SlideShare a Scribd company logo
PERTANDINGAN
INOVASI
PENDIDIKAN
2012
9 – 10 JULAI 2012
INOVASI PENJANA
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
DEWAN AL-FARABI
IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
KUALATERENGGANU
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
PENGARAH IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya saya dapat menitipkan kata-
kata dalam buku program Pertandingan Inovasi Pendidikan 2012. Pertandingan
Inovasi Pendidikan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan
kepada guru pelatih atau kumpulan guru pelatih yang telah menghasilkan bahan
kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan
kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah mereka akan ditempatkan
kelak. Usaha kreatif dan inovatif dibuat dalam pelbagai bentuk aktiviti atau projek
meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan kemajuan
murid dan pembinaan alat bantu mengajar.
Sekalung syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa
Kerja, para pensyarah pembimbing dan para peserta pertandingan serta semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas inisiatif dan usaha
untuk menganjurkan Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG ini. Saya
percaya usaha gigih,kerjasama dan semangat kekitaan yang telah ditunjukkan oleh
semua pihak dalam menjayakan program yang dirancang. Penerapan budaya
inovasi dalam kalangan warga IPG amat penting dalam menghasilkan warga yang
berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea akan memberi impak positif
kepada IPGM khususnya. Penggunaan konsep atau alat penjanaan idea seperti Big
Think Strategy, Blue Ocean Strategy, Kumpulan Kreatif dan Inovatif dan
sebagainya akan membantu warga IPG KDRI meningkatkan kemahiran mereka
dalam menjana idea-idea baru. Pelaksanaan idea baru dalam IPG mampu
meningkatkan tahap kualiti dan keberhasilan yang dihasratkan, IPG KDRI perlu
memiliki warga yang kreatif dan inovatif bagi mencapai wawasan IPGM agar
menjadi ‘IPG Bertaraf Dunia’.
Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua guru pelatih yang
mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Semoga penganjuran ini
dapat mempertingkat iltizam dan inspirasi para guru pelatih. Usaha murni ini
merupakan wadah utama IPG Kampus Dato’ Razali Ismail untuk merealisasikan
matlamat PIPP membangunkan modal insan. Saya juga berharap pemenang bagi
pertandingan yang diadakan akan menjadi wakil IPG ke pertandingan inovasi
Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
Selamat maju jaya, selamat menambah pengetahuan dan berkongsi hasil
inovasi dan kreativiti dengan semangat dan komitmen demi merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta visi dan misi Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Sekian, terima kasih.
GHULAM SARVER MOBARAK ALI
PENGARAH
IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
KETUA JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PROFESIONALISME KEGURUAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Inovasi diertikan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan
keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan
sesuatu peralatan dan bahan. Pertandingan Inovasi Pendidikan diharapkan dapat
memberi satu impak kepada warga IPG KDRI dalam usaha untuk penghasilan
produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
Hasil usaha kreatif dan inovatif ini dijelmakan melalui pendekatan , kaedah, teknik ,
bahan dan peralatan baru yang akan digunakan oleh pensyarah dan guru pelatih.
Pertandingan inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI 2012 merupakan satu usaha
murni untuk mengetengah dan mengiktiraf hasil usaha kreatif dan inovatif guru
pelatih yang berusaha ke arah pembentukan modal insan dan melonjak
kecemerlangan murid disekolah mereka akan ditempatkan nanti selaras dengan
matlamat PIPP.
Hasil usaha yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai bentuk inovasi
meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat kursus dan program yang
ditawarkan di IPG. Adalah diharapkan segala idea dan pembaharuan yang
diketengahkan ini dapat dibukukan sebahgai bahan koleksi untuk rujukan dan
contoh kepada para bakal guru dan seterusnya dimanfaatkan di sekolah kelak.
Semoga idea-idea yang ditampilkan dapat merangsang para pensyarah dan bakal
guru untuk terus meningkatkan usaha dan berikhtiar bagi mencari dan mencuba
idea-idea baharu yang kraetif dan inovatif ke arah melonjak kecemerlangan
institusi pendidikan di persada dunia melalui inovasi dan kreativiti yang menjadi
teras pendidikan berkualiti.
Akhir kata, saya percaya kejayaan penganjuran Pertandingan Inovasi
Pendidikan peringkat IPG KDRI ini adalah simbol kejayaan IPG KDRI
membudayakan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan itu sendiri. Pendekatan
ideal melalui pertandingan inovasi Pendidikan ini diharap menjadi asas kukuh
untuk membudayakan inovasi sebagai satu budaya pendidik IPG KDRI serta dapat
dipraktik dan diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekian ,terima kasih.
DR HJ TENGKU ZAWAWI TENGKU ZAINAL
KETUA JABATAN PIPK
KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN PIPK
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
Dunia pendidikan berkembang dengan drastik. Salah satu cara
meletakkan IPG seiring dengan perkembangan tersebut ialah
menjalankan penyelidikan berinovasi dalam aspek kerja dan bidang
pendidikan. Fenomena ini menuntut warga pendidikan, untuk
sentiasa meneroka dan menganalisis pandangan penyelidikan yang
dilakukan di dalam mahu pun luar negara. Pada masa yang sama,
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan cetusan idea
baru bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian
perkhidmatan. Idea berkenaan boleh diperoleh dari dalam dan luar
atau dari penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru
atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan semasa.
 Memupuk sikap positif terhadap budaya inovasi
dalam kalangan warga pendidikan.
 Mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif dalam
kalangan warga pendidikan bagi meningkatkan
kecemerlangan P&P serta pengurusan kerja.
 Memperkasakan budaya inovasi menerusi
pemuafakatan warga pendidikan.
OPEN JOURNAL SYSTEM
DR TENGKU ZAWAWI BIN TENGKU ZAINAL
MARZUKI BIN NGAH
DR IBRAHIM BIN TAIB
JABATAN PIPK
Open Journal System (OJS) adalah satu aplikasi online yang dibangunkan
bertujuan untuk menghimpunkan artikel dan kertas-kertas penyelidikan
dalam pendidikan. Aplikasi ini turut berfungsi sebagai perpustakaan digital,
di mana para pengguna boleh mengakses, mencari dan memuat turun ab-
strak serta laporan penuh penyelidikan dalam pelbagai bidang. Kemudahan
OJS terbuka kepada semua penyelidik dalam kalangan warga pendidikan,
khususnya pelajar dan pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malay-
sia. Sesuai dengan matlamat Blue Ocean Strategy (BOS), aplikasi ini juga
dijangka dapat mengatasi masalah ruang dan tempat penyimpanan bahan
prosiding dan tesis bercetak yang semakin bertambah dari semasa ke se-
masa. Open Journal System boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana
-mana sahaja melalui alamat http://ojs.cakna.net.
KATEGORI PENSYARAH
ASAH MINDA
RAHIMAH BT ABD GHANI
FATIMAH BT MOHD
NORLIZA BT MAT NAPIAH
SEK. KEB. WAKAF MEMPELAM, K.TERENGGANU
Bahan Bantu Mengajar dibina berkonsepkan “Bermain Sambil Belajar” yang
merangkumi tiga jenis alatan iaitu kad pusing, cantum gambar dan susun
suku kata. Kemahiran yang dipilih ialah kvkvkv dan peruntukan masa pen-
gajaran ialah 1 jam. Penggunaan bahan ini boleh diubahsuai untuk kemahi-
ran-kemahairan yang lain. Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid ini meli-
batkan kepelbagaian kecerdasan murid seperti kecerdasan linguistic, kines-
tetik, interpersonal. Terbukti penggunaan BBM ini Berjaya mengurangkan
peratusan bilangan murid Linus Tegar di sekolah ini.
MODEL FULERN (FUN IN LEARNING)
IDRUL HISHAM BIN ISMAIL
