SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Provided by:
www.littlenotestoshare.blogspot.com
SENARAI KANDUNGAN
BIL. PERKARA M/S
1 Pengenalan
2 Objektif Projek
3 Pelaksanaan Projek
(a) Perancangan
(b) Strategi Pelaksanaan Projek (Kerja Amali)
- Persediaan awal
- Pelaksanaan projek
4 Refleksi
(a) Masalah Ketika Pelaksanaan Projek
(b) Kesimpulan
5 Penghargaan
6 Lampiran
(a) Surat kebenaran menjalankan projek khidmat masyarakat
(b) Surat pengenalan diri murid
(c) Surat permohonan untuk menjalankan projek khidmat masyarakat
(d) Borang soal selidik remaja
(e) Borang soal selidik penduduk
(f) Gambar
(g) Poster
PENGENALAN
Tema: Cabaran Masa Depan
Nama Projek: Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja
Tarikh Pelaksanaan: EDIT
Lokasi Projek: EDIT
Guru Penasihat: EDIT
Ahli Kumpulan: EDIT
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif projek ini adalah untuk:
a) Menyelesaikan masalah gejala sosial merokok dalam kalangan remaja
b) Mengenal pasti punca remaja merokok
c) Meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan remaja
d) Menyedarkan remaja tentang bahayanya gejala merokok
e) Menyedarkan remaja tentang kepentingan menjaga kesihatan
f) Mewujudkan perasaan takut apabila merokok
PELAKSANAAN PROJEK
a) Perancangan
Kami telah merancang projek ini semenjak awal bulan EDIT. Idea untuk menjalankan
projek mengatasi masalah gejala sosial merokok tercetus berdasarkan gejala merokok dalam
kalangan remaja semakin berleluasa dan semakin kritikal. Sekiranya aktiviti tidak sihat ini
dibiarkan berterusan, dikhuatiri lebih ramai remaja akan terkorban. Oleh itu, kami telah
membuat keputusan untuk melaksaan projek ini bagi memastikan masa depan diri seseorang
remaja yang merupakan aset penting bagi negara tidak terjejas.
Kami telah meninjau kawasan perumahan di sekitar EDIT dan mendapati terdapat
beberapa punca yang mengakibatkan masalah gejala sosial ini. Antara puncanya ialah kurang
kesedaran dalam diri, kurang pengadaan kempen antimerokok, pengaruh media massa,
kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak, harga mampu beli dan peranan
syarikat pengeluar rokok.
Oleh yang demikian, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk menjalankan
projek kempen mengatasi gejala sosial merokok dalam kalangan remaja ini dalam jangka masa
beberapa bulan. Sebelum memulakan projek, kami telah berbincang dan mendapatkan
kebenaran daripada beberapa pihak seperti Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT, ibu bapa ahli kumpulan dan beberapa orang wakil
penduduk. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan memberi kebenaran
kepada kami untuk memulakan projek.
b) Strategi Pelaksanaan Projek (Kerja Amali)
Persediaan Awal
a) Membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan.
b) Membincangkan tajuk projek yang sesuai mengikut tema “Cabaran Masa Depan”.
c) Membuat keputusan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan masalah komuniti di
kawasan perumahan. Oleh hal yang demikian, tajuk projek Khidmat Masyarakat yang
dipersetujui ialah “Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja”.
d) Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan kebenaran
bertulis. Antara pihak yang perlu dihubungi ialah Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT
dan Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. serta Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. yang
merupakan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dalam penjualan rokok dalam
kalangan penduduk sekitar.
e) Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa orang penduduk tentang jenis
aktiviti yang sesuai dijalankan.
f) Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak yang terlibat di bahagian (d).
g) Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan projek yang
berkenaan.
h) Mendapatkan surat pengenalan diri daripada pihak sekolah untuk melaksaan projek.
i) Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa ahli kumpulan.
j) Membincangkan kos projek.
k) Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan seperti yang berikut:
Nama kumpulan: EDIT
AHLI KUMPULAN TUGASAN
EDIT
(Pengerusi)
- Menghubungi pihak yang berkenaan
untuk mendapatkan kebenaran
menjalankan projek
- Memantau perjalanan projek secara
keseluruhan
EDIT
(Naib Pengerusi)
- Mencari maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber tentang aktiviti yang
sesuai dijalankan
EDIT
(Setiausaha)
- Menyediakan semua surat rasmi yang
berkaitan dengan projek
- Menguruskan dokumentasi dengan
kemas dan teratur
EDIT
(Bendahari)
- Membuat anggaran pendapatan dan
perbelanjaan projek
- Menyenaraikan sumber yang
berpotensi untuk mendapatkan
bantuan kewangan
EDIT
(Ahli Jawatankuasa)
- Menyediakan peralatan yang
diperlukan untuk menjalankan projek
- Memastikan keselamatan ahli
kumpulan ketika menjalankan projek
Pelaksanaan Projek
Tarikh dan butiran pelaksanaan projek:
5 Februari 2014 (EDIT ALL) Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
kelas kami, EDIT telah memberikan panduan kepada kami untuk
melaksanakan projek Khidmat Masyarakat. Kami telah
membentuk kumpulan yang terdiri daripada EDIT orang.
12 Februari 2014 Perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk
membincangkan tugas yang akan dilakukan.
14 Februari 2014 Kami meninjau beberapa kawasan di EDIT yang disyaki
merupakan kawasan remaja-remaja berkumpul untuk merokok.
Kami mendapati bahawa punting-puntung rokok bersepahan di
kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, alat pemetik api yang telah
kosong juga ditinggalkan merata-rata.
Kami telah menetapkan tempoh masa projek dari EDIT hingga
EDIT.
17 Februari 2014 Pihak sekolah telah mengeluarkan surat kebenaran untuk kami
menjalankan projek (Lampiran A) dan surat pengenalan diri
(Lampiran B).
21 Februari 2014 Kami menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT,
Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan Syarikat 7-Eleven Malaysia
Sdn. Bhd. untuk memaklumkan projek kami secara lisan kepada
mereka. Setiausaha kumpulan kami telah mengirimkan surat
kepada pihak yang berkenaan (Lampiran C) dan turut menghantar
satu salinan surat melalui perkhidmatan e-mel.
23 Februari 2014 Kami telah menerima maklum balas daripada Syarikat 7-Eleven
Malaysia Sdn. Bhd. dan mereka bersetuju untuk memberikan
kerjasama.
26 Februari 2014 Naib Pengerusi dan Setiausaha kumpulan kami telah berjumpa
dengan beberapa orang penduduk EDIT untuk mendapatkan
