SlideShare a Scribd company logo
LATAR BELAKANG
DBP ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956 hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada tahun 1956. DBP mula
beroperasi pada bulan Oktober 1956, iaitu di tengah-tengah suasana dan semangat menyambut kemerdekaan tanah air. Dari situlah, DBP mengatur
langkah pertamanya untuk menjalankan tugasnya yang amat penting, iaitu mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa
rasmi negara yang akan merdeka.
2. PENUBUHAN DBP
Objektif DBP yang tercatat dalam Akta 213, Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti berikut:
2.1 Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
2.2 Memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
2.3 Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
2.4 Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
2.5 Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
2.6 Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang
berkuat kuasa.
3. MASALAH YANG TIMBUL DI DBP
3.1 PENSWASTAAN
3.1.1 DBP telah menswastakan lima (5) bahagian iaitu Bahagian Perniagaan, Bahagian Percetakan, Bahagian Pracetak, Bahagian Reka Bentuk dan Bahagian
Stor pada 1 September 2002 sehingga tahun 2014 secara konsesi kepada syarikat DAWAMA Sdn. Bhd. (Dawama).
3.1.2 Sejak penswastaannya, iaitu mulai tahun 2002, DBP telah kerugian di antara RM20 hingga RM40 juta setiap tahun. Sebab utama kerugian adalah
kerana formula pengagihan hasil pendapatan penjualan buku umum dan majalah yang tempang, iaitu nisbah 20:80. Di bawah formula tersebut, DBP
mendapat 20 peratus sementara Dawama pula mengaut sebanyak 80 peratus daripada hasil jualan bukan buku teks. Manakala dari hasil jualan buku teks
sekolah pula, formula pengagihan pendapatan persetujui ialah DBP mendapat bayaran 30 peratus dan Dawama sebanyak 70 peratus. Sebagaimana
terkandung dalam Laporan Tahunan DBP, kerugian DBP adalah seperti berikut:
2001 (RM17 juta)
2002 (RM8 juta)
2003 (RM23 juta)
2004 (RM22 juta)
2005 (RM16 juta)
2006 (RM16 juta)
2008 (RM7 juta)
Sebelum penswastaan dilakukan, DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun.
3.1.3 Buku-buku umum, ilmiah dan majalah-majalah kurang di pasaran dan tidak terjual kerana tidak ada kesungguhan untuk menyebarluaskannya dan
kurangnya promosi yang sepatutnya dilakukan Dawama. Dalam konteks strategi pemasaran ini, Dawama bukan saja kurang mengedarkan buku-buku
umum, ilmiah dan majalah-majalah di sekitar Lembah Kelang tetapi juga di seluruh negara.
3.1.4 DAWAMA lebih menumpukan usahanya dalam penerbitan buku-buku teks sekolah. Pendekatan ini tidaklah pelik kerana strategi ini menguntungkan
jika dibandingkan dengan usaha mencetak buku-buku umum, ilmiah dan majalah. Akibatnya buku umum, ilmiah dan majalah menjadi mangsa pengabaian
yang disengajakan.
3.1.5 Banyak penerbit, pencetak dan pengedar buku bumiputera yang selama ini bernaung atau berpayung di bawah DBP telah gulung tikar kerana tidak
mendapat kerja-kerja pencetakan dan pengedaran buku-buku DBP. Begitu juga dengan syarikat pengatur huruf banyak yang berkubur kerana kepupusan
kerja-kerja hiliran dalam penerbitan buku yang telah menjadi hak monopoli pihak Dawama.
3. 2 PELANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA DAN AHLI LEMBAGA PENGELOLA DBP
3.2.1 Lembaga Pengelola DBP telah menubuhkan Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum yang sebelum ini merupakan satu unit kecil di Jabatan
Sastera. Pengangkatan unit ini kepada bahagian telah menidakkan peranan Jabatan Sastera dalam memainkan peranannya membina dan mengembangkan
budaya dan sastera Melayu.
3.2.2 Lembaga Pengelola DBP dan Pengurusan DBP tidak mematuhi Akta DBP dan objektif penubuhannya. Peranan membina dan mengembangkan
bahasa, sastera dan penerbitan diperlekehkan.
3.2.3 Kekosongan jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP tidak diisikan sejak pertengahan bulan April 2010 sehingga kini. Menteri Pelajaran hanya
mengisikan jawatan Naib Pengerusi Lembaga Pengelola sahaja. Ahli Lembaga Pengelola yang dilantik selama ini kebanyakannya bukan dari golongan pakar
bahasa, budayawan dan sasterawan.
3.3 PELANTIKAN KETUA PENGARAH DBP
3.3.1 Pelantikan Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Haji Abdul Aziz, yang umurnya melebihi 64 tahun dan bukan pula dari kalangan pakar bahasa,
sasterawan mahupun budayawan sebagaimana yang dihasratkan dalam semangat dan keperluan dalam Akta DBP adalah tindakan yang bukan saja mundur
tapi juga tidak strategik. Sementelahan lagi kualiti pengurusan dan pentadbirannya juga kurang cekap kerana banyak melanggar peraturan kerajaan.
3.3.2 Pelantikan Ketua Pengarah DBP tidak mematuhi peraturan yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008, iaitu berkenaan
Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak. Di dalam pekeliling tersebut, penjawat awam kontrak, umur pelantikannya dihadkan kepada 60 tahun
sahaja. Pematuhan prosedur ini dapat dilihat dengan nyata dalam kes-kes Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah JPA, bekas Ketua Pengarah Pelajaran
dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang ditamatkan kontraknya menjelang usia 60 tahun. Prosedur sedia ada telah menetapkan bahawa