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Model “FULERN” ini sebagai panduan kepada guru atau pensyarah untuk
merancang dan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan. Model ini dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembe-
lajaran yang sedia ada iaitu Model Robert Glazer, Model Pengajaran Taba,
Model Pengajaran Sim dan Model Inkuiri. Model-model tersebut menjadi
asas kepada pembentukan Model Fulearn supaya keberkesanan peng-
gunaan model ini menjamin kepada terlaksananya pengajaran dan pembe-
lajaran yang bermakna dan berkesan. Selain itu ia dapat memastikan
“output” yang dihasilkan menepati matlamat akhir yang dirancang dan di-
jangka dapat direalisasikan menerus penggunaan Model Fulern dalam ak-
tiviti pengajaran dan pembelajaran.
KE TENG TENG PEI KAY BE PE
MANSOR BIN A.RAHMAN
MAZNAH BT MADU
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Selain daripada terapi fizikal, murid yang bermasalah pembelajaran seperti
autism sangat sesuai diajar dengan menggunakan permainan ketinting
yang dinamakan inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE. Kaedah ino-
vasi ini amat merangsang minda untuk lebih cepat belajar dan cepat faham.
Murid-murid akan terlibat secara aktif semasa permainan dijalankan. Tiga
kaedah digunakan melalui tiga tahap kebolehan murid-murid iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Inovasi ini direalisasikan melalui permainan ketinting.
Permainan ini amat berkesan kerana boleh meningkatkan motivasi murid
yang lemah untuk belajar. Permainan ini juga mampu menunjukkan daya
juang dan daya saing murid untuk belajar. Kaedah Inovasi KE TENG TENG
PEI KAY BE PE merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran
yang memberi impak kepada kognitif, psikomotor dan efektif. Kemahiran
dan kebolehan murid dapat diukur dari pengumpulan markah yang diberi
secara mengikut sIstem TOKEN.
PROJEK MSWdbOne
MOHAMED BIN SULAIMAN@WAHID
FATEN NADIAH BT MOHD FAUZI
FATIN IZZATI BT HUSSIN PAKRI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Projek MSWdbOne ialah senaskah manual pengurusan yang dibina adalah
satu usaha penambaikan kepada sistem mengurus kerja merekod masalah
salah laku pelajar (MSLP). MSLP ialah ketakakuran kepada disiplin dan
tatatertib yang berkualiti tinggi mengikut standard dan keperluan Sistem
Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Prosedur Teras 03: Penguru-
san Hal Ehwal Pelajar (PT03). MSWSdbOne dibina kerana nak menangani
masalah butiran maklumat pelajar yang kurang lengkap dalam Borang
LAM PT03-04a (Laporan Masalah Salah Laku Pelajar) yang diterima dari-
pada pelapor ke Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Ja-
batan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’
Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu. Matlamat MSWsdbOne adalah
meningkatkan kualiti pengurusan di Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan
Rekod (PPR) Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Terdapat tiga (3) objektif
MSWdbOne. Pertama memudahkan dapat maklumat butiran pelajar yang
diadu bermasalah. Kedua melengkapkan maklumat MSLP dalam Borang
LAM PT03-04a SPK MS ISO 9001:2008 dan Ketiga menyingkap masa bagi
mengurus kerja merekod butiran MSLP.
MODUL MINI ‘SERONOKNYA BAHAGIAN B’ 
MUHAMMAD SAFWAN BIN SOBRI
MOHD RIDUAN BIN MOHD ANUAR
PISMP SAINS SEM 8
Projek inovasi modul mini ‘Seronoknya Bahagian B’ merupakan suatu ba-
han pembelajaran yang merangkumi panduan untuk menjawab soalan-
soalan sains bahagian B seperti pembolehubah, hipotesis dan kemahiran-
kemahiran proses sains (KPS) yang lain. Antara kandungan yang terdapat
dalam modul ini adalah nota ringkas tentang KPS, tips menjawab soalan
bahagian B, lirik lagu serta contoh soalan dan jawapan bagi soalan ba-
hagian B. Tambahan pula, modul ini disediakan dengan paparan yang lebih
menarik seperti penggunaan dialog (menyampaikan maklumat), kepelba-
gaian pengurusan grafik (Graphic Organizer) yang menerapkan konsep
iThink, gambar rajah serta penggunaan pelbagai warna bagi menarik per-
hatian dan mengukuhkan kefahaman dan ingatan murid-murid. Di samping
itu, modul ini dapat digunakan oleh murid-murid semasa menjawab soalan
sains bahagian B yakni sebagai rujukan serta yang paling penting dapat
membimbing murid-murid ketika membuat latihan ulangkaji kendiri teruta-
manya di rumah. Justeru, hal ini dapat menggalakkan murid-murid untuk
membuat latihan kendiri di rumah atau di mana-mana sahaja (ketiadaan
guru). Tambahan pula, guru-guru tidak lagi perlu memberi penerangan ten-
tang tips menjawab soalan bahagian B berulang- ulang kali di dalam kelas
dan hal ini dapat meringankan beban guru dan menjimatkan masa. Per-
anan guru lebih kepada memantau dan bertanya soalan kepada murid-
murid.
KATEGORI PELAJAR
DAM HURUF
EMIR DIN B BAHARUDIN
MUHAMAD FADHERUHISHAM B. DAUD
ASMAA' BT MOHD SOBRI
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4
Dam huruf ini merupakan gabungan elemen permainan dan
pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan
mengenali huruf konsonan dan vokal dengan lebih baik lagi atau
melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan
kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan rasa
keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang akan teruja
dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam huruf
daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid.
Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa,
menggunakan dadu gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki
untuk melambung dadu dan setelah mendapat bilangan langkah yang perlu
dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak ,
contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar
dia tahu destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil
menyebut huruf yang dipijak, guru dikehendaki membantu murid dalam
proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan, setelah sampai ke
destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut
berhenti di situ. Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya
penarik, dam huruf ini membezakan cara penzahiran huruf konsonan dan
vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun, huruf vokal
pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan
vokal.
MULTIPLY BOARD
MOHAMAD KHAIRI IZZUDDIN BIN KAUZI
TUAN ISMAIL BIN TUAN SOH
PISMP MATEMATIK SEM 2
‘Multiply board’ merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk memu-
dahkan murid murid membuat pengiraan mengenai topic darab bagi nom-
bor 6 hingga 10. Ini kerana, murid murid dikenalpasti sukar membuat pengi-
raan yang melibatkan nombor-nombor yang melebihi daripada nombor 5
dan ke atas. Oleh yang demikian, alat ini dicipta sebagai salah satu me-
dium untuk murid murid membuat pengiraan berdasarkan aktiviti yang dila-
kukan ke atas ‘multiple board’ bagi meyelesaikan permasalah darab yang
melibatkan nombor 6 hingga 10.
BUKU BESAR BERSAMA “PUPPET”
ABDUL WAFIY B. HASBULLAH
MOHD KHALIL BIN MUHAMAD NOOR
MAWARDAH BINTI BASERAH
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4
Inovasi ini menggabungkan ‘Puppet” dan Buku Besar. Hasil Inovasi ini bo-
leh digunakan dalam pengajaran “Pengurusan Diri”. Buku besar ini dapat
mendedahkan kepada murid mengenai cara untuk mengurus diri dalam
kehidupan seharian. Buku besar bersama “Puppet” boleh digunakan oleh
murid melalui lakonan di dalam kelas dengan bimbingan guru. Melalui buku
besar ini, murid dapat merasa dengan menggunakan deria sentuh untuk
memahami cara mengurus diri. “Puppet” yang digunakan menarik perhatian
murid-murid untuk belajar.
PENGAJARAN TAJUK SIRATAN MAKANAN
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH WEBSTER
NOR HAZWANI BINTI RAZALI
PISMP SAINS SEM 8
Merupakan satu kaedah mengajar yang menggunakan papan WEBSTER
untuk mengatasi masalah murid tidak boleh mengira rantmakanan, murid
tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat
pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan
