SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan kemahiran di dalam
menyediakan penyata kewangan dengan
menggunakan teknik Qgrafik ( KEW GRAFIC)
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
1. TAHU KOMPONEN-KOMPONEN ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL
DAN BELANJA
2. TAHU PERSAMAAN PERAKAUNAN :
A= EP + L
3. TAHU CATATAN KONTRA ( PENGURANGAN AKAUN INDUK)
4. SUDAH MENGHAFAL FORMAT PENYATA KEWANGAN
Disediakan Oleh:
Encik Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi
Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan
SMK Padang Saujana
27000 Jerantut Pahang
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com ii
TAJUK KAJIAN
Meningkatkan kemahiran didalam menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan
teknik Qgrafic ( KEW GRAFIC)
Fokus kajian ; Meningkatkan kemahiran menyediakan penyata kewangan
Masalah : Masalah kemahiran menyelesaikan maklumat tambahan di dalam soalan
Penyata Kewangan.
Tindakan : Menggunakan Teknik Qgafik
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com iii
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur saya rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan
izinNya, saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Di ruangan ini, saya
mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Encik Kharudin bin Kamaruzzaman Pengetua Cemerlang di Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut yang telah banyak memberikan maklumat dan
kerjasama di sepanjang proses kajian ini.
Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
responden-responden yang terlibat di dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada
pelajar-pelajar 5DO kerana telah menyumbangkan maklumat yang amat berguna dalam
menjayakan kajian ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-
individu yang tidak saya nyatakan namanya di ruangan ini iaitu yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada isteri tersayang, Muliati Bt Mahmood serta anak-anak tercinta, Ahmad Idham
Afiq B. Mohd Firdaus, Nursyazwina Athirah Bt Mohd Firdaus dan Nur Alia Athirah Bt
Mohd Firdaus yang menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai bagi diri saya selama
proses kajian ini berlangsung.
Harapan saya, semoga kajian ini mampu memberikan manfaat kepada semua
pihak terutamanya pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan dan
guru-guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan. Sesungguhnya segala
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com iv
kesempurnaan adalah milik Allah semata-mata dan kelemahan itu datang daripada diri
saya sendiri sebagai hamba yang sentiasa menuntut rahmatNya. Sekian, terima
kasih…………..Wassallam
Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi
Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan
SMK Padang Saujana
Jerantut Pahang.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com v
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah pelajar dalam
menyediakan penyata kewangan dalam subjek Prinsip Perakaunan di sekolah . Di dalam
kajian ini, pengkaji melihat dalam konteks pemahaman pelajar tentang beberapa bab
sebelumnya iaitu komponen-komponen aset, liabiliti , ekuiti pemilik, hasil dan belanja
serta bab persamaan perakaunan dan akaun kontra. Dengan mengaplikasikan ketiga-tiga
bab tersebut, maka dengan menggunakan teknik Qgrafik ini pelajar dapat menjawab
soalan penyata kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Data yang diperolehi
sebelum teknik Qgrafik diajar kepada pelajar menunjukkan pelajar masih belum dapat
menguasai teknik menjawab dengan baik terutamanya apabila menyelesaikan maklumat
tambahan yang diberikan. Setelah teknik Qgrafik diajar, data menunjukkan peningkatan
yang ketara terutamanya dalam penyelesaian maklumat tambahan sudah dapat dikuasai
dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan supaya teknik yang diketengahkan oleh
pengkaji dapat membantu semua pelajar Prinsip Perakaunan di Pahang khasnya dan
seterusnya di Malaysia amnya.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com vi
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK v
KANDUNGAN vi
1.0 Refleksi / Amalan / Gelagat yang lalu
2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian 1
3.0 Objektif Kajian 1
4.0 Kumpulan Sasaran 2
5.0 Perancangan Tindakan 2
6.0 Pelaksanaan Tindakan 3
6.1 Ujian Pra 3
6.2 Aktiviti Tunjuk Cara (Qgrafik) 5
6.3 Ujian Pos 11
7.0 Dapatan Kajian / Kesan Kepada Pelajar 12
8.0 Refleksi Kajian (Kesan Kepada Guru) 12
RUJUKAN 13
LAMPIRAN 14
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com vii
1.0 REFLEKSI/AMALAN/GELAGAT YANG LALU
Mata pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu mata pelajaran elektif yang
menggabungkan teori dan praktikum (teknik) untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Untuk
menyediakan Penyata Kewangan yang tepat dan lengkap, para pelajar haruslah berhati-
hati dalam operasi penyediaannya. Malah, apabila di sertakan bersama maklumat
tambahan, kebanyakan pelajar merasakan maklumat tambahan itu cukup menyusahkan
mereka. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu teknik dalam penyediaan penyata
kewangan. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar juga dapat menguasai beberapa topik
iaitu pengenalan kepada aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja, topik persamaan
perakaunan dan catatan kontra iaitu pengurangan kepada akaun induk.
2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti melalui refleksi Pengajaran
dan Pembelajaran yang lalu, kajian ini difokuskan kepada kemahiran menyediakan
penyata kewangan beserta dengan maklumat tambahan yang diberikan . Oleh itu, satu
pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah
dengan menggunakan kaedah tunjuk cara dengan menggunakan teknik Qgrafic dalam
pengajaran guru.
Kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah yang cukup berkesan untuk subjek-
subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu, pengkaji telah
mencipta satu teknik tunjuk cara yang telah diberi nama teknik Qgraphic.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com viii
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut :
1. Mengenalpasti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja
2. Menyatakan persamaan perakaunan mengikut konsep-konsep asas perakaunan
