1
PANTUN DUA KERAT
Pantun Kanak-kanak | Pantun Nasihat
MAKSUD
Rangkap Maksud
1
Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.
2
Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak.
3
Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.
4
Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil.
5
Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya.
TEMA
Bertemakan nasihat dalam menjalani realiti kehidupan seharian.
PERSOALAN
1. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.
Contoh :- Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
2. Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti.
Contoh :- Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
3. Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai.
Contoh :- Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
4. Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki
yang diberikan oleh Tuhan.
Contoh :- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
Itik bertelur ayam menetas.
5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana
kepada orang itu.
Contoh :- sebab pulut santan binasa,
sebab mulut badan binasa.
2
BENTUK
1. Mempunyai lima rangkap
2. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3. Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku kata.
4. Terdiri daripada empat hingga tujuh perkataan dalam sebaris.
5. Rima akhirnya aa.
GAYA BAHASA
1. Repitisi - pengulangan perkataan lain
contoh :- Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya.
2. Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh :- hilang pisau berganti parang
3. Aliterasi - pengulangan konsonan b
Contoh :- sebab mulut badan binasa.
4. Imejan - imej alam
Contoh :- kerbau, puyuh, itik, ayam,
NILAI
1. Keprihatinan – mengambilberat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan agar
dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
Contoh : Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
2. Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan.
Contoh:- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
Itik bertelur ayam menetas.
Contoh :- Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
3. Kesopanan – sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus dielakkan demi
kebaikan diri.
Contoh :- Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa
3
PENGAJARAN
1. Kita haruslah sentiasa bersopan santun apabila bercakap agar tidak menyakiti hati
orang lain.
Contoh :- Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa
2. Kita sepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki yang telah ditentukan oleh
Tuhan.
Contoh :- Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
3. Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan daripada
menghidapi pelbagai penyakit.
Contoh : Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
4
SYAIR
Pohon Buluh
( Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh )
MAKSUD
Rangkap Maksud
1
Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak
mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang
buluh.
2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya
dan kebanyakkannya sama saiz dan darjat.
3
Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang
menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz.
4
Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang,
gelap umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah.
TEMA
Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur.
PERSOALAN
1. Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya.
Contoh :- ( rangkap 3 ) Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya.
2. Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak.
Contoh :- ( rangkap 1 ) menara tinggi banyak bertingkat.
3. Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar
megah.
Contoh :- ( rangkap 2 ) Yang ada sedia panji-panji bendera.
4. Kelicinan kulit batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh .
Contoh :- ( rangkap 4 ) ikatnya licin di luar dan di dalam.
BENTUK
1. Mempunyai empat rangkap
2. Setiap rangkap mempunyai empat baris.
3. Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.
5
4. Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5. Rima akhirnya aaaa.
GAYA BAHASA
1. Asonansi - pengulangan vokal a. Contoh :mata-
mata menjaga segenap pangkat
2. Aliterasi - pengulangan konsonan g .Contoh :menara tinggi
banyak bertingkat
3. Kata ganda - panji-panji, mata-mata,
4. Simile - gelapnya di dalam seperti malam
5. Sinkof - tak
6. Imej alam - kolam, alam
7. Inversi - banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya, ia ada
banyak saudara)
NILAI
1. Perpaduan – Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar.
Contoh :besar kecil ikat binanya.
PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.
Contoh :- besar kecil ikat binanya.
6
Kita Umpama Sehelai Daun
(Smahadzir)
MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud
1
Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai
daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa,
seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk
menerangi kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.
2
Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah
ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk
bergantung harap.
3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati.
Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan
yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang
bergantung harap kepada kita.
4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang
jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat
dimanfaatkan oleh orang lain.
TEMA
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.
PERSOALAN
1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini
akan menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.
BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat empat rangkap
3. Baris-baris ayat dan rima akhir
· Rangkap 1 terdapat 5 baris. Rima akhir ababc
· Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
· Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
· Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
7
GAYA BAHASA
1. Simile
Contoh : kita umpama sehelai daun
1. Personifikasi
Contoh : tempat bercanda unggas meriang
1. Pengulangan baris
Contoh : kita umpama sehelai daun
1. Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh : andai kikir jasa dan bakti
1. Aliterasi – pengulangan konsonan m
Contoh : hijau menunas menyegar mata
NILAI
1. Nilai bertanggungjawab
Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain
1. Nilai prihatin
Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim
1. Nilai kesederhanaan
Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana
8
Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)
MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud
1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan
api kemarahan.
2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah
yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.
3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan
kegembiraan kepada nelayan.
