Cinta tak pernah layu tetapi kita sebagai manusia yang melayukan
                        rasa cinta itu sendiri.
                          -SAKURA BIRU-


“PANGGGGGG”…….Terkejut mendengar bunyi itu, aku yang dari
tadi susah untuk fokus pada kerja tidak jadi meneruskan kerja-kerja
yang bertangguh. Apalagi la orang muda tu gaduh dalam hospital ni.
Tak malu ke semua orang melihat, sekurang-kurangnya mahu
bergaduh, tidak bolehkah kalau tidak di depan orang. Mahu tunjuk
yang kita ini lelaki yang panas baran? Begitukah cara kita melayan
isteri. Seorang isteri tempatnya di sisi suami. Isteri bukan untuk
disakiti   tapi untuk dilindungi. Itu tanggungajawab suami, bukan
memukul,menampar,       malah    menjadikan       isteri   tempat   untuk
melepaskan perasaan. Hati wanita terlalu rapuh sekali apabila dia
terluka, amat payah untuk diubati. Ermmm..Begitukah perasaan fatin
kalau nanti diperlakukan begitu? YA ALLAH, aku tidak sanggup
melepaskan Fatin menjadi milik lelaki lain. Tiba-tiba wajah Fatin
bagaikan berada di setiap sudut ketika ini. Aku mulai bingung. Ya,
dia bukan isteriku tapi aku berjanji akan memperisterikannya, aku
janji akan melindungi dia seumur hidupku. Aku mahu jadikannya
bidadari ku dunia akhirat. Aku janji.


Aku menatap lama wajah mulus itu di dalam dompet. Wajah itu
sudah lama ku tidak jumpa. Terasa rindu sangat menyiksa. Meronta-
ronta supaya aku berjumpa dengannya. Tapi apakan daya, tugasku
yang paling utama.tanggungjawab seorang doktor adalah membantu
pesakit. Malah Mengubati pesakit dan menjaga pesakit. Tapi, aku
sendiri tidak mampu merawat hatiku sendiri. Berkali-kali aku

1|Page
menidakkan takdir, aku cuba melepaskan Fatin tapi kenapa perasaan
itu tetatp juga tidak mahu pergi. Wahai masa, andai dapat ku undur
kembali, aku mahu pulang ke waktu dahulu. Tidak mahu dalam
keadaan begini. Tertekan dengan perasaan sendiri. Kalau la aku tahu
jadi begini, biarlah aku tidak berjumpa sdengan Fatin satu waktu
dahulu. Aku menyesalkah?oh Tuhan….Aku meraup wajah. Seakan-
akan jiwaku kosong.


“Doc, awak okay??”. Tiba-tiba seorang nurse menyapa. Arghh.
Kelam kabut dibuatnya.


“Eh..Oh..No.No…Saya Okay”. Aku Cuma tersengih macam kerang
busuk.malu pun ada.macam mana la aku boleh mengelamun.
Fatin..Fatin…Penangan      dirimu     membuatkan    diriku   asyik
mengingatimu.


“Jauh jer termenung. Doc teringat sape? Mak we erkk”. Nurse muda
itu tidak puas hati kepada jawapanku.Kalau aku bagitahu aku
teringatkan ibu aku, itu bermakna aku berada di zone selamat. Tapi
kalau aku bagitahu tentang Fatin, bocor la rahsia aku. Mesti macam-
macam soalan dia tnya nanti. Tak sanggup aku nak jawab.nurse muda
ni bukan boleh percaya sangat. Nanti karang, tak pasal-pasal kecoh
satu hospital yang aku angau kat Fatin. Oh tidak. Bak kata siti
Nurhaliza,biarlah rahsia. Aku tersengih.


“Ishh..Mana ada.Tak ada orang yang sudi”. Aku cuba pancing ayat
aku.Mana tahu nurse ni tersangkut kat aku. Haha..Lagipun dia
comel,putih,manja.apalagi yang aku nak. Tapi….Fatin lagi cun.

2|Page
Haha.Dia buat aku gila bayang.Sori yee cik adik nurse,dalam diam
saya dah suka orang lain.


“Eleh doc, takkan la orang hensome cam doc ni tak de orang
nak.Kalau tak de,saya sudi”.Nurse ni cuba bersikap gedik. Dah mai
dah manja dia. Boleh buat aku cair ni.Hati seorang lelaki, boleh
tergoda ni.Minah ni, tak de kerja laen ke nak buat.Arghh..Aku harus
selamatkan diri.


“Ishh..Yang awak ni, tak de kerja ke?”.Pura-pura buat serius plak
aku..Dalam hati ketawa melihat muka nurse ni.Dah macam sambal
belacan , serba salah jadinya.


“Er..Er…Sa..Saya pergi dulu doc..Maaf ganggu.”….Nurse tu kelam
kabut   berlalu    pergi.   Baru   padan   muka.   Nak   ngorat   aku
kononnya.Maaf la ye, hati saya dah ada orang isi..Cik Fatin yang
isi.Aku meneruskan kerja-kerjaku. Aku tolak tepi dulu ingatan ku
pada Fatin. Karang sambung balik. Hehe.




3|Page
Hidup mengajar kita untuk lebih bersemangat bukannya lemah
                      pada takdir yang tertulis.


Malam yang suram. Sesuram perasaan di hati. Aku terus mengadap
laptop ni. Mata pun dah naik berpinar mengadap kerja-kerja yang tak
pernah habis ni. Menganalisis penemuan-penemuan baru, mencari
fakta,bukti dan segala macam kajian perubatan. Inilah pengorbanan
seorang doctor. Siang di hospital, malam plak mencari fakta-fakta
tentang penyakit. Hampir seluruh kehidupan terpaksa bersama
pesakit-pesakit. Bukan untuk mengeluh tapi untuk memberitahu
seluruh kehidupan masyarakat bahawa kami di sini bukan setakat
belajar bagaimana mengubati tapi kami belajar tentang nilai-nilai
murni juga. Hanya penghargaan yang kami mahukan. Bukan tomahan
dari kalian. Ya, aku banyak mendengar tomahan dari kalian,
kononnya kami lambat memeriksa pesakit, makan gaji buta dan
sebagainya. Tapi tidak mengapa, ALLAH yang nilai bukan kalian.
Yang penting kami menjalankan amanah. Manusia oh manusia. Tak
pernah sunyi dari bermacam cerita. Mak..Itulah yang keluar dari bibir
ku saat ini. Ingatan pada mak tak pernah hilang. Mak, anak mu di
sini sentiasa mengingati pesan mak. Mak pernah berpesan, menyuruh
diriku sentiasa sabar. Sabar dalam semua situasi. Itu lah mak, wanita
yang tak pernah lupa memberi nasihat. Tanpa mak, aku tidak
mungkin menjadi seperti hari ni. Mak, zaf rindu mak. Kalau la mak
ada di sisi zaf, ingin sekali zaf luahkan perasaan zaf ini. Tapi mana
mungkin semua itu akan zaf lakukan. Zaf tak mahu membebankan
perasaan mak. Cukup la mak dah bersabar dalam membesarkan zaf
sehingga zaf menjadi manusia berguna seperti hari ini..



4|Page
Jari-jari terus menaip. Mencari fakta-fakta tentang penyakit biarpun
jiwa kala ini tersangat kosong. Wajah comel di dalam gambar
berbingkai kaca di sebelah tetap terus menenami ku. Wajahnya
ayu,tersenyum. Kalaulah Fatin ada saat ini, pasti aku tidak akan
berasa kosong seperti saat ini. Fatin, zaf doakan moga suatu hari
nanti pintu hati Fatin akan terbuka untuk terima Zaf. Zaf betul-betul
ikhlas untuk Fatin. Fatin la bidadari Zaf dunia akhirat. Sedang asyik
melayan perasaan, aku terlelap di birai katil. Penat yang kurasakan
mematikan diriku seketika di situ. Biarkan aku mati seketika bersama
perasaan yang kosong itu.




5|Page
Cinta itu gelisah, terluka dan air mata. –Zafril Luqman-


“Fatin, apa kurangnya Zaf? Tak adakah sekelumit perasaan Fatin
buat Zaf?”. Aku terus mengajukan soalan demi soalan untuk Fatin.
Pertemuan yang singkat namun cukup bermakna bagi diriku.


Fatin hanya memandangku. Serba salah jelas diwajahnya. Aku tahu,
hatinya telah dicuri oleh mamat photographer tu. Aku juga yakin,
Fatin sayangkan aku. Kalau tidak,masakan dia akan melayan ku
sebaik begini. Arghh..Aku terlalu memaksa Fatin. Tapi jika aku tidak
berkelakuan begini, jiwa aku yang seksa. Hampir tiga tahun aku
menagih kasihnya, kenapa sehingga ke hari ni aku tak mampu
memilikinya. Tewaskah aku? Tidak mungkin, aku seorang yang tidak
pernah mengenal putus aku. Aku akan berjuang demi cintaku.


“Zaf, Zaf tidak ada kurangnya. Cuma bagi Fatin masa. Fatin tak
mahu membuat keputusan terburu-buru. Fatin tak nak ada hati yang
terluka nanti”.


“Ooo…Fatin takut kehilangan mamat tu ke sampai fatin payah sangat
nak terima Zaf...Hebat sangat ke dia ? Boleh bagi Fatin kebahagiaan.
Hari-hari bergambar, tangkap sana, tangkap sini. Boleh kenyang”.
Api kemarahanku tercabar. Kala ini ku tak mampu menahan emosi.


“Zafff………Enough. Jangan seksa Fatin”. Ternyata ada manik-
manik jernih di wajah comel itu. Kala ini, aku terpempan. Apa yang
aku dah buat ni. Fatin, maafkan Zaf..



6|Page
“Seksa? Zaf seksa macam mana tu? Bagitahu Zaf. Seksa Zaf, Fatin
tak tahu? Malah tak ambik perduli langsung ”. Aku memegang
bahunya. Mahukan kepastian.


“Fatin sayang awak tapi Fatin tak boleh tinggalkan dia. Awak kena
faham Zaf, saya suka dia tak bermakna saya sayang dia seperti saya
sayang awak.Fatin sukakan dunia photo. Zaf kena faham.” Fatin
menerangkan..Ada air hangat di pipinya. Aku terus menyeka air mata
nya. Tak mampu aku melihat ada titisan jernih di pipinya. Aku tak
mahu menyakitinya. Maafkan zaf sekali lagi sayang.


“Maafkan zaf”…Aku tertunduk memandang rumput. Tak sanggup
aku memandang wajah perempuan yang aku sayang.


“Zaf,pandang fatin. Fatin mintak maaf kalau cara fatin ni melukakan
hati zaf. Cuma sekarang fatin tak mahu terikat dengan sesiapa. Fatin
nak bebas. Fatin tak nak sakiti hati siapa. Fatin kena jaga hati dia, dan
Fatin juga kena jaga hati Zaf, insan yang Fatin sayang dalam senyap.
Zaf, please. Tengok mata Fatin, percaya pada ketentuan ALLAH.
Kalau Zaf betul-betul untuk Fatin, insyaALLAH Fatin akan menjadi
milik Zaf nanti.


“Fatin, Zaf tak mampu kehilangan Fatin.” Ayat yang simple dariku
tapi cukup bermakna. Fatin mengangguk.