3. Menyediakan penyata kewangan dengan kemas , cepat dan tepat.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian telah dilakukan ke atas 13 orang pelajar tingkatan lima yang masih lemah
dalam penyediaan Penyata Kewangan. Pelajar telah diukur berdasarkan ujian Pra yang
telah dilaksanakan sebelum teknik Qgrafic diperkenalkan.
5.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, pengkaji telah merancang pelaksanaan
P&P yang lebih berkesan iaitu:
i) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan)
ii) Menyediakan alat bantu mengajar seperti bahan edaran
iii) Menggabungkan beberapa kecerdasan iaitu logik matematik dan kecerdasan
interpersonal.
a) Logik Matematik
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat
perkaitan seperti suka bertanya, cekap membuat pengiraan, boleh
membuat perbandingan dan cekap dalam menyelesaikan masalah
berkaitan nombor dan menggunakan komputer.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com ix
b) Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat orang lain.
Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal kebanyakannya boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau bukan
lisan dengan orang lain.
6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
i) Ujian Pra
ii) Aktiviti tunjuk cara ( Qgrafic)
iii) Ujian pos
6.1 UJIAN PRA
Murid-murid kelas 5DO diberikan satu set soalan berkaitan dengan penyediaan
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ( Penyata Kewangan). Mereka dikehendaki
menjawab soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada. Berdasarkan ujian ini,
didapati kesemua pelajar kelas 5DO iaitu seramai 13 orang tidak dapat menjawab soalan
dengan baik dan tepat. Keputusan Ujian Pra boleh dilihat pada jadual dibawah.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com x
Soalan Penyata Pendapatan :
Pelajar dikehendaki menyediakan Penyata pendapatan dan Kunci kira-kira.
No Nama Markah
1 A 35
2 B 30
3 C 25
4 D 30
5 E 25
6 F 26
7 G 20
8 H 29
9 I 36
10 J 23
11 K 30
12 L 35
13 M 42
Sumber : Ujian Pra ke atas 13 orang murid 5DO
Berdasarkan Jadual diatas, kebanyakan murid-murid tidak dapat mengingat format
Penyata Pendapatan, tidak tahu fungsi akaun kontra dan tidak tahu persamaan
perakaunan. Perkara ini dapat diketahui dengan melihat kepada corak jawapan yang
masih keliru dan tidak teratur. Kesemua pelajar terpilih untuk mengikuti program Teknik
Qgrafik.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xi
6.2 AKTIVITI TUNJUK CARA QGRAFIK (KEW GRAFIK)
Setelah ujian Pra dijalankan , 13 orang pelajar ini telah dikumpulkan dan
dibahagikan kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan). Aktiviti ini dilakukan pada 19
Februari 2011, hari Sabtu untuk memastikan proses P&P berjalan lancar dan berkesan.
Langkah 1
Soalan diedarkan kepada pelajar. Soalan tersebut dibaca oleh guru satu persatu kepada
pelajar. Tujuannya ialah untuk memastikan pelajar peka dengan tugasan yang diberikan.
Masa yang diambil adadlah selama 5 minit.
Langkah 2
Guru memberi penjelasan tentang :
i) Fasa 1- Komponen-komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.
ii) Fasa 2 - Persamaan perakaunan
iii) Fasa 3 - Catatan Kontra.
Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam iaitu memberi penerangan dan nota diedarkan
sebagai rujukan.
Langkah 3
Guru mengedarkan borang Qgrafic kepada setiap pelajar. Guru mula menunjukkan cara
menggunakan kaedah Qgrafik iaitu :
i) Guru mengarahkan pelajar merekodkan segala maklumat dalam imbangan duga
ke dalam Qgrafik mengikut kedudukan baki masing-masing dengan pengetahuan
sedia ada tentang komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.
( Rujuk soalan dan Qgrafik di halaman lampiran)
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xii
ii) Menyesaikan maklumat tambahan dengan mengaplikasikan persamaan
perakaunan. Mesti ada catatan bergu bagi setiap maklumat tambahan.( Gunakan
dakwat pen merah)
iii) Pindahkan maklumat tersebut ke dalam format penyata kewangan yang sebenar
daripada Qgrafik.( Penerangan lebih jelas di lampiran )
Lihat contoh soalan di bawah:
Contoh Soalan
Imbangan Duga Perniagaan Alia pada 30 Jun 2011 adalah seperti berikut:
Perniagaan Alia
Imbangan Duga pada 30 Jun 2011
RM RM
Tunai 700
Penghutang 3280
Pemiutang 4330
Stok 1 Julai 2010 12600
Kenderaan 40000
Pinjaman Bank 10000
Belian 63500
Jualan 96540
Pulangan 420
Komisen 450
Gaji 9200
Sewa 4800
Insurans 1560
Kadar Bayaran 1540
Peruntukan hutang ragu 400
Modal 25880
137600 137600
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xiii
Maklumat tambahan:
i) Stok pada 30 Jun 2011 dinilaikan sebanyak RM9700
ii) Peruntukan hutang ragu dicadangkan pada kadar 5% atas penghutang
iii) Insurans RM1560 yang dibayar pada 1 September 2010 adalah untuk tempoh
setahun
iv) Ambilan barang niaga bernilai RM240 belum lagi dicatatkan dalam mana
mana buku.
Anda dikehendaki menyediakan:
a) Penyata pendapatan bagii tahun berakhir 30 Jun 2011
b) Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xiv
Penyelesaian Menggunakan Qgrafic :
NOTA: MT = MAKLUMAT TAMBAHAN
HURUF YANG DIHITAM ADALAH CATATAN KONTA
- Catatan ini haruslah dipindahkan ke sebelah yang berlawanan dengannya ( ditolakkan
daripada pasangannya iaitu AKAUN INDUK.
Gaji 9200
Sewa 4800
Insurans 1560 + 312 ( MT iii)
Kadar Bayaran 1540
PHR ( penambahan) +230 (MT ii)
Tunai 700
Penghutang 3280
Kenderaan 40000
Stok Akhir +9700 ( MT i)
Ambilan + 240 ( MT iv)
AD
AUR
KKK
Stok Awal 12600
Belian 63500 - 240 ( MT iv)
Pulangan 420
Jualan 96540
Stok akhir + 9700 (MT i)
Komisen 450
Pemiutang 4330
Pinjaman Bank 10000
Peruntukan hutang ragu 400 +230 ( MT ii)
Modal 25880
Insurans Terakru + 312 (MT iii)
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xv
Menyalin dari Qgrafik terus kedalam Penyata Kewangan dengan mengaplikasikan
Pengetahuan tentang Catatan Kontra.
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2011
RM RM RM
Jualan 96540
(-) Pulangan 420
Jualan Bersih 96120
Tolak : Kos Jualan
Stok Awal 12600
+ Belian 63260
Kos barang untuk dijual 75860
(-) Stok Akhir 9700
66160
Untung kasar 29960
Tambah : Hasil
Komisen 450
30410
Tolak: Belanja
Gaji 9200
Sewa 4800
Insurans 1872
Kadar Bayaran 1540
Peruntukan Hutang Ragu ( penambahan) 230
17642
Untung Bersih 12768
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xvi
Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011
Aset Bukan Semasa RM RM RM
Kenderaan 40000
Aset semasa
Tunai 700
Stok Akhir 9700
Penghutang 3280
(-) P hutang Ragu (630) 2650
