SlideShare a Scribd company logo
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
1
Soalan 2: Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat bagi menguasai
ekonomi dan pentadbiran Filipina sejak tahun 1898.
1.0 PENGENALAN
Filipina merupakan tanah jajahan Sepanyol lebih kurang 300 tahun sebelum bergelar
koloni Amerika Syarikat ekoran kekalahan Sepanyol dalam Perang Amerika-Sepanyol yang
meletus di Cuba pada 24 April 1898 seterusnya merebak ke Filipina. Peperangan yang
mengalahkan tentera laut Sepanyol di Teluk Manila pada 1 Mei 1898 menyebabkan
bertukarnya status penjajahan Sepanyol ke atas Filipina kemudiannya digantikan dengan
penjajahan Amerika Syarikat. Sepanyol terpaksa menyerahkan Filipina kepada Amerika
Syarikat dengan bayaran sebanyak AS$20.000,000 1 dalam Perjanjian Paris yang
ditandatangani pada 10 Disember 1898. Apa yang menariknya di sini, sebagai pembaca saya
ingin merungkai satu persoalan dari pembacaan saya sebelum ini di mana menyatakan Amerika
Syarikat adalah sebuah Negara neutral yang menolak imperialisme dan kolonialisme pada
ketika itu namun mengapa hal ini terjadi?
Pada awalnya, Presiden Amerika Syarikat ketika itu McKinley tidak bercadang
menjajah Filipina atau meletak Filipina sebagai koloni kerana hal ini bertentangan dengan
prinsip atau tradisi Amerika Syarikat yang menentang penjajahan. Tindakan Amerika Syarikat
yang menjajah Filipina adalah suatu tindakan yang amat ditentang oleh masyarakat Filipina.
Usaha Amerika Syarikat menyebarkan idea Demokrasi serta bencikan penjajah kepada
masyarakat Filipina pada zaman penjajahan Sepanyol amat bertentangan dengan konsep
penjajahan yang dilakukan oleh mereka. Amerika Syarikat pada hakikatnya merupakan sebuah
Negara yang baru sahaja mendapatkan kebebasan dari cengkaman penjajahan British pada
tahun 1776. Oleh itu mereka sememangnya amat menentang konsep penjajahan dan giat
menyebarkan idea liberal kepada masyarakat Filipina semasa pentadbiran Sepanyol di Filipina.
Melalui usaha Amerika inilah, maka lahirnya idea nasionalisme yang lebih jelas serta usaha
kearah berkerajaan sendiri oleh masyarakat Filipina yang selama ini langsung tidak pernah
diimpikan oleh mereka.2 Sepanjang 333 tahun pentadbiran sepanyol di Filipina, tidak pernah
wujud satu bayangan untuk mewujudkan pentadbiran berperlembagaan memandangkan
Negara sepanyol sendiri mengamalkan sistem pentadbiran Monarki. Perkara ini disokong oleh
kenyataan J.P. Ongkili yang menyatakan:
1
Mary-Ann Asico. (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City:National Centennial Commision, hlm. 236.
2
Nicholas Tarling, (1999) The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 256.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
2
“Sepanyol mengharapkan penanaman bibit Liberal di Filipina, namun Amerika yang
bertindak menyebarkan perasaan ini dalam kalangan masyarakat Filipina dan
memelihara sehingga benar- benar berakar umbi di kepulauan yang bertaburan itu”3
Namun terdapat satu faktor yang menjadi desakan atau penolak iaitu ancaman dari Jerman.
Oleh sebab itu, presiden McKinley mengambil keputusan menjajah Filipina walaupun terdapat
penentangan daripada Senat Amerika Syarikat. Situasi menjadi semakin huru-hara kerana
terdapat implikasi daripada keputusan sebulat suara yang diambil oleh McKinley, jelas sekali
penentangan daripada pihak yang dijajah. Antara sebab lain ialah Amerika Syarikat bercadang
mencari tanah jajahan untuk menampung kerugian dalam perdangangan dan dalam erti kata
lain Filipina adalah sebuah negara yang sesuai sebagai strategi ‘backup’ pihak Amerika. Selain
itu, Filipina juga dijadikan tempat pasaran kerana Amerika Syarikat ingin melebarkan sayap
mereka dalam pasaran rantau di Asia.
Tercetusnya Perang Amerika-Filipina pada 1899-1913 ekoran penjajahan Amerika dan perang
ini menelan belanja yang banyak bahkan menyebabkan kadar kematian yang tinggi berbanding
Amerika-Sepanyol. Penentangan ke atas Amerika ini berterusan di bahagian selatan Filipina
yang diketuai oleh orang Islam sehingga tahun 1913 namun pada awal tahun itu berlaku
penangkapan Aguinaldo pada 23 Mac 1901 dan peristiwa ini boleh dikatakan melemahkan
penentangan terhadap Amerika Syarikat.
Seterusnya kita akan menelusuri apakah dasar dan strategi yang digunakan Amerika Syarikat
untuk menguasai ekonomi dan pentadbiran Filipina. Penulis akan menceritakan dasar-dasar
yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menguasai politik dan pentadbiran terlebih
dahulu selepas itu barulah menerangkan mengenai dasar ekonomi kerana penulis percaya
pokok pangkal sesuatu punca kejayaan imperialisme adalah menguasai politik dan sistem
pentadbiran sesuatu kawasan dahulu barulah ekonomi akan menapak.
2.0 ISI-ISI PENTING: PENTADBIRAN
2.1 Tahap Awal Imperialisme : Perubahan Sistem Pemerintahan
Bagaimana Amerika menguasai Filipina dengan pentadbiran dan politik? Untuk pengetahuan
kita adalah diingatkan bahawa semasa pemerintahan Sepanyol di bumi Filipina, rakyat Filipina
telah ditindas dan hak mereka dalam sistem pentadbiran juga dinafikan. Sepanyol telah
3
J.P. Ongkili, (1971). Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah Universiti
Malaya, hlm. 117.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
3
membuat rombakan sistem pentadbiran di Filipina yang sebelum ini menggunakan sistem
barangay (perkampungan) yang dipegang oleh golongan datu (Gilbert Khoo, Dorothy
Lo,1977). kuasa datu-datu tersebut dirampasdan diberikan kepada pegawai-pegawai Sepanyol.
Pemimpin tempatan telah kehilangan kuasa maka berakhirlah sistem barangay. Oleh sebab itu,
pihak Amerika melancarkan strategi pemerintahan berdasarkan sistem demokrasi untuk
menarik minat rakyat dan pemimpin Filipina. Amerika memperkenalkan fahaman demokrasi,
dimana setiap manusia mempunyai kedudukan yang setara dari segi undang-undang tanpa
mengira jawatan, bangsa dan juga warna kulit. Amerika juga menegaskan manusia mempunyai
hak yang tidak boleh dicantas iaitu hak untuk hidup. Fahaman ini diperkenalkan oleh Abraham
Lincoln “pemerintahan rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat” (Zaide, G.F. 1972).
Bermula dari episod demokrasi ini, bermulalah pandangan baru dalam undang-undang yang
memelihara kedaulatan rakyat, kebebasan beragama dan juga bersuara. Rakyat Filipina yang
ternyata menyokong fahaman ini kerana ditindas terlalu lama maka mereka mula bangkit
menuntut hak-hak mereka dan berani memecah tembok penghadang yang didirikan oleh
Sepanyol. Namun, setiap perjalanan menuju kearah demokrasi ternyata bukan sesuatu yang
mudah kerana sebelum memasuki tahap kedua imperialisme, Amerika terlihat masih tercari-
cari arah tujuan sistem pemerintahan yang akan dicorakkan oleh mereka di bumi Filipina.
Metod pertama yang paling penting dalam taktik politik setiap kuasa besar ialah mengadakan
pakatan untuk mencapai persetujuan.
Pakatan Kerjasama Aguinaldo dengan Amerika Syarikat
Aguinaldo diyakinkan dengan kata-kata Dewey dan Pratt yang menjanjikan kemerdekaan
untuk Filipina namun kepercayaan Aguinaldo mendapat tentangan daripada pemimpin-
pemimpin Filipina yang lain di Hong Kong. Junta Hong Kong mengesyaki dan mengatakan
bahawa Amerika Syarikat adalah new appressor kepada Filipina. Namun tidak bagi Aguinaldo
yang hanya menganggap Amerika sebagai pelindung tanpa ada apa-apa kepentingan
(disinterested protector). Namun, persetujuan dan kerelaan Aguinaldo sebenarnya mempunyai
alasan tersendiri. Impian dan harapan Aguinaldo sejak dari awal lagi ialah menjadi Presiden
Filipina dan beliau khuatir jawatan itu akan jatuh ke tangan orang lain maka pakatan dengan
Amerika Syarikat adalah batu loncatan untuknya naik ke peringkat yang lebih tinggi.
Serba sedikit, penulis akan menceritakan perjalanan dan proses pakatan kerjasama antara
Agunaldo dan Amerika Syarikat. Pada 7 April 1898, Aguinaldo telah mengadakan perjumaan
dengan Konsul Amerika yang sedang berkhidmat di Singapura iaitu E. Spencer Pratt. Spencer
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
4
menasihati Agunaldo pulang ke Hong Kong untuk menyusun strategi dengan Amerika
Syarikat. Semangat Aguinaldo yang berkobar-kobar ingin pulang menyelamatkan Filipina
membuatkan beliau tidak berasa curiga setiap cadangan dan tindak-tanduk dari Amerika
Syarikat di mana beliau hanya menurut dan bersetuju sahaja. Sebuah fakta yang menarik di sini
ialah, pihak Amerika hanyalah memperalatkan Aguinaldo untuk memenangi hati rakyat
tempatan. Dalam peperangan antara Amerika-Sepanyol yang diimpikan Aguinaldo sebenarnya
hanyalah helah antara dua kuasa besar itu. Ini kerana peperangan yang berlaku pada awalnya
dilihat seperti tiada penghujungnya malah tentera Sepanyol di bawah pimpinan Gabenor
Augustine tidak menunjukkan tanda untuk menyerah kalah maka Dewey mengusulkan
perdamaian dan mengadakan satu peperangan palsu dan selepas itu Sepanyol akan menyerah
diri. Perang palsu tersebut tamat pada 13 Ogos 1898 dan hasilnya Manila dikuasai oleh
Amerika. Pakatan antara dua kuasa Barat itu menyebabkan harapan Aguinaldo musnah dan
hasrat menubuhkan kerajaan yang dihajati beliau terkubur begitu sahaja.
Menukar Rancangan Penubuhan Kerajaan Republik kepada Kerajaan Diktator
Rancangan Amerika masih tidak diketahui oleh Aguinaldo dan demi mencapai matlamatnya
beliau telah menyediakan draf perlembagaan kerajaan republik. Namun, Konsul Wildman
menasihati Agunaldo untuk menangguhkan perancangan kerajaan republik sebaliknya
membentuk rejim diktator sebagai nukleus kepada pembinaan empayar republik.
Aguinaldo sekali lagi termakan nasihat pihak Amerika dan mengenepikan draf awalnya tentang
kerajaan republik lalu pada 24 Mei 1898, Aguinaldo menyuarakan untuk menubuhkan rejim
diktator.4 Alasan beliau bersetuju dengan cadangan Amerika memandangkan pihak Sepanyol
masih berpengaruh di wilayah-wilayah Filipina. 5 Mengikutnya lagi, beliau terpaksa
menubuhkan rejim diktator untuk meraih kuasa mutlak bagi mengawal orang awam dan
tentera. Seluruh wilayah dan rakyat Filipina akan berada di bawah kuasanya.6
Kenyataannya, pihak Amerika menggunakan hal ini untuk kepentingan diri mereka. Objektif
di sebalik pembentukan rejim diktator ini adalah atas merealisasikan pemusatan semua kuasa
awam dan tentera di bawah seorang ketua maka kerajaan diktator adalah hakikat kepada semua
ini. Namun bagi Aguinaldo , beliau berjaya membuktikan kerajaan diktator yang dibentuk
4
Teodoro A. Agoncillo, Malolos: The Crisis of The Republic, Quezon City:University of Philipines, 1960 hlm. 225.
5
Alejandro M. Fernandez, The Philipines and The United States, The Forging of New Relations, Quezon City: NSBD-UP
Integrated Research Programme, 1997, hlm. 23.
6 Pengumuman kerajaan Diktator sebagai kaedah untukAgunaildo mengakhiri kerajaan Republik Biak Na Bato
yang telah dibentuk sebelumini yang hanya berjalan selama satu bulan.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
5
hanyalah sebagai pemula kepada proses pembentukan kerajaan republik. Ini dapat dibuktikan
dalam penyusunan sistem pentadbiran yang membahagikan kerajaan pusat dan wilayah
(kerajaan tempatan). aguinaldo sangat mementingkan peranan kerajaan tempatan dalam
membentuk sebuah perbandaran yang mapan. Tindakan Aguinaldo dapat dilihat di setiap
peringkat kerajaan tempatan, jawatan ketua bandar diwujudkan serta ketua provinsi dan
seterusnya seorang wakil untuk kongres. Disini kita dapat lihat, Aguinaldo menerapkan konsep
republik yang menekankan penglibatan rakyat.
2.2 Tahap Dua Imperialisme : Rang Undang-Undang untuk Filipina
Pihak imperialis Amerika mula sedar di mana mereka tidak sepatutnya menghapuskan impian
dan keinginan rakyat Filipina untuk mencapai kemerdekaan, oleh itu Amerika Syarikat telah
menjalankan beberapa langkah permulaan dan persediaan untuk menganugerahkan mohor
kemerdekaan kepada masyarakat Filipina. Pihak Amerika merasakan sebelum pemberian
kemerdekaan diberikan, Filipina perlu melalui latihan dan pengetahuan yang cukup untuk
berlari kearah berkerajaan sendiri. Situasi ini dapat dibuktikan dengan penyataan MacKinley
semasa memulakan tugasnya di Filipina:
“Filipina adalah kepunyaan kita, bukannya untuk diperas, tetapi adalah untuk
dimajukan, ditamadunkan, diberi pelajaran untuk dilatih kearah berkerajaan
sendiri…menegakkan kebebasan, undang-undang dan kerajaan yang sempurna di
Filipina”7
Bagi memastikan kenyataan tersebut berjaya, pemimpin-pemimpin Amerika yang terlibat
dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Filipina telah melancarkan beberapa