“Zaf,kalau Zaf sayangkan Fatin, Zaf kena faham Fatin. Fatin tak
mahu terima Zaf dengan kasihan, simpati. Itu bukan cinta namanya.”



7|Page
“Tapi..Cinta boleh dipupuk”. Aku cuba memotong kata-kata Fatin.


“Ye.Tapi bagi fatin masa, sedikit ruang kebebasan untuk Fatin”. Aku
terus senyap. Tak mampu untuk berkata-kata.


Fatin bermonolog sendirian.


“Zaf, saya sayang awak. Tapi keadaan yang buat kita seperti ini. Saya
tak nak api cemburu ini memakan perhubungan kita. Saya mengerti
perasaan awak. Kalau saya tidak berkeadaan macam ni, saya tidak
tahu apa yang akan berlaku nanti apabila saya menjadi milik awak.
Sekurang-kurangnya saya dapat mengenali awak. Saya dapat
mengenali sikap awak. Zaf, saya Cuma inginkan lelaki yang terbaik
untuk saya. Untuk bakal anak-anak saya. Cuma sekarang, beri saya
waktu,bebas dalam membuat keputusan.keputusan saya bukan untuk
meninggalkan awak Zaf tapi beri saya waktu untuk bernafas. Saya nk
bina kerjaya saya sendiri tanpa bantuan siapa. Saya juga mahu hebat
seperti   awak.Keputusan      saya    ini     juga   bukan     sebab
Amir,photographer tu tapi sebab kehendak hati saya..Maafkan saya
,Zafril Luqman”.


“ Baiklah, walaupun sedikit kecewa di hati Zaf, Zaf merelakan.”
“Terima kasih, insyaALLAH bila dah tiba masanya nanti, Fatin akan
kembali. Kembali menjadi milik Zaf yang abadi”.


Aku mengangguk lemah. Sayu diwajahku tidak dapat menutup
kekecewaan di hatiku. Hujan yang turun ketika ini seakan turut
menangis memahami kesedihan hatiku. Kalaulah Fatin mengerti apa

8|Page
yang aku rasa, sungguh dia pastinya terus menerimaku. Tapi apakan
daya, perasaan tidak boleh dipaksa.


“Ermm…Zaf, Fatin ada perkara nak bagitahu Zaf”.


“Apa dia? Cakaplah”. Keadaan ketika ini begitu dingin sekali. Aku
begitu lemah. Kenapa aku boleh lemah bila berhadapan dengan
wanita seperti fatin. YA ALLAH, tabahkan hatiku. Aku kena
kuat.janjiku.


“Bulan depan Fatin akan ke makkah, Menunaikan umrah. Doakan
Fatin selamat pergi dan selamat pulang. Fatin berangkat bersama
mama dan daddy.”


Aku sedikit terkejut tapi cuba mengawal keadaan. YA ALLAH, aku
mencintainya kerana agama yang ada dalam dirinya. Jadikan dia
bidadariku,YA ALLAH..


“Zaf sentiasa doakan yang terbaik untuk Fatin. Apabila tiba kat sana
nanti, jangan lupa doakan Zaf jugak.”.


Fatin tersenyum manis. Sungguh manis semanis orangnya. Beruntung
siapa yang memilikinya. Cantik, bijak, beragama. Cukup lengkap
sebagai seorang wanita solehah.YA ALLAH, semakin kuat cintaku
padanya.aku tak sanggup kehilangannya.


“Zaf, Fatin minta maaf atas segalanya. Fatin buat begini bukan
bermakna fatin tidak sukakan Zaf tapi untuk waktu ini, Fatin nak bina

9|Page
kerjaya Fatin, masa depan Fatin, Fatin yang tentukan. Zaf, inilah
jalan yang fatin pilih.Harap Zaf hormati keputusan Fatin.” Jelas rasa
bersalah Fatin, namun apakan daya, aku terlalu mencintainya dan aku
relakan keputusan itu andai itu yang terbaik untuk dirinya. Sekeping
kad dihulurkan buatku.Kad berwarna biru muda itu,simple tp cukup
bermakna bagi lelaki sepertiku. Aku tersenyum dalam paksaan.
Pertemuan itu bukan pertemuan yang panjang. Kekangan masa
memaksa aku untuk balik segera kerana tanggungjawab ku di sana.
Pesakit-pesakit memerlukan aku saat ini.




10 | P a g e
Biarkan cinta ini seindah lavender bukan serapuh daun maple. Andai
   persahabatan itu lebih indah dari percintaan.kerana sayang, dikau
                          kujadikan sahabat.
                          –Fatin Amirah Lee-


My dear Zafril luqman,
When I am alone,
You are always there for me,
When I am sad,
You are always there to raise my heart,
When I am happy,
You share the happiest time with me..


Thanks for caring, loving,
You are special gift for me..
Then, you are special someone for me…


Sincerely,
Fatin amirah Lee


Kad berwarna biru muda itu ku buka dan ku baca. Aku terpempan.
Sungguh, aku tidak menyangka Fatin hargai kehadiranku selama ini.
Hatiku berbungga saat ini. Sekarang aku mengerti kenapa Fatin buat
semua ini. Dia terlalu ingin menjaga hubungan ini. Aku tahu dia tak
mahu hubungan ini sia-sia. Orang kata, selalunya persahabatan akan
berakhir dengan percintaan tapi tak semua percintaan akan berakhir
dengan persahabatan. Ye, aku mengerti lagi. Andainya kami bercinta


11 | P a g e
dan berpisah, keadaan makin parah.makin mengecewakan. Tak
mungkin kami akan berkawan lagi. Dia buat begini sebab dia
sayangkan aku. Cinta??cintakah dia padaku?tapi naluri ku cukup
kuat, dia mencintaiku dalam diam.aku pasti kerana selalunya naluri
manusia jarang sekali salah. Aku tersengih sendirian.
Tut...tut….ada pesanan di telefon ku.


“Hubby, Mia nk jumpa sekejap kt tasik depan hospital”.


Hubby? Mia ni tak habis-habis panggil hubby. Hubungan kami dah
berakhir. Apalagi la yang nak dari aku. Malas betul nak berjumpa
dengannya. Kalau dah hubungan berakhir tu, berakhir je la. Aku tak
kacau dia dan dia jugak tolonglah jangan kacau jiwa aku. Jiwa kacau
jadinya. Cinta?? Tolong pergi jauh-jauh. Aku tak cintakan dia.
Cukuplah apa yang dia buat pada aku. Sakitkan hati aku, maki aku.
Aku ni dah jadi macam tempat dia melepaskan perasaan geram. Dia
ingat aku apa? Tong dram ke? Tak ada perasaan. Tolong ye, ini Zafril
Luqman. Lelaki yang banyak bersabar dengan kerenah manusia
bernama Mia Dalilah. Cukuplah. Sayang? Ye, aku masih sayangkan
kau tapi sayang seorang teman bukan kekasih. Beza tu. Harap nanti
jumpa dia aku tak jatuh cinta lagi. Wajah comey dia tak mampu lagi
mengetarkan jiwa lelaki sepertiku. Kalau dulu, mungkin. Aku rela
buat apa sahaja tapi bukan sekarang. Hanya Fatin yang aku mahukan.
Fatin dan Mia, wanita yang cukup berbeza. Fatin baik,pandai
memgambil      hati   orang   tua,   bijak,beragama.    Cukup   untuk
membahagiakan aku. Mia? Apa yang ada? Perempuan manja,
kadang- kadang tak boleh berdikari,cantik sahaja tak cukup kak oi.
Sayang saya pon untuk Cik Fatin sorang jer.Hehehe

12 | P a g e
“Sorrii Mia. I banyak kerja kat hospital”. Malas bebenar nak melayan
si Mia. Karang tak jumpa, Mula la cakap aku bukan-bukan. Kononya
tak nak jumpa dia dah. Ishh..payahnya jadi orang yang terlalu
menjaga hati orang lain ni. Hati aku sikit pun dia tak jaga.Selama ini
aku rela buat apa sahaja asalkan dia bahagia. Aku menderita sorang-
sorang tak ada pulak dia kisah. Arghh…Mia.. tolong pergi jauh-jauh.
Aku tak mahu jumpa kau dan selamanya aku tak akan jumpa kau.
Buat mood aku hilang jer.




13 | P a g e
Lepaskan cinta andai ia menyakitkan. Tapi mana mungkin
                     tinggalkan cinta Fatin.
5 Tahun Kemudian, Kenangan Bersama Fatin Tetap Di Hati.




Aku mundar mandir dari tadi. Hendak berdiri tidak kena, hendak
duduk apatah lagi tidak selesa. YA ALLAH, Fatin kah yang aku lihat
td?Aku meraup mukaku. Kalau fatin, kenapa dia muncul kembali
dalam hidup aku sedangkan dialah kenanganku. Zafril Luqman, kita
tidak boleh hidup dalam kenangan tapi kamu kena relakan kenangan
itu hidup dalam diri kamu. YA ALLAH, kenapa gadis yang aku
terlalu sayang muncul kembali? Mahu menambah dukakah?Mahu
merobek hati ku sehingga tiada ruang bahagia di hati aku?Mahu
membunuh perasaan aku?? Lima tahun dulu sudah cukup buat aku
merana. Fatin akhirnya memilih untuk bersama Amir, pergi
tinggalkan aku sehinggalah aku membawa diri ke utara semenanjung.
Di sini jugalah aku berjumpa dengan Qistina Balqis dan di sini
jugalah aku menyulam bahagia setelah kehilangan cinta Fatin. Qis
yang banyak menolong aku untuk menjadi seorang yang kuat
semangat, dan terus membakar semangat aku untuk terus tabah
walaupun kehilangan Fatin. Bukan mudah untuk lepaskan Fatin dan
terima kenyataan bahawa Fatin bukan untukku lagi tapi Qis Berjaya
menyakinkan aku yang cinta sejati walau ia pergi, ia tetap datang.
Akhirnya aku jatuh cinta kepada Qis atas kebaikan dia selama ni.
Kenapa fatin sanggup buat aku begini. Dia memilih mamat tu dari
aku.Apakah tidak layak aku untuk dirinya,tak layakkah aku memberi
bahagia? Tapi aku yakin, Fatin buat semua ini bukan kerelaan
dirinya. Aku pasti ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan dari aku.

14 | P a g e
Arghh..tiba-tiba kenangan lama datang,menganggu fikiran aku.
Kenangan sewaktu aku mendapat tahu yang aku akan kehilangan
Fatin. Aku teringatkan peristiwa itu. Kotak fikiran mengimbas
peristiwa itu kembali.


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kelihatan kelibat seorang lelaki
sedang mundar mandir       memikirkan sesuatu. Macam ada sesuatu
yang cemas bermain di fikirannya. Tanganya mengenggam erat
telefon bimbit jenama Blackberry. Matanya asyik tertumpu pada
skrin telefon itu tanpa berkelip-kelip. Lelaki itu tak lain tak bukan
adalah Zaf. ..Seorang doktor yang masih mencari cinta sejatinya.


Tut..tut……Bunyi mesej dari telefon bimbit. Kelihatan Zaf terburu-
buru membaca pesanan dari telefon bimbit…Hati kecilnya berdetik “
. Mungkin ini mesej dari Fatin”.


