SlideShare a Scribd company logo
1
SKSJ3023 DEMOKRASI DAN MASYARAKAT SIVIL
NAMA PELAJAR:
AISYAH SAKINAH ZULKEFLE (A164397)
NAMA PENSYARAH:
DR. MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMED NOOR
TAJUK SOALAN:
MENGAPAKAH PENDEMOKRASIAN GAGAL DI MALAYSIA (PAKATAN
HARAPAN) DAN MESIR (IKHWANUL MUSLIMIN)? BAHASKA
2
3
1.0 PENGENALAN
Konsep demokrasi merupakan asas kepada sebuah pembentukan suara rakyat di tahap
tertinggi. Nilai-nilai demokrasi memberi sebuah petunjuk kepada negara untuk
meletakkan keperluan atau kepentingan kesaksamaan antara kuasa eksekutif, legislatif,
kehakiman dan masyarakat sivil. Konsep ini walau bagaimanapun berbeza dengan
pendemokrasian yang merupakan satu permulaan untuk menjadi negara demokrasi. Ciri
pemerintahan sebuah negara yang bersifat autoritarian, autokratik mahupun diktator
memberi satu nafas baru untuk merubah nasib kedaulatan kepada demokrasi.
Pendemokrasian adalah transisi menuju demokrasi yang bermaksud proses ‘menuju’,
bukan ‘menjadi’. Sekiranya proses ini tidak dikendalikan dengan baik, maka ia mungkin
terarah kepada sistem politik yang tidak demokratik. Proses transisi ini merangkumi
pelbagai faktor kepada negara untuk membentuk sebuah idea menjadikan sistem
pemerintahan berasaskan demokrasi. Mengikut Huntington (1991), terdapat lima faktor
pendorong iaitu kegagalan ekonomi, peningkatan taraf hidup, pendidikan dan
peningkatan kelas menengah, berlakunya perubahan pada doktrin dan aktiviti gereja
politik, perkembangan global yang berpihak kepada demokrasi dan terakhir ialah
kemajuan penggunaan teknologi.
Penulisan ini akan membincangkan kegagalan pendemokrasian di Malaysia dan
Mesir, yang menurut pandangan penulis mempunyai persamaan terhadap keruntuhan
kerajaan demokratik. Di Malaysia, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi
pilihan raya pada 9 Mei 2018 sudah menemui kegagalan awal sebelum bermula
Langkah Sheraton pada Februari 2020. Pendemokrasian yang ingin dilakukan oleh PH
kelihatan lemah dengan menguatnya beberapa faktor seperti isu perkauman dan
merealisasikan konsep ‘Malaysia Baru’. Sementara itu, di Mesir pula memperlihatkan
gerakan Ikhwanul Muslimin mendominasi tampuk pemerintahan di bawah kepimpinan
Presiden Morsi hanya mampu bertahan sepanjang tahun 2012 hingga 2013. Perubahan
Mesir yang bermula daripada peristiwa Arab Spring dalam usaha menjatuhkan Presiden
Hosni Mubarak mengalami transisi kepada demokrasi namun dilihat gagal selepas
kejatuhan Morsi dan beralih kepada pemerintahan tentera El-Sisi.
4
2.0 KONSEP PENDEMOKRASIAN
Konsep asas demokrasi dan pendemokrasian merupakan istilah yang berbeza bagi
kedua pernyataan tersebut. Demokrasi adalah salah satu pemikiran yang diasaskan oleh
Barat dengan melalui perjalanan sejarah panjang sejak zaman Yunani kuno. Takrifan
demokrasi dimulai dengan aspek etimologi yang berasal daripada perkataan Yunani
iaitu demos yang bermaksud rakyat dan kratia yang bererti kekuasaan atau
pemerintahan. Gabungan kedua-dua perkataan tersebut memberi makna secara jelas
sebagai pemerintahan oleh rakyat. Takrifan konsep ini mempunyai hubung kait dengan
sumber kuasa, tujuan aktiviti pemerintahan dan prosedur pemerintahan. Sumber kuasa
menjelaskan kekuasaan yang diperoleh seseorang pemimpin melalui salur demokratik
iaitu pilihan raya berasaskan suara rakyat. Tujuan aktiviti pula menjelaskan jika
pemerintah yang dipilih hanya melayani dan dan bekerja untuk segolongan atau sebuah
parti, maka pemerintahan tersebut bukanlah sistem demokrasi. Prosedur pemerintahan
pula bermaksud sejauh mana pilihan raya yang dijalankan secara rutin, bebas dan media
tidak disekat dan lain-lainnya.
Di samping itu, pendemokrasian mempunyai makna sebaliknya. Ianya
merupakan satu proses transisi menuju kepada sistem demokrasi. Pada kebiasannya,
pemerintahan negara autoritarian mempunyai faktor penguat untuk merubah kepada
sistem demokratik berikutan kepimpinan diktator, krisis ekonomi, perkembangan
pendidikan dan kelemahan sokongan daripada kroni dalaman. Sebagai proses menuju
pendemokrasian, ianya memerlukan satu pengorbanan besar untuk membangunkan
sebuah sistem berasaskan kebebasan dan keabsahan suara rakyat. Sekiranya proses ini
tidak dikendalikan dengan baik, peluang pengukuhan itu akan menemui kegagalan dan
berbalik kepada kepimpinan lama. Mengikut Huntington (1991), gelombang
pendemokrasian mempunyai tiga tahap yang berteraskan pada Revolusi Perancis dan
Revolusi Amerika Syarikat. Namun selepas Perang Dunia Pertama, proses pembalikan
antara tahun 1922 hingga 1942 terjadi kepada negara Bulgaria, Greece, Itali, Lithuania,
Poland, Sepanyol dan Yugoslavia. Namun, gelombang tersebut telah berjaya
mempengaruhi beberapa rejim untuk beranjak dari sistem autokrarik ke demokrasi.
5
3.0 PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN MESIR
Asas demokrasi yang dijalankan di Malaysia sebelum pendemokrasian adalah dengan
hanya mengadakan konsep pilihan raya, namun kebebasan bersuara, sekatan media,
korupsi dan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun menjadi
penyumbang kepada kejatuhan rejim tersebut. Kekuatan pakatan pembangkang yang
dipimpin oleh parti utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu berjaya memperoleh
kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menewaskan parti komponen
Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, MCA dan MIC. Namun untuk melihat
dengan lebih jelas, faktor utama kejatuhan rejim BN, terutamanya kepimpinan Najib
Razak bermula dengan isu skandal 1MDB, perlaksanaan GST, korupsi, perlucutan
jawatan pemimpin Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, dan kekuatan komponen
oposisi membawa permulaan sistem demokratik di Malaysia. Tambahan lagi, faktor
Tun Dr Mahathir menjelaskan secara tidak langsung kerelevanan beliau untuk dilantik
dan mendapat kepercayaan penuh daripada rakyat buat kali kedua. Kerajaan Pakatan
Harapan (PH) dilihat membawa harapan rakyat untuk mengembalikan legitimasi dan
kedaulatan nilai-nilai demokrasi yang selama ini tidak dijalankan sepenuhnya oleh
rejim Barisan Nasional. Pendemokrasian di Malaysia melalui proses pilihan raya yang
menandakan perbezaan nafas transisi politik di Mesir.
Di Mesir, kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2012 bermula apabila
peristiwa Arab Spring yang meledak di negara Timur Tengah dan Afrika Utara
(MENA). Gelombang pendemokrasian di negara-negara Arab ini turut meletus di
negara itu untuk menuntut perletakan jawatan Hosni Mubarak melalui demonstrasi
jalanan. Kekuatan golongan muda memperlihatkan penolakan terhadap kepimpinan
autokrasi dan menuntut sistem yang lebih demokratik dalam pemerintahan.
Pendemokrasian di Mesir mengikut faktor ke-5 Huntington ialah kencanggihan
teknologi iaitu dengan meluasnya penggunaan internet untuk menyebarkan kepimpinan