makanan yang diberikan.
BUKU ELEKTRONIK MO
MOHD SALAHUDIN BIN KAMARUZAMAN
PISMP SN SEM 8
Merupakan suatu kaedah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai
konsep rantai makanan dan siratanmakanan menggunakan aplikasi Micro-
soft Office. Buku Elektronik MO ini sebenarnya menekankan konsep Hands
On. Di mana murid-murid menggunakan komputer bag ibagi mencari mak-
lumat, melengkapkan tugasan. Selainitu, denganmenggunakan Buku Elek-
tronik MO ini murid-murid juga dapat melakukan aktiviti menyeronokkan
seperti menyanyi serta bermain permain aplikasi Microsoft office. Diharap-
kan dengan penggunaan Buku Elektronik MO ini, secara tidak langsung
dapat meningkatkan kefahaman murid akan tajuk Rantai makanan dan
Siratan Makanan.
COLOURFUL KIT
NOR ATIKAH BINTI ABD HAMID
NOR EMILLIA BINTI REDZUAN
PISMP TESL
“Colourful Kit” ini boleh digunakan pada waktu pengajaran dan pembela-
jaran subjek Bahasa Inggeris khususnya untuk Kurikulum Standard Seko-
lah Rendah (KSSR). Bahan terpakai iaitu kotak telah digunakan dan
diubahsuai menjadi satu inovasi untuk digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kelebihan “Colourful Kit” ini ialah, ia boleh digunakan
oleh sesiapa sahaja dan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar
serta ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga dilengkapi
dengan rancangan pengajaran yang lengkap mengenai song and poem
serta disertakan alat bantu mengajar yang diperlukan pada setiap pering-
kat. Sebagai contoh, song dan poem yang diubahsuai serta diadaptasi
sendiri, puppet straw, “Pass it on Game”, manila kad. CD serta buku pan-
duan untuk guru menggunakan alatan tersebut.
KOTAK CERITA INTERAKTIF ‘KOCI”
NUR FARHANA BTE CHE AZIH
PISMP SAINS SEM 8
Kotak cerita interaktif merupakan adaptasi daripada buku cerita.KOCI
dilengkapkan dengan gambar dan cerita mengenal tajuk perlindungan
Haiwan bagi subjek sains tahun 4.KOCI merupakan hasil cantuman kertas
keras kitar semula yang dibentuk menjadi kotak cerita interaktif yang dapat
digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa P&P. KOCI dihasilkan
bagi menangani masalah penguasaan topik perlindungan haiwan bagi
enam orang murid tahun 4 Jauhari SK Telok Pasu, K.Trg.
SPEED PUZZLE CARTOONISIA
NOR ILYANA BINTI MOHAMED
NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SANI
MOHD SAIFUL IKHWAN BIN SHABUDDIN
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4
Inovasi dihasilkan khusus bagi subjek Matematik bagi membantu kefaha-
man murid mengenai operasi matematik melalui permainan. Inovasi ini me-
rupakan projek serampang dua mata kerana ia bukan sahaja boleh diguna-
kan oleh murid program pendidikan inklusif dalam Program Pendidikan
Khas Integrasi, malah boleh digunakan juga oleh murid dalam arus per-
dana. Penggunaan prinsip bermain sambil belajar yang mampu menarik
minat murid untuk belajar matematik
DINAMIK POWER CHAIR
NORAINI BTE HASSAN
NORIZZATI BTE MOHD ADENAN
WAN NURFADZILAH BTE WAN MOHMAD
PISMP PJ SEM 4
Alat dinamik power chair ini adalah alat yang diubahsuai daripada alat
senaman yang mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan murid sekolah
rendah. alat ini menggunakan bahan mudah didapati,kos rendah,selamat,
mudah dibawa dan sebagainya. alat ini bertujuan membina kekuatan otot
dan daya tahan otot.. Murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang
berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di
dalam siratan makanan yang diberikan
SAY IT RIGHT
WAHIDAH BINTI ABD MANAN
PISMP SAINS SEM 6
Projek inovasi ini diinspirasikan daripada permainan ‘board game’ yang
popular. Ianya bertujuan bagi membantu pelajar peringkat rendah (tahun 1
dan 2) menguasai sebutan dan ejaan bahasa inggeris yang betul. Kaedah
penggunaan yang berkonsepkan permainan diharap dapat manarik minat
pelajar untuk mempelajari cara sebutan dan pengejaan yang betul. Selain
itu, permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja dan tidak memer-
lukan pengawasan guru. Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitan pem-
belajaran melalui pengalaman kepada pelajar.
LITAR UPIN MENCARI IPIN
MUHAMAD NOR TARMIZI BIN MOHD SARIF
JUNITA ANAK PATRICK
NURUL IZZA BT MOHAMAD
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4
Alat ini diinovasikan untuk aktiviti prabacaan iaitu pergerakan tangan dan
mata. Unsur Inovasi yang terdapat kaedah pencahayaan seperti lampu da-
pat menarik perhatian kanak-kanak. Melalui alat ini murid dapat mem-
perolehi kemahiran menggenggam iaitu pergerakan motor-motor halus le-
bih terarah dan bersistematik. Oleh yang demekian, pergerakan mata dan
tangan murid lebih berfokus dan seterusnya dapat mengenali bentuk-
bentuk huruf dan nombor. Selain itu, alat ini juga menguji pengamatan
pendengaran murid melalui bunyian.
VCD INTERAKTIF (SIRI PENDIDIKAN IBADAH)
SITI KHADIJAH BT MAT ESA
NORLIZA BT KAMAT
MUNA WAHIDA BT MOHD NOOr
PISMP PAI SEM 4
Inovasi berkaitan dengan sukatan Pendidikan Agama Islam Sekolah Ren-
dah. VCD ini berfokus mengenai konsep tayamum dan aplikasinya yang
terdapat dalam sukatan Tahun 5. VCD ini juga memuatkan video ringkas
mengenai aplikasi tayamum secara terperinci untuk kefahaman murid den-
gan lebih jelas.
BUKU CELIK MINDA
NURUL NADIAH BTE ABUY BAKAR
SHAZWANI BTE MOHAMAD NOR
FADHILAH ATIKAH BTE AHMAD ASLI
PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 4
Aktiviti padankan suku kata menggunakan wayar eletronik. Apabila betul
lampu akan menyala.
MAGIC BOX
SOLEHA BTE IBRAHIM
SARINA BTE AHMAD
PISMP MATEMATIK SEM 6
Magic Box digunakan untuk membantu pelajar menguasai sifir melalui
kaedah meneliti pola.
LATTICE STRIPE
MOHAMAD BASRI BI8N NAZERI
SHAFIQ BIN SAHAR
PISMP MATEMATIK SEM 8
Alat ini digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi hasil darab yang
melibatkan pendekatan yang komplek.
MODUL FUN LEARNING
FATIN YASMIN BT RAMLI
NUR SABARIAH BT AHMAD
MOHD AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN
PISMP SAINS SEM 5
Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid memahami konsep tenaga me-
lalui model. Penggunaan model ini membolehkan murid belajar secara
“active learning’.
TIANG SERBAGUNA
ARMAZURIN BIN AB RAZAK
MUHAMAD NAZMI AZRERI BIN MOHAMAD SAIADI
AIZZATFITRI BIN OMAR
PISMP PJ SEM 4
Kegunaan untuk Permainan bola jaring dan badminton.
FLEXI BOX
NIK MUZAFFAR ASYRAFF BIN MUHAMAD
NASRULLAH ANAS BIN CHE RAZALI
ABDUL BARR BIN ABDUL WAHID
PISMP PJ SEM 4
Alat senaman yang menekankan terhadap kekuatan otot.
DECIMAL ROLLERS
NURUL KADIHA BTE ABDULLAH
PISMP MATEMATIK SEM 8
Decimals Roller adalah alat yang digunakan untuk pendarabab dan
pembahagian dalam gandaan 10. Ini sangat bersesuaian bagi topik
nombor perpuluhan
Pengerusi : Dr. Hj. Tengku Zawawi bin Tengku Zainal
Timbalan Pengerusi : Dr. Hj. Ibrahim bin Taib
Setiausaha : Dr. Hjh. Nik Zaharah bt. Nik Yaacob
Bendahari : En. Marzuki bin Ngah
Pn. Rahah binti Abd. Hadi@Hamid
JK Persiapan tempat : Tn. Hj.Abu Zarin bin Hj. Abu Bakar
&Peralatan En. Mohd Kamaruzaman bin Harun
JK Publisiti & Seranta : En. Amir Hamzah bin Yaakub
En. Mohamad Naim bin Mat Salleh
JK Pendaftaran : En. Marzuki bin Ngah
Peserta Tn. Hj. Mohd. Anuwi bin Husain
JK Peserta, Sambutan : En . Mansor bin Abd.Rahman
& Protokol Pn. Suriany bt Mat Noor
JK Jamuan : Pn. Hjh. Maznah bt Madu
Pn. Mas Norbany binti Abu Samah
JK Hadiah, : Pn. Sakhiyyah bte. A. Rahim
Cenderamata & Sijil En. Mohd. Asri bin Harun
JK Brochure & Buku
Program : Pn. Fouziah bt Mohd
JK Rakaman, Siaraya : Tn. Hj. Mohd Sharif bin Muda
& Dokumentasi En. Ghani bin Mamat
JK Majlis Pembukaan : Tn. Hj. Hamdan bin Ab. Manaf
& Penutup En. Marzuki bin Ngah
SENARAI JAWATANKUASA PETUGAS
PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012
PENGHARGAAN
Pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang menjayakan Pertandingan Inovasi Pendidikan
2012, khususnya kepada:
Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Ketua-ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Hakim Pertandingan
Para Pensyarah
Guru Pelatih
Kakitangan Sokongan