4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
anak tempatan.
5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka
lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan
lebih banyak kehancuran dan penderitaan.
6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak
dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan
keamanan sejagat.
9
TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.
PERSOALAN
i. Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
ii. Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
iii. Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
iv. Menghargai jasa perwira-perwira negara.
v. Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya.
BENTUK
Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir
· Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
· Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca
· Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc
· Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb
· Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
· Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
GAYA BAHASA
Simile
Contoh: kepada hujan bagai tetamu
Personifikasi
Contoh: ikan-ikan yang riang
Metafora
Contoh: darah kesetiaan
Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup
Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh : kepadamu pejuang negara
Aliterasi - pengulangan konsonan k
Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum
10
NILAI
Mengenang jasa
Contoh: mengenang jasa pejuang negara.
Keinsafan
Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.
Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.
Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
PENGAJARAN
 Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.
 Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
 Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.
11
Aku
(Rosli K. Matari)
MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud
1
Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai
ini.
2
Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa
dirinya itu Nabi Adam.
3
Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam
iaitu manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama
kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.
5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.
6
Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan
hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.
7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana
baginda baru sahaja dicipta.
TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan
menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan
Tuhan.
PERSOALAN
1. Pemeliharaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati
oleh generasi akan datang.
2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk
manusia menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
i. Bebas
ii. Terdapat tujuh rangkap
iii. Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 2 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 3 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
 Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
 Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
12
 Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir aab
 Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
GAYA BAHASA
 Sinkope
Contoh: kecuali diriku
 Kata ganda
Contoh: bertiup di mana-mana
 Imej alam
Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.
 Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada
 Aliterasi-perulangan konsonan l
Contoh: laut, langit dan pohon
NILAI
 Percaya kepada Tuhan.
Contoh: aku percaya Kau Pencipta.
 Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di
dunia.
 Keinsafan:
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
13
PENGAJARAN
 Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
 Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.
 Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa
kemurkaan Tuhan.
14
Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)
MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud
1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh
penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh
kesantunan.
2
Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan
bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.
3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak
timbul sebarang kekeliruan.
4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama
insan.
5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi
6
Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan
dan susunan kata serta bahasa yang puitis.
TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan
digunakan untuk berkomunikasi
PERSOALAN
1. Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan
orang lain terguris hatinya.
2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan
tidak akan hilang ditelan zaman.
3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk
menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan
secara berhemah.
BENTUK
1. Terikat
2. Terdapat enam rangkap
3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.
15
GAYA BAHASA
1. Pengulangan kata
Contoh: bahasa dan tidak
2.Bahasa Arab
Contoh: ukhwah dan ummah
3.Metafora
Contoh: jambatan ukhwah
4.Asonansi - pengulangan vokal i
Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah
5.Aliterasi - pengulangan konsonan b
Contoh : bahasa berbuah
NILAI
1. Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.
2.Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati
orang lain.
Contoh: Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah
1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Contoh: Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah
16
ASAL PADI
SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah
ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta
peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan
dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya
kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.
Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang
mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke
kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si
Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu
oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi
tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa
makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah
memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh
penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana
kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu.
Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil
padi, lalu diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada
tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah
bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata-
kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu
menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja
padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan
budaya hidup padi di kayangan telah hilang.
Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di
bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat.
Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke
kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak
percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan
membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati
burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam
pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah
beralih ke arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.
TEMA
· Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi
dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.
17
PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya
·Kebijaksanaan mencari akal.
o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.
·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Si Bongsu
 Seorang lelaki.
 Seorang anak yatim piatu.
 Anak bongsu daripada dua beradik.
 Seorang yang berani.
· Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di
bawa pulang ke bumi.
 Seorang yang bijak mencari akal.
· Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di
dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.
 Seorang yang gigih
· Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
 Seorang yang rajin.
· Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran
padi di kayangan.
18
 Seorang yang berpandangan jauh.
· Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di
bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.
Watak Sampingan
Si Sulung
 Abang kepada Si Bongsu
 Anak yatim piatu.
 Seorang yang setia.
o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di
kayangan.
 Anak yang cacat.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.
· Seorang yang gigih.
o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
Empunya padi ( orang kayangan )
 Seorang yang sangat berhati-hati
o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh
badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.
 Seorang yang bertimbangrasa.
o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan
padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.
 Seorang yang baik hati
o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.
· Seorang yang cerdik
19
o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat
paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah
makan padi.
Burung Pipit
· Seekor burung yang tidak jujur
o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi
tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
· Seekor burung yang licik
o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi
sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi
menunjukkan kebenarannya.