Hosni Mubarak untuk dipasarkan secara global. Krisis ekonomi turut menjadi
penyumbang apabila kegagalan menyediakan peluang pekerjaan, pengangguran dan
kemiskinan yang meluas dalam kalangan rakyat Mesir. Kejatuhan Hosni Mubarak
6
membawa petanda kejayaan Arab Spring menumpaskan rejim pemerintahan diktator di
negara-negara Arab. Presiden Morsi yang dipilih buat pertama kali melalui jalur
demokrasi pilihan raya tidak bertahan lama kerana pemerintahannya menemui
kegagalan pada tahun 2013 selepas digulingkan oleh tentera El-Sisi. Namun begitu,
punca kegagalan tersebut bermula dengan hubungan akrab Morsi dan Ikhwanul
Muslimin (Muslim Brotherhood) yang dilihat satu permulaan kepada pembalikan
sistem politik kepada penguasaan pihak tentera.
4.0 KEGAGALAN PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA
Peralihan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan menemui kemuncak pada Februari
2020 yang diambil oleh Langkah Sheraton. Pendemokrasian yang ingin memulakan
langkah dalam landskap politik Malaysia tidak mencapai hasrat selepas beberapa isu
melanda kerajaan PH. Komposisi kerajaan yang diwakili oleh parti multi-etnik,
terutamanya pemimpin bukan Melayu dan Islam membuka peluang pakatan
pembangkang UMNO memainkan isu perkauman. Kerajaan PH, terutamanya parti
DAP sering dilanda politik perkauman yang diperjuangkan oleh pembangkang seiring
dengan hasrat penubuhan parti itu untuk perjuangan bangsa Melayu. Konsep ‘Malaysia
Baru’ yang ingin diwujudkan oleh kerajaan baru ini selaras dengan hasrat untuk
mengembalikan nilai-nilai demokrasi Malaysia yang pernah terpadam ketika rejim
Barisan Nasional memegang pemerintahan. Hasrat rakyat yang menginginkan sebuah
naratif baru, keadilan, kesaksamaan dan satu perjuangan reformasi tidak dipenuhi
sepenuhnya oleh pemimpin Pakatan Harapan. Isu perkauman merupakan masalah yang
bagaikan tiada penghujung, lebih-lebih lagi ianya melibatkan parti DAP yang dikaitkan
anti-Melayu dan anti-Islam. Isu pembukaan kuota UiTM, ICERD, UEC, insiden kuil
Sri Maha Mariamman, bahasa kebangsaan, jawi dan lain-lainnya menandakan dengan
jelas politik perkauman semakin merebak pasca PRU-14.
Kemenangan PH pada tahun 2018 mewujudkan sebuah naratif antara perpaduan
sosial dan sokongan terhadap pakatan kerajaan tersebut. Parti politik Malaysia sebelum
mencapai kemerdekaan berasaskan etnik dan perkauman masih wujud sehingga
7
sekarang. Transisi pemerintahan dari tampuk kepimpinan utama UMNO kepada PH
tidak menunjukkan sokongan langsung kaum Melayu kepada PH, malah pakatan parti
tersebut mempunyai sokongan majoriti daripada kaum bukan Melayu. Sokongan dan
undi orang Melayu masih berpihak UMNO dan ianya menjelaskan bahawa PH yang
merupakan komposisi multi-etnik tidak memenangi undi kaum majoriti. Tambahan
lagi, sentimen ‘anti-Najib’ membawa perpaduan rakyat bersama untuk menjatuhkan
kerajaan Barisan Nasional. Dalam erti kata, kejayaan PH dalam pilihan raya adalah hasil
daripada rakyat menolak kepimpinan Najib Razak dan korupsi. Selain itu, Huntington
pernah menyatakan ketidakberhasilan sebuah kerajaan pro-demokrasi untuk
melaksanakan pendemokrasian akan mengembalikan pemerintahan lama bercirikan
autokratik. Hal ini terjadi kepada pemimpin PH yang gagal untuk menyampaikan
maklumat secara berkesan (failed delivered speech) kepada rakyat dan membuka jalan
kepada pembangkang memanipulasi keadaan.
Kegagalan membangkitkan nilai demokrasi di Malaysia juga dipengaruhi
pemfokusan berpusat pada isu korupsi Najib yang berkaitan 1MDB sehinggakan
manifesto tidak ditunaikan sepenuhnya. Idealisme pemimpin PH untuk menangguhkan
pembayaran PTPTN, pengawalan harga minyak, menghapuskan tol, reformasi institusi
dan memulihkan ekonomi tidak mencapai sasaran. The Economist pada tahun 2018
menyatakan kerajaan PH akan tumbang sekiranya gagal melaksanakan reformasi
ekonomi dan pengukuhan demokrasi berikutan kejatuhan rejim lepas adalah kerana
kekecewaan rakyat terhadap kerajaan. Pemimpin PH dilihat tidak konsisten untuk
menunaikan janji manifesto, terutamanya kepimpinan itu diketuai oleh bekas pemimpin
UMNO, iaitu Tun Dr Mahathir. Ahli politik BN juga kelihatan bertukar parti dan
ideologi sesudah kerajaan PH memerintah. Hasrat rakyat untuk mengembalikan
reformasi politik dan ekonomi tampak dilanda kekecewaan apabila pemimpin PH
menyedari untuk menilai dan mengkaji semula manifesto yang dibentuk. Konsep
‘Malaysia Baru’ di mata rakyat hanya sekadar peralihan kepimpinan, tetapi masih
seperti di era Barisan Nasional tanpa ada sebarang perubahan drastik.
8
Isu peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim menjadi
punca perdebatan dalam konflik dalaman Pakatan Harapan. Pembangkang
menggunakan peluang ini untuk menunjukkan terdapat perebutan kuasa dalam
komposisi parti kerajaan tersebut. Bahkan, kepimpinan Anwar dijadikan alat boneka
oleh barisan pembangkang bagi memperlihatkan konflik dalaman perebutan kuasa
tanpa menghiraukan aspirasi dan harapan rakyat secara realiti. Janji Mahathir untuk
menyerahkan kepimpinan kepada Anwar sering kali diungkit tidak kira sama ada di
media sosial, akhbar mahupun secara bersemuka. Rakyat yang kebanyakan celik
teknologi menggunakan media sosial sebagai alat untuk mendapatkan informasi secara
pantas. Isu peralihan kuasa dilihat sering diutarakan oleh mana-mana pihak
sehinggakan sebahagian manifesto PH tidak dilaksanakan. Kegagalan PH ini khasnya
membawa maksud tampuk kepimpinan yang terlalu memfokuskan kepada isu korupsi
Najib, peralihan kuasa Mahathir dan juga gagal untuk menenangkan rakyat berkaitkan
politik perkauman yang berbangkit. Namun demikian, isu peralihan kuasa ini dilihat
sengaja ditimbulkan oleh pihak lain, walaupun secara asasnya Anwar dilihat tidak
tergesa-gesa untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
Pendemokrasian yang ingin dibawa oleh Pakatan Harapan menemui kemuncak
apabila terbentuknya pakatan Muafakat Nasional (MN) yang diterajui oleh UMNO dan
PAS. Politik perkauman yang semakin meruncing berikutan sentimen rasisme dari
pakatan pembangkang terhadap parti komponen PH, iaitu DAP membawa kepada
rumusan pembentukan MN. Agenda yang dibawa berteraskan perjuangan Melayu dan
Islam apabila naratif penguasaan kaum bukan Melayu dalam kerajaan menghakis hak
keistimewaan kaum Melayu. Politik perkauman dan keagamaan bukan sahaja berlaku
di Malaysia, malah di Indonesia dengan meningkatkan kekuatan sentimen perjuangan
Islam. Di mana-mana negara yang mengamalkan konsep perkauman dan agama, maka
di situ akan terbentuk sebuah parti politik berteraskan etnik dan agama. Hasilnya,
Muafakat Nasional diwujudkan untuk membawa perjuangan orang Melayu ke dasar
permukaan, walaupun secara hakikatnya, golongan inilah yang memulakan isu
perkauman kepada rakyat. Demi kuasa, pangkat dan jawatan, sensitiviti kaum Melayu
dipertaruhkan sebagai agenda untuk menjatuhkan Pakatan Harapan. Senario ini pada
