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya
menggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semua
murid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulan
ini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakan
sebaya .
Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliau
menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari sesuatu tingkah laku dan
dipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaan
tertentu.
Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
(a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada
secara visual, ataupun dengan deria-deria lain.
(b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran.
(c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau
sebagainya.
(d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu
selesai dilakukan.
Matlamatnya supaya murid dapat membuat perbandingan dan menunjukkan tingkah
laku yang baik melalui pemerhatian. Saya perlu memastikan tingkah laku yang tidak
baik yang ditiru dalam aktiviti kumpulan diberi teguran serta merta.
61
19.6 PERSEKITARAN BILIK DARJAH
Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah
laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan
satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaran
yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah
yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid
tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya.
Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:
a) Susunan kerusi meja yang boleh menggalakkan interaksi
b) Sudut – sudut pembelajaran yang menarik dan boleh mendorong kepada
interaksi dengan bahan.
c) Pengudaraan dan pengcahayaan yang sesuai dengan saiz kelas supaya murid
tidak rasa rimas dan tertekan.
d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising
supaya murid boleh memberikan tumpuan.
e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti.
62
19.7 PERSONALITI GURU
Personaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan dan
empati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untuk
menjalankan aitiviti. Sikap dan keperihatinan guru boleh menyebabkan murid
bermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaan
rendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterima
sebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah laku
sasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikan
satu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakan
perlu ialah:
a) Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras murid.
b) Guru mempunyai unsur-unsur kecindan
c) Sentiasa menunjukkan rasa simpati dan empati kepada murid
d) Perihatin dengan keperluan murid
e) Menghormati perasaan dan kehendak murid
f) Kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran.
g) Mahir menangani setiap masalah yang timbul
63
19.8 STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN.
Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarik
perhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalam
kumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi dan
teknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semua
murid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkan
diri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarik
dan mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalam
kumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangat
bermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialah
seperti berikut:
a) Pengajaran berpusatkan murid
b) Aktiviti berkumpulan dan menggunakan konsep rakan sebaya
c) Kaedah belajar sambil bermain
d) Kepelbagaian aktiviti yang menarik
e) Penggunaan bahan bantu yang menarik dan fleksibel
64
20 . RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa Pengurusan
Tingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahap
keupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakan
memerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadap
perubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakan
tidak sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkah
laku yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianya
berlaku. Antaranya ialah:
a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain
kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya
tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya.
b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak
menghabiskan masa dirumah dan menonton television.
c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi.
d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual
dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya.
e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu
sebab masalah tingkah laku.
Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepada
penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satu
petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut.
Hasil daripada semua catatan rekod tersebut mengesahkan lagi kebarangkalian
melakukan tingkah laku bermasalah seperti yang dibincangkan sangat tinggi sekiranya
usaha intervensi yang dijalankan tidak berkesan.
65
Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkah
laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , Token
Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yang
digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu
pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran.
Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa
sokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan
semasa aktiviti dijalankan bersama guru.
Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahan
tingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa dan
guru sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaan
itu bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalah
sangat sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yang
tidak dikenali dalam kehidupan mereka.
Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini
hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah
tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah
laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan
tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989).
.
66

More Related Content

What's hot

Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)ct sofiey
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid No Name
 
Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran
Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran
Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran hadijahmahdi
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayunoorabib
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidikAgnes Tan
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvNoor Maslina
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Farihan Siti Nur
 
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Izzati Zamburi
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranBen Devon
 
Rancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaran
Rancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaranRancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaran
Rancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaranNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiZahari Zabri
 
Bincangkan 5 teknik teori tingkah laku
Bincangkan 5 teknik teori tingkah lakuBincangkan 5 teknik teori tingkah laku
Bincangkan 5 teknik teori tingkah lakuHelen Elyne
 
Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza cik noorlyda
 

What's hot (20)

Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
heutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogyheutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogy
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid
 
Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran
Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran
Teori-teori Pengajaran dan Pembelajaran
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidik
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013
 
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Rancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaran
Rancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaranRancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaran
Rancangan Pengajaran Harian PJ suaian cacat pendengaran
 
Rph minggu 2
Rph minggu 2Rph minggu 2
Rph minggu 2
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagai
 
Bincangkan 5 teknik teori tingkah laku
Bincangkan 5 teknik teori tingkah lakuBincangkan 5 teknik teori tingkah laku
Bincangkan 5 teknik teori tingkah laku
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza
 

Viewers also liked

Topic 7 AR data collection methods (quali approach)
Topic 7 AR data collection methods (quali approach)Topic 7 AR data collection methods (quali approach)
Topic 7 AR data collection methods (quali approach)zytemys
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)Herney Aqilah Kay
 

Viewers also liked (7)

Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Topic 7 AR data collection methods (quali approach)
Topic 7 AR data collection methods (quali approach)Topic 7 AR data collection methods (quali approach)
Topic 7 AR data collection methods (quali approach)
 
Nota lapangan
Nota lapanganNota lapangan
Nota lapangan
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Tesis lengkap
Tesis lengkapTesis lengkap
Tesis lengkap
 

Similar to ANALISA DAPATAN

Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdfMODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdfAryaLassita
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranKoh Ing
 
14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx
14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx
14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docxdedi314394
 
Metodologi KT Kualitatif
Metodologi KT KualitatifMetodologi KT Kualitatif
Metodologi KT KualitatifSayshare
 
KELAS 5 TEMA 9.pdf
KELAS 5 TEMA 9.pdfKELAS 5 TEMA 9.pdf
KELAS 5 TEMA 9.pdfOroOpoopo
 
pembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase D
pembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase Dpembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase D
pembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase DKadekNoviani2
 
BAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKAN
BAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKANBAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKAN
BAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKANsiska03r
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanMuliono Muliono
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanMuliono Muliono
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanwandalestari
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanikababe
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanwandalestari
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanrezakomala
 
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikanBahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikanFakhira22
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanvivisukriani
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanjamilbrou
 
RPL KENAKALAN REMAJA.docx
RPL KENAKALAN REMAJA.docxRPL KENAKALAN REMAJA.docx
RPL KENAKALAN REMAJA.docxArifPujiyanto2
 
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelasGAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelasdayuprasanda
 

Similar to ANALISA DAPATAN (20)

Tugasan pra 3107
Tugasan pra 3107Tugasan pra 3107
Tugasan pra 3107
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdfMODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
 
14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx
14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx
14. RPL STOP BULLYING (ganjil).docx
 
Metodologi KT Kualitatif
Metodologi KT KualitatifMetodologi KT Kualitatif
Metodologi KT Kualitatif
 
KELAS 5 TEMA 9.pdf
KELAS 5 TEMA 9.pdfKELAS 5 TEMA 9.pdf
KELAS 5 TEMA 9.pdf
 
pembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase D
pembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase Dpembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase D
pembelajaran berdasarkan perkembangan peserta didik fase D
 
BAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKAN
BAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKANBAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKAN
BAHASAN 1: RUANG LINGKUP ALAT/MEDIA PENDIDIKAN
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikanBahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
Bahasan 1 lingkup_alat_media_pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikanBahasan 1 lingkup alat media pendidikan
Bahasan 1 lingkup alat media pendidikan
 
RPL KENAKALAN REMAJA.docx
RPL KENAKALAN REMAJA.docxRPL KENAKALAN REMAJA.docx
RPL KENAKALAN REMAJA.docx
 
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelasGAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
 

More from PPKI SMK SEKSYEN 19 (20)

Penggredan spm
Penggredan spmPenggredan spm
Penggredan spm
 
Upsrwritingtechniquesandmodelanswers
UpsrwritingtechniquesandmodelanswersUpsrwritingtechniquesandmodelanswers
Upsrwritingtechniquesandmodelanswers
 