13050
(-) Liabiliti semasa
Pemiutang 4330
Insurans terakru 312
4642 8408
48408
Ekiuti Pemilik
Modal 25880
(+) Untung bersih 12768
38648
(-) Ambilan 240
38408
Liabiliti bukan semasa
Pinjaman bank 10000
48408
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xvii
6.3 UJIAN POS
Ujian pos telah diberikan kepada pelajar selepas aktiviti tunjukcara dilakukan.
Mereka dikehendaki menjawab soalan yanhg diberikan dalanm tempoh masa 25 minit.
Markah yang diperolehi oleh pelajar
No Nama Markah
1 A 69
2 B 64
3 C 54
4 D 63
5 E 45
6 F 52
7 G 60
8 H 52
9 I 50
10 J 65
11 K 86
12 L 85
13 M 87
Merujuk kepada data yang diperolehi daripada responden menunjukkan peningkatan dari
segi persembahan jawapan pelajar yang lebih kemas dan teratur. Contohnya pelajar A
yang mendapat markah 35 pada Ujian Pra telah meningkat kepada 69 markah pada ujian
Pos. Pelajar ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 49.27% iaitu peningkatan yang
amat ketara. Pelajar M pula telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada
ujian pos iaitu sebanyak 51.72%. Kesemua pelajar menunjukkan peningkatan kepada
markah mereka.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xviii
7.0 DAPATAN KAJIAN/KESAN KEPADA PELAJAR
Hasil daripada teknik Qgrafik ini, didapati pelajar telah dapat menguasai teknik
dalam penyediaan penyata kewangan dengan lebih baik jika dibandingkan dengan cara
yang biasa digunakan sebelum ini. Ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan ke atas 13
orang pelajar yang terlibat di dalam Program Tunjukcara Teknik Qgrafik. Kesemua
pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam markah mereka. Contohnya, markah
pelajar M telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada ujian pos iaitu
kenaikan sebanyak 51.72%.
8.0 REFLEKSI KAJIAN ( KESAN KEPADA GURU)
Hasil daripada teknik Qgrafik ini, pengkaji mendapati teknik ini memudahkan
pengkaji untuk mengajar bab ini . Pengkaji tidak perlu lagi mengajar bab ini berulang
kali. Dengan mengajar pelajar teknik Qgrafik ini, pengkaji hanya perlu menunjukkan cara
bagaimana pelaksanaannya dan sekaligus pelajar turut dapat menguasai beberapa bab
yang digunakan sama untuk merealisasikan Qgrafik. Antara topik yang turut terlibat
dalam teknik Qgrapik ialah topik klasifikasi aset, liabiliti, ekuiti pemilik , hasil dan
belanja. Seterusnya, melalui teknik Qgrapik juga para pelajar dapat menguasai topik
persamaan perakaunan, akaun Kontra dan beberapa konsep perakaunan seperti sistem
catatan bergu, konsep pemadaman dan wang sebagai ukuran.
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xix
RUJUKAN
Chua, Yan Piaw (2006) . “Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik Pendidikan”
. Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd .
Mohd Majid Konting (2000) . “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka .
Wiersma, W . (1995) . “Research Methods In Education : An Introduction” . Seventh
Edition . Massachussetts : Ally and Bacon .
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xx
LAMPIRAN
Soalan Ujian Pra
Imbangan Duga Syarikat Bahama pada 31 Ogos 2011 adalah seperti berikut :
Imbangan Duga pada 31 Ogos 2011
Debit Kredit
RM RM
Bangunan 45 000
Kelengkapan 14 000
Susut nilai terkumpul kelengkapan 2 660
Modal 49 200
Tunai 1 293
Ambilan 3 303
Overdraf Bank 3 500
Penghutang dan Pemiutang 11 260 8 085
Peruntukan Hutang Ragu 465
Hutang Lapuk 860
Stok, 1 September 2010 8 500
Belian dan Jualan 29 916 61 888
Pulangan 867 621
Angkutan Masuk 412
Angkutan Keluar 398
Komisen 530
Kadar Bayaran 540
Gaji 7 500
Insurans 520
Pelbagai Belanja 2 650
Diskaun 250 320
127 269 127 269
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xxi
Maklumat tambahan :
i) Stok pada 31 Ogos 2011 adalah sebanyak RM 8 372
ii) Kadar bayaran bagi tempoh perakaunan ini ialah RM 850
iii) Peruntukan hutang ragu hendaklah dinaikkan kepada RM 563
iv) Susut nilai kelengkapan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
v) Insurans ialah RM 583 bagi tahun kewangan ini
vi) Faedah atas overdraf bank sebanyak 10% yang dikenakan belum dibayar lagi
vii) Jualan kredit pada 31 Ogos 2011 sebanyak RM 1 060 yang dijual kepada
pelanggan tidak direkodkan dan wang ini digunakan oleh pemilik untuk
membayar cukai jalan kereta sendiri
Anda dikehendaki :
a) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2011 dengan
menunjukkan kos jualan
b) Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Ogos 2011
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xxii
Soalan Ujian Pos
Berikut ialah Imbangan Duga yang diambil daripada buku Syarikat Man Hing pada 30
Jun 2011.
Imbangan Duga pada 30 Jun 2011
Debit Kredit
RM RM
Kenderaan (kos) 12 000
Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 4 320
Perabot (kos) 6 000
Susut Nilai Terkumpul Perabot 1 140
Modal 45 000
Angkutan Keluar 360
Belanja Pos 210
Ambilan 1 760
Simpanan Tetap 18 000
Tunai 2 000
Gaji 3 680
Penghutang dan Pemiutang 3 460 4 820
Komisen Diterima 580
Bank 2 860
Stok 1 Julai 2010 1 750
Alat Tulis 125
Belian dan Jualan 36 380 43 107
Pulangan Masuk dan Pulangan Keluar 980 460
Angkutan masuk 425
Insurans 1 285
Sewa 6 960
Insurans Atas Belian 225
Upah 622
Kadar Bayaran 285
Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011
www.perakaunansaujana.blogspot.com xxiii
Diskaun 367 284
Belanja Runcit 112
Peruntukan Hutang Ragu 480
Duti Import 345
100 191 100 191
Maklumat tambahan :
i) Stok pada 30 Jun bernilai RM 5 920 pada harga kos dan RM 5 580 pada harga
pasaran
ii) Komisen diterima adalah untuk setahun yang berakhir pada 31 Disember 2011
iii) Insurans terdahulu ialah RM 288 sementara belanja runcit terakru ialah RM
65
iv) Susut nilai kenderaan hendaklah dibuat dengan kadar 20% setahun dan
perabot 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
v) Sekeping cek bernilai RM 500 yang diterima daripada seorang penghutang
tidak dilayan oleh bank. Perkara ini belum dicatat dalam buku.
vi) Hutang sebanyak RM 260 dihapuskan dan peruntukan hutang ragu sebanyak
5% diwujudkan
vii) Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar
viii) Peniaga telah mengambil barang berkos RM 238 untuk kegunaan sendiri. Dia
juga mengeluarkan RM 50 setiap bulan daripada Akaun Bank Perniagaan
untuk membayar yuran muzik anaknya. Perkara ini belum direkodkan.
Anda dikehendaki menyediakan :
a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2011
b) Kunci Kira-Kira pada tarikh tersebut.