More Related Content

What's hot

Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
Arafeh Karimi
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
一世 一生
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
zabidah awang
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Hj Marlboro
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
Nor Saroni
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
ssuser3fe836
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Thamo Thiran
 

What's hot (20)

Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniKertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
 
Matematik kspk full
Matematik kspk fullMatematik kspk full
Matematik kspk full
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Pengurusan fail kokurikulum
Pengurusan fail kokurikulumPengurusan fail kokurikulum
Pengurusan fail kokurikulum
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Salutasi
SalutasiSalutasi
Salutasi
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 

Viewers also liked

Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarKertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Atok Shila
 
Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)
Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)
Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)
Khairuddin Hj Jamal
 
Institut pendidikan guru muka depan
Institut pendidikan guru muka depanInstitut pendidikan guru muka depan
Institut pendidikan guru muka depan
Kathiresan Kathir
 
Nota matematik
Nota matematikNota matematik
Nota matematik
Ismail Hud
 
Kertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssKertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pss
Eiza Alias
 
Inovasi Matematik
Inovasi MatematikInovasi Matematik
Inovasi Matematik
SMTSP2
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Ahmad Lili
 
Buku program hari anugerah 2013
Buku program hari anugerah 2013Buku program hari anugerah 2013
Buku program hari anugerah 2013
Nadia Sofwan
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Rosdi Ramli
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasiKertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi
KHAIRULKHBDG
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Ckg Nizam
 

