KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PASUKAN BOLA BALING
( WATAK...
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Laporan kajian tindakan 2011

3,393 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,393
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
156
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan kajian tindakan 2011

1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PASUKAN BOLA BALING
( WATAK SUKAN SEKOLAH )
MELALUI KESEIMBANGAN FIZIKAL DAN
KEMAHIRAN BOLA BALING
“ KAEDAH 6KT2 + D “
Oleh:
ENCIK MUZAINI BIN DAUD @ RONI
( Guru Cemerlang PJPK DGA 32 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6,
Taman Sri Lambak,
86000 Kluang, Johor.
1
Nama Pengkaji : Encik Muzaini bin Daud @ Roni
Tajuk Kajian: MENINGKATKAN PENCAPAIAN PASUKAN BOLA BALING
( WATAK SUKAN SEKOLAH ) MELALUI KESEIMBANGAN
FIZIKAL DAN KEMAHIRAN BOLA BALING:-
“ KAEDAH 6KT2 + D “
MEREFLEK:
Laporan saya ini ditulis pada 01 April 2011.
Saya merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Baling Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6, Kluang sejak tahun 2004 hingga kini. Sepanjang penglibatan aktif saya ini, didapati bahawa masalah utama yang saya hadapi bagi pasukan ini pada saban tahun ialah berlakunya kekurangan dan ketidakseimbangan pemain-pemain dalam aspek kecergasan fizikal dan kemahiran bola baling. Justeru itu, hal ini akan merencatkan sasaran atau pencapaian yang disasarkan iaitu sekurang-kurangnya Naib Johan di peringkat MSSD Kluang.
Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian tingkah laku dan temubual terhadap pemain-pemain sama ada sebelum, semasa mahupun selepas latihan dilaksanakan. Pelbagai keluhan dan alasan akan dikemukakan oleh pemain-pemain. Oleh yang demikian pada latihan mingguan bertarikh 05 hingga 15 Januari 2011 suatu analisis berbentuk temubual dan pemerhatian telah saya jalankan. Antara analisis / jawapan yang diperoleh daripada soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
1) Soalan : Kenapa awak kelihatan seperti penat dan kurang bersungguh-sungguh?..
Jawapan : Badan saya letih dan rasa macam tidak bermaya…nafas pun laju, rasa
letih..
2) Jawapan : Badan saya rasa macam lembik dan tak larat nak berlatih pada peringkat
awal, nanti lama-lama baru ok..
3) Jawapan : Badan penat sebab tak ‘fit’..dah lama tak berlatih..
Manakala melalui pemerhatian saya sememangnya ramai pemain yang kelihatan agak
2
letih dan lesu, namun mereka berusaha juga untuk mencapai objektif latihan. Justeru itu, saya berpendapat dan yakin bahawa pemain-pemain ini sebenarnya tidak bersedia dalam aspek kecergasan fizikal. Lantaran itu juga, tanpa kecergasan fizikal yang optimum, saya sangat yakin pemain-pemain ini sukar menguasai kemahiran bola baling, seterusnya merencatkan taktikal pasukan ini ketika bertanding.
Daripada refleksi di atas, saya dapati masalah ini sebenarnya berlaku disebabkan mereka kurang melakukan aktiviti fizikal yang sistematik. Mereka hanya bersukan atau melakukan aktiviti fizikal secara bermusim / hanya ketika ada pertandingan sahaja. Atas faktor inilah, maka kecergasan fizikal yang mantap dan pemantapan kemahiran permainan tersebut tidak dapat dipertingkatkan. Jika hal ini tidak ditangani, maka suatu kerugian kepada bakat-bakat muda dalam sukan bola baling ini, seterusnya pencapaian yang disasarkan akan meleset.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, saya telah memperkenalkan suatu kaedah iaitu “ KAEDAH 6KT2 + D “. Saya sangat yakin kaedah ini akan dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kemahiran bola baling SMK Bandar T6, Kluang ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa hanya keseimbangan antara kecergasan fizikal dan kemahiran satu-satu permainan (bola baling) akan menjamin kejayaan kepada pasukan. Kajian saya ini melibatkan seramai 24 orang pemain yang mencakupi 12 orang pemain Lelaki 18 Tahun dan 12 orang pemain Perempuan 18 Tahun SMK Bandar T6, Kluang.
MERANCANG :
Tarikh: 09 Februari hingga 11 Februari 2011:
Dalam usaha untuk membuktikan bahawa “ KAEDAH 6KT2 + D “ ini akan membuahkan hasil, maka saya telah merancang untuk melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut :
1)Aktiviti 1 : Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular (DTK)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti yang sesuai.
Langkah 2: Melakukan aktiviti-aktiviti DTK yang sesuai, berfokus pada
3
system aerbic. Contoh Aktiviti: Berjogging, Fartlek, Parcourse,
Berbasikal, dan lain-lain.