More Related Content

What's hot

S1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdf
S1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdfS1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdf
S1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdfSokKhengChua
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxJULIZABINTIALLIMoe
 
Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1leencute
 
PROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsx
PROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsxPROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsx
PROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsxYONGKAIMANMoe1
 
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Stephanie Unsil
 
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusKertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusNoraini_84
 
SLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptx
SLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptxSLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptx
SLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptxDillaFadillah11
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Nor Zura
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertemaHumyra Amer
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1norihaharino
 
Matematik tahun 4 - Bahagi
Matematik tahun 4 - BahagiMatematik tahun 4 - Bahagi
Matematik tahun 4 - BahagiMikaTuition
 
Banding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khas
Banding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khasBanding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khas
Banding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khasShamimi Jamudin
 
Contoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikContoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikHazura Abu Bakar
 
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MORALPENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MORALMd Nazrin
 
Soalan moral tahun 5
Soalan moral tahun 5Soalan moral tahun 5
Soalan moral tahun 5Cikli Aliff
 

What's hot (20)

S1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdf
S1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdfS1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdf
S1_BPSH_CADANGAN_AKTIVITI_MINGGU_PERTAMA_SESI_AKADEMIK_V4_UKKM_240223.pdf
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
 
Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1
 
PROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsx
PROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsxPROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsx
PROSES KEMASKINI TAGGING SUBJEK DAN DLP MURID MASUK.ppsx
 