Viewers also liked (15)

Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarKertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
 
Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)
Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)
Pembentangan inovasi kkpg 2011 (mailin binti bahari @ norazrinah)
 
Kertas kerja inovasi 3 p
Kertas kerja inovasi  3 pKertas kerja inovasi  3 p
Kertas kerja inovasi 3 p
 
Yo amo mi región , mi cultura/ Oswaldo Muñoz
Yo amo mi región , mi cultura/ Oswaldo MuñozYo amo mi región , mi cultura/ Oswaldo Muñoz
Yo amo mi región , mi cultura/ Oswaldo Muñoz
 
Institut pendidikan guru muka depan
Institut pendidikan guru muka depanInstitut pendidikan guru muka depan
Institut pendidikan guru muka depan
 
Nota matematik
Nota matematikNota matematik
Nota matematik
 
Kertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssKertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pss
 
Inovasi Matematik
Inovasi MatematikInovasi Matematik
Inovasi Matematik
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
 
Buku program hari anugerah 2013
Buku program hari anugerah 2013Buku program hari anugerah 2013
Buku program hari anugerah 2013
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasiKertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Inovasi1 747 - Program Strategis Inovasi Indonesia
Inovasi1 747 - Program Strategis Inovasi IndonesiaInovasi1 747 - Program Strategis Inovasi Indonesia
Inovasi1 747 - Program Strategis Inovasi Indonesia
 

Similar to Buku program inovasi

Peranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulum
Norazul89
 
2 peta pemikiran i think
2 peta pemikiran i think2 peta pemikiran i think
2 peta pemikiran i think
muzalifah
 
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptxRUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
HenyAkbarMarwiana
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Noraini Che Embong
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
Freejump Pink
 

Similar to Buku program inovasi (20)

Peranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulum
 
2 peta pemikiran i think
2 peta pemikiran i think2 peta pemikiran i think
2 peta pemikiran i think
 
MODUL PROYEK SMA 3 ELAR.docx
MODUL PROYEK SMA 3 ELAR.docxMODUL PROYEK SMA 3 ELAR.docx
MODUL PROYEK SMA 3 ELAR.docx
 
Seminar kajian tindakan engku husain 2019
Seminar kajian tindakan engku husain 2019Seminar kajian tindakan engku husain 2019
Seminar kajian tindakan engku husain 2019
 
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptxRUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
RUang KOLaborasi modul 3.3 Kelompok 1.pptx
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
 
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
 
Kk i biologi 18 juli
Kk i biologi 18 juliKk i biologi 18 juli
Kk i biologi 18 juli
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
 
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
Panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 3
 
2. pedagogi
2. pedagogi2. pedagogi
2. pedagogi
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogi
 
Sosialisasi IKM Mandiri smpn 4 langkaplancar.pptx
Sosialisasi IKM Mandiri smpn 4 langkaplancar.pptxSosialisasi IKM Mandiri smpn 4 langkaplancar.pptx
Sosialisasi IKM Mandiri smpn 4 langkaplancar.pptx
 
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdfPentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
 
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdfPentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgkti (penyelidikan pencetus kreativiti & i...
 
Peranan guru dalam psh
Peranan guru dalam pshPeranan guru dalam psh
Peranan guru dalam psh
 
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptxIMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
 