akhirnya melihat PH digulingkan oleh pembangkang dalam Langkah Sheraton.
9
5.0 KEGAGALAN PENDEMOKRASIAN DI MESIR
Peristiwa Arab Spring yang melanda di seluruh negara-negara Arab menyaksikan
kejatuhan Presiden Hosni Mubarak yang memimpin Mesir selama 30 tahun. Sebelum
Arab Spring, kebanyakan negara Arab dipimpin oleh pemimpin diktator dan autokratik,
dan pada waktu ini seolah-olah konsep demokrasi tidak pernah wujud. Demonstrasi
rakyat menumbangkan pemimpin mereka untuk mengembalikan nilai-nilai demokratik
dipimpin oleh golongan muda yang mahukan perubahan institusi di Mesir. Peristiwa
Arab Spring membuka lembaran baru kepada perubahan politik Mesir dari
pemerintahan kuku besi kepada proses pendemokrasian. Mohamed Morsi ialah
pemimpin pertama yang dipilih menerusi jalan demokratik melalui pilihan raya selepas
kejatuhan Mubarak. Walau bagaimanapun, hasrat rakyat untuk mengubah reformasi
politik Mesir dilihat menemui kegagalan selepas berlaku beberapa konflik dalaman
berkaitan mekanisme pengurusan pemerintahan. Konflik ini terjadi ekoran berlaku
kekeliruan sama ada untuk membentuk sebuah perlembagaan baru atau melaksanakan
pilihan raya. Jika pemfokusan dibuat untuk membentuk sebuah perlembagaan,
bagaimana tadbir urus akan dilakukan, dan sekiranya pilihan raya dilaksanakan terlebih
dahulu, apakah impak perlaksanaan itu. Demikian persoalan yang menjadi tanda tanya
semasa tempoh proses transisi kuasa sekitar tahun 2012. Terdapat pelbagai referendum
yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada tentera, masyarakat sivil, aktivis politik,
mahupun partisan. Landskap politik Mesir turut disertai perbalahan antara golongan
islamik dan golongan sekular atau liberal.
Ikhwanul Muslimin, sebuah pertubuhan Islam mendominasi pemerintahan
Mesir dan ianya memberi impak kepada golongan sekular dan aktivis berhaluan kiri.
Perubahan politik di negara itu lebih bermotifkan pertentangan masyarakat sivil dan
Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah organisasi yang mempunyai kait rapat dengan
Presiden Morsi. Pilihan raya yang dilaksanakan pada 2012 menyingkirkan beberapa
calon untuk bertanding atas beberapa alasan 1) kecelaruan identiti warganegara 2)
Khairat Al-Shater yang mempunyai prestasi tidak memberangsangkan sewaktu rejim
lama dan ianya membuka peluang untuk Morsi memenangi pemilihan tersebut. Secara
10
asasnya, konflik yang membantut proses pendemokrasian di Mesir berlaku atas sebab
ketidakstabilan pemimpin baru untuk melaksanakan agenda reformasi institusi. Banyak
kelemahan dan kekeliruan atas agenda untuk menuntut sebuah pembentukan
perlembagaan demokratik dan proses melaksanakan pilihan raya. Keruntuhan rejim
Mubarak tidak menampilkan sebarang persiapan untuk merangka sebuah perlembagaan
bagi tadbir urus pemerintahan baru. Agenda Arab Spring malah hanya menampilkan
sebahagian demonstran untuk menuntut perubahan namun tidak berbekalkan idealisme
yang tinggi. Mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membentuk sebuah
sistem yang baru, siapa yang akan memerintah, bagaimana pemerintahan tersebut akan
dilakukan, apakah proses reformasi institusi dan bagaimana kekuasaan akan diagihkan.
Kelemahan tersebut ditambah pula dengan dominasi Ikhwanul Muslimin dalam sistem
pentadbiran seperti jawatan Gabenor dan ianya menggugat perpaduan sosial antara
sekular dan islamik.
Pendekatan yang diambil oleh Morsi turut memperlihatkan hubungan baik
beliau bersama pihak tentera yang pada akhirnya menggulingkan setahun selepas
pemerintahan demokrasi dijalankan. Percaturan yang diambil menampilkan pelbagai
siri pilihan raya dilaksanakan, namun kerap kali dibatalkan atas alasan tidak sah
mengikut perlembagaan. Dewan Perwakilan (Lower Parliament) pada Jun 2012 turut
dibatalkan bagi merangka sebuah lagi perlembagaan baru dan diikuti dengan Dewan
Senat (Upper House of Parliament) yang mengikut Mahkamah Tinggi akan diadakan
satu siri pilihan raya baru. Fungsi Dewan Senat untuk merangka undang-undang dibawa
kepada Mahkamah Tinggi mempunyai pelbagai proses sehingga kepada rampasan
kuasa El-Sisi pada 2013. Konflik dalaman Mesir turut terjadi apabila ahli Ikhwanul
Muslimin menggesa untuk melaksanakan pilihan raya untuk mengabsahkan kedudukan
mereka dan golongan sekular pula mengadakan pelbagai protes atas kekuasaan ahli
organisasi Islam tersebut. Secara ringkasnya, pemimpin Ikhwanul Muslimin
beranggapan golongan sekular tidak menerima keputusan pilihan raya yang dipilih oleh
rakyat, dan golongan yang terdiri daripada aktivis berhaluan kiri ini meletakkan islamis
menggunakan jalan pilihan raya seolah-olah ianya kelihatan demokratik, walaupun
banyak jawatan pentadbiran dikuasai oleh ahli organisasi itu. Di samping itu, Ikhwanul
Muslimin turut menggunakan kekerasan terhadap demonstran pada Disember 2012 dan
11
tambahan pula, pihak security forces tidak mengatur sebarang usaha untuk
mempertahankan para pemerintah Muslimin dan secara tidak langsung memaparkan
secara jelas proses pertentangan kuasa dan ideologi. Pakatan pembangkang pula
bergantung pada keputusan Mahkamah Tinggi dan berakhir dengan kesepakatan
dengan pihak tentera unuk menggulingkan Presiden Morsi.
Pendemokrasian Mesir juga dilihat gagal kerana penguasaan pembuatan
keputusan oleh pihak tentera. Suara rakyat yang seharusnya menjadi asas kepada sistem
demokratik diambil oleh pihak tentera dan secara tidak langsung ‘memakan diri’
Presiden Morsi pada akhir pemerintahan. Selain itu, ketidakseimbangan politik pasca
pemerintahan autoritarian Mubarak membawa kesan perpecahan sosial. Dominasi
Ikhwanul Muslimin memberi impak tidak percaya golongan sekular terhadap golongan
islamis. Golongan sekular dinafikan partisipasi dalam politik secara formal kerana
penguasaan islamis yang begitu menguat. Pasca pemerintahan Mubarak, Ikhwanul
Muslimin yang ingin membawa nilai demokrasi dalam pemerintahan Mesir tidak
mencapai kejayaan. Sistem lama yang diguna pakai oleh kerajaan sebelum ini masih
dikekalkan dan dirujuk sehinggakan proses pendemokrasian yang ingin dilaksanakan
menemui kegagalan. Pada akhirnya, perubahan politik yang dialami di Mesir tidak
membawa kesan drastik apabila penguasaan Morsi dan Ikhwanul Muslimin dilihat
lemah dalam pemerintahan. Tiada perancangan dan tidak mempunyai sistem yang
sempurna untuk mereformasikan institusi meletakkan kekuasaan pada kerajaan baru
yang dipimpin oleh pihak tentera El-Sisi.
6.0 KESIMPULAN
Secara rumusannya, pendemokrasian di Malaysia dan Mesir dilihat menemui kegagalan
atas faktor pengawalan rendah terhadap sistem tersebut. Proses yang ingin
mengembalikan demokrasi di negara tersebut akhirnya melewati pembalikan
pemerintahan lama semi-demokrasi atau autokrasi. Ketidakcekapan pemerintah baru
mengembalikan asas kepimpinan yang lama tanpa nilai demokrasi yang ingin dibawa.
12
RUJUKAN