pandangan dan nasihat tentang pelaksanaan projek ini di
kawasan perumahan mereka. Mereka ialah Encik Hamid bin Abu
Bakar, Puan Norimah binti Salahuddin dan Encik Balakrishnan
A/L Palaniappan.
1 Mac 2014 Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT telah meluluskan
permohonan kami.
2 Mac 2014 Kami mendapatkan bantuan daripada beberapa orang rakan yang
tinggal di EDIT selepas memaklumkan mereka tentang projek
yang akan kami jalankan di tempat tinggal mereka.
8 Mac 2014 Kami menerima surat kebenaran daripada Syarikat 99 Speedmart
Sdn. Bhd. dan syarikat ini bersetuju untuk memberikan kerjasama
kepada kami.
9 Mac 2014 Kami telah menjalankan soal selidik dengan beberapa orang
penduduk EDIT untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan-
kawasan tumpuan remaja untuk merokok.
14 Mac 2014 Pada pukul 1:20 petang, kami berkumpul di kantin Sekolah
Menengah Kebangsaan EDIT dan dibahagikan kepada dua
kumpulan kecil. Rakan-rakan yang hadir bersama-sama untuk
membantu kami ialah EDIT. Kumpulan pertama yang diketuai oleh
EDIT telah mendapati bahawa terdapat beberapa kumpulan
remaja lelaki yang melepak di lorong-lorong dan padang
permainan sambil menghisap rokok.
Kumpulan kedua yang diketuai oleh EDIT telah mendapati
bahawa terdapat sekumpulan remaja yang terdiri daripada lelaki
dan perempuan sedang merokok di padang permainan.
Kedua-dua kumpulan telah menemu ramah remaja-remaja
tersebut. Kami berjaya mendapatkan maklumat tentang punca-
punca mereka terjebak dalam gejala merokok. Kami juga sempat
menasihati mereka tentang keburukan-keburukan merokok dan
bagaimana rokok dapat memudaratkan mereka. Selain itu, kami
telah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran D) kepada
mereka.
21 Mac 2014 Kami mendapati bahawa bilangan remaja yang melepak sambil
merokok di tempat sama seperti minggu lepas telah berkurangan.
Kami berpendapat bahawa mereka mulai sedar akan bahayanya
gejala merokok.
22 Mac 2014 Kami telah menghubungi Syarikat 7-Eleven Sdn. Bhd dan mereka
memaklumkan bahawa staf-staf mereka telah dilatih dan
diarahkan untuk hanya menjual rokok kepada orang yang
berumur 18 tahun ke atas sahaja. Mereka mendakwa bahawa
rokok tidak dijual sama sekali kepada remaja.
23 Mac 2014 Kami telah menghubungi Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan
mereka juga memberikan maklum balas yang sama seperti
Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. tetapi memberitahu bahawa
terdapat beberapa kes di mana remaja meminta tolong orang
dewasa untuk membelikan rokok kepada mereka. Dalam hal ini, ia
bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka dan mereka tidak
boleh disalahkan kerana tidak melanggar etika penjualan rokok.
5 April 2014 Kami telah meninjau membuat peninjauan sekali lagi dan
mendapati bahawa terdapat sekumpulan remaja lelaki yang
sedang merokok di padang permainan. Mereka bertindak
melarikan diri apabila dihampiri dan meninggalkan puntung-
puntung rokok yang telah digunakan bertaburan begitu sahaja.
6 April 2014 Kami telah ke kawasan yang sama dan menjumpai kumpulan
remaja yang sama. Mereka bersetuju memberikan kerjasama dan
kami telah menjalankan perkara yang sama seperti pada 14 Mac
2014 (EDIT) dan semalam.
13 April 2014 Kami mendapati tiada aktiviti merokok dijalankan.
19 April 2014 Kami melakukan tinjauan di setiap kawasan perumahan buat kali
terakhir. Didapati bahawa bilangan remaja yang merokok berada
di tahap yang minima dan tiada lagi yang merokok secara
berkumpulan. Didapati juga bahawa tiada lagi remaja perempuan
yang dilihat merokok.
20 April 2014 Kami menjalankan soal selidik terhadap pendudukEDIT secara
rawak untuk mengetahui keberkesanan projek kami (Lampiran E).
23 April 2014 Kami mengkaji maklum balas penduduk melalui borang soal
selidik yang dikembalikan kepada kami.
24 April 2014 Setiap ahli kumpulan telah menilai projek ini dengan membuat
refleksi di rumah masing-masing.
25 April 2014 Refleksi setiap ahli kumpulan dikumpulkan dan kami berbincang
tentang rumusan keseluruhan bagi projek yang telah kami
jalankan. Kami bersama-sama menyiapkan laporan kumpulan
kami dengan menyertakan lampiran yang berkaitan.
1 Mei 2014 Laporan Projek Khidmat Masyarakat dihantar kepada EDIT.
Kos pelaksanaan projek:
PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
Sumbangan sekolah 15.00 Kertas bersaiz A4 10.00
Bahan-bahan lain
bagi membuat buku
laporan
5.00
Sumbangan ibu bapa 10.00 Mencetak salinan
surat-surat kebenaran
1.00
Mencetak borang soal
selidik
7.50
Mencetak salinan-
salinan lain seperti
poster dan muka
lampiran
1.50
Duit poket ahli
kumpulan
10.00 Mencetak laporan
penuh
10.00
JUMLAH 35.00 35.00
REFLEKSI
a) Masalah Ketika Pelaksanaan Projek
Kami telah menghadapi beberapa masalah semasa menjalankan projek ini. Namun,
semua masalah tersebut telah berjaya kami selesaikan berkat kesabaran ahli kumpulan dan
bimbingan guru mata pelajaran.
Antara masalah yang kami hadapi ialah:
- Kekangan masa untuk mengadakan mesyuarat
- Kesukaran menentukan responden untuk mendapatkan pandangan dan nasihat
tentang pelaksanaan projek
- Peruntukkan wang yang terhad
- Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan
projek
Cara-cara kami menangani masalah-masalah tersebut ialah:
- Merangka sebuah jadual pelaksanaan aktiviti
- Mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran
- Mengeluarkan duit poket masing-masing
- Melaksanakan projek dengan terancang dan teliti
b) Kesimpulan
Secara keseluruhan, kami amat berbesar hati kerana berjaya melaksanakan projek ini
seperti yang dirancang. Kami telah menepati keperluan masa projek Khidmat Masyarakat, iaitu
sekurang-kurangnya 10 jam dalam setahun. Kami masih berjaya menyiapkan projek ini
walaupun menghadapi banyak rintangan dan masalah.
Secara tidak langsung, semasa kami menjalankan projek Khidmat Masyarakat, banyak
nilai murni yang dapat kami amalkan. Antaranya ialah nilai kerjasama, toleransi, tolong-
menolong, prihatin dan peka. Bagi ahli kumpulan kami sendiri, semangat berpasukan dan
berusaha bersungguh-sungguh merupakan nilai yang dipegang sejak awal sehingga projek
kami selesai.
Kesimpulannya, kejayaan projek ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak
yang terlibat. Kami mencadangkan supaya kempen menangani gejala sosial ini diteruskan pada
masa akan datang. Semua pihak perlu menggembleng tenaga, masa dan wang untuk