Buku program inovasi

  • 1. PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012 9 – 10 JULAI 2012 INOVASI PENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DEWAN AL-FARABI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALATERENGGANU
  • 2. KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENGARAH IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya saya dapat menitipkan kata- kata dalam buku program Pertandingan Inovasi Pendidikan 2012. Pertandingan Inovasi Pendidikan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada guru pelatih atau kumpulan guru pelatih yang telah menghasilkan bahan kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah mereka akan ditempatkan kelak. Usaha kreatif dan inovatif dibuat dalam pelbagai bentuk aktiviti atau projek meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan kemajuan murid dan pembinaan alat bantu mengajar. Sekalung syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, para pensyarah pembimbing dan para peserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas inisiatif dan usaha untuk menganjurkan Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG ini. Saya percaya usaha gigih,kerjasama dan semangat kekitaan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan program yang dirancang. Penerapan budaya inovasi dalam kalangan warga IPG amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea akan memberi impak positif kepada IPGM khususnya. Penggunaan konsep atau alat penjanaan idea seperti Big Think Strategy, Blue Ocean Strategy, Kumpulan Kreatif dan Inovatif dan sebagainya akan membantu warga IPG KDRI meningkatkan kemahiran mereka dalam menjana idea-idea baru. Pelaksanaan idea baru dalam IPG mampu meningkatkan tahap kualiti dan keberhasilan yang dihasratkan, IPG KDRI perlu memiliki warga yang kreatif dan inovatif bagi mencapai wawasan IPGM agar menjadi ‘IPG Bertaraf Dunia’. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua guru pelatih yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Semoga penganjuran ini dapat mempertingkat iltizam dan inspirasi para guru pelatih. Usaha murni ini merupakan wadah utama IPG Kampus Dato’ Razali Ismail untuk merealisasikan matlamat PIPP membangunkan modal insan. Saya juga berharap pemenang bagi pertandingan yang diadakan akan menjadi wakil IPG ke pertandingan inovasi Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Selamat maju jaya, selamat menambah pengetahuan dan berkongsi hasil inovasi dan kreativiti dengan semangat dan komitmen demi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian, terima kasih. GHULAM SARVER MOBARAK ALI PENGARAH IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
  • 3. KETUA JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Inovasi diertikan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan sesuatu peralatan dan bahan. Pertandingan Inovasi Pendidikan diharapkan dapat memberi satu impak kepada warga IPG KDRI dalam usaha untuk penghasilan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Hasil usaha kreatif dan inovatif ini dijelmakan melalui pendekatan , kaedah, teknik , bahan dan peralatan baru yang akan digunakan oleh pensyarah dan guru pelatih. Pertandingan inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI 2012 merupakan satu usaha murni untuk mengetengah dan mengiktiraf hasil usaha kreatif dan inovatif guru pelatih yang berusaha ke arah pembentukan modal insan dan melonjak kecemerlangan murid disekolah mereka akan ditempatkan nanti selaras dengan matlamat PIPP. Hasil usaha yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai bentuk inovasi meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat kursus dan program yang ditawarkan di IPG. Adalah diharapkan segala idea dan pembaharuan yang diketengahkan ini dapat dibukukan sebahgai bahan koleksi untuk rujukan dan contoh kepada para bakal guru dan seterusnya dimanfaatkan di sekolah kelak. Semoga idea-idea yang ditampilkan dapat merangsang para pensyarah dan bakal guru untuk terus meningkatkan usaha dan berikhtiar bagi mencari dan mencuba idea-idea baharu yang kraetif dan inovatif ke arah melonjak kecemerlangan institusi pendidikan di persada dunia melalui inovasi dan kreativiti yang menjadi teras pendidikan berkualiti. Akhir kata, saya percaya kejayaan penganjuran Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI ini adalah simbol kejayaan IPG KDRI membudayakan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan itu sendiri. Pendekatan ideal melalui pertandingan inovasi Pendidikan ini diharap menjadi asas kukuh untuk membudayakan inovasi sebagai satu budaya pendidik IPG KDRI serta dapat dipraktik dan diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekian ,terima kasih. DR HJ TENGKU ZAWAWI TENGKU ZAINAL KETUA JABATAN PIPK KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN PIPK
  • 4. PENDAHULUAN OBJEKTIF Dunia pendidikan berkembang dengan drastik. Salah satu cara meletakkan IPG seiring dengan perkembangan tersebut ialah menjalankan penyelidikan berinovasi dalam aspek kerja dan bidang pendidikan. Fenomena ini menuntut warga pendidikan, untuk sentiasa meneroka dan menganalisis pandangan penyelidikan yang dilakukan di dalam mahu pun luar negara. Pada masa yang sama, berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan cetusan idea baru bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea berkenaan boleh diperoleh dari dalam dan luar atau dari penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan semasa.  Memupuk sikap positif terhadap budaya inovasi dalam kalangan warga pendidikan.  Mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan warga pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan P&P serta pengurusan kerja.  Memperkasakan budaya inovasi menerusi pemuafakatan warga pendidikan.
  • 5. OPEN JOURNAL SYSTEM DR TENGKU ZAWAWI BIN TENGKU ZAINAL MARZUKI BIN NGAH DR IBRAHIM BIN TAIB JABATAN PIPK Open Journal System (OJS) adalah satu aplikasi online yang dibangunkan bertujuan untuk menghimpunkan artikel dan kertas-kertas penyelidikan dalam pendidikan. Aplikasi ini turut berfungsi sebagai perpustakaan digital, di mana para pengguna boleh mengakses, mencari dan memuat turun ab- strak serta laporan penuh penyelidikan dalam pelbagai bidang. Kemudahan OJS terbuka kepada semua penyelidik dalam kalangan warga pendidikan, khususnya pelajar dan pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malay- sia. Sesuai dengan matlamat Blue Ocean Strategy (BOS), aplikasi ini juga dijangka dapat mengatasi masalah ruang dan tempat penyimpanan bahan prosiding dan tesis bercetak yang semakin bertambah dari semasa ke se- masa. Open Journal System boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana -mana sahaja melalui alamat http://ojs.cakna.net. KATEGORI PENSYARAH ASAH MINDA RAHIMAH BT ABD GHANI FATIMAH BT MOHD NORLIZA BT MAT NAPIAH SEK. KEB. WAKAF MEMPELAM, K.TERENGGANU Bahan Bantu Mengajar dibina berkonsepkan “Bermain Sambil Belajar” yang merangkumi tiga jenis alatan iaitu kad pusing, cantum gambar dan susun suku kata. Kemahiran yang dipilih ialah kvkvkv dan peruntukan masa pen- gajaran ialah 1 jam. Penggunaan bahan ini boleh diubahsuai untuk kemahi- ran-kemahairan yang lain. Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid ini meli- batkan kepelbagaian kecerdasan murid seperti kecerdasan linguistic, kines- tetik, interpersonal. Terbukti penggunaan BBM ini Berjaya mengurangkan peratusan bilangan murid Linus Tegar di sekolah ini.