kuasa untuk melantik dalam kes-kes begini ialah Perdana Menteri dengan perakuan Ketua Setiausaha Negara. Di samping faktor umurnya yang melebihi
had, sayugia dijelaskan bahawa jawatan Ketua Pengarah DBP bukanlah dalam kategori kritikal, maka beliau tidak patut dilantik ke jawatan Ketua Pengarah
DBP. Semasa pelantikan secara kontrak selama dua (2) tahun yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2009, umur beliau ialah 64 tahun 2 bulan (tarikh lahir
441107-10-5245). Sekiranya dikira sehingga 31 Januari 2011, umur beliau ialah 66 tahun. Kontrak beliau disambung semula selama setahun lagi mulai 1
Februari 2011 sehingga 31 Januari 2012.
3.3.3 Dalam isu PPSMI yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2003 itu, DBP memilih untuk membisu saja. Sebagai institusi yang menjadi benteng dalam
perjuangan memperkasakan bahasa, DBP sepatutnya memberikan pandangan yang benar tentang kebaikan dan keburukan PPSMI kepada kerajaan dan
bukannya mendabik dada setelah isu yang diperjuangkan oleh GMP itu mendapat persetujuan kerajaan supaya PPSMI dihapuskan.
3.3.4 DBP juga membisu dalam isu Interlok yang hangat diperkatakan oleh orang ramai. DBP langsung tidak mempertahankan isu tersebut kerana tidak
ada orang yang boleh menyanggah atau menentang pendapat umum.
3.4 PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI (PSSO) TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN AKTA DBP
3.4.1 Penyusunan Semula Struktur Organisasi DBP (PSSO) bermula Ogos 2010 dulu bertentangan dan bercanggahan dengan tujuan penubuhan DBP
sebagaimana termaktub di dalam Akta DBP, kerana tidak menekankan tentang kepentingan bahasa, sastera dan penerbitan.
3.4.2 Dalam pelaksanaan PSSO, Jabatan Sastera telah digabungkan dengan Jabatan Bahasa. Peranan Jabatan Sastera telah dihapuskan. Selama ini Jabatan
Sastera adalah salah satu fungsi utama DBP.
3.4.3 Kewujudan Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, dan Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera seperti yang sedia ada sekarang ini semakin
tidak jelas dan mengelirukan lebih-lebih lagi dari sudut peranan dan tanggungjawabnya. Peranan dan fungsi kedua-dua jabatan dicampuraduk dan
disatukan. Sebelum ini kedua-dua jabatan ini diasingkan, matlamatnya lebih jelas dan banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa dan
sastera Melayu.
3.4.4 Penutupan Jabatan Sastera, salah satu fungsi utama DBP banyak mendatangkan keburukan kepada perkembangan budaya dan sastera Melayu.
Pembinaan dan pengembangan bakat sastera dalam kalangan penulis dan pegawai DBP tidak dapat diadakan. Dengan penutupan Jabatan Sastera, DBP dan
negara akan banyak kehilangan pakar-pakar bidang sastera dalam tempoh jangka panjang.
3.4.5 Penutupan Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam (AFTI) begitu mengecewakan sekali. Peranan AFTI dikecilkan menjadi unit sahaja. AFTI yang
selama ini memainkan peranan penting di dalam penerbitan buku-buku bidang agama di negara ini telah kehilangan fungsinya.
3.4.6 Pemberhentian penerbitan majalah Dewan Falsafah dan Tamadun Islam mengecilkan peranan DBP di dalam pengembangan tamadun Islam di
Malaysia.
3.4.7 Kebanyakan staf bekerja dalam suasana yang tidak selesa dan kurang keceriaannya kerana wujudnya berbagai-bagai kelompok. Suasana tidakpuas
hati dalam kalangan staf antara lain ialah kerana isu pelantikan jawatan Ketua Pengarah DBP dan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang tidak mengikut
peraturan dan juga pelantikan pegawai gred N52 kepada gred N54 dan gred S41 kepada gred S44 tanpa melalui proses temuduga.
3.4.8 Ramai pakar dalam bidang bahasa dan sastera yang memiliki Ijazah Sarjana dan Ph.D di DBP bersara awal atau beralih bekerja di tempat lain kerana
kurang yakin dengan pengurusan DBP. DBP langsung tidak membina pelapis dalam pakar bidang yang ada di kalangan staf DBP.
3.5 KEGAGALAN FUNGSI DBP
3.5.1 Banyak kegiatan bahasa dan sastera seperti seminar, bengkel dan kegiatan yang berkaitan dengannya tidak dapat dilaksanakan oleh DBP. Akibat
penswastaannya DBP tidak lagi mempunyai dana untuk melaksanakan kegiatan di atas. Ini menyebabkan peranan bahasa dan sastera semakin kuncup dan
layu di negara kita. DBP tidak lagi dilihat sebagai pusat tumpuan kegiatan ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan tamadun Melayu.
3.5.2 Para penulis juga sudah kurang berurusan dengan DBP kerana kecewa terhadap pengurusannya. Sebelum ini, DBP menjadi tumpuan para penulis
kerana di institusi ini terdapat begitu ramai pakar rujuk dan pakar bidang yang menjadi tempat rujukan. Kekurangan pakar ilmu dalam bidang budaya dan
sastera telah menjauhkan hubungan DBP dengan para penulis. Pengurusan DBP tidak berusaha mengatasi masalah di atas.
3.5.3 DBP kurang menganjurkan majlis ilmu, seminar, konvensyen atau bengkel yang berkaitan dengan fungsi utamanya iaitu untuk memperkaya dan
memperkembang bakat sastera dan mencetak atau menerbitkan penerbitan dalam bahasa Melayu. Peranan DBP dalam melaksanakan kehendak Akta DBP
di Malaysia semakin malap dan obor yang menyala dari suatu zaman dahulu semakin mengecil dan hampir padam.
3.5.4 Kurangnya kegiatan bahasa dan sastera menyebabkan DBP tidak lagi gah di mata masyarakat. Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa dan
sastera semakin lesu kerana pemegang amanah, perancang, penggubal dan pelaksana dasar DBP bukannya terdiri daripada mereka yang pakar dalam
bidang bahasa dan sastera. DBP sekarang lebih menjurus dalam bidang pengurusan sahaja, bukan lagi berdasarkan fungsi dan matlamat DBP diwujudkan.
3.6 KEGAGALAN HUBUNGAN PENGURUSAN DBP DENGAN
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DBP (KPDBP)
3.6.1 Hubungan Lembaga Pengelola dan Pengurusan DBP dengan KPDBP amat dingin. Staf gred 41 dan ke atas tidak dibenarkan bergiat dalam Kesatuan
sedangkan hal ini bertentangan dengan Warta Ketua Setiausaha Negara Tahun 1981. Dato’ Johan Jaaffar dan pengurusan DBP membawa kes tersebut ke
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak membenarkan staf gred berkenaan menjadi ahli Kesatuan. Staf diugut untuk dikenakan tindakan tatatertib dan
tidak berpeluang naik pangkat sekiranya menjadi dan menyokong Kesatuan.
3.6.2 Ketua Pengarah tidak menghormati atau secara tidak langsung tidak mengiktiraf kewujudan KPDBP. Selama dua (2) tahun berkhidmat, beliau tidak
pernah mengadakan pertemuan dengan KPDBP dan mengadakan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Lebih teruk lagi pihak pengurusan DBP telah
menubuhkan MBJ yang baharu tanpa membatalkan perlembagaan yang ditandatangan oleh pengurusan DBP dengan KPDBP sebelum ini. Pihak KPDBP telah
membuat bantahan penubuhan MBJ yang baharu. Penubuhan MBJ yang tidak membabitkan KPDBP adalah bertentangan dengan Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 2 Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Perkhdimatan Bil. 3 Tahun 2002.
4. TUNTUTAN GERAKAN DARURAT BAHASA
4.1 Kerajaan Malaysia hendaklah memulihkan semula fungsi DBP. Menteri Pelajaran Malaysia hendaklah memberikan tumpuan yang lebih kepada DBP.
Selama ini diketahui umum, DBP terbiar begitu sahaja tanpa perhatian daripada menterinya. Sekiranya Menteri Pelajaran kurang mampu atau terlalu sibuk
dengan tugas lain, peranannya hendaklah diperturunkan kepada timbalannya. Sebelum ini DBP banyak diberi perhatian dan diawasi oleh Timbalan Menteri
Pelajaran.
4.2 Pengerusi Lembaga Pengelola DBP hendaklah dilantik segera dalam kalangan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan kerana jawatan ini telah
lama dibiarkan kosong. Ahli Lembaga Pengelola DBP hendaklah dilantik dalam kalangan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan supaya DBP dapat
melaksanakan fungsinya membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
4.3 Menteri Pelajaran hendaklah menamatkan segera kontrak Ketua Pengarah DBP dengan serta merta kerana pelantikannya bertentangan dengan
peraturan dan kegagalan beliau mentadbir DBP dan melantik Ketua Pengarah baharu mengikut peraturan yang sedia ada. Ketua Pengarah baharu yang
bakal dilantik hendaklah dari kalangan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan.
4.4 Struktur Organisasi dan fungsi DBP dikembalikan semula kepada carta organisasi sebelum ini dengan mewujudkan semula Jabatan Bahasa dan
Jabatan Sastera secara berasingan lengkap dengan bahagian-bahagian yang sedia ada seperti dahulu.
4.5 Kerajaan dengan kuasa yang ada dan atas kepentingan negara hendaklah mengembalikan semula penswastaan lima (5) bahagian dari DAWAMA
kepada DBP. Pengembalian semula lima (5) bahagian tersebut kepada DBP membawa faedah dan manfaat kepada kerajaan dan staf yang ada sekarang ini.
Sekiranya penswastaan berpanjangan, beban kewangan DBP bertambah parah. Pengambilan semula lima (5) bahagian tersebut daripada DAWAMA akan
mengembalikan segala peranan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera sebagaimana termaktub dalam Akta 213, Akta DBP. Dengan tindakan
ini, kerajaan akan membantu penerbit, pencetak dan pengedar buku bumiputera sepertimana sebelum penswastaan. Tindakan ini dapat menghidupkan
dan memulihkan perniagaan mereka.
4.6 Kerajaan hendaklah menambah peruntukan tahunan kepada DBP yang sebelum ini tidak mencukupi selaras dengan peranan dan fungsinya.
Penambahan peruntukan ini amatlah perlu kerana DBP telah diamanahkan untuk membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
4.7 DBP hendaklah diberikan kuasa penuh dalam penguatkuasaan bahasa Melayu sebagaimana yang disarankan oleh banyak pihak sebelum ini. DBP
adalah satu-satunya institusi yang berperanan mengembang dan memperkayakan bahasa dan sastera Melayu di Malaysia. Walaupun telah ditubuhkan lebih
50 tahun yang lalu, DBP kini semakin mundur dan nyata sekali tidak berupaya untuk meneruskan visi, misi, dan wawasannya. DBP haruslah diperkuatkan
dan kembali kepada fungsi asalnya.
4.8 Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah membuat kajian dan memberikan perhatian yang serius kepada segala masalah
dalaman yang diadukan oleh KPDBP dan juga staf DBP, lebih-lebih lagi berhubung kemelut dan kekalutan pentadbiran dan pengurusan DBP yang sarat
masalah. Menteri Pelajaran hendaklah membetulkan dahulu hal-hal dalaman DBP, yang diketahui umum – kurang berupaya membina dan mengembangkan
bahasa dan sastera Melayu agar tidak pupus di muka bumi ini.
4.9 Bahagian AFTI hendaklah diwujudkan semula supaya DBP sebagai sebuah badan agensi kerajaan, dapat memainkan peranan yang penting di dalam
penerbitan yang berkaitan dengan Agama, Falsafah dan Tamadun Islam di Malaysia.
Carta organisasi dbp