LATAR
Latar Masa
 Waktu siang.
o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja
selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.
Latar Tempat
 Di kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.
 Di Kayangan
o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di
o kayangan.
 Di kolam
o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.
20
Latar Masyarakat
 Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan peninggalan orang tua mereka.
 Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.
 Masyarakat yang patuh kepada arahan.
o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk
turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.
GAYA BAHASA
 Peribahasa
o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.
 Kata ganda
o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali
 sinkope
o Contoh: tak, ku
 imej alam
o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri
 Hiperbola.
o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.
21
· Simile.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik.
NILAI
 Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di
bawa turun ke bumi.
 Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.
 Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.
 Nilai kebijaksanaan.
o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman
padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.
PENGAJARAN
 Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.
o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.
 Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.
o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa
butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.
 Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.
22
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.
· Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.
o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu
dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.
23
Cerpen:Oren
Karya: Saifullizan Yahaya
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang
pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa
Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu
mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar
ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang,
iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren
telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan
sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka
sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga
bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di
celah pokok tua yang tumbang.
TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih
sayang yang sepenuhnya.
PERSOALAN
i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi
kedua-dua kucing tersebut
ii. Konflik antara Oren dan Kelabu
Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa
makanan Kelabu.
iii. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
24
PLOT
i. Permulaan/Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan
Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga
ii. Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah.
Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu
kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang
mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.
iii. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren
menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda
apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan
mendatangkan masalah kepada Oren.
iv. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan
hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut
TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu
Oren.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.
iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan
diri selama empat hari.
iv. Monolog Dalaman
Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau
memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu
adalah ibu Oren.
v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke
rumah mereka.
vi. Imbas Muka
25
Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang
sudah tumbang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan
Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren
Watak Sampingan
1. Oren
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan
Kelabu
2. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah
LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu
26
Latar Tempat/ Ruang
i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu
untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan
keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan
mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu
GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkof – tika (ketika)
NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian
ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk
selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup.
27
Hadiah
(Tie Camar)
SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang
akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang
akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai
kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak
mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah
berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya
menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali
lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya
pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak
mampu untuk memberikan duit kepadanya.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar
Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha.
Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk
menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari
Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu
kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan
dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.
Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya
untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya
memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat
negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di
peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah
adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.
TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk
menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya
layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke
peringkat kebangsaan.
PERSOALAN
Persoalan menghargai jasa guru.
i. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.
28
ii. Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.
Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung
saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih
dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
PLOT
i. Permulaan
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan
kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.
ii. Perkembangan
Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat
membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak
mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba
kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat
tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.
iii. Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu
Zaleha.
iv. Peleraian
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib
johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim
peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Dialog
Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.
ii. Monolog Dalaman
Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu
tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.
iii. Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang
begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama- lama. Ingin meneka
apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.
29
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Azizah
i. Seorang murid yang miskin.
ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.
Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh,
cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
iv. Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang berdisiplin.
Watak Sampingan
Cikgu Zaleha
I. Cikgu kepada Azizah
II. Seorang guru yang berdedikasi
Emak
i emak Azizah
ii seorang yang cacat sebelah kaki
iii mengambil upah menganyam tikar mengkuang
Bapa
i bapa Azizah
ii berkerja sebagai penarik beca
LATAR
Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan
pagi.
ii Waktu petang
Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu
Zaleha.
iii Hari Guru
Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk
memberikan hadiah padanya.
Latar Tempat
i Kelas
Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-
30
cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
ii Rumah Azizah
Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan
hadiah kepada Cikgu Zaleha.
iii Bilik Guru
Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.
iv Tapak Perhimpunan
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
Latar Masyarakat
i Masyarakat Pelajar
ii Masyarakat yang miskin
iii Masyarakat Guru
GAYA BAHASA
i Sinkof
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."
NILAI
i Nilai Ketabahan
ii Nilai Kasih Sayang
Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji
kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.
iii Nilai Kerajinan
Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.
PENGAJARAN
i Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
ii Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru
31
Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd. Helmi Ahmad)
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon
daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak
disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki
mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang
suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-
galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya.
Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan
terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.
TEMA
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga
setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada
keluarga dan perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat
bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar
perkara sebenar daripada Sim Pau.
PLOT
i. Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya.
Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui
Lim Meng sebagai anaknya.
ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap
Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka
berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari
32
kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim
Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.
iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia
masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.
iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya,
Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian,
mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat
persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang
persiapan.
ii. Imbas Kembali
Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika
melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.
iii. Imbas Muka
Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru
Cina kelak.
iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang
yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.
v. Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim
Pooi namun sampai bila?
vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah
mesti dibayar dengan darah.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Sim Pau
i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
33
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim
Foong kepada Lim Pooi.
iv. Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu
menerima kehadiran Lim Meng.
v. Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang
tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Lim Pooi
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan
pembunuh Lim Foong.
v. Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
vi. Peniaga yang tamak
Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada
harga yang mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri
wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu
insaf.
Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia
pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut
hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.
Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.
34
Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas
tanpa memandang bangsa.
LATAR
Latar Masa
i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim
Pooi bertengkar.
ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.
iii. Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu
kepulangan Lim Meng.
Latar Tempat
i. Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
ii. Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.
iii. Stor di belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada
harga yang tinggi ketika suatu masa lain.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim
Foong.
2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.
3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.
Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau
anak perempuannya keluar dari rumah.
35
GAYA BAHASA
i. Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
ii. Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.
iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
iv. Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan
terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
v. Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
vii. Bahasa perbualan
Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.
NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas
kematian Lim Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih
sayang sesama keluarga.
36
PENGAJARAN
i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi
penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai
yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih
hutang.
37
Hadiah
(Aripin Said)
SINOPSIS
Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak
dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya
bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah
diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu
keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian
Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya
yang terkorban semasa mempertahankan negara.
PEMIKIRAN
Kegigihan menuntut ilmu.
Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran
asrama sekolah.
PERSOALAN
i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa
bertugas di sempadan.
ii. Gigih meneruskan pelajaran.
Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan
pelajarannya.
iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka
kepada penghulu.
PLOT
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita
bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
i. Permulaan
Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa
dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.
ii. Perkembangan
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi
masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru
besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan
membantunya. Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan
daripada penghulu.
38
iii. Klimaks
Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk
menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar
semasa bertugas mempertahankan negara.
iv. Peleraian
Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Imbas Kembali
Contoh: Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga
bulan lamanya.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran
asrama Hayati.
iii. Imbas Muka
Contoh: Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.
iv. Pemerian
Contoh: Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Hayati
i. Gadis yang berusia 15 tahun.
ii. Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii. Gigih berusaha
Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru
besar.
iv. Tabah.
Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
v. Penyayang.
Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia
pulang ke kampung.
vi. Mementingkan pelajaran
Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.
Watak Sampingan
1. Fauziah
i. Ibu kepada Hayati.
ii. Tabah.
Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
39
iii. Penyayang.
Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.
2. Pak Mail
i. Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
ii. Tabah.
Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.
iii. Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah
mereka kehilangan ayah yang tercinta.
iv. Penyayang.
Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.
3. Datuk Penghulu
i. Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak
Mail.
ii. Amanah.
Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.
4. Encik Musa
i. Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
ii. Amanah
Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada
keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.
LATAR
Latar Masa
i. Pagi
Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang
dihadapi oleh keluarganya.
ii. Petang :
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk
menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.
Latar Tempat
i. Rumah Pak Mail
Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk
menyampaikan sumbangan RM 10,000.
ii. Pejabat guru besar
Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru
besar.
iii. Asrama sekolah
40
Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.
iv. Perbatasan negara
Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang
dihadapi oleh mereka.
ii. Masyarakat yang berusaha gigih.
Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.
iii. Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.
Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.
iv. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.
GAYA BAHASA
i. Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda
ii. Kata ganda
Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga
iii. Sinkof
Contoh: mak, tuk, nak, dah
iv. Simpulan bahasa
Contoh: minta diri
v. Bahasa Arab
Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.
NILAI
i. Nilai kasih sayang.
Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.
ii. Nilai ketabahan
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya.
iii. Nilai kegigihan.
Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.
iv. Nilai bekerjasama.
Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.
41
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.
Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi
masalah kewangan.
ii. Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.
Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga
Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.
iii. Kita hendaklah percaya kepada Tuhan
Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam
kesusasahan.
iv. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

form 1 Pantun

  • 1.
    1 PANTUN DUA KERAT PantunKanak-kanak | Pantun Nasihat MAKSUD Rangkap Maksud 1 Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza. 2 Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak. 3 Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar. 4 Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil. 5 Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya. TEMA Bertemakan nasihat dalam menjalani realiti kehidupan seharian. PERSOALAN 1. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Contoh :- Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. 2. Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti. Contoh :- Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak. 3. Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai. Contoh :- Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang. 4. Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Contoh :- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas, Itik bertelur ayam menetas. 5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana kepada orang itu. Contoh :- sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
  • 2.