Bibirnya terukir senyuman. Namun senyuman itu menjadi pahit.
Tiba-tiba mukanya berubah.. bukan mesej dari Fatin diterimanya tapi
mesej dari mamat photographer tu.


”Ape lagi mamat ni nak’.Hati kecil zaf berdetik lagi.


“ Kau tak payah nak bagitau semua benda pasal kau kat Fatin..Kau tu
tak ada pape dengan dia”. Bunyi mesej itu membuat darah mudaku
berderau. Tiba-tiba aku hilang kawalan. Aku tidak dapat berfikir
dengan waras. Selepas menarik nafas dalam-dalam dan hembus .Aku
pandang balik skrin telefon itu.Sambil berfikir.



15 | P a g e
“Apa ertinya semua ini. Jangan-jangan laki ni dah couple ngan
Fatin”. Argghhhhh aku mendengus dalam hati.Penasaran jadinya.
Aku juga berdoa agar apa yang bermain di fikiranku ini tidak benar”.


Aku meneruskan juga tanggungjawabku sebagai seorang doctor
walaupun dalam benak fikiranku penuh dengan bebanan masalah
yang tidak mampu aku selesaikan.aktivitiku serba tidak menjadi hari
itu.


“Hai doctor..jauh termenung..Ade masalah ke…Ni mesti masalah
makwe ni…Kan doctor kan?”. Tegur jururawat muda itu.eiii minah
ni,tak habis-habis kacau aku. Lamunanku tiba-tiba terhenti dan aku
sempat menjawab pertanyaan tadi.


“ Tak adalah.. Saya okay saje. Tengok muka saya ni” . Sambil aku
ukir senyuman. Dalam hatiku berdetik


“Aku terpaksa ukirkan senyuman ini walaupun ku tau senyuman ini
adalah palsu semata-mata.”


Aku tekadkan hati. Malam nanti aku mesti bertanya si Fatin apa
status hubungan dia dengan mamat photographer tu. Hatiku jadi tak
keruan..


Pada Malam itu. Aku capai telefon bimbit di sudut katilku sambil
menaip mesej di skrin telefon.




16 | P a g e
“ Fatin, Zaf nak tanya sesuatu ni. Fatin ade keluar dengan lelaki tu ke
tadi.Dia ada mesej Zaf tanya kenapa mesej Fatin.Zaf terkejut tau.
Fatin ade hubungan apa-apa ke dengan dia? Fatin dah declare couple
ke dengan dia?”. Aku menekan butang hantar. Seketika kemudian,
….Tut..tut ….Satu pesanan masuk ke dalam inboxku..Aku cepat-
cepat membukanya..


” Zaf, Fatin tau mungkin Zaf sukar untuk menerima apa yang bakal
fatin beritahu sekarang ni.Fatin dah declare couple dengan dia Zaf.
Fatin tak tau kenapa Fatin memilih dia.Fatin tahu Zaf sangat cintakan
Fatin.Zaf banyak berkorban untuk Fatin.Tapi Fatin bingung Zaf.
Fatin tak tahu adakah jalan yang Fatin pilih ini betul. Maafkan Fatin
ye Zaf”


Aku membaca mesej          itu dengan rasa sebak yang tiba-tiba
menyelubungi hatiku.Sedar tak sedar ada air bergenang di kelopak
mataku.Namun aku masih kuat. Aku gagahkan diri untuk membalas
mesej itu .


” Tak mengapalah Fatin.Mungkin dia adalah yang terbaik untuk
Fatin.Tapi Zaf nak bagitau Fatin satu perkara.Kasih Zaf kat Fatin tak
pernah kurang walau sikit pun.Kalau Fatin ada masalah nanti, Fatin
boleh kongsi dengan Zaf..Zaf masih kawan Fatin selamanya”. mesej
itu dibalas dengan kesedihan yang menyelubungi segenap hatiku.


Tapi hati aku seakan-akan menidakkan yang Fatin pilih lelaki itu dari
aku. Arghh…Aku tertekan. Cukuplah masalah yang aku tanggung.
Aku sudah tidak kuat. Terlalu lemah rasanya. Buat apa aku mengejar

17 | P a g e
cinta yang aku sendiri tidak tahu di mana penghujungnya. Aku tidak
tahu apa silap ku. Tapi aku yakin, ada sesuatu yang Fatin
sembunyikan     dari   aku.   Tapi   mana    mungkin     Fatin   akan
menceritakannya lebih-lebih lagi kepadaku. Aku buntu saat ini. Ada
sirna antara kami, ada batas yang menghalang kami. Dia, Amir. Amir
yang merebut kasih dari aku. Dia yang ambil Fatin dari aku. YA
ALLAH, aku cinta Fatin. Air mata jantanku jatuh jua.


“Dammmm”…Bunyi itu mematikan lamunanku. Aku terus melulu ke
dapur. Rupa-rupanya ku lihat tin biskut yang jatuh dari atas cabinet
dapur. Aduhai, si comey ni buat hal lagi. Kucing parsi yang aku beli
tiga tahun dahulu. Aku mendukung si comey dan membawanya ke
balkoni rumah ku. Aku menghirup angin malam walaupun dadaku
terasa makin berdebar. Berdebar menanti esok. Aku harus
memberitahu hal sebenarnya kepada Qistina Balqis. Perempuan yang
selalu disampingku.dialah pembakar semangat aku untuk aku terus
menjadi seorang yang tabah. Dan dia juga la kekasih aku. Tapi
mampukah dia menerima semua ini? Aku yakin, kalau dia boleh
tabahkan aku,kenapa dia tidak boleh tabahkan diri sendiri.


Aku tidak mahu ada hati yang terluka. Tapi aku takut, aku takut pada
bayang-bayang sendiri. Pentingkan diri kah aku? Aku lepaskan Qis
demi cinta aku. Argghh..Aku semakin bingung. Kenapa aku menjadi
manusia terlalu kejam saat ini? Kenapa Qis yang perlu menjadi
mangsa aku. Tapi kalau aku teruskan hubungan ku dengan Qis, dia
juga akan terluka akhirnya. Aku sayang Fatin, aku sayang Qis. Salah
seorang perlu bekorban dan Qis adalah mangsa cinta aku. Aku harus
korbankan Qis demi cinta aku pada Fatin.

18 | P a g e
Qis,maafkan Zaf. Zaf buat semua ini bersebab. Sebabnya adalah Zaf
tidak boleh melupakan fatin. Fatin yang curi hati Zaf sejak dulu dan
bila Fatin hadir kembali dalam hidup Zaf, Zaf seolah-olah gila
dengan bayangan Fatin. Dialah perempuan yang Zaf sayang suatu
waktu dulu. Qis, terima kasih kerana hadir dalam hidup zaf. Terlalu
besar pengorbanan Qis untuk Zaf. Zaf tak mampu membalasnya dan
Zaf hanya mampu berdoa supaya Qis bertemu dengan orang yang
betul-betul cintakan Qis seperti Zaf yang sanggup tinggalkan Qis
demi Fatin.


Fatin, mengertilah. Bayangan Fatin ada di mana-mana. Semakin Zaf
lari,semakin bayang-bayang Fatin muncul. Bayang-bayang itu
Menghantui hidup Zaf. Sampi ke saat ini, zaf tidak boleh lupakan
Fatin. Zaf terima Qis selama ini sebab Zaf nak balas pengrbanan Qis
untuk Zaf tapi Zaf telah buat kesilapan besar dalam hidupnya. Zaf
terima dia semata-mata kerana ingin membalas budinya yang sentiasa
ada bersama zaf selama Fatin tidak ada untuk Zaf.


Ya ALLAH, kedua wanita ini terlalu beerti dalam hidupku. Wanita
yang memberi makna besar dalam kehidupanku. Aku mohon, berilah
aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.




19 | P a g e
Cinta itu penyatuan, dalam penyatuan, ada hati yang terluka dan
                      dia yang terluka adalah aku..
                            -Qistina Balqis-


Aku menjalani hari-hari ku.seperti biasa, aku menjalankah tugas ku
di hospital.tugas ku sebagai seorang doctor terus mencabar. Bukan
senang u tuk menjadi seorang doktor yang betul-betul mampu
menjalankan tugas dengan baik. Aku terpaksa bekorban masa demi
pesakit. Semua ini bagiku, alah bias tegal biasa. Inilah jalan yang aku
pilih dan aku harus mempergunakan dengan sebaiknya. Kerja
sepertiku melibatkan nyawa dan kesihatan seseorang. Kalau aku tidak
menjalankan tugas yang di amanahkan dengan teliti ini, masalahnya
akan timbul di kemudian hari. Kerja sepertiku sangat berisiko tapi
aku terlalu cintakan dunia medik seperti cintanya aku pada Fatin.
Kerisauan sentiasa ada dalam diri aku tapi aku tanamkan semangat di
dalam hati. Akhirnya aku mampu membiasakan keadaan aku dengan
keadaan sekeliling.


Dunia medik sangat mencabar tapi aku dapat laluinya dengan baik.
Kepuasan aku adalah apabila pesakit keluar dari wad dengan keadaan
yang sihat. Tapi dalam kepuasan aku, ada kepahitan yang terpaksa
aku lalui. Aku berdepan dengan kematian. Walaupaun aku cuba
merawat dengan sebaik mungkin tapi aku tidak boleh melawan
ketentuan Tuhan. Tugas aku menyelamatkan pesakit dan selebihnya
aku serahkan kepada ALLAH. Situasi yang sangat menyedihkan
tetapi inilah yang aku jalani. Di hadapan pesakit, aku akan bersikap
tenang tetapi jauh di sudut hati kecilku, aku sembunyikan tangisan



20 | P a g e
ini. Aku juga turut merasa penderitaan pesakitku. Tapi apakan daya,
aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan.


Di sini, aku belajar erti kehidupan. Aku belajar menjadi seorang yang
tabah, sabar dan sentiasa tenang dalam setiap situasi. Walaupun
cabaran bukanlah mudah unuk aku tempuhi, namun jauh di sudut itu
aku mendapat kepuasan dan keseronokan. Pengalaman yang aku
kutip selama ini, aku akan jadikan sebagai kenangan terindah dalam
hidupku.




21 | P a g e
Akan ku lepaskan jua air mata ini pergi agar hati aku bisa
membaluti luka yang kedua parahnya. Aku lepaskan cinta buat Zaf
                 walaupun ia sangat menyakitkan…
                           -Qistina Balqis-


Kali ini aku nekad, aku harus bagitahu Qis tentang perasaan aku. Aku
tahu Qis terluka namun aku juga tidak ingin berpisah dengan Fatin.
Kenapa sekali lagi aku harus korbankan Qis demi Fatin. Ya ALLAH,
aku betul-betul mencintai Fatin dan perempuan di depan ku ini juga
yang    telah   banyak    bekorban   untuk    aku.   Tegarkah      aku
memperlakukan perempuan yang telah banyak menolong aku selama
ni?


“Qis, Zaf ada perkara nak bincang dengan Qis. Zaf harap apa yang
Zaf sampaikan ini Qis boleh terima.”. Aku merenung lama gadis di
depanku. Mengumpual kekuatan, mencari semangat agar aku bisa
menceritakan tentang perasaan aku.