More Related Content

What's hot

Menulis surat dinas
Menulis surat dinasMenulis surat dinas
Tata bahasa dan tanda baca dalam surat
Tata bahasa dan tanda baca dalam suratTata bahasa dan tanda baca dalam surat
Tata bahasa dan tanda baca dalam surat
eka cipta
 
Bahasa baku dan tidak baku
Bahasa baku dan tidak bakuBahasa baku dan tidak baku
Bahasa baku dan tidak baku
firmansyahdwiwintang
 
Gagasan Penyempurnaan EYD
Gagasan Penyempurnaan EYDGagasan Penyempurnaan EYD
Gagasan Penyempurnaan EYD
Tifanny Ellies
 
Makalah bahasa indonesia nadia
Makalah bahasa indonesia nadiaMakalah bahasa indonesia nadia
Makalah bahasa indonesia nadia
Wahid Anggara
 
Rpp smp rima rosita
Rpp smp rima rositaRpp smp rima rosita
Rpp smp rima rosita
Rimarosita
 
Kata baku dan tidak baku
Kata baku dan tidak bakuKata baku dan tidak baku
Kata baku dan tidak baku
Robet Saputra
 
Program tahunan kls 8
Program  tahunan  kls 8Program  tahunan  kls 8
Program tahunan kls 8
MGMPBING SMPKABSER
 
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan KataBuku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
IQbal KHan
 
Makalah bahasa indonesia tentang surat resmi
Makalah bahasa indonesia tentang surat resmiMakalah bahasa indonesia tentang surat resmi
Makalah bahasa indonesia tentang surat resmi
Rafi Mariska
 
Memo
MemoMemo
Bahasa indonesia fadli illow
Bahasa indonesia fadli illowBahasa indonesia fadli illow
Bahasa indonesia fadli illowFadLi IlLow
 
Memperkenalkan diri&orla dlm forum resmi
Memperkenalkan diri&orla dlm forum resmiMemperkenalkan diri&orla dlm forum resmi
Memperkenalkan diri&orla dlm forum resmi
mrsdiversifalia
 
Administrasi surat
Administrasi suratAdministrasi surat
Administrasi surat
SBH Cicalengka
 
Buku Penyuluhan Kalimat
Buku Penyuluhan KalimatBuku Penyuluhan Kalimat
Buku Penyuluhan Kalimat
IQbal KHan
 
Bahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaahBahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaah
Sri Fauzia Smrt
 

What's hot (20)

Menulis surat dinas
Menulis surat dinasMenulis surat dinas
Menulis surat dinas
 
Tata bahasa dan tanda baca dalam surat
Tata bahasa dan tanda baca dalam suratTata bahasa dan tanda baca dalam surat
Tata bahasa dan tanda baca dalam surat
 
Bahasa baku dan tidak baku
Bahasa baku dan tidak bakuBahasa baku dan tidak baku
Bahasa baku dan tidak baku
 
Gagasan Penyempurnaan EYD
Gagasan Penyempurnaan EYDGagasan Penyempurnaan EYD
Gagasan Penyempurnaan EYD
 
Tatacara persuratan
Tatacara persuratanTatacara persuratan
Tatacara persuratan
 
Makalah bahasa indonesia nadia
Makalah bahasa indonesia nadiaMakalah bahasa indonesia nadia
Makalah bahasa indonesia nadia
 
Rpp smp rima rosita
Rpp smp rima rositaRpp smp rima rosita
Rpp smp rima rosita
 
Kata baku dan tidak baku
Kata baku dan tidak bakuKata baku dan tidak baku
Kata baku dan tidak baku
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Program tahunan kls 8
Program  tahunan  kls 8Program  tahunan  kls 8
Program tahunan kls 8
 