menjayakan sesuatu kempen agar gejala sosial dalam kalangan remaja dapat dibanteras. Kami
juga berharap agar lebih banyak projek seperti ini dijalankan pada masa akan datang.
PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang berikut atas
kerjasama, sokongan dan bantuan mereka dalam menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih
kami ucapkan kepada:
 EDIT, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT
 EDIT, guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5 EDIT
Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT
 EDIT, Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT
 Tan Wai Foon, Pengerusi Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.
 Chua Seok Theng, Ketua Pegawai Maklumat Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.
 Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd.
 Encik Hamid bin Abu Bakar
 Puan Norimah binti Salahuddin
 Encik Balakrishnan A/L Palaniappan.
 Ibu dan bapa setiap ahli kumpulan
 Remaja-remaja yang sudi ditemu ramah dan telah memberikan kerjasama
 Penduduk-penduduk EDIT
LAMPIRAN
(a) Surat kebenaran menjalankan projek khidmat masyarakat
(b) Surat pengenalan diri murid
(c) Surat permohonan untuk menjalankan projek khidmat masyarakat
(d) Borang soal selidik remaja
(e) Borang soal selidik penduduk
(f) Gambar
(g) Poster
Rujukan Kami: SMK 03/005/03(20)
Rujukan Tuan:
EDIT ALL – ALAMAT,
Poskod,
Negeri.
Ahli Kumpulan EDIT,
Projek Khidmat Masyarakat,
Tingkatan 5 EDIT,
SMK EDIT.
17 FEBRUARI 2014. (EDIT)
Tuan,
Kebenaran Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat di Luar Sekolah
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan ini dimaklumkan bahaw a pihak sekolah membenarkan ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat
Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan dari Tingkatan 5 EDIT sekolah ini untuk menjalankan projek Khidmat Masyarakat di
luar kaw asan sekolah dan di luar w aktu persekolahan.
3. Projek Khidmat Masyarakat yang dijalankan merupakan satu daripada komponen w ajib dalam Sukatan Pelajaran mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan KBSM Tingkatan 5.
4. Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan tanggungjaw ab dalam melaksanakan projek ini
dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
………………………………
(EDIT)
Pengetua,
SMK EDIT,
Poskod.
Negeri.
Rujukan Kami: SMKSI 03/005/03(21)
Rujukan Tuan:
SMK EDIT,
Poskod,
Negeri
Kepada,
Sesiapa yang berkenaan. 17 FEBRUARI 2014. (EDIT)
Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Projek Khidmat Masyarakat
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan ini dimaklumkan bahaw a pembaw a surat ini merupakan ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat
Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan dari Tingkatan 5 EDIT SMK EDIT. Murid ini sedang menjalankan projek Khidmat
Masyarakat yang merupakan satu daripada komponen w ajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kew arganegaraan KBSM Tingkatan 5.
3. Diharapkan agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid ini agar projek Khidmat Masyarakat yang telah
dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
4. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
………………………………
(EDIT)
Pengetua,
SMK EDIT,
Poskod.
SMK EDIT,
Poskod,
Negeri.
Pengerusi,
Persatuan Penduduk EDIT,
Poskod,
Negeri.
21 FEBRUARI 2014. (EDIT)
Tuan,
Memohon Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya, EDIT, murid Tingkatan 5 EDIT bersama-sama empat ahli kumpulan yang lain dari SMK EDIT, sedang menjalankan
projek Khidmat Masyarakat. Untuk pengetahuan tuan, projek ini merupakan komponen w ajib dalam mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan Tingkatan 5.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu projek yang
bertemakan “Cabaran Masa Depan”. Tajuk projek Khidmat Masyarakat kumpulan kami ialah “Kempen Mengatasi Gejala
Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja”. Tujuan projek ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti
merokok dalam kalangan remaja di sekitar Taman EDIT serta berusaha membanterasnya.
4. Sekiranya kami dibenarkan menjalankan projek ini di tempat tuan, kami akan berbincang dengan pihak tuan tentang
aktiviti yang sesuai dijalankan dengan lebih terperinci pada masa yang akan ditetapkan.
5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada tuan amat kami hargai. Kami ingin
merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
………………………………
(EDIT)
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
“KEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA”
BORANG SOAL SELIDIK
Sila tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai berdasarkan pemerhatian tuan/puan semasa dan
selepas projek ini dijalankan.
Skala: 1 = Baik 2 = Sederhana 3 = Perlu dibaiki
No. Pelaksanaan Projek Pencapaian
1 Tahap usaha Kumpulan Adventure Time SMK EDIT
semasa menjalankan projek di EDIT.
2 Kerjasama antara penduduk untuk memberikan
maklumat semasa projek ini dijalankan.
3 Kerjasama antara penduduk untuk sama-sama
membanteras gejala merokok dalam kalangan remaja
4 Tahap kesedaran penduduk tentang bahayanya
merokok.
5 Tahap kesedaran remaja tentang bahayanya merokok.
6 Keadaan kawasan sekitar taman perumahan ini
selepas projek dijalankan.
Lain-lain komen/cadangan:
BORANG SOAL SELIDIK
Jantina:
1. Berapakah umur anda sekarang?
2. Sejak bila anda mula merokok?
3. Mengapakah anda merokok?
4. Bagaimanakah anda boleh terjebak dalam gejala ini?
5. Adakah anda berkawan dengan perokok?
6. Berapa batang rokok anda ambil dalam masa sehari?
7. Di manakah tempatanda selalu merokok?
8. Adakah ibu bapa anda mengetahui tentang perkara ini?
9. Jika ya, adakah mereka membenarkan anda merokok?
10. Dari manakah anda mendapatkan rokok-rokok tersebut?
11. Berapakah anggaran wang yang anda habiskan dalam masa seminggu untuk membeli rokok?
12. Dari manakah anda mendapatduituntuk membeli rokok?
13. Adakah anda sedia maklum tentang keburukan rokok?
14. Tidakkah anda berasa tergugatakan imej amaran yang ada pada kotak rokok? Jika tidak, nyatakan
mengapa.
15. Pernahkah sesiapa menasihatkan anda supaya berhenti?
16. Pernahkah anda terfikir atau mencuba untuk berhenti?
Gambar-gambar menunjukkan kelibat remaja-remaja yang masih bersekolah sedang merokok.
Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan
Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan
Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan

More Related Content

What's hot

Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatFattah Fazel
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hpyoonaika
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hpyoonaika
 
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Lea Athira
 
Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanyoonaika
 
Kertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong RoyongKertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong Royongimran ishak
 
Program ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asli
Program ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asliProgram ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asli
Program ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asliNUR FARHIYAH BASIR
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpAhmad NazRi
 
Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanAziyan Bakar
 
Kertas kerja kolaborasi bersama tm
Kertas kerja kolaborasi bersama tmKertas kerja kolaborasi bersama tm
Kertas kerja kolaborasi bersama tmNorhazlina Sahari
 
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017Sue Zain
 
Majlis khatan perdana & kenduri sekampung
Majlis khatan perdana & kenduri sekampungMajlis khatan perdana & kenduri sekampung
Majlis khatan perdana & kenduri sekampungAcaiKochai
 
Buku program 2011 betul
Buku program 2011 betulBuku program 2011 betul
Buku program 2011 betulNur Syuhaida
 

What's hot (20)

Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hp
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hp
 
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
 
Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
 
Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukan
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Kertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong RoyongKertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong Royong
 
Program ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asli
Program ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asliProgram ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asli
Program ikatan ukhwah mahasiswa bersama orang asli
 
Minit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uorMinit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uor
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
 
Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatan
 
Kertas kerja kolaborasi bersama tm
Kertas kerja kolaborasi bersama tmKertas kerja kolaborasi bersama tm
Kertas kerja kolaborasi bersama tm
 
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
 
Majlis khatan perdana & kenduri sekampung
Majlis khatan perdana & kenduri sekampungMajlis khatan perdana & kenduri sekampung
Majlis khatan perdana & kenduri sekampung
 
Kertas kerja ppda 2014
Kertas kerja ppda 2014Kertas kerja ppda 2014
Kertas kerja ppda 2014
 
Buku program 2011 betul
Buku program 2011 betulBuku program 2011 betul
Buku program 2011 betul
 
Surat dana UOR
Surat dana UORSurat dana UOR
Surat dana UOR
 
Big gotong royong abang
Big gotong royong abangBig gotong royong abang
Big gotong royong abang
 

Viewers also liked

Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanJahir Korotok
 
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5preciousafiqah
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanJuni Izyan
 
LAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTION
LAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTIONLAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTION
LAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTIONDania
 
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)Syeda Yuuras
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosialZRxhman
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
LAW088 Notes
LAW088 NotesLAW088 Notes
LAW088 NotesDania
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Amir Zul
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
LAW012 List of Definitions
LAW012 List of DefinitionsLAW012 List of Definitions
LAW012 List of DefinitionsDania
 
LAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATION
LAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATIONLAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATION
LAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATIONDania
 
APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0
APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0
APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0Dania
 
APA Style Citation Format: Easy Guide & Samples
APA Style Citation Format: Easy Guide & SamplesAPA Style Citation Format: Easy Guide & Samples
APA Style Citation Format: Easy Guide & SamplesDania
 
Additional Mathematics Project 2014 Selangor Sample Answers
Additional Mathematics Project 2014 Selangor Sample AnswersAdditional Mathematics Project 2014 Selangor Sample Answers
Additional Mathematics Project 2014 Selangor Sample AnswersDania
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4Dania
 

Viewers also liked (20)

Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraan
 
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 
LAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTION
LAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTIONLAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTION
LAW037 Notes - EXCEPT COURTS W/ SPECIAL JURISDICTION
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
LAW088 Notes
LAW088 NotesLAW088 Notes
LAW088 Notes
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Peraturan akademik
Peraturan akademikPeraturan akademik
Peraturan akademik
 
LAW012 List of Definitions
LAW012 List of DefinitionsLAW012 List of Definitions
LAW012 List of Definitions
 
LAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATION
LAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATIONLAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATION
LAW038 Notes - EXCEPT APA & MLA CITATION
 
APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0
APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0
APA Style Citation (6th edition) Guide 2.0
 
APA Style Citation Format: Easy Guide & Samples
APA Style Citation Format: Easy Guide & SamplesAPA Style Citation Format: Easy Guide & Samples
APA Style Citation Format: Easy Guide & Samples
 
Additional Mathematics Project 2014 Selangor Sample Answers
Additional Mathematics Project 2014 Selangor Sample AnswersAdditional Mathematics Project 2014 Selangor Sample Answers
Additional Mathematics Project 2014 Selangor Sample Answers
 
Penghargaan f.b.blg..
Penghargaan f.b.blg..Penghargaan f.b.blg..
Penghargaan f.b.blg..
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
 

More from Dania

LAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies Notes
LAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies NotesLAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies Notes
LAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies NotesDania
 
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGELAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGEDania
 
Real Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 Conveyancing
Real Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 ConveyancingReal Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 Conveyancing
Real Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 ConveyancingDania
 
Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...
Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...
Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...Dania
 
MLA Style Citation Guide
MLA Style Citation GuideMLA Style Citation Guide
MLA Style Citation GuideDania
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamDania
 

More from Dania (7)

LAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies Notes
LAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies NotesLAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies Notes
LAW501: Equity & Trust: Equitable Remedies Notes
 
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGELAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
 
Real Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 Conveyancing
Real Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 ConveyancingReal Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 Conveyancing
Real Property Gains Tax (RPGT) Notes - LAW512 Conveyancing
 
Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...
Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...
Conceptualising violence at work through a gender lens: Regulation and strate...
 
MLA Style Citation Guide
MLA Style Citation GuideMLA Style Citation Guide
MLA Style Citation Guide
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem Terancam
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Merokok