strategi iaitu memperkenalkan beberapa rang undang-undang. Antara rang undang-undang
yang dimaksudkan ialah Rang Undang-undang Filipina atau ‘Akta Cooper’.
2.2.1 Akta Cooper
Pada tahun 1902, pihak pemimpin Filipina telah meluluskan Akta Cooper. Pelaksanaan hak
asasi kepada rakyat Filipina akan dilancarkan melalui pendirian akta ini. Akta Rang Undang-
undang Filipina mempunyai dua ciri utama iaitu pembentukan perhimpunan Filipina yang
pertama manakala yang kedua ialah memilih dua orang wakil Pesuruhjaya Tinggi ke Kongres
Amerika Syarikat8. Antara tanggungjawab wakil Filipina ini ialah menuntut kemerdekaan dan
7
Usha Mahajani, (1971). Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response, 1565-1946, University of
Queensland Press., hlm. 225.
8
L. Primo Tongko, The Governmentof the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965, hlm. 38.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
6
perwakilan Filipina ini mempunyai hak kuasa yang sama dengan perwakilan Amerika, kecuali
dari segi pengundian.
Rakyat Filipina diberikan kebebasan dan hak sama rata (Bill of Right) dengan bangsa
imperialis di dalam kesemua aspek melalui penubuhan akta Cooper ini sebagai contoh, hak
dalam melibatkan diri dalam politik. Rakyat Filipina bebas dalam memilih parti politik,
memilih perwakilan yang digemari mereka melalui pilihanraya dan proses yang seterusnya
adalah membentuk Majlis perhimpunan. Secara tuntasnya sememangnya akta ini telah
memberikan kebebasan yang mutlak terhadap masyarakat Filipina dalam berpolitik dan
kebebasan yang dimiliki ini seterusnya dapat digunakan untuk melatih mereka kearah
berkerajaan sendiri. Keistimewaan akta ini dalam memberikan kebebasan berpolitik dan
menyuarakan pandangan masyarakat Filipina dapat dibuktikan melalui kenyataan Zaide;
“…. Mewujudkan semula keamanan yang hakiki di Filipina, mengambil dan
menerbitkan satu banci, dua orang Suruhanjaya Filipina akan dihantar ke
Washington untuk mewakilidalam Kongres dan memelihara bahan-bahan semulajadi
Filipina bagi orang Filipina”9
Hak Berpolitik Dibenarkan, Pilihanraya 1907 dan Penubuhan Dewan Perhimpunan
Antara alasan lain Filipina mudah dikuasai oleh Amerika ialah hak berpolitik diberikan kepada
rakyat Filipina selepas kedatangan Amerika. Selepas pelaksanaan Akta Cooper penduduk
Filipina mula menubuhkan parti politik sendiri dan bijak dalam memilih calon pilihan mereka
dalam pilihanraya. Semangat menuntut kemerdekaan membuatkan masyarakat Filipina
mewujudkan sebuah perhimpunan yang dianggotai oleh bangsa Filipina sendiri untuk
mentadbir Majlis Negeri.
Situasi ini mendorong kepada berlakunya pilihanraya pada 30 Julai 1907 diberi nama
Pilihanraya Kebangsaan. Dua parti politik yang menyertai pilihanraya ini ialah Parti Nacional
Progresista dan Parti Nasionalista.10 Sebanyak 80 kerusi diperuntukkan semasa Pilihanraya
Kebangsaan dan seramai 98, 251 rakyat Filipina mengundi dan jumlah ini kurang 6,745 dari
jumlah pengundi berdaftar11 yang sebenar. Perhimpunan telah diadakan buat pertama kalinya
di Grand Opera House di Mnaila pada 16 Oktober 1907 setelah Pilihanraya tersebut selesai.
9
G.F., Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 417.
10
Parti Nacionalista merupakan gabungan dua kumpulan Nasionalis iaitu Partido Union Nacionalista dan Partido
Independentista. Manakala Parti Progresista yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Federalista adalah parti pro-Amerika
sebelum pilihan raya tahun 1907. Parti ini telah mengubah ideologinya menjadi pro-rakyat Filipina, dengan mendesak supaya
wujudnyakerajaan yang mengamalkan demokrasi bebas.
11
Golongan yang layak mengundi adalah lelaki yang berumur sekurang-kurangnya 23 tahun dan ke atas.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
7
Kewujudan perhimpunan ini menjadi penanda aras yang membuka jalan kepada Filipina dalam
menentukan corak pemerintahan Negara mereka sendiri pada masa hadapan.
2.2.2 Akta Jones
Philipines Autonomy atau nama lainnya Akta Jones diluluskan pada Ogos 1916. Akta ini
menyokong usaha Filipina meraih kemerdekaan dan menjalankan pentadbiran sendiri dan
penyataan Tongko seperti mengesahkan hal ini berbunyi; “undang-undang Jones tahun 1916
memberi kesan kepada hubungan Filipina-Amerika kerana di dalam akta ini Amerika telah
berjanji untuk menyerahkan kembali kemerdekaan kepada masyarakat Filipina apabila
keadaan mulai stabil.”12
Masyarakat Filipina mendapat hak kesamarataan dalam pelbagai aspek penting sesebuah
negara seperti undang-undang, kedaulatan, hak bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan
berakhbar sepertimana yang diamalkan pihak penjajah. Buktinya, unsur Demokrasi diserap
masuk ke dalam akta ini seperti konsep pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat. Selain itu,
sistem perlembagaan juga diperluaskandan majlis perundangan dbesarkan. Malah, terdapat
pengambilalihan tugas-tugas penting seperti Senat Filipina mengambil alih tanggungjawab
yang selama ini menjadi kewajipan ‘Philipines Commission’ dan Dewan Rakyat menggantikan
tugas Dewan Perhimpunan Filipina. Anggota Dewan Rakyat telah dipilih dan dilantik melalui
suara rakyat dan tempoh melaksana dan memegang jawatan kekal selama tiga tahun.
2.2.3 Perubahan Dasar Pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina
Menjelang tahun 1920-an segala dasar dan fahaman liberal yang diberikan oleh pihak Amerika
Syarikat terhenti begitu sahaja ini adalah kerana pemimpin utama Amerika telah berubah iaitu
pucuk pimpinan Amerika bertukar tangan kepada Parti Republican. Situasi ini menyebabkan
berlaku perubahan dalam dasar penjajahan dan ini telah mengancam kuasa Gabenor Jeneral di
Filipina. Akibatnya, cerita dan cita Filipina untuk mencapai kemerdekaan telah terbantut.
Kesannya berlaku sedikit perubahan terhadap suasana politik pihak Amerika terdahulu di
Filipina iaitu kebebasan berpolitik di Filipina ditarik balik. Disamping itu, Amerika juga
bertindak memecah dan merombak semula sistem pentadbiran yang telah dikukuhkan semasa
zaman Harrison. Pada Mac 1921, Utusan Wood-Forbes (Jeneral Leonard Wood dan Jeneral W.
Cameron Forbes)dihantar oleh presiden baru Amerika, Warren Harding yang menyatakan
12
L. Primo Tongko, The Governmentof the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon City,1965 hlm. 42.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
8
bahawa bangsa Filipina masih belum bersedia mentadbir Negara kearah berkerajaan sendiri.
Pada awal tahun 1920-1n, Presiden Wilson sendiri menyatakan bahawa Filipina sudah berjaya
mentadbir kerajaan namun usaha kearah kemerdekaan terpaksa dibatlkan kerana beliau
diambang kejatuhan.13
2.2.4 Rang Undang-Undang Hare Hawes Cutting
Pada tahun 1930-an, sekembalinya Parti Demokrat ke arena politik dan pentadbiran di Amerika
kembali membuka peluang dan sekali lagi rakyat Filipina menyimpan harapan untuk menuntut
semula kemerdekaan tertangguh mereka. Usaha menuntut kemerdekaan dibangunkan dan
digiatkan semula antaranya kunjungan atau delegasi14 Osmena dan Roxas ke Washington pada
tahun 1931. Kunjungan ini nampaknya tidak sia-sia, hasilnya suatu rang undang-undang
diluluskan pada tahun 1932 dikenali sebagai Hare-Hewes Cutting.
Akta ini berlainan dari akta-akta sebelumnya kerana merupakan undang-undang pertama yang
berjaya menetapkan tarikh kemerdekaan yang jelas untuk Filipina. Namun disebalik undang-
undang ini diluluskan kerana pihak Amerika terpaksa akibat tekanan daripada dua belah pihak.
Pihak pertama ialah kumpulan petani Amerika yang khuatir dari perasaan takut wujudnya
persaingan dalam perusahaan gula dan minyak kelapa Filipina, tambahan lagi pada waktu itu
adalah zaman Kemelesetan Ekonomi yang agak global skalanya. Tekanan dari pihak kedua
semestinya desakan dari pihak Filipina yang tidak sabar untuk menubuhkan kerajaan sendiri.
Maka Amerika tiada pilihan lain lalu Dewan Negara meluluskan Akta Hare-Hewes Cutting
13
Palma Rafael, Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921. Manila : Bureau of Printing, 1923, hlm.
43.
14
J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur :Jurnal Sejarah UniversitiMalaya,
1971, hlm. 119.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
9
pada Disember 1932 dan pelaksanaannya pada 17 Januari 1933. Namun berlaku perselisihan
pendapat yang menyebabkan akta ini telah ditolak dan gagal dilaksanakan.
2.2.5 Akta Tyding McDuffie
Setelah Akta Hare Hawes Cutting menemui jalan buntu, Quezon telah mendesak dan memujuk
Kongres mengizinkan satu tindakan baharu diambil untuk merealisasikan kemerdekaan
Filipina.15 Ternyata usaha Quezon membuahkan hasil, lahirnya akta baru diberi nama Akta
Tydings-Mcduffie telah ditandatangani oleh Presiden Roosevelt dan akta ini telah diterima oleh
Dewan Undangan Filipina. Amerika berjanji akan menganugerahkan kemerdekaan
sepenuhnya kepada Filipina dalam tahun 1946 disamping itu, Amerika turut menjanjikan
Komanwel Filipina akan ditubuhkan pada 4 Julai 1936.16 Seterusnya, terdapat Penggubalan
Perlembagaan Filipina pada 30 Julai 1934 dan seramai 202 orang wakil telah terpilih dalam
konvensyen perlembagaan itu. Presiden Franklin D.Roosevelt telah menandatangani
perlembagaan ini bagi pihak Amerika Syarikat. Hasilnya, akta ini menjadi sebab pemula
pemerintahan Komanwel pada 15 November 1935 dan telah digunapakai selama 10 tahun.17
3.0 DASAR EKONOMI
Seperti kita tahu, tujuan utama pihak penjajah semestinya ingin menguasai ekonomi negara
yang ditakluknya tidak terkecuali pihak Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga mempunyai
keinginan yang sama dengan pihak imperialis yang lain iaitu menuntut komoditi eksport. Maka
oleh sebab itulah, Amerika Syarikat bersungguh sungguh memonopoli politik secara rasmi di
Filipina dan ini memudahkan syarikat-syarikat besar mereka merebut penghasilan komoditi
yang dikehendaki. Bagi pendapat saya, walaupun imperialis ini menggunakan pelbagai cara
dan strategi dalam memenangi impian mereka namun tidak salah untuk kita katakan perbuatan
imperialis telah berjaya mengubah corak ekonomi di Asia Tenggara. Keadaan ini boleh dilihat
sebagai satu pencapaian jika cara dan taktik kotor golongan imperialis ditolak tepi. Untuk
pengetahuan umum, pihak imperialis bukan sahaja terlibat dalam perdangangan semata-mata
malah mereka terlibat dalam perladangan, perlombongan, industri pembuatan dan
pemprosesan tempatan dan lain-lain. Ini menunjukkan pihak imperialis tidak terlibat dan terhad
peranan mereka namun skop yang difokus lebih luas.
15
Jennifer Conroy Franco,Election and Democratization in the Philippines. New York: Taylor & Francis Group, 2001, hlm.
52.
16
Daniel George Edward Hall, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 939-940.
17
J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. (Jurnal Sejarah Universiti Malaya), hlm. 120
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
10
Organisasi-organisasi Barat mula menjinakkan diri dan mengambil alih aktiviti perlombongan
dan kegiatan ini boleh dikatakan suatu yang sudah lama dilaksanakan oleh negara-negara Asia
Tenggara. Sebelum ini, lapisan galian dan lombong dikerjakan oleh orang tempatan atau
imigran Cina namun teknologi Barat yang ternyata mempunyai modal yang tinggi telah
menukar pekerjaan tradisional dan berjaya meningkatkan output pengeluaran pada tahap yang
memuaskan. Sebagai contoh, di Filipina, emas adalah sumber semulajadi yang dikeluarkan dari
bumi Asia Tenggara dan ini mendatangkan keuntungan untuk imperialis.
Filipina menumpukan sepenuhnya kepada tanaman tembakau, tebu dan juga hem. Kita dapat
lihat, pembangunan pertanian komersial sangat menonjol jika dibandingkan dengan kegiatan
yang lain. Pihak Barat mengeksport tumbuh-tumbuhan yang asli dan diperkenalkan di luar.
Tumbuh-tumbuhan ini dieksport dengan kaedah yang terancang dan saintifik. Pihak Barat
menumpukan perhatian kepada pembukaan ladang untuk tujuan pertanian dan majoritinya
ladang-ladang yang dibuka berfokuskan kepada hanya satu jenis tumbuhan sahaja.
Namun penglibatan dalam sistem pertanian komersial ini mengheret para petani dalam kancah
pasaran antarabangsa yang ada turun dan naik. Didapati pada tahun 1930-an tempoh
Kemelesetan Ekonomi, kaum petani yang terlibat dalam pertanian komersial terpaksa
menghadapi kesengsaraan. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan
uang mencukupi dan mereka tidak dapat mencanggihkan corak pengeluaran. Walaupun zaman
itu faktor penolak untuk meningkatkan pengeluaran sentiasa wujud namun mereka tidak
mempunyai wang untuk membeli peralatan yang moden. Natijahnya, mereka gagal dalam
