Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

4,477 views

Published on

Nota Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Published in: Education
  • Be the first to comment

Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

  1. 1. Disediakan oleh: 1. Afiqah Ramadzan 2. Aisyah Azhar 3. Amirah Hasya Abd. Aziz 4. Julia Sheela SAJAK: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS Sazalee Yacob
  2. 2. MAKSUD • RANGKAP PERTAMA Lelaki kecil menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan kampung jauh berbeza, lelaki kecil berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Lelaki kecil mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti. • RANGKAP KEDUA Lelaki kecil sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana lelaki kecil mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa depan.
  3. 3. MAKSUD • RANGKAP KETIGA Lelaki kecil beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya yang sedang menimba ilmu di sana. Walau bagaimanapun, lelaki kecil percaya bahawa terdapat banyak pengaruh negatif yang tersebar luas apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya malah pengaruh media massa. Oleh hal yang demikian, lelaki kecil berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai seorang mahasiswa di bandar. • RANGKAP KEEMPAT Lelaki kecil berharap agar anak perempuannya yang belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh di bandar terutamanya kerana dia terpaksa berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, lelaki kecil berharap agar anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini demikian kerana lelaki kecil mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan seharian.
  4. 4. TEMA •Nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. •lelaki kecil berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. •lelaki kecil berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang digelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
  5. 5. PERSOALAN •Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus. •Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di Menara gading. •Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di Menara gading. •Kehidupan di kampus yang banyak cabaran. •Keegoan yang mengetepikan pekerti. •Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan di kampus.
  6. 6. GAYA BAHASA • PERSONIFIKASI • -Hadir sihir angina bernafas api • -tumbuh gunung ego menghalau pekerti • UNSUR ALAM • -angin,burung putih,kabut,sembilu,kabus • BAHASA SANSKRIT • -bumantara,sunti,azimat,tangkal,pekerti,mulus • ASONANSI-(perulangan bunyi vocal a,e,I,o,u) • -bumantara asing dari yang sering kaumesrai( bunyi vocal a) • -kulepaskan kau menjadi burung putih(vocal i) • ALITERASI-(perulangan bunyi konsanan) • -dengan suasana suntimu(konsonan s)
  7. 7. BENTUK •Bebas •Empat rangkap •Bilangan baris setiap rangkap tidak sama •Patah perkataan dalam setiap baris tidak sama •Suku kata lima hingga lima belas •Rima akhir •RI:aabcaade •R2:abcdef •R3:abcdeb •R4:abacd
  8. 8. NADA MELANKOLIK-bernada sedih (hiba) dan mengharukan • Untuk menggambarkan kasih-sayang ibu bapa kepada anaknya. • Mereka sentiasa menasihati anak gadisnya agar sentiasa menjaga maruah diri semasa berada di perantauan.
  9. 9. NILAI 1. KEBERANIAN • Keberanian penyair sebagai seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu 2. KASIH SAYANG • Penyair sebagai seorang bapa yang sayang akan anak gadisnya 3. BAIK HATI • Penyair sebagai seorang bapa yang bersikap baik hati. Beliau memberi nasihat kepada anak gadisnya yang berada jauh di kampus
  10. 10. PENGAJARAN 1. BERANI UNTUK MELEPASKAN ANAK-ANAK • Kita mestilah berani untuk melepaskan anak-anak demi kebaikan masa hadapan mereka. 2. MEMBERI KASIH SAYANG YANG SEPENUHNYA • Kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak- anak agar mereka sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya. 3. CEKAL BERHADAPAN DENGAN SEGALA CABARAN • Kita haruslah cekal berhadapan dengan segala cabaran agar matlamat yang ditetapkan tercapai

×