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
 
Modul penuh mentor mentee
Modul penuh mentor menteeModul penuh mentor mentee
Modul penuh mentor mentee
 
Sukukataawalbergambar
SukukataawalbergambarSukukataawalbergambar
Sukukataawalbergambar
 
Sense of taste
Sense of tasteSense of taste
Sense of taste
 
Sense of touch
Sense of touchSense of touch
Sense of touch
 
Abjadbesar
AbjadbesarAbjadbesar
Abjadbesar
 
Perkataandiftongdanvokalberganding
PerkataandiftongdanvokalbergandingPerkataandiftongdanvokalberganding
Perkataandiftongdanvokalberganding
 
Small letter to coloring
Small letter to coloringSmall letter to coloring
Small letter to coloring
 
Panduan am dan_faktor
Panduan am dan_faktorPanduan am dan_faktor
Panduan am dan_faktor
 
Kenyataan perkhidmatan
Kenyataan perkhidmatanKenyataan perkhidmatan
Kenyataan perkhidmatan
 
Name of product qalamiy
Name of product qalamiyName of product qalamiy
Name of product qalamiy
 
Kenali petanda anak autisme
Kenali petanda anak autismeKenali petanda anak autisme
Kenali petanda anak autisme
 
Ciri ciri autisme
Ciri ciri autismeCiri ciri autisme
Ciri ciri autisme
 
Pemulihan tulisan
Pemulihan tulisanPemulihan tulisan
Pemulihan tulisan
 
2015 school holiday
2015 school holiday2015 school holiday
2015 school holiday
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Sajak guru
Sajak guruSajak guru
Sajak guru
 