  • 6. MODEL FULERN (FUN IN LEARNING) IDRUL HISHAM BIN ISMAIL JABATAN ILMU PENDIDIKAN Model “FULERN” ini sebagai panduan kepada guru atau pensyarah untuk merancang dan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Model ini dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembe- lajaran yang sedia ada iaitu Model Robert Glazer, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Sim dan Model Inkuiri. Model-model tersebut menjadi asas kepada pembentukan Model Fulearn supaya keberkesanan peng- gunaan model ini menjamin kepada terlaksananya pengajaran dan pembe- lajaran yang bermakna dan berkesan. Selain itu ia dapat memastikan “output” yang dihasilkan menepati matlamat akhir yang dirancang dan di- jangka dapat direalisasikan menerus penggunaan Model Fulern dalam ak- tiviti pengajaran dan pembelajaran. KE TENG TENG PEI KAY BE PE MANSOR BIN A.RAHMAN MAZNAH BT MADU JABATAN ILMU PENDIDIKAN Selain daripada terapi fizikal, murid yang bermasalah pembelajaran seperti autism sangat sesuai diajar dengan menggunakan permainan ketinting yang dinamakan inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE. Kaedah ino- vasi ini amat merangsang minda untuk lebih cepat belajar dan cepat faham. Murid-murid akan terlibat secara aktif semasa permainan dijalankan. Tiga kaedah digunakan melalui tiga tahap kebolehan murid-murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Inovasi ini direalisasikan melalui permainan ketinting. Permainan ini amat berkesan kerana boleh meningkatkan motivasi murid yang lemah untuk belajar. Permainan ini juga mampu menunjukkan daya juang dan daya saing murid untuk belajar. Kaedah Inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada kognitif, psikomotor dan efektif. Kemahiran dan kebolehan murid dapat diukur dari pengumpulan markah yang diberi secara mengikut sIstem TOKEN.
  • 7. PROJEK MSWdbOne MOHAMED BIN SULAIMAN@WAHID FATEN NADIAH BT MOHD FAUZI FATIN IZZATI BT HUSSIN PAKRI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR Projek MSWdbOne ialah senaskah manual pengurusan yang dibina adalah satu usaha penambaikan kepada sistem mengurus kerja merekod masalah salah laku pelajar (MSLP). MSLP ialah ketakakuran kepada disiplin dan tatatertib yang berkualiti tinggi mengikut standard dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Prosedur Teras 03: Penguru- san Hal Ehwal Pelajar (PT03). MSWSdbOne dibina kerana nak menangani masalah butiran maklumat pelajar yang kurang lengkap dalam Borang LAM PT03-04a (Laporan Masalah Salah Laku Pelajar) yang diterima dari- pada pelapor ke Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Ja- batan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu. Matlamat MSWsdbOne adalah meningkatkan kualiti pengurusan di Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Terdapat tiga (3) objektif MSWdbOne. Pertama memudahkan dapat maklumat butiran pelajar yang diadu bermasalah. Kedua melengkapkan maklumat MSLP dalam Borang LAM PT03-04a SPK MS ISO 9001:2008 dan Ketiga menyingkap masa bagi mengurus kerja merekod butiran MSLP.
  • 8. MODUL MINI ‘SERONOKNYA BAHAGIAN B’  MUHAMMAD SAFWAN BIN SOBRI MOHD RIDUAN BIN MOHD ANUAR PISMP SAINS SEM 8 Projek inovasi modul mini ‘Seronoknya Bahagian B’ merupakan suatu ba- han pembelajaran yang merangkumi panduan untuk menjawab soalan- soalan sains bahagian B seperti pembolehubah, hipotesis dan kemahiran- kemahiran proses sains (KPS) yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam modul ini adalah nota ringkas tentang KPS, tips menjawab soalan bahagian B, lirik lagu serta contoh soalan dan jawapan bagi soalan ba- hagian B. Tambahan pula, modul ini disediakan dengan paparan yang lebih menarik seperti penggunaan dialog (menyampaikan maklumat), kepelba- gaian pengurusan grafik (Graphic Organizer) yang menerapkan konsep iThink, gambar rajah serta penggunaan pelbagai warna bagi menarik per- hatian dan mengukuhkan kefahaman dan ingatan murid-murid. Di samping itu, modul ini dapat digunakan oleh murid-murid semasa menjawab soalan sains bahagian B yakni sebagai rujukan serta yang paling penting dapat membimbing murid-murid ketika membuat latihan ulangkaji kendiri teruta- manya di rumah. Justeru, hal ini dapat menggalakkan murid-murid untuk membuat latihan kendiri di rumah atau di mana-mana sahaja (ketiadaan guru). Tambahan pula, guru-guru tidak lagi perlu memberi penerangan ten- tang tips menjawab soalan bahagian B berulang- ulang kali di dalam kelas dan hal ini dapat meringankan beban guru dan menjimatkan masa. Per- anan guru lebih kepada memantau dan bertanya soalan kepada murid- murid. KATEGORI PELAJAR
  • 9. DAM HURUF EMIR DIN B BAHARUDIN MUHAMAD FADHERUHISHAM B. DAUD ASMAA' BT MOHD SOBRI PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4 Dam huruf ini merupakan gabungan elemen permainan dan pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali huruf konsonan dan vokal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang akan teruja dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam huruf daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid. Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, menggunakan dadu gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah mendapat bilangan langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak , contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, guru dikehendaki membantu murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan, setelah sampai ke destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut berhenti di situ. Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini membezakan cara penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun, huruf vokal pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan vokal.
  • 10. MULTIPLY BOARD MOHAMAD KHAIRI IZZUDDIN BIN KAUZI TUAN ISMAIL BIN TUAN SOH PISMP MATEMATIK SEM 2 ‘Multiply board’ merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk memu- dahkan murid murid membuat pengiraan mengenai topic darab bagi nom- bor 6 hingga 10. Ini kerana, murid murid dikenalpasti sukar membuat pengi- raan yang melibatkan nombor-nombor yang melebihi daripada nombor 5 dan ke atas. Oleh yang demikian, alat ini dicipta sebagai salah satu me- dium untuk murid murid membuat pengiraan berdasarkan aktiviti yang dila- kukan ke atas ‘multiple board’ bagi meyelesaikan permasalah darab yang melibatkan nombor 6 hingga 10. BUKU BESAR BERSAMA “PUPPET” ABDUL WAFIY B. HASBULLAH MOHD KHALIL BIN MUHAMAD NOOR MAWARDAH BINTI BASERAH PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4 Inovasi ini menggabungkan ‘Puppet” dan Buku Besar. Hasil Inovasi ini bo- leh digunakan dalam pengajaran “Pengurusan Diri”. Buku besar ini dapat mendedahkan kepada murid mengenai cara untuk mengurus diri dalam kehidupan seharian. Buku besar bersama “Puppet” boleh digunakan oleh murid melalui lakonan di dalam kelas dengan bimbingan guru. Melalui buku besar ini, murid dapat merasa dengan menggunakan deria sentuh untuk memahami cara mengurus diri. “Puppet” yang digunakan menarik perhatian murid-murid untuk belajar. PENGAJARAN TAJUK SIRATAN MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH WEBSTER NOR HAZWANI BINTI RAZALI PISMP SAINS SEM 8 Merupakan satu kaedah mengajar yang menggunakan papan WEBSTER untuk mengatasi masalah murid tidak boleh mengira rantmakanan, murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan makanan yang diberikan.