menaikkan taraf hidup mereka.
Semasa menguasai wilayah Filipina, pihak imperialis iaitu Amerika Syarikat mula mengubah
corak pemerintahan di Filipina termasuk mencampur tangan dalam hal ekonomi negara itu.
Seperti kita tahu Filipina menjalankan ekonomi sara diri seterusnya secara perladangan ketika
tampuk pemerintahan Sepanyol namun kedatangan Amerika telah mengubah secara total
sektor ekonomi negara itu. Kita boleh melihat perjalanan dasar ekonomi Amerika di bumi
Filipina secara berperingkat;
Secara ringkasnya, dalam Rang Undang tahun 1902 telah memutuskan dan mengdeklarasikan
bahawa semua tanah awam dan sumber semulajadi di bumi Filipina adalah hak dan faedah
kepada penduduk Filipina (the benefit of the inhabitants).18 penyataan penting ini dijelaskan
18
Rang undang-undang Filipina diputuskan pada tahun 1902.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
11
dan termaktub di dalam akta undang-undang Jones 1916 dan juga Akta Tydings-Duffie pada
tahun 1934. Selain itu, William H.Taft iaitu Gabenor Jeneral Amerika yang pertama juga
menguatkan penyataan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berbunyi “Filipina adalah
untuk rakyat Filipina”. Beliau turut menambah bahawa pihak bertanggungjawab perlu
menjaga dan berkhidmat untuk kepentingan nasional negara-negara bersatu dan menolak keras
perbuatan membuat dasar sendiri sewenang-wenangnya.
Selain itu, Amerika menekankan dasar kesemakmuran Filipina sebagai salah satu koloni
Amerika seperti; peningkatan populasi penduduk, Dasar Tanah Baru, peningkatan dalam
bidang pertanian, perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, menceburi bidang perniagaan,
bidang perindustrian, peningkatan dalam sistem pengangkutan dan komunikasi,
penambahbaikan belanjawan kerajaan, pembukaan Bank-Bank baru dan penyertaan anggota
kerajaan dalam perjumpaan atau perhimpunan peringkat antarabangsa.
Cara-cara Amerika Menguasai Ekonomi Filipina:
A. Populasi Penduduk
Di dalam jadual jelas menunjukkan terdapat peningkatan populasi secara tiga kali ganda dari
tahun 1898 sehinggalah tahun 1939. Pada zaman Komanwel Filipina menyaksikan ramai
imiran terdiri daripada kumpulan tentera yang sudah bersara. Kumpulan ini adalah antara
bangsa Amerika pertama yang menjadi penduduk Filipina. Selain itu, kumpulan tentera Afrika-
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
12
Amerika dan juga bekas sukarelawan dari negara-negara Barat turut berpindah ke Filipina.19
Faktor seterusnya ialah Akta Pendidikan 1901 yang menggalakkan kerajaan kolonial untuk
merekrut tenaga pengajar dari Amerika dan ini menyebabkan pertumbuhan populasi penduduk
di Filipina. Menjelang tahun 1913, seramai 1400 orang mestizo dari keturunan dan campuran
Amerika, hasil daripada 8,000 bangsa Amerika yang bermastautin di Filipina. 20 Secara
ringkasnya, peningkatan populasi berpunca daripada perpindahan rakyat Amerika. Menjelang
awal 20-an, Amerika-Filipina yang dilahirkan di Amerika Syarikat mula berimigrasi ke
Filipina semula. Golongan ini digelar ‘baliktad’ iaitu undur dan pulang ke tempat asal-usul.21
B. Polisi Tanah Baru
Terdapat tiga cara pihak Amerika merancang bagi menaiktaraf pemilikan Dasar Tanah Baru di
Filipina. Pertama, pembelian semula tanah-tanah privasi (Friar Lands) di bawah jagaan gereja
Katolik sejak zaman pemerintahan Sepanyol. Kedua ialah Homestead Act tahun 1924 yang
memberi kebenaran kepada rakyat Filipina memiliki sebanyak 24 hektar tanah awam setiap
seorang. Isu yang ketiga ialah, semua tanah perlu berdaftar di bawah polisi baru dan pemilik
atau tuan tanah tersebut diselia di bawah sistem Torrens.22
19
Nicholas Trajano Molnar (1 June 2017). American Mestizos, The Philippines, and the Malleability of Race: 1898-1961.
University of MissouriPress. hlm. 20–21. ISBN 978-0-8262-7388-8.
20
Ibid, hlm. 36-37.
21
Kutschera, P.C.; Caputi, Marie A. (October 2012). "The Case for Categorization of Military Filipino Amerasians as
Diaspora" (PDF)
22
Sistem Torens adalah satu sistem yang mengendalikan mengenai pendaftaran harta tanah. Sistem ini juga memudahkan
kelansungan penjualan harta tanah antara pembeli dan penjual. Malah sistem ini juga menyemak latar belakang tuan tanah dan
mengesahkan tuan tanah adalah pemilik tanah yang sebenarnya bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku. Penjualan dan
proses pemindahan selesai setelah pendaftar/penjual menyalin nama pembeli di dalam sistem Torens ini. Selain itu, butiran
yang didaftar dalam sistem ini memudahkan urusan lain sepertigadai janji, easement (memberi hak kepada orang lain untuk
menggunakan tanah dengan bayaran) dan pertukaran hak milik tanah. Rujuk Torrens title. BusinessDictionary.com.
WebFinance, Inc. http://www.businessdictionary.com/definition/Torrens-title.html(accessed: November 04, 2018)
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
13
Polisi Friars Land dan Pendaftaran Tanah
Usaha kerajaan yang seterusnya menamakan semula hak milik penama tanah di bawah Taft
Commision ini adalah kerana semasa zaman pemerintahan Sepanyol, tanah-tanah awam
dikuasai oleh pihak gereja jadi keadaan ini menyebabkan lambakan tanah tanpa nama kerana
tidak wujudnya hitam putih seperti bukti atau dokumen yang mengesahkan siapakah pemilik
‘Friars Land’ itu. Tambahan lagi, sebarang dokumen atau hitam putih telah musnah pada
zaman peperangan menjelang zaman ketidakstabilan politik. Kesannya, ramai pemilik tanah
mula mengaku tanah-tanah awam itu kepunyaan mereka jadi ini membuatkan pihak Amerika
gusar kelemahan sistem informal ini akan berkembang dan tuan-tuan tanah bermaharajalela.
Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak Amerika telah meluluskan rang undang-undang di
bawah Pendaftaran Akta Tanah 1903. Jabatan yang menguruskan akta pendaftaran tanah
diletakkan di bawah tanggungjawab pendaftar yang digelar Sistem Torrens dan tujuan Amerika
adalah untuk memusatkan pendaftaran tanah secara selaras. Melalui sistem Torrens ini pembeli
dan tuan tanah mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan akan mengelakkan hal-hal
penipuan melibatkan tanah.
Sistem baru ini diselia di bawah Mahkamah Pendaftaran Tanah dan juga menyediakan satu
peruntukan dana sebagai jaminan jika pemilik tanah kehilangan tanah mereka. Sistem Torrens
yang diselia di bawah mahkamah ini dikatakan satu sistem yang telus kerana pihak mahkamah
akan menyelidik bagi mengelakkan sebarang keraguan dan fraud.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
14
C. Perdagangan Bebas dengan Amerika
Selain itu, Amerika juga menggalakkan perdagangan bebas antara Filipina dengan Amerika
dan dilaksanakan di bawah Akta Payne-Aldrich 1909. Namun terdapat beberapa golongan yang
menolak perdagangan dengan Amerika kerana barangan Amerika yang diimport ke dalam
Filipina tiada sekatan kouta dan sebaliknya. Sebagai contoh pemilik tanaman tembakau dan
gula yang menolak sistem ini kerana beras adalah salah satu barangan yang terkecuali dari
perdagangan bebas manakala barangan lain yang dieksport ke Amerika dikenakan sekatan dan
dihadkan kemasukannya. Pada tahun 1899 barangan Amerika yang diimport ke Filipina
meliputi tujuh peratus sahaja namun melonjak sehingga 66% pada tahun 1934 kesan tiada tariff
dan sekatan kuota dikenakan. Barangan yang diimport ialah alat-alat pertanian, rokok, daging,
produk tenusu dan kain. Pengeksportan dari Filipina juga meningkat dari 26% pada tahun 1899
dan meningkat kepada 84% pada tahun 1934. Filipina pula mengeksport sumber semulajadi
seperti Manila hem, tembakau, gula dan kelapa. Perdagangan bebas yang semakin dikenali
menyebabkan ramai pelabur dari Amerika masuk ke Filipina bagi tujuan pelaburan.
Kebanyakannya mereka mula menguasai kilang-kilang gandum, kertas dan juga kilang
minyak.
D. Bidang pertanian , perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan komunikasi
Usaha pihak Amerika yang seterusnya adalah menghidupkan semula sektor pertanian di
Filipina disamping menggunapakai sumber semulajadi yang wujud di bumi Filipina. Amerika
menubuhkan satu akta bagi menguruskan hal-hal agrikultur supaya lebih sistematik dan teratur.
Hal-hal pertanian diletakkan di bawah Biro Agrikultur (1902). Pada tahun 1903, Kongres
Amerika memberi $3 juta sebagai dana kecemasan bagi mengimport beras dan kerbau
(carabao) yang akan digunakan sebagai alat pertanian contohnya di ladang-ladang tebu di
negara Asia lain. Usaha Amerika yang seterusnya ialah memperkenalkan alatan pertanian yang
moden kepada Filipina dan hal ini berjaya mempertingkatkan hasil output yang lumayan.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
15
Seterusnya, usaha lain yang dibawa oleh Amerika bagi menguasai ekonomi di Filipina dengan
menubuhkan bank-bank baru di luar bandar. Objektifnya adalah untuk membawa
perkhidmatan perbankan ke kawasan luar bandar dan menggalakkan penduduk lebih bijak
mengurus wang simpanan. Pada 24 Mei 1906, Akta No. 1493 diluluskan mewujudkan Bank
Simpanan Pos ("Postbank") sebagai bahagian Biro Pos. Namun, operasi perbankan Post bank
ini terganggu semasa pendudukan Jepun pada tahun 1940an berikutan pecahan sistem
perbankan akibat perang dan berlakunya inflasi yang mengakibatkan pihak Jepun
memperkenalkan wang cetak mereka yang bermotifkan pokok pisang dan digunakan sebagai
medium pembayaran ketika itu.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan terdapat kesan positif dan juga sebaliknya dalam
perjalanan Amerika meluaskan kuasa imperialisnya di Filipina. Penduduk Filipina mengalami
transformasi ekoran penjajahan Amerika dalam bidang pentadbiran dan juga bidang ekonomi.
Perubahan paling ketara dapat dilihat dalam sistem pentadbiran iaitu sistem Republik yang
boleh dikatakan diadaptasi seakan sama dengan sistem pemerintahan Amerika yang ternyata
kekal sehingga hari ini. Walaupun, pihak Amerika banyak memperalatkan pemimpin Filipina,
tetapi jika dilihat dari pandangan masa hadapan , perkara ini ternyata menjadi faktor penolak
untuk Filipina lebih maju dan bersedia dalam berkerajaan sendiri. Secara tidak langsung,
Filipina belajar terus bangun dan tidak mengalah walaupun sering dipergunakan oleh kuasa
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
16
imperialis Barat. Sebagai contoh, Akta Cooper dilihat menghadirkan dan memberikan sebuah
erti dan harapan yang besar kepada rakyat Filipina kerana akta ini memberi peluang dan
menyedarkan mereka betapa pentingnya hak asasi seorang rakyat di bumi sendiri. Pada waktu
itu juga telah muncul parti-parti politik menuntut kemerdekaan dan ini adalah satu
perkembangan politik yang sihat. Rakyat Filipina bersatu padu dalam menyelamatkan negara
mereka dari cengkaman kuasa luar. Tegasnya, bangsa Filipina telah melangkah ke arah
persediaan berkerajaan sendiri dan sebagai iktibar, sikap Aguinaldo yang tidak pernah lelah
dalam memperjuangkan semangat bangsa demi melepaskan negaranya dari kepompong anasir
Barat perlu diingati.
5.0 BIBLIOGRAFI
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
17
 Alejandro M. Fernandez, The Philipines and The United States, The Forging of New
Relations, Quezon City: NSBD-UP Integrated Research Programme, 1997.
 Daniel George Edward Hall, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1971.
 F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1978.
 Jennifer Conroy Franco, Election and Democratization in the Philippines, New York:
Taylor & Francis Group, 2001.
 J.P. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan, Kuala Lumpur :
Jurnal Sejarah Universiti Malaya, 1971.
 Kutschera, P.C.; Caputi, Marie A. (October 2012). "The Case for Categorization of
Military Filipino Amerasians as Diaspora" (PDF)
 L. Primo Tongko, The Government of the Filippines,. Quezon: Garcia Publishing Co.
Quezon city, 1965.
 Mary-Ann Asico, 100 Events that Shaped the Philippines, Quezon City: National
Centennial Commision,1999.
 Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge
University Press, 1999.
 Nicholas Trajano Molnar (1 June 2017). American Mestizos, The Philippines, and the
Malleability of Race: 1898-1961. University of Missouri Press. hlm. 20–21. ISBN 978-0-
8262-7388-8.
 Palma Rafael, Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921.
Manila : Bureau of Printing, 1923.
 Teodoro A. Agoncillo, Malolos: The Crisis of The Republic, Quezon City: University of
Philipines, 1960.
 Usha Mahajani, Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response,
1565-1946, University of Queensland Press., 1971.
JMS 214
SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
18