More Related Content

What's hot

Teori demokrasi
Teori demokrasiTeori demokrasi
Teori demokrasiMeehawk
 
BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...
BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...
BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...
Eny Ardhika Putri
 
demokrasi di indonesia
demokrasi di indonesiademokrasi di indonesia
demokrasi di indonesia
Damar Firdaus
 
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASIMASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
pendidikan pancasila dan kewarganegaraan
 
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASIMASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
pendidikan pancasila dan kewarganegaraan
 
PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...
PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...
PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...
Ariz Frends
 
menjelajah demokrasi
menjelajah demokrasimenjelajah demokrasi
3 refleksi akhir tahun 2012 ust ismail yusanto
3 refleksi akhir tahun 2012   ust ismail yusanto3 refleksi akhir tahun 2012   ust ismail yusanto
3 refleksi akhir tahun 2012 ust ismail yusanto
Rendra Visual
 
DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...
DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...
DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...
Fariz Halim Aziz
 
Power point ust
Power point ustPower point ust
Power point ust
putri eneliz
 
Makalalah demokrasi pancasila
Makalalah  demokrasi pancasilaMakalalah  demokrasi pancasila
Makalalah demokrasi pancasila
Sentra Komputer dan Foto Copy
 
Ppt pp kn demokrasi indonesia
Ppt pp kn demokrasi indonesiaPpt pp kn demokrasi indonesia
Ppt pp kn demokrasi indonesia
yuhanaenggar
 
Sejarah demokrasi di indonesia
Sejarah demokrasi di indonesiaSejarah demokrasi di indonesia
Sejarah demokrasi di indonesia
_aima
 
Demokrasi indonesia
Demokrasi indonesiaDemokrasi indonesia
Demokrasi indonesia
Indra Ramadhan
 

What's hot (18)

Artikel jadi
Artikel jadiArtikel jadi
Artikel jadi
 
Demokrasi (paisal)
Demokrasi (paisal)Demokrasi (paisal)
Demokrasi (paisal)
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Teori demokrasi
Teori demokrasiTeori demokrasi
Teori demokrasi
 
BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...
BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...
BAGAIMANA HAKIKAT, INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKA...
 
demokrasi di indonesia
demokrasi di indonesiademokrasi di indonesia
demokrasi di indonesia
 
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASIMASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
 
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASIMASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
MASALAH-MASALAH DEMOKRASI & KEBANGSAAN ERA REFORMASI
 
PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...
PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...
PERBANDINGAN DEMOKRASI PANCASILA ERA ORDE BARU DAN REFORMASI MELIHAT DARI SYA...
 
menjelajah demokrasi
menjelajah demokrasimenjelajah demokrasi
menjelajah demokrasi
 
3 refleksi akhir tahun 2012 ust ismail yusanto
3 refleksi akhir tahun 2012   ust ismail yusanto3 refleksi akhir tahun 2012   ust ismail yusanto
3 refleksi akhir tahun 2012 ust ismail yusanto
 
DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...
DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...
DAYA KHISAN THUSSU - Approaches to theorizing international communication - P...
 