43. bhs.ing smk-mak
43. bhs.ing smk-mak43. bhs.ing smk-mak
43. bhs.ing smk-mak
 
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan KataBuku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
 
Makalah bahasa indonesia tentang surat resmi
Makalah bahasa indonesia tentang surat resmiMakalah bahasa indonesia tentang surat resmi
Makalah bahasa indonesia tentang surat resmi
 
Memo
MemoMemo
Memo
 
Bahasa indonesia fadli illow
Bahasa indonesia fadli illowBahasa indonesia fadli illow
Bahasa indonesia fadli illow
 
Memperkenalkan diri&orla dlm forum resmi
Memperkenalkan diri&orla dlm forum resmiMemperkenalkan diri&orla dlm forum resmi
Memperkenalkan diri&orla dlm forum resmi
 
Administrasi surat
Administrasi suratAdministrasi surat
Administrasi surat
 
Buku Penyuluhan Kalimat
Buku Penyuluhan KalimatBuku Penyuluhan Kalimat
Buku Penyuluhan Kalimat
 
Administrasi surat1
Administrasi surat1Administrasi surat1
Administrasi surat1
 
Bahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaahBahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaah
 

Similar to Carta organisasi dbp

Winda d
Winda dWinda d
Winda d
taufiq99
 
Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuShon Shawn
 
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docxRagam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
FahadAraby
 
Makalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasaMakalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasa
MimiKartika2
 
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuSejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa Melayu
Nor Idayu
 
Ragam Bahasa.ppt
Ragam Bahasa.pptRagam Bahasa.ppt
Ragam Bahasa.ppt
ArRasyid5
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011kartini16
 
Power peta konsep
Power peta konsepPower peta konsep
Power peta konsep
Satria Efendi
 
MAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docx
MAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docxMAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docx
MAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docx
Ardijuliansa
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
rashidahmurat92
 
MATERI_1,2.ppt
MATERI_1,2.pptMATERI_1,2.ppt
MATERI_1,2.ppt
ayuuu12
 
MATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptx
MATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptxMATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptx
MATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptx
KariEmuLLah
 
3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt
3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt
3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt
SeijuroRivalDFadhila
 
Gita r w
Gita r wGita r w
Gita r w
taufiq99
 
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docxPENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
HamzahAsadullah5
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu
Ahmad NazRi
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
arifin554
 
Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)
Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)
Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)deywoon
 
Siska yuliana
Siska yulianaSiska yuliana
Siska yuliana
taufiq99
 
Modul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docx
Modul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docxModul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docx
Modul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docx
VianHjjf
 

Similar to Carta organisasi dbp (20)

Winda d
Winda dWinda d
Winda d
 
Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayu
 
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docxRagam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
 
Makalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasaMakalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasa
 
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuSejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa Melayu
 
Ragam Bahasa.ppt
Ragam Bahasa.pptRagam Bahasa.ppt
Ragam Bahasa.ppt
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
 
Power peta konsep
Power peta konsepPower peta konsep
Power peta konsep
 
MAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docx
MAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docxMAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docx
MAKALAH PUEBI BAHASA INDONESIA.docx
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
MATERI_1,2.ppt
MATERI_1,2.pptMATERI_1,2.ppt
MATERI_1,2.ppt
 
MATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptx
MATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptxMATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptx
MATERi BAHASA INDONESIAA FIX MANTAP .pptx
 
3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt
3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt
3. Ragam Bahasa Indonesia.ppt
 
Gita r w
Gita r wGita r w
Gita r w
 
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docxPENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
 
Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)
Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)
Presentasi kata baku dan non baku (AKADEMI KEPERAWATAN dr.soedono Madiun)
 
Siska yuliana
Siska yulianaSiska yuliana
Siska yuliana
 
Modul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docx
Modul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docxModul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docx
Modul Pertemuan 2 Fungsi dan Kedudukan Bahasa Indonesia.docx
 