Kata2 hikmat
Kata2 hikmatKata2 hikmat
Kata2 hikmat
 

ANALISA DAPATAN

  • 1. 15 . ANALISA DAPATAN Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku, temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang diperolehi melalui beberapa instrument. 15.1 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI NAMA : Muhamad Nur Lukman b. Khamis TARIKH : 18 Jan 2010 KELAS : PK Inovatif 2 JENIS KURANG UPAYA : Autisme 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 A. Agresif / 1. Hiperaktif / 2. Suka memukul / 3. Suka mencubit / 4. Cepat marah / 5. Suka berkelahi / 6. Suka bertumbuk / 7. Suka mencederakan diri sendiri / 8. Suka mencederakan orang lain / 9. Suka merosakkan harta sendiri / 10. Suka merosakkan harta orang lain / 11. Suka mengejek kawan atau orang lain / 12. Suka mengganggu kawan / 13. Suka menjerit-jerit / 14. Membaling benda-benda kepada kawan / 15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai / 16. Menggoyang-goyangkan badan / 17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk / 18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian / 19. Menggunakan bahasa kesat / 20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /
  • 2. 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 B. Pasif 1. Hipoaktif (berdiam diri) / 2. Mengasingkan diri / bersendirian / 3. Suka berkhayal / 4. Suka membebel / berleter seorang diri / 5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak boleh” / 6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna / 7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah / 8. Mempunyai pergerakan yang lambat / 9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan / 10. Lambat dalam menjalankan tugas / 31 BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 C. Masalah Emosi dan Sosial 1. Suka menghisap jari / 2. Suka menggigit kuku / 3. Kelihatan sugul / 4. Merasa takut dan cemas / 5. Takut pada situasi baru / 6. Terlalu malu dan kurang bergaul / 7. Suka meminta perhatian / 8. Suka berbohong / 9. Suka mengambil barang orang / 10. Tidak suka berkawan /
  • 3. 11. Menyalahkan orang lain / 12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru / 13. Menggangu apabila guru bercakap / 14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah / 15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat / 16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain / 17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan / 18. Tidak suka pada rancangan yang diatur / 19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin / 20. Tidak bertindakbalas apabila berbual / 32 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 D. Masalah Pembelajaran (kognitif) 1. Kurang tumpuan perhatian / 2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja / 3. Tidak boleh ikut arahan / 4. Kurang daya ingatan / 5. Kurang kefahaman / 6. Kurang daya taakulan / 7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan / 8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna / 9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu / 10. Tidak peka terhadap bising / 11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising / 12. Kebersihan diri tidak memuaskan /
  • 4. 13. Tidak boleh menulis huruf sendiri / 14. Tidak tahu menulis nama sendiri / 15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri / Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku 33 15.2 Borang Rekod Anekdot Pemerhati: Pn Supiah bt Mat yusof Tarikh pemerhatian : 19 Jan 2010 Masa pemerhatian : 9.00 pg – 12.00 tgh Nama pelajar : Muhamad Nur lukman b. Khamis Penerangan tentang kejadian: Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
  • 5. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan. Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian : Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan di luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktiviti kokurikulum. 34 Nota, cadangan dan langkah: Hasil pemerhatian saya dapati Lukman tidak mempunyai kemahiran interaksi dan kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Langkah: 1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas. 2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi. 3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif. 4. Mesra dan mudah didekati 5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini 6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya 7. Buat perancangan perubahan tingkah laku
  • 6. 8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya 9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya 10.Jangan menghukum murid dengan sikap negatif Cadangan: Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak autisme ialah guru. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapati penggunaan teknik pengajaran secara ‘incidental’ (incidental teaching) meningkatkan kemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaan murid dalam pengajaran. Tandatangan: ......................................... 35 15.3 LEMBARAN DATA PEREKODAN INTERVAL Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis Tarikh Lahir : 01/11/2000 Kelas : PK Inovatif 2 Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirian Tandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidak
  • 7. TINGK AH LAKU LOKASI Sela masa Boleh berkongsi bahan Boleh interaksi dengan rakan Suka bersendirian Aktiviti Dalam kelas Aktiviti Luar kelas 8.00 -9.00 pg / / / / 9.00-10.00 pg / / / / 10.00-11.00 x / / / 11 – 12 tgh / / / / 12 – 1 tgh / / / / Data Rekod Interval 36 Nota: Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahan setelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan. ( / ) menunjukkan domain tingkah laku suka bersendirian lebih kerap daripada berinteraksi dengan rakan. Cuma sekali sahaja dalam satu hari menunjukkan interaksi dengan rakan iaitu semasa rehat sahaja.
  • 8. 37 15.4 BORANG DATA PEREKODAN MASA( Pemerhatian Data Awal Sebelum Intervensi) Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis Tarikh Lahir : 01/11/2000 Kelas : PK Inovatif 2 Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof Tingkah Laku yang Direkod : Suka Bersendirian Tarikh : 19 Jan – 22 Jan 2010 Tempoh masa : 2 jam bagi setiap hari Masa Hari 8.30-9.30 pagi 9.30-10.30 pagi 10.30-11.30 pagi 11.30-12.30 tengah hari Jumlah (x) ISNIN
