1. Hobi Saya
Setiap orang mempunyai hobi, begitu juga dengan saya.
Habi saya ialah membaca kerana membaca mempunyai banyak
kebaikan.
Saya suka membaca majalah, buku cerita, surat khabar,
buku rujukan dan sebagainya. Saya selalu pergi ke pepustakaan
untuk meminjam dan membaca buku. Ibu bapa saya juga sering
membeli bahan bacaan yang baik untuk saya.
Membaca dapat menolong saya mengisi masa lapang dengan
berfaedah. Jadi, saya tidak akan melalukan kerja tidak berfaedah
seperti merokok, melepak dan lain-lain lagi.
Di samping itu, membaca dapat menambahkan ilmu dan
meluaskan pengetahuaan saya. Misalnya, dengan membaca surat
khabar, saya dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam
dan di luar negara. Jadi, saya tidak akan digelar seperti katak di
bawah tempurung.
Selain itu, membaca dapat memperluaskan kosa kata saya.
Kosa kata yang meluas dapat memperbaiki bahasa saya dan
membantu saya mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan.
Rajin membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu
pengetahuan, tetapi juga dapat mematangkan pemikiran saya.
Oleh sebab itu, saya mesti banyak menbaca agar dapat menjadi
manusia yang berguna kepada masyarakat dan Negara.