    2 BENTUK 1. Mempunyai limarangkap 2. Setiap rangkap mempunyai dua baris. 3. Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku kata. 4. Terdiri daripada empat hingga tujuh perkataan dalam sebaris. 5. Rima akhirnya aa. GAYA BAHASA 1. Repitisi - pengulangan perkataan lain contoh :- Lain dulang lain kakinya Lain orang lain hatinya. 2. Asonansi - pengulangan vokal a Contoh :- hilang pisau berganti parang 3. Aliterasi - pengulangan konsonan b Contoh :- sebab mulut badan binasa. 4. Imejan - imej alam Contoh :- kerbau, puyuh, itik, ayam, NILAI 1. Keprihatinan – mengambilberat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit. Contoh : Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak. 2. Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan. Contoh:- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas, Itik bertelur ayam menetas. Contoh :- Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang. 3. Kesopanan – sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus dielakkan demi kebaikan diri. Contoh :- Sebab pulut santan binasa Sebab mulut badan binasa
  • 3.
    3 PENGAJARAN 1. Kita haruslahsentiasa bersopan santun apabila bercakap agar tidak menyakiti hati orang lain. Contoh :- Sebab pulut santan binasa Sebab mulut badan binasa 2. Kita sepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Tuhan. Contoh :- Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang. 3. Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan daripada menghidapi pelbagai penyakit. Contoh : Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak.
  • 4.
    4 SYAIR Pohon Buluh ( Mohd.Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh ) MAKSUD Rangkap Maksud 1 Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh. 2 Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan kebanyakkannya sama saiz dan darjat. 3 Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz. 4 Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah. TEMA Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur. PERSOALAN 1. Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya. Contoh :- ( rangkap 3 ) Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya. 2. Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak. Contoh :- ( rangkap 1 ) menara tinggi banyak bertingkat. 3. Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar megah. Contoh :- ( rangkap 2 ) Yang ada sedia panji-panji bendera. 4. Kelicinan kulit batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh . Contoh :- ( rangkap 4 ) ikatnya licin di luar dan di dalam. BENTUK 1. Mempunyai empat rangkap 2. Setiap rangkap mempunyai empat baris. 3. Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.
  • 5.
    5 4. Terdiri daripadaempat hingga enam perkataan dalam sebaris. 5. Rima akhirnya aaaa. GAYA BAHASA 1. Asonansi - pengulangan vokal a. Contoh :mata- mata menjaga segenap pangkat 2. Aliterasi - pengulangan konsonan g .Contoh :menara tinggi banyak bertingkat 3. Kata ganda - panji-panji, mata-mata, 4. Simile - gelapnya di dalam seperti malam 5. Sinkof - tak 6. Imej alam - kolam, alam 7. Inversi - banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya, ia ada banyak saudara) NILAI 1. Perpaduan – Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar. Contoh :besar kecil ikat binanya. PENGAJARAN 1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat. Contoh :- besar kecil ikat binanya.
  • 6.
    6 Kita Umpama SehelaiDaun (Smahadzir) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan. 2 Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap. 3 Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita. 4 Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain. TEMA Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan. PERSOALAN 1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat. 2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang. 3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain. BENTUK 1. Bebas 2. Terdapat empat rangkap 3. Baris-baris ayat dan rima akhir · Rangkap 1 terdapat 5 baris. Rima akhir ababc · Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd · Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd · Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
  • 7.
    7 GAYA BAHASA 1. Simile Contoh: kita umpama sehelai daun 1. Personifikasi Contoh : tempat bercanda unggas meriang 1. Pengulangan baris Contoh : kita umpama sehelai daun 1. Asonansi - pengulangan vokal a Contoh : andai kikir jasa dan bakti 1. Aliterasi – pengulangan konsonan m Contoh : hijau menunas menyegar mata NILAI 1. Nilai bertanggungjawab Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain 1. Nilai prihatin Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim 1. Nilai kesederhanaan Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat 2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan 3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana
  • 8.
    8 Kuingin Berterima Kasih (IhsanNoorzali) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api kemarahan. 2 Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani. 3 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan kegembiraan kepada nelayan. 4 Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan. 5 Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan. 6 Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.
  • 9.