“Ye Zaf, bagitahu la, Qis dengar.InsyaALLAH, Qi cuba”. Qis
merenung mataku. Wajah comel itu terus tersenyum padaku tapi dia
tidak tahu yang senyuman itu akan bertukar tangisan sebentar
lagi.Maafkan Zaf.


“QIs, Sebenarnya……Sebenarnya….”. Arghh…Kenapa aku susah
untuk berterus terang? Wajah tenang itu terus membuatkan aku jadi
serba salah. Kalau dibiarkan makin menambahkan kesulitaan.




22 | P a g e
“Zaf, kenapa ni. Cuba citer. Bagitau dengan tenang”. Qis
menenangkan aku.


“Qis, sebenarnya Zaf jumpa Fatin”. Aku makin serba salah. Ternyata
ada perubahan di wajah comel itu. Wajahnya menjadi sungul tapi Qis
cuba untuk berkelakuan biasa walaupun senyuman itu adalah palsu.


“Zaf, Qis dah agak. Zaf akhirnya akan bertemu juga dengan Fatin.
Qis selalu bayangkan yang Fatin akan muncul dan hari ni, Qis betul-
betul bertemu dengan bayangan Qis sendiri”. Qis berlagak tenang
padahal hakikatnya, ada air hangat bergenang di kelopak matanya.


“Qis, maafkan Zaf. Zaf tak boleh menipu perasaan sendiri. Zaf tak
boleh lupakan Fatin”. Zafrilkah yang meluahkan ini? Qis seolah-olah
menidakkan perkataan yang keluar dari bibir milik Zafril Luqman.


Hati kecil Qis meluahkan rasa:


Zaf, qis terluka lagi. Dahulu, Qis nekad tidak mahu bercinta lagi
setelah Qis kecewa dengan cinta pertama Qis. Tapi kehadiran Zaf
membuka ruang sekali lagi untuk Qis terima Zaf. Qis ingat noktah
bahagia Qis bersama Zaf ini menjadi titik permulaan kepada
kebahagiaan Qis tapi Qis silap. Titik pertemuan ini ternyata adalah
titik bermulanya derita yang tidak berpenghujung.


Zafril , QIs takkan halang hubungan Zaf dengan Fatin. Qis tidak akan
merobohkan kebahagiaan Zaf dengan Fatin. Qis rela melihat Zaf
menganyam bahagia bersama fatin sedangkan Qis sendiri yang

23 | P a g e
menganyam derita. Peritnya perasaan, sakitnya jiwa di kala saat ini.
Qis sedih tapi kebahagian Zaf adalah Fatin. Sumpah, Qis benci
dengan keadaan ni tapi selama mana kebencian ini mampu Qis tanam
dalam diri yang akhirnya akan memakan jiwa Qis sendiri. Zaf, Qis
tidak pernah rela dengan takdir sebegini tapi Qis yakin ada sesuatu
yang ALLAH mahu anugerahkan buat Qis. Qis kena belajar
melupakan Zaf sedangkan Zaf la yang terus menemani mimpi Qis
selama ni. Semua ini seolah-olah mimpi. Kehidupan Qis di alam
mimpi lebih bahagia dan Qis mahu terus tinggal di sana tapi saat ini
Qis bangkit dari mimpi yang panjang. Lena Qis terjaga saat ini dan
inilah yang Qis terima.




“ Zaf, pergilah bersama Fatin. Kebahagiaan Zaf di sana dan bukan di
sini bersama Qis. Qis akui sejak kenal Zaf, Qis telah jatuh cinta
dengan Zaf. Hati Qis penuh dengan impian utuk hidup bersama awak
sehingga ke hujung nyawa. Zaf, Zaf bukan cinta pertama Qis tapi Zaf
juga bukan cinta terakhir Qis. Zaf memilih Fatin dari Qis. Maafkan
Qis andainya Qis tak sempurna untuk Zaf. Zaf, Qis sedar yang Qis
tidak boleh mengejar matahari. Semakain Qis kejar,s emakin ia lari
dalam kepekatan malam yang akan menjelma. Qis tidak boleh
memegang bayang-bayang matahari kerana ia tetap akan menhilang
diganti dengan cahaya bulan dan cahaya bulan itu adalah Fatin.
Pergilah zaf, Qis relakan”. Ternyata air mata gadis itu tetap tumpah
akhirnya. Kenapa aku sanggup melukakan hati orang yang sayang
pada aku?




24 | P a g e
“Qis, terlalu besar pengorbanan Qis buat Zaf. Zaf tak tahu kenapa
perasaan ini terus memburu Fatin. Andai kita teruskn hubungan ini,
hati Qis juga yang akan terluka nanti. Baiklah kiranya Qis menerima
hakikat ini.Maafkan zaf”. Aku tunduk. Aku tidak mampu menatap
insan yang banyak bekorban demi aku.


“Zaf, Qis tidak akan merebut hati yang bukan milik Qis. Qis sedar
Qis tidak sehebat Fatin”. Wajah comel itu sebak.


“Qis, please. Jangan menangis. Tangisan itu yang membuatkan zaf
terus bersalah. Qis tetap hebat di mata Zaf Cuma dalam takdir kita,
Qis yang banyak membuat pengorbanan. Qis selalu ada untuk Zaf,
selalu buat Zaf gembira dan sekaligus menghapus sedih Zaf selama
ini. Terima kasih Qis”. Aku memujuk hati gadis itu tapi ternyata
gadis itu terus menangis. Tangisan seorang gadis yang aku lukai.


“ Zaf, Qis pergi dulu. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih
sebab muncul dalam hidup Qis walaupun untuk sementara. Akan Qis
jadikan kenangan terindah untuk Qis”. Qis terus berlalu pergi. Ketera
Honda accord dipecut laju. Selaju dengupan jantungnya saat ini.


YA ALLAH, bantulah aku. Aku mengharapakan kau berilah yang
terbaik untuk Qis. Gantikan kesedihan Qis dengan kegembiraan. Dia
terlalu baik untuk aku sehingga aku merasakan aku tidak layak untuk
bersamanya.




25 | P a g e
Zafril, silap aku juga kerna jatuh cinta,insan sepertimu seanggun
bidadari, seharusnya aku,cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku
buka untuk mengintaimu.




26 | P a g e
Qis, maafkan Zaf. Sesungguhnya pertemuan kita adalah
  pertemuan yang indah walaupun Zaf mengkhianati cinta kita .
                             -Zafril Luqman-
                  Pernahkah kau merasa jarak antara kita
                 Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
                 Aku tiada percaya teganya kau putuskan
                Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
                          Kau pergi tinggalkanku


           Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
         Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
               Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
               Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


        Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
                           Aku pergi untuk dia


           Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
         Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
               Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
               Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia




               Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
               Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia




27 | P a g e
Bait-bait lagu ini mengingatkan cinta Qis yang tidak kesampaian.
Untuk apa dia perlu kejar cinta Zaf andainya tiada cinta di hati Zaf
untuk dia. Cinta kalau dipaksa akan jadi tidak ikhlas.antara mereka
bertiga, Qis yang perlu undur diri. Dia tiak boleh menjadi penghalang
kepada cinta Zaf dan Fatin dan tidak akan hadir di dalam takdir
antara mereka. Qis, hati mu setulus mutiara, terlalu indah.
Pengorbananmu     begitu   besar,   kau   yang    banyak   bekorban
masa,perasaan dan segalanya untuk orang yang kau sayang. Pergimu
takkan kembali.kehadiran mu dalam hidup Zafril begitu bemakna dan
sekali lagi, Qis kena pergi. Kehadiran Qis akan melukakan hati Zafril
lagi andai cinta Zafril untuk Fatin seteguh karang. Dia tidak ingin
menjadi penghalang kepada cinta insan lain .


Zafril, hadirmu adalah takdirku dan pergiku juga adalah takdir. Ya,
kita tidak boleh merubah takdir tapi kita boleh mencipta takdir kita
sendiri. Dan inilah takdir yang Qis ciptakan dan ia merobek hati Qis.
Cukup sekadar cinta buat zaf.




28 | P a g e
Akhirnya kau milikku. Noktah bahagia tidak akan aku matikan
    sampai di sini. Terima Kasih Tuhan kerana memberikan dia
        untukku. Bibir tidak mampu berbicara bahasa rasa.
                            –Zafril Luqman-


Dua insan dipertemukan sekali lagi. Zafril yang diberi peluang
merasa cinta Fatin dan Fatin yang bertemu cinta sejati bersama Zafril
Luqman.


Kad kahwin tertera nama Zafril Luqman dan Fatin Amirah.
Dan satu untuk Qistina Balqis, marah kah dia? Hancur kah hatinya?


“Abg, kenapa abang buat semua ni untuk Fatin?”.Akhirnya fatin sah
bergelar istri kepada Zafril.


“Abang buat semua ini sebab abang sayang fatin. Abang juga sangat
cintakan Fatin”. Zafril merenung lama Fatin. Terasa seolah mimpi
apabila dia akhirnya dapat memiliki Fatin,wanita yang dicintainya
bertahun lamanya.


“Abang, terima kasih kerana sudi terima Fatin walaupun Fatin pernah
lukakan hati abang”.ada air hangat di kelopak wanita itu. Zafril terus
mnyeka. Air mata itu adalah air mata penghargaan seorang insan
yang amat disayanginya.


“Sayang, cinta antara kita adalah takdir. Kasih sayang abang yang
mengikat kita hingga ke saat ini. Sayang abang buat Fatin tak terucap

29 | P a g e
dan abang akan pastikan tak ada sesiapa di antara kita”. Zafril terus
mengrangkul pinggang Fatin ke dalam pelukannaya dan Fatin
membalas pelukan itu. Kebahagiaan akhirnya milik Zafril. Ya, cinta
sejati memang wujud, ke mana ia pergi sekalipun,ia tetap akan
kembali, bersatu dalam doa.


“Cinta abang buat Fatin akan selamanya ke?”.


“Sayang, abang cinta Fatin seumur hidup abang. Kalau abang tak
cintakan sayang, abang tak rasa rindu setengah mati selama ni”.zafril
mencuit hidup istrinya. Terasa ada getar di antara mereka.


“Abang, Fatin tak boleh pergi jauh kalau tak nampak abang depan
mata Fatin. Fatin sayang abang dan Fatin janji takkan persiakan
abang”.


Mereka terus hanyut membuat perasaan, menganyam mimpi indah.
Inilah kesudahan cinta sejati antara mereka.
Qistina Balqis: cinta itu kadangkala perlukan pengorbanan yang tidak
berbelah bagi.Dia lepaskan jua air mata itu pergi,pergi membawa hati
yang luka sejauhnya. Hidup mesti diteruskan. Tangisan duka itu akan
pergi sehingga dia tidak mampu untuk menangis meratapi takdir ini.


                               C- Cinta
                               I- Indah
                              N- Namun
                              T- Terluka
                              A-Akhirnya

30 | P a g e
Zafril Luqman: cinta itu setia yang tidak berbelah bagi buat insan
yang disayangi. Sekarang bibir mulai tersenyum, tidak ada lagi
duka,kesedihan dan segalanya. Yang ada Cuma Fatin,wanita yang
disayanginya.


