1. * GURU = Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung
kepada pembangunan negara.
* PENCETUS = Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan semua ilham/idea atau
mengeluarkan sesuatu seperti ilmu . Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada
kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
* KREATIVITI = Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses
pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
* PENJANA =Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam
proses transformasi ke arah keberhasilan.
* INOVASI = Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah
dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan
yang lebih baik, bermakna dan bernilai.