    9 TEMA Menghargai dan mensyukurikurniaan Tuhan kepada manusia. PERSOALAN i. Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia. ii. Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil. iii. Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan. iv. Menghargai jasa perwira-perwira negara. v. Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya. BENTUK Bebas Terdapat enam rangkap Baris-baris ayat dan rima akhir · Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd · Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca · Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc · Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb · Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd · Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc GAYA BAHASA Simile Contoh: kepada hujan bagai tetamu Personifikasi Contoh: ikan-ikan yang riang Metafora Contoh: darah kesetiaan Kata Ganda Contoh: di taman-taman keresahan hidup Asonansi - pengulangan vokal a Contoh : kepadamu pejuang negara Aliterasi - pengulangan konsonan k Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum
  • 10.
    10 NILAI Mengenang jasa Contoh: mengenangjasa pejuang negara. Keinsafan Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam. Kesetiaan Contoh: pejuang setia kepada negara. Kesyukuran Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. PENGAJARAN  Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.  Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.  Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.
  • 11.
    11 Aku (Rosli K. Matari) MAKSUDSAJAK Rangkap Maksud 1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini. 2 Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam. 3 Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. 4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya. 5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin. 6 Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ. 7 Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta. TEMA Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan. PERSOALAN 1. Pemeliharaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. 2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam. 3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia menggunakannya sebaik mungkin. BENTUK i. Bebas ii. Terdapat tujuh rangkap iii. Baris-baris ayat dan rima akhir  Rangkap 1 terdapat 3 baris. Rima akhir abc  Rangkap 2 terdapat 3 baris. Rima akhir abc  Rangkap 3 terdapat 3 baris. Rima akhir abc  Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb  Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
  • 12.
    12  Rangkap 6terdapat 3 baris. Rima akhir aab  Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb GAYA BAHASA  Sinkope Contoh: kecuali diriku  Kata ganda Contoh: bertiup di mana-mana  Imej alam Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.  Asonansi-perulangan vokal a Contoh: kerana aku baru ada  Aliterasi-perulangan konsonan l Contoh: laut, langit dan pohon NILAI  Percaya kepada Tuhan. Contoh: aku percaya Kau Pencipta.  Kesyukuran Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.  Keinsafan: Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
  • 13.
    13 PENGAJARAN  Kita haruslahmensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.  Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.  Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan Tuhan.
  • 14.
    14 Kunci Bahasa (Abdul HadiYusof) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan. 2 Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa. 3 Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan. 4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan. 5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi 6 Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis. TEMA Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk berkomunikasi PERSOALAN 1. Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain terguris hatinya. 2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan hilang ditelan zaman. 3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi. 4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah. BENTUK 1. Terikat 2. Terdapat enam rangkap 3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.
  • 15.
    15 GAYA BAHASA 1. Pengulangankata Contoh: bahasa dan tidak 2.Bahasa Arab Contoh: ukhwah dan ummah 3.Metafora Contoh: jambatan ukhwah 4.Asonansi - pengulangan vokal i Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah 5.Aliterasi - pengulangan konsonan b Contoh : bahasa berbuah NILAI 1. Bersopan santun Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi. 2.Pemurah Contoh: tidak lokek pada ummah PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain. Contoh: Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah 1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman. Contoh: Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah
  • 16.
    16 ASAL PADI SINOPSIS Mengisahkan kehidupandua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang. Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu. Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata- kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya. TEMA · Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.
  • 17.
    17 PERSOALAN ·Keberanian melakukan sesuatutindakan. o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya ·Kebijaksanaan mencari akal. o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi. ·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil. ·Bersungguh-sungguh menjaga hak. o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang. WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama Si Bongsu  Seorang lelaki.  Seorang anak yatim piatu.  Anak bongsu daripada dua beradik.  Seorang yang berani. · Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.  Seorang yang bijak mencari akal. · Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.  Seorang yang gigih · Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.  Seorang yang rajin. · Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.
  • 18.
    18  Seorang yangberpandangan jauh. · Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut. Watak Sampingan Si Sulung  Abang kepada Si Bongsu  Anak yatim piatu.  Seorang yang setia. o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.  Anak yang cacat. o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang. · Seorang yang gigih. o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil. Empunya padi ( orang kayangan )  Seorang yang sangat berhati-hati o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.  Seorang yang bertimbangrasa. o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.  Seorang yang baik hati o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya. · Seorang yang cerdik
  • 19.
    19 o Contohnya:- Empunyapadi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi. Burung Pipit · Seekor burung yang tidak jujur o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang. · Seekor burung yang licik o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya. LATAR Latar Masa  Waktu siang. o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang. Latar Tempat  Di kampung o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.  Di Kayangan o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di o kayangan.  Di kolam o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.
  • 20.