More Related Content

What's hot

Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Danial Akhmal
 
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Yang Shahrin Ab Aziz
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Nicholas Lidang Mud
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Nazira M
 
BM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi namaBM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi namaumishahirah
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
amiraaa96
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
fitri norlida
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Konsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelum
Konsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelumKonsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelum
Konsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelum
Jimmy Mogolid
 
3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme
3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme
3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme
Cempedak GoreNg
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Nur Fazlin Mohd Naim
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
Fara Piruz
 
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
NURFITRAH ZAINAL
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
saadiah alidrus
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialRema Reca
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
STPMVi
 

What's hot (20)

Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
 
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
 
BM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi namaBM STPM- Kata sendi nama
BM STPM- Kata sendi nama
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Konsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelum
Konsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelumKonsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelum
Konsep, hierarki dan peranan pembesar melayu sebelum
 
Imperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialismeImperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialisme
 
3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme
3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme
3.1 (a) gerakan nasionalisme faktor kemunculan nasionalisme
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 

Similar to Contoh Assignment Upah

Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
Suratno Ratno Miharjo
 
Nasionalisme Filiphina
Nasionalisme FiliphinaNasionalisme Filiphina
Nasionalisme Filiphina
Nurullkk
 
Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
Rus Mala
 
Gerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme PhilipinaGerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme Philipina
aswansetiawan
 
Revolusi Amerika
Revolusi AmerikaRevolusi Amerika
Revolusi Amerika
Fitria Indah Sari
 
Perang Saudara Amerika
Perang Saudara AmerikaPerang Saudara Amerika
Perang Saudara Amerika
KITO DUTA
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
Zulfira Farah Nubua
 
revolusi amerika sejarah peminatan
revolusi amerika sejarah peminatanrevolusi amerika sejarah peminatan
revolusi amerika sejarah peminatan
Suratno Ratno Miharjo
 
Pergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaPergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asia
Rohman Efendi
 
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di asBab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
aseojjhy
 
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di asBab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
aseojjhy
 
Revolusi Amerika
Revolusi AmerikaRevolusi Amerika
Revolusi Amerika
Talitha Lintang Pertiwi
 
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
MdReyzul Mustafa
 
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-STZ
 
All Revolution
All RevolutionAll Revolution
All Revolution
sma tarakanita1
 
Revolusi_Amerika.pptx
Revolusi_Amerika.pptxRevolusi_Amerika.pptx
Revolusi_Amerika.pptx
AuliaPutri369242
 
PPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdf
PPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdfPPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdf
PPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdf
MuhammadJuari
 
Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
rosalianaindah
 
revolusia_besar_di_dunia.pptx
revolusia_besar_di_dunia.pptxrevolusia_besar_di_dunia.pptx
revolusia_besar_di_dunia.pptx
Muriadi Suriyanto
 

Similar to Contoh Assignment Upah (20)

Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
 
Nasionalisme Filiphina
Nasionalisme FiliphinaNasionalisme Filiphina
Nasionalisme Filiphina
 
Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
 
Gerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme PhilipinaGerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme Philipina
 
Revolusi Amerika
Revolusi AmerikaRevolusi Amerika
Revolusi Amerika
 
Perang Saudara Amerika
Perang Saudara AmerikaPerang Saudara Amerika
Perang Saudara Amerika
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
 
revolusi amerika sejarah peminatan
revolusi amerika sejarah peminatanrevolusi amerika sejarah peminatan
revolusi amerika sejarah peminatan
 
Pergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaPergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asia
 
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di asBab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
 
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di asBab 9 kedtanagn org eropah di as
Bab 9 kedtanagn org eropah di as
 
Zalfiin
ZalfiinZalfiin
Zalfiin
 
Revolusi Amerika
Revolusi AmerikaRevolusi Amerika
Revolusi Amerika
 
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
 
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-
 
All Revolution
All RevolutionAll Revolution
All Revolution
 
Revolusi_Amerika.pptx
Revolusi_Amerika.pptxRevolusi_Amerika.pptx
Revolusi_Amerika.pptx
 
PPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdf
PPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdfPPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdf
PPT KELAS 11 (REVOLUSI BESAR DUNIA DAN PENGARUHNYA).pdf
 
Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
 
revolusia_besar_di_dunia.pptx
revolusia_besar_di_dunia.pptxrevolusia_besar_di_dunia.pptx
revolusia_besar_di_dunia.pptx
 