Power point ust
Power point ustPower point ust
Power point ust
 
Makalalah demokrasi pancasila
Makalalah  demokrasi pancasilaMakalalah  demokrasi pancasila
Makalalah demokrasi pancasila
 
Ppt pp kn demokrasi indonesia
Ppt pp kn demokrasi indonesiaPpt pp kn demokrasi indonesia
Ppt pp kn demokrasi indonesia
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Sejarah demokrasi di indonesia
Sejarah demokrasi di indonesiaSejarah demokrasi di indonesia
Sejarah demokrasi di indonesia
 
Demokrasi indonesia
Demokrasi indonesiaDemokrasi indonesia
Demokrasi indonesia
 

Similar to Kegagalan Pakatan Harapan dan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
Deissy Sinambela
 
Demokrasi Indonesia ppt.pptx
Demokrasi Indonesia ppt.pptxDemokrasi Indonesia ppt.pptx
Demokrasi Indonesia ppt.pptx
SMKDaarussaadah
 
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptxsejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
ChandraSergioAguero
 
Tugas makalah pkn
Tugas makalah pknTugas makalah pkn
Tugas makalah pkn
Septian Muna Barakati
 
PPT Kewarganegaraan.pptx
PPT Kewarganegaraan.pptxPPT Kewarganegaraan.pptx
PPT Kewarganegaraan.pptx
AkhmadCholidatunMust1
 
UTS TIK dalam Pendidikan
UTS TIK dalam PendidikanUTS TIK dalam Pendidikan
UTS TIK dalam Pendidikan
Roodey Nurhayadi
 
Uts tik roodey
Uts tik roodeyUts tik roodey
Uts tik roodey
Roodey Nurhayadi
 
Perkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Indonesia
Perkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di IndonesiaPerkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Indonesia
Perkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Indonesia
Yogyakarta State University
 
Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...
Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...
Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...
avandiliakireina
 
Makalah sistem pers era orde baru
Makalah sistem pers era orde baruMakalah sistem pers era orde baru
Makalah sistem pers era orde baruMuhidin Sewank
 
kewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptx
kewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptxkewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptx
kewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptx
ArnoldusThomasLD
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
Agus Budiyanto
 
Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)
Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)
Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)
musfik5
 
SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRAS
SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASSISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRAS
SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRAS
RiasNara
 
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasiDemokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Ariz Frends
 
CEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdf
CEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdfCEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdf
CEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdf
UoB & UoB (University of Brawijaya, University of Birmingham)
 

Similar to Kegagalan Pakatan Harapan dan Ikhwanul Muslimin di Mesir (20)

Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Demokrasi Indonesia ppt.pptx
Demokrasi Indonesia ppt.pptxDemokrasi Indonesia ppt.pptx
Demokrasi Indonesia ppt.pptx
 
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptxsejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
 
Tugas makalah pkn
Tugas makalah pknTugas makalah pkn
Tugas makalah pkn
 
PPT Kewarganegaraan.pptx
PPT Kewarganegaraan.pptxPPT Kewarganegaraan.pptx
PPT Kewarganegaraan.pptx
 
Artikel jadi
Artikel jadiArtikel jadi
Artikel jadi
 
UTS TIK dalam Pendidikan
UTS TIK dalam PendidikanUTS TIK dalam Pendidikan
UTS TIK dalam Pendidikan
 
Uts tik roodey
Uts tik roodeyUts tik roodey
Uts tik roodey
 
Uts tik roodey
Uts tik roodeyUts tik roodey
Uts tik roodey
 
Perkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Indonesia
Perkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di IndonesiaPerkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Indonesia
Perkembangan Konsep Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Indonesia
 
Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...
Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...
Perbandingan Pelaksanaan Demokrasi Dan HAM Pada Masa Orde Lama, Orde Baru, Da...
 
Makalah sistem pers era orde baru
Makalah sistem pers era orde baruMakalah sistem pers era orde baru
Makalah sistem pers era orde baru
 
Natural aceh
Natural acehNatural aceh
Natural aceh
 
kewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptx
kewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptxkewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptx
kewarganegaraan ol 9 Demokrasi - 27 juni 22.pptx
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)
Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)
Muhamad Musfiqh Amrullah (Demokrasi Pancasila)
 
SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRAS
SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASSISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRAS
SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRAS
 
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasiDemokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
 
CEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdf
CEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdfCEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdf
CEJISS - Jejak Digital dan Jejaring Kritik Pemerintahan Jokowi 2014-2018.pdf
 