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
 
Kotak sifir darab
Kotak sifir darabKotak sifir darab
Kotak sifir darab
 
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusKertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
 
SLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptx
SLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptxSLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptx
SLIDE MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1 2023 editted.pptx
 
Soalan muzik tahun 6
Soalan muzik tahun 6Soalan muzik tahun 6
Soalan muzik tahun 6
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
Senarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawabSenarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawab
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
Matematik tahun 4 - Bahagi
Matematik tahun 4 - BahagiMatematik tahun 4 - Bahagi
Matematik tahun 4 - Bahagi
 
Banding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khas
Banding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khasBanding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khas
Banding beza pemulihan biasa dengan pemulihan khas
 
Powerpoint dialog prestasi
Powerpoint dialog prestasiPowerpoint dialog prestasi
Powerpoint dialog prestasi
 
Contoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikContoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademik
 
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MORALPENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MORAL
 
Soalan moral tahun 5
Soalan moral tahun 5Soalan moral tahun 5
Soalan moral tahun 5
 

Similar to Kajian tindakan qgrafik

Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanChitra Devaki
 
PELAN sTRATEGIK DLP 2020.docx
PELAN sTRATEGIK DLP 2020.docxPELAN sTRATEGIK DLP 2020.docx
PELAN sTRATEGIK DLP 2020.docxssuser2458f1
 
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Ajis Kadir Ajis Kadir
 
Panduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqsPanduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqsCikgu Syahidon
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcAhmad Sharimi
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)ernie yanti
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
RPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdfRPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdfasiyahamin1
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Mahesh Hesh
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 

Similar to Kajian tindakan qgrafik (20)

Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
PELAN sTRATEGIK DLP 2020.docx
PELAN sTRATEGIK DLP 2020.docxPELAN sTRATEGIK DLP 2020.docx
PELAN sTRATEGIK DLP 2020.docx
 
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016Plan stategik panitia_sains__2014-2016
Plan stategik panitia_sains__2014-2016
 
Panduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqsPanduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqs
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gc
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
5_6100683151963587217.pptx
5_6100683151963587217.pptx5_6100683151963587217.pptx
5_6100683151963587217.pptx
 
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
 
RPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdfRPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdf
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 

Recently uploaded

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 

Recently uploaded (11)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Kajian tindakan qgrafik