  • 2. SENARAI KANDUNGAN BIL. PERKARA M/S 1 Pengenalan 2 Objektif Projek 3 Pelaksanaan Projek (a) Perancangan (b) Strategi Pelaksanaan Projek (Kerja Amali) - Persediaan awal - Pelaksanaan projek 4 Refleksi (a) Masalah Ketika Pelaksanaan Projek (b) Kesimpulan 5 Penghargaan 6 Lampiran (a) Surat kebenaran menjalankan projek khidmat masyarakat (b) Surat pengenalan diri murid (c) Surat permohonan untuk menjalankan projek khidmat masyarakat (d) Borang soal selidik remaja (e) Borang soal selidik penduduk (f) Gambar (g) Poster
  • 3. PENGENALAN Tema: Cabaran Masa Depan Nama Projek: Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja Tarikh Pelaksanaan: EDIT Lokasi Projek: EDIT Guru Penasihat: EDIT Ahli Kumpulan: EDIT
  • 4. OBJEKTIF KAJIAN Objektif projek ini adalah untuk: a) Menyelesaikan masalah gejala sosial merokok dalam kalangan remaja b) Mengenal pasti punca remaja merokok c) Meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan remaja d) Menyedarkan remaja tentang bahayanya gejala merokok e) Menyedarkan remaja tentang kepentingan menjaga kesihatan f) Mewujudkan perasaan takut apabila merokok
  • 5. PELAKSANAAN PROJEK a) Perancangan Kami telah merancang projek ini semenjak awal bulan EDIT. Idea untuk menjalankan projek mengatasi masalah gejala sosial merokok tercetus berdasarkan gejala merokok dalam kalangan remaja semakin berleluasa dan semakin kritikal. Sekiranya aktiviti tidak sihat ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri lebih ramai remaja akan terkorban. Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk melaksaan projek ini bagi memastikan masa depan diri seseorang remaja yang merupakan aset penting bagi negara tidak terjejas. Kami telah meninjau kawasan perumahan di sekitar EDIT dan mendapati terdapat beberapa punca yang mengakibatkan masalah gejala sosial ini. Antara puncanya ialah kurang kesedaran dalam diri, kurang pengadaan kempen antimerokok, pengaruh media massa, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak, harga mampu beli dan peranan syarikat pengeluar rokok. Oleh yang demikian, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk menjalankan projek kempen mengatasi gejala sosial merokok dalam kalangan remaja ini dalam jangka masa beberapa bulan. Sebelum memulakan projek, kami telah berbincang dan mendapatkan kebenaran daripada beberapa pihak seperti Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT, ibu bapa ahli kumpulan dan beberapa orang wakil penduduk. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan memberi kebenaran kepada kami untuk memulakan projek.
  • 6. b) Strategi Pelaksanaan Projek (Kerja Amali) Persediaan Awal a) Membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan. b) Membincangkan tajuk projek yang sesuai mengikut tema “Cabaran Masa Depan”. c) Membuat keputusan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan masalah komuniti di kawasan perumahan. Oleh hal yang demikian, tajuk projek Khidmat Masyarakat yang dipersetujui ialah “Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja”. d) Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan kebenaran bertulis. Antara pihak yang perlu dihubungi ialah Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT dan Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. serta Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dalam penjualan rokok dalam kalangan penduduk sekitar. e) Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa orang penduduk tentang jenis aktiviti yang sesuai dijalankan. f) Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak yang terlibat di bahagian (d). g) Mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan projek yang berkenaan. h) Mendapatkan surat pengenalan diri daripada pihak sekolah untuk melaksaan projek. i) Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa ahli kumpulan. j) Membincangkan kos projek. k) Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan seperti yang berikut: Nama kumpulan: EDIT AHLI KUMPULAN TUGASAN EDIT (Pengerusi) - Menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan projek - Memantau perjalanan projek secara keseluruhan EDIT (Naib Pengerusi) - Mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber tentang aktiviti yang sesuai dijalankan EDIT (Setiausaha) - Menyediakan semua surat rasmi yang berkaitan dengan projek - Menguruskan dokumentasi dengan kemas dan teratur EDIT (Bendahari) - Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan projek - Menyenaraikan sumber yang berpotensi untuk mendapatkan bantuan kewangan EDIT (Ahli Jawatankuasa) - Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan projek - Memastikan keselamatan ahli kumpulan ketika menjalankan projek
  • 7. Pelaksanaan Projek Tarikh dan butiran pelaksanaan projek: 5 Februari 2014 (EDIT ALL) Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kelas kami, EDIT telah memberikan panduan kepada kami untuk melaksanakan projek Khidmat Masyarakat. Kami telah membentuk kumpulan yang terdiri daripada EDIT orang. 12 Februari 2014 Perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk membincangkan tugas yang akan dilakukan. 14 Februari 2014 Kami meninjau beberapa kawasan di EDIT yang disyaki merupakan kawasan remaja-remaja berkumpul untuk merokok. Kami mendapati bahawa punting-puntung rokok bersepahan di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, alat pemetik api yang telah kosong juga ditinggalkan merata-rata. Kami telah menetapkan tempoh masa projek dari EDIT hingga EDIT. 17 Februari 2014 Pihak sekolah telah mengeluarkan surat kebenaran untuk kami menjalankan projek (Lampiran A) dan surat pengenalan diri (Lampiran B). 21 Februari 2014 Kami menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT, Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk memaklumkan projek kami secara lisan kepada mereka. Setiausaha kumpulan kami telah mengirimkan surat kepada pihak yang berkenaan (Lampiran C) dan turut menghantar satu salinan surat melalui perkhidmatan e-mel. 23 Februari 2014 Kami telah menerima maklum balas daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. dan mereka bersetuju untuk memberikan kerjasama. 26 Februari 2014 Naib Pengerusi dan Setiausaha kumpulan kami telah berjumpa dengan beberapa orang penduduk EDIT untuk mendapatkan pandangan dan nasihat tentang pelaksanaan projek ini di kawasan perumahan mereka. Mereka ialah Encik Hamid bin Abu Bakar, Puan Norimah binti Salahuddin dan Encik Balakrishnan A/L Palaniappan. 1 Mac 2014 Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT telah meluluskan permohonan kami.