Fatin Amirah: Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan Zafril
Luqman buatku. Dialah nyawa ku. Teguhkan cintanya buatku. Aku
tidak ingin kehilangannya buat kali kedua. Sesungguhnya,cintanya
adalah cinta yang suci.Aku menyesal sebelum ini kerana tidak
menghargai pergorbanan dia buatku. Pintu hati seolah-olah buta
untuk    menilai   kebaikan   Zafran   buatku.   Sesungguhnya   YA
ALLAH,hanya Engkau yang layak membuka pintu hati hamba-
hamba-MU.Aku bersyukur akhirnya Zafril Luqman adalah jodohku.
Dia jualah yang terbaik untuk anak-anakku.




                              -TAMAT-




31 | P a g e

PELARIAN KASIH MEDIK

  • 1.
    Cinta tak pernahlayu tetapi kita sebagai manusia yang melayukan rasa cinta itu sendiri. -SAKURA BIRU- “PANGGGGGG”…….Terkejut mendengar bunyi itu, aku yang dari tadi susah untuk fokus pada kerja tidak jadi meneruskan kerja-kerja yang bertangguh. Apalagi la orang muda tu gaduh dalam hospital ni. Tak malu ke semua orang melihat, sekurang-kurangnya mahu bergaduh, tidak bolehkah kalau tidak di depan orang. Mahu tunjuk yang kita ini lelaki yang panas baran? Begitukah cara kita melayan isteri. Seorang isteri tempatnya di sisi suami. Isteri bukan untuk disakiti tapi untuk dilindungi. Itu tanggungajawab suami, bukan memukul,menampar, malah menjadikan isteri tempat untuk melepaskan perasaan. Hati wanita terlalu rapuh sekali apabila dia terluka, amat payah untuk diubati. Ermmm..Begitukah perasaan fatin kalau nanti diperlakukan begitu? YA ALLAH, aku tidak sanggup melepaskan Fatin menjadi milik lelaki lain. Tiba-tiba wajah Fatin bagaikan berada di setiap sudut ketika ini. Aku mulai bingung. Ya, dia bukan isteriku tapi aku berjanji akan memperisterikannya, aku janji akan melindungi dia seumur hidupku. Aku mahu jadikannya bidadari ku dunia akhirat. Aku janji. Aku menatap lama wajah mulus itu di dalam dompet. Wajah itu sudah lama ku tidak jumpa. Terasa rindu sangat menyiksa. Meronta- ronta supaya aku berjumpa dengannya. Tapi apakan daya, tugasku yang paling utama.tanggungjawab seorang doktor adalah membantu pesakit. Malah Mengubati pesakit dan menjaga pesakit. Tapi, aku sendiri tidak mampu merawat hatiku sendiri. Berkali-kali aku 1|Page
  • 2.
    menidakkan takdir, akucuba melepaskan Fatin tapi kenapa perasaan itu tetatp juga tidak mahu pergi. Wahai masa, andai dapat ku undur kembali, aku mahu pulang ke waktu dahulu. Tidak mahu dalam keadaan begini. Tertekan dengan perasaan sendiri. Kalau la aku tahu jadi begini, biarlah aku tidak berjumpa sdengan Fatin satu waktu dahulu. Aku menyesalkah?oh Tuhan….Aku meraup wajah. Seakan- akan jiwaku kosong. “Doc, awak okay??”. Tiba-tiba seorang nurse menyapa. Arghh. Kelam kabut dibuatnya. “Eh..Oh..No.No…Saya Okay”. Aku Cuma tersengih macam kerang busuk.malu pun ada.macam mana la aku boleh mengelamun. Fatin..Fatin…Penangan dirimu membuatkan diriku asyik mengingatimu. “Jauh jer termenung. Doc teringat sape? Mak we erkk”. Nurse muda itu tidak puas hati kepada jawapanku.Kalau aku bagitahu aku teringatkan ibu aku, itu bermakna aku berada di zone selamat. Tapi kalau aku bagitahu tentang Fatin, bocor la rahsia aku. Mesti macam- macam soalan dia tnya nanti. Tak sanggup aku nak jawab.nurse muda ni bukan boleh percaya sangat. Nanti karang, tak pasal-pasal kecoh satu hospital yang aku angau kat Fatin. Oh tidak. Bak kata siti Nurhaliza,biarlah rahsia. Aku tersengih. “Ishh..Mana ada.Tak ada orang yang sudi”. Aku cuba pancing ayat aku.Mana tahu nurse ni tersangkut kat aku. Haha..Lagipun dia comel,putih,manja.apalagi yang aku nak. Tapi….Fatin lagi cun. 2|Page
  • 3.
    Haha.Dia buat akugila bayang.Sori yee cik adik nurse,dalam diam saya dah suka orang lain. “Eleh doc, takkan la orang hensome cam doc ni tak de orang nak.Kalau tak de,saya sudi”.Nurse ni cuba bersikap gedik. Dah mai dah manja dia. Boleh buat aku cair ni.Hati seorang lelaki, boleh tergoda ni.Minah ni, tak de kerja laen ke nak buat.Arghh..Aku harus selamatkan diri. “Ishh..Yang awak ni, tak de kerja ke?”.Pura-pura buat serius plak aku..Dalam hati ketawa melihat muka nurse ni.Dah macam sambal belacan , serba salah jadinya. “Er..Er…Sa..Saya pergi dulu doc..Maaf ganggu.”….Nurse tu kelam kabut berlalu pergi. Baru padan muka. Nak ngorat aku kononnya.Maaf la ye, hati saya dah ada orang isi..Cik Fatin yang isi.Aku meneruskan kerja-kerjaku. Aku tolak tepi dulu ingatan ku pada Fatin. Karang sambung balik. Hehe. 3|Page
  • 4.
    Hidup mengajar kitauntuk lebih bersemangat bukannya lemah pada takdir yang tertulis. Malam yang suram. Sesuram perasaan di hati. Aku terus mengadap laptop ni. Mata pun dah naik berpinar mengadap kerja-kerja yang tak pernah habis ni. Menganalisis penemuan-penemuan baru, mencari fakta,bukti dan segala macam kajian perubatan. Inilah pengorbanan seorang doctor. Siang di hospital, malam plak mencari fakta-fakta tentang penyakit. Hampir seluruh kehidupan terpaksa bersama pesakit-pesakit. Bukan untuk mengeluh tapi untuk memberitahu seluruh kehidupan masyarakat bahawa kami di sini bukan setakat belajar bagaimana mengubati tapi kami belajar tentang nilai-nilai murni juga. Hanya penghargaan yang kami mahukan. Bukan tomahan dari kalian. Ya, aku banyak mendengar tomahan dari kalian, kononnya kami lambat memeriksa pesakit, makan gaji buta dan sebagainya. Tapi tidak mengapa, ALLAH yang nilai bukan kalian. Yang penting kami menjalankan amanah. Manusia oh manusia. Tak pernah sunyi dari bermacam cerita. Mak..Itulah yang keluar dari bibir ku saat ini. Ingatan pada mak tak pernah hilang. Mak, anak mu di sini sentiasa mengingati pesan mak. Mak pernah berpesan, menyuruh diriku sentiasa sabar. Sabar dalam semua situasi. Itu lah mak, wanita yang tak pernah lupa memberi nasihat. Tanpa mak, aku tidak mungkin menjadi seperti hari ni. Mak, zaf rindu mak. Kalau la mak ada di sisi zaf, ingin sekali zaf luahkan perasaan zaf ini. Tapi mana mungkin semua itu akan zaf lakukan. Zaf tak mahu membebankan perasaan mak. Cukup la mak dah bersabar dalam membesarkan zaf sehingga zaf menjadi manusia berguna seperti hari ini.. 4|Page
  • 5.
    Jari-jari terus menaip.Mencari fakta-fakta tentang penyakit biarpun jiwa kala ini tersangat kosong. Wajah comel di dalam gambar berbingkai kaca di sebelah tetap terus menenami ku. Wajahnya ayu,tersenyum. Kalaulah Fatin ada saat ini, pasti aku tidak akan berasa kosong seperti saat ini. Fatin, zaf doakan moga suatu hari nanti pintu hati Fatin akan terbuka untuk terima Zaf. Zaf betul-betul ikhlas untuk Fatin. Fatin la bidadari Zaf dunia akhirat. Sedang asyik melayan perasaan, aku terlelap di birai katil. Penat yang kurasakan mematikan diriku seketika di situ. Biarkan aku mati seketika bersama perasaan yang kosong itu. 5|Page
  • 6.
    Cinta itu gelisah,terluka dan air mata. –Zafril Luqman- “Fatin, apa kurangnya Zaf? Tak adakah sekelumit perasaan Fatin buat Zaf?”. Aku terus mengajukan soalan demi soalan untuk Fatin. Pertemuan yang singkat namun cukup bermakna bagi diriku. Fatin hanya memandangku. Serba salah jelas diwajahnya. Aku tahu, hatinya telah dicuri oleh mamat photographer tu. Aku juga yakin, Fatin sayangkan aku. Kalau tidak,masakan dia akan melayan ku sebaik begini. Arghh..Aku terlalu memaksa Fatin. Tapi jika aku tidak berkelakuan begini, jiwa aku yang seksa. Hampir tiga tahun aku menagih kasihnya, kenapa sehingga ke hari ni aku tak mampu memilikinya. Tewaskah aku? Tidak mungkin, aku seorang yang tidak pernah mengenal putus aku. Aku akan berjuang demi cintaku. “Zaf, Zaf tidak ada kurangnya. Cuma bagi Fatin masa. Fatin tak mahu membuat keputusan terburu-buru. Fatin tak nak ada hati yang terluka nanti”. “Ooo…Fatin takut kehilangan mamat tu ke sampai fatin payah sangat nak terima Zaf...Hebat sangat ke dia ? Boleh bagi Fatin kebahagiaan. Hari-hari bergambar, tangkap sana, tangkap sini. Boleh kenyang”. Api kemarahanku tercabar. Kala ini ku tak mampu menahan emosi. “Zafff………Enough. Jangan seksa Fatin”. Ternyata ada manik- manik jernih di wajah comel itu. Kala ini, aku terpempan. Apa yang aku dah buat ni. Fatin, maafkan Zaf.. 6|Page
  • 7.
    “Seksa? Zaf seksamacam mana tu? Bagitahu Zaf. Seksa Zaf, Fatin tak tahu? Malah tak ambik perduli langsung ”. Aku memegang bahunya. Mahukan kepastian. “Fatin sayang awak tapi Fatin tak boleh tinggalkan dia. Awak kena faham Zaf, saya suka dia tak bermakna saya sayang dia seperti saya sayang awak.Fatin sukakan dunia photo. Zaf kena faham.” Fatin menerangkan..Ada air hangat di pipinya. Aku terus menyeka air mata nya. Tak mampu aku melihat ada titisan jernih di pipinya. Aku tak mahu menyakitinya. Maafkan zaf sekali lagi sayang. “Maafkan zaf”…Aku tertunduk memandang rumput. Tak sanggup aku memandang wajah perempuan yang aku sayang. “Zaf,pandang fatin. Fatin mintak maaf kalau cara fatin ni melukakan hati zaf. Cuma sekarang fatin tak mahu terikat dengan sesiapa. Fatin nak bebas. Fatin tak nak sakiti hati siapa. Fatin kena jaga hati dia, dan Fatin juga kena jaga hati Zaf, insan yang Fatin sayang dalam senyap. Zaf, please. Tengok mata Fatin, percaya pada ketentuan ALLAH. Kalau Zaf betul-betul untuk Fatin, insyaALLAH Fatin akan menjadi milik Zaf nanti. “Fatin, Zaf tak mampu kehilangan Fatin.” Ayat yang simple dariku tapi cukup bermakna. Fatin mengangguk. “Zaf,kalau Zaf sayangkan Fatin, Zaf kena faham Fatin. Fatin tak mahu terima Zaf dengan kasihan, simpati. Itu bukan cinta namanya.” 7|Page