Uts tik
Uts tikUts tik
Uts tik
 

Kegagalan Pakatan Harapan dan Ikhwanul Muslimin di Mesir

  • 1. 1 SKSJ3023 DEMOKRASI DAN MASYARAKAT SIVIL NAMA PELAJAR: AISYAH SAKINAH ZULKEFLE (A164397) NAMA PENSYARAH: DR. MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMED NOOR TAJUK SOALAN: MENGAPAKAH PENDEMOKRASIAN GAGAL DI MALAYSIA (PAKATAN HARAPAN) DAN MESIR (IKHWANUL MUSLIMIN)? BAHASKA
  • 2. 2
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Konsep demokrasi merupakan asas kepada sebuah pembentukan suara rakyat di tahap tertinggi. Nilai-nilai demokrasi memberi sebuah petunjuk kepada negara untuk meletakkan keperluan atau kepentingan kesaksamaan antara kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman dan masyarakat sivil. Konsep ini walau bagaimanapun berbeza dengan pendemokrasian yang merupakan satu permulaan untuk menjadi negara demokrasi. Ciri pemerintahan sebuah negara yang bersifat autoritarian, autokratik mahupun diktator memberi satu nafas baru untuk merubah nasib kedaulatan kepada demokrasi. Pendemokrasian adalah transisi menuju demokrasi yang bermaksud proses ‘menuju’, bukan ‘menjadi’. Sekiranya proses ini tidak dikendalikan dengan baik, maka ia mungkin terarah kepada sistem politik yang tidak demokratik. Proses transisi ini merangkumi pelbagai faktor kepada negara untuk membentuk sebuah idea menjadikan sistem pemerintahan berasaskan demokrasi. Mengikut Huntington (1991), terdapat lima faktor pendorong iaitu kegagalan ekonomi, peningkatan taraf hidup, pendidikan dan peningkatan kelas menengah, berlakunya perubahan pada doktrin dan aktiviti gereja politik, perkembangan global yang berpihak kepada demokrasi dan terakhir ialah kemajuan penggunaan teknologi. Penulisan ini akan membincangkan kegagalan pendemokrasian di Malaysia dan Mesir, yang menurut pandangan penulis mempunyai persamaan terhadap keruntuhan kerajaan demokratik. Di Malaysia, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya pada 9 Mei 2018 sudah menemui kegagalan awal sebelum bermula Langkah Sheraton pada Februari 2020. Pendemokrasian yang ingin dilakukan oleh PH kelihatan lemah dengan menguatnya beberapa faktor seperti isu perkauman dan merealisasikan konsep ‘Malaysia Baru’. Sementara itu, di Mesir pula memperlihatkan gerakan Ikhwanul Muslimin mendominasi tampuk pemerintahan di bawah kepimpinan Presiden Morsi hanya mampu bertahan sepanjang tahun 2012 hingga 2013. Perubahan Mesir yang bermula daripada peristiwa Arab Spring dalam usaha menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak mengalami transisi kepada demokrasi namun dilihat gagal selepas kejatuhan Morsi dan beralih kepada pemerintahan tentera El-Sisi.
  • 4. 4 2.0 KONSEP PENDEMOKRASIAN Konsep asas demokrasi dan pendemokrasian merupakan istilah yang berbeza bagi kedua pernyataan tersebut. Demokrasi adalah salah satu pemikiran yang diasaskan oleh Barat dengan melalui perjalanan sejarah panjang sejak zaman Yunani kuno. Takrifan demokrasi dimulai dengan aspek etimologi yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu demos yang bermaksud rakyat dan kratia yang bererti kekuasaan atau pemerintahan. Gabungan kedua-dua perkataan tersebut memberi makna secara jelas sebagai pemerintahan oleh rakyat. Takrifan konsep ini mempunyai hubung kait dengan sumber kuasa, tujuan aktiviti pemerintahan dan prosedur pemerintahan. Sumber kuasa menjelaskan kekuasaan yang diperoleh seseorang pemimpin melalui salur demokratik iaitu pilihan raya berasaskan suara rakyat. Tujuan aktiviti pula menjelaskan jika pemerintah yang dipilih hanya melayani dan dan bekerja untuk segolongan atau sebuah parti, maka pemerintahan tersebut bukanlah sistem demokrasi. Prosedur pemerintahan pula bermaksud sejauh mana pilihan raya yang dijalankan secara rutin, bebas dan media tidak disekat dan lain-lainnya. Di samping itu, pendemokrasian mempunyai makna sebaliknya. Ianya merupakan satu proses transisi menuju kepada sistem demokrasi. Pada kebiasannya, pemerintahan negara autoritarian mempunyai faktor penguat untuk merubah kepada sistem demokratik berikutan kepimpinan diktator, krisis ekonomi, perkembangan pendidikan dan kelemahan sokongan daripada kroni dalaman. Sebagai proses menuju pendemokrasian, ianya memerlukan satu pengorbanan besar untuk membangunkan sebuah sistem berasaskan kebebasan dan keabsahan suara rakyat. Sekiranya proses ini tidak dikendalikan dengan baik, peluang pengukuhan itu akan menemui kegagalan dan berbalik kepada kepimpinan lama. Mengikut Huntington (1991), gelombang pendemokrasian mempunyai tiga tahap yang berteraskan pada Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika Syarikat. Namun selepas Perang Dunia Pertama, proses pembalikan antara tahun 1922 hingga 1942 terjadi kepada negara Bulgaria, Greece, Itali, Lithuania, Poland, Sepanyol dan Yugoslavia. Namun, gelombang tersebut telah berjaya mempengaruhi beberapa rejim untuk beranjak dari sistem autokrarik ke demokrasi.
  • 5. 5 3.0 PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN MESIR Asas demokrasi yang dijalankan di Malaysia sebelum pendemokrasian adalah dengan hanya mengadakan konsep pilihan raya, namun kebebasan bersuara, sekatan media, korupsi dan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun menjadi penyumbang kepada kejatuhan rejim tersebut. Kekuatan pakatan pembangkang yang dipimpin oleh parti utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu berjaya memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menewaskan parti komponen Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, MCA dan MIC. Namun untuk melihat dengan lebih jelas, faktor utama kejatuhan rejim BN, terutamanya kepimpinan Najib Razak bermula dengan isu skandal 1MDB, perlaksanaan GST, korupsi, perlucutan jawatan pemimpin Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, dan kekuatan komponen oposisi membawa permulaan sistem demokratik di Malaysia. Tambahan lagi, faktor Tun Dr Mahathir menjelaskan secara tidak langsung kerelevanan beliau untuk dilantik dan mendapat kepercayaan penuh daripada rakyat buat kali kedua. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat membawa harapan rakyat untuk mengembalikan legitimasi dan kedaulatan nilai-nilai demokrasi yang selama ini tidak dijalankan sepenuhnya oleh rejim Barisan Nasional. Pendemokrasian di Malaysia melalui proses pilihan raya yang menandakan perbezaan nafas transisi politik di Mesir. Di Mesir, kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2012 bermula apabila peristiwa Arab Spring yang meledak di negara Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Gelombang pendemokrasian di negara-negara Arab ini turut meletus di negara itu untuk menuntut perletakan jawatan Hosni Mubarak melalui demonstrasi jalanan. Kekuatan golongan muda memperlihatkan penolakan terhadap kepimpinan autokrasi dan menuntut sistem yang lebih demokratik dalam pemerintahan. Pendemokrasian di Mesir mengikut faktor ke-5 Huntington ialah kencanggihan teknologi iaitu dengan meluasnya penggunaan internet untuk menyebarkan kepimpinan Hosni Mubarak untuk dipasarkan secara global. Krisis ekonomi turut menjadi penyumbang apabila kegagalan menyediakan peluang pekerjaan, pengangguran dan kemiskinan yang meluas dalam kalangan rakyat Mesir. Kejatuhan Hosni Mubarak
