Ana masih lagi tidak bersedia untuk menerima lamaran ini! “Umi sudah berkali-kali
menjelaskan kepada Ana,betapa baiknya Si Kamil tu.” Umi pasti hidup Ana akan bahagia jika
Ana mengahwini Si Kamil. Percayalah Ana! Air mata membasahi pipi Umi. Rintihan perasaan
seorang ibu demi kebahagian anakya. Namun, apakah daya aku sebagai seorang wanita yang
biasa untuk membantah perkahwinan ini apatah lagi direstui oleh Umi ku sendiri…
Walaupun Ana tahu betapa tekalnya Umi dalam keputusan ini,namun dia tidak dapat
melupakan Si Farid. Farid merupakan jejaka pilihan Ana ketika di zaman universiti dahulu.
Cinta pandang pertama setiap kali dikenang tidak pernah hilang kesenyuman di bibir Ana. “Aik
peliknya ratu hati abang mula pandai merajuk?” Sepanjang 6 tahun terjalin hubungan mereka
sebagai kekasih,namun ini adalah kali pertama Farid melihat Ana merajuk disalut marah jugak.
Farid berkata, “abang tahu ini adalah salah abang dan abang janji tidak akan mengulangi
kesalahan ini”siap berangkat tangan Si Farid dalam usaha menekankan janjinya. Gelagat Farid
direnung dan dibalas oleh Si Ana, “Ana cuma merisaukan keselamatan abang, tidak salah kita
mencari pendapatan lebihan tetapi kita perlukan pastikan keselamatan kita tidak terganggu
abang !” Alhamdullilah, abang tidak terlibat dalam kemalangan semalam,bayangkan apa akan
terjadi jika benar benar berlaku? marah Si Ana. Ana amat risau, dia sebenarnya tidak suka Si
Farid berkerja sambilan sebagai penghantar Grab Food. Bagi Ana, pekerjaan ini kurang selamat
apatah lagi jika malang tidak berbau. Semalam, Si Farid hampir menjadi mangsa kemalangan
sebuah kereta Honda City. Hal ini berpunca apabila motosikal yang ditunggang oleh Farid gagal
memakan brek. Nasib baik, Farid berjaya mengawalnya kerana dia tidak menunggang
motosikal dengan laju pada ketika itu.
Hari ini merupakan peperiksaan terakhir untuk Farid dan Ana. Kedua duanya merupakan
pelajar jurusan terakhir kejuruteraan di Universiti Malaya. Berakhirnya peperiksaan ini, Ana
akan pulang ke kampung halaman. Dia ingin bersama dengan ibunya buat seketika sebelum
meneruskan internship di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Manakala, Si Farid pula tidak
pulang ke kampung halaman kononnya mahu menyambung kerja Grab Food yang
digemarinya. Ana tahu Farid suka benar menjalankan kerja sebagai “Grab Rider”. Abang akan
rindu kat Ana, jangan lupa balas mesej abang tau! “Jangan jangan jumpa Umi terus lupa kat
abang, sengaja” Farid sindir Ana. “Ishh abang ini, dahlah Ana sedih tak boleh jumpa abang
selalu,ni kan abang boleh perli Ana lagi,jahat tau abang ni!” Ana mula marah sayang kat Si
Farid. Farid cuma senyum lalu mendakap erat tubuh kecil Ana sempat mencium dahi Ana lalu
berbisik di telinga Ana,” Abang tahu apa yang bermain di fikiran Ana ketika ini. Tak payah sedih
sangat sebulan jea,masa akan berlalu cepat.” Kita masih lagi boleh buat video call ,mesej ,call.
Abang pon rindu kat Ana jugak. I love you babe! – Dakapan erat Farid melegakan Ana namun
dia tidak sanggup melepaskan dakapan itu sempat Ana berbalas -I Love You too. “Dah, tak
payah nangis-nangis, lap pipi tu, cepat naik bas tertinggal nanti, bising pulak salahkan abang
jugak!” Farid sengaja menamatkan perbualan itu agar kerinduan tidak akan berterusan. Ana
sempat tepuk kecil di dada Farid lalu naik bas Sani Ekspress yang tidak sabar memulakan
perjalanan ke destinasi. Senyuman rindu terpapar di kedua dua wajah mereka. Bas beredar
dari situ.
Genap dua tahun berlalu, Allahyarham Farid meninggalkan Ana. Walaupun hari, bulan dan
tahun berlalu, namun bagi Ana, dia masih lagi tidak dapat menerima pemergian Si Farid.
Baginya, dia masih lagi membayangi dan merindukan wajah tampan Si Farid yang sentiasa
berseri. Segala hadiah,kenangan dan semua janji yang Farid berikan masih lagi bersama Ana.
Setiap kali memandu kereta Jazz miliknya di jalan raya,dia amat trauma melihat “Grab Rider”
yang masih lagi pecut menunggang motosikal. Satu kemalangan jalan rayalah yang telah
meragut nyawa Si Farid-ketika dalam perjalanan untuk membuat penghantaran makanan.