  • 9. 19 Jan 10 2 1 0 3 6 SELASA 20 Jan 10 1 1 1 2 5 RABU 21 Jan 10 2 2 1 0 5 KHAMIS 22 Jan 10 3 2 2 1 8 JUMAAT 23 Jan 10 1 2 2 2 7 Data Perekodan Masa Nota: Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yang dilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan. 38 15.5 Borang Pemerhatian Data Awal Semasa Intervensi Tingkah Laku Sasaran( Suka Bersendirian) Masa Hari 8.30-9.30 pagi 9.30-10.30 pagi 10.30-11.30 pagi 11.30-12.30 tengah hari Jumlah ISNIN 25 Jan 10 1 1 0 1 3 SELASA 26 Jan 10 0 1 0 1 2 RABU 27 Jan 10 0 1 0 1 2 KHAMIS 28 Jan 10 1 1 0 1 3 JUMAAT 29 Jan 10 1 0 0 0 1 Data Perekodan Masa Nota: Semasa menjalankan intervensi murid memberikan kerjasama yang baik walaupun pada mulanya agak sukar dilakukan.
  • 10. Pada setiap perubahan tingkah laku sasaran dibantu oleh guru, pembantu pengurusan murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahli kumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangat memerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri. 39 15.6 Borang Pemerhatian Data Awal Selepas Intervensi Tingkah Laku Sasaran( Suka Bersendirian) Masa Hari 8.30-9.30 pagi 9.30-10.30 pagi 10.30-11.30 pagi 11.30-12.30 tengah hari Jumlah ISNIN 2 Feb 10 1 1 0 1 3 SELASA 3 Feb 10 1 1 0 1 2 RABU 4 Feb 10 0 1 1 1 3 KHAMIS 5 Feb 10 1 0 1 1 3 JUMAAT 8 Feb 10 1 0 1 1 3 Data Perekodan masa Nota: Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidak minat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru. Ini bermaksud murid ini sentiasa memerlukan motivasi yang berterusan.
  • 11. 40 15.7 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku. Domain Tingkah Laku (suka bersendirian) SEBELUM TERAPI SEMASA TERAPI SELEPAS TERAPI TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN 18 Jan 10 6 25 Jan 10 3 2 Feb 10 3 19 Jan 10 5 26 Jan 10 2 3 Feb 10 2 20 Jan 10 5 27 Jan 10 2 4 Feb 10 3 21 Jan 10 8 28 Jan 10 3 5 Feb 10 3 22 Jan 10 7 29 Jan 10 1 8 Feb 10 3 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku Nota: Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum, semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderung melakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranya persekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
  • 12. 41 15.8 GRAF KEKERAPAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU Nota: Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum, semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai. Keseluruhannya menunjukkan murid tersebut sangat bergantung kepada bantuan guru dan rakan serta bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
  • 13. pembelajaran. Garisan biru menunjukkan tingkah laku sasaran sebelum intervensi dijalankan.Garisan merah menunjukkan perubahan tingkah laku semasa intervensi dijalankan.Garisan hijau menunjukkan selepas intervensi dijalankan kebarangkalian murid mengulangi semula tingkah laku yang tidak diigini. 42 16. LAPORAN KAJIAN. Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku. Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive reinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedah pengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau dendaan dan disensitisasi (desenstization). Peneguhan Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat meransang penglibatan dalam aktiviti. Jenis-jenis Pemerhatian
  • 14. Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan. 43 Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
  • 15. 44 17.PENAKSIRAN TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN. Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan megenai pelajar. Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
  • 16. pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur. Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar. 45 Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Lukman didapati mempunyai pelbagai tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Lukman iaitu dia suka bersendirian atau mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Lukman tidak menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian. Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih meneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. Kekerapan Lukman suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah dikemukan dalam laporan ini.
  • 17. 46 18. MODEFIKASI TINGKAH LAKU Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan masalah tingkah laku sasaran: Ganjaran Ganjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu: a) Ganjaran primer b) Ganjaran social c) Ganjaran sekunder Pembentukan Juga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Pengasingan (time-out) Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah. Dendaan / hukuman
  • 18. Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Penghapusan Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang bermasalah. 47 Modelling Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid. Kejelakan (satiation) Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri daripada melakukannya Bimbingan dan Kaunselling Pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi dan menangani masalah tingkah laku. Terapi. Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskan perasaan yang tertekan. Desensitization Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau takut yang berlebihan. Fading. Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.
  • 19. Prompting Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan dan fizikal. 48 Penamatan/Pelupusan Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif. Kontrak Perjanjian Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya. Token Ekonomi Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya. Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
  • 20. 49 19. RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis Tarikh Mula : 18hb Jan 2010 Masalah Tingkah Laku : Suka menyendiri/menyepikan diri Tarikh Lahir : 01/11/2000 Umur : 10 tahun Pengetahun sedia ada : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut arahan guru Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran dengan tanpa rasa rendah diri • Suka menyendiri dan menyepikan diri