  • 6. 6 membawa petanda kejayaan Arab Spring menumpaskan rejim pemerintahan diktator di negara-negara Arab. Presiden Morsi yang dipilih buat pertama kali melalui jalur demokrasi pilihan raya tidak bertahan lama kerana pemerintahannya menemui kegagalan pada tahun 2013 selepas digulingkan oleh tentera El-Sisi. Namun begitu, punca kegagalan tersebut bermula dengan hubungan akrab Morsi dan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) yang dilihat satu permulaan kepada pembalikan sistem politik kepada penguasaan pihak tentera. 4.0 KEGAGALAN PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA Peralihan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan menemui kemuncak pada Februari 2020 yang diambil oleh Langkah Sheraton. Pendemokrasian yang ingin memulakan langkah dalam landskap politik Malaysia tidak mencapai hasrat selepas beberapa isu melanda kerajaan PH. Komposisi kerajaan yang diwakili oleh parti multi-etnik, terutamanya pemimpin bukan Melayu dan Islam membuka peluang pakatan pembangkang UMNO memainkan isu perkauman. Kerajaan PH, terutamanya parti DAP sering dilanda politik perkauman yang diperjuangkan oleh pembangkang seiring dengan hasrat penubuhan parti itu untuk perjuangan bangsa Melayu. Konsep ‘Malaysia Baru’ yang ingin diwujudkan oleh kerajaan baru ini selaras dengan hasrat untuk mengembalikan nilai-nilai demokrasi Malaysia yang pernah terpadam ketika rejim Barisan Nasional memegang pemerintahan. Hasrat rakyat yang menginginkan sebuah naratif baru, keadilan, kesaksamaan dan satu perjuangan reformasi tidak dipenuhi sepenuhnya oleh pemimpin Pakatan Harapan. Isu perkauman merupakan masalah yang bagaikan tiada penghujung, lebih-lebih lagi ianya melibatkan parti DAP yang dikaitkan anti-Melayu dan anti-Islam. Isu pembukaan kuota UiTM, ICERD, UEC, insiden kuil Sri Maha Mariamman, bahasa kebangsaan, jawi dan lain-lainnya menandakan dengan jelas politik perkauman semakin merebak pasca PRU-14. Kemenangan PH pada tahun 2018 mewujudkan sebuah naratif antara perpaduan sosial dan sokongan terhadap pakatan kerajaan tersebut. Parti politik Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan berasaskan etnik dan perkauman masih wujud sehingga
  • 7. 7 sekarang. Transisi pemerintahan dari tampuk kepimpinan utama UMNO kepada PH tidak menunjukkan sokongan langsung kaum Melayu kepada PH, malah pakatan parti tersebut mempunyai sokongan majoriti daripada kaum bukan Melayu. Sokongan dan undi orang Melayu masih berpihak UMNO dan ianya menjelaskan bahawa PH yang merupakan komposisi multi-etnik tidak memenangi undi kaum majoriti. Tambahan lagi, sentimen ‘anti-Najib’ membawa perpaduan rakyat bersama untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Dalam erti kata, kejayaan PH dalam pilihan raya adalah hasil daripada rakyat menolak kepimpinan Najib Razak dan korupsi. Selain itu, Huntington pernah menyatakan ketidakberhasilan sebuah kerajaan pro-demokrasi untuk melaksanakan pendemokrasian akan mengembalikan pemerintahan lama bercirikan autokratik. Hal ini terjadi kepada pemimpin PH yang gagal untuk menyampaikan maklumat secara berkesan (failed delivered speech) kepada rakyat dan membuka jalan kepada pembangkang memanipulasi keadaan. Kegagalan membangkitkan nilai demokrasi di Malaysia juga dipengaruhi pemfokusan berpusat pada isu korupsi Najib yang berkaitan 1MDB sehinggakan manifesto tidak ditunaikan sepenuhnya. Idealisme pemimpin PH untuk menangguhkan pembayaran PTPTN, pengawalan harga minyak, menghapuskan tol, reformasi institusi dan memulihkan ekonomi tidak mencapai sasaran. The Economist pada tahun 2018 menyatakan kerajaan PH akan tumbang sekiranya gagal melaksanakan reformasi ekonomi dan pengukuhan demokrasi berikutan kejatuhan rejim lepas adalah kerana kekecewaan rakyat terhadap kerajaan. Pemimpin PH dilihat tidak konsisten untuk menunaikan janji manifesto, terutamanya kepimpinan itu diketuai oleh bekas pemimpin UMNO, iaitu Tun Dr Mahathir. Ahli politik BN juga kelihatan bertukar parti dan ideologi sesudah kerajaan PH memerintah. Hasrat rakyat untuk mengembalikan reformasi politik dan ekonomi tampak dilanda kekecewaan apabila pemimpin PH menyedari untuk menilai dan mengkaji semula manifesto yang dibentuk. Konsep ‘Malaysia Baru’ di mata rakyat hanya sekadar peralihan kepimpinan, tetapi masih seperti di era Barisan Nasional tanpa ada sebarang perubahan drastik.
  • 8. 8 Isu peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim menjadi punca perdebatan dalam konflik dalaman Pakatan Harapan. Pembangkang menggunakan peluang ini untuk menunjukkan terdapat perebutan kuasa dalam komposisi parti kerajaan tersebut. Bahkan, kepimpinan Anwar dijadikan alat boneka oleh barisan pembangkang bagi memperlihatkan konflik dalaman perebutan kuasa tanpa menghiraukan aspirasi dan harapan rakyat secara realiti. Janji Mahathir untuk menyerahkan kepimpinan kepada Anwar sering kali diungkit tidak kira sama ada di media sosial, akhbar mahupun secara bersemuka. Rakyat yang kebanyakan celik teknologi menggunakan media sosial sebagai alat untuk mendapatkan informasi secara pantas. Isu peralihan kuasa dilihat sering diutarakan oleh mana-mana pihak sehinggakan sebahagian manifesto PH tidak dilaksanakan. Kegagalan PH ini khasnya membawa maksud tampuk kepimpinan yang terlalu memfokuskan kepada isu korupsi Najib, peralihan kuasa Mahathir dan juga gagal untuk menenangkan rakyat berkaitkan politik perkauman yang berbangkit. Namun demikian, isu peralihan kuasa ini dilihat sengaja ditimbulkan oleh pihak lain, walaupun secara asasnya Anwar dilihat tidak tergesa-gesa untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Pendemokrasian yang ingin dibawa oleh Pakatan Harapan menemui kemuncak apabila terbentuknya pakatan Muafakat Nasional (MN) yang diterajui oleh UMNO dan PAS. Politik perkauman yang semakin meruncing berikutan sentimen rasisme dari pakatan pembangkang terhadap parti komponen PH, iaitu DAP membawa kepada rumusan pembentukan MN. Agenda yang dibawa berteraskan perjuangan Melayu dan Islam apabila naratif penguasaan kaum bukan Melayu dalam kerajaan menghakis hak keistimewaan kaum Melayu. Politik perkauman dan keagamaan bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di Indonesia dengan meningkatkan kekuatan sentimen perjuangan Islam. Di mana-mana negara yang mengamalkan konsep perkauman dan agama, maka di situ akan terbentuk sebuah parti politik berteraskan etnik dan agama. Hasilnya, Muafakat Nasional diwujudkan untuk membawa perjuangan orang Melayu ke dasar permukaan, walaupun secara hakikatnya, golongan inilah yang memulakan isu perkauman kepada rakyat. Demi kuasa, pangkat dan jawatan, sensitiviti kaum Melayu dipertaruhkan sebagai agenda untuk menjatuhkan Pakatan Harapan. Senario ini pada akhirnya melihat PH digulingkan oleh pembangkang dalam Langkah Sheraton.