  • 1. PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan kemahiran di dalam menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Qgrafik ( KEW GRAFIC) PENGETAHUAN SEDIA ADA: 1. TAHU KOMPONEN-KOMPONEN ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA 2. TAHU PERSAMAAN PERAKAUNAN : A= EP + L 3. TAHU CATATAN KONTRA ( PENGURANGAN AKAUN INDUK) 4. SUDAH MENGHAFAL FORMAT PENYATA KEWANGAN Disediakan Oleh: Encik Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana 27000 Jerantut Pahang
  • 2. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com ii TAJUK KAJIAN Meningkatkan kemahiran didalam menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Qgrafic ( KEW GRAFIC) Fokus kajian ; Meningkatkan kemahiran menyediakan penyata kewangan Masalah : Masalah kemahiran menyelesaikan maklumat tambahan di dalam soalan Penyata Kewangan. Tindakan : Menggunakan Teknik Qgafik
  • 3. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com iii PENGHARGAAN Setinggi-tinggi syukur saya rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya, saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Di ruangan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kharudin bin Kamaruzzaman Pengetua Cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut yang telah banyak memberikan maklumat dan kerjasama di sepanjang proses kajian ini. Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada responden-responden yang terlibat di dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar 5DO kerana telah menyumbangkan maklumat yang amat berguna dalam menjayakan kajian ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu- individu yang tidak saya nyatakan namanya di ruangan ini iaitu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Akhir sekali, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang, Muliati Bt Mahmood serta anak-anak tercinta, Ahmad Idham Afiq B. Mohd Firdaus, Nursyazwina Athirah Bt Mohd Firdaus dan Nur Alia Athirah Bt Mohd Firdaus yang menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai bagi diri saya selama proses kajian ini berlangsung. Harapan saya, semoga kajian ini mampu memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan dan guru-guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan. Sesungguhnya segala
  • 4. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com iv kesempurnaan adalah milik Allah semata-mata dan kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri sebagai hamba yang sentiasa menuntut rahmatNya. Sekian, terima kasih…………..Wassallam Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana Jerantut Pahang.
  • 5. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com v ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah pelajar dalam menyediakan penyata kewangan dalam subjek Prinsip Perakaunan di sekolah . Di dalam kajian ini, pengkaji melihat dalam konteks pemahaman pelajar tentang beberapa bab sebelumnya iaitu komponen-komponen aset, liabiliti , ekuiti pemilik, hasil dan belanja serta bab persamaan perakaunan dan akaun kontra. Dengan mengaplikasikan ketiga-tiga bab tersebut, maka dengan menggunakan teknik Qgrafik ini pelajar dapat menjawab soalan penyata kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Data yang diperolehi sebelum teknik Qgrafik diajar kepada pelajar menunjukkan pelajar masih belum dapat menguasai teknik menjawab dengan baik terutamanya apabila menyelesaikan maklumat tambahan yang diberikan. Setelah teknik Qgrafik diajar, data menunjukkan peningkatan yang ketara terutamanya dalam penyelesaian maklumat tambahan sudah dapat dikuasai dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan supaya teknik yang diketengahkan oleh pengkaji dapat membantu semua pelajar Prinsip Perakaunan di Pahang khasnya dan seterusnya di Malaysia amnya.
  • 6. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com vi KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TAJUK KAJIAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK v KANDUNGAN vi 1.0 Refleksi / Amalan / Gelagat yang lalu 2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian 1 3.0 Objektif Kajian 1 4.0 Kumpulan Sasaran 2 5.0 Perancangan Tindakan 2 6.0 Pelaksanaan Tindakan 3 6.1 Ujian Pra 3 6.2 Aktiviti Tunjuk Cara (Qgrafik) 5 6.3 Ujian Pos 11 7.0 Dapatan Kajian / Kesan Kepada Pelajar 12 8.0 Refleksi Kajian (Kesan Kepada Guru) 12 RUJUKAN 13 LAMPIRAN 14
  • 7. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com vii 1.0 REFLEKSI/AMALAN/GELAGAT YANG LALU Mata pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu mata pelajaran elektif yang menggabungkan teori dan praktikum (teknik) untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Untuk menyediakan Penyata Kewangan yang tepat dan lengkap, para pelajar haruslah berhati- hati dalam operasi penyediaannya. Malah, apabila di sertakan bersama maklumat tambahan, kebanyakan pelajar merasakan maklumat tambahan itu cukup menyusahkan mereka. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu teknik dalam penyediaan penyata kewangan. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar juga dapat menguasai beberapa topik iaitu pengenalan kepada aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja, topik persamaan perakaunan dan catatan kontra iaitu pengurangan kepada akaun induk. 2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN Berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti melalui refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu, kajian ini difokuskan kepada kemahiran menyediakan penyata kewangan beserta dengan maklumat tambahan yang diberikan . Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah tunjuk cara dengan menggunakan teknik Qgrafic dalam pengajaran guru. Kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah yang cukup berkesan untuk subjek- subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu teknik tunjuk cara yang telah diberi nama teknik Qgraphic.