  • 21. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Tidak berminat berinteraksi dengan rakan dan bahan pembelajaran. Tingkah laku yang hendak diuruskan • Suka menyendiri Tingkah laku sasaran • Boleh berinterkasi dan berkolaborasi dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan tanpa rasa rendah diri. Masa tingkah laku dilakukan • semasa tiada sebarang aktiviti • semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran • semasa di kantin Sebab keutamaan • Murid tidak menunjukan minat berinteraksi dengan rakan dan guru. • Murid tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti pembelajaran. • Murid kadangkala membuat tindakan luar jangka contoh merayau-rayau sendiri. • Murid tidak yakin dengan kebolehan diri dan rasa rendah diri Strategi atau kaedah • Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut. • melaksanakan aktiviti yang diminatinya contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor kasar. • Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan tingkah laku tersebut. • menasihati murid supaya tidak mengulangi tingkah laku tersebut • memberi ganjaran seperti pujian jika
  • 22. berjaya menghentikan tingkah laku tersebut. • Menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa dan selamat dengannya. • memperbanyakkan penggunaan bahan bantu belajar supaya murid tidak berasa bosan. • Mempelbagaikan aktiviti dan kaedah mengajar yang boleh motivasikan murid. • Personaliti guru boleh mengurangkan rasa rendah diri murid dengan selalu berdamping dan berbual dengan murid. Peneguhan • Positif  memberikan ganjaran  memberikan pujian seperti ”bagus” atau ’baik”.  Menggalakan penglibatan dalam aktiviti kumpulan  Selalu bertanya khabar dan berbual dengan murid.  Selalu berdampingan dengan murid • Negatif  Tindakan tanpa lisan  Ketegasan guru Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara cadangan yang saya jalankan ialah.
  • 23. 1) Terapi Muzik 2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif 3) Tindakan tanpa lisan 4) Token Ekonomi 5) Pengurusan bilik darjah. 6) Personaliti guru 7) Aktiviti dan bahan pembelajaran. 52 19.1 Terapi Muzik Subjek : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Aktiviti : Lokomotor Kasar Tarikh : 18hb Jan 2010 Hari : Isnin Masa : 8.00 – 10.00 pagi Bil. Murid : 1 orang Sasaran : Muhamad Nur Lukman
  • 24. Sasaran Tingkah Laku : Suka menyendiri Bahan Bantuan Terapi : Muzik Cara Kerja Langkah Aktiviti 1 Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan terbuka untuk menjalankan aktiviti. 2 Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid menjalankan aktiviti tersebut. 3 Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan. 4 Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan 5. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi menjadikan aktiviti lebih menarik. 53 Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukman mula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankan aktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarik diri dan merayau-rayau bersendirian.
  • 25. Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangat penting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakan bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu murid merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan. Keberkesanan aktiviti. Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan . Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi dan rasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahan pelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktiviti tanpa bantuan guru.
  • 26. Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan. 55 19.2 Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif Aktiviti : Terapi Bukan Lokomotor Tarikh : 19 Jan 2010 Hari : Selasa Masa : 8.00 am – 10.00am Bil. Murid : 1 orang Sasaran : Muhamad Nur Lukman
  • 27. Sasaran Tingkah Laku : Suka bersendirian/menyepikan diri Bahan Bantuan Terapi : 1) Tilam Gimnastik 2) Skittle Cara Kerja Terapi Langkah Aktiviti 1 Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak, berguling dan membalikkan badan dengan betul. 2 Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan pembantu 3 Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai melakukan aktiviti. 4. Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali 56 Gambar di atas dan bawah menunjukkan Lukman berminat mengambil bahagian dalam aktiviti yang mencabar dan boleh bersama-sama dengan rakan- rakan lain.
  • 28. Keberkesanan aktiviti: Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianya agak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan dengan baik. Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yang telah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah token ekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
  • 29. 58 19.3 Tindakan Tanpa Lisan Merupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujuk gambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana sahaja agar Lukman turut berada bersama seorang rakan lain menjalankan aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
  • 30. menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktiviti pembelajaran. Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawan melakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali Lukman seakan mahu membantu rakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan diri sekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing dengan ramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai. 59 19.4 Token Ekonomi Merupakan salah satu cara yang agak berkesan juga dalam kajian tindakan ini. Token Ekonomi merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan pengunaan Tokens (tanda-tanda). Murid menerima token setelah menunjukan tingkah laku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek atau penghargaan. Tujuan Token Ekonomi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan tingkah laku pengurangan diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Ekonomi untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif. Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulis sekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya . Oleh itu setiap kali Lukman bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinya dihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