  • 9. 9 5.0 KEGAGALAN PENDEMOKRASIAN DI MESIR Peristiwa Arab Spring yang melanda di seluruh negara-negara Arab menyaksikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak yang memimpin Mesir selama 30 tahun. Sebelum Arab Spring, kebanyakan negara Arab dipimpin oleh pemimpin diktator dan autokratik, dan pada waktu ini seolah-olah konsep demokrasi tidak pernah wujud. Demonstrasi rakyat menumbangkan pemimpin mereka untuk mengembalikan nilai-nilai demokratik dipimpin oleh golongan muda yang mahukan perubahan institusi di Mesir. Peristiwa Arab Spring membuka lembaran baru kepada perubahan politik Mesir dari pemerintahan kuku besi kepada proses pendemokrasian. Mohamed Morsi ialah pemimpin pertama yang dipilih menerusi jalan demokratik melalui pilihan raya selepas kejatuhan Mubarak. Walau bagaimanapun, hasrat rakyat untuk mengubah reformasi politik Mesir dilihat menemui kegagalan selepas berlaku beberapa konflik dalaman berkaitan mekanisme pengurusan pemerintahan. Konflik ini terjadi ekoran berlaku kekeliruan sama ada untuk membentuk sebuah perlembagaan baru atau melaksanakan pilihan raya. Jika pemfokusan dibuat untuk membentuk sebuah perlembagaan, bagaimana tadbir urus akan dilakukan, dan sekiranya pilihan raya dilaksanakan terlebih dahulu, apakah impak perlaksanaan itu. Demikian persoalan yang menjadi tanda tanya semasa tempoh proses transisi kuasa sekitar tahun 2012. Terdapat pelbagai referendum yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada tentera, masyarakat sivil, aktivis politik, mahupun partisan. Landskap politik Mesir turut disertai perbalahan antara golongan islamik dan golongan sekular atau liberal. Ikhwanul Muslimin, sebuah pertubuhan Islam mendominasi pemerintahan Mesir dan ianya memberi impak kepada golongan sekular dan aktivis berhaluan kiri. Perubahan politik di negara itu lebih bermotifkan pertentangan masyarakat sivil dan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah organisasi yang mempunyai kait rapat dengan Presiden Morsi. Pilihan raya yang dilaksanakan pada 2012 menyingkirkan beberapa calon untuk bertanding atas beberapa alasan 1) kecelaruan identiti warganegara 2) Khairat Al-Shater yang mempunyai prestasi tidak memberangsangkan sewaktu rejim lama dan ianya membuka peluang untuk Morsi memenangi pemilihan tersebut. Secara
  • 10. 10 asasnya, konflik yang membantut proses pendemokrasian di Mesir berlaku atas sebab ketidakstabilan pemimpin baru untuk melaksanakan agenda reformasi institusi. Banyak kelemahan dan kekeliruan atas agenda untuk menuntut sebuah pembentukan perlembagaan demokratik dan proses melaksanakan pilihan raya. Keruntuhan rejim Mubarak tidak menampilkan sebarang persiapan untuk merangka sebuah perlembagaan bagi tadbir urus pemerintahan baru. Agenda Arab Spring malah hanya menampilkan sebahagian demonstran untuk menuntut perubahan namun tidak berbekalkan idealisme yang tinggi. Mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membentuk sebuah sistem yang baru, siapa yang akan memerintah, bagaimana pemerintahan tersebut akan dilakukan, apakah proses reformasi institusi dan bagaimana kekuasaan akan diagihkan. Kelemahan tersebut ditambah pula dengan dominasi Ikhwanul Muslimin dalam sistem pentadbiran seperti jawatan Gabenor dan ianya menggugat perpaduan sosial antara sekular dan islamik. Pendekatan yang diambil oleh Morsi turut memperlihatkan hubungan baik beliau bersama pihak tentera yang pada akhirnya menggulingkan setahun selepas pemerintahan demokrasi dijalankan. Percaturan yang diambil menampilkan pelbagai siri pilihan raya dilaksanakan, namun kerap kali dibatalkan atas alasan tidak sah mengikut perlembagaan. Dewan Perwakilan (Lower Parliament) pada Jun 2012 turut dibatalkan bagi merangka sebuah lagi perlembagaan baru dan diikuti dengan Dewan Senat (Upper House of Parliament) yang mengikut Mahkamah Tinggi akan diadakan satu siri pilihan raya baru. Fungsi Dewan Senat untuk merangka undang-undang dibawa kepada Mahkamah Tinggi mempunyai pelbagai proses sehingga kepada rampasan kuasa El-Sisi pada 2013. Konflik dalaman Mesir turut terjadi apabila ahli Ikhwanul Muslimin menggesa untuk melaksanakan pilihan raya untuk mengabsahkan kedudukan mereka dan golongan sekular pula mengadakan pelbagai protes atas kekuasaan ahli organisasi Islam tersebut. Secara ringkasnya, pemimpin Ikhwanul Muslimin beranggapan golongan sekular tidak menerima keputusan pilihan raya yang dipilih oleh rakyat, dan golongan yang terdiri daripada aktivis berhaluan kiri ini meletakkan islamis menggunakan jalan pilihan raya seolah-olah ianya kelihatan demokratik, walaupun banyak jawatan pentadbiran dikuasai oleh ahli organisasi itu. Di samping itu, Ikhwanul Muslimin turut menggunakan kekerasan terhadap demonstran pada Disember 2012 dan
  • 11. 11 tambahan pula, pihak security forces tidak mengatur sebarang usaha untuk mempertahankan para pemerintah Muslimin dan secara tidak langsung memaparkan secara jelas proses pertentangan kuasa dan ideologi. Pakatan pembangkang pula bergantung pada keputusan Mahkamah Tinggi dan berakhir dengan kesepakatan dengan pihak tentera unuk menggulingkan Presiden Morsi. Pendemokrasian Mesir juga dilihat gagal kerana penguasaan pembuatan keputusan oleh pihak tentera. Suara rakyat yang seharusnya menjadi asas kepada sistem demokratik diambil oleh pihak tentera dan secara tidak langsung ‘memakan diri’ Presiden Morsi pada akhir pemerintahan. Selain itu, ketidakseimbangan politik pasca pemerintahan autoritarian Mubarak membawa kesan perpecahan sosial. Dominasi Ikhwanul Muslimin memberi impak tidak percaya golongan sekular terhadap golongan islamis. Golongan sekular dinafikan partisipasi dalam politik secara formal kerana penguasaan islamis yang begitu menguat. Pasca pemerintahan Mubarak, Ikhwanul Muslimin yang ingin membawa nilai demokrasi dalam pemerintahan Mesir tidak mencapai kejayaan. Sistem lama yang diguna pakai oleh kerajaan sebelum ini masih dikekalkan dan dirujuk sehinggakan proses pendemokrasian yang ingin dilaksanakan menemui kegagalan. Pada akhirnya, perubahan politik yang dialami di Mesir tidak membawa kesan drastik apabila penguasaan Morsi dan Ikhwanul Muslimin dilihat lemah dalam pemerintahan. Tiada perancangan dan tidak mempunyai sistem yang sempurna untuk mereformasikan institusi meletakkan kekuasaan pada kerajaan baru yang dipimpin oleh pihak tentera El-Sisi. 6.0 KESIMPULAN Secara rumusannya, pendemokrasian di Malaysia dan Mesir dilihat menemui kegagalan atas faktor pengawalan rendah terhadap sistem tersebut. Proses yang ingin mengembalikan demokrasi di negara tersebut akhirnya melewati pembalikan pemerintahan lama semi-demokrasi atau autokrasi. Ketidakcekapan pemerintah baru mengembalikan asas kepimpinan yang lama tanpa nilai demokrasi yang ingin dibawa.