  • 8. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com viii 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah seperti berikut : 1. Mengenalpasti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja 2. Menyatakan persamaan perakaunan mengikut konsep-konsep asas perakaunan 3. Menyediakan penyata kewangan dengan kemas , cepat dan tepat. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian telah dilakukan ke atas 13 orang pelajar tingkatan lima yang masih lemah dalam penyediaan Penyata Kewangan. Pelajar telah diukur berdasarkan ujian Pra yang telah dilaksanakan sebelum teknik Qgrafic diperkenalkan. 5.0 PERANCANGAN TINDAKAN Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, pengkaji telah merancang pelaksanaan P&P yang lebih berkesan iaitu: i) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan) ii) Menyediakan alat bantu mengajar seperti bahan edaran iii) Menggabungkan beberapa kecerdasan iaitu logik matematik dan kecerdasan interpersonal. a) Logik Matematik Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka bertanya, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan dan cekap dalam menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer.
  • 9. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com ix b) Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal kebanyakannya boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan orang lain. 6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: i) Ujian Pra ii) Aktiviti tunjuk cara ( Qgrafic) iii) Ujian pos 6.1 UJIAN PRA Murid-murid kelas 5DO diberikan satu set soalan berkaitan dengan penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ( Penyata Kewangan). Mereka dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada. Berdasarkan ujian ini, didapati kesemua pelajar kelas 5DO iaitu seramai 13 orang tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan tepat. Keputusan Ujian Pra boleh dilihat pada jadual dibawah.
  • 10. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com x Soalan Penyata Pendapatan : Pelajar dikehendaki menyediakan Penyata pendapatan dan Kunci kira-kira. No Nama Markah 1 A 35 2 B 30 3 C 25 4 D 30 5 E 25 6 F 26 7 G 20 8 H 29 9 I 36 10 J 23 11 K 30 12 L 35 13 M 42 Sumber : Ujian Pra ke atas 13 orang murid 5DO Berdasarkan Jadual diatas, kebanyakan murid-murid tidak dapat mengingat format Penyata Pendapatan, tidak tahu fungsi akaun kontra dan tidak tahu persamaan perakaunan. Perkara ini dapat diketahui dengan melihat kepada corak jawapan yang masih keliru dan tidak teratur. Kesemua pelajar terpilih untuk mengikuti program Teknik Qgrafik.
  • 11. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xi 6.2 AKTIVITI TUNJUK CARA QGRAFIK (KEW GRAFIK) Setelah ujian Pra dijalankan , 13 orang pelajar ini telah dikumpulkan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan). Aktiviti ini dilakukan pada 19 Februari 2011, hari Sabtu untuk memastikan proses P&P berjalan lancar dan berkesan. Langkah 1 Soalan diedarkan kepada pelajar. Soalan tersebut dibaca oleh guru satu persatu kepada pelajar. Tujuannya ialah untuk memastikan pelajar peka dengan tugasan yang diberikan. Masa yang diambil adadlah selama 5 minit. Langkah 2 Guru memberi penjelasan tentang : i) Fasa 1- Komponen-komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. ii) Fasa 2 - Persamaan perakaunan iii) Fasa 3 - Catatan Kontra. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam iaitu memberi penerangan dan nota diedarkan sebagai rujukan. Langkah 3 Guru mengedarkan borang Qgrafic kepada setiap pelajar. Guru mula menunjukkan cara menggunakan kaedah Qgrafik iaitu : i) Guru mengarahkan pelajar merekodkan segala maklumat dalam imbangan duga ke dalam Qgrafik mengikut kedudukan baki masing-masing dengan pengetahuan sedia ada tentang komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. ( Rujuk soalan dan Qgrafik di halaman lampiran)
  • 12. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xii ii) Menyesaikan maklumat tambahan dengan mengaplikasikan persamaan perakaunan. Mesti ada catatan bergu bagi setiap maklumat tambahan.( Gunakan dakwat pen merah) iii) Pindahkan maklumat tersebut ke dalam format penyata kewangan yang sebenar daripada Qgrafik.( Penerangan lebih jelas di lampiran ) Lihat contoh soalan di bawah: Contoh Soalan Imbangan Duga Perniagaan Alia pada 30 Jun 2011 adalah seperti berikut: Perniagaan Alia Imbangan Duga pada 30 Jun 2011 RM RM Tunai 700 Penghutang 3280 Pemiutang 4330 Stok 1 Julai 2010 12600 Kenderaan 40000 Pinjaman Bank 10000 Belian 63500 Jualan 96540 Pulangan 420 Komisen 450 Gaji 9200 Sewa 4800 Insurans 1560 Kadar Bayaran 1540 Peruntukan hutang ragu 400 Modal 25880 137600 137600
  • 13. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xiii Maklumat tambahan: i) Stok pada 30 Jun 2011 dinilaikan sebanyak RM9700 ii) Peruntukan hutang ragu dicadangkan pada kadar 5% atas penghutang iii) Insurans RM1560 yang dibayar pada 1 September 2010 adalah untuk tempoh setahun iv) Ambilan barang niaga bernilai RM240 belum lagi dicatatkan dalam mana mana buku. Anda dikehendaki menyediakan: a) Penyata pendapatan bagii tahun berakhir 30 Jun 2011 b) Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011
  • 14. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xiv Penyelesaian Menggunakan Qgrafic : NOTA: MT = MAKLUMAT TAMBAHAN HURUF YANG DIHITAM ADALAH CATATAN KONTA - Catatan ini haruslah dipindahkan ke sebelah yang berlawanan dengannya ( ditolakkan daripada pasangannya iaitu AKAUN INDUK. Gaji 9200 Sewa 4800 Insurans 1560 + 312 ( MT iii) Kadar Bayaran 1540 PHR ( penambahan) +230 (MT ii) Tunai 700 Penghutang 3280 Kenderaan 40000 Stok Akhir +9700 ( MT i) Ambilan + 240 ( MT iv) AD AUR KKK Stok Awal 12600 Belian 63500 - 240 ( MT iv) Pulangan 420 Jualan 96540 Stok akhir + 9700 (MT i) Komisen 450 Pemiutang 4330 Pinjaman Bank 10000 Peruntukan hutang ragu 400 +230 ( MT ii) Modal 25880 Insurans Terakru + 312 (MT iii)
  • 15. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xv Menyalin dari Qgrafik terus kedalam Penyata Kewangan dengan mengaplikasikan Pengetahuan tentang Catatan Kontra. Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 RM RM RM Jualan 96540 (-) Pulangan 420 Jualan Bersih 96120 Tolak : Kos Jualan Stok Awal 12600 + Belian 63260 Kos barang untuk dijual 75860 (-) Stok Akhir 9700 66160 Untung kasar 29960 Tambah : Hasil Komisen 450 30410 Tolak: Belanja Gaji 9200 Sewa 4800 Insurans 1872 Kadar Bayaran 1540 Peruntukan Hutang Ragu ( penambahan) 230 17642 Untung Bersih 12768
  • 16. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xvi Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011 Aset Bukan Semasa RM RM RM Kenderaan 40000 Aset semasa Tunai 700 Stok Akhir 9700 Penghutang 3280 (-) P hutang Ragu (630) 2650 13050 (-) Liabiliti semasa Pemiutang 4330 Insurans terakru 312 4642 8408 48408 Ekiuti Pemilik Modal 25880 (+) Untung bersih 12768 38648 (-) Ambilan 240 38408 Liabiliti bukan semasa Pinjaman bank 10000 48408