  • 8.
    “Tapi..Cinta boleh dipupuk”.Aku cuba memotong kata-kata Fatin. “Ye.Tapi bagi fatin masa, sedikit ruang kebebasan untuk Fatin”. Aku terus senyap. Tak mampu untuk berkata-kata. Fatin bermonolog sendirian. “Zaf, saya sayang awak. Tapi keadaan yang buat kita seperti ini. Saya tak nak api cemburu ini memakan perhubungan kita. Saya mengerti perasaan awak. Kalau saya tidak berkeadaan macam ni, saya tidak tahu apa yang akan berlaku nanti apabila saya menjadi milik awak. Sekurang-kurangnya saya dapat mengenali awak. Saya dapat mengenali sikap awak. Zaf, saya Cuma inginkan lelaki yang terbaik untuk saya. Untuk bakal anak-anak saya. Cuma sekarang, beri saya waktu,bebas dalam membuat keputusan.keputusan saya bukan untuk meninggalkan awak Zaf tapi beri saya waktu untuk bernafas. Saya nk bina kerjaya saya sendiri tanpa bantuan siapa. Saya juga mahu hebat seperti awak.Keputusan saya ini juga bukan sebab Amir,photographer tu tapi sebab kehendak hati saya..Maafkan saya ,Zafril Luqman”. “ Baiklah, walaupun sedikit kecewa di hati Zaf, Zaf merelakan.” “Terima kasih, insyaALLAH bila dah tiba masanya nanti, Fatin akan kembali. Kembali menjadi milik Zaf yang abadi”. Aku mengangguk lemah. Sayu diwajahku tidak dapat menutup kekecewaan di hatiku. Hujan yang turun ketika ini seakan turut menangis memahami kesedihan hatiku. Kalaulah Fatin mengerti apa 8|Page
  • 9.
    yang aku rasa,sungguh dia pastinya terus menerimaku. Tapi apakan daya, perasaan tidak boleh dipaksa. “Ermm…Zaf, Fatin ada perkara nak bagitahu Zaf”. “Apa dia? Cakaplah”. Keadaan ketika ini begitu dingin sekali. Aku begitu lemah. Kenapa aku boleh lemah bila berhadapan dengan wanita seperti fatin. YA ALLAH, tabahkan hatiku. Aku kena kuat.janjiku. “Bulan depan Fatin akan ke makkah, Menunaikan umrah. Doakan Fatin selamat pergi dan selamat pulang. Fatin berangkat bersama mama dan daddy.” Aku sedikit terkejut tapi cuba mengawal keadaan. YA ALLAH, aku mencintainya kerana agama yang ada dalam dirinya. Jadikan dia bidadariku,YA ALLAH.. “Zaf sentiasa doakan yang terbaik untuk Fatin. Apabila tiba kat sana nanti, jangan lupa doakan Zaf jugak.”. Fatin tersenyum manis. Sungguh manis semanis orangnya. Beruntung siapa yang memilikinya. Cantik, bijak, beragama. Cukup lengkap sebagai seorang wanita solehah.YA ALLAH, semakin kuat cintaku padanya.aku tak sanggup kehilangannya. “Zaf, Fatin minta maaf atas segalanya. Fatin buat begini bukan bermakna fatin tidak sukakan Zaf tapi untuk waktu ini, Fatin nak bina 9|Page
  • 10.
    kerjaya Fatin, masadepan Fatin, Fatin yang tentukan. Zaf, inilah jalan yang fatin pilih.Harap Zaf hormati keputusan Fatin.” Jelas rasa bersalah Fatin, namun apakan daya, aku terlalu mencintainya dan aku relakan keputusan itu andai itu yang terbaik untuk dirinya. Sekeping kad dihulurkan buatku.Kad berwarna biru muda itu,simple tp cukup bermakna bagi lelaki sepertiku. Aku tersenyum dalam paksaan. Pertemuan itu bukan pertemuan yang panjang. Kekangan masa memaksa aku untuk balik segera kerana tanggungjawab ku di sana. Pesakit-pesakit memerlukan aku saat ini. 10 | P a g e
  • 11.
    Biarkan cinta iniseindah lavender bukan serapuh daun maple. Andai persahabatan itu lebih indah dari percintaan.kerana sayang, dikau kujadikan sahabat. –Fatin Amirah Lee- My dear Zafril luqman, When I am alone, You are always there for me, When I am sad, You are always there to raise my heart, When I am happy, You share the happiest time with me.. Thanks for caring, loving, You are special gift for me.. Then, you are special someone for me… Sincerely, Fatin amirah Lee Kad berwarna biru muda itu ku buka dan ku baca. Aku terpempan. Sungguh, aku tidak menyangka Fatin hargai kehadiranku selama ini. Hatiku berbungga saat ini. Sekarang aku mengerti kenapa Fatin buat semua ini. Dia terlalu ingin menjaga hubungan ini. Aku tahu dia tak mahu hubungan ini sia-sia. Orang kata, selalunya persahabatan akan berakhir dengan percintaan tapi tak semua percintaan akan berakhir dengan persahabatan. Ye, aku mengerti lagi. Andainya kami bercinta 11 | P a g e
  • 12.
    dan berpisah, keadaanmakin parah.makin mengecewakan. Tak mungkin kami akan berkawan lagi. Dia buat begini sebab dia sayangkan aku. Cinta??cintakah dia padaku?tapi naluri ku cukup kuat, dia mencintaiku dalam diam.aku pasti kerana selalunya naluri manusia jarang sekali salah. Aku tersengih sendirian. Tut...tut….ada pesanan di telefon ku. “Hubby, Mia nk jumpa sekejap kt tasik depan hospital”. Hubby? Mia ni tak habis-habis panggil hubby. Hubungan kami dah berakhir. Apalagi la yang nak dari aku. Malas betul nak berjumpa dengannya. Kalau dah hubungan berakhir tu, berakhir je la. Aku tak kacau dia dan dia jugak tolonglah jangan kacau jiwa aku. Jiwa kacau jadinya. Cinta?? Tolong pergi jauh-jauh. Aku tak cintakan dia. Cukuplah apa yang dia buat pada aku. Sakitkan hati aku, maki aku. Aku ni dah jadi macam tempat dia melepaskan perasaan geram. Dia ingat aku apa? Tong dram ke? Tak ada perasaan. Tolong ye, ini Zafril Luqman. Lelaki yang banyak bersabar dengan kerenah manusia bernama Mia Dalilah. Cukuplah. Sayang? Ye, aku masih sayangkan kau tapi sayang seorang teman bukan kekasih. Beza tu. Harap nanti jumpa dia aku tak jatuh cinta lagi. Wajah comey dia tak mampu lagi mengetarkan jiwa lelaki sepertiku. Kalau dulu, mungkin. Aku rela buat apa sahaja tapi bukan sekarang. Hanya Fatin yang aku mahukan. Fatin dan Mia, wanita yang cukup berbeza. Fatin baik,pandai memgambil hati orang tua, bijak,beragama. Cukup untuk membahagiakan aku. Mia? Apa yang ada? Perempuan manja, kadang- kadang tak boleh berdikari,cantik sahaja tak cukup kak oi. Sayang saya pon untuk Cik Fatin sorang jer.Hehehe 12 | P a g e
  • 13.
    “Sorrii Mia. Ibanyak kerja kat hospital”. Malas bebenar nak melayan si Mia. Karang tak jumpa, Mula la cakap aku bukan-bukan. Kononya tak nak jumpa dia dah. Ishh..payahnya jadi orang yang terlalu menjaga hati orang lain ni. Hati aku sikit pun dia tak jaga.Selama ini aku rela buat apa sahaja asalkan dia bahagia. Aku menderita sorang- sorang tak ada pulak dia kisah. Arghh…Mia.. tolong pergi jauh-jauh. Aku tak mahu jumpa kau dan selamanya aku tak akan jumpa kau. Buat mood aku hilang jer. 13 | P a g e
  • 14.
    Lepaskan cinta andaiia menyakitkan. Tapi mana mungkin tinggalkan cinta Fatin. 5 Tahun Kemudian, Kenangan Bersama Fatin Tetap Di Hati. Aku mundar mandir dari tadi. Hendak berdiri tidak kena, hendak duduk apatah lagi tidak selesa. YA ALLAH, Fatin kah yang aku lihat td?Aku meraup mukaku. Kalau fatin, kenapa dia muncul kembali dalam hidup aku sedangkan dialah kenanganku. Zafril Luqman, kita tidak boleh hidup dalam kenangan tapi kamu kena relakan kenangan itu hidup dalam diri kamu. YA ALLAH, kenapa gadis yang aku terlalu sayang muncul kembali? Mahu menambah dukakah?Mahu merobek hati ku sehingga tiada ruang bahagia di hati aku?Mahu membunuh perasaan aku?? Lima tahun dulu sudah cukup buat aku merana. Fatin akhirnya memilih untuk bersama Amir, pergi tinggalkan aku sehinggalah aku membawa diri ke utara semenanjung. Di sini jugalah aku berjumpa dengan Qistina Balqis dan di sini jugalah aku menyulam bahagia setelah kehilangan cinta Fatin. Qis yang banyak menolong aku untuk menjadi seorang yang kuat semangat, dan terus membakar semangat aku untuk terus tabah walaupun kehilangan Fatin. Bukan mudah untuk lepaskan Fatin dan terima kenyataan bahawa Fatin bukan untukku lagi tapi Qis Berjaya menyakinkan aku yang cinta sejati walau ia pergi, ia tetap datang. Akhirnya aku jatuh cinta kepada Qis atas kebaikan dia selama ni. Kenapa fatin sanggup buat aku begini. Dia memilih mamat tu dari aku.Apakah tidak layak aku untuk dirinya,tak layakkah aku memberi bahagia? Tapi aku yakin, Fatin buat semua ini bukan kerelaan dirinya. Aku pasti ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan dari aku. 14 | P a g e
  • 15.
    Arghh..tiba-tiba kenangan lamadatang,menganggu fikiran aku. Kenangan sewaktu aku mendapat tahu yang aku akan kehilangan Fatin. Aku teringatkan peristiwa itu. Kotak fikiran mengimbas peristiwa itu kembali. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kelihatan kelibat seorang lelaki sedang mundar mandir memikirkan sesuatu. Macam ada sesuatu yang cemas bermain di fikirannya. Tanganya mengenggam erat telefon bimbit jenama Blackberry. Matanya asyik tertumpu pada skrin telefon itu tanpa berkelip-kelip. Lelaki itu tak lain tak bukan adalah Zaf. ..Seorang doktor yang masih mencari cinta sejatinya. Tut..tut……Bunyi mesej dari telefon bimbit. Kelihatan Zaf terburu- buru membaca pesanan dari telefon bimbit…Hati kecilnya berdetik “ . Mungkin ini mesej dari Fatin”. Bibirnya terukir senyuman. Namun senyuman itu menjadi pahit. Tiba-tiba mukanya berubah.. bukan mesej dari Fatin diterimanya tapi mesej dari mamat photographer tu. ”Ape lagi mamat ni nak’.Hati kecil zaf berdetik lagi. “ Kau tak payah nak bagitau semua benda pasal kau kat Fatin..Kau tu tak ada pape dengan dia”. Bunyi mesej itu membuat darah mudaku berderau. Tiba-tiba aku hilang kawalan. Aku tidak dapat berfikir dengan waras. Selepas menarik nafas dalam-dalam dan hembus .Aku pandang balik skrin telefon itu.Sambil berfikir. 15 | P a g e