  • 31. TINGKAH LAKU DIINGINI TARIKH 8.00- 8.30 8.30 – 9.00 9.00 – 9.30 9.30 – 10.00 10.00– 10.30 10.30– 11.00 11.00- 11.30 Boleh melakukan aktiviti dalam kelas tanpa menyepikan diri bersama dengan rakan lain. 22/1/10 / / / 23/1/10 / / / 24/1/10 / / / 25/1/10 / / / 26/1/10 / / / / Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perlu diambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. 60 19.5 MODELLING Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada orang lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud dalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartun juga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang boleh mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya menggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semua murid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulan ini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakan sebaya . Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari sesuatu tingkah laku dan dipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu. Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
  • 32. (a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada secara visual, ataupun dengan deria-deria lain. (b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran. (c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau sebagainya. (d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan. Matlamatnya supaya murid dapat membuat perbandingan dan menunjukkan tingkah laku yang baik melalui pemerhatian. Saya perlu memastikan tingkah laku yang tidak baik yang ditiru dalam aktiviti kumpulan diberi teguran serta merta. 61 19.6 PERSEKITARAN BILIK DARJAH Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaran yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya. Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: a) Susunan kerusi meja yang boleh menggalakkan interaksi b) Sudut – sudut pembelajaran yang menarik dan boleh mendorong kepada interaksi dengan bahan.
  • 33. c) Pengudaraan dan pengcahayaan yang sesuai dengan saiz kelas supaya murid tidak rasa rimas dan tertekan. d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising supaya murid boleh memberikan tumpuan. e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti. 62 19.7 PERSONALITI GURU Personaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan dan empati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untuk menjalankan aitiviti. Sikap dan keperihatinan guru boleh menyebabkan murid bermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaan rendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterima sebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah laku sasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikan satu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakan perlu ialah: a) Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras murid.
  • 34. b) Guru mempunyai unsur-unsur kecindan c) Sentiasa menunjukkan rasa simpati dan empati kepada murid d) Perihatin dengan keperluan murid e) Menghormati perasaan dan kehendak murid f) Kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran. g) Mahir menangani setiap masalah yang timbul 63 19.8 STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN. Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarik perhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalam kumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi dan teknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semua murid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkan diri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalam kumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangat bermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
  • 35. dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialah seperti berikut: a) Pengajaran berpusatkan murid b) Aktiviti berkumpulan dan menggunakan konsep rakan sebaya c) Kaedah belajar sambil bermain d) Kepelbagaian aktiviti yang menarik e) Penggunaan bahan bantu yang menarik dan fleksibel 64 20 . RUMUSAN Kajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa Pengurusan Tingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakan memerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadap perubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakan tidak sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
  • 36. meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkah laku yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianya berlaku. Antaranya ialah: a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya. b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak menghabiskan masa dirumah dan menonton television. c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi. d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya. e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu sebab masalah tingkah laku. Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepada penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satu petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut. Hasil daripada semua catatan rekod tersebut mengesahkan lagi kebarangkalian melakukan tingkah laku bermasalah seperti yang dibincangkan sangat tinggi sekiranya usaha intervensi yang dijalankan tidak berkesan. 65 Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkah laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , Token Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yang digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
  • 37. perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran. Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa sokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan semasa aktiviti dijalankan bersama guru. Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahan tingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa dan guru sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaan itu bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalah sangat sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yang tidak dikenali dalam kehidupan mereka. Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). . 66