    20 Latar Masyarakat  Masyarakatkampung o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.  Masyarakat kayangan. o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.  Masyarakat yang patuh kepada arahan. o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi. GAYA BAHASA  Peribahasa o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.  Kata ganda o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali  sinkope o Contoh: tak, ku  imej alam o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri  Hiperbola. o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.
  • 21.
    21 · Simile. o Contoh:Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik. NILAI  Nilai keberanian. o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.  Nilai kesetiaan o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.  Nilai kepatuhan. o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.  Nilai kebijaksanaan. o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi. PENGAJARAN  Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua. o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.  Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah. o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.  Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.
  • 22.
    22 o Contoh: AbangSi Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan. · Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan. o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.
  • 23.
    23 Cerpen:Oren Karya: Saifullizan Yahaya SINOPSIS Cerpenini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang. TEMA Kasih sayang kepada binatang. Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya. PERSOALAN i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut ii. Konflik antara Oren dan Kelabu Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu. iii. Berkongsi minat yang sama Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
  • 24.
    24 PLOT i. Permulaan/Eksposisi Kisah bermuladengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga ii. Perkembangan Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku. iii. Klimaks Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren. iv. Peleraian Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut TEKNIK PENCERITAAN i. Pemerian Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren. iii. Monolog Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari. iv. Monolog Dalaman Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren. v. Imbas Kembali Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka. vi. Imbas Muka
  • 25.
    25 Contoh: Anis adamelihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Ayah i. Seorang ayah yang penyayang ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren vi. Menangisi kematian Oren Watak Sampingan 1. Oren i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu 2. Kelabu i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah LATAR Latar Masa i. Kehilangan Oren selama empat hari ii. Sudah seminggu hujan turun iii. Setiap malam iv. Hujung pertengahan Disember v. Makan malam vi. Dua hari yang lalu
  • 26.
    26 Latar Tempat/ Ruang i.Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya Latar Masyarakat i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu GAYA BAHASA i. Simile – seperti ada yang membersihkannya ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu iv. Sinkof – tika (ketika) NILAI i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya PENGAJARAN i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia. ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain, iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.
  • 27.
    27 Hadiah (Tie Camar) SINOPSIS Mengisahkan sekumpulanmurid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya. Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya. Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan. Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah. TEMA Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan. Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan. PERSOALAN Persoalan menghargai jasa guru. i. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.
  • 28.
    28 ii. Persoalan Kegigihandan kerajinan seorang murid. Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan. PLOT i. Permulaan Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru. ii. Perkembangan Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha. iii. Klimaks Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha. iv. Peleraian Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif. TEKNIK PENCERITAAN i. Dialog Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah. ii. Monolog Dalaman Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen. iii. Saspens Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama- lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.
  • 29.
    29 WATAK PERWATAKAN Watak Utama Azizah i.Seorang murid yang miskin. ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha. iii. Seorang yang terlalu merendah diri. Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal. iv. Seorang murid yang rajin Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang berdisiplin. Watak Sampingan Cikgu Zaleha I. Cikgu kepada Azizah II. Seorang guru yang berdedikasi Emak i emak Azizah ii seorang yang cacat sebelah kaki iii mengambil upah menganyam tikar mengkuang Bapa i bapa Azizah ii berkerja sebagai penarik beca LATAR Latar Masa i. Waktu pagi Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi. ii Waktu petang Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha. iii Hari Guru Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya. Latar Tempat i Kelas Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-
  • 30.
    30 cakap mengenai hadiahyang akan diberikan kepada guru mereka. ii Rumah Azizah Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha. iii Bilik Guru Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu. iv Tapak Perhimpunan Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan. Latar Masyarakat i Masyarakat Pelajar ii Masyarakat yang miskin iii Masyarakat Guru GAYA BAHASA i Sinkof Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja." NILAI i Nilai Ketabahan ii Nilai Kasih Sayang Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran. iii Nilai Kerajinan Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya. PENGAJARAN i Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup ii Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja iii Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru
  • 31.
    31 Kuih Bakul LimauMandarin (Mohd. Helmi Ahmad) SINOPSIS Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala- galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula. TEMA Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin. Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka. PERSOALAN i. Kepercayaan pada perkara khurafat Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya. ii. Keegoan seorang bapa Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya. iii. Keberanian menyuarakan pendapat Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong. iv. Keinsafan seorang bapa Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau. PLOT i. Permulaan/Eksposisi Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya. ii. Perkembangan Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari
  • 32.