Contoh Assignment Upah

  • 1. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 1 Soalan 2: Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat bagi menguasai ekonomi dan pentadbiran Filipina sejak tahun 1898. 1.0 PENGENALAN Filipina merupakan tanah jajahan Sepanyol lebih kurang 300 tahun sebelum bergelar koloni Amerika Syarikat ekoran kekalahan Sepanyol dalam Perang Amerika-Sepanyol yang meletus di Cuba pada 24 April 1898 seterusnya merebak ke Filipina. Peperangan yang mengalahkan tentera laut Sepanyol di Teluk Manila pada 1 Mei 1898 menyebabkan bertukarnya status penjajahan Sepanyol ke atas Filipina kemudiannya digantikan dengan penjajahan Amerika Syarikat. Sepanyol terpaksa menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat dengan bayaran sebanyak AS$20.000,000 1 dalam Perjanjian Paris yang ditandatangani pada 10 Disember 1898. Apa yang menariknya di sini, sebagai pembaca saya ingin merungkai satu persoalan dari pembacaan saya sebelum ini di mana menyatakan Amerika Syarikat adalah sebuah Negara neutral yang menolak imperialisme dan kolonialisme pada ketika itu namun mengapa hal ini terjadi? Pada awalnya, Presiden Amerika Syarikat ketika itu McKinley tidak bercadang menjajah Filipina atau meletak Filipina sebagai koloni kerana hal ini bertentangan dengan prinsip atau tradisi Amerika Syarikat yang menentang penjajahan. Tindakan Amerika Syarikat yang menjajah Filipina adalah suatu tindakan yang amat ditentang oleh masyarakat Filipina. Usaha Amerika Syarikat menyebarkan idea Demokrasi serta bencikan penjajah kepada masyarakat Filipina pada zaman penjajahan Sepanyol amat bertentangan dengan konsep penjajahan yang dilakukan oleh mereka. Amerika Syarikat pada hakikatnya merupakan sebuah Negara yang baru sahaja mendapatkan kebebasan dari cengkaman penjajahan British pada tahun 1776. Oleh itu mereka sememangnya amat menentang konsep penjajahan dan giat menyebarkan idea liberal kepada masyarakat Filipina semasa pentadbiran Sepanyol di Filipina. Melalui usaha Amerika inilah, maka lahirnya idea nasionalisme yang lebih jelas serta usaha kearah berkerajaan sendiri oleh masyarakat Filipina yang selama ini langsung tidak pernah diimpikan oleh mereka.2 Sepanjang 333 tahun pentadbiran sepanyol di Filipina, tidak pernah wujud satu bayangan untuk mewujudkan pentadbiran berperlembagaan memandangkan Negara sepanyol sendiri mengamalkan sistem pentadbiran Monarki. Perkara ini disokong oleh kenyataan J.P. Ongkili yang menyatakan: 1 Mary-Ann Asico. (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City:National Centennial Commision, hlm. 236. 2 Nicholas Tarling, (1999) The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 256.
  • 2. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 2 “Sepanyol mengharapkan penanaman bibit Liberal di Filipina, namun Amerika yang bertindak menyebarkan perasaan ini dalam kalangan masyarakat Filipina dan memelihara sehingga benar- benar berakar umbi di kepulauan yang bertaburan itu”3 Namun terdapat satu faktor yang menjadi desakan atau penolak iaitu ancaman dari Jerman. Oleh sebab itu, presiden McKinley mengambil keputusan menjajah Filipina walaupun terdapat penentangan daripada Senat Amerika Syarikat. Situasi menjadi semakin huru-hara kerana terdapat implikasi daripada keputusan sebulat suara yang diambil oleh McKinley, jelas sekali penentangan daripada pihak yang dijajah. Antara sebab lain ialah Amerika Syarikat bercadang mencari tanah jajahan untuk menampung kerugian dalam perdangangan dan dalam erti kata lain Filipina adalah sebuah negara yang sesuai sebagai strategi ‘backup’ pihak Amerika. Selain itu, Filipina juga dijadikan tempat pasaran kerana Amerika Syarikat ingin melebarkan sayap mereka dalam pasaran rantau di Asia. Tercetusnya Perang Amerika-Filipina pada 1899-1913 ekoran penjajahan Amerika dan perang ini menelan belanja yang banyak bahkan menyebabkan kadar kematian yang tinggi berbanding Amerika-Sepanyol. Penentangan ke atas Amerika ini berterusan di bahagian selatan Filipina yang diketuai oleh orang Islam sehingga tahun 1913 namun pada awal tahun itu berlaku penangkapan Aguinaldo pada 23 Mac 1901 dan peristiwa ini boleh dikatakan melemahkan penentangan terhadap Amerika Syarikat. Seterusnya kita akan menelusuri apakah dasar dan strategi yang digunakan Amerika Syarikat untuk menguasai ekonomi dan pentadbiran Filipina. Penulis akan menceritakan dasar-dasar yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menguasai politik dan pentadbiran terlebih dahulu selepas itu barulah menerangkan mengenai dasar ekonomi kerana penulis percaya pokok pangkal sesuatu punca kejayaan imperialisme adalah menguasai politik dan sistem pentadbiran sesuatu kawasan dahulu barulah ekonomi akan menapak. 2.0 ISI-ISI PENTING: PENTADBIRAN 2.1 Tahap Awal Imperialisme : Perubahan Sistem Pemerintahan Bagaimana Amerika menguasai Filipina dengan pentadbiran dan politik? Untuk pengetahuan kita adalah diingatkan bahawa semasa pemerintahan Sepanyol di bumi Filipina, rakyat Filipina telah ditindas dan hak mereka dalam sistem pentadbiran juga dinafikan. Sepanyol telah 3 J.P. Ongkili, (1971). Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah Universiti Malaya, hlm. 117.
  • 3. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 3 membuat rombakan sistem pentadbiran di Filipina yang sebelum ini menggunakan sistem barangay (perkampungan) yang dipegang oleh golongan datu (Gilbert Khoo, Dorothy Lo,1977). kuasa datu-datu tersebut dirampasdan diberikan kepada pegawai-pegawai Sepanyol. Pemimpin tempatan telah kehilangan kuasa maka berakhirlah sistem barangay. Oleh sebab itu, pihak Amerika melancarkan strategi pemerintahan berdasarkan sistem demokrasi untuk menarik minat rakyat dan pemimpin Filipina. Amerika memperkenalkan fahaman demokrasi, dimana setiap manusia mempunyai kedudukan yang setara dari segi undang-undang tanpa mengira jawatan, bangsa dan juga warna kulit. Amerika juga menegaskan manusia mempunyai hak yang tidak boleh dicantas iaitu hak untuk hidup. Fahaman ini diperkenalkan oleh Abraham Lincoln “pemerintahan rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat” (Zaide, G.F. 1972). Bermula dari episod demokrasi ini, bermulalah pandangan baru dalam undang-undang yang memelihara kedaulatan rakyat, kebebasan beragama dan juga bersuara. Rakyat Filipina yang ternyata menyokong fahaman ini kerana ditindas terlalu lama maka mereka mula bangkit menuntut hak-hak mereka dan berani memecah tembok penghadang yang didirikan oleh Sepanyol. Namun, setiap perjalanan menuju kearah demokrasi ternyata bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum memasuki tahap kedua imperialisme, Amerika terlihat masih tercari- cari arah tujuan sistem pemerintahan yang akan dicorakkan oleh mereka di bumi Filipina. Metod pertama yang paling penting dalam taktik politik setiap kuasa besar ialah mengadakan pakatan untuk mencapai persetujuan. Pakatan Kerjasama Aguinaldo dengan Amerika Syarikat Aguinaldo diyakinkan dengan kata-kata Dewey dan Pratt yang menjanjikan kemerdekaan untuk Filipina namun kepercayaan Aguinaldo mendapat tentangan daripada pemimpin- pemimpin Filipina yang lain di Hong Kong. Junta Hong Kong mengesyaki dan mengatakan bahawa Amerika Syarikat adalah new appressor kepada Filipina. Namun tidak bagi Aguinaldo yang hanya menganggap Amerika sebagai pelindung tanpa ada apa-apa kepentingan (disinterested protector). Namun, persetujuan dan kerelaan Aguinaldo sebenarnya mempunyai alasan tersendiri. Impian dan harapan Aguinaldo sejak dari awal lagi ialah menjadi Presiden Filipina dan beliau khuatir jawatan itu akan jatuh ke tangan orang lain maka pakatan dengan Amerika Syarikat adalah batu loncatan untuknya naik ke peringkat yang lebih tinggi. Serba sedikit, penulis akan menceritakan perjalanan dan proses pakatan kerjasama antara Agunaldo dan Amerika Syarikat. Pada 7 April 1898, Aguinaldo telah mengadakan perjumaan dengan Konsul Amerika yang sedang berkhidmat di Singapura iaitu E. Spencer Pratt. Spencer
  • 4. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 4 menasihati Agunaldo pulang ke Hong Kong untuk menyusun strategi dengan Amerika Syarikat. Semangat Aguinaldo yang berkobar-kobar ingin pulang menyelamatkan Filipina membuatkan beliau tidak berasa curiga setiap cadangan dan tindak-tanduk dari Amerika Syarikat di mana beliau hanya menurut dan bersetuju sahaja. Sebuah fakta yang menarik di sini ialah, pihak Amerika hanyalah memperalatkan Aguinaldo untuk memenangi hati rakyat tempatan. Dalam peperangan antara Amerika-Sepanyol yang diimpikan Aguinaldo sebenarnya hanyalah helah antara dua kuasa besar itu. Ini kerana peperangan yang berlaku pada awalnya dilihat seperti tiada penghujungnya malah tentera Sepanyol di bawah pimpinan Gabenor Augustine tidak menunjukkan tanda untuk menyerah kalah maka Dewey mengusulkan perdamaian dan mengadakan satu peperangan palsu dan selepas itu Sepanyol akan menyerah diri. Perang palsu tersebut tamat pada 13 Ogos 1898 dan hasilnya Manila dikuasai oleh Amerika. Pakatan antara dua kuasa Barat itu menyebabkan harapan Aguinaldo musnah dan hasrat menubuhkan kerajaan yang dihajati beliau terkubur begitu sahaja. Menukar Rancangan Penubuhan Kerajaan Republik kepada Kerajaan Diktator Rancangan Amerika masih tidak diketahui oleh Aguinaldo dan demi mencapai matlamatnya beliau telah menyediakan draf perlembagaan kerajaan republik. Namun, Konsul Wildman menasihati Agunaldo untuk menangguhkan perancangan kerajaan republik sebaliknya membentuk rejim diktator sebagai nukleus kepada pembinaan empayar republik. Aguinaldo sekali lagi termakan nasihat pihak Amerika dan mengenepikan draf awalnya tentang kerajaan republik lalu pada 24 Mei 1898, Aguinaldo menyuarakan untuk menubuhkan rejim diktator.4 Alasan beliau bersetuju dengan cadangan Amerika memandangkan pihak Sepanyol masih berpengaruh di wilayah-wilayah Filipina. 5 Mengikutnya lagi, beliau terpaksa menubuhkan rejim diktator untuk meraih kuasa mutlak bagi mengawal orang awam dan tentera. Seluruh wilayah dan rakyat Filipina akan berada di bawah kuasanya.6 Kenyataannya, pihak Amerika menggunakan hal ini untuk kepentingan diri mereka. Objektif di sebalik pembentukan rejim diktator ini adalah atas merealisasikan pemusatan semua kuasa awam dan tentera di bawah seorang ketua maka kerajaan diktator adalah hakikat kepada semua ini. Namun bagi Aguinaldo , beliau berjaya membuktikan kerajaan diktator yang dibentuk 4 Teodoro A. Agoncillo, Malolos: The Crisis of The Republic, Quezon City:University of Philipines, 1960 hlm. 225. 5 Alejandro M. Fernandez, The Philipines and The United States, The Forging of New Relations, Quezon City: NSBD-UP Integrated Research Programme, 1997, hlm. 23. 6 Pengumuman kerajaan Diktator sebagai kaedah untukAgunaildo mengakhiri kerajaan Republik Biak Na Bato yang telah dibentuk sebelumini yang hanya berjalan selama satu bulan.
  • 5. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 5 hanyalah sebagai pemula kepada proses pembentukan kerajaan republik. Ini dapat dibuktikan dalam penyusunan sistem pentadbiran yang membahagikan kerajaan pusat dan wilayah (kerajaan tempatan). aguinaldo sangat mementingkan peranan kerajaan tempatan dalam membentuk sebuah perbandaran yang mapan. Tindakan Aguinaldo dapat dilihat di setiap peringkat kerajaan tempatan, jawatan ketua bandar diwujudkan serta ketua provinsi dan seterusnya seorang wakil untuk kongres. Disini kita dapat lihat, Aguinaldo menerapkan konsep republik yang menekankan penglibatan rakyat. 2.2 Tahap Dua Imperialisme : Rang Undang-Undang untuk Filipina Pihak imperialis Amerika mula sedar di mana mereka tidak sepatutnya menghapuskan impian dan keinginan rakyat Filipina untuk mencapai kemerdekaan, oleh itu Amerika Syarikat telah menjalankan beberapa langkah permulaan dan persediaan untuk menganugerahkan mohor kemerdekaan kepada masyarakat Filipina. Pihak Amerika merasakan sebelum pemberian kemerdekaan diberikan, Filipina perlu melalui latihan dan pengetahuan yang cukup untuk berlari kearah berkerajaan sendiri. Situasi ini dapat dibuktikan dengan penyataan MacKinley semasa memulakan tugasnya di Filipina: “Filipina adalah kepunyaan kita, bukannya untuk diperas, tetapi adalah untuk dimajukan, ditamadunkan, diberi pelajaran untuk dilatih kearah berkerajaan sendiri…menegakkan kebebasan, undang-undang dan kerajaan yang sempurna di Filipina”7 Bagi memastikan kenyataan tersebut berjaya, pemimpin-pemimpin Amerika yang terlibat dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Filipina telah melancarkan beberapa strategi iaitu memperkenalkan beberapa rang undang-undang. Antara rang undang-undang yang dimaksudkan ialah Rang Undang-undang Filipina atau ‘Akta Cooper’. 2.2.1 Akta Cooper Pada tahun 1902, pihak pemimpin Filipina telah meluluskan Akta Cooper. Pelaksanaan hak asasi kepada rakyat Filipina akan dilancarkan melalui pendirian akta ini. Akta Rang Undang- undang Filipina mempunyai dua ciri utama iaitu pembentukan perhimpunan Filipina yang pertama manakala yang kedua ialah memilih dua orang wakil Pesuruhjaya Tinggi ke Kongres Amerika Syarikat8. Antara tanggungjawab wakil Filipina ini ialah menuntut kemerdekaan dan 7 Usha Mahajani, (1971). Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response, 1565-1946, University of Queensland Press., hlm. 225. 8 L. Primo Tongko, The Governmentof the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965, hlm. 38.
