1. Teks membahaskan tafsir beberapa ayat Al-Quran tentang turunnya syaitan dari syurga akibat sifat takaburnya.
2. Beberapa imam tafsir seperti Al-Nasafi, Al-Baidhawi, dan Al-Alusi membahaskan makna firman "منها", sebab syaitan diturunkan, dan golongan yang dihina.
3. Terdapat perbezaan pendapat dalam aspek pendekatan dan tahap perincian tafsir di ant
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Surah al-A'raf ayat 13
1. KAJIAN TEKS KITAB-KITAB TAFSIR
PPPF6033
(SURAH AL-A’RAF 07:13)
NAMA PENSYARAH: DR FADLAN BIN MOHD OTHMAN
WAN MAHIRAH BT WAN MUHAMMAD
P73422
2. قال الله تعالى: قال فاهبط منها فما يكون لك أن تتكبر فيها فاخرج إنك من
الصاغرين
Firman Allah:Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau
berlaku sombong di dalamnya. Oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau
dari golongan yang hina.
قال فاهبط منها
Imam al-Nasafi & Imam al-Baidhawi: lafaz منها mempunyai dua maksud,
iaitu daripada syurga atau daripada langit.
Imam al-Nasafi: Allah memerintahkan syaitan turun dari tempat tersebut
(syurga/langit) kerana ia merupakan tempat orang-orang yang patuh dan
tunduk.
Imam al-Nasafi: huruf ف pada فاهبط (maka turunlah) adalah jawab kepada
أنا خير منه( ( yang bermaksud sekiranya kamu takabur maka turunlah.
3. Imam al-Alusi: lafaz قال adalah isti’naf.
Lafaz منها membawa tiga maksud iaitu syurga, langit atau bumi. Syurga
merupakan tempat tinggal orang-orang mukmin pada hari akhirat.
4. فما يكون لك
Imam al-Nasafi & Imam al-Baidhawi: engkau (syaitan) tidak dibenarkan.
Imam al-Alusi: engkau (syaitan) tidak dibenarkan & tidak layak.
أن تتكبر فيها
Imam al-Nasafi , Imam al-Baidhawi & Imam al-Alusi: takabur yang
dimaksudkan ialah takabur yang membawa kepada maksiat.
Imam al-Baidhawi & Imam al-Alusi: Syaitan tidak dibenarkan bersikap
takabur di dalam syurga kerana ia merupakan tempat orang yang taat
dan patuh.
sifat takabur adalah tidak bersesuaian dengan ahli syurga. Allah
mengusir dan memerintahkan syaitan turun dari syurga bukan
semata-mata kerana kesilapannya, malah disebabkan sifat
takabur tersebut.
5. فاخرج إنك من الصاغرين
Imam al-Nasafi: golongan hina yang dimaksudkan ialah golongan yang
dihina oleh Allah dan wali-wali Allah.
Sifat takabur yang ada pada syaitan membawanya kepada kehinaan.
Imam al-Baidhawi: golongan hina yang dimaksudkan ialah golongan yang
dihina oleh Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w: “sesiapa yang tawaduk (merendahkan hati) maka
diangkat darjatnya oleh Allah dan sesiapa yang takabur dijatuhkan
kedudukannya oleh Allah.”
Imam al-Alusi: Lafaz فاخرج adalah satu lafaz untuk menguatkan perintah
(perintah Allah kepada syaitan) untuk turun (dari syurga).
إنك من الصاغرين sebagai keterangan kepada perintah untuk keluar
disebabkan sifat takabur yang ada pada syaitan, mereka tergolong dalam
golongan yang dihina oleh Allah dan wali-wali Allah.
6. ANALISIS PERBANDINGAN
Bil Perkara Tafsir al-Nasafi Tafsir al-Baidhawi Tafsir Ruh al-Ma’ani
1 Perbahasan
Nahu
Secara ringkas
tanpa huraian
Tiada Secara terperinci
2 Menyebut
Ayat Lain
Sebagai
Penafsiran
Tiada Tiada Ada ( )اهبط مصرا
3 Menyebut
Hadis
Tiada Ada Ada
4 Cara
Penafsiran
Ringkas dan
padat
Ringkas dan padat Huraian terperinci
5 Balaghah Tiada Tiada Ada
6 Qiraat Tiada Tiada Tiada