  • 16.
    “Apa ertinya semuaini. Jangan-jangan laki ni dah couple ngan Fatin”. Argghhhhh aku mendengus dalam hati.Penasaran jadinya. Aku juga berdoa agar apa yang bermain di fikiranku ini tidak benar”. Aku meneruskan juga tanggungjawabku sebagai seorang doctor walaupun dalam benak fikiranku penuh dengan bebanan masalah yang tidak mampu aku selesaikan.aktivitiku serba tidak menjadi hari itu. “Hai doctor..jauh termenung..Ade masalah ke…Ni mesti masalah makwe ni…Kan doctor kan?”. Tegur jururawat muda itu.eiii minah ni,tak habis-habis kacau aku. Lamunanku tiba-tiba terhenti dan aku sempat menjawab pertanyaan tadi. “ Tak adalah.. Saya okay saje. Tengok muka saya ni” . Sambil aku ukir senyuman. Dalam hatiku berdetik “Aku terpaksa ukirkan senyuman ini walaupun ku tau senyuman ini adalah palsu semata-mata.” Aku tekadkan hati. Malam nanti aku mesti bertanya si Fatin apa status hubungan dia dengan mamat photographer tu. Hatiku jadi tak keruan.. Pada Malam itu. Aku capai telefon bimbit di sudut katilku sambil menaip mesej di skrin telefon. 16 | P a g e
  • 17.
    “ Fatin, Zafnak tanya sesuatu ni. Fatin ade keluar dengan lelaki tu ke tadi.Dia ada mesej Zaf tanya kenapa mesej Fatin.Zaf terkejut tau. Fatin ade hubungan apa-apa ke dengan dia? Fatin dah declare couple ke dengan dia?”. Aku menekan butang hantar. Seketika kemudian, ….Tut..tut ….Satu pesanan masuk ke dalam inboxku..Aku cepat- cepat membukanya.. ” Zaf, Fatin tau mungkin Zaf sukar untuk menerima apa yang bakal fatin beritahu sekarang ni.Fatin dah declare couple dengan dia Zaf. Fatin tak tau kenapa Fatin memilih dia.Fatin tahu Zaf sangat cintakan Fatin.Zaf banyak berkorban untuk Fatin.Tapi Fatin bingung Zaf. Fatin tak tahu adakah jalan yang Fatin pilih ini betul. Maafkan Fatin ye Zaf” Aku membaca mesej itu dengan rasa sebak yang tiba-tiba menyelubungi hatiku.Sedar tak sedar ada air bergenang di kelopak mataku.Namun aku masih kuat. Aku gagahkan diri untuk membalas mesej itu . ” Tak mengapalah Fatin.Mungkin dia adalah yang terbaik untuk Fatin.Tapi Zaf nak bagitau Fatin satu perkara.Kasih Zaf kat Fatin tak pernah kurang walau sikit pun.Kalau Fatin ada masalah nanti, Fatin boleh kongsi dengan Zaf..Zaf masih kawan Fatin selamanya”. mesej itu dibalas dengan kesedihan yang menyelubungi segenap hatiku. Tapi hati aku seakan-akan menidakkan yang Fatin pilih lelaki itu dari aku. Arghh…Aku tertekan. Cukuplah masalah yang aku tanggung. Aku sudah tidak kuat. Terlalu lemah rasanya. Buat apa aku mengejar 17 | P a g e
  • 18.
    cinta yang akusendiri tidak tahu di mana penghujungnya. Aku tidak tahu apa silap ku. Tapi aku yakin, ada sesuatu yang Fatin sembunyikan dari aku. Tapi mana mungkin Fatin akan menceritakannya lebih-lebih lagi kepadaku. Aku buntu saat ini. Ada sirna antara kami, ada batas yang menghalang kami. Dia, Amir. Amir yang merebut kasih dari aku. Dia yang ambil Fatin dari aku. YA ALLAH, aku cinta Fatin. Air mata jantanku jatuh jua. “Dammmm”…Bunyi itu mematikan lamunanku. Aku terus melulu ke dapur. Rupa-rupanya ku lihat tin biskut yang jatuh dari atas cabinet dapur. Aduhai, si comey ni buat hal lagi. Kucing parsi yang aku beli tiga tahun dahulu. Aku mendukung si comey dan membawanya ke balkoni rumah ku. Aku menghirup angin malam walaupun dadaku terasa makin berdebar. Berdebar menanti esok. Aku harus memberitahu hal sebenarnya kepada Qistina Balqis. Perempuan yang selalu disampingku.dialah pembakar semangat aku untuk aku terus menjadi seorang yang tabah. Dan dia juga la kekasih aku. Tapi mampukah dia menerima semua ini? Aku yakin, kalau dia boleh tabahkan aku,kenapa dia tidak boleh tabahkan diri sendiri. Aku tidak mahu ada hati yang terluka. Tapi aku takut, aku takut pada bayang-bayang sendiri. Pentingkan diri kah aku? Aku lepaskan Qis demi cinta aku. Argghh..Aku semakin bingung. Kenapa aku menjadi manusia terlalu kejam saat ini? Kenapa Qis yang perlu menjadi mangsa aku. Tapi kalau aku teruskan hubungan ku dengan Qis, dia juga akan terluka akhirnya. Aku sayang Fatin, aku sayang Qis. Salah seorang perlu bekorban dan Qis adalah mangsa cinta aku. Aku harus korbankan Qis demi cinta aku pada Fatin. 18 | P a g e
  • 19.
    Qis,maafkan Zaf. Zafbuat semua ini bersebab. Sebabnya adalah Zaf tidak boleh melupakan fatin. Fatin yang curi hati Zaf sejak dulu dan bila Fatin hadir kembali dalam hidup Zaf, Zaf seolah-olah gila dengan bayangan Fatin. Dialah perempuan yang Zaf sayang suatu waktu dulu. Qis, terima kasih kerana hadir dalam hidup zaf. Terlalu besar pengorbanan Qis untuk Zaf. Zaf tak mampu membalasnya dan Zaf hanya mampu berdoa supaya Qis bertemu dengan orang yang betul-betul cintakan Qis seperti Zaf yang sanggup tinggalkan Qis demi Fatin. Fatin, mengertilah. Bayangan Fatin ada di mana-mana. Semakin Zaf lari,semakin bayang-bayang Fatin muncul. Bayang-bayang itu Menghantui hidup Zaf. Sampi ke saat ini, zaf tidak boleh lupakan Fatin. Zaf terima Qis selama ini sebab Zaf nak balas pengrbanan Qis untuk Zaf tapi Zaf telah buat kesilapan besar dalam hidupnya. Zaf terima dia semata-mata kerana ingin membalas budinya yang sentiasa ada bersama zaf selama Fatin tidak ada untuk Zaf. Ya ALLAH, kedua wanita ini terlalu beerti dalam hidupku. Wanita yang memberi makna besar dalam kehidupanku. Aku mohon, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. 19 | P a g e
  • 20.
    Cinta itu penyatuan,dalam penyatuan, ada hati yang terluka dan dia yang terluka adalah aku.. -Qistina Balqis- Aku menjalani hari-hari ku.seperti biasa, aku menjalankah tugas ku di hospital.tugas ku sebagai seorang doctor terus mencabar. Bukan senang u tuk menjadi seorang doktor yang betul-betul mampu menjalankan tugas dengan baik. Aku terpaksa bekorban masa demi pesakit. Semua ini bagiku, alah bias tegal biasa. Inilah jalan yang aku pilih dan aku harus mempergunakan dengan sebaiknya. Kerja sepertiku melibatkan nyawa dan kesihatan seseorang. Kalau aku tidak menjalankan tugas yang di amanahkan dengan teliti ini, masalahnya akan timbul di kemudian hari. Kerja sepertiku sangat berisiko tapi aku terlalu cintakan dunia medik seperti cintanya aku pada Fatin. Kerisauan sentiasa ada dalam diri aku tapi aku tanamkan semangat di dalam hati. Akhirnya aku mampu membiasakan keadaan aku dengan keadaan sekeliling. Dunia medik sangat mencabar tapi aku dapat laluinya dengan baik. Kepuasan aku adalah apabila pesakit keluar dari wad dengan keadaan yang sihat. Tapi dalam kepuasan aku, ada kepahitan yang terpaksa aku lalui. Aku berdepan dengan kematian. Walaupaun aku cuba merawat dengan sebaik mungkin tapi aku tidak boleh melawan ketentuan Tuhan. Tugas aku menyelamatkan pesakit dan selebihnya aku serahkan kepada ALLAH. Situasi yang sangat menyedihkan tetapi inilah yang aku jalani. Di hadapan pesakit, aku akan bersikap tenang tetapi jauh di sudut hati kecilku, aku sembunyikan tangisan 20 | P a g e
  • 21.
    ini. Aku jugaturut merasa penderitaan pesakitku. Tapi apakan daya, aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari kekurangan. Di sini, aku belajar erti kehidupan. Aku belajar menjadi seorang yang tabah, sabar dan sentiasa tenang dalam setiap situasi. Walaupun cabaran bukanlah mudah unuk aku tempuhi, namun jauh di sudut itu aku mendapat kepuasan dan keseronokan. Pengalaman yang aku kutip selama ini, aku akan jadikan sebagai kenangan terindah dalam hidupku. 21 | P a g e
  • 22.
    Akan ku lepaskanjua air mata ini pergi agar hati aku bisa membaluti luka yang kedua parahnya. Aku lepaskan cinta buat Zaf walaupun ia sangat menyakitkan… -Qistina Balqis- Kali ini aku nekad, aku harus bagitahu Qis tentang perasaan aku. Aku tahu Qis terluka namun aku juga tidak ingin berpisah dengan Fatin. Kenapa sekali lagi aku harus korbankan Qis demi Fatin. Ya ALLAH, aku betul-betul mencintai Fatin dan perempuan di depan ku ini juga yang telah banyak bekorban untuk aku. Tegarkah aku memperlakukan perempuan yang telah banyak menolong aku selama ni? “Qis, Zaf ada perkara nak bincang dengan Qis. Zaf harap apa yang Zaf sampaikan ini Qis boleh terima.”. Aku merenung lama gadis di depanku. Mengumpual kekuatan, mencari semangat agar aku bisa menceritakan tentang perasaan aku. “Ye Zaf, bagitahu la, Qis dengar.InsyaALLAH, Qi cuba”. Qis merenung mataku. Wajah comel itu terus tersenyum padaku tapi dia tidak tahu yang senyuman itu akan bertukar tangisan sebentar lagi.Maafkan Zaf. “QIs, Sebenarnya……Sebenarnya….”. Arghh…Kenapa aku susah untuk berterus terang? Wajah tenang itu terus membuatkan aku jadi serba salah. Kalau dibiarkan makin menambahkan kesulitaan. 22 | P a g e