Carta organisasi dbp

  • 1. LATAR BELAKANG DBP ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956 hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada tahun 1956. DBP mula beroperasi pada bulan Oktober 1956, iaitu di tengah-tengah suasana dan semangat menyambut kemerdekaan tanah air. Dari situlah, DBP mengatur langkah pertamanya untuk menjalankan tugasnya yang amat penting, iaitu mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka. 2. PENUBUHAN DBP Objektif DBP yang tercatat dalam Akta 213, Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti berikut: 2.1 Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. 2.2 Memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. 2.3 Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
  • 2. 2.4 Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. 2.5 Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. 2.6 Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. 3. MASALAH YANG TIMBUL DI DBP 3.1 PENSWASTAAN 3.1.1 DBP telah menswastakan lima (5) bahagian iaitu Bahagian Perniagaan, Bahagian Percetakan, Bahagian Pracetak, Bahagian Reka Bentuk dan Bahagian Stor pada 1 September 2002 sehingga tahun 2014 secara konsesi kepada syarikat DAWAMA Sdn. Bhd. (Dawama). 3.1.2 Sejak penswastaannya, iaitu mulai tahun 2002, DBP telah kerugian di antara RM20 hingga RM40 juta setiap tahun. Sebab utama kerugian adalah kerana formula pengagihan hasil pendapatan penjualan buku umum dan majalah yang tempang, iaitu nisbah 20:80. Di bawah formula tersebut, DBP
  • 3. mendapat 20 peratus sementara Dawama pula mengaut sebanyak 80 peratus daripada hasil jualan bukan buku teks. Manakala dari hasil jualan buku teks sekolah pula, formula pengagihan pendapatan persetujui ialah DBP mendapat bayaran 30 peratus dan Dawama sebanyak 70 peratus. Sebagaimana terkandung dalam Laporan Tahunan DBP, kerugian DBP adalah seperti berikut: 2001 (RM17 juta) 2002 (RM8 juta) 2003 (RM23 juta) 2004 (RM22 juta) 2005 (RM16 juta) 2006 (RM16 juta) 2008 (RM7 juta)
  • 4. Sebelum penswastaan dilakukan, DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun. 3.1.3 Buku-buku umum, ilmiah dan majalah-majalah kurang di pasaran dan tidak terjual kerana tidak ada kesungguhan untuk menyebarluaskannya dan kurangnya promosi yang sepatutnya dilakukan Dawama. Dalam konteks strategi pemasaran ini, Dawama bukan saja kurang mengedarkan buku-buku umum, ilmiah dan majalah-majalah di sekitar Lembah Kelang tetapi juga di seluruh negara. 3.1.4 DAWAMA lebih menumpukan usahanya dalam penerbitan buku-buku teks sekolah. Pendekatan ini tidaklah pelik kerana strategi ini menguntungkan jika dibandingkan dengan usaha mencetak buku-buku umum, ilmiah dan majalah. Akibatnya buku umum, ilmiah dan majalah menjadi mangsa pengabaian yang disengajakan. 3.1.5 Banyak penerbit, pencetak dan pengedar buku bumiputera yang selama ini bernaung atau berpayung di bawah DBP telah gulung tikar kerana tidak mendapat kerja-kerja pencetakan dan pengedaran buku-buku DBP. Begitu juga dengan syarikat pengatur huruf banyak yang berkubur kerana kepupusan kerja-kerja hiliran dalam penerbitan buku yang telah menjadi hak monopoli pihak Dawama. 3. 2 PELANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA DAN AHLI LEMBAGA PENGELOLA DBP 3.2.1 Lembaga Pengelola DBP telah menubuhkan Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum yang sebelum ini merupakan satu unit kecil di Jabatan Sastera. Pengangkatan unit ini kepada bahagian telah menidakkan peranan Jabatan Sastera dalam memainkan peranannya membina dan mengembangkan budaya dan sastera Melayu.
  • 5. 3.2.2 Lembaga Pengelola DBP dan Pengurusan DBP tidak mematuhi Akta DBP dan objektif penubuhannya. Peranan membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan penerbitan diperlekehkan. 3.2.3 Kekosongan jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP tidak diisikan sejak pertengahan bulan April 2010 sehingga kini. Menteri Pelajaran hanya mengisikan jawatan Naib Pengerusi Lembaga Pengelola sahaja. Ahli Lembaga Pengelola yang dilantik selama ini kebanyakannya bukan dari golongan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan. 3.3 PELANTIKAN KETUA PENGARAH DBP 3.3.1 Pelantikan Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Haji Abdul Aziz, yang umurnya melebihi 64 tahun dan bukan pula dari kalangan pakar bahasa, sasterawan mahupun budayawan sebagaimana yang dihasratkan dalam semangat dan keperluan dalam Akta DBP adalah tindakan yang bukan saja mundur tapi juga tidak strategik. Sementelahan lagi kualiti pengurusan dan pentadbirannya juga kurang cekap kerana banyak melanggar peraturan kerajaan. 3.3.2 Pelantikan Ketua Pengarah DBP tidak mematuhi peraturan yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008, iaitu berkenaan Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak. Di dalam pekeliling tersebut, penjawat awam kontrak, umur pelantikannya dihadkan kepada 60 tahun sahaja. Pematuhan prosedur ini dapat dilihat dengan nyata dalam kes-kes Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah JPA, bekas Ketua Pengarah Pelajaran dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang ditamatkan kontraknya menjelang usia 60 tahun. Prosedur sedia ada telah menetapkan bahawa kuasa untuk melantik dalam kes-kes begini ialah Perdana Menteri dengan perakuan Ketua Setiausaha Negara. Di samping faktor umurnya yang melebihi had, sayugia dijelaskan bahawa jawatan Ketua Pengarah DBP bukanlah dalam kategori kritikal, maka beliau tidak patut dilantik ke jawatan Ketua Pengarah DBP. Semasa pelantikan secara kontrak selama dua (2) tahun yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2009, umur beliau ialah 64 tahun 2 bulan (tarikh lahir 441107-10-5245). Sekiranya dikira sehingga 31 Januari 2011, umur beliau ialah 66 tahun. Kontrak beliau disambung semula selama setahun lagi mulai 1 Februari 2011 sehingga 31 Januari 2012.
