Memotong kuku merupakan sunah Nabi. Kuku harus dipotong menggunakan alat khusus dan dimulai dari tangan kanan lalu kiri, kaki kanan lalu kiri. Kuku tidak boleh dibiarkan lebih 40 hari dan disarankan dipotong pada hari Jumat. Potongan kuku harus ditanam di tanah.
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Cara memotong kuku dalam islam
1. CARA MEMOTONG KUKU DALAM ISLAM

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat.
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke sepuluh kecuali berkumur” Hadith riwayat Muslim37846711581Sebagaimana disebutkan dalam hadith dari ‘Aisyah Radhiallahu’anha yang maksudnya:
27529792581148Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segalah kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
Cara Memotong
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
-31341061309624Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Tangan kiri-21501101822450Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku. Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Kaki kiri-2265045479425
Masa Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkhendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut buluketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam” Hadith riwayat Muslim112324127113
“Nabi Muammad S.A.W memotong kuku dan menggunting misai pada hari Juma`at sebelum baginda keluar untuk bersembahyang” Hadith riwayat al-Bazzar dan al-TabraniAdapun waktu menurut Imam asy-Syafi`eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma`at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma`at. Berkata Abu Hurairah R.A. yang maksudnya:
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Juma`at adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat, oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Menanam Potongan Kuku
Kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor.
Justeru itu, Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku SUNAT ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia yang asal dari tanah. Sebagaimana disebutkan dalam kita Fatha al-Bari, bahawa Ibnu `Umar Radhiallahu `anhu menanam potongan kuku.
Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya`, jika seseoranag itu dalam keadaan junub atau berhadats besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub, kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.