Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai transformasi terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) untuk membekalkan murid dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang relevan dengan keperluan abad ke-21. KSSS menekankan pengajaran interaktif, pendidikan khas, serta pengintegrasian elemen kreatif dan inovasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan murid. Selain itu, guru-guru dilatih untuk melaksanakan KSSR dalam usaha memastikan sistem pendidikan selaras dengan standard global.