  • 11. BUKU ELEKTRONIK MO MOHD SALAHUDIN BIN KAMARUZAMAN PISMP SN SEM 8 Merupakan suatu kaedah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep rantai makanan dan siratanmakanan menggunakan aplikasi Micro- soft Office. Buku Elektronik MO ini sebenarnya menekankan konsep Hands On. Di mana murid-murid menggunakan komputer bag ibagi mencari mak- lumat, melengkapkan tugasan. Selainitu, denganmenggunakan Buku Elek- tronik MO ini murid-murid juga dapat melakukan aktiviti menyeronokkan seperti menyanyi serta bermain permain aplikasi Microsoft office. Diharap- kan dengan penggunaan Buku Elektronik MO ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman murid akan tajuk Rantai makanan dan Siratan Makanan. COLOURFUL KIT NOR ATIKAH BINTI ABD HAMID NOR EMILLIA BINTI REDZUAN PISMP TESL “Colourful Kit” ini boleh digunakan pada waktu pengajaran dan pembela- jaran subjek Bahasa Inggeris khususnya untuk Kurikulum Standard Seko- lah Rendah (KSSR). Bahan terpakai iaitu kotak telah digunakan dan diubahsuai menjadi satu inovasi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan “Colourful Kit” ini ialah, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar serta ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga dilengkapi dengan rancangan pengajaran yang lengkap mengenai song and poem serta disertakan alat bantu mengajar yang diperlukan pada setiap pering- kat. Sebagai contoh, song dan poem yang diubahsuai serta diadaptasi sendiri, puppet straw, “Pass it on Game”, manila kad. CD serta buku pan- duan untuk guru menggunakan alatan tersebut.
  • 12. KOTAK CERITA INTERAKTIF ‘KOCI” NUR FARHANA BTE CHE AZIH PISMP SAINS SEM 8 Kotak cerita interaktif merupakan adaptasi daripada buku cerita.KOCI dilengkapkan dengan gambar dan cerita mengenal tajuk perlindungan Haiwan bagi subjek sains tahun 4.KOCI merupakan hasil cantuman kertas keras kitar semula yang dibentuk menjadi kotak cerita interaktif yang dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa P&P. KOCI dihasilkan bagi menangani masalah penguasaan topik perlindungan haiwan bagi enam orang murid tahun 4 Jauhari SK Telok Pasu, K.Trg. SPEED PUZZLE CARTOONISIA NOR ILYANA BINTI MOHAMED NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SANI MOHD SAIFUL IKHWAN BIN SHABUDDIN PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4 Inovasi dihasilkan khusus bagi subjek Matematik bagi membantu kefaha- man murid mengenai operasi matematik melalui permainan. Inovasi ini me- rupakan projek serampang dua mata kerana ia bukan sahaja boleh diguna- kan oleh murid program pendidikan inklusif dalam Program Pendidikan Khas Integrasi, malah boleh digunakan juga oleh murid dalam arus per- dana. Penggunaan prinsip bermain sambil belajar yang mampu menarik minat murid untuk belajar matematik DINAMIK POWER CHAIR NORAINI BTE HASSAN NORIZZATI BTE MOHD ADENAN WAN NURFADZILAH BTE WAN MOHMAD PISMP PJ SEM 4 Alat dinamik power chair ini adalah alat yang diubahsuai daripada alat senaman yang mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan murid sekolah rendah. alat ini menggunakan bahan mudah didapati,kos rendah,selamat, mudah dibawa dan sebagainya. alat ini bertujuan membina kekuatan otot dan daya tahan otot.. Murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan makanan yang diberikan
  • 13. SAY IT RIGHT WAHIDAH BINTI ABD MANAN PISMP SAINS SEM 6 Projek inovasi ini diinspirasikan daripada permainan ‘board game’ yang popular. Ianya bertujuan bagi membantu pelajar peringkat rendah (tahun 1 dan 2) menguasai sebutan dan ejaan bahasa inggeris yang betul. Kaedah penggunaan yang berkonsepkan permainan diharap dapat manarik minat pelajar untuk mempelajari cara sebutan dan pengejaan yang betul. Selain itu, permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja dan tidak memer- lukan pengawasan guru. Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitan pem- belajaran melalui pengalaman kepada pelajar. LITAR UPIN MENCARI IPIN MUHAMAD NOR TARMIZI BIN MOHD SARIF JUNITA ANAK PATRICK NURUL IZZA BT MOHAMAD PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4 Alat ini diinovasikan untuk aktiviti prabacaan iaitu pergerakan tangan dan mata. Unsur Inovasi yang terdapat kaedah pencahayaan seperti lampu da- pat menarik perhatian kanak-kanak. Melalui alat ini murid dapat mem- perolehi kemahiran menggenggam iaitu pergerakan motor-motor halus le- bih terarah dan bersistematik. Oleh yang demekian, pergerakan mata dan tangan murid lebih berfokus dan seterusnya dapat mengenali bentuk- bentuk huruf dan nombor. Selain itu, alat ini juga menguji pengamatan pendengaran murid melalui bunyian. VCD INTERAKTIF (SIRI PENDIDIKAN IBADAH) SITI KHADIJAH BT MAT ESA NORLIZA BT KAMAT MUNA WAHIDA BT MOHD NOOr PISMP PAI SEM 4 Inovasi berkaitan dengan sukatan Pendidikan Agama Islam Sekolah Ren- dah. VCD ini berfokus mengenai konsep tayamum dan aplikasinya yang terdapat dalam sukatan Tahun 5. VCD ini juga memuatkan video ringkas mengenai aplikasi tayamum secara terperinci untuk kefahaman murid den- gan lebih jelas.
  • 14. BUKU CELIK MINDA NURUL NADIAH BTE ABUY BAKAR SHAZWANI BTE MOHAMAD NOR FADHILAH ATIKAH BTE AHMAD ASLI PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 4 Aktiviti padankan suku kata menggunakan wayar eletronik. Apabila betul lampu akan menyala. MAGIC BOX SOLEHA BTE IBRAHIM SARINA BTE AHMAD PISMP MATEMATIK SEM 6 Magic Box digunakan untuk membantu pelajar menguasai sifir melalui kaedah meneliti pola. LATTICE STRIPE MOHAMAD BASRI BI8N NAZERI SHAFIQ BIN SAHAR PISMP MATEMATIK SEM 8 Alat ini digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi hasil darab yang melibatkan pendekatan yang komplek. MODUL FUN LEARNING FATIN YASMIN BT RAMLI NUR SABARIAH BT AHMAD MOHD AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN PISMP SAINS SEM 5 Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid memahami konsep tenaga me- lalui model. Penggunaan model ini membolehkan murid belajar secara “active learning’.
  • 15. TIANG SERBAGUNA ARMAZURIN BIN AB RAZAK MUHAMAD NAZMI AZRERI BIN MOHAMAD SAIADI AIZZATFITRI BIN OMAR PISMP PJ SEM 4 Kegunaan untuk Permainan bola jaring dan badminton. FLEXI BOX NIK MUZAFFAR ASYRAFF BIN MUHAMAD NASRULLAH ANAS BIN CHE RAZALI ABDUL BARR BIN ABDUL WAHID PISMP PJ SEM 4 Alat senaman yang menekankan terhadap kekuatan otot. DECIMAL ROLLERS NURUL KADIHA BTE ABDULLAH PISMP MATEMATIK SEM 8 Decimals Roller adalah alat yang digunakan untuk pendarabab dan pembahagian dalam gandaan 10. Ini sangat bersesuaian bagi topik nombor perpuluhan
  • 16. Pengerusi : Dr. Hj. Tengku Zawawi bin Tengku Zainal Timbalan Pengerusi : Dr. Hj. Ibrahim bin Taib Setiausaha : Dr. Hjh. Nik Zaharah bt. Nik Yaacob Bendahari : En. Marzuki bin Ngah Pn. Rahah binti Abd. Hadi@Hamid JK Persiapan tempat : Tn. Hj.Abu Zarin bin Hj. Abu Bakar &Peralatan En. Mohd Kamaruzaman bin Harun JK Publisiti & Seranta : En. Amir Hamzah bin Yaakub En. Mohamad Naim bin Mat Salleh JK Pendaftaran : En. Marzuki bin Ngah Peserta Tn. Hj. Mohd. Anuwi bin Husain JK Peserta, Sambutan : En . Mansor bin Abd.Rahman & Protokol Pn. Suriany bt Mat Noor JK Jamuan : Pn. Hjh. Maznah bt Madu Pn. Mas Norbany binti Abu Samah JK Hadiah, : Pn. Sakhiyyah bte. A. Rahim Cenderamata & Sijil En. Mohd. Asri bin Harun JK Brochure & Buku Program : Pn. Fouziah bt Mohd JK Rakaman, Siaraya : Tn. Hj. Mohd Sharif bin Muda & Dokumentasi En. Ghani bin Mamat JK Majlis Pembukaan : Tn. Hj. Hamdan bin Ab. Manaf & Penutup En. Marzuki bin Ngah SENARAI JAWATANKUASA PETUGAS PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012
  • 17. PENGHARGAAN Pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pertandingan Inovasi Pendidikan 2012, khususnya kepada: Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit Hakim Pertandingan Para Pensyarah Guru Pelatih Kakitangan Sokongan