  • 23.
    “Zaf, kenapa ni.Cuba citer. Bagitau dengan tenang”. Qis menenangkan aku. “Qis, sebenarnya Zaf jumpa Fatin”. Aku makin serba salah. Ternyata ada perubahan di wajah comel itu. Wajahnya menjadi sungul tapi Qis cuba untuk berkelakuan biasa walaupun senyuman itu adalah palsu. “Zaf, Qis dah agak. Zaf akhirnya akan bertemu juga dengan Fatin. Qis selalu bayangkan yang Fatin akan muncul dan hari ni, Qis betul- betul bertemu dengan bayangan Qis sendiri”. Qis berlagak tenang padahal hakikatnya, ada air hangat bergenang di kelopak matanya. “Qis, maafkan Zaf. Zaf tak boleh menipu perasaan sendiri. Zaf tak boleh lupakan Fatin”. Zafrilkah yang meluahkan ini? Qis seolah-olah menidakkan perkataan yang keluar dari bibir milik Zafril Luqman. Hati kecil Qis meluahkan rasa: Zaf, qis terluka lagi. Dahulu, Qis nekad tidak mahu bercinta lagi setelah Qis kecewa dengan cinta pertama Qis. Tapi kehadiran Zaf membuka ruang sekali lagi untuk Qis terima Zaf. Qis ingat noktah bahagia Qis bersama Zaf ini menjadi titik permulaan kepada kebahagiaan Qis tapi Qis silap. Titik pertemuan ini ternyata adalah titik bermulanya derita yang tidak berpenghujung. Zafril , QIs takkan halang hubungan Zaf dengan Fatin. Qis tidak akan merobohkan kebahagiaan Zaf dengan Fatin. Qis rela melihat Zaf menganyam bahagia bersama fatin sedangkan Qis sendiri yang 23 | P a g e
  • 24.
    menganyam derita. Peritnyaperasaan, sakitnya jiwa di kala saat ini. Qis sedih tapi kebahagian Zaf adalah Fatin. Sumpah, Qis benci dengan keadaan ni tapi selama mana kebencian ini mampu Qis tanam dalam diri yang akhirnya akan memakan jiwa Qis sendiri. Zaf, Qis tidak pernah rela dengan takdir sebegini tapi Qis yakin ada sesuatu yang ALLAH mahu anugerahkan buat Qis. Qis kena belajar melupakan Zaf sedangkan Zaf la yang terus menemani mimpi Qis selama ni. Semua ini seolah-olah mimpi. Kehidupan Qis di alam mimpi lebih bahagia dan Qis mahu terus tinggal di sana tapi saat ini Qis bangkit dari mimpi yang panjang. Lena Qis terjaga saat ini dan inilah yang Qis terima. “ Zaf, pergilah bersama Fatin. Kebahagiaan Zaf di sana dan bukan di sini bersama Qis. Qis akui sejak kenal Zaf, Qis telah jatuh cinta dengan Zaf. Hati Qis penuh dengan impian utuk hidup bersama awak sehingga ke hujung nyawa. Zaf, Zaf bukan cinta pertama Qis tapi Zaf juga bukan cinta terakhir Qis. Zaf memilih Fatin dari Qis. Maafkan Qis andainya Qis tak sempurna untuk Zaf. Zaf, Qis sedar yang Qis tidak boleh mengejar matahari. Semakain Qis kejar,s emakin ia lari dalam kepekatan malam yang akan menjelma. Qis tidak boleh memegang bayang-bayang matahari kerana ia tetap akan menhilang diganti dengan cahaya bulan dan cahaya bulan itu adalah Fatin. Pergilah zaf, Qis relakan”. Ternyata air mata gadis itu tetap tumpah akhirnya. Kenapa aku sanggup melukakan hati orang yang sayang pada aku? 24 | P a g e
  • 25.
    “Qis, terlalu besarpengorbanan Qis buat Zaf. Zaf tak tahu kenapa perasaan ini terus memburu Fatin. Andai kita teruskn hubungan ini, hati Qis juga yang akan terluka nanti. Baiklah kiranya Qis menerima hakikat ini.Maafkan zaf”. Aku tunduk. Aku tidak mampu menatap insan yang banyak bekorban demi aku. “Zaf, Qis tidak akan merebut hati yang bukan milik Qis. Qis sedar Qis tidak sehebat Fatin”. Wajah comel itu sebak. “Qis, please. Jangan menangis. Tangisan itu yang membuatkan zaf terus bersalah. Qis tetap hebat di mata Zaf Cuma dalam takdir kita, Qis yang banyak membuat pengorbanan. Qis selalu ada untuk Zaf, selalu buat Zaf gembira dan sekaligus menghapus sedih Zaf selama ini. Terima kasih Qis”. Aku memujuk hati gadis itu tapi ternyata gadis itu terus menangis. Tangisan seorang gadis yang aku lukai. “ Zaf, Qis pergi dulu. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab muncul dalam hidup Qis walaupun untuk sementara. Akan Qis jadikan kenangan terindah untuk Qis”. Qis terus berlalu pergi. Ketera Honda accord dipecut laju. Selaju dengupan jantungnya saat ini. YA ALLAH, bantulah aku. Aku mengharapakan kau berilah yang terbaik untuk Qis. Gantikan kesedihan Qis dengan kegembiraan. Dia terlalu baik untuk aku sehingga aku merasakan aku tidak layak untuk bersamanya. 25 | P a g e
  • 26.
    Zafril, silap akujuga kerna jatuh cinta,insan sepertimu seanggun bidadari, seharusnya aku,cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu. 26 | P a g e
  • 27.
    Qis, maafkan Zaf.Sesungguhnya pertemuan kita adalah pertemuan yang indah walaupun Zaf mengkhianati cinta kita . -Zafril Luqman- Pernahkah kau merasa jarak antara kita Kini semakin terasa setelah kau kenal dia Aku tiada percaya teganya kau putuskan Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri Kau pergi tinggalkanku Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya Aku pergi untuk dia Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia 27 | P a g e
  • 28.
    Bait-bait lagu inimengingatkan cinta Qis yang tidak kesampaian. Untuk apa dia perlu kejar cinta Zaf andainya tiada cinta di hati Zaf untuk dia. Cinta kalau dipaksa akan jadi tidak ikhlas.antara mereka bertiga, Qis yang perlu undur diri. Dia tiak boleh menjadi penghalang kepada cinta Zaf dan Fatin dan tidak akan hadir di dalam takdir antara mereka. Qis, hati mu setulus mutiara, terlalu indah. Pengorbananmu begitu besar, kau yang banyak bekorban masa,perasaan dan segalanya untuk orang yang kau sayang. Pergimu takkan kembali.kehadiran mu dalam hidup Zafril begitu bemakna dan sekali lagi, Qis kena pergi. Kehadiran Qis akan melukakan hati Zafril lagi andai cinta Zafril untuk Fatin seteguh karang. Dia tidak ingin menjadi penghalang kepada cinta insan lain . Zafril, hadirmu adalah takdirku dan pergiku juga adalah takdir. Ya, kita tidak boleh merubah takdir tapi kita boleh mencipta takdir kita sendiri. Dan inilah takdir yang Qis ciptakan dan ia merobek hati Qis. Cukup sekadar cinta buat zaf. 28 | P a g e
  • 29.
    Akhirnya kau milikku.Noktah bahagia tidak akan aku matikan sampai di sini. Terima Kasih Tuhan kerana memberikan dia untukku. Bibir tidak mampu berbicara bahasa rasa. –Zafril Luqman- Dua insan dipertemukan sekali lagi. Zafril yang diberi peluang merasa cinta Fatin dan Fatin yang bertemu cinta sejati bersama Zafril Luqman. Kad kahwin tertera nama Zafril Luqman dan Fatin Amirah. Dan satu untuk Qistina Balqis, marah kah dia? Hancur kah hatinya? “Abg, kenapa abang buat semua ni untuk Fatin?”.Akhirnya fatin sah bergelar istri kepada Zafril. “Abang buat semua ini sebab abang sayang fatin. Abang juga sangat cintakan Fatin”. Zafril merenung lama Fatin. Terasa seolah mimpi apabila dia akhirnya dapat memiliki Fatin,wanita yang dicintainya bertahun lamanya. “Abang, terima kasih kerana sudi terima Fatin walaupun Fatin pernah lukakan hati abang”.ada air hangat di kelopak wanita itu. Zafril terus mnyeka. Air mata itu adalah air mata penghargaan seorang insan yang amat disayanginya. “Sayang, cinta antara kita adalah takdir. Kasih sayang abang yang mengikat kita hingga ke saat ini. Sayang abang buat Fatin tak terucap 29 | P a g e
  • 30.
    dan abang akanpastikan tak ada sesiapa di antara kita”. Zafril terus mengrangkul pinggang Fatin ke dalam pelukannaya dan Fatin membalas pelukan itu. Kebahagiaan akhirnya milik Zafril. Ya, cinta sejati memang wujud, ke mana ia pergi sekalipun,ia tetap akan kembali, bersatu dalam doa. “Cinta abang buat Fatin akan selamanya ke?”. “Sayang, abang cinta Fatin seumur hidup abang. Kalau abang tak cintakan sayang, abang tak rasa rindu setengah mati selama ni”.zafril mencuit hidup istrinya. Terasa ada getar di antara mereka. “Abang, Fatin tak boleh pergi jauh kalau tak nampak abang depan mata Fatin. Fatin sayang abang dan Fatin janji takkan persiakan abang”. Mereka terus hanyut membuat perasaan, menganyam mimpi indah. Inilah kesudahan cinta sejati antara mereka. Qistina Balqis: cinta itu kadangkala perlukan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.Dia lepaskan jua air mata itu pergi,pergi membawa hati yang luka sejauhnya. Hidup mesti diteruskan. Tangisan duka itu akan pergi sehingga dia tidak mampu untuk menangis meratapi takdir ini. C- Cinta I- Indah N- Namun T- Terluka A-Akhirnya 30 | P a g e
  • 31.
    Zafril Luqman: cintaitu setia yang tidak berbelah bagi buat insan yang disayangi. Sekarang bibir mulai tersenyum, tidak ada lagi duka,kesedihan dan segalanya. Yang ada Cuma Fatin,wanita yang disayanginya. Fatin Amirah: Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan Zafril Luqman buatku. Dialah nyawa ku. Teguhkan cintanya buatku. Aku tidak ingin kehilangannya buat kali kedua. Sesungguhnya,cintanya adalah cinta yang suci.Aku menyesal sebelum ini kerana tidak menghargai pergorbanan dia buatku. Pintu hati seolah-olah buta untuk menilai kebaikan Zafran buatku. Sesungguhnya YA ALLAH,hanya Engkau yang layak membuka pintu hati hamba- hamba-MU.Aku bersyukur akhirnya Zafril Luqman adalah jodohku. Dia jualah yang terbaik untuk anak-anakku. -TAMAT- 31 | P a g e