Itulah berita yang diterima oleh Ana dari pihak keluarga Si Farid. Ana pun tidak sanggup untuk
mengetahui lebih lanjut tentang pemergian Farid kerana Ana tahu dia tidak ada ketabahan
untuk menerimanya.
Beberapa minit tadi, Ana Syaidatul telah disahkan menjadi isteri kepada Kamil Jaafar juga
seorang jurutera di Petronas Malaysia. Ana cuma ingin mengembirakan hati Uminya,kerana
dia tiada pilihan. Pilihan hanya wujud jikalau ada dua benda bertentangan,tetapi dalam babak
hidup Ana, Tuhan tidak memberikan pilihan tersebut. Tuhan yang Maha Esa akan sentiasa
merahmati hidup and menunjukkan jalan yang betul untuk kita. Itulah yang dipercayai oleh
Ana. Dia telah menyerahkan babak seterus dalam hidupnya ditentukan oleh Tuhan yang Maha
Pengasih. Ana sedar tiba masanya untuk dirinya mengumpul segala kenangan,sentuhan dan
janji yang dihulurkan oleh Farid disimpan dan dikunci dalam peti hatinya. Suka tak suka, Ana
ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada Si Kamil.
“Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan abang di dalam hidup Ana”, Ana dikejutkan
oleh suara garau Si Kamil. Ana yang berdiri di depan cermin biliknya terus menoleh kearah
kedatangan Si Kamil. Reaksi yang diberikan oleh Ana hanyalah satu senyuman kecil. Si Kamil
pula terus memegang tangan Ana-kedua duanya bertentangan mata, ini merupakan kali
pertama Si Kamil berada terlalu dekat di depan Ana,mula berpeluh tubuh Ana. “Abang tahu
segala cerita silam yang pernah berlaku dalam hidup Ana”,-Umi pernah ceritakan kepada
Abang. Ana terkejut dan terkilan mendengar ayat itu keluar dari mulut Si Kamil. Sesuatu yang
tidak pernah dijangakakan oleh Ana. “Abang janji akan mencurahkan segala kasih sayang
abang ke atas Ana.” “Abang akan pastikan Ana tidak akan menyesal menjadi isteri abang.”
Mungkin abang tidak sempurna di mata Ana seperti Allahyarham tetapi abang akan cuba
sedaya upaya untuk menjadi seorang suami yang sempurna untuk Ana. Si Kamil membuka
perbualan pertama mereka sebagai suami isteri. Ana hanya terkilan dan tidak dapat bertutur
mengambarkan perasaanya terhadap Si Kamil lalu hanya berpeluk erat tubuh gagah Si Kamil
dan air mata membasahi pipi Ana. Hanya bulan menjadi saksi permulaan kisah cinta sepasang
suami isteri.
NISHA AMBALAN

BULAN JADI SAKSI.pdf

  • 1.
    Ana masih lagitidak bersedia untuk menerima lamaran ini! “Umi sudah berkali-kali menjelaskan kepada Ana,betapa baiknya Si Kamil tu.” Umi pasti hidup Ana akan bahagia jika Ana mengahwini Si Kamil. Percayalah Ana! Air mata membasahi pipi Umi. Rintihan perasaan seorang ibu demi kebahagian anakya. Namun, apakah daya aku sebagai seorang wanita yang biasa untuk membantah perkahwinan ini apatah lagi direstui oleh Umi ku sendiri… Walaupun Ana tahu betapa tekalnya Umi dalam keputusan ini,namun dia tidak dapat melupakan Si Farid. Farid merupakan jejaka pilihan Ana ketika di zaman universiti dahulu. Cinta pandang pertama setiap kali dikenang tidak pernah hilang kesenyuman di bibir Ana. “Aik peliknya ratu hati abang mula pandai merajuk?” Sepanjang 6 tahun terjalin hubungan mereka sebagai kekasih,namun ini adalah kali pertama Farid melihat Ana merajuk disalut marah jugak. Farid berkata, “abang tahu ini adalah salah abang dan abang janji tidak akan mengulangi kesalahan ini”siap berangkat tangan Si Farid dalam usaha menekankan janjinya. Gelagat Farid direnung dan dibalas oleh Si Ana, “Ana cuma merisaukan keselamatan abang, tidak salah kita mencari pendapatan lebihan tetapi kita perlukan pastikan keselamatan kita tidak terganggu abang !” Alhamdullilah, abang tidak terlibat dalam kemalangan semalam,bayangkan apa akan terjadi jika benar benar berlaku? marah Si Ana. Ana amat risau, dia sebenarnya tidak suka Si Farid berkerja sambilan sebagai penghantar Grab Food. Bagi Ana, pekerjaan ini kurang selamat apatah lagi jika malang tidak berbau. Semalam, Si Farid hampir menjadi mangsa kemalangan sebuah kereta Honda City. Hal ini berpunca apabila motosikal yang ditunggang oleh Farid gagal memakan brek. Nasib baik, Farid berjaya mengawalnya kerana dia tidak menunggang motosikal dengan laju pada ketika itu. Hari ini merupakan peperiksaan terakhir untuk Farid dan Ana. Kedua duanya merupakan pelajar jurusan terakhir kejuruteraan di Universiti Malaya. Berakhirnya peperiksaan ini, Ana akan pulang ke kampung halaman. Dia ingin