templete ini blh digunakan sebagai kad sifir tanpa menulis jawapannya. Contohnya, 3x7, murid perlu meneka jawapannya. Pengulangan yang dilakukan akan memantapkan lagi ingatan murid-murid.
templete ini blh digunakan sebagai kad sifir tanpa menulis jawapannya. Contohnya, 3x7, murid perlu meneka jawapannya. Pengulangan yang dilakukan akan memantapkan lagi ingatan murid-murid.
Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM)
1. KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR
TARIKH
27 HINGGA 31 Okt 2014
TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”
TEMPAT
SJKC CHIN HUA
2. KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting
dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid
untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan selama seminggu, di mana murid-murid yang
terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk
mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa dan juga rakan sebaya. Bagi
mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu membaca sifir tanpa
melihat buku sifir di hadapan guru, ibu atau bapa dan juga rakan mereka. Sasaran
sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 . Ini
bermakna, murid-murid perlu mendapatkan sebanyak 20 tandatangan. Murid-
murid yang berjaya mendapatkan 20 tandatangan dalam tempoh yang diberi akan
diberi hadiah.
2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya
dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di
samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek
Matematik.
3.0 OBJEKTIF
3. 1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.
2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi
pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
4.0 NAMA PROGRAM
PROGRAMBIJAK SIFIR
5.0 TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”
6.0 ANJURAN
Panitia Matematik SJKC CHIN HUA
7.0 TARIKH
27 hingga 31 Okt 2014
8.0 TEMPAT
SJKC CHIN HUA, DALAT
9.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 1, 2dan 3.
4. 10.0 AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
PENASIHAT : En. Ong Hock Ann
Guru Besar,SJKC Chin Hua.
PENGERUSI : En. Sim Choon Seng (PKI)
NAIB PENGERUSI : Pn. Phillis Sim Pei Pei (PKKK)
SETIAUSAHA : Pn. Rita Goh Chia Po
DOKUMENTASI : Cik Law Ung Hua
HADIAH : Pn. Tan Ching Ching
12.0 KOS PROGRAM
Bil Perkara Kos
1 Alat Tulis RM40.00
2 Hadiah 12set X RM5 = RM60.00
Jumlah RM100.00
13.0 PENUTUP
5. Kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang
dicita-citakan. Semoga semua pihak yang terlibat sama-sama menjayakan program ini.
Disediakan oleh,
-----------------------------
(RITA GOH CHIA PO)
Setiausaha
Program Bijak Sifir,
SJKC Chin Hua.
Disokong oleh,
-----------------------------
(EN. RIDZUAN BIN RAMLI)
Naib Pengerusi
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok
Diluluskan oleh,
-----------------------------
(EN. MOHD NOOR BIN ISMAIL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok