1. Jurnal Minggu 5
Isu yang ingin saya ke tengahkan pada hari ini ialah masalah saya untuk menyediakan
rancangan pengajaran harian semasa praktikum ini. Apa yang dapat saya katakan ialah
terlalu banyak percanggahan serta pendapat yang diberikan oleh pensyarah dan juga
pensyarah pembimbing. Saya agak runsing kerana apa yang telah saya pelajari semasa
praktikum di SK Convent adalah berbeza dengan praktikum di sekolah ini. Banyak input
yang saya dapat tetapi bercanggah dengan apa yang saya terima di sekolah ini.
Pertama sekali adalah percanggahan mengenai cara penulisan rancangan pengajaran
harian yang telah saya pelajari. Saya kurang faham mengenai isi mahupun input yang perlu
ditulis dan diletakkan di dalam penulisan rancangan pengajaran harian tersebut. Terdapat
pelbagai pendapat dan idea yang dikemukakan oleh banyak pihak. Jadi saya berasa kurang
pasti dalam cuba menghasilkan sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang baik
dan menepati kehendak pensyarah mahupun pihak praktikal. Hal ini sangat memusykilkan
saya dimana rancangan pengajaran dan pembelajaran harian yang saya pelajari semasa
sesi praktikum ingin saya praktikkan pada masa akan datang.
Jalan penyelesaian yang dapat saya cuba cari ialah saya berjumpa dengan pensyarah
pembimbing saya untuk berbincang tentang cara menghasilkan rancangan pengajaran dan
pembelajaran harian dengan baik dan tersusun. Saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya
dalam membentuk sebuah rancangan pengajaran dan pengajaran harian yang menepati
apa yang dikehendaki dalam sesi praktikum ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah
pembimbing saya sebelum ini yang merupakan pensyarah yang banyak menekankan
tentang rancangan pengajaran harian dimana beliau banyak memberikan input yang
berguna dan cara ang terbaik untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran
harian yang baik dan tersusun.
Saya berharap dengan perbincangan saya bersama rakan-rakan, guru pembimbing dan
yang paling utama sekali ialah pensyarah pembimbing akan dapat memberikan saya
semangat dan idea dalam merancang pengajaran dan pembelajaran harian yang saya ingin
hasilkan dengan baik dan akan menjadi sebagai panduan saya apabila menjadi guru kelak.
Alhamdullillah, isu mahupun masalah yang berlaku pada minggu ini dapat saya selesaikan
dalam masa seminggu sahaja. Hal ini harus diselesaikan secepat mungkin agar saya dapat
menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang baik sebelum tamat sesi
praktikum Fasa 2 ini. InsyaAllah.