  • 6. 3.3.3 Dalam isu PPSMI yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2003 itu, DBP memilih untuk membisu saja. Sebagai institusi yang menjadi benteng dalam perjuangan memperkasakan bahasa, DBP sepatutnya memberikan pandangan yang benar tentang kebaikan dan keburukan PPSMI kepada kerajaan dan bukannya mendabik dada setelah isu yang diperjuangkan oleh GMP itu mendapat persetujuan kerajaan supaya PPSMI dihapuskan. 3.3.4 DBP juga membisu dalam isu Interlok yang hangat diperkatakan oleh orang ramai. DBP langsung tidak mempertahankan isu tersebut kerana tidak ada orang yang boleh menyanggah atau menentang pendapat umum. 3.4 PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI (PSSO) TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN AKTA DBP 3.4.1 Penyusunan Semula Struktur Organisasi DBP (PSSO) bermula Ogos 2010 dulu bertentangan dan bercanggahan dengan tujuan penubuhan DBP sebagaimana termaktub di dalam Akta DBP, kerana tidak menekankan tentang kepentingan bahasa, sastera dan penerbitan. 3.4.2 Dalam pelaksanaan PSSO, Jabatan Sastera telah digabungkan dengan Jabatan Bahasa. Peranan Jabatan Sastera telah dihapuskan. Selama ini Jabatan Sastera adalah salah satu fungsi utama DBP. 3.4.3 Kewujudan Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, dan Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera seperti yang sedia ada sekarang ini semakin tidak jelas dan mengelirukan lebih-lebih lagi dari sudut peranan dan tanggungjawabnya. Peranan dan fungsi kedua-dua jabatan dicampuraduk dan disatukan. Sebelum ini kedua-dua jabatan ini diasingkan, matlamatnya lebih jelas dan banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu.
  • 7. 3.4.4 Penutupan Jabatan Sastera, salah satu fungsi utama DBP banyak mendatangkan keburukan kepada perkembangan budaya dan sastera Melayu. Pembinaan dan pengembangan bakat sastera dalam kalangan penulis dan pegawai DBP tidak dapat diadakan. Dengan penutupan Jabatan Sastera, DBP dan negara akan banyak kehilangan pakar-pakar bidang sastera dalam tempoh jangka panjang. 3.4.5 Penutupan Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam (AFTI) begitu mengecewakan sekali. Peranan AFTI dikecilkan menjadi unit sahaja. AFTI yang selama ini memainkan peranan penting di dalam penerbitan buku-buku bidang agama di negara ini telah kehilangan fungsinya. 3.4.6 Pemberhentian penerbitan majalah Dewan Falsafah dan Tamadun Islam mengecilkan peranan DBP di dalam pengembangan tamadun Islam di Malaysia. 3.4.7 Kebanyakan staf bekerja dalam suasana yang tidak selesa dan kurang keceriaannya kerana wujudnya berbagai-bagai kelompok. Suasana tidakpuas hati dalam kalangan staf antara lain ialah kerana isu pelantikan jawatan Ketua Pengarah DBP dan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang tidak mengikut peraturan dan juga pelantikan pegawai gred N52 kepada gred N54 dan gred S41 kepada gred S44 tanpa melalui proses temuduga. 3.4.8 Ramai pakar dalam bidang bahasa dan sastera yang memiliki Ijazah Sarjana dan Ph.D di DBP bersara awal atau beralih bekerja di tempat lain kerana kurang yakin dengan pengurusan DBP. DBP langsung tidak membina pelapis dalam pakar bidang yang ada di kalangan staf DBP. 3.5 KEGAGALAN FUNGSI DBP
  • 8. 3.5.1 Banyak kegiatan bahasa dan sastera seperti seminar, bengkel dan kegiatan yang berkaitan dengannya tidak dapat dilaksanakan oleh DBP. Akibat penswastaannya DBP tidak lagi mempunyai dana untuk melaksanakan kegiatan di atas. Ini menyebabkan peranan bahasa dan sastera semakin kuncup dan layu di negara kita. DBP tidak lagi dilihat sebagai pusat tumpuan kegiatan ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan tamadun Melayu. 3.5.2 Para penulis juga sudah kurang berurusan dengan DBP kerana kecewa terhadap pengurusannya. Sebelum ini, DBP menjadi tumpuan para penulis kerana di institusi ini terdapat begitu ramai pakar rujuk dan pakar bidang yang menjadi tempat rujukan. Kekurangan pakar ilmu dalam bidang budaya dan sastera telah menjauhkan hubungan DBP dengan para penulis. Pengurusan DBP tidak berusaha mengatasi masalah di atas. 3.5.3 DBP kurang menganjurkan majlis ilmu, seminar, konvensyen atau bengkel yang berkaitan dengan fungsi utamanya iaitu untuk memperkaya dan memperkembang bakat sastera dan mencetak atau menerbitkan penerbitan dalam bahasa Melayu. Peranan DBP dalam melaksanakan kehendak Akta DBP di Malaysia semakin malap dan obor yang menyala dari suatu zaman dahulu semakin mengecil dan hampir padam. 3.5.4 Kurangnya kegiatan bahasa dan sastera menyebabkan DBP tidak lagi gah di mata masyarakat. Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa dan sastera semakin lesu kerana pemegang amanah, perancang, penggubal dan pelaksana dasar DBP bukannya terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang bahasa dan sastera. DBP sekarang lebih menjurus dalam bidang pengurusan sahaja, bukan lagi berdasarkan fungsi dan matlamat DBP diwujudkan. 3.6 KEGAGALAN HUBUNGAN PENGURUSAN DBP DENGAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DBP (KPDBP)