2)Aktiviti 2: Kekuatan Otot (KO)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KO yang sesuai.
Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bentuk latihan litar
berdasarkan prinsip-prinsip latihan. Contoh, bermula dengan
intensity rendah sederhana tinggi.
( penekanan pada fasa persediaan / awal )
3)Aktiviti 3: Ketahanan Otot / Daya Tahan Otot (DTO)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti DTO yang sesuai.
Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti DTO dalam bentuk latihan litar
berdasarkan prinsip-prinsip latihan ( penekanan pada fasa
persediaan / awal )
4)Aktiviti 4: Kelajuan & Ketangkasan (KK)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KK yang sesuai.
Contoh aktiviti: Lari pecut 20m, 30m, 40m, 50m, Lari ulang-alik
4x10m, Shuttle run, dan lain-lain.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti KK ( penekanan ketika
menghampiri pertandingan )
5)Aktiviti 5: Kuasa (K)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti K yang sesuai.
Contoh aktiviti: Lompat jauh berdiri, Lompat tinggi static, single
and doble hop, Latihan Benanan dan lain-lain yang sesuai untuk
membentuk kuasa, khususnya pada tangan dan kaki.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti K ( selepas memperoleh kekuatan
dan daya tahan otot )
4
6)Aktiviti 6: Koordinasi (KOR)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KOR yang sesuai.
Contoh aktiviti: Galah Panjang, ‘Number Ball’, dan lain-lain.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti KOR.
7)Aktiviti 7: T2 ( Teknikal dan Taktikal Permainan )
Langkah 1: Menyenari dan menyusun semua teknikal permainan ini dan
taktikal yang sesuai dan akan digunakan untuk kedua-dua
pasukan ini.
Lagkah 2: Melaksanakan kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal yang
disenaraikan, diperlukan serta bersesuaian dengan pasukan
yang dibentuk ini.
8)Aktiviti 8: Disiplin Diri dan Pasukan
Langkah 1: Memberikan motivasi dan pemantauan disiplin pemain-pemain
ketika melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.
Semua aktiviti perlu dilaksanakan secara terancang dan
sistematik. Semua pemain perlu melaksanakannya.
BERTINDAK / TINDAKAN:
Tarikh: 12 Februari hingga 18 Februari 2011
Bermula pada 12 Februari 2011, saya telah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.
1)Aktiviti 1 : Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular (DTK)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti yang sesuai.
Langkah 2: Melakukan aktiviti-aktiviti DTK yang sesuai, berfokus pada
system aerbic. Contoh Aktiviti: Berjogging, Fartlek, Parcourse,
Berbasikal, dan lain-lain.
5
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini sangat sesuai dengan atlet-atlet yang terlibat dalam sukan bola baling ini. Penekanan pada aspek ‘aerebic’ sememangnya tepat kerana permainan ini memerlukan stamina / daya tahan kardiovaskular yang lama. Atlet-atlet semakin cergas dan aktif. Kesimpulannya, aktiviti DTK ini merupakan asas penting dalam pembentukan sesebuah pasukan yang mantap.
2)Aktiviti 2: Kekuatan Otot (KO)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KO yang sesuai.
Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bentuk latihan litar
berdasarkan prinsip-prinsip latihan. Contoh, bermula dengan
intensity rendah sederhana tinggi.
( penekanan pada fasa persediaan / awal )
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti KO ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kekuatan, khususnya kekuatan balingan.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan impak yang sangat besar dalam membentuk keyakinan dan kekuatan balingan. Sedikit-sebanyak aktiviti ini membentuk keberanian dan keyakinan yang tinggi, apatah lagi fizikal semakin ‘kuat’.
3)Aktiviti 3: Ketahanan Otot / Daya Tahan Otot (DTO)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti DTO yang sesuai.
Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti DTO dalam bentuk latihan litar
berdasarkan prinsip-prinsip latihan ( penekanan pada fasa
persediaan / awal )
Melalui pemerhatian saya juga, aktiviti-aktiviti DTO ini perlu dilaksanakan seiring dengan KO. Dengan adanya DTO yang tinggi, pemain-pemain lebih yakin dan dapat bertahan dan melaksanakan aktiviti dalam tempoh yang lebih lama tanpa ‘lesu otot’.
6
4)Aktiviti 4: Kelajuan & Ketangkasan (KK)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KK yang sesuai.
Contoh aktiviti: Lari pecut 20m, 30m, 40m, 50m, Lari ulang-alik
4x10m, Shuttle run, dan lain-lain.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti KK ( penekanan ketika
menghampiri pertandingan )
Pemerhatian saya juga menunjukkan bahawa aspek kelajuan dan ketangkasan ini sangat penting dalam permainan ini. Justeru itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah menyokong dan memberikan impak yang sangat besar kepada pasukan.