bersama dengan ibunya buat seketika sebelum meneruskan internship di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Manakala, Si Farid pula tidak pulang ke kampung halaman kononnya mahu menyambung kerja Grab Food yang digemarinya. Ana tahu Farid suka benar menjalankan kerja sebagai “Grab Rider”. Abang akan rindu kat Ana, jangan lupa balas mesej abang tau! “Jangan jangan jumpa Umi terus lupa kat abang, sengaja” Farid sindir Ana. “Ishh abang ini, dahlah Ana sedih tak boleh jumpa abang selalu,ni kan abang boleh perli Ana lagi,jahat tau abang ni!” Ana mula marah sayang kat Si Farid. Farid cuma senyum lalu mendakap erat tubuh kecil Ana sempat mencium dahi Ana lalu berbisik di telinga Ana,” Abang tahu apa yang bermain di fikiran Ana ketika ini. Tak payah sedih sangat sebulan jea,masa akan berlalu cepat.” Kita masih lagi boleh buat video call ,mesej ,call. Abang pon rindu kat Ana jugak. I love you babe! – Dakapan erat Farid melegakan Ana namun dia tidak sanggup melepaskan dakapan itu sempat Ana berbalas -I Love You too. “Dah, tak payah nangis-nangis, lap pipi tu, cepat naik bas tertinggal nanti, bising pulak salahkan abang jugak!” Farid sengaja menamatkan perbualan itu agar kerinduan tidak akan berterusan. Ana sempat tepuk kecil di dada Farid lalu naik bas Sani Ekspress yang tidak sabar memulakan perjalanan ke destinasi. Senyuman rindu terpapar di kedua dua wajah mereka. Bas beredar dari situ.
  • 2.
    Genap dua tahunberlalu, Allahyarham Farid meninggalkan Ana. Walaupun hari, bulan dan tahun berlalu, namun bagi Ana, dia masih lagi tidak dapat menerima pemergian Si Farid. Baginya, dia masih lagi membayangi dan merindukan wajah tampan Si Farid yang sentiasa berseri. Segala hadiah,kenangan dan semua janji yang Farid berikan masih lagi bersama Ana. Setiap kali memandu kereta Jazz miliknya di jalan raya,dia amat trauma melihat “Grab Rider” yang masih lagi pecut menunggang motosikal. Satu kemalangan jalan rayalah yang telah meragut nyawa Si Farid-ketika dalam perjalanan untuk membuat penghantaran makanan. Itulah berita yang diterima oleh Ana dari pihak keluarga Si Farid. Ana pun tidak sanggup untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemergian Farid kerana Ana tahu dia tidak ada ketabahan untuk menerimanya. Beberapa minit tadi, Ana Syaidatul telah disahkan menjadi isteri kepada Kamil Jaafar juga seorang jurutera di Petronas Malaysia. Ana cuma ingin mengembirakan hati Uminya,kerana dia tiada pilihan. Pilihan hanya wujud jikalau ada dua benda bertentangan,tetapi dalam babak hidup Ana, Tuhan tidak memberikan pilihan tersebut. Tuhan yang Maha Esa akan sentiasa merahmati hidup and menunjukkan jalan yang betul untuk kita. Itulah yang dipercayai oleh Ana. Dia telah menyerahkan babak seterus dalam hidupnya ditentukan oleh Tuhan yang Maha Pengasih. Ana sedar tiba masanya untuk dirinya mengumpul segala kenangan,sentuhan dan janji yang dihulurkan oleh Farid disimpan dan dikunci dalam peti hatinya. Suka tak suka, Ana ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada Si Kamil. “Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan abang di dalam hidup Ana”, Ana dikejutkan oleh suara garau Si Kamil. Ana yang berdiri di depan cermin biliknya terus menoleh kearah kedatangan Si Kamil. Reaksi yang diberikan oleh Ana hanyalah satu senyuman kecil. Si Kamil pula terus memegang tangan Ana-kedua duanya bertentangan mata, ini merupakan kali pertama Si Kamil berada terlalu dekat di depan Ana,mula berpeluh tubuh Ana. “Abang tahu segala cerita silam yang pernah berlaku dalam hidup Ana”,-Umi pernah ceritakan kepada Abang. Ana terkejut dan terkilan mendengar ayat itu keluar dari mulut Si Kamil. Sesuatu yang tidak pernah dijangakakan oleh Ana. “Abang janji akan mencurahkan segala kasih sayang abang ke atas Ana.” “Abang akan pastikan Ana tidak akan menyesal menjadi isteri abang.” Mungkin abang tidak sempurna di mata Ana seperti Allahyarham tetapi abang akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang suami yang sempurna untuk Ana. Si Kamil membuka perbualan pertama mereka sebagai suami isteri. Ana hanya terkilan dan tidak dapat bertutur mengambarkan perasaanya terhadap Si Kamil lalu hanya berpeluk erat tubuh gagah Si Kamil dan air mata membasahi pipi Ana. Hanya bulan menjadi saksi permulaan kisah cinta sepasang suami isteri. NISHA AMBALAN