  • 9. 3.6.1 Hubungan Lembaga Pengelola dan Pengurusan DBP dengan KPDBP amat dingin. Staf gred 41 dan ke atas tidak dibenarkan bergiat dalam Kesatuan sedangkan hal ini bertentangan dengan Warta Ketua Setiausaha Negara Tahun 1981. Dato’ Johan Jaaffar dan pengurusan DBP membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak membenarkan staf gred berkenaan menjadi ahli Kesatuan. Staf diugut untuk dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpeluang naik pangkat sekiranya menjadi dan menyokong Kesatuan. 3.6.2 Ketua Pengarah tidak menghormati atau secara tidak langsung tidak mengiktiraf kewujudan KPDBP. Selama dua (2) tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan KPDBP dan mengadakan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Lebih teruk lagi pihak pengurusan DBP telah menubuhkan MBJ yang baharu tanpa membatalkan perlembagaan yang ditandatangan oleh pengurusan DBP dengan KPDBP sebelum ini. Pihak KPDBP telah membuat bantahan penubuhan MBJ yang baharu. Penubuhan MBJ yang tidak membabitkan KPDBP adalah bertentangan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Perkhdimatan Bil. 3 Tahun 2002. 4. TUNTUTAN GERAKAN DARURAT BAHASA 4.1 Kerajaan Malaysia hendaklah memulihkan semula fungsi DBP. Menteri Pelajaran Malaysia hendaklah memberikan tumpuan yang lebih kepada DBP. Selama ini diketahui umum, DBP terbiar begitu sahaja tanpa perhatian daripada menterinya. Sekiranya Menteri Pelajaran kurang mampu atau terlalu sibuk dengan tugas lain, peranannya hendaklah diperturunkan kepada timbalannya. Sebelum ini DBP banyak diberi perhatian dan diawasi oleh Timbalan Menteri Pelajaran.
  • 10. 4.2 Pengerusi Lembaga Pengelola DBP hendaklah dilantik segera dalam kalangan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan kerana jawatan ini telah lama dibiarkan kosong. Ahli Lembaga Pengelola DBP hendaklah dilantik dalam kalangan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan supaya DBP dapat melaksanakan fungsinya membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu. 4.3 Menteri Pelajaran hendaklah menamatkan segera kontrak Ketua Pengarah DBP dengan serta merta kerana pelantikannya bertentangan dengan peraturan dan kegagalan beliau mentadbir DBP dan melantik Ketua Pengarah baharu mengikut peraturan yang sedia ada. Ketua Pengarah baharu yang bakal dilantik hendaklah dari kalangan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan. 4.4 Struktur Organisasi dan fungsi DBP dikembalikan semula kepada carta organisasi sebelum ini dengan mewujudkan semula Jabatan Bahasa dan Jabatan Sastera secara berasingan lengkap dengan bahagian-bahagian yang sedia ada seperti dahulu. 4.5 Kerajaan dengan kuasa yang ada dan atas kepentingan negara hendaklah mengembalikan semula penswastaan lima (5) bahagian dari DAWAMA kepada DBP. Pengembalian semula lima (5) bahagian tersebut kepada DBP membawa faedah dan manfaat kepada kerajaan dan staf yang ada sekarang ini. Sekiranya penswastaan berpanjangan, beban kewangan DBP bertambah parah. Pengambilan semula lima (5) bahagian tersebut daripada DAWAMA akan mengembalikan segala peranan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera sebagaimana termaktub dalam Akta 213, Akta DBP. Dengan tindakan ini, kerajaan akan membantu penerbit, pencetak dan pengedar buku bumiputera sepertimana sebelum penswastaan. Tindakan ini dapat menghidupkan dan memulihkan perniagaan mereka. 4.6 Kerajaan hendaklah menambah peruntukan tahunan kepada DBP yang sebelum ini tidak mencukupi selaras dengan peranan dan fungsinya. Penambahan peruntukan ini amatlah perlu kerana DBP telah diamanahkan untuk membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
  • 11. 4.7 DBP hendaklah diberikan kuasa penuh dalam penguatkuasaan bahasa Melayu sebagaimana yang disarankan oleh banyak pihak sebelum ini. DBP adalah satu-satunya institusi yang berperanan mengembang dan memperkayakan bahasa dan sastera Melayu di Malaysia. Walaupun telah ditubuhkan lebih 50 tahun yang lalu, DBP kini semakin mundur dan nyata sekali tidak berupaya untuk meneruskan visi, misi, dan wawasannya. DBP haruslah diperkuatkan dan kembali kepada fungsi asalnya. 4.8 Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah membuat kajian dan memberikan perhatian yang serius kepada segala masalah dalaman yang diadukan oleh KPDBP dan juga staf DBP, lebih-lebih lagi berhubung kemelut dan kekalutan pentadbiran dan pengurusan DBP yang sarat masalah. Menteri Pelajaran hendaklah membetulkan dahulu hal-hal dalaman DBP, yang diketahui umum – kurang berupaya membina dan mengembangkan bahasa dan sastera Melayu agar tidak pupus di muka bumi ini. 4.9 Bahagian AFTI hendaklah diwujudkan semula supaya DBP sebagai sebuah badan agensi kerajaan, dapat memainkan peranan yang penting di dalam penerbitan yang berkaitan dengan Agama, Falsafah dan Tamadun Islam di Malaysia.