  • 6. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 6 perwakilan Filipina ini mempunyai hak kuasa yang sama dengan perwakilan Amerika, kecuali dari segi pengundian. Rakyat Filipina diberikan kebebasan dan hak sama rata (Bill of Right) dengan bangsa imperialis di dalam kesemua aspek melalui penubuhan akta Cooper ini sebagai contoh, hak dalam melibatkan diri dalam politik. Rakyat Filipina bebas dalam memilih parti politik, memilih perwakilan yang digemari mereka melalui pilihanraya dan proses yang seterusnya adalah membentuk Majlis perhimpunan. Secara tuntasnya sememangnya akta ini telah memberikan kebebasan yang mutlak terhadap masyarakat Filipina dalam berpolitik dan kebebasan yang dimiliki ini seterusnya dapat digunakan untuk melatih mereka kearah berkerajaan sendiri. Keistimewaan akta ini dalam memberikan kebebasan berpolitik dan menyuarakan pandangan masyarakat Filipina dapat dibuktikan melalui kenyataan Zaide; “…. Mewujudkan semula keamanan yang hakiki di Filipina, mengambil dan menerbitkan satu banci, dua orang Suruhanjaya Filipina akan dihantar ke Washington untuk mewakilidalam Kongres dan memelihara bahan-bahan semulajadi Filipina bagi orang Filipina”9 Hak Berpolitik Dibenarkan, Pilihanraya 1907 dan Penubuhan Dewan Perhimpunan Antara alasan lain Filipina mudah dikuasai oleh Amerika ialah hak berpolitik diberikan kepada rakyat Filipina selepas kedatangan Amerika. Selepas pelaksanaan Akta Cooper penduduk Filipina mula menubuhkan parti politik sendiri dan bijak dalam memilih calon pilihan mereka dalam pilihanraya. Semangat menuntut kemerdekaan membuatkan masyarakat Filipina mewujudkan sebuah perhimpunan yang dianggotai oleh bangsa Filipina sendiri untuk mentadbir Majlis Negeri. Situasi ini mendorong kepada berlakunya pilihanraya pada 30 Julai 1907 diberi nama Pilihanraya Kebangsaan. Dua parti politik yang menyertai pilihanraya ini ialah Parti Nacional Progresista dan Parti Nasionalista.10 Sebanyak 80 kerusi diperuntukkan semasa Pilihanraya Kebangsaan dan seramai 98, 251 rakyat Filipina mengundi dan jumlah ini kurang 6,745 dari jumlah pengundi berdaftar11 yang sebenar. Perhimpunan telah diadakan buat pertama kalinya di Grand Opera House di Mnaila pada 16 Oktober 1907 setelah Pilihanraya tersebut selesai. 9 G.F., Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 417. 10 Parti Nacionalista merupakan gabungan dua kumpulan Nasionalis iaitu Partido Union Nacionalista dan Partido Independentista. Manakala Parti Progresista yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Federalista adalah parti pro-Amerika sebelum pilihan raya tahun 1907. Parti ini telah mengubah ideologinya menjadi pro-rakyat Filipina, dengan mendesak supaya wujudnyakerajaan yang mengamalkan demokrasi bebas. 11 Golongan yang layak mengundi adalah lelaki yang berumur sekurang-kurangnya 23 tahun dan ke atas.
  • 7. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 7 Kewujudan perhimpunan ini menjadi penanda aras yang membuka jalan kepada Filipina dalam menentukan corak pemerintahan Negara mereka sendiri pada masa hadapan. 2.2.2 Akta Jones Philipines Autonomy atau nama lainnya Akta Jones diluluskan pada Ogos 1916. Akta ini menyokong usaha Filipina meraih kemerdekaan dan menjalankan pentadbiran sendiri dan penyataan Tongko seperti mengesahkan hal ini berbunyi; “undang-undang Jones tahun 1916 memberi kesan kepada hubungan Filipina-Amerika kerana di dalam akta ini Amerika telah berjanji untuk menyerahkan kembali kemerdekaan kepada masyarakat Filipina apabila keadaan mulai stabil.”12 Masyarakat Filipina mendapat hak kesamarataan dalam pelbagai aspek penting sesebuah negara seperti undang-undang, kedaulatan, hak bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan berakhbar sepertimana yang diamalkan pihak penjajah. Buktinya, unsur Demokrasi diserap masuk ke dalam akta ini seperti konsep pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat. Selain itu, sistem perlembagaan juga diperluaskandan majlis perundangan dbesarkan. Malah, terdapat pengambilalihan tugas-tugas penting seperti Senat Filipina mengambil alih tanggungjawab yang selama ini menjadi kewajipan ‘Philipines Commission’ dan Dewan Rakyat menggantikan tugas Dewan Perhimpunan Filipina. Anggota Dewan Rakyat telah dipilih dan dilantik melalui suara rakyat dan tempoh melaksana dan memegang jawatan kekal selama tiga tahun. 2.2.3 Perubahan Dasar Pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina Menjelang tahun 1920-an segala dasar dan fahaman liberal yang diberikan oleh pihak Amerika Syarikat terhenti begitu sahaja ini adalah kerana pemimpin utama Amerika telah berubah iaitu pucuk pimpinan Amerika bertukar tangan kepada Parti Republican. Situasi ini menyebabkan berlaku perubahan dalam dasar penjajahan dan ini telah mengancam kuasa Gabenor Jeneral di Filipina. Akibatnya, cerita dan cita Filipina untuk mencapai kemerdekaan telah terbantut. Kesannya berlaku sedikit perubahan terhadap suasana politik pihak Amerika terdahulu di Filipina iaitu kebebasan berpolitik di Filipina ditarik balik. Disamping itu, Amerika juga bertindak memecah dan merombak semula sistem pentadbiran yang telah dikukuhkan semasa zaman Harrison. Pada Mac 1921, Utusan Wood-Forbes (Jeneral Leonard Wood dan Jeneral W. Cameron Forbes)dihantar oleh presiden baru Amerika, Warren Harding yang menyatakan 12 L. Primo Tongko, The Governmentof the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon City,1965 hlm. 42.
  • 8. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 8 bahawa bangsa Filipina masih belum bersedia mentadbir Negara kearah berkerajaan sendiri. Pada awal tahun 1920-1n, Presiden Wilson sendiri menyatakan bahawa Filipina sudah berjaya mentadbir kerajaan namun usaha kearah kemerdekaan terpaksa dibatlkan kerana beliau diambang kejatuhan.13 2.2.4 Rang Undang-Undang Hare Hawes Cutting Pada tahun 1930-an, sekembalinya Parti Demokrat ke arena politik dan pentadbiran di Amerika kembali membuka peluang dan sekali lagi rakyat Filipina menyimpan harapan untuk menuntut semula kemerdekaan tertangguh mereka. Usaha menuntut kemerdekaan dibangunkan dan digiatkan semula antaranya kunjungan atau delegasi14 Osmena dan Roxas ke Washington pada tahun 1931. Kunjungan ini nampaknya tidak sia-sia, hasilnya suatu rang undang-undang diluluskan pada tahun 1932 dikenali sebagai Hare-Hewes Cutting. Akta ini berlainan dari akta-akta sebelumnya kerana merupakan undang-undang pertama yang berjaya menetapkan tarikh kemerdekaan yang jelas untuk Filipina. Namun disebalik undang- undang ini diluluskan kerana pihak Amerika terpaksa akibat tekanan daripada dua belah pihak. Pihak pertama ialah kumpulan petani Amerika yang khuatir dari perasaan takut wujudnya persaingan dalam perusahaan gula dan minyak kelapa Filipina, tambahan lagi pada waktu itu adalah zaman Kemelesetan Ekonomi yang agak global skalanya. Tekanan dari pihak kedua semestinya desakan dari pihak Filipina yang tidak sabar untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Maka Amerika tiada pilihan lain lalu Dewan Negara meluluskan Akta Hare-Hewes Cutting 13 Palma Rafael, Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921. Manila : Bureau of Printing, 1923, hlm. 43. 14 J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur :Jurnal Sejarah UniversitiMalaya, 1971, hlm. 119.
  • 9. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 9 pada Disember 1932 dan pelaksanaannya pada 17 Januari 1933. Namun berlaku perselisihan pendapat yang menyebabkan akta ini telah ditolak dan gagal dilaksanakan. 2.2.5 Akta Tyding McDuffie Setelah Akta Hare Hawes Cutting menemui jalan buntu, Quezon telah mendesak dan memujuk Kongres mengizinkan satu tindakan baharu diambil untuk merealisasikan kemerdekaan Filipina.15 Ternyata usaha Quezon membuahkan hasil, lahirnya akta baru diberi nama Akta Tydings-Mcduffie telah ditandatangani oleh Presiden Roosevelt dan akta ini telah diterima oleh Dewan Undangan Filipina. Amerika berjanji akan menganugerahkan kemerdekaan sepenuhnya kepada Filipina dalam tahun 1946 disamping itu, Amerika turut menjanjikan Komanwel Filipina akan ditubuhkan pada 4 Julai 1936.16 Seterusnya, terdapat Penggubalan Perlembagaan Filipina pada 30 Julai 1934 dan seramai 202 orang wakil telah terpilih dalam konvensyen perlembagaan itu. Presiden Franklin D.Roosevelt telah menandatangani perlembagaan ini bagi pihak Amerika Syarikat. Hasilnya, akta ini menjadi sebab pemula pemerintahan Komanwel pada 15 November 1935 dan telah digunapakai selama 10 tahun.17 3.0 DASAR EKONOMI Seperti kita tahu, tujuan utama pihak penjajah semestinya ingin menguasai ekonomi negara yang ditakluknya tidak terkecuali pihak Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga mempunyai keinginan yang sama dengan pihak imperialis yang lain iaitu menuntut komoditi eksport. Maka oleh sebab itulah, Amerika Syarikat bersungguh sungguh memonopoli politik secara rasmi di Filipina dan ini memudahkan syarikat-syarikat besar mereka merebut penghasilan komoditi yang dikehendaki. Bagi pendapat saya, walaupun imperialis ini menggunakan pelbagai cara dan strategi dalam memenangi impian mereka namun tidak salah untuk kita katakan perbuatan imperialis telah berjaya mengubah corak ekonomi di Asia Tenggara. Keadaan ini boleh dilihat sebagai satu pencapaian jika cara dan taktik kotor golongan imperialis ditolak tepi. Untuk pengetahuan umum, pihak imperialis bukan sahaja terlibat dalam perdangangan semata-mata malah mereka terlibat dalam perladangan, perlombongan, industri pembuatan dan pemprosesan tempatan dan lain-lain. Ini menunjukkan pihak imperialis tidak terlibat dan terhad peranan mereka namun skop yang difokus lebih luas. 15 Jennifer Conroy Franco,Election and Democratization in the Philippines. New York: Taylor & Francis Group, 2001, hlm. 52. 16 Daniel George Edward Hall, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 939-940. 17 J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. (Jurnal Sejarah Universiti Malaya), hlm. 120
  • 10. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 10 Organisasi-organisasi Barat mula menjinakkan diri dan mengambil alih aktiviti perlombongan dan kegiatan ini boleh dikatakan suatu yang sudah lama dilaksanakan oleh negara-negara Asia Tenggara. Sebelum ini, lapisan galian dan lombong dikerjakan oleh orang tempatan atau imigran Cina namun teknologi Barat yang ternyata mempunyai modal yang tinggi telah menukar pekerjaan tradisional dan berjaya meningkatkan output pengeluaran pada tahap yang memuaskan. Sebagai contoh, di Filipina, emas adalah sumber semulajadi yang dikeluarkan dari bumi Asia Tenggara dan ini mendatangkan keuntungan untuk imperialis. Filipina menumpukan sepenuhnya kepada tanaman tembakau, tebu dan juga hem. Kita dapat lihat, pembangunan pertanian komersial sangat menonjol jika dibandingkan dengan kegiatan yang lain. Pihak Barat mengeksport tumbuh-tumbuhan yang asli dan diperkenalkan di luar. Tumbuh-tumbuhan ini dieksport dengan kaedah yang terancang dan saintifik. Pihak Barat menumpukan perhatian kepada pembukaan ladang untuk tujuan pertanian dan majoritinya ladang-ladang yang dibuka berfokuskan kepada hanya satu jenis tumbuhan sahaja. Namun penglibatan dalam sistem pertanian komersial ini mengheret para petani dalam kancah pasaran antarabangsa yang ada turun dan naik. Didapati pada tahun 1930-an tempoh Kemelesetan Ekonomi, kaum petani yang terlibat dalam pertanian komersial terpaksa menghadapi kesengsaraan. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan uang mencukupi dan mereka tidak dapat mencanggihkan corak pengeluaran. Walaupun zaman itu faktor penolak untuk meningkatkan pengeluaran sentiasa wujud namun mereka tidak mempunyai wang untuk membeli peralatan yang moden. Natijahnya, mereka gagal dalam menaikkan taraf hidup mereka. Semasa menguasai wilayah Filipina, pihak imperialis iaitu Amerika Syarikat mula mengubah corak pemerintahan di Filipina termasuk mencampur tangan dalam hal ekonomi negara itu. Seperti kita tahu Filipina menjalankan ekonomi sara diri seterusnya secara perladangan ketika tampuk pemerintahan Sepanyol namun kedatangan Amerika telah mengubah secara total sektor ekonomi negara itu. Kita boleh melihat perjalanan dasar ekonomi Amerika di bumi Filipina secara berperingkat; Secara ringkasnya, dalam Rang Undang tahun 1902 telah memutuskan dan mengdeklarasikan bahawa semua tanah awam dan sumber semulajadi di bumi Filipina adalah hak dan faedah kepada penduduk Filipina (the benefit of the inhabitants).18 penyataan penting ini dijelaskan 18 Rang undang-undang Filipina diputuskan pada tahun 1902.