    32 kesalahannya lalu memohonmaaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng. iii. Klimaks Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya. iv. Peleraian Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira. TEKNIK PENCERITAAN i. Pemerian Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan. ii. Imbas Kembali Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang. iii. Imbas Muka Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak. iv. Dialog Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan. v. Monolog Dalaman Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun sampai bila? vi. Saspens Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar dengan darah. WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama Sim Pau i. Isteri kepada Lim Pooi ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
  • 33.
    33 Contoh : SimPau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi. iv. Memiliki kesabaran Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng. v. Mudah terasa / sensitif Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya. Lim Pooi i. Suami kepada Sim Pau. ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng. iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung. iv. Memiliki sikap suka berdendam Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong. v. Ego Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya. vi. Peniaga yang tamak Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal. vii. Pemarah Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai. viii.Menginsafi kesalahannya Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf. Lim Meng i. Anak bongsu daripada dua beradik. ii. Bertanggungjawab Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas. iii. Suka mengalah Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong. iv. Pemaaf Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya. Lim Foong i. Anak sulung daripada dua beradik. ii. Anak kesayangan Lim Pooi. iii. Suka berjudi. iv. Mati lemas.
  • 34.
    34 Sudin i. Penduduk kampung ii.Ikhlas Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang bangsa. LATAR Latar Masa i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar. ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina Contoh : Lim Meng pulang ke rumah. iii. Tiga hari Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim Meng. Latar Tempat i. Dapur Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi. ii. Kedai Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai. iii. Stor di belakang kedai Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang berdendam. Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim Foong. 2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan. Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng. 3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah. Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.
  • 35.
    35 GAYA BAHASA i. Simpulanbahasa Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah. Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. ii. Peribahasa Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan. iii. Sinkof/sinkope Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.” Contoh : “Anak aku dah mati.” iv. Personifikasi Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya. Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga- bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau. v. Simile Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga- bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau. vi. Metafora Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. vii. Bahasa perbualan Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin. NILAI i. Nilai keberanian Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong. ii. Nilai keikhlasan Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas. iii. Nilai kasih sayang. Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.
  • 36.
    36 PENGAJARAN i. Kita tidakboleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong. ii. Kita mestilah bersikap jujur. Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong. iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral. Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.
  • 37.
    37 Hadiah (Aripin Said) SINOPSIS Setelah kematianayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara. PEMIKIRAN Kegigihan menuntut ilmu. Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah. PERSOALAN i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan. ii. Gigih meneruskan pelajaran. Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya. iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu. PLOT Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. i. Permulaan Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama. ii. Perkembangan Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya. Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.
  • 38.
    38 iii. Klimaks Penghulu danwakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara. iv. Peleraian Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya. TEKNIK PENCERITAAN i. Imbas Kembali Contoh: Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati. iii. Imbas Muka Contoh: Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung. iv. Pemerian Contoh: Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Hayati i. Gadis yang berusia 15 tahun. ii. Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka. iii. Gigih berusaha Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar. iv. Tabah. Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya. v. Penyayang. Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung. vi. Mementingkan pelajaran Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya. Watak Sampingan 1. Fauziah i. Ibu kepada Hayati. ii. Tabah. Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
  • 39.
    39 iii. Penyayang. Contoh: Fauziahsangat menyayangi suami dan anak-anaknya. 2. Pak Mail i. Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid. ii. Tabah. Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka. iii. Bertanggungjawab. Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta. iv. Penyayang. Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya. 3. Datuk Penghulu i. Bertanggungjawab. Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail. ii. Amanah. Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail. 4. Encik Musa i. Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas ii. Amanah Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air. LATAR Latar Masa i. Pagi Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya. ii. Petang : Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail. Latar Tempat i. Rumah Pak Mail Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000. ii. Pejabat guru besar Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar. iii. Asrama sekolah
  • 40.
    40 Contoh: Tempat Hayatitinggal semasa belajar di sekolah tersebut. iv. Perbatasan negara Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara. Latar Masyarakat i. Masyarakat kampung Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka. ii. Masyarakat yang berusaha gigih. Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati. iii. Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air. Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan. iv. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan. Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha. GAYA BAHASA i. Bahasa istana Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda ii. Kata ganda Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga iii. Sinkof Contoh: mak, tuk, nak, dah iv. Simpulan bahasa Contoh: minta diri v. Bahasa Arab Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam. NILAI i. Nilai kasih sayang. Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid. ii. Nilai ketabahan Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya. iii. Nilai kegigihan. Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya. iv. Nilai bekerjasama. Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.
  • 41.
    41 PENGAJARAN i. Kita hendaklahmementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan. Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan. ii. Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara. Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara. iii. Kita hendaklah percaya kepada Tuhan Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan. iv. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain. Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.