Refleksi yang boleh saya nyatakan ialah dengan adanya aktiviti KK ini, pasukan telah dapat bermain dengan laju dan dapat melakukan ‘fast break’ yang baik dan cepat. Tempo permainan menjadi lebih laju dan teratur. Keseimbangan sebuah pasukan diperoleh. Halangan ‘wall’ terhadap pihak lawan juga dapat diakukan dengan lebih cepat dan tepat.
5)Aktiviti 5: Kuasa (K)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti K yang sesuai.
Contoh aktiviti: Lompat jauh berdiri, Lompat tinggi static, single
and doble hop, Latihan Benanan dan lain-lain yang sesuai untuk
membentuk kuasa, khususnya pada tangan dan kaki.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti K ( selepas memperoleh kekuatan
dan daya tahan otot )
Pemerhatian saya menunjukkan aktiviti kuasa ini telah menyokong dan meningkatkan kemahiran lompatan dan balingan. ‘Kuasa’ lompatan dan balingan lebih mantap. Balingan lebih laju dan tepat serta lompatan lebih tinggi, stabil dan kukuh.
Refleksi saya menunjukkan bukan sahaja jaringan 6m diperoleh, malah jaringan dari jarak yang jauh seperti 9m juga semakin bertambah baik ( tepat, laju, dan’power’ ).
7
6)Aktiviti 6: Koordinasi (KOR)
Langkah 1: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KOR yang sesuai.
Contoh aktiviti: Galah Panjang, ‘Number Ball’, dan lain-lain.
Langkah 2: Melaksanakan aktiviti-aktiviti KOR.
Pemerhatian saya juga menunjukkan aktiviti-aktiviti KOR ini membantu, khasnya ketika bertahan.
Refleksi yang boleh saya nyatakan ialah pertahanan pasukan ini semakin baik dan tersusun dengan adanya koordianasi yang mantap dalam pasukan.
7)Aktiviti 7: T2 ( Teknikal dan Taktikal Permainan )
Langkah 1: Menyenari dan menyusun semua teknikal permainan ini dan
taktikal yang sesuai dan akan digunakan untuk kedua-dua
pasukan ini.
Lagkah 2: Melaksanakan kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal yang
disenaraikan, diperlukan serta bersesuaian dengan pasukan
yang dibentuk ini.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan penguasaan kemahiran / teknikal permainan sangat besar impaknya terhadap hasil yang bakal diperoleh.
Refleksi yang boleh saya nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah sesebuah pasukan (pasukan saya ini) sangat gah dengan adanya penguasaan teknikal yang menyeluruh, tinggi dan kepelbagaian taktikal sama ada individu mahupun pasukan.
8)Aktiviti 8: Disiplin Diri dan Pasukan
Langkah 1: Memberikan motivasi dan pemantauan disiplin pemain-pemain
ketika melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.
Semua aktiviti perlu dilaksanakan secara terancang dan
sistematik. Semua pemain perlu melaksanakannya.
Pemerhatian saya juga menunjukkan betapa disiplin diri dan pasukan sangat penting dalam usaha meniti kejayaan.
8
Refeleksi saya ialah hanya dengan disiplin yang tinggi dan pemantauan yang berterusan dapat menjamin pelaksanaan semua aktiviti yang dirancang sama ada sebelum, semasa dan selepas pertandingan dijalankan…hasilnya pasti cemerlang.
MEMERHATI :
Tarikh : 19 Februari hingga 04 Mac 2011
Berdasarkan keputusan yang diperoleh pada Pertandingan Bola Baling MSSD Kluang 2010 yang lalu, saya mendapati bahawa “ KAEDAH 6KT2 + D “ ini sememangnya berkesan dan sangat sesuai diaplikasikan oleh mana-mana atlet / pasukan yang mahu mengecapi kejayaan. Oleh yang demikian, untuk membuktikan dan memperkukuhkan lagi ketepatan kajian ini maka, diteruskan setahun lagi iaitu pada tahun 2011 selaras dengan ‘Blueprint Program Kecemerlangan Watak Sukan Sekolah : Bola Baling 2008-2011).
Hasil yang diperoleh oleh pasukan ini adalah seperti berikut:
1) Lelaki 18 Tahun : Johan ( Naib Johan 2010 ) / JOHAN 2011
2) Perempuan 18 Tahun: Johan ( Johan 2010 ) / JOHAN 2011
3) Keseluruhan: Johan Bola Baling MSSD Kluang (Menengah 2010 &
2011)
Sehubungan itu, hasil kajian tindakan ini dengan jelas telah menunjukkan kejayaan melalui hasil yang sangat cemerlang dan memberangsangkan.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi beberapa masalah yang masih ada, demi menjamin kejayaan cemerlang yang berterusan. Akhir kata, semoga kajian tindakan saya ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam menempa kejayaan dalam satu-satu pertandingan sukan/permainan.
Disediakan oleh,01 APRIL 2011

(MUZAINI BIN DAUD @ RONI)
9