  • 11. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 11 dan termaktub di dalam akta undang-undang Jones 1916 dan juga Akta Tydings-Duffie pada tahun 1934. Selain itu, William H.Taft iaitu Gabenor Jeneral Amerika yang pertama juga menguatkan penyataan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berbunyi “Filipina adalah untuk rakyat Filipina”. Beliau turut menambah bahawa pihak bertanggungjawab perlu menjaga dan berkhidmat untuk kepentingan nasional negara-negara bersatu dan menolak keras perbuatan membuat dasar sendiri sewenang-wenangnya. Selain itu, Amerika menekankan dasar kesemakmuran Filipina sebagai salah satu koloni Amerika seperti; peningkatan populasi penduduk, Dasar Tanah Baru, peningkatan dalam bidang pertanian, perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, menceburi bidang perniagaan, bidang perindustrian, peningkatan dalam sistem pengangkutan dan komunikasi, penambahbaikan belanjawan kerajaan, pembukaan Bank-Bank baru dan penyertaan anggota kerajaan dalam perjumpaan atau perhimpunan peringkat antarabangsa. Cara-cara Amerika Menguasai Ekonomi Filipina: A. Populasi Penduduk Di dalam jadual jelas menunjukkan terdapat peningkatan populasi secara tiga kali ganda dari tahun 1898 sehinggalah tahun 1939. Pada zaman Komanwel Filipina menyaksikan ramai imiran terdiri daripada kumpulan tentera yang sudah bersara. Kumpulan ini adalah antara bangsa Amerika pertama yang menjadi penduduk Filipina. Selain itu, kumpulan tentera Afrika-
  • 12. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 12 Amerika dan juga bekas sukarelawan dari negara-negara Barat turut berpindah ke Filipina.19 Faktor seterusnya ialah Akta Pendidikan 1901 yang menggalakkan kerajaan kolonial untuk merekrut tenaga pengajar dari Amerika dan ini menyebabkan pertumbuhan populasi penduduk di Filipina. Menjelang tahun 1913, seramai 1400 orang mestizo dari keturunan dan campuran Amerika, hasil daripada 8,000 bangsa Amerika yang bermastautin di Filipina. 20 Secara ringkasnya, peningkatan populasi berpunca daripada perpindahan rakyat Amerika. Menjelang awal 20-an, Amerika-Filipina yang dilahirkan di Amerika Syarikat mula berimigrasi ke Filipina semula. Golongan ini digelar ‘baliktad’ iaitu undur dan pulang ke tempat asal-usul.21 B. Polisi Tanah Baru Terdapat tiga cara pihak Amerika merancang bagi menaiktaraf pemilikan Dasar Tanah Baru di Filipina. Pertama, pembelian semula tanah-tanah privasi (Friar Lands) di bawah jagaan gereja Katolik sejak zaman pemerintahan Sepanyol. Kedua ialah Homestead Act tahun 1924 yang memberi kebenaran kepada rakyat Filipina memiliki sebanyak 24 hektar tanah awam setiap seorang. Isu yang ketiga ialah, semua tanah perlu berdaftar di bawah polisi baru dan pemilik atau tuan tanah tersebut diselia di bawah sistem Torrens.22 19 Nicholas Trajano Molnar (1 June 2017). American Mestizos, The Philippines, and the Malleability of Race: 1898-1961. University of MissouriPress. hlm. 20–21. ISBN 978-0-8262-7388-8. 20 Ibid, hlm. 36-37. 21 Kutschera, P.C.; Caputi, Marie A. (October 2012). "The Case for Categorization of Military Filipino Amerasians as Diaspora" (PDF) 22 Sistem Torens adalah satu sistem yang mengendalikan mengenai pendaftaran harta tanah. Sistem ini juga memudahkan kelansungan penjualan harta tanah antara pembeli dan penjual. Malah sistem ini juga menyemak latar belakang tuan tanah dan mengesahkan tuan tanah adalah pemilik tanah yang sebenarnya bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku. Penjualan dan proses pemindahan selesai setelah pendaftar/penjual menyalin nama pembeli di dalam sistem Torens ini. Selain itu, butiran yang didaftar dalam sistem ini memudahkan urusan lain sepertigadai janji, easement (memberi hak kepada orang lain untuk menggunakan tanah dengan bayaran) dan pertukaran hak milik tanah. Rujuk Torrens title. BusinessDictionary.com. WebFinance, Inc. http://www.businessdictionary.com/definition/Torrens-title.html(accessed: November 04, 2018)
  • 13. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 13 Polisi Friars Land dan Pendaftaran Tanah Usaha kerajaan yang seterusnya menamakan semula hak milik penama tanah di bawah Taft Commision ini adalah kerana semasa zaman pemerintahan Sepanyol, tanah-tanah awam dikuasai oleh pihak gereja jadi keadaan ini menyebabkan lambakan tanah tanpa nama kerana tidak wujudnya hitam putih seperti bukti atau dokumen yang mengesahkan siapakah pemilik ‘Friars Land’ itu. Tambahan lagi, sebarang dokumen atau hitam putih telah musnah pada zaman peperangan menjelang zaman ketidakstabilan politik. Kesannya, ramai pemilik tanah mula mengaku tanah-tanah awam itu kepunyaan mereka jadi ini membuatkan pihak Amerika gusar kelemahan sistem informal ini akan berkembang dan tuan-tuan tanah bermaharajalela. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak Amerika telah meluluskan rang undang-undang di bawah Pendaftaran Akta Tanah 1903. Jabatan yang menguruskan akta pendaftaran tanah diletakkan di bawah tanggungjawab pendaftar yang digelar Sistem Torrens dan tujuan Amerika adalah untuk memusatkan pendaftaran tanah secara selaras. Melalui sistem Torrens ini pembeli dan tuan tanah mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan akan mengelakkan hal-hal penipuan melibatkan tanah. Sistem baru ini diselia di bawah Mahkamah Pendaftaran Tanah dan juga menyediakan satu peruntukan dana sebagai jaminan jika pemilik tanah kehilangan tanah mereka. Sistem Torrens yang diselia di bawah mahkamah ini dikatakan satu sistem yang telus kerana pihak mahkamah akan menyelidik bagi mengelakkan sebarang keraguan dan fraud.
  • 14. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 14 C. Perdagangan Bebas dengan Amerika Selain itu, Amerika juga menggalakkan perdagangan bebas antara Filipina dengan Amerika dan dilaksanakan di bawah Akta Payne-Aldrich 1909. Namun terdapat beberapa golongan yang menolak perdagangan dengan Amerika kerana barangan Amerika yang diimport ke dalam Filipina tiada sekatan kouta dan sebaliknya. Sebagai contoh pemilik tanaman tembakau dan gula yang menolak sistem ini kerana beras adalah salah satu barangan yang terkecuali dari perdagangan bebas manakala barangan lain yang dieksport ke Amerika dikenakan sekatan dan dihadkan kemasukannya. Pada tahun 1899 barangan Amerika yang diimport ke Filipina meliputi tujuh peratus sahaja namun melonjak sehingga 66% pada tahun 1934 kesan tiada tariff dan sekatan kuota dikenakan. Barangan yang diimport ialah alat-alat pertanian, rokok, daging, produk tenusu dan kain. Pengeksportan dari Filipina juga meningkat dari 26% pada tahun 1899 dan meningkat kepada 84% pada tahun 1934. Filipina pula mengeksport sumber semulajadi seperti Manila hem, tembakau, gula dan kelapa. Perdagangan bebas yang semakin dikenali menyebabkan ramai pelabur dari Amerika masuk ke Filipina bagi tujuan pelaburan. Kebanyakannya mereka mula menguasai kilang-kilang gandum, kertas dan juga kilang minyak. D. Bidang pertanian , perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan komunikasi Usaha pihak Amerika yang seterusnya adalah menghidupkan semula sektor pertanian di Filipina disamping menggunapakai sumber semulajadi yang wujud di bumi Filipina. Amerika menubuhkan satu akta bagi menguruskan hal-hal agrikultur supaya lebih sistematik dan teratur. Hal-hal pertanian diletakkan di bawah Biro Agrikultur (1902). Pada tahun 1903, Kongres Amerika memberi $3 juta sebagai dana kecemasan bagi mengimport beras dan kerbau (carabao) yang akan digunakan sebagai alat pertanian contohnya di ladang-ladang tebu di negara Asia lain. Usaha Amerika yang seterusnya ialah memperkenalkan alatan pertanian yang moden kepada Filipina dan hal ini berjaya mempertingkatkan hasil output yang lumayan.
  • 15. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 15 Seterusnya, usaha lain yang dibawa oleh Amerika bagi menguasai ekonomi di Filipina dengan menubuhkan bank-bank baru di luar bandar. Objektifnya adalah untuk membawa perkhidmatan perbankan ke kawasan luar bandar dan menggalakkan penduduk lebih bijak mengurus wang simpanan. Pada 24 Mei 1906, Akta No. 1493 diluluskan mewujudkan Bank Simpanan Pos ("Postbank") sebagai bahagian Biro Pos. Namun, operasi perbankan Post bank ini terganggu semasa pendudukan Jepun pada tahun 1940an berikutan pecahan sistem perbankan akibat perang dan berlakunya inflasi yang mengakibatkan pihak Jepun memperkenalkan wang cetak mereka yang bermotifkan pokok pisang dan digunakan sebagai medium pembayaran ketika itu. 4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapat disimpulkan terdapat kesan positif dan juga sebaliknya dalam perjalanan Amerika meluaskan kuasa imperialisnya di Filipina. Penduduk Filipina mengalami transformasi ekoran penjajahan Amerika dalam bidang pentadbiran dan juga bidang ekonomi. Perubahan paling ketara dapat dilihat dalam sistem pentadbiran iaitu sistem Republik yang boleh dikatakan diadaptasi seakan sama dengan sistem pemerintahan Amerika yang ternyata kekal sehingga hari ini. Walaupun, pihak Amerika banyak memperalatkan pemimpin Filipina, tetapi jika dilihat dari pandangan masa hadapan , perkara ini ternyata menjadi faktor penolak untuk Filipina lebih maju dan bersedia dalam berkerajaan sendiri. Secara tidak langsung, Filipina belajar terus bangun dan tidak mengalah walaupun sering dipergunakan oleh kuasa
  • 16. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 16 imperialis Barat. Sebagai contoh, Akta Cooper dilihat menghadirkan dan memberikan sebuah erti dan harapan yang besar kepada rakyat Filipina kerana akta ini memberi peluang dan menyedarkan mereka betapa pentingnya hak asasi seorang rakyat di bumi sendiri. Pada waktu itu juga telah muncul parti-parti politik menuntut kemerdekaan dan ini adalah satu perkembangan politik yang sihat. Rakyat Filipina bersatu padu dalam menyelamatkan negara mereka dari cengkaman kuasa luar. Tegasnya, bangsa Filipina telah melangkah ke arah persediaan berkerajaan sendiri dan sebagai iktibar, sikap Aguinaldo yang tidak pernah lelah dalam memperjuangkan semangat bangsa demi melepaskan negaranya dari kepompong anasir Barat perlu diingati. 5.0 BIBLIOGRAFI
  • 17. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 17  Alejandro M. Fernandez, The Philipines and The United States, The Forging of New Relations, Quezon City: NSBD-UP Integrated Research Programme, 1997.  Daniel George Edward Hall, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971.  F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.  Jennifer Conroy Franco, Election and Democratization in the Philippines, New York: Taylor & Francis Group, 2001.  J.P. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan, Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah Universiti Malaya, 1971.  Kutschera, P.C.; Caputi, Marie A. (October 2012). "The Case for Categorization of Military Filipino Amerasians as Diaspora" (PDF)  L. Primo Tongko, The Government of the Filippines,. Quezon: Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965.  Mary-Ann Asico, 100 Events that Shaped the Philippines, Quezon City: National Centennial Commision,1999.  Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press, 1999.  Nicholas Trajano Molnar (1 June 2017). American Mestizos, The Philippines, and the Malleability of Race: 1898-1961. University of Missouri Press. hlm. 20–21. ISBN 978-0- 8262-7388-8.  Palma Rafael, Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921. Manila : Bureau of Printing, 1923.  Teodoro A. Agoncillo, Malolos: The Crisis of The Republic, Quezon City: University of Philipines, 1960.  Usha Mahajani, Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response, 1565-1946, University of Queensland Press., 1971.
  • 18. JMS 214 SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN 18