  • 17. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xvii 6.3 UJIAN POS Ujian pos telah diberikan kepada pelajar selepas aktiviti tunjukcara dilakukan. Mereka dikehendaki menjawab soalan yanhg diberikan dalanm tempoh masa 25 minit. Markah yang diperolehi oleh pelajar No Nama Markah 1 A 69 2 B 64 3 C 54 4 D 63 5 E 45 6 F 52 7 G 60 8 H 52 9 I 50 10 J 65 11 K 86 12 L 85 13 M 87 Merujuk kepada data yang diperolehi daripada responden menunjukkan peningkatan dari segi persembahan jawapan pelajar yang lebih kemas dan teratur. Contohnya pelajar A yang mendapat markah 35 pada Ujian Pra telah meningkat kepada 69 markah pada ujian Pos. Pelajar ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 49.27% iaitu peningkatan yang amat ketara. Pelajar M pula telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada ujian pos iaitu sebanyak 51.72%. Kesemua pelajar menunjukkan peningkatan kepada markah mereka.
  • 18. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xviii 7.0 DAPATAN KAJIAN/KESAN KEPADA PELAJAR Hasil daripada teknik Qgrafik ini, didapati pelajar telah dapat menguasai teknik dalam penyediaan penyata kewangan dengan lebih baik jika dibandingkan dengan cara yang biasa digunakan sebelum ini. Ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan ke atas 13 orang pelajar yang terlibat di dalam Program Tunjukcara Teknik Qgrafik. Kesemua pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam markah mereka. Contohnya, markah pelajar M telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada ujian pos iaitu kenaikan sebanyak 51.72%. 8.0 REFLEKSI KAJIAN ( KESAN KEPADA GURU) Hasil daripada teknik Qgrafik ini, pengkaji mendapati teknik ini memudahkan pengkaji untuk mengajar bab ini . Pengkaji tidak perlu lagi mengajar bab ini berulang kali. Dengan mengajar pelajar teknik Qgrafik ini, pengkaji hanya perlu menunjukkan cara bagaimana pelaksanaannya dan sekaligus pelajar turut dapat menguasai beberapa bab yang digunakan sama untuk merealisasikan Qgrafik. Antara topik yang turut terlibat dalam teknik Qgrapik ialah topik klasifikasi aset, liabiliti, ekuiti pemilik , hasil dan belanja. Seterusnya, melalui teknik Qgrapik juga para pelajar dapat menguasai topik persamaan perakaunan, akaun Kontra dan beberapa konsep perakaunan seperti sistem catatan bergu, konsep pemadaman dan wang sebagai ukuran.
  • 19. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xix RUJUKAN Chua, Yan Piaw (2006) . “Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik Pendidikan” . Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd . Mohd Majid Konting (2000) . “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Wiersma, W . (1995) . “Research Methods In Education : An Introduction” . Seventh Edition . Massachussetts : Ally and Bacon .
  • 20. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xx LAMPIRAN Soalan Ujian Pra Imbangan Duga Syarikat Bahama pada 31 Ogos 2011 adalah seperti berikut : Imbangan Duga pada 31 Ogos 2011 Debit Kredit RM RM Bangunan 45 000 Kelengkapan 14 000 Susut nilai terkumpul kelengkapan 2 660 Modal 49 200 Tunai 1 293 Ambilan 3 303 Overdraf Bank 3 500 Penghutang dan Pemiutang 11 260 8 085 Peruntukan Hutang Ragu 465 Hutang Lapuk 860 Stok, 1 September 2010 8 500 Belian dan Jualan 29 916 61 888 Pulangan 867 621 Angkutan Masuk 412 Angkutan Keluar 398 Komisen 530 Kadar Bayaran 540 Gaji 7 500 Insurans 520 Pelbagai Belanja 2 650 Diskaun 250 320 127 269 127 269
  • 21. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xxi Maklumat tambahan : i) Stok pada 31 Ogos 2011 adalah sebanyak RM 8 372 ii) Kadar bayaran bagi tempoh perakaunan ini ialah RM 850 iii) Peruntukan hutang ragu hendaklah dinaikkan kepada RM 563 iv) Susut nilai kelengkapan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan v) Insurans ialah RM 583 bagi tahun kewangan ini vi) Faedah atas overdraf bank sebanyak 10% yang dikenakan belum dibayar lagi vii) Jualan kredit pada 31 Ogos 2011 sebanyak RM 1 060 yang dijual kepada pelanggan tidak direkodkan dan wang ini digunakan oleh pemilik untuk membayar cukai jalan kereta sendiri Anda dikehendaki : a) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2011 dengan menunjukkan kos jualan b) Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Ogos 2011
  • 22. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xxii Soalan Ujian Pos Berikut ialah Imbangan Duga yang diambil daripada buku Syarikat Man Hing pada 30 Jun 2011. Imbangan Duga pada 30 Jun 2011 Debit Kredit RM RM Kenderaan (kos) 12 000 Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 4 320 Perabot (kos) 6 000 Susut Nilai Terkumpul Perabot 1 140 Modal 45 000 Angkutan Keluar 360 Belanja Pos 210 Ambilan 1 760 Simpanan Tetap 18 000 Tunai 2 000 Gaji 3 680 Penghutang dan Pemiutang 3 460 4 820 Komisen Diterima 580 Bank 2 860 Stok 1 Julai 2010 1 750 Alat Tulis 125 Belian dan Jualan 36 380 43 107 Pulangan Masuk dan Pulangan Keluar 980 460 Angkutan masuk 425 Insurans 1 285 Sewa 6 960 Insurans Atas Belian 225 Upah 622 Kadar Bayaran 285
  • 23. Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011 www.perakaunansaujana.blogspot.com xxiii Diskaun 367 284 Belanja Runcit 112 Peruntukan Hutang Ragu 480 Duti Import 345 100 191 100 191 Maklumat tambahan : i) Stok pada 30 Jun bernilai RM 5 920 pada harga kos dan RM 5 580 pada harga pasaran ii) Komisen diterima adalah untuk setahun yang berakhir pada 31 Disember 2011 iii) Insurans terdahulu ialah RM 288 sementara belanja runcit terakru ialah RM 65 iv) Susut nilai kenderaan hendaklah dibuat dengan kadar 20% setahun dan perabot 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan v) Sekeping cek bernilai RM 500 yang diterima daripada seorang penghutang tidak dilayan oleh bank. Perkara ini belum dicatat dalam buku. vi) Hutang sebanyak RM 260 dihapuskan dan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% diwujudkan vii) Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar viii) Peniaga telah mengambil barang berkos RM 238 untuk kegunaan sendiri. Dia juga mengeluarkan RM 50 setiap bulan daripada Akaun Bank Perniagaan untuk membayar yuran muzik anaknya. Perkara ini belum direkodkan. Anda dikehendaki menyediakan : a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 b) Kunci Kira-Kira pada tarikh tersebut.