  • 8. 2 Mac 2014 Kami mendapatkan bantuan daripada beberapa orang rakan yang tinggal di EDIT selepas memaklumkan mereka tentang projek yang akan kami jalankan di tempat tinggal mereka. 8 Mac 2014 Kami menerima surat kebenaran daripada Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan syarikat ini bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada kami. 9 Mac 2014 Kami telah menjalankan soal selidik dengan beberapa orang penduduk EDIT untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan- kawasan tumpuan remaja untuk merokok. 14 Mac 2014 Pada pukul 1:20 petang, kami berkumpul di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT dan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Rakan-rakan yang hadir bersama-sama untuk membantu kami ialah EDIT. Kumpulan pertama yang diketuai oleh EDIT telah mendapati bahawa terdapat beberapa kumpulan remaja lelaki yang melepak di lorong-lorong dan padang permainan sambil menghisap rokok. Kumpulan kedua yang diketuai oleh EDIT telah mendapati bahawa terdapat sekumpulan remaja yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedang merokok di padang permainan. Kedua-dua kumpulan telah menemu ramah remaja-remaja tersebut. Kami berjaya mendapatkan maklumat tentang punca- punca mereka terjebak dalam gejala merokok. Kami juga sempat menasihati mereka tentang keburukan-keburukan merokok dan bagaimana rokok dapat memudaratkan mereka. Selain itu, kami telah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran D) kepada mereka. 21 Mac 2014 Kami mendapati bahawa bilangan remaja yang melepak sambil merokok di tempat sama seperti minggu lepas telah berkurangan. Kami berpendapat bahawa mereka mulai sedar akan bahayanya gejala merokok. 22 Mac 2014 Kami telah menghubungi Syarikat 7-Eleven Sdn. Bhd dan mereka memaklumkan bahawa staf-staf mereka telah dilatih dan diarahkan untuk hanya menjual rokok kepada orang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Mereka mendakwa bahawa rokok tidak dijual sama sekali kepada remaja. 23 Mac 2014 Kami telah menghubungi Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd. dan mereka juga memberikan maklum balas yang sama seperti Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. tetapi memberitahu bahawa terdapat beberapa kes di mana remaja meminta tolong orang
  • 9. dewasa untuk membelikan rokok kepada mereka. Dalam hal ini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka dan mereka tidak boleh disalahkan kerana tidak melanggar etika penjualan rokok. 5 April 2014 Kami telah meninjau membuat peninjauan sekali lagi dan mendapati bahawa terdapat sekumpulan remaja lelaki yang sedang merokok di padang permainan. Mereka bertindak melarikan diri apabila dihampiri dan meninggalkan puntung- puntung rokok yang telah digunakan bertaburan begitu sahaja. 6 April 2014 Kami telah ke kawasan yang sama dan menjumpai kumpulan remaja yang sama. Mereka bersetuju memberikan kerjasama dan kami telah menjalankan perkara yang sama seperti pada 14 Mac 2014 (EDIT) dan semalam. 13 April 2014 Kami mendapati tiada aktiviti merokok dijalankan. 19 April 2014 Kami melakukan tinjauan di setiap kawasan perumahan buat kali terakhir. Didapati bahawa bilangan remaja yang merokok berada di tahap yang minima dan tiada lagi yang merokok secara berkumpulan. Didapati juga bahawa tiada lagi remaja perempuan yang dilihat merokok. 20 April 2014 Kami menjalankan soal selidik terhadap pendudukEDIT secara rawak untuk mengetahui keberkesanan projek kami (Lampiran E). 23 April 2014 Kami mengkaji maklum balas penduduk melalui borang soal selidik yang dikembalikan kepada kami. 24 April 2014 Setiap ahli kumpulan telah menilai projek ini dengan membuat refleksi di rumah masing-masing. 25 April 2014 Refleksi setiap ahli kumpulan dikumpulkan dan kami berbincang tentang rumusan keseluruhan bagi projek yang telah kami jalankan. Kami bersama-sama menyiapkan laporan kumpulan kami dengan menyertakan lampiran yang berkaitan. 1 Mei 2014 Laporan Projek Khidmat Masyarakat dihantar kepada EDIT.
  • 10. Kos pelaksanaan projek: PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM Sumbangan sekolah 15.00 Kertas bersaiz A4 10.00 Bahan-bahan lain bagi membuat buku laporan 5.00 Sumbangan ibu bapa 10.00 Mencetak salinan surat-surat kebenaran 1.00 Mencetak borang soal selidik 7.50 Mencetak salinan- salinan lain seperti poster dan muka lampiran 1.50 Duit poket ahli kumpulan 10.00 Mencetak laporan penuh 10.00 JUMLAH 35.00 35.00
  • 11. REFLEKSI a) Masalah Ketika Pelaksanaan Projek Kami telah menghadapi beberapa masalah semasa menjalankan projek ini. Namun, semua masalah tersebut telah berjaya kami selesaikan berkat kesabaran ahli kumpulan dan bimbingan guru mata pelajaran. Antara masalah yang kami hadapi ialah: - Kekangan masa untuk mengadakan mesyuarat - Kesukaran menentukan responden untuk mendapatkan pandangan dan nasihat tentang pelaksanaan projek - Peruntukkan wang yang terhad - Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan projek Cara-cara kami menangani masalah-masalah tersebut ialah: - Merangka sebuah jadual pelaksanaan aktiviti - Mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran - Mengeluarkan duit poket masing-masing - Melaksanakan projek dengan terancang dan teliti b) Kesimpulan Secara keseluruhan, kami amat berbesar hati kerana berjaya melaksanakan projek ini seperti yang dirancang. Kami telah menepati keperluan masa projek Khidmat Masyarakat, iaitu sekurang-kurangnya 10 jam dalam setahun. Kami masih berjaya menyiapkan projek ini walaupun menghadapi banyak rintangan dan masalah. Secara tidak langsung, semasa kami menjalankan projek Khidmat Masyarakat, banyak nilai murni yang dapat kami amalkan. Antaranya ialah nilai kerjasama, toleransi, tolong- menolong, prihatin dan peka. Bagi ahli kumpulan kami sendiri, semangat berpasukan dan berusaha bersungguh-sungguh merupakan nilai yang dipegang sejak awal sehingga projek kami selesai. Kesimpulannya, kejayaan projek ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kami mencadangkan supaya kempen menangani gejala sosial ini diteruskan pada masa akan datang. Semua pihak perlu menggembleng tenaga, masa dan wang untuk menjayakan sesuatu kempen agar gejala sosial dalam kalangan remaja dapat dibanteras. Kami juga berharap agar lebih banyak projek seperti ini dijalankan pada masa akan datang.
  • 12. PENGHARGAAN Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang berikut atas kerjasama, sokongan dan bantuan mereka dalam menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada:  EDIT, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT  EDIT, guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5 EDIT Sekolah Menengah Kebangsaan EDIT  EDIT, Pengerusi Persatuan Penduduk EDIT  Tan Wai Foon, Pengerusi Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.  Chua Seok Theng, Ketua Pegawai Maklumat Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.  Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan Syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd.  Encik Hamid bin Abu Bakar  Puan Norimah binti Salahuddin  Encik Balakrishnan A/L Palaniappan.  Ibu dan bapa setiap ahli kumpulan  Remaja-remaja yang sudi ditemu ramah dan telah memberikan kerjasama  Penduduk-penduduk EDIT
  • 13. LAMPIRAN (a) Surat kebenaran menjalankan projek khidmat masyarakat (b) Surat pengenalan diri murid (c) Surat permohonan untuk menjalankan projek khidmat masyarakat (d) Borang soal selidik remaja (e) Borang soal selidik penduduk (f) Gambar (g) Poster
  • 14. Rujukan Kami: SMK 03/005/03(20) Rujukan Tuan: EDIT ALL – ALAMAT, Poskod, Negeri. Ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat, Tingkatan 5 EDIT, SMK EDIT. 17 FEBRUARI 2014. (EDIT) Tuan, Kebenaran Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat di Luar Sekolah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan ini dimaklumkan bahaw a pihak sekolah membenarkan ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan dari Tingkatan 5 EDIT sekolah ini untuk menjalankan projek Khidmat Masyarakat di luar kaw asan sekolah dan di luar w aktu persekolahan. 3. Projek Khidmat Masyarakat yang dijalankan merupakan satu daripada komponen w ajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan KBSM Tingkatan 5. 4. Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan tanggungjaw ab dalam melaksanakan projek ini dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan tugas, ……………………………… (EDIT) Pengetua, SMK EDIT, Poskod. Negeri.
  • 15. Rujukan Kami: SMKSI 03/005/03(21) Rujukan Tuan: SMK EDIT, Poskod, Negeri Kepada, Sesiapa yang berkenaan. 17 FEBRUARI 2014. (EDIT) Datuk/Datin/Tuan/Puan, Projek Khidmat Masyarakat Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan ini dimaklumkan bahaw a pembaw a surat ini merupakan ahli Kumpulan EDIT, Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan dari Tingkatan 5 EDIT SMK EDIT. Murid ini sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat yang merupakan satu daripada komponen w ajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan KBSM Tingkatan 5. 3. Diharapkan agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid ini agar projek Khidmat Masyarakat yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna. 4. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan tugas, ……………………………… (EDIT) Pengetua, SMK EDIT, Poskod.
  • 16. SMK EDIT, Poskod, Negeri. Pengerusi, Persatuan Penduduk EDIT, Poskod, Negeri. 21 FEBRUARI 2014. (EDIT) Tuan, Memohon Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya, EDIT, murid Tingkatan 5 EDIT bersama-sama empat ahli kumpulan yang lain dari SMK EDIT, sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat. Untuk pengetahuan tuan, projek ini merupakan komponen w ajib dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kew arganegaraan Tingkatan 5. 3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu projek yang bertemakan “Cabaran Masa Depan”. Tajuk projek Khidmat Masyarakat kumpulan kami ialah “Kempen Mengatasi Gejala Sosial Merokok Dalam Kalangan Remaja”. Tujuan projek ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti merokok dalam kalangan remaja di sekitar Taman EDIT serta berusaha membanterasnya. 4. Sekiranya kami dibenarkan menjalankan projek ini di tempat tuan, kami akan berbincang dengan pihak tuan tentang aktiviti yang sesuai dijalankan dengan lebih terperinci pada masa yang akan ditetapkan. 5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada tuan amat kami hargai. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan. Sekian. Yang menjalankan tugas, ……………………………… (EDIT)
  • 17. PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT “KEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA” BORANG SOAL SELIDIK Sila tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai berdasarkan pemerhatian tuan/puan semasa dan selepas projek ini dijalankan. Skala: 1 = Baik 2 = Sederhana 3 = Perlu dibaiki No. Pelaksanaan Projek Pencapaian 1 Tahap usaha Kumpulan Adventure Time SMK EDIT semasa menjalankan projek di EDIT. 2 Kerjasama antara penduduk untuk memberikan maklumat semasa projek ini dijalankan. 3 Kerjasama antara penduduk untuk sama-sama membanteras gejala merokok dalam kalangan remaja 4 Tahap kesedaran penduduk tentang bahayanya merokok. 5 Tahap kesedaran remaja tentang bahayanya merokok. 6 Keadaan kawasan sekitar taman perumahan ini selepas projek dijalankan. Lain-lain komen/cadangan:
  • 18. BORANG SOAL SELIDIK Jantina: 1. Berapakah umur anda sekarang? 2. Sejak bila anda mula merokok? 3. Mengapakah anda merokok? 4. Bagaimanakah anda boleh terjebak dalam gejala ini? 5. Adakah anda berkawan dengan perokok? 6. Berapa batang rokok anda ambil dalam masa sehari? 7. Di manakah tempatanda selalu merokok? 8. Adakah ibu bapa anda mengetahui tentang perkara ini? 9. Jika ya, adakah mereka membenarkan anda merokok? 10. Dari manakah anda mendapatkan rokok-rokok tersebut? 11. Berapakah anggaran wang yang anda habiskan dalam masa seminggu untuk membeli rokok? 12. Dari manakah anda mendapatduituntuk membeli rokok? 13. Adakah anda sedia maklum tentang keburukan rokok? 14. Tidakkah anda berasa tergugatakan imej amaran yang ada pada kotak rokok? Jika tidak, nyatakan mengapa. 15. Pernahkah sesiapa menasihatkan anda supaya berhenti? 16. Pernahkah anda terfikir atau mencuba untuk berhenti?
  • 19.
  • 20. Gambar-gambar menunjukkan kelibat remaja-remaja yang masih bersekolah sedang merokok. Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan
  • 21. Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan
  • 22. Poster yang diedarkan kepada remaja-remaja semasa tinjauan